Followers

Friday, 13 September 2013

13
Komen

2013 : CERPEN 6 : EH, KAU SIAPA?


Cerpen: Eh, Kau siapa?

Aku rasa tertekan sangat. Setiap hari ada sahaja benda yang sampai kat rumah aku. Aku tahulah aku ni penganggur terhormat tetapi aku tak mengharap semua ini tiba di rumah sewa kawan baik aku ni. Ish menyusahkan. Dah la tak kenal siapa yang bagi.

"Cik Nurul, hari ni pun ada kotak pos laju..." kata seorang posmen pos laju. Dia pun dah naik kenal muka aku. Yelah, hampir setiap hari. Ini sudah masuk seminggu perkara ini berlaku. Dan seminggu juga aku dapat hadiah. Hari pertama coklat. Tapi tak cair pula. Hari kedua bunga dalam pasu. Tak layu pula. Mungkin orang yang pos ni dah bekerjasama dengan pihak pejabat pos laju mengenai barang yang di pos ini. Memang pelik dah hari-hari seterusnya.

"Hari ni aku dapat apa pula?" Aku sendiri tertanya-tanya. "Mak ai! Keronsang! Cantik gila!" aku tersenyum lebar. Makin lebar apabila aku membaca kad yang terselit di dalam kotak itu.



You, sweetheart, are may one and only - Penunggu rahsia



Memang pelik sebab dia sendiri yang mengelarkan dirinya penunggu rahsia. Penunggu macam ni tak apa. Kalau penunggu gua aku rasa seram sejuk.

"Afida, aku dapat lagi la benda dari penunggu rahsia tu." aku mula bergayut. Afida merupakan kawan serumah aku yang balik baik. Sebenarnya ni rumah dia. Aku yang menumpang tapi dia tak kisha. Itu yang buat aku terharu. Rasa nak buat bantal peluk tiap-tiap malam. Over sangat la tu...

"Again?! Semalam apa yang dia tulis?" hanya Afida sahaja yang tahu mengenai perkara ini.

"Semalam ye? You take may breath away? Entah bila masa la aku buat macam tu pada dia." aku sendiri pun nak tergelak bila teringat ayat-ayat jiwangnya.

"Wah! Romantik gila. Kau kahwin la dengan dia." cadangan yang hampir membuat aku tercekik sendirian.

"Kalau aku kahwin dengan dia, mana aku nak letak Muhammad Afiq Awraq tu?" sengaja aku menyebut nama buah hati aku itu.

"Kau kasi pas kat aku. Gerenti dia suka aku juga."

"Oh no! Bukan Afiq tau. Dia aku punya..."



******



Atheera membaca tanda nama bosnya. "Abid Zahran... Nama punyala sedap tapi, kerjanya nak mengamuk aje hari ni. Tak tahu sebab apa?" serentak dia habis berkata, pintu majikannya terbuka.

"Kamu buat apa depan pintu bilik saya ni? Dah tak ada kerja nak buat?" aku mula membebel. Geram dengan apa yang aku lihat tadi pun tak habis lagi. Di tambah dengan urusan syarikat yang tidak habis habis ini.

"Ada kerjanya, bos jangan lupa kita ada temuduga untuk jawatan setiausaha peribadi bos." Atheera berkata. Mungkin dalam hatinya tu, dia ingat tak cukup ada seorang setiausaha tapi bedal sampai dua. Aku tersenyum dalam hati.

"Okey, saya tak lupa kalau kamu tak panggil saya ke bilik temuduga." kataku semula membuat air muka setiausaha aku tu berubah. Ish, sejak bila aku suka mengusik orang lain ini. Ini semua gara-gara perempuan yang aku hanya tahu nama dan muka. Yang lain kosong.

Tiba teringat perkara pagi tadi. Panasnya hati ini!!!!!



******



Aku tersenyum lebar. Nak pergi temuduga dengan hati yang gembira. Disebabkan aku dah lama mengganggur, aku tak nak lepaskan peluang untuk mendapatkan pekerjaan ini. Bukan senang kita dipanggil untuk temuduga.

"Nabo!" aku berpaling apabila namaku dipanggil dari jauh.

"Afiq!"

"Wei, good luck! Jangan nak tanam anggur je!" Afiq nasihati aku. Macam la dia tak pernah mengalami nasib seperti aku. Sekeh kan! Nasib baik kau orang yang aku suka. Kalau tak, jangan harap. Kalau aku dapat pekerjaan ini, aku akan luahkan perasaan ini pada kau! Janji!

"Terima kasih dengan khidmat kauseling yang diberikan. Cukup berbekas di hati." aku tersenyum.

"Sama-sama. Nanti kalau kau dapat kerja ni, satu tempat kerja la kita." Afiq tersenyum makin lebar. Senyuman tu tidak pernah membuat hati aku bergetar hebat tetapi cukup menenangkan jiwa.

"Yelah! Kau kena datang ambik dan pulang tau."

"No hal! Sekali dengan Afida kan?" tiba-tiba Afiq sebut nama sahabat aku. Itu sudah cukup membuat aku rasa cemburu.

"Mestilah sebab syarikat yang dia kerja tu sebelah dengan tempat kerja kau. Tak kan tak sudi nak tumpangkan dia. Kasihan tau kami ni wanita, kena naik bas. Bahaya tau."

"Itu yang aku risau." Afiq termenung membuatkan aku rasa pelik. Lantak la! Kena fokus pada temuduga ni. Kalau tak dapat, menyesal tak sudah! Tak dapat nak pergi kerja bersama buah hati tercinta.

Masa aku menaiki tangga, tiba-tiba kasut tumit tinggi aku buat hal dan aku jatuh ke belakang. Nasib baik Afiq ada.

"Nasib baik aku ada, kalau tak, tak pergi temuduga la tu." aku pantas berdiri tegak. Rasa lain macam bila ada lelaki memegang belakang aku.

"Terima kasih! Aku pergi dulu." aku terus berlalu. Bukannya apa. Aku malu. Wei! Siapa tak malu dengan adengan tu. Malu gila!

Aku terus berjalan tanpa berpaling lagi. Semasa aku masuk ke dalam lif, aku terlupa tingkat berapa aku kena pergi dan aku benar-benar lupa. Belum sempat pintu lif tertutup, ada seseorang yang menghalang dari ia tertutup.

Aku tersenyum pada lelaki tu tetapi mamat tu buat muka serius. Ingat aku hadap sangat ke? Tapi akhirnya aku mengalah. Aku terpaksa tebalkan muka bertanya sesuatu pada lelaki itu.

"Tumpang tanya..." aku cuba beramah.

"Tumpang? Saya tak naik kereta nak tumpang-tumpang." eh, mamat ni! Loyar buruk pula. Sabar hati. Kau dalam kesusahan ni. Hanya dia yang boleh tolong kau saat ini.

Belum sempat aku bersuara lagi,tiba-tiba lif terhenti dan lampu terpadam. Aku mula panik. Aku takut gelap. Aku takut!

Tanpa aku sedari yang aku sudah merapati lelaki itu dan aku memeluk lengannya. Aku juga dapat rasakan lelaki itu hanya kaku sahaja tanpa bergerak.

"Kenapa lampu ni padam?" aku mula bertanya soalan yang aku sendiri dah tau jawapannya. Semestinya disebabkan elektrik tak ada. Aduh! Aku ni!

"Mungkin sebab kita ditakdirkan bersama..." lelaki itu berbisik ditelinga aku. Aku terkejut. Secara automatik tangan aku yang memegang lengannya dilepaskan. Aku rasa, aku patut lebih takut dengan lelaki yang tak betul daripada suasana gelap. Aku mula menjarakkn diri tetapi tangan aku di tarik.

"With you, forever won't be too long." bisiknya lagi ke telinga aku. Pada masa yang sama. Lif dan lampu berfungsi seperti biasa. Lelaki itu menolak tubuh aku dan dia membelakangi aku. Lantas pintu lif terbuka. Terus lelaki itu meninggalkan aku sendirian yang masih tergamam dalam lif tersebut.

Terngiang-ngiang kata-kata lelaki yang aku sendiri tak ingat mukanya. Serius! Aku tak ingat langsung! Aku dah hilang ingatan! Kembalikan ingatan aku semula! Aku nak ingat siapa lelaki itu. Adakah dia penunggu rahsia tu? Tak mungkin.

"With you, forever won't be too long." aku mengulangi kata-kata indah itu.

"Nabo, kau masih kat sini...." tiba-tiba pintu lif terbuka dan terpacul muka Afiq. Aku cuba mengawal air muka yang terkejut ini.

"Tadi lif ni tak bergerak. Aku takut!"

"Hari ni je berlaku macam tu sebab ada pembaikian sikit. Sekejap je kan, tak sampai lima minit. Meh aku hantar kau kat tempat temuduga tu." Afiq tersenyum manis dan aku membalasnya degan senyuman pahit.

Tak sampai lima minit? Tapi aku rasa lebih dari setengah jam. Lama aku berada dalam lif yang gelap. Aku tak tipu. Aku rasa lama sangat dan....

"With you, forever won't be too long." kata-kata itu terngiang lagi ditelinga aku. Adakah lelaki tu rasa sama macam aku. Aku tiada jawapan bagi pertanyaan itu.



******



Aku tersenyum riang. Memang sakit hati tengok kejadian yang tak best tu dari jauh. Lepas ambil telefon di kereta tadi, aku terserempak dengan dia dalam lif. Dia memang cantik dalam pandangan mata aku. Nasib baik dia tidak sempat mengejam aku. Aku akan pastikan dia dapat kerja ni tapi dengan cara yang paling dahsyat. Kalau tak mengusik, ini bukan Abid Zahran la...

Aku menuju ke bilik mesyuarat. Di situlah temuduga akan dijalankan.

"Atheera, bagi senarai nama pemohon kerja ni?" pinta aku. Aku nak tengok namanya dalam senarai yang ke berapa.

"Baiklah bos! Ini dia." Atheera menghulurkan satu fail nipis pada aku. Mungkin senarai nama tu ada di dalamnya. Pantas bola mataku mencari nama yang istimewa itu. Itu pun dia, Nurul Ajira Bte Osman.

"Atheera, mari sini sekejap!" panggilku.

"Ya, bos!"

"Letakkan nama ini yang terakhir okey."

"Baiklah bos!"

Aku tersenyum lebar.







Gelisah dibuatnya, sepatutnya nama aku yang ke 15 tetapi yang terakhir pula. Makin rasa gelabah. Keyakinan yang dibina sebentar tadi terbang bersama burung kot. Aduh! Macam mana ni. Tenang hati. Tenang! Ingat Allah! Allah akan ingat kita jika kita ingat Allah. Aku berzikir seketika. Sedikit sebanyak hati aku tenang. Aku merenung kertas di tangan aku.

"Cik Nurul Ajira!" Panggil Atheera yang tiba-tiba membuatkan aku terkejut dan semangat yang aku kumpul tadi hilang sekelip mata. Aku menjadi gelabah semula.

AKu menarik nafas. Relax okey! Aku berjalan perlahan agar kasut tumit aku ni tak buat hal. Biasalah dah lama tak pakai.

Aku ketuk pintu bilik tersebut dulu. Ikut cakap Afiq. Dia yang ajar aku.

"Tak payah ketuk-ketuk, masuk je..." seorang lelaki yang berada dihadapannya mula berkata. Kawan aku kata tadi, ada tiga orang. Awat ni seorang je. Tak adil ni. Sabar... Sabar...

Aku berdiri tegak. Kena sabar kalau nak kerja ni.

"Kan ada kerusi tu, tak reti-reti nak duduk ke?" makin kasar pula sindiran lelaki di depan aku ni. Nasib baik kau pekerja kat sini, kalau tak, dah lama aku melawan. Sabar lagi...

"Encik tak suruh saya duduk pun..." aku beranikan diri untuk bersuara.

"Kalau semua kena suruh baru nak buat, tak payah kerja di syarikat saya." katanya lagi. Syarikat saya? Alamak! Ini mesti bos besar. Aku lupa! Jawatan yang aku mohon ni setiausaha CEO. Aduh, cari nahas je aku ni!

Aku tersenyum.

"Tak apa, duduklah!"

Segera aku duduk. Gaduh dengan bos tak kan dapat apa-apa. Nak dapat kerja pun belum tentu lagi dapat.

Aku pamerkan senyuman paling ikhlas untuk bakal majikanku. Mungkin!



******



Sebaik sahaja Nurul keluar dari bilik mesyuarat itu...



Hahahahaha sakit perut aku menahan ketawa. Melihat wajah minah tu yang kelat, memang mencuit hati. Wah, tak sangka dia ada pengalaman dan cara bercakap cukup berkeyakinan. Walaupun pengalamannya biasa sahaja tapi dia memang layak memegang jawatan ini.

"Atheera, sediakan surat yang Cik Nurul dapat pekerjaan ini. Esok dah boleh mula kerja? Jangan lupa call dia yang dia terpilih." arah aku. Jadi bos, hanya tahu bagi arahan je.

"Baiklah bos!"

Selepas sesi temuduga tamat, dia baru perasan sudah pukul lima petang. Lama pula temuduga ini. Kebanyakkan pekerja sudah beransur pula.

Aku berjalan menuju ke tempat letak kereta. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Aku tergamam mendengar perbualan mereka.







Aku senyum sampai ke telinga, baru sepuluh minit aku keluar dari bilik temuduga, aku sudah dihubungi yang aku dapat kerja tu!!! Syok! Jadi aku akan luahkan perasaan cinta aku pada Afiq. Dia janji nak hantar aku balik sekarang. Jadi, inilah peluang aku.

"Nabo! Sinilah!" panggil Afiq.

"Afiq..." aku tersenyum. "Afiq, aku ada perkara yang nak bagitau kau."

"Apa dia?" aku dan dia bergerak ke tempat parking kereta yang sudah kosong. Kami berdiri di situ. Afiq merenungku. Rasa gementar pula.

"Afiq, aku dapat kerja tu!" aku cakap dengan speed yang paling laju.wah dia gembira. Aku lagi gembira. "Jadi..."

"Jadi apa ni?"

"Jadi, aku nak luahkan perasaan pada kau."

"Perasaan?"

"Ya. Aku cintakan kau..." jujur aku.

Jelas wajah Afiq terkejut.

"Afiq..." Panggil aku perlahan... Aku bagaikan tidak mendengar kata-kata yang baru dia ucap. Cuma air mata yang mengalir.



******



Kisah Nurul dan mereka....



Abid Zahran terpana dengan apa yang dikatakan oleh Nurul. Dia cintakan Afiq? Pekerja aku yang biasa tu. Tak kacak langsung tu! Abid Zahran tidak berpuas hati. Dia masih mahu mendengar perbualan mereka.

"Afiq..." Panggil Nurul perlahan.

"Maafkan aku, Nabo. Aku mencintai orang lain." jujur Afiq. Dia rasa bersalah sebab terpaksa memberitahu hal sebenar. Betul kata orang, perasaan cinta boleh merosakkan persahabatan yang terjalin lama ini.

"Ye ke ni?" bergetar suara Nurul. Dia mengelap air mata yang mengalir. Dia harus kuat. Memang rasa sakit jika cinta kita ditolak.

Afiq hanya mengangguk.

"Kita masih kawan kan?" Nurul bertanya. Mungkin aku tak dapat jadi kekasih dia tapi aku masih berharap yang Afiq masih sudi bersahabat dengan aku.

"Ya..."

"Kalau dia tak boleh cintakan kau, benarkan aku cintai kau..." Tiba-tiba muncul seseorang dari belakang Nurul.

"Eh, kau siapa?" soal Nurul serentak berpaling melihat wajah lelaki yang berani berkata begitu setelah cinta aku di tolak sebentar tadi.

"Aku Adib Zahran."

Ini orang yang menemuduga aku tadi. CEO syarikat ini. Biar betul! Aku bermimpi ke?

Adib Zahran terus menarik tangan Nurul dan menuju ke keretanya. What? Ferrari? Kau biar betul. Jangan buat aku jadi seorang yang jakun...

"Encik, kita nak ke mana?" soal Nurul. Bimbang juga, baru jumpa dah berani tarik tangan aku masuk kereta dia. Kalau dia buat apa-apa, aku juga susah.

"Ke satu tempat..."

"Semestinya kita akan ke satu tempat. Itu saya tahu tapi di mana?" Nurul mula jadi tidak betul.

"Rahsia...."

Lebih kurang sejam, mereka sampai di sebuah rumah.

"Ain dan Annur, tolong siapkan buah hati saya ni dengan baju yang tempoh hari..."

"Baiklah tuan..."

Nurul hanya mengikutinya sahaja.

Beberapa ketika.

"Jemput duduk, Nurul..."

"Terima kasih..." Nurul membuat muka. Perwatakan lelaki ini seratus peratus berubah membuatkan hati kecilnya bimbang. Walau bagaimana pun, dia berasa berdebar. Renungan lelaki itu pun sudah mampu membuatkan dirinya tidak keruan. Apakah makna ini? Cinta ke? Tak kan sepantas ini? Tidak mungkin!

"Tiap kali saya melihat awak, saya mesti fikir, terima kasih Ya Allah sebab pertemukan saya dengan awak..." Luah Adib Zahran bagi memulakan bicaranya.

Nurul tersentak.

"Betul, saya dah lama sukakan awak..."

"Eh, kau siapa? Maksud aku, Siapa kau yang sebenar." Nurul benar-benar terkejut. Apabila lelaki ini beromantik dengannya, dia dapat rasakan lelaki ini ialah penunggu rahsia. Yakin sangat.

Ish, aku cakap elok-elok, kasar juga bahasanya. Tak apa, jangan risau, aku seorang yang memahami. "Sayalah penunggu rahsia tu..." Adib Zahran tersenyum.

"What?" alamak tekaan aku tepat. Inilah lelaki yang mengganggu aku hampir setiap hari dengan hadiah dan kata-katanya yang indah.

"Betul Nurul, hidup saya begitu sukar tanpa melihat wajah awak. Tanpa awak. Saya hanya mahukan cinta awak. Hanya awak je, Nurul. Awak semangat saya. Awaklah yang saya mahu jadikan isteri." Adib Zahran berdiri. Kemudian dia melutut depan Nurul. "Sudikah awak menjadi isteri saya?"

Nurul tergamam. Apa yang perlu aku lakukan ni? Aku tak boleh jawap ya sebab aku tak kenal dia. Kalau aku jawap tidak macam menyesal pula, dah la kacak. Mana satu ni? Baik aku diam.

"Hantar saya pulang..." Nurul berkata.

"Bukan itu yang saya nak dengar." muka Adib Zahran berkerut.

"Suka hati aku la, penunggu Gua!" geram Nurul.

"Penunggu Gua? Penunggu rahsia la. Jangan salah sebut." marah pula Adib Zahran.

"Penunggu gua, tolong hantar saya pulang. Dah tau bawa pergi, silalah pulangkan semula dengan baik." seronok pula dapat mengusik lelaki ni.

"Ye lah!" kecewa muka Adib Zahran. Bukan senang dia mahu melamar wanita ni. Sejak kali pertama berjumpa, dia dah jatuh hati pada Nurul.

"Ini ke Zamil?" soal Nurul pada seorang lelaki.

"Saya rasa awak dah salah orang..." Adib Zahran tidak melayan perempuan yang menegurnya dengan tiba-tiba, mesti nak mengorat aku tu.

"Tapi awak macam muka kawan saya. Mehlah ikut saya." Nurul menarik tangan lelaki itu. "Saya dah janji sebulan lalu nak belanja awak makan, tapi awak menghilangkan diri macam tu. Terima kasih sudi selamatkan saya."

"Bila masa aku selamatkan kau. Kau dah salah orang. Dengar tak aku cakap ni!" Adib Zahran naik geram.

"Salah orang?" aku dah belanja dia makan. Lepas tu dia boleh cakap salah orang. "Kau siapa?" Nurul bertanya soalan yang kruang bijak.

"Aku ni, orang yang dah salah kau tegur."

"Ye ke..." Nurul mengeluh. "Tak apalah, rezeki kau hari ni aku belanja kau. Aku pergi dulu." berfikiran positif aje la.

Adib Zahran hanya melihat Nurul menghilang. Entah mengapa dia rasa yang Nurul seorang yang baik. Lepas hari itu, dia mencari kelibat Nurul sehingga dia dapat tahu tempat tinggal Nurul. Sejak itu, dia menghantar hadiah dan kata-kata yang sweet.

Kenangan lalu biarkan berlalu.

"So, lamaran aku ni di terima atau tak?" Masih menjadi tanda soal.

Adib Zahran menghantar Nurul pulang. Dia terus masuk ke dalam rumah.

Tiba-tiba dia terdengar perbualan Afida.

"Afiq, kau mana boleh suka aku. Kau tahu kan yang Nurul suka kan kau." jelas Afida.

Tersentak hati Nurul. Afiq suka Afida? Kecewa pula rasa.

"What! Kau tolak cinta Nurul sebab aku! Jangan Afiq. Kau tak boleh macam ni..." Afida terusan memujuk Afiq agar terima semula Nurul. "Afiq, kalau kau sayangkan aku, tolong terima cinta Nurul. Dia sahabat terbaik pernah aku ada."

Nurul terus berlari semula keluar dengan linangan air mata. Dia ternampak Adib Zahran masih di kereta.

Adib Zahran pula, gelabah melihat air mata Nurul. "Kenapa ni?"

"Penunggu Gua, saya terima lamaran awak. Saya terima..."

Adib Zahran gembira tetapi dia tidak tahu sebab apa yang membuat bakal isterinya itu berubah fikiran.



*****



Beberapa bulan berlalu...

"Aku tahu yang bos ni pakai dua orang setiausaha tapi jangan asyik suruh Nurul yang buat. Aku ni tukang fotostat kertas dan jawab panggilan je." Atheera membebel seorang diri.

"Penatnya..." Nurul mengaduh. Dia menulis sesuatu dalam buku catatannya.

"Nurul tak penat ke? Siang jadi setiausaha, malam jadi isteri." Atheera bertanya.

Nurul hanya tersenyum. Dia sudah berjanji dengan Adib Zahran, kalau dia dah menerima Adib Zahran sepenuhnya, cukuplah dengan menghantar surat letak jawatan.

"Nabo!" panggil Afiq.

"Ada apa?"

"Ni kad kahwin aje. Jemput la..." pantas tangan Nurul membukanya. "Afida..." Nurul mendongak memandang Afiq.

"Maafkan aku..."

"Tak apa..." sikit pun Nurul tidak merasa sedih sebab ini yang dinantikan. Nantikan Afida menerima Afiq. Dia kembali duduk di sebelah Atheera lalu menaip sesuatu di laptop.

"Eh taip apa tu?"

"Surat letak jawatan." Nurul tersenyum manis.

"Ini untuk bos..." Nurul tersenyum.

"Lain kali panggil je abang. Tak payah bos bos. Berapa kali nak cakap la." bebel Adib Zahran. Lelaki itu banyak bercakap lepas berkahwin. "Surat apa pula ni?"

Nurul diam.

"Surat letak jawatan?" Adib Zahran bagaikan tidak percaya. "Betul ke ni?"

Nurul angguk kepala.

Adib Zahran terlalu gembira. Pantas dia memeluk Nurul seeratnya. Tenang je rasa.

"Terima kasih sayang... Hidup abang rasa bermakna dengan adanya sayang."

"Sama-sama abang..." Walaupun aku tidak dapat memperolehi cinta pertama tetapi cinta kedua sangat bermakna. Terima kasih Adib Zahran.



P/s:wah cerita kali ini agak panjang. Pasal jodoh lagi? Bosan pula kan? Jodohkan rahsia Allah, sibuk pula nak citer kan? Kan? Kali ini mengajar kita, perasaan cinta pada seseorang mungkin terpupuk tetapi jika hati tidak mahu memilikinya, tidak akan jadi. Semoga terima kasih semoga terhibur. Sekian terma kasih





13 comments:

  1. penunggu gua...
    hahhahha
    sesuka hati je tukar...
    btw sweetnya part last tu.. :D <3 <3 <3

    ReplyDelete
  2. Menarik jalan citernya..walaupun kecewa, dia happy juga akhirnya.. :)

    -emahirmah-

    ReplyDelete
  3. Adib Zafran..nice name..btw akak, romantik gila la adib zafran..boleh pass kat saya x??...hihihi >_<
    tahniah kak, biar pom akak buat cerpen pasal jodoh selalu,tp jln ceritanya mempunyai makna tersendiri..so, aja aja fighting ^________^

    ReplyDelete
  4. Sweeeeeeeeeeeeettttttt...blh xkomen camtu hihi

    ReplyDelete
  5. Bestttttt, tak kisahlah citer apapun janji best ok

    ReplyDelete
  6. wah.. peminat misteri.... citer nie best+menarik putri suka.. hihihi..

    ReplyDelete
  7. sweetnya..penunggu gua, haha..cantik nama tu..

    ReplyDelete
  8. Perghhhh...man nk cri lelaki cinta pandang. Pertama syok trus kat kita

    ReplyDelete
  9. cerita benar rasanya ni : http://www.facebook.com/adibzahran

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi