Followers

Friday, 16 August 2013

17
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 2


Bab 2



Izz Izzati berbaring atas katil. Dia merenung kosong siling biliknya. Hatinya tidak tenang. Resah. Gelisah. Tidak keruan. Nak meletup pun ada.

"Ish! Boleh gila macam ni!" Izz Izzati bersuara agak kuat. Dia teringat perbualan antara Encik Azlan dan Puan Zalimah.

"Esok bakal suami Zati nak datang..." Encik Azlan bersuara.

"Esok!" Izz Izzati tidak dapat menyembunyikan wajah terkejutnya.

"Kenapa ni Zati? Terkejut macam nampak hantu je?" tegur Puan Zalimah. Dia menemani suaminya ke bilik cik penulis ni.

"Eh, kenapa nak terkejut? Datanglah... Zati dah lama nak jumpa dia." Izz Izzati tersengih. Cuba menyembunyikan resah di hati. Takkan nak tunjuk depan ayah dan mak. Jatuh imej aku. Sabar-sabar. Cool okey cik penulis!

"Ayah bagi peluang berkenalan. Tapi ingat, dalm rumah je. No dating dating ni..." Encik Azlan memberi amaran. Selepas berkata begitu, Encik Azlan dan Puan Zalimah terus berlalu keluar dari bilik anak gadisnya itu.

"Ayah ni, esok nak datang baru nak bagitau. Memang stress ni!" Izzati cuba bertenang. Dia pejamkan mata tetapi tak lelap.

Sikap gelisahnya berlarutan sehingga keesokkan harinya. Dia tidak senang duduk. Hari ini dia akan berjumpa dengan bakal suaminya.

Kacak tak? Aku boleh suka dia ke? Aku boleh jadi isteri terbaik dia ke? Ah! Boleh gila kalau fikir semua persoalan yang tak ada jawapan tu.

Izz Izzati mempamerkan muka stress.

“Zati, kenapa duduk dalam bilik ni? Tamu dah sampai.” Tiba-tiba Puan Zalimah muncul depan pintu bilik.

“Takut...” Izz Izzati buat muka comel.

“Semalam bukan main berani, hari ni dah takut.”

“Itu semalam mak...”

“Dah! Jangan nak mengarut! Jom!” ajak Puan Zalimah.

Izz Izzati hanya mengekori langkah Puan Zalimah. Wajahnya ditundukkan bagai perempuan melayu terakhir sahaja.

“Zati, kenalkan ni. Malik Bin Khalik.” Encik Azlan bersuara.

Izz Izzati tersenyum sambil mendongak. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah lelaki itu. Bibirnya besar. Pakai pula spek mata besar. Berapa tahap rabun lelaki ni? Lepas tu pendek. Tak sedar ke aku ni tinggi sikit dari kau. Ayah tak kacak! Nak yang kacak! Jerit batinnya tetapi hanya satu perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Tidak!”

“Zati! Apa yang tidaknya!” tegur Puan Zalimah kerana tiba-tiba sahaja anaknya itu menjerit.

“Eh!” Izz Izzati terkesima. Dia berangan rupanya. Over benar la aku ni. sabar-sabar. Semua akan berjalan dengan baik. Pasti ayah pilih bakal suami yang sesuai dengan aku. Yakin!

Puan Zalimah dan Izz Izzati ke ruang tamu. Dia hanya mampu tundukkan wajah sahaja.

“Zati, kenalkan ni.” Encik Azlan bersuara.

Alamak! Kenapa dialog ayah ni sama macam angan aku tadi ni. Takutnya. Izz Izzati cuba bertenang.

“Namanya Tengku Zam Hairil.” Makin lebar senyuman Encik Azlan.

Tengku? Izz Izzati terus mendongak. Hatinya berdebar saat dia memandang wajah lelaki yang dimaksudkan oleh ayah. Inikah yang dipanggil cinta pandang pertama?

“Zati!” tegur Encik Azlan apabila melihat anak gadisnya terkaku merenung lelaki dihadapannya itu. Ish anak gadis aku ni, tak malu betul renung lelaki macam tu. Siapa la yang ajar ni...

“Eh!” Izz Izzati baru tersedar. Pantas dia tundukkan wajahnya. Malu gila!

“Zam, ini anak pak cik, Izz Izzati. Panggil Zati je.”

“Ya pak cik. Dah kenal ni.” kata Tengku Zam Hairil.

“Dah kenal?” Izz Izzati terkejut. Dia kenal aku? tapi aku tak kenal dia? Mana boleh jadi ni. Mana mungkin aku lupa wajah lelaki yang kacak. Mana mungkin!

“Kenal la wahai cik penulis.” Dia tersenyum manis.

Encik Azlan dan Puan Zalimah pula ketawa.

“Pandai Zam bergurau.” Kata Puan Zalimah. Berkenan sungguh dia dengan Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati pula makan hati. Dia main-mainkan aku rupanya. Betullah tu , aku memang penulis.

"Jemput duduk semua. Zati pun duduk." arah Encik Azlan. Manakala Puan Zalimah berlalu ke dapur untuk mengambil dulang air yang sudah lama di sediakan.

Mereka semua membisu seketika sementara menunggu Puan Zalimah kembali semula. Selepas Puan Zalimah menghidang air, perbincangan mereka bermula.

"Pak cik yakin yang Zam tahu apa tujuan kita berkumpul hari ini dan Zati pula, ayah yakin yang kamu tertanya-tanya siapa sebenar bakal suami kamu ni kan?" Encik Azlan mula berbicara.

"Saya tahu pak cik." ujur Tengku Zam Hairil.

"Zati, Zam ni anak angkat kawan ayah. Ayah dah lama kenal Zam. Sejak lima tahun lalu. Ayah yakin dia boleh menjaga Zati macam ayah jaga Zati."

Entah mengapa Izz Izzati rasa sebak dengan kata-kata ayahnya itu. Dia tahu ayah terlalu melindunginya. Zizan, abang Izz Izzati pun sama seperti itu.

Tengku Zam Hairil hanya membisu.

"Zati tak tahu pula yang ayah ada kenalan yang ada gelaran tengku ni?" soal Izz Izzati. Rasa sebaknya bertukar dengan rasa ingin tahu mengenai Tengku Zam Hairil.

"Itu biar Zam sendiri bagitau Zati," kata Encik Azlan. "Zam, kamu cerita pada bakal mak mertua dan bakal isteri kamu ni agar tak ada salah faham."

"Macam ni mak cik... Izz...Izza...ti..." Tengku Zam Hairil tergagap apabila menyebut nama isterinya. Kenapa dengan aku ni? Malunya.

Encik Azlan dan Puan Zalimah hanya tersenyum ada makna.

Izz Izzati tidak puas hati. Susah sangat ke nak sebut nama aku. Ish mamat ni!

"Macam ni. Saya bukanlah berketurunan tengku atau apa pun. Ini kesilapan teknikal. Masa arwah ayah saya nak daftarkan nama saya nak buat surat beranak, juru tulis salah tulis nama sebab muka arwah ayah saya macam Tengku Zakaria, usahawan terkenal tu. Jadi dia pandai-pandai sendiri tambah Tengku. Nama sebenar saya Zam Hairil je tapi pihak buat surat beranak tu pergi tulis Tengku Zam Hairil. Jadinya, lekatlah nama tu sampai sekarang. Bila mak lahir anak ke dua, arwah ayah akan pastikan tak ada geleran tengku pada namanya. Jadi nama adik saya tak ada tengku." wajah Tengku Zam Hairil sedih. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

Disebabkan nama tengku ini adik dan mama membenci dirinya. Dia dipulaukan tanpa sebab.

"Tengku..." panggil Izz Izzati. Dia perasan wajah mendung Tengku Zam Hairil. Dia tidak tahu apa yang mengganggu fikiran bakal suaminya. Tetapi ada duka yang dirahsiakan.

"Zati..." Tersentak Tengku Zam Hairil.

"Okey, nanti kita berbual lagi. Makanan tu dah lama terhidang. Kita makan dulu." ajak Encik Azlan. Mana mungkin aku tak tahu apa-apa tentang anak muda ini. Dia sudah banyak menderita. Aku harap dia mendapat sedikit kasih sayang dalam keluarga ini. Isnya ALLAH.

Selepas menjamu selera, Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil dibiarkan berdua di ruang tamu. Pemantuan dari jauh oleh Encik Azlan dan Puan Zalimah di buat secara rahsia. Mereka berdua menyorok di sebalik dinding berhampiran.

"Boleh saya panggil awak, Tengku...?" akhirnya Izz Izzati bersuara. Dia begitu sukakan nama panggilan tersebut.

Tengku Zam Hairil membuat muka serius. Dia tidak suka nama itu. Dia tidak suka.

"Ikut suka awak la..." Tengku Zam Hairil menjadi dingin.

"Umur awak berapa?"

"28 tahun."

"Kerja apa?"

"Kerja kuli je..."

"Kuli? Kuli apa? Kuli angkat barang ke?" Izz Izzati agak terkejut. Kalau kerja kuli macam mana nak sara hidup aku. Ish, demand pula aku ni!

"Eh, tak! Maksud saya bekerja di bawah orang. Saya seorang arkitek. Biasa je."

"Oh macam tu. Awak pakai kereta apa?"

"Kereta Ford Fiesta warna merah."

"Wah! Tengku tak nak tanya pasal saya ke?"

"Boleh juga."

"Biar saya cerita. Umur saya 25 tahun, kerja penulis sepenuh masa, pakai kereta Myvi merah juga. Salam perkenalan." Izz Izzati tersenyum manis.

Tersentak Tengku Zam Hairil melihat senyuman yang ikhlas itu. Hatinya berdebar hebat tetapi pada masa yang sama dia rasa sangat bahagia.

"Salam perkenalan, saya Tengku Zam Hairil." Masih ada nada yang dingin.

Izz Izzati dekatkan sedikit wajahnya pada Tengku Zam Hairil. "Sebenarnya mak dan ayah tengah pasang telinga tu. Nanti kita date esok kat luar ye?"

Buat kali ke dua Tengku Zam Hairil tersentak. Dia tidak pernah keluar dengan mana-mana perempuan sejak peristiwa itu berlaku. Hatinya berbelah bagi untuk bersetuju.

"Ini surat perjanjian kita." tiba-tiba Izz Izzati hulurkan satu dokumen.

Tengku Zam Hairil terkejut lagi. Asyik terkejut je aku ni. Perempuan ni sentiasa ada kejutan... Sabarkan hati. Apa surat perjanjian? Ingatkan nak bagi surat cinta tadi.

"Jangan risau. Ini bukan kontrak kahwin cerai ke atau syarat-syarat dalam pernikahan tetapi perjanjian yang buat kita saling perlu antara satu sama lain. Yang buat saya percaya Tengku dan Tengku percaya pada saya." mata Izz Izzati bersinar. Sememangnya dia jatuh cinta pada Tengku Zam Hairil tapi belum tiba masa untuk dia meluahkannya. Itu terlalu awal itu dia luahkan.

"Okey..."

"Nanti saya mesej Tengku nak jumpa mana. Nombor telefon Tengku, saya akan minta dengan ayah." Izz Izzati tersenyum lagi.

"Awak tak nak minta sendiri dari saya ke?" soal Tengku Zam Hairil. Suarannya seakan berbisik. Ada senyuman terukir di bibir lelaki itu.

Izz Izzati tersentak. Dia tergamam. Tengku Zam Hairil bagaikan mahu menggodanya. Oh tidak! Tahan Zati.

"Nak!" Izz Izzati buat muka comel.

Tengku Zam Hairil tersenyum. Dia mula mengenali Izz Izzati. Manja rupanya.

Mereka berdua bertukar-tukar nombor telefon masing-masing.

Selepas solat asar, Tengku Zam Hairil meminta diri untuk pulang. Dia rasa betul pilihan yang dibuatnya.

Tengku Zam Hairil memandu perlahan keretanya. Akhirnya di berhenti di tepi jalan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

Ada gambar Izz Izzati yang di ambil. Dia tersenyum apabila teringat peristiwa itu.

"Boleh saya ambil gambar Tengku?" Izz Izzati bertanya. Ketika itu Tengku Zam Hairil leka memasukkan nombor telefonnya dalam telefon bimbit Izz Izzati.

Pantas Tengku Zam Hairil merenung tajam pada Izz Izzati.

"Eh, Tengku jangan salah faham." Izz Izzati gelabah.

Hati Tengku Zam Hairil tersenyum dalam hati melihat tingkah laku Izz Izzati yang mencuit perasaannya.

"Sebenarnya saya nak letak dalam profile nombor telefon Tengku. Tak lebih pun dari tu."Izz Izzati menerangkan sebab sebenar.

"Kalau nak lebih dari tu pun boleh." Tengku Zam Hairil berkata dengan nada yang serius.

Izz Izzati menelan liur.

Tengku Zam Hairil yang sedang memegang telefon bimbit Izz Izzati terus menekan 'camera' lalu dia mengambil gambarnya sendiri.

Izz Izzati terkedu dengan tindakan bakal suaminya itu. Kesempatan itulah Tengku Zam Hairil mengambil gambar Izz Izzati secara diam.

Dia tersenyum kembali melihat gambar terkedu bakal isterinya. Buat permulaan ini aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi. Entah-entah dia pun macam mama. Lebihkan orang lain berbanding diriku.

Tengku Zam Hairil menggigil. Dia tidak suka apa yang dilakukan oleh mama terhadap dirinya. Emosinya terdera.

"Aku tak sanggup kalau perempuan tu buat aku macam tu..." kata Tengku Zam Hairil. Pada masa yang sama dia menutup rapat pintu hatinya yang rasa benci pada cinta yang tidak pasti itu.

"Feya... I miss you..." begitulah Tengku Zam Hairil apabila rasa sedih bertandang dalam hatinya.

"Feya..." air mata Tengku Zam Hairil mengalir tiap kali teringat akan gadis misteri itu.

p/s : siapa feya yang sebenar...aduh...nantikn sahaja sambungannya pada masa akan datang...

17 comments:

  1. 9-
    "Izz Izzati tersenyum sambil mendongak. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah lelaki itu. Bibirnya besar. Pakai pula spek mata besar. Berapa tahap rabun lelaki ni? Lepas tu pendek. Tak sedar ke aku ni tinggi sikit dari kau. Ayah tak kacak! Nak yang kacak! Jerit batinnya tetapi hanya satu perkataan yang keluar dari mulutnya."
    Haha.. Part ni memg buat saya ukir senyum. Agan2 Zati ni ober sgt lee. Haha... Nasib Tengku x camtu. Hakhak...

    Ingatkan tengku tu betul2 pangkat diraja. Kisahnya, silap dari pejabat yg buat kad lahir tu. sian Tengku. Cuma psal nama Tengku itu, dia dibenci Mak dia. Tapi, rasanya mak dia benci bukan hanya kerna nma tengku itu. Pasti ada sebab lain.

    Sifat Zati yg saya paham. Dia manja, dia kelakar, dia penuh dengan kejutan, dia suka imagin, opcoz la. Secara dia tu penulis. Imagin para penulis ni tinggi, kan kan kan..ahha. *memandai je aku ni. :p

    Sweet cam gula2 jew Tengku ngan zati, camne nanti bila durg kahwin ek? Haha... Pasti sweet n lebh sweet haha

    Feya! Siapa Feya? Tertanya hati. Ekjah, haha... Ex-Girlfie Temgku ke? Homaigoat... Tak sabar tgu bab next, hehe...
    Maaf bila komen saya terlalu panjag dan merapu dan merepek. Hehe...

    ReplyDelete
  2. 15.) Erk, sape feya? *dugdagdugdag* hahaha, ingatkan zam ni memang keturunan tengku. rupenye ayah zam ni serupa ngan sorang tengku. hahaha, lawak. alahai, comel je zati tadi part cakap "nak" tu. mane tengku x melting? nasib baek tengku x macam khayalan zati tadi. hahaha, kalau tak, mesti pengsan si zati tu. paling suke part tukar number and amek gambar tu...auumm sweet.. eh mak abah zati ni kemain nakal. siap skodeng budak due orang tu. eh agaknye ape jadi bile diorang date eh? eii, x sabar x sabar. hehehe

    ReplyDelete
  3. -2-
    feya..... feya.... feya....
    who that????
    hope dia xkacau hubungan izz n tengku..
    sedihnya.. disebabkan gelaran tengku.. zam dipulaukan.. ish2 xpatut2...
    lain la kalau TZH tu bukan anak kandung dia.. (wah kita pula yg emo lebih) hahhahah
    so sweetnya bila part izz minta nk ambik gambar tu n tengku pon pandai ambil kesempatan curi2 gambar izz..
    bila dorang nk date ni???
    xsabar2 nk tunggu kesudahannya
    hahahhahah

    ReplyDelete
  4. 8)
    wah~ dh keluar dah bab 2~!!!
    okey~ bnyak info baru yg sya dapat *ceit..mcam bca berita jer -_-'
    hehehe...
    first, Izzati ni sorang yg cute,manja dan slamba... I like it~ <3
    kedua, knpa Zam dpat gelaran ''tengku'' dpn nma dia...honestly, sya terfikir ad ke hospital cam tu?? bhaya2~ hehehe
    ketiga, Zam ni sorang yg sweet laa~ bak kta zam ''izzati ni bnyak kejutan'' jdi sila bersedia awal2 laa wahai si tengku~
    si parents Zati plak...amboi skodeng ye~ x pyah skodeng2 Zati dah tahu la... part yg paling sweet dlam citer ni masa diorng tukar nombor tlefon~ sweet laa~!! >_<
    and lastly...knapa zam menggigil? knapa Zam mnagis?? siapa Feya?? wahai ''Feya'' apa yg awk dh buat pada Zam??? biarlah misteri~ hehehe ^__^
    whai cik penulis, x sbar nk baca bab yg seterusnya...NEXT please~ >_< v

    ReplyDelete
  5. -5-
    interesting..
    Bantai gelak part izz berangan pasal bakal suaminya tu. Ingatkan betul2 tadi bakal suami dia pendek plus pakai cermin mata besar..uh, wah! Bertapa skemanya..hahaha

    btw...bab 3 please..feya, who your are? Persoalan????

    ReplyDelete
  6. (4)

    Apalah izz ni . boleh pulak dia bayangkan yg bakal suami dia tu pendek ,lepas tu pakai spek besar. ish2..bila izz dgn TZH dah jumpa, boleh pulak izz tak ingat yang TZH tu org yg dia tegur dan suruh TZH beli novel dia.apalah izz ni..Apa sebenarnya yg jadi dekat TZH sampai mama dia benci dia? nak tau sgt ..izz dgn TZH ni mmg ada chemistry kan.boleh pulak izz hidu kedukaan TZH. bertambah persoalan lagi..siapa FEYA ni? nak tau kak ria..hehehe..kak ria,sya nak lagi boleh? ..:D

    ReplyDelete
  7. (6)
    - memang betul ape dijangka.. mesti zati terkejut lepas tngok tunku...hihihii.. tpi nervous jgak td ingt kan td pak cik yg pkai spet mata besar tu bakal suAmi zati.. hehee..
    _feya?? siapa dia dalam hati tunku... hope dia tak rosakan hubungan zati dngan tunku....
    - dlam berani pon zati nih ad tkot jgak rpanyer.. hihihi..
    _tak sabar nk taw siapa feya tu...

    ReplyDelete
  8. (--10--)

    Apa pun tak bolehlaa Izz nie mentang mentangla penulis bukan main lagi tinggi melangit dia membayangkan bakal suami dia...kasihan "Malik bin Khalik" dengan personaliti yang mak aihh.. boleh buat orang gelak..
    Tengku Zam Hairil nie bukan orang kebanyakkan jewwr.. cuma orang biasa n xdew darah "tengku". pegawai pendaftaran nie pun sesuka hati jew nk assume muka Tengku Zakaria kat ayah Tengku Zam Hairil.. untung Tengku Zam Hairil dapat nama Tengku dari usahawan hebat Malaysia.. jangan sedih sedih yah Tengku Zam Hairil, sebab ada penulis yang SAYANG kat awak even mama n adik x sayang kat awak...
    Belum apa apa si Izz nie dah buat aggrement.. mcm kena kawin paksa je.. tapi nmpak mcm dah suka sama suka.. hati Tengku Zam Hairil dah berbunga tengok telatah bakal isteri... Di ajaknya dating berdua (siap berbisik lagi tu)..1st time jumpa dah mintak gambar..dan Tengku Zam Hairil ni dah berjangkit manja dan seloloi macam si Izz..
    Feya? siapakah dia? tertanya ternya di buatnya.. Feya nie mesi seseorang atau sesuatu yang amat amat amat DICINTAI oleh Tengku Zam Hairil... manakan tidak.. sampai Tengku Zam Hairil nie menangis.. MENANGIS wey...
    saya target laa FEYA ni teddy bear Tengku Zam Hairil tetapi bila kak Ria Natsumi "gadis misteri" tu yang agak confius...

    Jawapan siapa sebenarnya FEYA hanya ada di tangan kak Ria Natsumi.. jadi sila sila lah bagitahu kami di En3 akan datang. Terima kasih kerana membuatkan saya tersenyum apabila membaca en3 kali ini.. Izz Izzati saya suka karakter awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taw xpe... Pnjg2 dieorg bls..da cm karangan da qis tgk..hihihi

      Delete
  9. Sweet btul tgk dieorg bkenalan..hihihi... Sian tgku byk dukaan upenye die nie kn... Npe lah mk n adik die x suka die ... Harap2 izzati blh bhgia kn tengku.. Mmg best lah bce.. Tiap kali bce x sbar nk taw ap yg trjdi... Hihihi... Sweet nye.. Best2... Jatuh cinta dkt crita nie..(qis nurraishah)

    ReplyDelete
  10. (13)
    Ceh, dh dpt agak si cik penulis tu berangan. X dpt nak imagine rupa dia. Kalau yg kck tu bolehlah. Alala...comelnya cik penulis ni. Manja plus cute je. Terpegun eh, tgk hero hensem sangat? Nasib x buat perjanjian yg x bgs. Perjanjian tu mmg terbaiklah! Now, hero punya turn. Apa cerita ni?? Menangis wei baca td. Sedihnya... :'( cian plk dgn si hero ni. Tu mama kandung dia ke mama tiri?? X puas hati tol kalau mama kandung. Kalau mama tiri pun agak2lh. Adik dia pun sama gak. 2+2 je. Ish, x pasal2 jd geram plk tgh mlm ni. Jgn sedih tau, Tengku. Ada ramai lagi yg sayang awak. Feya, sapa plk ni?? Someone spesel ke? Yg dicintai ke? Adakh dia yg bg teddy bear tu?? Huwaaa...nak bunuh mama dan adik Tengku boleh x??? Dh ready dh ni.

    ReplyDelete
  11. Best !! Sweet lah diorang tu.. Izz tu nakal jugak eh... Berani pun yer jugak.. Selamber je dia dgn tengku. Padahal , baru Kenal time tu. tapi part yg berangan tu , kelakarlah.... Duadua , hero n heroin , jenis yg cpt cuak. Ingat kan , zam tu cool sentiasa , tapi izz baru nakal sikit , dah tersentak.. Hehehehe , reallly2 can help me release my tension , baca diorg punya Kesah ni. Wahhhhh! Tak sabar nk tau Siapa feya. Ohhhh , zam , belum apa2 , dah Ada girl lain eh.... :P anyway , congrates , sis. Hope novel ni tak bosan. Permulaan mmg terbaekkkkk. Sis pun Patut jadi mcm izz , penulis sepnuh masa. So then , sis Akan Ada bnyk masa utk buat manuskrip . Hehehe. Waiting for ur hsgk and kha. Chaiyok , Chaiyok!!!!!

    Regard, (3)

    ReplyDelete
  12. Sape feya..awek lama TZH ke..da tergoda.ngn TZH la..sweetnya dia..comey..best2..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi