Followers

Saturday, 17 August 2013

18
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 3


Bab 3

Izz Izzati tidak menyangka perhubungannya dengan Tengku Zam Hairil sudah masuk sebulan tetapi...

"Baik jangan kahwin macam ni!" Izz Izzati menjerit seorang diri dalam biliknya. Dia rasa sangat tertekan. Sememangnya mereka kenal sebulan tapi pertemuan mereka ada semasa kali pertama jumpa di rumahnya tempoh hari. Itu saja pertemuan mereka. Aduh! Sakit kepala ni... Sebulan berlalu begitu je.

"Nak tunggu si Tengku mesej aku, aku berjanggut pun dia tak nak mesej gak kot." Izz Izzati kena bertindak terlebih dahulu. Dia mengambil telefon samsung kesayangannya itu.

"Ajak date!" Izz Izzati tersenyum miang.

Lama dia menaip mesej tersebut.

"Assalamualaikum... Tak jawab dosa... Tengku, saya nak ajak keluar pagi esok, nak tak?" Dia membaca semula apa yang ditulisnya. "Macam terlalu berterus terang pula. Tak kan la aku nak tulis ayat bunga... Tak pun ayat novel..."

Izz Izzati mengaru kepalanya. Serabut kepala otak macam ni. Ini baru nak tulis mesej, Belum jumpa lagi.

"Tulis aje la cik penulis!" putus Izz Izzati.



Jom date! - Izz Izzati



"Harap-harap dia setuju dan cepat juga balas. Ayat selamba je la guna." Izz Izzati tunggu satu minit.



Ok. Kat mana? - Tengku Zam Hairil



"Yesss!" Izz Izzati terlompat-lompat atas katilnya. Itulah cara dia menunjukkan perasaan gembranya. Ish ish ish

"Cepat pula dia balas. Okey, aku nak jumpa dia kat mana?" otak Izz Izzati ligat berfikir.

Akhirnya dia tersenyum.



******



Tengku Zam Hairil terkejut dengan kehadiran mesej pesanan ringkas dari bakal isterinya, Izz Izzati. Memang dia akui sejak pertemuan pertama di rumah Encik Azlan sebulan yang lalu, dia tidak menghubungi Izz Izzati.

Sebab utama dia tidak menghubungi gadis kuat gelabah itu ialah dia sibuk dengan projek baru. Kerja melukis plan bukanlah sesuatu yang mudah. Memerlukan ketelitian dan fokus yang sepenuhnya. Kebetulan hari ini projek itu selesai dan dia dapat keluar bersama Izz Izzati.

Hari ini juga hari terakhir dia bekerja di syarikat Awang Berhad sebagai arkitek. Dia mahu mengubah bidang pekerjaannya. Dia mahu ada syarikat sendiri.

Tin tong!

Bunyi mesej masuk ke dalam telefon Sony Experianya.



Kita jumpa esok ye? Pukul 8 pagi. Jangan lupa - Izz Izzati



Tengku Zam Hairil tersenyum membaca mesej tersebut. Izz Izzati memang selamba dengannya.

"Akhirnya kau berhenti juga kerja. Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan." muncul seseorang yang masuk ke biliknya.

Tengku Zam Hairil pura-pura tidak nampak. Dia terus berlalu pergi bersama kotak yang mempunyai barang peribadinya.

Kalau aku layan mamat ni, aku juga yang sakit hati. Itu yang seharusnya dia lakukan. Segera Ford Fiesta merahnya dihampiri. Esok pagi dia akan bertemu dengan Izz Izzati. Jadi dia kena bersiap awal.



****



Izz Izzati tiba lebih awal di Cafe Cute (cc). Itulah tempat yang selalu dirinya lepak. Tempat yang sangat selesa dan ada banyak kemudahan di sini terutamanya untuk melayari internet.

Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba dia terpandang seseorang.

Macam kenal sahaja lelaki ni? Tapi di mana ye? Mana mungkin aku lupa lelaki yang kacak macam ni selain bakal suamiku... Ligat otak Izz Izzati berfikir.

“Izz!” tiba-tiba lelaki itu yang menyapa Izz Izzati dahulu.

Izz Izzati tersentak. Eh, mamat kacak ni tegur aku dulu? Maknanya dia kenal aku la. Pelbagai andaian yang muncul di benak fikirannya.

“Awak ni siapa? Saya rasa saya tak kenal awak ni?” jujur Izz Izzati.

“Izz, aku ni... Fakhrol Hazril. Cepat sungguh lupa pada lelaki yang dah selamatkan awak dari kena terkam dengan kucing.” Fakhrol Hazril ketawa kecil. Teringat pertama kali dia berjumpa dengan gadis ini, comel sangat wajahnya dalam ketakutan. Kucing je kot, bukannya harimau.

Automatik wajah Izz Izzati berona merah. Dia benar-benar rasa malu dengan kejadian itu. Mujur ada yang lalu ke tempat meletakkan keretatersebut. Kalau tak, sampai ke subuhlah aku di situ.

“Baru saya ingat.” Izz Izzati tersengih.

“Belanja saya minum la sebab saya dah selamatkan awak.” Cadang Fakhrol Hazril. Memang tak tahu malu katakan.

“Boleh je tapi lain kali la sebab saya tengah tunggu bakal suami saya ni.” jelas Izz Izzati.

Tersentak hati Fakhrol Hazril apabila mendengar kata-kata Izz Izzati. Hatinya di pagut cemburu. Cemburu pada lelaki yang berjaya memiliki hati gadis comel ini.

“Zati!” panggil seseorang.

“Tengku!” balas Izz Izzati apabila Tengku Zam Hairil sudah tiba di meja mereka.

Dua lelaki saling merenung antara satu sama lain. Izz Izzati keliru dengan apa yang dilihatnya.

Fakhrol Hazril dengan selamba melabuhkan punggungnya di meja itu. Dia mengenali bakal suami Izz Izzati.

Izz Izzati serba salah. Apa yang aku nak buat ni? Ikut kata hatilah!

“Tengku, kenalkan ni Fakhrol Hazril dan Hazril ini bakal suami saya, Tengku Zam Hairil.” Izz Izzati mengambil tindakan untuk memperkenalkan mereka masing-masing.

Mereka saling bersalaman tetapi tangan mereka bertaup lama.

Makin pelik Izz Izzati melihatnya. Apa kena mereka berdua ni? Ada masalah jiwa? Atau gay? Ish, mengarut sahaja aku ni.

“Jemput la duduk Tengku. Tak penat berdiri ke?” Izz Izzati bersuara sedikit kuat membuatkan mereka tersedar daripada termenung dan direnung.

Pantas Tengku Zam Hairil duduk. Makin pelik ni!

"Macam mana boleh kenal dengan encik Fakhrol Hazril ni?" soal Tengku Zam Hairil. Sengaja dia duduk rapat dengan Izz Izzati.

Izz Izzati pula, apabila tengok Tengku Zam Hairil duduk rapat dengannya, hati menjadi berdebar. Rasa cinta sudah datang. Sabar ye wahai hati.

"Saya kenal sebulan yang lalu. Kebetulan Fakhrol selamatkan saya dari kucing." Izz Izzati tersengih. Dia terpaksa pecahkan rahsianya sendiri.

"Sayang takut kucing ke?" tiba-tiba juga panggilan Tengku Zam Hairil bertukar.

Sayang? Oh my God!! Sabar hati. Sabar jiwa. Sabar cinta. Izz Izzati cuba mengawal riak muka yang terkejut kerana dipanggil sayang.

"Takut gak."

"Saya rasa, tak best pula kalau saya menyibuk dengan pasangan bahagia ni." sengaja Fakhrol Hazril menekankan perkataaan bahagia kerana terlalu geram melihat kemesraan mereka berdua.

"Ya...?" Izz Izzati sedikit keliru dengan kata-kata sahabat barunya itu.

"Maksud saya, lebih baik saya pergi dulu. Tak mahu kacau kamu berdua."

"Okey..." Izz Izzati hanya mengiakan. Lagi pun dia ada benda penting mahu berbincang dengan Tengku Zam Hairil.

Makin panas hati Fakhrol Hazril apabila Izz Izzati sendiri tidak mempedulikan kehadirannya di situ. Dia terus berlalu pergi.

Selepas itu suasan menjadi sepi. Kalau ada orang lain je, mereka pandai berkata-kata tetapi jika tinggal mereka berdua, hanya kebisuan yang menemani mereka.

"Tengku..." panggil Izz Izzati. Nak aku juga yang mulakan.

"Ya..." Tengku Zam Hairil masih dalam kedudukan yang sama. Rapat dengan Izz Izzati.

"Boleh duduk jauh sikit tak?" jujur Izz Izzati.

"Maaf!" pantas Tengku Zam Hairil menjarakan sedikit tubuhnya dari Izz Izzati tetapi mereka masih duduk bersebelahan. Dia rasa malu sangat. Sebentar tadi dia sekadar mahu menyakitkan hati lelaki itu melalui cara duduk rapat dengan Izz Izzati. Ternyata perbuatan itu berjaya menghalau si penyibuk, Fakhrol Hazril.

"Tak apa. Saya cuma nak bincang tentang majlis perkahwinan kita yang ada lagi enam bulan ni."

"Okey..."

"Pasal perjanjian kita tu. Saya minta, saya diberi tempoh selama enam bulan untuk mengenali Tengku selepas kita berkahwin. Masa tu kita akan jadi kawan." Izz Izzati mula menerangkan tentang perjanjian yang ingin dilakukannya.

"Kawan?"

"Ya, kawan. Tapi saya akan masak, basuh pakaian Tengku macam isteri selalu buat." jelas Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil diam seketika.

"Tempat tidur?"

"Asinglah. Dah namanya kawan..." Izz Izzati tidak menyangka yang bakal suaminya akan bertanya soalan itu. Nasib baik boleh jawap.

Tengku Zam Hairil diam lagi.

"Tengku ada persoalan lagi ke?"

"Sebenarnya saya tak tengok lagi surat perjanjian tu. Awak ada bawa salinan tak?" wajah Tengku Zam Hairil serius.

Izz Izzati buat muka pelik.

"Ada!" Dia membuka beg galas warna merah yang berisi laptop dan juga sebuah fail. Laptop ni nyawa aku. Mestilah aku bawa ke mana sahaja.

"Ini dia..."

Tengku Zam Hairil mengambilnya. Dia mula membaca. Makin lama makin berkerut dahinya.

Izz Izzati yang melihat kerutan di muka Tengku Zam Hairil, turut ikut berkerut. "Kenapa Tengku?"

"Ini je surat perjanjiannya?" soal Tengku Zam Hairil bagaikan tidak percaya.

"Ini je la. Ada tarikh, tempat Tengku dan saya sign. Butirannya. Cukuplah!"

"Tapi yang awak bagi saya tu agak tebal juga saya tengok." Tengku Zam Hairil pula rasa mushkil.

"Oh, itu kata pemudah bicara yang panjang..." lagi sekali Izz Izzati tersengih. Sebenarnya dah lama aku siapkan perjanjian ni. Disebabkan dah lama, aku dah lupa apa yang aku tulis di bahagian pemudah bicara tu. Malunya kalau dia baca.

"Okey..." Tengku Zam Hairil memang tidak banyak cakap sejak dari tadi.

"Lagi... Kita nak bertunang dulu ke?" soal Izz Izzati terus kepada topik yang lebih penting.

"Tak payah tunang! Saya nak kahwin terus dengn awak. Kalau boleh, bulan depan juga saya nak kahwin!" tiba-tiba Tengku Zam Hairil membuat keputusan mendadak. Dia rasa ada orang mahu merampas kasih sayang Encik Azlan.

Kasih sayang encik Azlan yang Tengku Zam Hairil risaukan. Kasihan pada Izz Izzati jika dia tahu isi hati sebenar bakal suaminya itu.

Kalau aku tak kahwin dengan Izz Izzati, Encik Azlan tak kan jadi ayah aku. Dan aku akan kesunyian lagi. Aku tak sanggup! Aku mahu perhatian dan kasih sayang Encik Azlan pada aku selamanya. Hati dan perasaan Tengku Zam Hairil berperang.

Izz Izzati terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Tengku Zam Hairil. Dia tidak kisah... Tetapi kena bagitau ayah la...

"Jom kita pergi beli cincin kahwin." Tengku Zam Hairil terus menarik tangan Izz Izzati sehingga ke luar kedai.

Gelojoh betul si Tengku ni. Sabar-sabar la sikit...

Nasib Tengku Zam Hairil tidak baik.

Bukkk!!

Pipi kanan Tengku Zam Hairil ditumbuk. Mulanya Tengku Zam Hairil mahu marah tetapi suara Izz Izzati terlebih dahulu kedengaran.

"Abang!" terkejut Izz Izzati dengan kehadiran abang kandungnya di situ.

"Lelaki tak tahu malu! Berani kau pegang tangan adik aku." Zizan mengamuk. Dia menarik tangan Izz Izzati dari terus dipegang oleh lelaki yang tidak di kenalinya itu.

"Abang sabar! Sabar!" Izz Izzati cuba menerangkan sesuatu.

"Sabar apa? Adik nak ikut jantan ni? Apa dah jadi dengan adik ni? Rasanya mak ayah tak ajar itu semua..." marah si abang pada adiknya pula.

"Dengar dulu penjelasan adik..." Izz Izzati faham sangat dengan perangai abangnya itu. Pantang ada lelaki yang tak dikenali dekat dengannya pasti di tumbuk. Tiba-tiba dia teringat peristiwa sesama sesi tandatangan bersama peminat.

Novel 1000x Cinta adalah novelnya yang ke dua. Semasa sesi tersebut, ada seorang lelaki yang ingin minta tandatangannya tetapi...

"Kau buat apa kat sini?" Zizan menyoal lelaki yang berdiri depan adik perempuannya. Zizan setia di sisi Izz Izzati sejak sesi itu bermula.

"Minta sign je..." takut-takut lelaki itu mahu menjawap.

"Kalau nak sign, jangan nak buat muka gatal!"

Selepas sesi Izz Izzati tamat.

"Abang ni teruk! Itu kan peminat adik..."

"Peminat atau tak, dia lelaki. Mana ada lelaki yang baca novel?" Zizan menarik tangan adiknya itu. Dia mahu adiknya segera balik ke rumah.

"Abang, zaman dah berubah. Lelaki sekarang, suka baca novel cinta. Tak salah pun lelaki baca. Bukannya satu perkara yang memalukan."

"Tak nampak jantan kalau baca novel."

"Banyaklah abang. Abang tu, ada baca novel gak kan?" geram Izz Izzati.

"Abang baca novel adik je. Orang lain, no way." jawap Zizan selamba.

"Abang ni!" jerit Izz Izzati dengan geramnya. Pecah ingatannya mengenai sesi tanda tangan itu.

Tengku Zam Hairil mendiamkan diri. Dia biarkan mereka berdua.

"Abang memang suka tak nak dengar cakap adik." marah Izz Izzati.

"Kenapa abang kena dengar cakap adik? Patutnya adik kena dengar cakap abang. Tak payah layan jantan ni!" Zizan menarik lagi kuat tangan Izz Izzati agar meninggalkan tempat tersebut.

"Abang, lelaki tu bakal suami adik..." air mata Izz Izzati mengalir ketika dia melahirkan kata-kata itu di bibirnya.

Zizan tersentak. Pandangannya jatuh pada lelaki yang terduduk itu akibat tumbukan padunya sebentar tadi.

Tengku Zam Hairil tersenyum sinis.



P/s : lor naper pula si Zati nak nangis? Tak ada sebab rasanya...apa-apa pun tunggu sambungannya k? Selamat membaca.




18 comments:

  1. -2-
    wah gila lah watak si izz ni... selamber badak je ajak g date mcm tu.. hahahhaha
    si tengku pula... sesuka hati je ckp bakal isteri dia "gadis kuat gelabah" bakal isteri kot... mcm mana la kalau izz tahu yg tengku kata kat dia mcm tu???
    who that yg masuk dalam office tengku??
    alah tengku pon xhadap lah nk duk dalam office dia (mamat yg tetiba muncul dlm bilik kengku) tu..

    kenapa la time date izz n tengku muncul mamat yg xdiundang???
    hazril sengaja nk kacau la tu...
    aik cara tengku n hazril membuatkan kita n izz tertanya2 kenapa dgn dorang ni... ada something la dorang ni.. jeng2 apakah???

    uish... apa la zizan ni.. ce siasat dulu sapa mamat yg dgn izz tu..
    ni x tau ikut hati je.. kesian tengku... xhensem dah.. hahahahahaha
    selamat laki klu perempuan jatuh saham.. hahahhahah :P (xde kaitan pon...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kamu ni AY...komennya detail....hihihi yg tak ada kaitan pun masuk sekali ye...

      Delete
    2. tu lah yg pelik yg xde kaitan pon masuk kenapa ek???
      hahahahhahah ^_^

      Delete
    3. sempat kamu balas ye komen ni hihihi yelah....punya la pk nama abangnya...payah pula...bila tgk zizan raja lawak tu...terus ambik nama dia hihihihi

      Delete
  2. akak tukar nama zizan tu..
    mcm xberapa nk sesuai la..
    pandangan AY la kan.. bila org baca n nampak nama zizan mesti dorang ingat watak dalam ni mesti si abg ni suka melawak tp sebaliknya...
    dan AY rasa mcm xkena la klu si abg zizan ni jd seorang yg tegas..
    just cadangan...
    hihihihihihihi

    ReplyDelete
  3. 8)

    ok...mmg tabik spring arr dengan Zati...beraninye dia ajk Zam date~
    ni asal plak Fakhrol tiba2 muncul ni....kacau daun betul laa...
    Zam plak....aik jeles ke??? hehehe
    Zizan ni lawak laa...semua ahli kluarga Zati memang best~!! ada ke prgi marah dkt mamat yg nkkan sign Zati~ ish3
    x pasal2 Zam dpat penumbuk free je dri die...dh x macho dah...hehehe ^_^
    anyways, cik penulis, keep it up~!! NEXT please~ ^_^

    ReplyDelete
  4. 9.
    "Sayang? Oh my God!! Sabar hati. Sabar jiwa. Sabar cinta. " saya suka kata-kata unik ini. Sabar hati, jiwa, sabar cinta..ahakz.

    Tengku hendak kahwin ngan Zati cma kerana xnak hilang kasih syg Encik Azlan aka ayah Zati? Haih, siann Zati bila tahu itu alasan Tengku.

    Saya salut dengan keberanian Zati, berani dia ajak dating si Tengku, hihi... Go zati go.. Errkk! Haha

    Zizan? Abg kandung Zati kan? Alahai perangai, caring bebenor ngan adik, to yg tu boleh dikira tahap over caring kut. Peminat minta sign pon difikir gatal. Dia tu bertindak tanpa fikir dulu, tnpa siasat dulu. Haih...

    Lagi satu, si Fakhrul Hazril tu menyebok je, haha... Tapi ok gak dia ada tu. Boleh la Zati dengar panggilan Sayang dr tengku. Haha... Kompem meletop letop tahap jeles Fakhrol ngan tengku...

    Papepon, tahniah akak. Best n tak memboringkan cite ni. Ai syuka ai syuka...

    ReplyDelete
  5. (4)

    selamba je izz hantar mesej kpd TZH sebab nak ajak date. nasib baikla TZH setuju..pastu tetiba je fakhrul hazri tu muncul then menyemak nak join date izz dgn TZH. nasib baiklah takde pertelingkahan antara TZH dgn fakhrul tu but diaorang tu memang kenal ke ,kak ria? nasib baiklah si fakhrul tu faham bila TZH duduk rapat dengan izz tu..itu tandanya suruh fakhrul tu pergi ,jangan nak menyemak je. tapi kan kenapa izz tu dia nak buat perjanjian tu.nak tau juga sebabnya. TZH ni kekurangan kasih sayang ke? Takkan dia nak kawin dengan izz tu semata-mata sebab nak kasih sayang Encik Azlan tu. kesian TZH. tapi nanti mesti lagi kesian dekat izz sebab TZH nak kawin dgn dia semata- mata sebab tu je.. better biar izz tak tau..nanti mesti izz lagi kecewa. saya suka dengan sikap abang dia tu tapi macam over protective la pula. jarang sekarang ni nak jumpa abang yang protective..kak ria, best la..sya nak lagi ..:D

    ReplyDelete
  6. Pehhh... X pasal2 kne tumbuk..adeh... Sbar jew lah klau dpt abg cmnie..hahaha... Byk rahsis dlm cerita nie.. X sabar nk tahu ap yg trjadi.. Byk tnda tnye ap yg blaku ap yg blaku pasnie...hihihj... Mmg best..

    ReplyDelete
  7. (16)
    sgka tengku nk kwen ada niat camtu.. Sian izzati.. Huhuhh... 2 llaki suka sorg pmpuan pehh hebat nye...pehhh x pasal2 kne pnumbuk dgn abg izzati..mmg lebam lah muka tu nti..hihihi... Abg zizan syg adik nye smpai cmtu skali die brtindak ek..tp sbnrnye mmg elok die bt cmtu.. Wlaupun bakal suami die lom ad hak nk pgng2 tgn izzati sesuka aty jew.. Tu 1 pgajaran sbnrnye ..hihihi ctr nie mmg best biar pon nmpk kelakar ,cm gle2 jew ctr nye(blh lyan) tp ada gak ttg jga pckapan,adab sopan,aurat nye.. Ctr cmnie kne ada pgajaran bru kita smua blh jd kn 1 contoh yg bgus... Qis suka ctr cmnie utama kan agama,adab org kita.. Ttg kekeluargaan, mmg nmpk sweet lah.. Best2.. X sabar nk bace lgi..

    ReplyDelete
  8. 5-

    ok, zati mu memang berani maut.. hahaha.. sama aje perangai dengan tengku tu.. mahu tapi malu.. tapi zati xtau malu..

    sayang, ye tengku? hahaha.. org kalau cemburu memang tak ingat apa erti malu.. redah aje labu..

    ...cpt kak ria sambung lagi..

    ReplyDelete
  9. (13)
    Walawei, komen kita hilang!sedihnya...leceh tol tab ni...huhuhu...terpaksa ingat balik apa yg dtaip td. Dhlah panjang lebar td terus hilang. Sadis!
    InsyaAllah, boleh! Ingat2!
    Firstly, sy nak panggil si heroin tu Zati sbb kalau panggil Izz nanti teringat plk dkt anak kembar si vampire tu. X pasal2 rindu dgn abi diaorg plk. Ok, finish first poin. -vampire-
    Second, tentang heroin. Wah, selamba giler dia ni. Jom date! Nanti nak try leh? Haha...nak cr pasal dgn parents blh lah...
    Third, Fakhrol. Yg ni kita x nak panggil dia Hazril sbb tu nama my hero. Fakhrol ni kacaulah. Sibuk je! Kang aku buat kau jd daging korban! Raya korban x lama lagi ni. Pisau ayah aku pun dh tajam ni. Dhlh dtg x dijemput, nak blah blah jelah. Geram tol! Kau ni adik Tengku ke?? Mcm ada yg x betul je. Kalau blh muncul dlm ni, sy pergi dkt dia n kata "sy bunuh awak eh" tikam dia n then "bye! Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin!" ha! Kira baik dh pembunuh tu nak minta maaf.
    Lastly, Zizan. Teringat dgn Zizan raja lawak tu. Sekali tgk, pergh! Mmg x samalah! Knp terburu buru sgt ni? Tahulh syg adik tp jgnlh mcm tu sgt! X pasal2 Tengku yg kena. Mcm manalah kalau adik dia dh kahwin nanti?? Haha..kesian peminat Zati. Dpt hadiah free dr abg dia. Knp plk si Zati ni menangis?? Tetiba je. Pelik! Ada cerita ke? Cer citer, cer citer..

    ReplyDelete
  10. (6) Qaseh allyea
    wahh sweetnyer bla zati ajak tunku date... dengan selamba nyer... hihihii
    -untung zati ad abang yang penyayang dn mengambil berat pada adiknya... :)
    - mcm mna la fakhrol nnt kan lpas tahu tunku bakal suami zati, perempuan yg dia minat...
    - knape zati nangis msa bgtaw kat zizan yg tunku tu bakal suami dia erk? maybe sbb dia dh mula sayang tunku kot.. hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dia dah mula sayang pada tengku sejak pertama kali tgk muka tengku ni tapi dia tak nak akuinya lagi hihihi tapi stilll nak bermanja dengan tengku hihihihihi

      Delete
  11. (--10--)
    entry kali ini lucu laa ngn perangai si Izz nie..comey ada, manja ada, penakut ada, caring ada, protective ada, paling penting gila + minah selamba.. tersedak taw bila baca "jom date" .. saya fikir minah nie ok ke x nie? apa ke hal nie.. xpernah baca enry di mana Heroin gila macam nie.. gila bukan gila masuk tanjung rambutan tapi gila yang buat saya ketawa..

    hebat betul penulis nie.. surat perjanjian siap ada pembuka bucara tu.. hahahaha.. 6 bulan tu.. bilik tidur asing..sanggup kew nanti? Tengku Zam Hairil nie betul betul laa kurang kasih sayang..kasihan kat dia.. bukan main risau alau dia x dapat kasih sayang dari Encik Azlan.. tapi kasihan kat Izz if dia tahu yang Tengku Zam Hairil gila mendapatkan kasih sayang seorang ayah.. nanti takut ada pergaduhan atau salah faham nanti.. alaa..

    "Sayang takut kucing" suka kat statement nie..buat kita senyum lebar..semata mata nk sakitkan hati Fakhrol.. padan muka Fakhrol.. si Izz dah berbunga bunga dah tu bila Tengku Zam Hairil panggil sayang.. kalau kita pon..ops*

    Abang kandung Izz nie garang laaa..kasihan hero kena tumbuk..dah x hensem dah..Zizan nie cepat sangat sentap bila orang usha adik kesayangan dia.. siap bagi amaran lagi tu.. "kalau nak sign , jangan buat muka gatal" HAHAHA.. zizan zian.. ada ada jew laa...xp paling best laa bila Izz menangis sebb Tengku Zam Hairil..macam dah tumbuh perasaan kasih dan sayang kat dalam hati..

    ReplyDelete
  12. Wah!!!!! Sempoi je cara izz ajak date. Terbaekkk... Tengku pun , apalah , kerja punya pasal , izz yg jadi mangsa. Sibuk sngt. Workaholic. Kesian nyer dkt tengku... Fahkrol tu menyemak je. Kacau daun. Hehehehe tapi , Padan muka dia , izz tak Layan.. :p hahaha . Abnag izz tu protective sngt lah. Perlu ke takut kan org sbb nk autograph je..? Haishh3 , mcm jeles dgn kekasih je. Abg kandung kan , tu sis? Klu bukan abg kandung , kesian lah tengku.. Huhuhu. Best!! Chaiyok for the next bab.. Hope , idea sis Akan selalu Ada. So , cpt lah sis up bab baru. Hehehehe.

    Regard , (3)

    ReplyDelete
  13. bagusla abg zizan ni..tp cian TZH..xsk fakrol,jht..da sangkut kt izz ar tu..pdn mka mlepas..izz TZH da cop..hahaha

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi