Followers
Monday, 2 September 2013
13
Komen
Bab 12
Izz Izzati tersedar apabila telefon bimbitnya berbunyi. Kalau Tengku Zam Hairil tahu, memang malu. Dia kejut banyak kali, si Izz Izzati ini tidak sedar tetapi bunyi telefon bimbit yang perlahan itu, boleh pula dia dengar.
"Siapa mesej aku di pagi hari ni?" Izz Izzati bangun lalu menghampiri meja mekapnya.
Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita. Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab. - MinahIlham
Kenapa ayat ni macam ada kena mengena dengan kehidupan aku? Tengku hadir dalam hidup aku... Adakah aku atau dia yang akan mengubah hidup kami? Izz Izzati berpaling memandang wajah Tengku Zam Hairil yang sedang lena dibuai mimpi.
Akhirnya dia tersenyum. Tidak mahu memikirkan apa yang mengganggu fikirannya.
"Tak ada kerja betul minahIlham ni. Saat ini pula dia boleh muncul." Izz Izzati tersenyum. Jam menunjukkan dua pagi. Dia bangun menunaikan solat sunat tahajud dua rakaat. Usai sahaja, dia membuka laptop.
Sambil itu dia menghubungi MinahIlah itu.
"Hai cik Minah. Tak tidur lagi ke?" Izz Izzati berbual agak jauh dari Tengku Zam Hairil yang tidur sambil memeluk teddy bearnya yang bersaiz sedepa tangannya itu.
"Kita pula ditanyanya. Cik penulis ni kan pengantin baru, masih tak tidur ke? Atau tak dapat nak tidur." usik MinahIlham yang nama panggilan sebenarnya Nia.
"Aku pula yang kena. Nia, ayat kau bagi tu gempak. Tu pasal aku tersedar. Terus dapat idea nak menulis." kecoh Izz Izzati.
"Dah lama ke tak menaip ni?"
"Lama gak, dua minggu. Idea lari la..."
"Kenapa? Tak sempat nak kejar idea tu ke?" loyar buruk Nia.
Kedengaran Izz Izzati ketawa kecil. Terhibur dengan kata-kata kawannya itu. "Kau kalau loyar buruk dengan aku, memang tak pernah miss ye?"
Mereka terus berbual.
Izz Izzati ketawa. Dia benar-benar terhibur dengan lawak Nia. Tanpa dia sedari, tawanya itu mengganggu tidur Tengku Zam Hairil.
Dahi Tengku Zam Hairil berkerut. Mata masih terpejam. Pelukan teddy bearnya itu semakin longgar. Akhirnya, jatuh ke lantai teddy bear itu. Matanya terbuka. Dia bangun lalu duduk di birai katil. Rambutnya diserabutkan. Agak memberi tekanan pada dirinya.
Izz Izzati tidak sedar akan kehadiran suaminya yang semakin menghampirinya. Dia terus ketawa. Mungkin dia tidak menyangka yang ketawanya mengganggu tidur orang lain.
Tengku Zam Hairil merenung tajam belakang Izz Izzati. Dengan pantas dan kasar dia merampas telefon bimbit yang berada di telinga isterinya dari belakang.
Izz Izzati terkejut. Dia berpaling sambil berdiri tegak. Sungguh! Dia benar-benar terkejut.
Telefon bimbit tersebut di letak atas meja mekap Izz Izzati. Tengku Zam Hairil masih merenung wajah isterinya.
"Tengku, kenapa ni?" soal Izz Izzati. Dia benar-benar tidak mengerti. Dia sendiri tidak pasti dia berada dalam situasi apa.
Tengku Zam Hairil melangkah perlahan ke arah Izz Izzati.
Izz Izzati yang menyedari tingkah laku Tengku Zam Hairil amat berbeza mula berasa seram sejuk. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri ke bilik Encik Azlan. Dia tidak peduli dengan apa yang bakal ayahnya tanya. Pantas tangannya membuka pintu tersebut.
Tetapi belum sempat pintu dibuka separuh, Tengku Zam Hairil menekan kuat pintu bilik itu dari dalam membuatkan pintu tersebut tertutup kembali.
Izz Izzati tersentak. Dia berlari ke arah hujung katil pula. "Tengku dah gila ke?"
"Kenapa kau kacau aku tidur?" soal Tengku Zam Hairil dengan kasar.
"Kacau Tengku tidur? Bila masa pula? Tengku ada bukti?" Izz Izzati beranikan diri bertanya begitu.
"Buktinya telefon kau! Sini kau! Aku nak denda kau!"
"Apa denda-denda ni? Ingat zaman sekolah lagi ke?" geram Izz Izzati. Sebenarnya dia berasa gerun dengan renungan suaminya itu. Tambahan pula membahasakan diri aku kau. Di mana menghilang kelembutan suamiku dalam bicaranya? Bisik hatinya.
"Aku kata kau ke sini! Sebelum aku ke sana!" arahan Tengku Zam Hairil yang tegas.
Izz Izzati tersentak. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri suaminya.
Tengku Zam Hairil terus memeluknya dan dia tidak sedar apa yang dilakukan pada Izz Izzati.
Hanya malam yang menjadi saksi mereka berdua.
Izz Izzati tersedar dari tidurnya apabila mendengar suara seseorang mengaji. Sungguh mendayu dan syahdu suara itu. Perlahan kelopak matanya dibuka. Kepalanya rasa sedikit pening.
Dia agak tersentak melihat Tengku Zam Hairil hanya solat berlapikkan kain selimut kecil. Rasanya ada kain sejadah dalam almari tapi itu tak penting. Apa yang paling penting, apa yang terjadi pada aku semalam? Aku dan dia dah bersama semalam.
"Selamat pagi Zati..." usai mengaji, Tengku Zam Hairil memandang Izz Izzati yang sudah tersedar itu tetapi masih berbaring. Peristiwa semalam terlayar dalam otak fikirannya. Dia menjadi gelisah. Gara-gara tidurnya terganggu, dia boleh buat sebegitu jauh bersama Izz Izzati. Dia bimbang Izz Izzati marah padanya.
"Selamat pagi, Tengku." Izz Izzati tersenyum. Dia bangun dari terus berbaring. Kepalanya yang pening beransur pulih. Dia perlu segera mandi. Pantas Izz Izzati mencapai tuala mandi dan keluar dari bilik itu.
"Zati..." Tengku Zam Hairil makin rasa bersalah. Izz Izzati ingin mengelak darinya. Aku dah buat kesalahan besar. Aku paksa dia semalam tapi dia tak melawan pun malah dia bagi respons yang sepatutnya. Tengku Zam Hairil makin buntu memikirkannya. Perkara ini sudah lari dari syarat perjanjian mereka.
Izz Izzati tidak segera ke bilik air tetapi dia termenung di kerusi makan. Dia memikirkan apa yang terjadi semalam.
Aku tak marah pun dia buat aku macam tu semalam. Malah aku rasa tenang dan selesa dalam pelukan Tengku. Tapi kenapa aku macam nak mengelak dari menatap wajah dia. Sebenarnya aku malu. Izz Izzati memegang ke dua pipinya. Aku malu bila teringat peristiwa semalam.
"Zati, tak mandi lagi ke?" Encik Azlan menegur.
"Ayah..." tersentak melihat Encik Azlan yang berbaju melayu itu. Mungkin baru balik dari surau berdekatan. Jam di dapur menunjukkan pukul 6.40 pagi.
"Jangan lewat-lewatkan solat. Pergi mandi dan solat cepat..." arah Encik Azlan.
"Baiklah ayah!"
Izz Izzati menghilang ke bilik air.
Encik Azlan hanya mampu tersenyum. Mungkin anak aku baru sedar sebuah perkahwinan ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Apabila satu pasangan itu bersatu, akan ada rasa tanggungjawab yang tinggi dalam perhubungan itu. Ayah harap Zati kuat dalam menghadapi dugaan dalam perkahwinan.
Selepas mandi dan solat, Izz Izzati melipat telekungnya dan meletakkan sejadah di situ. Kasihan Tengku bersembahyang beralaskan kain selimut.
"Tengku..." Izz Izzati terkejut melihat Tengku Zam Hairil di belakangnya. Dia menelan liur.
"Zati, saya ada satu perkara nak cakap dengan awak." Tengku Zam Hairil merenung wajah Izz Izzati dengan penuh minat.
Mata Izz Izzati terkebil-kebil. Harap-harap bukan perkara semalam. Pintanya dalam hati.
"Pasal semalam..." Terhenti kata Tengku Zam Hairil di situ.
Sudah! Dia nak cakap pasal semalam. Sabar Zati. Bertenang. Buat muka cool gitu. Hatinya berperang hebat.
"Pasal semalam tu, saya minta maaf..." lantas Tengku Zam Hairil mencapai tangan Izz Izzati dan menciumnya. Dia tidak tahu cara terbaik untuk meminta maaf pada isterinya itu.
Izz Izzati terkaku. Wajah dan gaya Tengku Zam Hairil tidak ubah seperti seorang putera raja. Hatinya dipagut rasa debar yang hebat. Rasa gelisahnya sebentar tadi tentang peristiwa semalam kian terhapus.
"Zati, saya janji akan melindugi, akan menyayangi awak sebagai seorang isteri yang sebenar kalau awak izinkan saya..."
"Isteri sebenar? Maksud Tengku kita teruskan kehidupan kita macam ayah dan ibu saya tu?" soal Izz Izzati.
"Ya..."
"Tak nak! Saya tak bersedia lagi."
"Tapi..."
"Tengku, perjanjian tu tetap ada. Peristiwa semalam tidak di sengajakan. Jadi saya tak kisah. Asalkan perjanjian itu diteruskan." tegas Izz Izzati. Kenapa aku tolak permintaannya? Kenapa aku tak terima je? Tentu aku boleh bahagia. Izz Izzati buntu.
Tengku Zam Hairil menarik lafaz lega apabila Izz Izzati berkata begitu. "Okey. Terima kasih. Awak jangan lupa. Hari ni awak akan berpindah ke rumah saya."
"Hari ni ke? Bukan ke dua hari lagi."
"Tak boleh, hari ni juga sebab saya dah rindu kat rumah saya." Tengku Zam Hairil membuat alasan. Sebenarnya dia malu jika Izz Izzati melihat dirinya memeluk teddy bear itu. Jika di rumahnya nanti, mereka akan tidur di bilik yang asing. Tak la malu sangat.
"Rindu awak je awak fikir ye?" Nasib baik Izz Izzati sudah siap mengemas barang-barangnya.
Tengku Zam Hairil tersenyum. Dia tidur selepas itu.
"Zati, panggil Zam makan..." arah Puan Zalimah. Dia sibuk menghidang nasi lemak yang dibuatnya.
Dup dap dup dap...
Izz Izzati serik mahu kejut Tengku Zam Hairil bangun. Macam mana nak mengelak ni.
"Pagi mak, masak apa ni? Nasi lemak? Bestnya!" Zizan muncul.
"Abang, boleh tolong kejutkan Zam bangun, adik kena buat air milo panas ni." Izz Izzati buat muka kasihan.
"Okey dear..." Zizzan tersenyum senang.
Izz Izzati menarik nafas lega tetapi seketika sahaja. Dia teringin untuk tahu apa yang Tengku Zam Hairil lakukan jika lelaki yang kejut dia bangun. Syok ni kalau dapat tengok!
"Zam... Bangun! Sarapan!" kejut Zizan dan terus ke pintu. "Eh, tak bangun pula dia." Zizan menghampiri Tengku Zam Hairil semula. "Oi, bangun la..."
Tengku Zam Hairil tersedar. Dia merenung tajam arah Zizan. Zizan pula buat muka pelik.
Izz Izzati yang mengintai di pintu... Matanya terbeliak melihat Zizan dan Tengku Zam Hairil. Dia tidak menyangka yang Tengku Zam Hairil sanggup buat macam tu. Oh tidak!
P/s: sambung lagi hihihii apa yang TZH kita buat ye???nantikan bab 13 hihihi
Komen
enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 12

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(6) Qaseh Allyea
ReplyDelete-ala baru nk feling tadi... knape la si zati tu mnolak.. huhuhu.. takpe la nk wat cmne si zati blom bersedia lagi..
-parah la si zati lps nie klau kacau tunku tido.. seramm plak.. hehehe
- alamak apa la si tunku nak buat dengan zizan yer agaknya... urmm....
* tak sabar nk bca smbungan..... hihii;)
sabar-sabar....akak pun tak pk lagi apa yang TZH nak buat dengan zizan hihihi
DeleteKak sambung cpt... Nk tau apa yg berlaku
ReplyDeleteesok ada sambungannya...hihihi
Deleteamboi MinahIlham sempat juga duk kacau org tidor pagi2 buta..
ReplyDeletementang2 lah dia xleh tidor kan...
hahahahaha
sempat ye izz kenakan abg dia..
dah tau perangai zam macam mana boleh pula dia kenakan org lain...
ish2 nasib awak la zizan.... sebab terkena dengan adk sendiri..
apa lah yg berlaku ek????
1. mesti izz gelak sampai keras perut + guling2.(hahahahaha)
2. zam mesti kena sekeh2 dengan zizan.
3. izz kena buli balik dgn zizan n zam.
apa pula kata mak ayah izz kalau dorang lihat aksi ni ye???
hahahahahaha...
awesome.. (Y)
haha...sebenarnya tak pk lagi nak buat apa...tapi kamu dah bagi idea sikit ni...okey la...akak ambik tau...terima kasih...
DeleteHahahahaha...
DeleteIdea spontan la kak...
Ambik jgn xambik
Wc... Just bantu sikit2 je...
9
ReplyDeleteMemang, setiap cerita yg kak ria tulis, selalu ada ayat yg membuat saya berdetak.hihi..ecece..
"Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita. Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab. - MinahIlham"
Saya suka ayat tu... ALLAH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab. Betul tu..
Apa yang tengku buat pada zizan oasal kjutkan dia bangun ek?
Marah ke? Kena sekeh ke? Ke... Kena peluk pulak? Hhah...
Tak sabarnye nak tahu. Haha...
(16)
ReplyDeleteAlahai... Abis lak..bru nk.tahu ap trjdi abg zizan kjut kan.. Semangat nk tahu skali sambung lak..hahaha...
*tu lah izzati ckp x igt org kn da kne dgn tengku.. Jeng3..
Tengku nie bear x blh lpas ek.. Peluk jew..
Cam sweet jew dieorg nie taw.. Adeh. Da syok bace klau x bace cam kurang lak ..kuikui
sabar nie ap trjdi bila abg zizan yg kjutkan..kuikui..
Tengku kn x suka di gngu bila tidur..ssh gak ek klau camtu..asal nk kjut jew tkut2..hihihi..
X sabar nk bace bab 13 nie..
*i like KDH
(4)
ReplyDeletemesti comel kan bila TZH tidur peluk teddy bear..apalah izz ni, kalau nak berbual guna telefon pun ingatlah yang dia tu dah kawin + ada suami nak tidur.ishishish.. TZH pun sama apa punya penyakit la bila tidur terganggu mesti buat perkara pelik2 saja.nasib baiklah zati tu tak marah,kalau tak mesti puas pula TZH nak pujuk. boleh pula izz ni berangan,sampai ayah dia tegur baru nak gerak pergi mandi.. macam budak2..apa benda yang TZH buat dekat zizan tu.nak tau juga..:D
ReplyDelete(--10--)
gangguan minahilham terhadap Izz telah menyebabkan terlaksananya kehidupan suami isteri dalam arti kata yang sebenar,.. baguih laaa minahilham nie.. ganggu orng malam malam.. sampaikan Tengku Zam mengamuk kat Izz.. kasihan Izz.. mengamuk sampai tuuutt....mengamuk sayang.. bila si Izz bangkit dia boleh relak dan dia rasa tenang ..kira mengamuk Tengku nie..mengamuk lembut laa..
tapi xkut laa ada hubby mcm Tengku Zam nie.. mcm mna laa ikhtiar Izz nk bangkit kan Tengku Zam bila depa stay kt rumah sendiri even bilik asing2..
sweet laa Tengku Zam nie tyme mintx maap kt Izz.. siap cium tangan Izz lagi.. berbunga bunga laa hati Izz..Zizan mesti kena ngn Tengku Zam akibat otak geliga adik dia y super nakal...
Untuk Tengku Zam
--->Dalam surah An-Nissa' ayat 18 menjelaskan suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik.
(13)
ReplyDeletebahaya betul lah penyakit Tengku ni...cute je dia minta maaf..hehe..nasib baik Zati memang dh terima dia...sweet je dia org ni..
knp Zati tolak?? x bestnya...
apalah yg Tengku buat dkt si Zizan tu? x sabar dh ni...hehe
-5-
ReplyDeletejeng2... apa agaknya yang terjadi selepas itu? hahahaha,..
tzh punya perangai yg pelik..
:::marathon KDH