Followers

Wednesday, 18 September 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 16

 Bab 16
Kedatangan Zizan membuat tanda soal dalam benak fikiran Izz Izzati. Dia bimbang dengan keadaan muka Zizan yang ceria. Ish aku ni! Abang ceria, bagus la! Risau pula dia.

"Abang sihat?"

"Abang sihat. Baru semalam berpisah, abang dah rindu dengan adik abang ni." Zizan tersenyum. Dia mengusap rambut Izz Izzati yang sederhana pendek itu.

"Rindu abang juga. Tapi kan rumah abang dengan rumah adik ni kan jauh." risau dengan keselamatan abang kandungnya.

"Mana ada jauh."

"Dua jam tu tak jauh bagi abang?" Izz Izzati tersentak. Ini pasti ada sesuatu tetapi abang pendam dalam hati je.

"Abang Zizan..." Tengku Zam Hairil hadir. Dia sudah lengkap berpakaian. Gelabah dia apabila mendengar suara bagi salam. Al-maklumlah, rumahnya jarang ada tamu.

"Apa khabar?" soal Zizan. Mereka bersalaman.

"Khabar baik. Abang dah sarapan? Meh makan nasi goreng Zati buat." ajak Tengku Zam Hairil.

"Adik masak nasi goreng...?" soal Zizan bagaikan tidak percaya.

"Apakah makna pertanyaan ini?" geram Izz Izzati.

"Makna pertanyaan ini ialah adik abang ni pandai ke masak." Zizan masih ketawa kecil.

Tengku Zam Hairil hanya tersengih. Tak sedap ke Zati masak? Aku makan okey je.

"Jangan tengok orang tak ada mata tau...."

"Mana ada abang tengok adik tak ada mata la. Okey jom, abang nak rasa." Zizan menuju ke dapur.

Dua mahkluk melihat Zizan makan.

"Okey. Not bad. Macam masakan mak." tiba-tiba wajah mendung Zizan muncul.

"Kalau abang rindukan mak, baliklah hujung hujung minggu ni. Pasti mak gembira." pujuk Izz Izzati.

"Tengoklah dulu...." sedih nada suara Zizan. Dia termenung sambil makan.

Selepas makan, Zizan minta diri pula. Sempat dia beli dua biji buah tembikai. Besar pula tu.

Lama Zizan merenung wajah Izz Izzati. Sebenarnya kebetulan dia ada mesyuarat di berhampiran tempat tinggal Izz Izzati. Akhirnya, Zizan pulang dengan senyuman yang pahit.

"Kasihan abang Zizan kan?" Tengku Zam Hairil berkata. Entah mengapa tangannya gatal mahu memeluk bahu Izz Izzati.

Izz Izzati pula, apabila Tengku Zam Hairil berkata begitu, dia layan sahaja. "Betul tu kata awak." katanya sambil melentukkan kepalanya di bahu suaminya itu

Pandangan mereka masih pada kereta Zizan yang makin lama, makin menghilang.

"Alamak! Lupa!" tiba-tiba Izz Izzati berkata begitu. Dia berlari masuk ke dalam rumah.

Tengku Zam Hairil hanya mampu gelengkan kepala. Baru nak feel indah sikit, dah kacau daun. Apa benda yang dilupanya ye? Dia menutup pintu pagar dan masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat. Dia mencari isterinya...

"Awak lupa apa tu Zati?" Tengku Zam Hairil menjenguk Izz Izzati di dapur. Wajah isterinya itu sedih.

"Lupa letak tembikai ni dalam peti ais. Kalau makan yang sejuk-sejuk ni sedap!" muncung Izz Izzati sudah sedepa.

"Alahai, tembikai ni."

"Ya, tembikai la."

"Tembikai ni kena potong dulu. Mana muat peti saya yang kecil ni. Meh saya tolong potongkan. Awak ambilkan pisau." arah suaminya. Si isteri pun bertindak pantas.

Tengku Zam Hairil hamparkan surat khabar dan potong di lantai. Lebih selesa potong di bawah berbading atas meja yang kecil itu.

Izz Izzati hanya memerhati. Dia memang suka makan buah tembikai.

"Zati, suka makan buah tembikai merah?"

"Ya..." Izz Izzati tersengih. Sikit pun dia tidak memandang Tengku Zam Hairil. Hanya tembikai fokusnya.

"Cemburunya dengan tembikai. Dapat perhatian penuh oleh puan penulis ni." Tengku Zam Hairil sengaja berkata begitu.

Pantas Izz Izzati mendongak memandang suaminya. Saat itu mata mereka bertaup. Lama. Mereka tersedar apabila Tengku Zam Hairil menjerit kecil.

"Aduh!" tangannya luka terkenal pisau.

"Tengku tak apa-apa ke?" pantas tangan Tengku Zam Hairil dalam genggaman Izz Izzati. Dia membawa tangan itu ke paip air. "Tengku biarkan sahaja bawah air ni. Tunggu saya pergi ambil plaster luka." dia pun berlari masuk ke biliknya. Dia ada menyimpan untuk kecemasan.

Tengku Zam Hairil angguk kepala. Tak rasa sakit pun tapi perhatian Izz Izzati padanya membuatkan dia ingin memeluk gadis itu. Dia memang mendambakan perhatian seseorang. Zati, awak ni baik la. Kata-kata itu sekadar dalam hatinya.

"Okey siap!" Izz Izzati tersenyum. "Petang ni kita keluar nak tak?"

"Nak pergi mana?" Tengku Zam Hairil duduk di kerusi makan. Dia memerhati Izz Izzati memotong buah tembikai di lantai. Elok sahaja bersila.

"Ini, untuk Tengku. Kita pergi beli barang dapur. Tengku ni banyak stok maggie je. Maggie tu tak baik untuk kesihatan." Izz Izzati tersengih. Pandainya aku nasihat orang, aku pun suka makan maggie gak.

"Saya mana pandai masak."

"Awat tak pandai masak?" Soal Izz Izzati. Dia mula makan buah tembikai yang dibelah itu. Dia sudah biasa makan tanpa buang kulit tembikai. Lebih nikmat makan begitu sahaja. "Sedap! Manis!"

Tengku Zam Hairil diam. Dia tengok sahaja Izz Izzati makan buah tersebut. Perlahan dia duduk di sebelah Izz Izzati.

Izz Izzati biarkan sahaja. Dia ingat yang suaminya mahu turut serta makan di bawah bersamanya tetapi...

"Memang sedap plus manis! Manis gila!" Tengku Zam Hairil makan buah tembikai yang sedang Izz Izzati sedang makan itu. Kini, mereka berdua berkongsi makan buah tembikai yang sama.
  

 


Izz Izzati terkaku. Tengku Zam Hairil benar-benar dekat dengannya. Dia menjeling wajah suaminya itu. Begitu juga Tengku Zam Hairil.

Lagi sekali tangan Tengku Zam Hairil gatal tak tentu pasal. Dia memaut pinggang Izz Izzati agar lebih rapat dengannya.

Izz Izzati terkejut. Dia menolak Tengku Zam Hairil dan berdiri tegak. Dia benar-benar tidak tahu mahu buat apa.

"Meh la makan lagi. Manis ni..." ajak Tengku Zam Hairil. Entah mengapa dia suka melihat muka Izz Izzati malu dan gelabah. Wajah itu cukup mencuit hatinya. Sejak bila la aku ada perangai suka mengusik ni?

"Tengku makan dulu, saya nak pergi bersiap." jam di dinding baru sahaja masuk pukul dua.

"Kata nak pergi petang?" Tengku Zam Hairil masih makan buah tembikai itu. Yang selebihnya, dia masukkan dalam peti sejuk.

"Ini petang la. Tengku solat zohor tau. Nanti tak la susah nak cari tempat sembahyang." Izz Izzati terus berlalu pergi.

Tengku Zam Hairil tersenyum bahagia.


******


Lepas rindu aku pada adik. Rasa bahagia melihat satu-satunya adik aku bahagia. Zizan tersenyum. Sempat dia minta Izz Izzati membungkus lebihan nasi goreng yang dibuatnya. Rasanya boleh makan lagi.

Hari semakin petang, Zizan kena pulang ke rumahnya itu. Dia cuba ikhlaskan hati. Mahu mendidik isteri bukan mudah tapi dia akan berusaha demi kasih dan sayang untuk gadis bernama Ila.

"Assalamualaikum..." Zizan memberi salam.

"Waalaikumusalam, abang dah balik. Ila masakkan abang spaggetti ni. Marilah makan." ajak Ila.

Zizan rasa pelik dengan layanan baik isterinya.

"Nanti abang makan, abang tak solat asar lagi." Zizan terus berlalu ke bilik air.

Ila membuat muncung. Penat aku masak, dia tak nak makan. Ini yang aku nak buang. Baru nak jadi isteri solehah. Abang memang sengaja buat Ila marah!

Usai solat, Zizan ke ruang makan. "Mana Spaggetti Ila buat?" Zizan teruja. Dia benar-benar gembira sebab Ila masak untuknya. Ila akan masak untuknya jika mood dia baik.

"Abang hidanglah sendiri. Malas Ila nak layan."

"Janganlah macam tu, marilah! Abang nak makan ni. Lapar sayang..." Zizan cuba berlembut.

"Senang-senang, abang tak payah makan! Ila masak bukannya sedap kan? Tengok tu, bawa balik bekal lagi. Mesti dari rumah mak! Sebab tu balik lambat..." Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Zizan. (sakit pula hati penulis tulis babak ni)

"Ila, pernahkah masakan Ila, abang tak makan? Janganlah kata macam tu. Abang ingatkan Ila tak masak." suara Zizan masih lembut.

"Tak payah makan Ila kata!" Ila ambil semua makanan atas meja dan buang dalam tong sampah termasuklah makanan yang Izz Izzati masak untuknya.

Zizan cuba menahan marah. Sikap Ila sudah melampau.

"Ila jangan melampau sangat. Abang balik penat-penat. Lapar! Ila buang macam tu aje makanan. Ila ni tak bersyukur langsung!" geram Zizan. Tangannya mengeletar. Kalau ikutkan hati, makan penampar si Ila malam ni. Tapi kalau ikutkan hati, mati... Bahaya. Sabar Zizan.

"Peduli apa Ila! Abang tak pernah pedulikan Ila. Abang buat Ila tak wujud dalam rumah ni." Ila mulakan pergaduhan.

"Bila masa abang buat Ila macam tu."

"Dah abang asyik ke rumah mak je. Ila tahu la rumah abang dengan rumah mak dua jam je. Tapi rumah mak Ila ni ambil masa lima jam nak sampai."

"Pasal mak tu, jangan la sebut." Zizan jadi sensitif bila nama mak disebut.

"Ah, abang tu nak lebihkan mak je. Mak abang tu tak guna!" hina Ila. "Dia rampas abang dari Ila!"

Pang!

Tangan Zizan menampar pipi Ila.

Ila terdiam. Matanya merah.

Pang!"

Ila pula menampar pipi Zizan.

"Kau ingat, kau tampar aku, aku akan ikut telunjuk kau? Kau yang kena ikut cakap aku! Kau!" jerit Ila. Dia tengking Zizan.

Zizan tidak tahan lalu keluar dari rumah itu. Dia bimbang perkara ini akan berlanjutan. Hati suami mana yang tidak tersentak jika isteri yang ditegur menamparnya. Isteri yang menghina mak kandungnya. Mana dia boleh bersabar.

Ila, abang tak pernah hina mak ayah Ila. Sikit pun tak pernah tapi kenapa Ila buat macam ni pada abang? Apa salah mak abang pada Ila? Kenapa Ila benci sangat pada mak abang? Mak abang tak pernah minta duit pada abang. Mak abang tak pernah minta hak dia sebagai mak. Air mata Zizan mengalir. Betapa sabar Puan Zalimah dengan menantu perempuannya itu.

Dia termenung dalam keretanya sendiri.

"Assalamualaikum..." Puan Zalimah memberi salam. Biasanya Zizan yang akan menghubunginya. Dia tidak akan menghubungi Zizan jika dia bersama isterinya.

"Waalaikumusalam, mak sihat?" Zizan menahan sendunya. Dia tidak mahu Puan Zalimah tahu yang dia sedang menangis.

"Mak sihat. Alhamdulillah. Zizan sihat?"

"Zizan sihat..."

"Ila...?"

"Ila pun sihat mak." betapa luluhnya Puan Zalimah. Orang yang menghinanya, benci dirinya kini bertanya tentang Ila.

"Baguslah. Mak harap Ila layan Zizan dengan baik. Itu yang mak selalu doakan." Puan Zalimah tersenyum. Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya merendahkan martabatnya sebagai seorang suami demi mempertahankan rumah tangganya untuk anak-anak.

"Mak..." nada Zizan makin sedih. Pada siapa lagi dia mahu meluahkan perasaan sedihnya. Pada IZz Izzati? Dia tidak mahu membebankan adiknya yang baru berkahwin dengan luahan hatinya.

"Zizan, kenapa ni nak? Jangan nangis. Mak ada ni..." air mata seorang ibu mengalir. Tetapi dia berusaha menahan agar anak lelakinya tidak mengesan yang dia sedang menangis.

"Zizan tak kuat mak. Zizan lemah. Zizan tak dapat bentuk Ila, mak."

"Jangan kata begitu. Mak tahu anak mak kuat. Ila akan berubah suatu hari nanti." pujuk Puan Zalimah.

"Mak..."

"Sabar ye nak."

"Terima kasih mak, baiklah mak, ZIzan tengah memandu, nanti Zizan call lagi." Selepas memberi salam Puan Zalimah mematikan telefonya. Air matanya makin deras mengalir. Betapa terseksanya hatinya mengenangkan perbuatan menantu perempuannya itu.

Kisah dua tahun lalu terimbas dalam benak fikirannya. Terlalu perit untuk dikenang.



P/s: akhirnya....apalah kisah yang perit sangat tu...tunggu sambungan dalam bab 17 terima kasih...jangan lupa komen...



16 comments:

  1. Hmmmm wow nice
    Xoxoxo maisaraaaah

    ReplyDelete
  2. kesian dorg..
    ish3!!! x patut...

    ReplyDelete
  3. (6) Qaseh Allyea
    - Ya Allah sabarnya zizan hadapi perangai Ila yang tak pape jer.. knape ila jadi mcm tu. ksian zizan dpat lyanan yg terok dri ila.. hope lpas ni ila boleh berubah...
    - haha.. ingatkan ape la si zati tu lupa nya... rupanya pasal buah tembikai.. adoii wat suspen plak.. hehe
    - sweet nyer berkongsi makan buah tembikai yang sepotong tu.. romantik gitu.. hihi
    - Alamak si tunku jelez bla tngk zati teruja dekat buah tembikai tu.. haha. nie kira adil la.. zati plak jelez dengan Mr.teddy. hehe
    -ksian dekat tunku.. tak pasal2 jer kna psau.. huhu..
    *tak sbar nak bca bab17 plak... nak taw peristiwa ape yang berlaku 2 tahun lalu... :)

    ReplyDelete
  4. 2)
    Hok aloh.. Just lupa simpan tembikai je pon..
    Izz la.......
    Kesian zam baru nk bermanja izz, izz dh terlebih Awal manjakan tembikai dia tu..
    Hahaha..
    Nasib awak la zam..
    Izz sayangkan tembikai lebih dari awak..
    Hahaha...

    Kesian izz lepas ni..
    Mesti zam akan mengusik izz xtentu pasai..
    Sbbnya zam suka tengok muka izz yg mengelabah apabila zam bt sesuatu kat dia..
    Hahahahaha..

    Apasal dgn ila tu..
    Org nk pi sembahyang bukannya nk pi sambung bt keja ke, tengok tv ke,
    ish ila niiiiiiiii...
    Klu zizan bt yg sesuai xberfaedah Xpe la juga nk marah.. =.="
    Kisah 2thn lps?????
    Jeng jeng jeng jeng jeng....

    *Kak cepat sambung...
    Hahahaha

    ReplyDelete
  5. Jeng jen jeng...makin menarik kisah zizan ni pelawak dlm luka hihi

    ReplyDelete
  6. Sweeeeeeet tang tembikai hihi

    ReplyDelete
  7. Apa penyakit si ila sampai mcm tu skli perangainya...sambung kak...

    ReplyDelete
  8. Seronok ya. Cerita ni bez.. terbaik

    ReplyDelete
  9. (13)
    mood sedih.. :'( huhuhu
    apa masalah si ila ni? sampai hati dia buat Zizan macam tu..kalau nak jadi isteri solehah, buatlah dengan bersungguh-sungguh. dgn penuh kesabaran. jgn tinggikan suara dkt suami. jgn menghina mak mertua. jgn tuduh sesuka hati. tolonglah! kesian Zizan..Zizan sabarlah..tabahlah..mmg bkn mudah utk membentuk seorang isteri yg solehah. insyaAllah Zizan kuat untuk menghadapinya.

    ok,ok tukar mood pulak. mood happy..
    nampaknya, Tengku mmg suka tgk Zati gelabah n malu. siaplah Zati kena sakat tiap hari. leka sgt tgk Zati ke sampai boleh terpotong jari?
    ingatkan lupa apalah tadi..buat tkejut je..rupanya lupa nak simpan tembikai je..jeles plk si Tengku tu dgn tembikai. rileklah Tengku..Zati sygkan Tengku lebih drpd tembikai tu..
    Tengku x pandai masak? berlainan plk hero kak Ria kali ni. biasanya pandai masak ttp kali ni tak. selama ni dia makan dkt luar je ke? n makan maggie je?

    ReplyDelete
  10. (16)
    sweet nye dieorg mkn tembikai sme2..alahai.mnje nye tengku..
    Segan izzati tengku slalu buat cam..

    Sian lak ttg abg zizan,sapw sangka ceria nye ada trsmpn sedih kn..
    X sgka truk tol perangai ila pda die.. Ap slh abg zizan smpai layan cmti.. Mknan di buang camtu jew..xpkr perasaan org lgsg..pkr ego,pnas baran die jew..geram tol..

    Trharu sgt bila zizan ckp dgn mk nye
    tu lah naluri ibu tahu aje ank nye memerlukan nye.. Time tu mk nye kol..
    Yg x blh tahan bila mk zizan ngis bila dgr suara ank nye btukar nada sedih..

    best,sweet,romentik,sedih mjadi satu..
    THE BEST

    ReplyDelete
  11. (4)

    sweet je makan tembikai sama-sama. untunglah dah ada suami yang suka mengusik plus sweet pula tu.. jealous saya..apalah TZH ni,dengan tembikai pun nak jealous. Relax la..Tembikai je pun. kesian dengan zizan.. ila pun satu,zizan balik penat-penat, dia sambut macam tu pula. patutnya bersyukur sebab zizan tu tak ceraikan dia. dahlah menghina mak zizan tambah pula pergi tampar zizan tu. nasib baiklah zizan tu tak balas kalau tak teruk ila tu kena.. insaf-insaflah ila. berhentilah jadi isteri yang derhaka...

    ReplyDelete
  12. 9.
    Sepotong tembikai, makan berdua.. Ohmaigoat! How sweet...
    Rasa nak kahwen pulak, kahkahkah... Errrkkk.

    Zizan, aduhai Ila, apalah nasib badan kau tu takda sabar, marah aje. Kalau nak jarik isteri solehah, belajarlah sabar. Ni nampak suami balik bawa nasi lain aje, dah marah. Suami nak makan yg dia masak, marah jugak, last2 dia buang semua makanan. Cehh... Biadap sungguh, memg patot zizan tampar dia tu. biar sedar sikit. Kesian betul si zizan ni, penat2 balik. Tak dpt makan..

    Oh abg zizan, rasa nak nagis baca luahan dia dekat emak tu. huhuhu....

    Ps/ saya tertinggal bab ni ternyata, patot time baca bab17 tu macam blurr kejap, hahahaha.....

    ReplyDelete
  13. -5-

    cite kali ni sedih.. so comen xboleh sedih.,

    besarnya dosa ila terhadap suaminya... kesian ila... (semua dok geram dkt ila, kita boleh TERkesian dkt ila ni pulak..)

    kepada tengku, ai nak beli u punya teddy boleh? u kan dah ada zati nak polok... heee

    ReplyDelete
  14. (--10--)

    Ceria salah x ceria pun gusar..hati seorang adik laa katakan...
    sayang juga Izz kat Tengku.. cepat2 cari plaster luka,.. sapa x sayang suami oooiii..hehehe
    sweetlaa Izz dah malu2 time Tengku makan buah tembikai sesama...
    apa kena ngn Ila nie.. suami wajib di sayangi bukan di lempangi..(opps bahasa mna lak keluarnie) isteri derhaka dah lempang suami.. suami berhak naik tangan kt isteri.. tapi ada syarat tersendiri ttp isteri tidak boleh sama sekali.. ya tuhan tulusnya cinta Zizan kat Ila even di marahi, dan dilempang ...
    seorang ibu boleh detect anaknya dlm keadaan menangis atau gembira..bersyukur punya mak seperti mak zizan dan Izz

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi