Followers

Monday, 19 August 2013

20
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 4

Bab 4

Zizan diam membisu. Tangannya ligat mengacau air sirap yang diordernya sebentar tadi. Naik menyampah aku tengok jantan ni.

"Tengku rasa sakit lagi ke? Maafkan abang saya ye?" bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Izz Izzati.

Zizan mengeluh kasar. Dia tidak suka adiknya bersikap manja begitu pada lelaki lain.

"Saya okey..." kali pertama melihat Izz Izzati menangis kerananya membuatkan hatinya tersentuh. Biarpun kena tumbuk sekali pun.

"Ini abang punya pasal! Lain kali tanya. Jangan main belasah aje." geram Izz Izzati. Dah rosak muka kacak ni. Camner nak kahwin nanti?

"Dia tarik adik macam secara paksa je? Mana boleh abang diam je."

"Abang tak payah diam tak apa. Bising pun boleh tapi apa-apa pun abang kena tanya adik dulu." sindir Izz Izzati.

"Adik jangan nak marah abang! Abang sekeh kang!"

"Sekeh la! Cian buah hati adik ni tau?" sengaja Izz Izzati bermanja dengan Tengku Zam Hairil. Dia tahu yang Zizan tidak suka.

Tengku Zam Hairil pula tersentak mendengar perkataan 'buah hati'. Biar betul perempuan ni? Saje nak huru harakan hati aku la tu.

Pantas tangan Zizan menyekeh kepala Izz Izzati.

"Sakitlah!" ngadu Izz Izzati.

"Tau sakit! Hati abang ni lagi sakit tengok adik! Sampai hati menduakan abang. Selama ni, adik tak pernah lebihkan orang lain berbanding abang. Tapi lelaki ni baru je muncul, adik dah suka dia. Adik dah lupa siapa abang adik ni... Abang tak suka adik buat abang macam ni." sebak hati Zizan apabila Izz Izzati lebihkan Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati rasa terharu. Dia berdiri dan duduk sebelah abangnya itu.

"Abang adalah abang terbaik adik ada." pujuk Izz Izzati sambil memeluk lengan Zizan.

Zizan kaku.

"Adik tahu abang sayang adik. Adik pun sayang abang." air mata Izz Izzati mengalir lagi.

"Janganlah nangis. Sakit hati abang tengok air mata adik ni." Zizan menyapu air mata adiknya.

"Sayang abang!"

"Sayang adik juga!" Zizan mencuit pipi Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil tersenyum dalam hati. Hubungan adik dan abang sangat mesra. Entah mengapa perasaan cemburu dengan keluarga ini.

Aku dan adik tak semesra ini. Kami selalu bergaduh tak kira di mana pun. Wajah Tengku Zam Hairil bertukar mendung.

"Nama kau apa?" kasar nada Zizan bertanya.

"Tengku Zam Hairil..."

"Patutlah adik suka dia sebab ada pangkat tengku..." sempat lagi Zizan menyindir Izz Izzati.

"Sebenarnya..." Tengku Zam Hairil mahu menerangkan hal sebenar tetapi pantas di jawap oleh Izz Izzati.

"Itulah abang tak tahu. Calon suami adik mestilah terbaik punya." Izz Izzati berkata begitu sambil mengenyetkan matanya pada Tengku Zam Hairil. Dia tidak mahu lelaki itu menceritakan hal sebenar.

Tengku Zam Hairil tersentak. Main mata pula minah ni.

"Tak payah nak poyo. Meh abang hantar balik rumah." ajak Zizan. Geram apabila melihat adiknya bermain mata depannya. Mau je dicekik jantan ni.

"Kejap! Mana abang tahu adik kat sini. Bukan ke abang ada hal kat Johor. Kenapa sesat kat KL pula?"

"Masa abang sampai rumah, nampak teksi yang adik naik. Jadi, abang terus follow sebab abang rindu dekat adik abang yang seorang ni." jelas ZIzan.

"Rindu abang juga..." balas Izz Izzati.

Perlahan Zizan usap kepala adiknya itu. Manja sangat ni.

"Jom abang belanja tengok wayang."

"Nak! Tapi Tengku ni?"

"Kalau dia nak tengok, guna duit sendiri." Zizan masih dingin dengan Tengku Zam Hairil.

"Tak apa la abang..." belum sempat Tengku Zam Hairil berkata hingga habis, Zizan sudah berdiri tegak.

"Siapa abang kau? Aku hanya ada seorang adik je. Kau jangan menyibuk jadi adik aku!" tegas Zizan.

Tengku Zam Hairil terkedu. Sungguh! Hatinya terasa. Bab bab kekeluargaan baginya amat sensitif.

"Saya pergi dulu Zati!" Tengku Zam Hairil terus meninggalkan meja tersebut. Dia tidak sanggup berada di situ.

Bagilah segala ujian, kerja yang susah dia masih kuat menghadapinya, tiada duit pun tak apa. Dia masih boleh hidup. Makan nasi dengan ikan kering pun dia boleh telan. Tetapi bab kekeluargaan, hatinya cepat terasa. Betapa hinanya dia kerana tiada kasih sayang dalam dirinya. Padahal, dia amat mendambakan kasih sayang seorang ayah, mak, adik, abang, kakak, kawan-kawan dan orang sekeliling. Cukuplah sedikit perhatian.

"Abang!" marah Izz Izzati. "Sejak bila abang jadi begitu sombong ni. Tak baik buat anak yatim macam tu. Tengku tu dah tak ada ayah, tak ada abang, pasti dia juga mahu kasih sayang seorang abang. Sampai hati abang..." Izz Izzati mengejar Tengku Zam Hairil. Kasihan bakal suami aku tu. Wajah sedih dia memang tak pandai sembunyikan.

"Tengku tunggu saya!" panggil Izz Izzati dari jauh. Laju betul dia lari. Dah macam 100meter pecut pula gayanya.

Tengku Zam Hairil tidak mahu menghadap Izz Izzati kerana dia bimbang akan menjadi lemah.

Tak boleh jadi si Tengku ni. Buat tak tahu je bakal isteri dia panggil. Guna teknik muslihat.

Izz Izzati pura-pura rebah.

"Aduh!" Izz Izzati mengaduh kuat.

Tengku Zam Hairil tersentak. Dia gelabah! Dia pun berpatah balik. Di sisi Izz Izzati. "Awak tak apa-apa kan?"

"Tengku, banyak kali saya panggil Tengku. Kenapa tak tunggu saya? Atau Tengku punya telinga banyak najis? Meh saya tengok." Izz Izzati sekadar mahu melawak. Untuk menghiburkan hati Tengku Zam Hairil yang terluka dengan kata-kata abang kandungnya sendiri.

"Meh la saya tengok telinga Tengku tu." Izz Izzati menyentuh perlahan telinga Tengku Zam Hairil.

"Jangan!" Tengku Zam Hairil menghalang. "Saya okey..."

"Baguslah okey." Lega hati Izz Izzati.

"Macam mana kaki awak ni? Nak saya bawa pergi hospital?"

"Hospital?" berpeluh dahi Izz Izzati apabila mendengar perkataan hospital. Dia tidak suka ke sana. Tempat paling dia nak elak dalam dunia ini.

"Eh, tak perlu Tengku! Saya kuat je?" Pantas Izz Izzati berdiri.

Tengku Zam Hairil blur.

"Saya okey. Tengku, macam mana dengan date kita?" Entah mengapa dia rasa sedih. Date kali ni terlalu banyak gangguan.

"Lain kalilah. Lagi pun abang awak dah jeling dari jauh tu. Saya tak nak hubungan mesra awak dengan abang awak tergugat sebab saya."

"Mana? Mana?" Izz Izzati mencari kelibat Zizan. Elok je lelaki itu berdiri tanpa selindung di seberang kedai sana. Makin geram Izz IZzati rasakan.

"Tengku..." Izz Izzati rasa serba salah.

"Tak apa. Nanti saya mesej awak ye? Kita date lagi sekali." Tengku Zam Hairil tersenyum pahit.

"Okey..."

Mereka berpisah di situ.

Zizan menghampiri adiknya itu. "Dia tak nak tengok wayang ke? Abang belanja." selamba Zizan berkata. Sebenarnya dia rasa bersalah sebab berkata begitu. Entah mengapa dia mudah angin dengan si Tengku itu. Mungkin sebab begitu mudah lelaki yang baru kenal ini mencuri perhatian adiknya itu. Ada sedikit bimbang di hatinya.

"Sengallah abang ni. Tadi kata tak nak belanja Tengku..."

"Eh, yeke abang cakap macam tu?" Zizan cuba berselindung.

"Oh, ada orang tu rasa bersalah rupanya." Izz Izzati dapat meneka apa yang abangnya rasa.

"Eh, siapa orangnya?" Zizan masih berpura-pura.

"Terima kasih abang. Ini yang buat adik sayang abang gila-gila." Izz Izzati gembira jika abangnya sudi berubah dan mula menerima Tengku Zam Hairil.

"Ya, suatu hari nanti adik akan berkahwin juga. Abang tak sepatutnya buat buah hati adik tu macam tadi. Maafkan abang ye?"

"Dengan Adik abang tak salah, tapi dengan Tengku adik rasa abang banyak salah."

"Salah apa?"

"Salahnya, abang tumbuk dia. Abang tuduh dia bukan-bukan, sekarang abang dah kecilkan hati dia. So, abang kena minta maaf la padanya."

"Abang kena minta maaf ye?"

"Yup!" Izz Izzati terus berjalan dan meninggalkan Zizan.

"Adik, tunggu abang!" Zizan pula yang mengejar Izz Izzati.



******



Tengku Zam Hairil berjalan penuh longlai. Fikiran penuh dengan Feya. Feya sahaja yang selalu buat dia rasa bahagia. Tersenyum tetapi akhirnya Feya pergi meninggalkan. Dia menuju ke tempat keretanya di parking.

"Oi!" panggil Fakhrol Hazril. Lama dia menunggu Tengku Zam Hairil. Sengaja nak buat aku rasa panas la ni.

"Kau...?" Tengku Zam Hairil tidak menyangka yang Fakhrol Hazril sanggup menunggunya di sini. Dia buat tidak peduli. Tangannya pantas mengeluarkan kunci kereta dan membuka pintu kereta.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau!" kasar Fakhrol Hazril.

"Aku tak ada mood nak cakap dengan kau. Kau boleh blah tak!" amuk Tengku Zam Hairil. Dia memang tidak boleh sabar jika bersama adiknya kandungnya ini.

"Aku tak peduli kau ada mood atau tak!"

"Okey, kau nak cakap apa?"

Fakhrol Hazril merenung tajam ke arah Tengku Zam Hairil yang sedang bersandar pada kereta Ford Fiesta berwarna merah.

“Macam mana kau kenal Izz? Dan nak kahwin dengan dia pula?” soal Fakhrol Hazril. Sejak kecil lagi dia tidak menyukai Tengku Zam Hairil. Perbezaan umur mereka hanyalah satu tahun membuatkan dirinya sama taraf dengan abangnya itu.

“Itu hal peribadi aku. Kau tak payah nak campur!” Tengku Zam Hairil sudah banyak bersabar dengan karenah adiknya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa adiknya begitu benci padanya. Padahal mama dan papa lebihkan dia daripada dirinya.

Tengku Zam Hairil sering mengalah untuk adiknya. Jika mama atau papa belikan permainan atau sesuatu, jika Fakhrol Hazril suka, dia terpaksa mengalah. Kenangan lalu singgah di benak fikirannya.

Sejak papa meninggal dunia, sikap Puan Faridah pada dirinya berubah. Puan Faridah selalu lebih Fakhrol Hazril.

“Haz nak juga yang tu! Nak juga!” Fakhrol Hazril menangis sekuat hati kerana mahukan permainan milik Tengku Zam Hairil. Dia merenung tajam arah Tengku Zam Hairil yang sedang memeluk sebauh kereta permainan.

“Zam, bagi pada adik ye?” Puan Faridah meminta lembut pada anaknya. Dia tersenyum manis.

“Tak nak! Ini mama belikan untuk Zam. Jadi ini Zam punya.” Balas Tengku Zam Hairil ketika itu dia berusia sepuluh tahun.

“Kau nak bagi atau tidak!” Puan Faridah mula bertukar nada.

“Semua permainan Zam jadi adik punya! Zam tak dapat apa-apa pun! Jadi, ini Zam punya, mama! Zam punya!” jerit Tengku Zam Hairil dengan air mata yang mengalir.

Pang!

Tengku Zam Hairil ditampar. Pipinya terasa sangat sakit. Dia memegang pipi yang sudah menjadi merah. Mata Tengku Zam Hairil membulat memandang wajah Puan Faridah.

“Aku kata bagi pada Haz, jadinya Haz punya! Aku yang beli semua ni!” Puan Faridah mula marah.

“Zam ni pun anak mama! Mama tak sayang Zam ke?” Tengku Zam Hairil beranikan diri lagi untuk bersuara.

“Kalau aku tak sayang kau, dah lama aku campak kau kat luar tu! Jadi, jangan nak berlagak dengan aku!” kata Puan Faridah sambil merampas permainan di tangan Tengku Zam Hairil.

“Pergi masuk bilik kau!” geram Puan Faridah. “Sayang, permainan ni jadi milik Haz ye? Janganlah marah mama ye? Mama sayang Haz...” pujuk Puan Faridah lalu memberikan permainan itu kepada Fakhrol Hazril.

Tengku Zam Hairil hanya mampu melihat adengan pujuk itu. Mama tak pernah pujuk aku macam tu. Mama sentiasa marah pada aku. Mama selalu lebihkan adik. Bila aku berjaya mendapat A dalam pelajaran, mama buat tidak tahu sahaja. Tetapi jika adik, mama sanggup beli apa sahaja. Mama memang tak sayang Zam kan? Mama benci pada Zam kan? Kenapa mama? Kenapa? Persoalan itu tiada jawapan sehingga kini.

Mereka sudah dewasa, sejak mendapat pekerjaan, Tengku Zam Hairil terus berpindah dari rumah tersebut. Mereka seperti bukan ahli keluarganya lagi.

“Jawab la!” marah Fakhrol Hazril apabila Tengku Zam Hairil diam.

“Izz Izzati akan berkahwin dengan aku. Kau jangan nak kacau dia.” Tengku Zam Hairil berkata.

“Aku suka dia. Jadi kau kena bagi dia pada aku!”

“Hey! Dia bukan barang permainan!” giliran Tengku Zam Hairil pula marah.

“Aku peduli apa! Kalau aku suka benda yang kau punya, kau kena bagi aku. kalau tidak, aku bagi tau mama.” Fakhrol Hazril tersenyum.

“Macam budak-budak! Zati akan kahwin dengan aku. Aku tak kan benarkan benda yang sepatutnya jadi milik aku, jadi milik kau! Tidak akan lagi!” kata Tengku Zam Hairil dengan jelasnya.

"Barang kau tetap akan jadi barang aku!"

"Izz Izzati jadi milik kau? Tak mungkin sebab hanya aku yang akan menjadi hak mutlak dia." Tengku Zam Hairil yakin dengan apa yang dikatakannya.

"Kita tengok la..."

"Tak payah tengok. Bulan depan aku akan kahwin dengan dia. Jadi aku jemput kau awal-awal." kasar Tengku Zam Hairil. Dia membuka pintu kereta.

Fakhrol Hazil membuat muka geram.

"Lagi satu sebelum aku lupa. Pasal mama. Kalau dia nak datang terserah. Tak datang pun tak apa. Kad jemputan aku tag dalam facebook je." Tengku Zam Hairil meninggalkan Fakhrol Hazril yang terkial-kial dengan kata-katanya.

"Tak guna!"



P/s : bab kali ni banyak betul gaduh ish ish ish...semoga terhibur...nantikan bab seterusnya esok....

20 comments:

  1. 9.
    Assalamuallaikum cik Penulis, hehe... Bab ni penuh emosi rasanya. Zizan dengan emosi pada Tengku, Tengku pulak emosi ngan Hazril..
    Alahai Zati, manja bebenor dia.. Saya suka bila cite pasal kekeluargaan, lagi la part yg abang adik saling mesra. Zizan ni caring, cuma rasanya dia agak panas sikit, haha... Nama dia tu jadi mengingatkan saya ngan Zizan pelawak tu plk. Hihi

    Zati senyum manis kat tengku. Zati kenyit mata kat Tengku. Zati caring kat Tengku. Alahai... Agaknya hati tengku boleh cair tak? Haha... Suka suka suka.

    Bab Tengku ngan Hazril. Sumpah! Sian si tengku. Terkucil dari kerabat family sendiri.

    “Aku peduli apa! Kalau aku suka benda yang kau punya, kau kena bagi aku. kalau tidak, aku bagi tau mama.” Fakhrol Hazril tersenyum
    Hah! Yg Hazril cakap cenggini, buat eden menyirap aje. Hazril tu macam budak2. Tipikal anak emak. Sikit2 gitau mama. Sikit2 mama. Haila, macam mana tengku tak tahan sabar bila ngan Hazril tu.

    Tak patot sungguh mama Tengku tu pilih kasih. Pasti selain kerana nama tengku tu, ada sebab lain yang buat dia benci sesangat kat tengku. Tabahkanlah hati you tengku. Jangan tunggu bulan depan untuk kahwin ngan zati. Esok je..hahah, kang si Hazril buat plan buruk nak dptkan Zati. Hehe...

    Kak ria. Nak bab 5 , hehe

    ReplyDelete
  2. hai zizan.. zizan.. xpasai2 je kena marah dgn izz..
    lain kali siasat la dulu n xterus je dia serang..
    xpakai helmet pula tu... hihihihihi
    bertuahya izz dapat abg mcm zizan..
    mcm couple pun ada izz n zizan.. hahahaha
    sweetnya penrangai dua beradik ni...
    kenapa izz sorokkan identiti tengku???
    mcm ada something je..
    n kenapa zizan xmenyukai tengku??
    atas gelaran tengku??? or tengku berjaya curi hati adknya????
    jeng jeng jeng.... hahahhaha

    ish... izz ni kan suka sangat buat jiwa tengku xtenteram.. hahahha
    kesian tengku..
    bertuah punya izz semata2 nk tarik perhatian tengku sanggup dia bt drama... hahahahaha

    feya tinggalkan tengku???
    dia pi mana??
    meninggal ke, ikut laki lain ke, or dibayar utk ambik hati tengku lps tu tinggalkan tengku???

    fakhrol hazril!!!!! oh rupanya mamat ni ada hati nk rampas izz
    oh xdapat bayangkan..
    hope izz kebal la dgn ayat2 suci si fakhrol...

    ReplyDelete
  3. (6) Qaseh Allyea..
    - fuyohh bab nie mmg sadis btoi... ksian dekat tunku dari kecil kurang perhatian dan kasih sayang.. geram betoi dengan sikap fakhrol tu.. mcm nak tumbuk jer.. huhuhuu
    - mcm mna la tunku bleh sabar dengan sikap adk dia yg belagak tuh.. huh sakit aty den..
    - manja nyer zati, klau bercakap dengan abang dia.. nmpak zati comel yer..
    -geram plak bla fakhrol tu nekad nak kan zati.. ingat zati tu permainan ke ape...
    - tpi dri td tertanya2 siapa feya tu erk dlm hati tunku?
    - maaf klau trlebih over plak.. huhuhu
    tak sbar nk bca smbungan dia... hihihii

    ReplyDelete
  4. Feya lg....ish geramnya

    ReplyDelete
  5. Asyik2 feya..cepat la cik penulis terangkan siapa feya yg sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah feya hanya muncul mungkin dalam bab 20 atau 25....lama lagi...so bersabr la dengan sabar ye hihihi

      Delete
  6. (--10--)
    Adik bukan main lagi manja sengal ... abang pulak mak aikk garang laa polak.. tanpa usul periksa terus ja belasah bakal adik ipar, kasihan Tengku Zam Hairil... sedih taw kita bila Hero kena tumbuk.. sib baik bakal isteri ni cepat bertindak..klau x memang kena lagi teruk..garang grang si abang nie sebb protect adik kesayangan..seronok ada abang yang terlebih caring macam Zizan.. xpadan ngn garang.. mulut boleh tahan..xdew lesen..cakap main lepas samapi terguris hati Hero Izz Zati.. dah laa Encik Hero nie kurang kasih sayang dari keluarga.. sentap laa dia..
    harap harap bila Tengku Zam Hairil kahwin ngn Izz, dia akan sama sama ngn abang iparnya protect Izz Zati dari Fakhrol Hazril..

    Jahatnya Hazril nie.. manusia yang tamak.. dan x sedar diri... menyampah kat dia..sakit hati bila dia kata "barang kau barang aku juga".. kalu depan mata kita mahu jew makan tapak kaki.. Tengku Zam Hairil pun dah pandai dah kenakan balik budak x sedar diri nie.. suka bila dia berjaya buat Hazril marah n geram.. asyik Hazril je menang dari kechik tu.. mama dyorang berdua nie bikin hati panas ja.. anak kandung juga tapi gila punya pilih kasih.. kerana nama "Tengku" sampai xda kasih sayang yang dia beri kat Tengku Zam Hairil.. Tengku Zam Hairil, xpa x lama lagi akan dapat kasih sayang dari seorang ISTERI dan seluruh keluarga isteri..

    Feya cepat laa keluar.. tertanya tanya di buatnyaaa...

    kak Ria Natsumi bab kali nie makan jiwa raga laa..ada sadis ,ada lucu ngn telatah si Izz yang pura pura rebah, ada kemarahan dan kesakitan.. thanks.. great job kak Ria.

    ReplyDelete
  7. (16)
    kesian tengku ahli kluarga bt cmtu dkt die smpai aty kn.. Sedih tol tgk tengku... Bgus tengku lawan adik die tu... Jahat sgt...huhhh... Tp sweet lak tgk izzati dgn tengku..adehai... Hihihi... Best2 menarik jln cerita.. Tp ada ayat yg perlu di pbetulan kan.. Sbb ada yg trtgl,ayat yg sme.yg slh taip tu biasa lah.. Qis suka crita nie...

    ReplyDelete
  8. -5-

    adik yg kejam.. tak matang betul..sikit2 mengadu dengan mak..anak mak..hahaha..
    zati memang suka buat di luar jangkaan..teruskan zati

    ReplyDelete
  9. (4)

    saya suka dengan watak zizan yang sangat melindungi izz dan menyayangi izz. bila saya baca , macam perangai abang saya pulak.. tapi kekadang rasa macam tindakan zizan tu tak patut je..izz pula lagi pandai.. dah tau abang dia tak berapa nak suka TZH tu lagi, naikkan kemarahan abang dia. nasib baiklah abang dia sporting.. izz ni memang manja dengan keluarga dia ek. jarang nak jumpa keluarga yang penyayang sekarang ni.. biasanya mesti ada je yang nak bergaduh..tentang TZH pula,saya tertanya2 kenapa mak dan adik TZH tak suka dia. apa yang dia dah buat. baru tahu yang fakhrol tu adik TZH. kenapalah suka sangat berebut barang dengan TZH. mentang2lah mama diaorang sayang fakhrol lebih then TZH dipinggirkan. izz bukannya barang yang boleh direbutkan. izz tu manusia ada perasaan..grr..rasa geram sikit dengan fakhrol

    ReplyDelete
  10. Huwaaaaaa! Sampai hati sis , buat bab sedih ni. Tersentak hati baca... Jahat Nya mak dia , sanggup lempang anak dia just sbb mainan. Sungguh tak Patut.. Haish3.. Tapi kan , still curious Siapa feya.. Ex tengku ke ? Uwaaa... Tak sabar nk tau. Tengku takut hilang kasih sayang encik Azlan. Zizan Pulak takut hilang perhatian izz.... Diorang ni tamak lah , taknak kongsi kasih syg. Hehhe. Best bab ni and Ada sikit pengajaran kat bab ni. Tak sabar nk tau pasal feya!!!! Fakhrol tu , dlm bab ni pun nk jadi jahat jugak. Anak mak!!!!! Izz , manje pun takde lah mcm dia... Huhuhuhu. As usual , Chaiyok !!!!!! You can do it. :)

    Regard, (3)

    ReplyDelete
  11. 13 Kakak...komen kita asyik hilang je ni..penatlh taip 2 kali. Sepanjang komen ni semua pakai tab. Laptop x ada plk. Argh! Naik geram dgn tab ni! Setiap kali komen konfem hilang. Huhuhu... Sedihnya... Naik fed up dh ni. Dhlh rushing na ke bab 11. Nantilah kita sambung baca n komen lg. Bila tarikh tutup crt ni?

    ReplyDelete
  12. 13
    Zizan over protective
    Zati cute n manja n berani
    Zam kesiannya dia!
    Fakhrol n mama dia jahat!

    ReplyDelete
  13. Ala...feya tu sape ek..tp xpa,TZH da mla sk kt izz..abg zizan,aw smartla..hehehe

    ReplyDelete
  14. Ciannya Tengku.Sebak dada nie rasa perasaan sbg anak yg dipinggir keluarga.huhu nk nangis.Apapun mmg suka masa Izz nak pujuk tengku.btw zizan ? haha teringat pulak kat pelawak zizan razak.kita baca nie pun terbayang pulak wajahnya.mcm mana betapa over menjaga adiknya.haha lawak2. overall mmg best :D

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi