Followers

Saturday, 21 September 2013

18
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 17


Bab 17

Hari Raya sepatutnya di sambut dengan begitu meriah tetapi tidak bagi keluarga mereka. Izz Izzati mengintai luar rumahnya. Pelik kerana banyak kereta masuk di perkarangan rumahnya. Sanak saudara belah ayah baru sahaja mahu pulang memandangkan waktu maghrib hampir tiba tetapi terbantut dengan tetamu yang datang.

Tiga buah kereta yang datang. Agak ramai.

"Keluarga kak Ila datang!" Izz Izzati berkata agak kuat.

Zizan yang mendengarnya agak terkejut. Kenapa Ila datang sini? Dia mula rasa tidak sedap hati. Bagaikan sesuatu akan berlaku. Dia akui hubunganya dengan isteri tidak baik tetapi apa makna kedatangannya.

"Mungkin, Ila datang nak beraya. Kita sambut mereka dengan baik tau." Puan Zalimah berkata.

"Tapi mak, ayah tak ada ni. Ayah dah ke masjid. Katanya nak pergi masjid jauh hari ni." Izz Izzati gelabah. Dia memang begitu, kalau ramai sangat tetamu datang, pasti dia orang pertama rasa nak lari keluar dari rumah sebab rasa seram sejuk. Takut!

"Tak apa... Mak dah suruh abang Khalik kamu panggil ayah." Puan Zalimah cuba bertenang.

"Jemput naik Ismail. Maaflah rumah kecil." Puan Zalimah rasa rendah diri. Dia malu kerana separuh tetamu terpaksa duduk luar. "Terima kasih sudi datang beraya ke rumah kami ni, Ismail."

Puan Zalimah bersalaman dengan Puan Farah "Saya buat air sekejap..." dia ingin melangkah ke dapur.

"Aku datang bukannya nak beraya atau minum-minum." Nada Encik Ismail berubah.

Langkah Puan Zalimah terhenti. Dia sudah menjangka kedatangan mereka bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi merumitkan masalah lagi.

Zizan menghampiri Ila. "Apa yang Ila buat ni?" dia berbisik perlahan. Dia benar-benar malu dengan sanak saudaranya. Mereka memandang dirinya lain macam.

"Saya serahkan pada isteri saya untuk terangkan semua ni." Encik Ismail bangun dan duduk di luar. Dia malas mahu masuk campur dalam urusan rumit seperti ini.

"Saya nak Zizan ceraikan Ila sekarang juga!" Puan Farah berkata tanpa sedikit rasa bersalah.

Bagaikan batu menghempap kepala Puan Zalimah mendengar kata-kata besannya itu. Hampir pengsan di buatnya.

"Kenapa ni Farah? Kenapa tiba-tiba?" sayu wajah Puan Zalimah.

"Kau tak payah tunjuk muka baik. Anak kau Zizan ni dah pukul Ila. Dia tak sedar ke yang Ila ni mengandung." kuat suara Puan Farah bergema dalam segenap rumahnya.

"Pukul? Ibu jangan nak cakap saya macam tu. Bila pula saya pukul Ila?" Zizan terpaksa bersuara. Kasihan mak aku! Aku tahu sebab mereka buat macam ni. Sebab aku tak pernah tunduk dengan arahan ibu. Menantu lelaki yang lain menurut segala permintaan ibu mertuanya. Minta duit dua puluh ribu pun sanggup bagi. Nak buat apa dengan duit banyak tu? Aku cari bersusah payah, dia nak minta macam aku ni bank negara. Mana boleh aku tunduk dengan permintaan sedemikian. Mak aku sendiri tak pernah minta duit banyak macam tu.

"Abang jangan nak tipu. Seminggu sebelum raya, abang ada pukul Ila." Ila membuat muka sombongnya. Kalau boleh dia tidak mahu berada di rumah buruk ini tetapi dia perlu hadir untuk menjayakan rancangannya.

Izz Izzati yang menjadi pemerhati, terkejut. Dia tidak pernah nampak kak Ila berkata kasar pada abangnya. Luluh hatinya melihat wajah kusut Zizan.

"Mana ada abang pukul!" Zizan bersuara tegas. Dia tidak boleh jadi seorang yang dayus. Isterinya mahu dia mengikut segala arahannya, mana boleh! Sepatutnya isteri dengar arahannya sebagai suami.

"Ada! Ila nak abang ceraikan Ila sekarang juga!" Ila berkeras.

"Ila, mana boleh abang ceraikan Ila dengan keadaan Ila yang mengandung ni. Tolong jangan paksa abang." sedikit merayu Zizan. "Walaupun Ila tak mengandung pun, tak mungkin abang akan ceraikan Ila."

Allahuakhbar Allah... Azan Maghrib berkumandang.

"Ila tak peduli! Ila nak sekarang juga!" jari Ila di tunjukkan ke lantai berkali-kali. "Sekarang!"

"Ila, kan azan mahgrib sekarang ni. Bolehlah tak kita bincang lepas maghrib..." Zizan berkata.

Air mula Ila berubah. Malu.

"Tak boleh! Kami semua nak sekarang juga!" menyampuk Puan Farah. "Kau dah pukul anak aku, buat apa nak simpan dia lagi!"

Zizan diam membisu.

"Kau pukul anak aku la. Cepat ceraikan dia!" Puan Farah bagaikan orang dirasuk Syaitan. Sengaja berkata dengan nada yang kuat.

"Mak cik diam! Abang saya tak pernah tergamak memukul perempuan. Saya kenal abang saya! Mak cik jangan nak tuduh abang saya." jerit Izz IZzati. Dia tahu segala masalah abangnya itu tetapi dia tidak pernah tengok kak Ila berlagak sombong seperti ini.

"Zati..." Akhirnya Puan Zalimah bersuara.

"Aku ingat kau dah bisu." Puan Farah menjeling tajam ke arah Puan Zalimah.

"Tapi mak..."

"Mak nak Zati masuk bilik sekarang," arah Puan Zalimah. Dia menahan sebak di hati.

"Mak..." Izz Izzati merenung Puan Zalimah. Mengharap pengertian.

"Zati..." Lagi sekali Puan Zalimah menyeru nama anak perempuannya itu agar mengikut arahannya. Abang, mana abang? Cepatlah balik! Bantu Mah yang dalam kesusahan ini. Dia sendiri tidak kuat.

Izz Izzati mengalah, dia masuk ke dalam bilik tetapi dia masih mahu mengetahui perbincangan mereka.

"Saya tak kan ceraikan Ila di luar mahkamah. Mutammad!" Zizan terus keluar dari rumah tersebut.

"Baiklah! Tiga hari lagi mahkamah akan di buka. Kita jumpa di sana!" Mereka sekeluarga berdiri dan meninggalkan rumah tersebut dengan pantas.

Datang tak diundang, pergi pun begitu juga. Hari raya pertama sepatutnya di sambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan tetapi hanya kelukaan yang dihadapi oleh Zizan sekeluarga.

"Mah!" panggil Encik Azlan. "Menungkan apa tu?"

"Tak ada apa-apa abang." Puan Zalimah tersenyum. Melupakan semua kisah dua tahun yang lalu.



*****



Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil sudah sampai di Tecso. Mereka akan membeli barang dapur. Biasalah mereka akan banyak masa di rumah. Jadi makanan perlu ada.

"Sampai akhirnya..." Izz Izzati gembira. Lama tak berjalan keluar.

Tengku Zam Hairil meletakkan keretanya. Mujur ada satu tempat kosong.

Izz Izzati terburu-buru keluar dan terus melintas dulu. Dia tidak sedar yang ada kereta laju menuju ke arahnya.

"Zati...!" pantas Tengku Zam Hairil menarik tubuh itu ke tepi jalan. Hampir pecah hatinya melihat Izz Izzati yang akan dilanggar oleh kereta itu.

"Dah gila ke? Nak mati ke!" geram Tengku Zam Hairil. Dia menengking Izz Izzati tanpa mempedulikan orang sekelilingnya.

Air mata Izz Izzati hampir menitis. Tak pernah lagi dia menerima tengkinan yang kuat seperti itu.

"Tengku, jangan la marah..." perlahan suara Izz Izzati.

"Mana boleh tak marah..."

"Mak Zati cakap, kalau kita nak marah, fikir sepuluh sebab yang munasabah." Izz Izzati menundukkan wajahnya. Dia rasa bersalah dan sedih.

"Tak perlu sepuluh sebab, satu sebab pun dah cukup..."

"Sebabnya apa..."

Merah menyala mata Tengku Zam Hairil.

"Sebabnya awak akan mati! Saya tak boleh terima jika awak mati!" Tengku Zam Hairil terus meninggalkan Izz Izzati sendirian. Dia berjalan masuk ke dalam Tesco.

Izz Izzati tergamam. Walau bagaimanapun, dia mengejar Tengku Zam Hairil yang berjalan agak pantas. Lelaki itu mengambil troli. Dia setia mengikut langkah lelaki itu. Hampir setengah jam mereka berjalan tetapi troli masih kosong.

Akhirnya Tengku Zam Hairil mengeluh.

"Cepatlah beli apa barang yan awak nak beli sebelum saya beli satu tesco ni." Tengku Zam Hairil menahan geramnya.

"Tengku marah saya. Tak salahlah saya sedih kan?"

"Kalau saya marah awak, awak sepatutnya pujuk saya..." entah mengapa dia ingin sangat IZz IZZati memujuknya.

"Pujuk? Saya tak pernah pujuk lelaki." Izz Izzati buntu. Walaupun dia penulis novel tetapi idea memujuk ni bagaikan hilang dalam kepala otaknya. Jadi, otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Suka hati awak. Selagi awak tak pujuk saya, saya tak kan maafkan awak sebab buat saya marah tadi." Tengku Zam Hairil menolak perlahan troli ditangannya.

"Tengku, janganlah macam tu. Okey-okey. Kita makan buah tembikai sama-sama. Macam tadi..." Merah padam wajah Izz IZzati saat dia melafaz kata-kata itu.

"Okey! Boleh juga! Janji!" Tengku Zam Hairil tersenyum bahagia. Dia tidak marah lagi pada isterinya.

"Janji! So, Tengku tak marah pada saya lagi?" soal Izz Izzati. Ketika itu mereka berada dibahagian permainan kanak-kanak.

"Marah ye?" Tengku Zam Hairil menghampiri Izz Izzati.

Izz Izzati berundur ke belakang dan ke belakang lagi sehingga tubuhnya rapat ke patung beruang yang besar-besar. Dia tidak boleh beranjak lagi. Perlahan dia menelan liur. Gementar apabila wajah suaminya begitu rapat dengan mukanya.

"Okey, tak marah kalau Zati pandai pujuk saya." makin lebar senyuman Tengku Zam Hairil.

Dup Dap Dup Dap

Hati Izz Izzati bergetar hebat tiap kali melihat senyuman yang ikhlas dan ceria itu. Hatinya jadi senang berbanding tadi. Wajah marah suaminya sudah cukup membuat fikirannya kusut.

"Jom beli barang dapur. Tak sabar nak makan buah tembikai bersama isteri." pantas tangan Tengku Zam Hairil mencapai tangan Izz Izzati. Dia menarik rapat tubuh isterinya.

Izz Izzati terkaku.

"Jom... Jomm..." sedikit gelabah Izz Izzati.



P/s: eh senang pula mood si tengku berubah....mungkin next bab ada kisah feya kot hihihihi selamat membaca.....

18 comments:

  1. 2.
    Ila!!!!!!!!!
    Uish agak2 la..
    Yg jd kes mcm ni Sbb zizan xpernah nk tunduk dgn ckp mereka...
    Agak patut la..
    Ni mcm kes jual anak je.
    Tp anak xsedar dek untung..
    Mak zizan pun xpernah nk minta tp mentua yg lebih2
    huh =.="
    Kesian zizan... :'(
    Xpe la maybe ada hikmah semuanya ni..
    Mana nk pi tau klu jd bercerai n than si Ila tu nk balik kat zizan serupa org gila...
    Hahaha..

    Pandai izz pujuk..
    Tp nnt jenoh la dia blushing...
    Hahaha...
    Nasib la Kenapa bt perjanjian mcm tu...
    Kan dh kena...

    ReplyDelete
  2. Xsuka ila...zizan kahwin la dgn perempuan lain...

    ReplyDelete
  3. 9
    Gila meroyan perangai mak Ila tu. orang tengah mengandung mana jatuh talak tu, kan kan..
    Ila ni pun sama, psyco agaknya, haha...
    Rasanya si Ila ni ada skandal lain kut, tu sebab yg dia mintak cerai. Huhu..
    Sian abg Zizan.

    Haha, Zati oo Zati... Pujuk ye. Haha..
    Comel la zati ni.
    Heh! Masa nmpak Zati nak kena langgar tu. i smell something fishy, mungkin tak. Dulu Feya meninggal dengan cara kena langgar. Tu yang Tengku takut semacam. Errr.. Betul ke Feya meninggal? Haha...
    Spekulasi terlebih saya ni. Hehe..
    Best best..

    ReplyDelete
  4. NK TUNGGU KISAH FEYA PULAK..
    CEPAT SIKIT YE CIK PENULIS..

    ReplyDelete
  5. (13)

    1. mood sedih
    huhuhu...knp dgn ila ni?? benci! benci! benci! jahat! jahat! jahat! penipu..... ila, x baik tau minta cerai tanpa sebab yang munasabah. Zizan tak pernah pukul awak. knp awak ni bodoh sgt?? pandai pula nak malu. ingatkan x tahu malu tadi. dahlah masa maghrib. kalau awak mengandung, mana blh jatuh talak. biasanya, seorang isteri x mahu suaminya menceraikannya semasa tgh mengandung. yg awak ni plk lain. nak sgt ke cerai tu?? nak sgt ke dpt dosa?? kesian Zizan..mmg sepatutnya isteri yg ikut ckp suami..knp keluarga ila nak duit byk sgt?? mmg x patut!

    2. mood ntah..
    "Sebab awak akan mati! Saya tak boleh terima kalau awak mati!" dia dh suka dgn Zati ke?? Zati, pujuklah dia...nak cara yg sweet lg... awak kan penulis..suka tgk mood Tengku berubah..

    3. cpt2..nak tahu siapa Feya ni??

    4. kak, cerita ni ada kena mengena dgn kakak eh?

    ReplyDelete
  6. waaahhh...kak,xsabar nak tggu cerita seterusnya!!! best sgt2!

    ReplyDelete
  7. Wahhhhhh ni buat tak sabar ni..keep it up

    ReplyDelete
  8. (16)

    X sangka fmly ila sggup buat camtu..ap motif nye smpai tuduh cmtu...sian sgt dkt fmly zizan..

    Hahaha... Tengku nie mood mudah tukar taw.. Trase lak bila tengku mrah izzati td..huhhbh bila nk ada bab izzati majuk.lak..kuikui

    best2 like 35x

    ReplyDelete
  9. hihi..comel betul tengku ni..hisss ila tu bikin rosak mood jelah...

    ReplyDelete
  10. (4)

    apalah mak ila ni. pasal duit pun jadi masalah. mana boleh zizan bagi duit senang-senang macam tu je. kalau seratus dua boleh lagi bagi. ini kalau dah sampai 20 ribu, gamaknya memang tak bagila. zizan penat-penat kerja then mak ila tu minta macam tu je. patutnya hubungan menantu dengan mertua ni baik bukannya macam tu..ishishish.. kesian zizan.

    Nasib baiklah izz tu tak kena langgar,kalau tak,tak terbayang macam manalah hidup TZH. kesian izz,kena marah sampai macam tu sekali. TZH ni pun satu,janganlah marah izz plus merajuk pula tu.. nak kena pujuk baru lah tak tarik muka..macam mana lah muka TZH merajuk? nasib baik izz terfikir nak makan tembikai sama-sama dengan TZH,kalau tak puas juga beruban kepala izz nanti...kak ria, nak lagi..:D

    ReplyDelete
  11. Ria..
    best giler citer dy...
    sy suka sgt...
    tp mmg x patut Ila uat cam2 kat suami sendiri...
    tp sy x sabar nk bacer sambungan dy...
    kalaulha blh jd pandai buat novel cam Ria nie,kan best aje....
    izz ngan tengku pun x kurang romantiknyew...hahaha :)

    ReplyDelete
  12. (6)
    -geramnya dngn perangai ila tu. dia lupa ker syurga dia dibawah tapak kaki suami bkan pada mak dia lagi selepas dia dh kawin dengan zizan... sebabkan zizan tak mau ikot permintaan mak dia.. dia sanggup jadi isteri derhaka..mcm nk tampar betul2 jer muka ila tu..huh
    - ksian zizan, hari raya patot mnjadi hari yang bhagian.. bertukar mnjadi sedih disebabkan ila dngan keluarga dia yg enth pape tu.. huhu
    -ksian zati tak pasal2 kena marah dngan tunku.. huhu
    -comeinyer si zati tu pujuk tunku yang tngh marah tu.. hehe...tp cepat plak mood tunku tu berubah..
    -hope lpas nie lagi sweet la...hihi
    * yeahh.. msa ditunggu dh nk smpai.. akhirnya tak lama lagi dpat taw siapa Feya di hati tunku tu... hahah tak sbar nk baca smbungan....

    ReplyDelete
  13. Lama tunggu ni ria...dh tiap2hr akak bukak blog ria nk tgk dh ada bab bru atau x.... Sambung cepat2 Tau.

    ReplyDelete
  14. -5-

    wah... agak2 lah... maghrib tu ila oi.. kot ye pun nak mintak cerai, pilih lah masa tu elok sikit...

    xsalah pun zizan tu lebihkan mak dia.. bela mak dia.. sebab tanggungjawab seorg anak lelaki masih tetap kepada org tuanya meskipun telah berkahwin... apa itu pun xtau ke dak ila.. hadoiai... stress pulak kita..

    tembikai? kenapa mesti tembikai? oren xboleh ke? heee.. ke sebab tembikai tu besaq.. senang kongsi? huhuhuhu..

    ReplyDelete
  15. (--10--)
    so ini laa ceritanya Zizan dan Ila.. sah sah2 anak kuang ajaq..maknya punya sama.. mana tumpahnya lauk klu x ke nasi.. ermmm memang padan jd anak beranak..lg satu,, Ila nie memang x cukup pendidikan agama.. sebabnya isteri yang lagi hamil haram diceraikan... dah laa tu maghrib2 menjerit2 mitak diceraikan..dah gila meroyan..kasihan Puan Zalimah.. mesti dia takut ..hati seorang ibu sebaik Puan Zalimah mesti sakit apabila anak lelakinya dituduh memukul isteri..
    kan dah kena marah ngn Tengku.. Izz ni bahaya laa.. sampai merajuk Tengku..seharusnya yang kena marah merajuk ini terbalik pula.. berdoa agar perkahwinan mereka, Izz dan Tengku sampai ke akhir hayat dan di penuhi kasih sayang dan zuriat y soleh...
    sweet pula memujuk suami untuk makan tembikai sesama.. Izz2x..manja..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi