Followers

Saturday, 22 August 2015

0
Komen

CALON SUAMI KE DUA bab 1

Assalamualaikum... ini yang telah diedit semula...meh la baca... imbas kembali... saya  update sampai bab 3...bonus....semoga terhibur membacanya...

Bab 1
Perbincangan antara Sofea dengan Iqram semakin serius. Mereka berdua berbincang di bilik rawatan yang kebetulan Sofea sedang bertugas mengemas bilik rawatan tersebut selepas waktu persekolahan. Suasana bilik tersebut sangat sunyi kerana waktu petang persekolahan seperti ini tiada orang lagi di sekolah.
“Kau tak boleh buat aku macam ni! Aku sanggup tunaikan segala permintaan kau. Aku lakukan apa yang kau suruh tapi sekarang kau cakap macam ni pula.”
Iqram mengamuk. Dia terlalu sukakan Sofea. Gadis memenuhi citarasa gadis impiannya. Jika dia dapat bercinta dengan Sofea, dia pasti akan popular juga. Tak kan aku nak bersama dia kerana gadis ini memang popular di sekolah? Dia keliru tiba-tiba. Ini perasaan cinta atau nafsu semata-mata?
Iqram seorang pelajar tingkatan enam yang bakal menduduki STPM. Dia bukanlah seorang yang popular di sekolah. Walau bagaimanapun, dia masih diminati oleh segelintir manusia yang mengenalinya secara rapat.
“Aku tak suka kau! Sila faham!” jelas Sofea.
Sofea pula seorang pelajar tingkatan 5 Sains Tulen. Dia begitu meminati bidang perubatan. Dia juga diminati ramai pelajar lelaki di sekolah kerana dia mempunyai peribadi yang lengkap. Cantik, bijak, aktif bersukan dan sentiasa menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.
“Aku tak faham dan aku tak nak faham. Aku nak kau juga. Aku nak kau bersama aku. Aku tak kira. Kau mesti jadi kekasih aku atau...”
Iqram terlalu memaksa Sofea. Dia merenung tajam wajah Sofea. Hasratnya wajib ditunaikan oleh Sofea. Sofea tidak boleh buat dia seperti boneka. Selama sebulan dia mengikut segala kehendak Sofea tetapi ini yang perempuan ini kata. Tiba-tiba ada suara-suara yang memintanya buat yang tidak baik pada gadis di depannya.
“Atau apa? Aku banyak kerja ni.”
Sofea berkata lalu membelakangi Iqram. Dia tidak mahu mempedulikan orang yang tidak disukainya. Tangannya terus menyusun peralatan yang berselerak. Tambahan pula, kehadiran Iqram hanya mengisi kekosongan hatinya sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Iqram jadi marah dengan kata-kata Sofea. Dia memeluk gadis itu dari belakang. Tanduknya sudah muncul. Mana mungkin dia berundur kembali apa yang sudah dimulakan saat ini. Dia nekad!
Terperanjat Sofea apabila diperlakukan sebegitu. Peralatan yang di susun itu bersepah kembali akibat rontaan bagi melepaskan diri. Dia cuba leraikan tangan yang kuat di pinggangnya itu. Wajah pucat lesunya terukir.
“Iqram, apa kau buat ni?” soalnya cepat. Tangan dia cuba leraikan pelukan itu. Kalau apa-apa terjadi pada aku? Apa aku nak buat ni? Aku tak nak masa depan aku punah disebabkan peristiwa ini. Tidak! Aku tidak akan izinkan. “Lepaskan aku, Iqram!”
“Aku tak kan lepaskan kau. Aku mahukan kau jadi isteri aku…”
Iqram tersenyum nakal. Bukan sahaja nakal, otak pun berfikiran jahat. Dia melihat tubuh Sofea yang dibaluti sepasang baju kurung sekolah. Rambut itu dibiarkan bebas lepas waktu persekolahan. Rambut itu membuatkan hatinya makin bergelora. Dia paling suka melihat rambut perempuan. Rambut Sofea lurus seperti artis Melayu Fazura. Cantik sangat. Membuat dia rasa tergoda.
Sofea berpaling untuk melihat wajah Iqram. Dia rasa takut dengan renungan lelaki itu. Tidak pernah pula Iqram bersikap begini. Apabila lelaki itu bertindak memeluknya makin erat membuatkan dia mengangkat tangan kanannya tinggi.
Pang!
Iqram terkejut dengan tindakan Sofea itu. Pipi kanannya terasa perit dengan tamparan itu tetapi untuk melepaskan Sofea? Itu tidak mungkin. Dia tidak boleh terima hakikat yang dirinya ditampar oleh seorang perempuan. Perempuan ini mesti mendapat balasan di atas apa yang dia buat pada pipinya.
“Tak guna!”
Iqram memeluk makin erat tubuh Sofea. Perempuan itu pula hanya berusaha menolak tubuhnya. Dia tersenyum dalam hati. Kau tak akan terlepas. Takat tolak macam tu. Sangat lembik! Kau tak kan berjaya lepas.
“Iqram, awak buat apa ni?”
Hadir seorang perempuan. Iqram sempat merenung wajah perempuan itu. Ini sahabat baik Sofea. Aku tak ingat namanya. Hanya beberapa kali aku berbual dengan perempuan itu untuk mendapatkan maklumat mengenai Sofea. Selebinya, dia nampak alim-alim sebab dia pakai tudung labuh. Berbeza sangat dengan Sofea. Itu sebab aku tak berminat langsung dengan perempuan macam ni. Dah la pakai cermin mata macam orang bodoh.
Hoi! Orang pakai cermin mata sebab rabun. Bukan sebab dia bodoh. Singkat betul pemikiran Iqram.
Sofea nampak sahabatnya, Khusnul Syakinah. Dia ingin cakap sesuatu tetapi pantas mulutnya dicekup oleh Iqram. Makin kuat dia meronta diri.
Khusnul Syakinah terperanjat melihat keadaan dua makhluk ALLAH di hadapannya. Berpelukan. Ini salah di sisi agama. Berdosa. Apa yang berlaku sebenarnya?
Sofea mengambil keputusan memijak kaki Iqram dan tangan Iqram di mulutnya terlepas. Lelaki itu hanya mengaduh kesakitan. Dia ingin berlari ke arah Khusnul Syakinah tetapi Iqram sempat mencapai kakinya.
“Khusnul tolong aku!” rayu Sofea.
“Lepaskan kawan saya, Iqram!” jerit Khusnul Syakinah. Untuk berkasar, dia tidak pandai. Sikapnya memang lembut seperti ini.
Marah dengan tindakan lelaki yang selalu bersama dengan Sofea. Dari dulu lagi dia tidak suka Iqram. Muka minta penampar sahaja. Itulah gelaran yang selalu digelar dalam hatinya untuk lelak itu. Walaupun hatinya berdebar-debar ketika bersama Iqram tetapi itu bukan penyebab dia merelakan apa yang terjadi.
 Serentak itu, dia memukul kepala Iqram menggunakan payung yang sering dibawanya. Sebentar tadi, dia tinggalkan Sofea sendiri kerana mahu pergi mengambil beg sekolah di kelas. Sekembalinya, kejadian itu yang dilihatnya.
Iqram mengaduh. Dia tidak menyangka pukulan Khusnul Syakinah menyakitkan tubuhnya. Perempuan ini ada ilmu apa ni? Nampak sahaja lembut tapi bila memukul orang, bertenaga betul. Akhirnya, Sofea terlepas dari pegangannya.
Sebaik sahaja pegangan di tangan Sofea terlepas, dia menganjak sedikit ke belakang. Tubuhnya menggigil. Dia ketakutan. Mujur Khusnul Syakinah datang menyelamatkannya.
“Kau nak lari ke mana?!”
Iqram tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Dia tetap mahukan Sofea. Dia cuba memeluk kembali tubuh yang semakin jauh darinya. Belum sempat dia melakukannya sekali lagi, pantas Khusnul Syakinah memeluk kakinya.
“Lari Sofea! Lari!” jerit Khusnul Syakinah.
Dia memeluk erat kaki Iqram. Tidak akan dia lepaskan. Demi sahabat baiknya itu, dia sanggup mengorbankan dirinya. Sofea banyak membantu dalam hidupnya. Tidak akan dia lupa jasa itu.
“Khusnul...”
Sofea serba salah. Dia tidak mahu tinggalkan Khusnul Syakinah sendirian tetapi dia juga tidak rela menjadi mangsa lelaki bernafsu gila itu. Akhirnya, dia melarikan diri dan meninggalkan Khusnul Syakinah bersama Iqram. Dia mesti mencari penyelamat secepat mungkin. Dia terus berlari bersama linangan air mata.
“Perempuan tak guna! Kau sanggup jadi pengganti kawan kau? Okey! Aku tak kisah! Kau pun boleh juga! Janji ada! Aku dah tak kira kau ni siapa dah!”
Iqram rasa geram. Dia mula mengganas. Ditarik tangan kiri Khusnul Syakinah dengan kasar yang melekat di lututnya. Dia tarik sehingga tubuh gadis itu berdiri.
“Lepaskan saya, Iqram! Ingat Allah. Awak jangan jadi gila macam ni!”
 Khusnul Syakinah sempat menasihati Iqram sebab dia dapat rasakan Iqram seorang lelaki yang baik dan budiman. Tapi kenapa ini yang terjadi? Memang muka minta penampar betul la.
“Jangan nak nasihat aku!” geram Iqram.
“Iqram, ingat Allah! Lepaskan saya!”
Khusnul Syakinah cuba melawan tetapi kata-katanya tidak memberi kesan pada Iqram. Tangan lelaki yang mencengkam pergelangan tangannya itu rasa kuat. Sakit sangat. Dia cuba meleraikan dengan tangan kanannya yang masih bebas bergerak.
“Baik aku lepaskan kau!”
Iqram tersenyum nakal lalu dia melepaskan pegangannya di tangan kiri Khusnul Syakinah. Serentak itu juga, dia menolak kasar kepala gadis yang berani ke dinding.
Khusnul Syakinah berasa makin sakit. Malah kepalanya pening. Dunianya rasa seperti berputar. Wajah Iqram juga seperti ada banyak. Kepalanya makin lama makin sakit. Dia tidak mampu lagi melindungi dirinya sendiri. Akhirnya dia pengsan.
“Tadi macam kuat. Baru laga kepala sikit, dah pengsan. Lembik!”
Iqram tersenyum puas. Dia mengangkat tubuh Khusnul Syakinah lalu dicampak ke atas katil. Pada mulanya dia mahu berlalu sahaja tetapi ada bisikan-bisikan yang hasutan supaya membuat sesuatu yang tidak baik pada gadis yang terbaring layu di depannya.
Dia menelan air liur. Tangannya membuka tudung labuh yang selalu melindungi sesuatu yang berharga. Tudung itu dicampak tepi. Dia sedikit tersentak. Memang dia akui yang dia selalu memperhatikan Sofea tanpa menyedari yang Khusnul Syakinah selalu ada di sisi gadis pujaan hatinya. Dia tidak menyangka Khusnul Syakinah mempunyai rambut yang cantik. Tersembunyi dalam tudungnya yang labuh itu.
“Cantik!”
Iqram menyentuh rambut itu. Hatinya bergelora. Rambut gadis ini lebih lembut daripada Sofea. Lebih cantik daripada Sofea seperti rambut pelakon. Hitam pekat. Tak pernah diwarnakan. Ini ke kelebihan melindungi aurat dengan sempurna? Kecantikan itu lebih dari segala-galanya. Kecantikan yang hanya untuk seorang suami. Inikah sebabnya Allah meminta wanita menutup auratnya? Sebab Allah simpan kecantikan itu. Hanya yang berhak sahaja yang dapat melihatnya. Bertuah lelaki itu!
“Lembut sekali…”
Iqram tidak tergamak untuk melakukan perkara terkutuk itu terhadap gadis yang melindungi aurat selama ini. Sebentar tadi dia hanya mengacah Sofea sahaja tetapi dia tidak menyangka perkara ini jadi begini pula. Keinginan tiba-tiba membuak mahu melihat lebih dari ini. Dia mengoyakkan baju sekolah Khusnul Syakinah. Makin lama, makin kuat perasaan itu.
Khusnul Syakinah mempunyai tahi lalat di dada kanannya. Dia tersenyum lagi. Dia mengoyakkan pula kain sekolah warna biru itu. Terdedah paha perempuan itu. Ada tanda lahir yang kecil saiznya di paha kanan juga. Makin lebar Iqram Aznan tersenyum. Rahsia tubuh Khusnul Syakinah sudah berada di tangannya. Sebelum dia berlalu, dia melihat tubuh itu lagi sekali. Tidak sampai hati mahu membiarkan tubuh itu terdedah. Lantas dia menutup tubuh itu menggunakan kain selimut yang ada dan berlalu pergi.
Sofea berlari sekuat hati. Dia tidak tahu mahu melakukan apa. Yang paling penting, dia perlu selamatkan Khusnul Syakinah dari lelaki jahanam itu. Dia terserempak dengan Aqiff, abang kandungnya. Lelaki itu sedang menunggunya untuk pulang ke rumah.
“Abang!” panggil Sofea dengan cemas.
Wajahnya pucat. Tangannya pula menarik kasar lengan Aqiff. Dia mahu mereka cepat tiba di bilik rawatan tersebut. Baik dia segera ke sana sebelum apa-apa berlaku pada Khusnul Syakinah.
“Kenapa ni adik?!”
Aqiff bertanya. Dia terkejut melihat wajah pucat adiknya itu. Nampak hantu ke? Tak logik sebab siang hari lagi. Hantu tu pun tahu masih siang dan tak berani keluar. Sebentar tadi dia baru sahaja menyusun ayat untuk bercakap dengan Khusnul Syakinah tentang perasaannya tetapi semuanya hilang sekelip mata.
“Abang! Abang kena tolong adik. Jom ikut adik sekarang ni!”
Tanpa banyak kata, Sofea terus menarik tangan abang kandungnya itu. Berlari anak sedikit. Moga-moga Khusnul Syakinah selamat sahaja. Dia berdoa dalam hati.
Aqiff pula hanya mengikut langkah kaki adik perempuannya itu. Apa yang mustahak sangat sehingga mahu menerangkan kepadanya pun tak sempat. Layan je la!
Dari jauh Sofea ternampak pintu bilik rawatan terbuka. Dia pantas berlari ke arah bilik tersebut.
“Khusnul!”
Panggil Sofea sekuat hati. Pandangannya meliar mencari kelibat Khusnul Syakinah. Dia ternampak sahabat baiknya terbaring atas katil.
Aqiff terkejut. Pantas dia berdiri di balik pintu. Rambut Khusnul? Kenapa dia terbaring atas katil seperti itu. Tidak mungkin sebab nak tidur. Kat rumah dia boleh tidur kan?
“Khusnul, kau tak apa-apa?” soal Sofea.
Saat itu Iqram sudah hilang entah ke mana. Apabila dia pastikan Aqiff menunggu di luar bilik, dia selak selimut yang membalut tubuh Khusnul Syakinah. Tersentak hatinya. Apakah semua ni? Betul ke?
“Khusnul, bangun Khusnul! Bangun!” Sofea usaha mengejutkan Khusnul Syakinah sehingga bangun.
Khusnul Syakinah tersedar. Kepalanya terasa berat. Mungkin kerana hentakkan yang Iqram lakukan tadi. Dia tidak pasti apa yang lelaki itu buat selepas dia pengsan. Dia hilang punca. Dia hilang ingatan.
“Khusnul, kau kena rogol ke?”
Teka Sofea apabila melihat pakaian Khusnul Syakinah sudah terkoyak. Dia makin rasa bersalah. Demi menyelamatkan dirinya, sahabat baik menjadi mangsa. Adakah aku terlalu pentingkan diri?
“Khusnul...”
Panggil Sofea apabila Khusnul Syakinah tidak memberi sebarang tindak balas. Makin bimbang andai tekaannya tepat. Dia tidak mahu dipersalahkan apa yang telah terjadi. Bukan salah aku! Ini semua salah Iqram. Tanpa sedar, dai bersikap pentingkan diri dan sedikit pun tidak memikirkan apa yang dirasai oleh Khusnul Syakinah.
Hati Khusnul Syakinah gementar hebat. Dia benar-benar tidak dapat ingat apa yang berlaku. Semua ini berlaku terlalu cepat. Dia sendiri tidak pasti apa yang mendorong dia membantu Sofea. Baginya, sesiapa yang berada di tempat Sofea, pasti dia akan melakukan perkara yang sama. Demi membantu wanita yang ditindas oleh lelaki.
Tanpa mereka berdua sedari, pemikiran mereka berdua sangat berbeza. Ini menjadikan Khusnul Syakinah lebih disukai oleh rakan-rakan dan guru kerana sikapnya sentiasa ikhlas dalam semua perkara yang dilakukan berbanding Sofea yang hanya mahukan pujian semata-mata.
Sofea berlari keluar.
“Abang, pinjam jaket abang tu,” pinta Sofea.
“Nak buat apa?”
“Pinjam aje la!”
Pantas tangan Sofea sendiri membuka jaket kulit abangnya itu kerana Aqiff begitu lambat bertindak. Abangnya itu datang ke sekolah menaiki motosikal. Jadi, jaket tersebut memang dipakainya.
“Sabarlah!”
Aqiff rasa pelik dengan sikap adiknya itu. Teringat keadaan Khusnul Syakinah sebentar tadi membuatkan dia fikir yang bukan-bukan. Apa yang terjadi sebenarnya ni?
Sofea terus masuk semula ke dalam bilik rawatan itu. Dia juga menutup pintu. Rapat!
“Nah! Kau pakai jaket ni dulu. Mana boleh kau keluar dari sini dengan keadaan macam sekarang. Kain kau pun koyak ni… Kain batik! Aku rasa ada kain batik dalam bilik ni. Kejap aku cari.”
Sofea membuka satu persatu almari yang ada. Demi melindungi maruahnya, Khusnul Syakinah sanggup korbankan maruahnya. Dia akan berusaha melindungi maruah Khusnul Syakinah walaupun terjadi. Selepas ini, budinya dengan Khusnul Syakinah lepas. Dia tidak akan rasa  bersalah lagi dengan apa yang berlaku.
Khusnul Syakinah mengambil jaket yang dihulurkan oleh Sofea. Dia menyarung jaket itu di tubuh. Air matanya tidak mengalir dengan apa yang berlaku. Dia masih kuat. Fikirannya kosong. Hatinya juga kosong.
Sofea menjumpai kain batik itu. Pantas dia menghampiri Khusnul Syakinah dan meminta gadis itu memakainya. Selepas itu, mereka pulang. Bilik rawatan yang bersepah itu dikemas sementara Khusnul Syakinah bersiap. Teruk dia dimarahi oleh guru jika bersepah seperti ini.
“Abang, kita hantarkan Sya dulu tau?” Sofea berkata. Baru dia teringat yang Aqiff bawa kereta hari ini tapi pakai jaket pula. Suka benar dengan jaket tersebut.
“Kenapa kawan adik tu pakai jaket abang?” soal Aqiff sambil berbisik. Dia sempat menjeling seketika pada Khusnul Syakinah. Wajah itu pucat. Demam ke?
“Bajunya terkena air tadi. Sebab tu adik pinjam jaket abang,”  jelas Sofea.
Mana mungkin dia memberitahu hal sebenar pada Aqiff. Walaupun lelaki itu adalah abang kandung yang paling rapat dengannya. Tidak semua perkara akan dikongsi bersama Aqiff.
“Terima kasih abang...” ucap Sofea selepas kereta milik Aqiff meninggalkan kawasan perumahan Khusnul Syakinah. Air matanya mengalir. Sudah lama dia menahannya.
“Sama-sama. Tak kisah pun.” Aqiff masih tidak perasan adiknya menangis. Dia tersenyum. Beberapa seketika, Sofea diam. Aqiff bertindak untuk berkalih ke kirinya untuk melihat wajah adiknya itu. Dia tersentak.
“Kenapa menangis ni adik?” cemas Aqiff.
“Tak ada apa-apa...” jawab Sofea. Rahsia tetap rahsia. Aku tak boleh beritahu sesiapa mengenai perkara ini
“Adik...” Aqiff sikit pun tidak percaya dengan kata-kata Sofea tetapi jika adiknya itu tidak mahu menceritakan hal sebenar, dia tidak akan paksa. Itu hak Sofea. Dia terus memandu dengan cermat dan selamat.
Manakala Iqram pula. Tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri. Sekejap dia berjalan. Sekejap dia duduk kembali.
Dia gelisah teringat akan Khusnul Syakinah.
“Khusnul Syakinah…” Iqram tahu nama gadis itu. Dia pernah berbual dengan Khusnul Syakinah. Suara gadis itu sangat lunak dan entah mengapa dia sendiri rasa mahu membantu gadis itu ketika dia dalam kesusahan sebelum ini.
“Rupa-rupanya kau ada aura yang hebat, Khusnul Syakinah.”
Iqram tersenyum. Senyuman ini senyuman nakal. Dia mahu mengusik Khusnul Syakinah lagi. Bila gadis itu marah, pasti pipinya menjadi merah. Seronoknya.
“Tapi! Dia mesti dah benci aku dengan apa yang terjadi. Tapi aku tak buat apa-apa padanya. Aku cuma tengok dia je. Salah ke?” Iqram mula jadi tak betul.
“Angah, fikirkan apa tu?” sapa Isman.
“Along…” Iqram tersenyum. Tak kanlah dia nak cakap yang dia buat onar dengan anak dara orang. Rasanya aku kena hempuk habis-habisan oleh Along kot.
“Kenapa ni? Kadang-kadang senyum, kadang muram?” ramah Isman. Adiknya ini terlalu muda. Dia harus membimbing adiknya. Ayah pun sudah tiada.
“Apa pendapat along mengenai cinta?”
“Oh, angah dah jatuh cinta ke?” Isman gembira untuk adiknya.
“Belum pasti. Itu sebab angah tanya along dulu.” Iqram tersenyum lagi. Dia suka melihat wajah Isman. Sangat penuh dengan kasih sayang.
“Bagi abang. Cinta ini sangat mulia. Jika kita tidak jaga dengan sebaik mungkin dengan berlandaskan agama, boleh jadi cinta yang kita agungkan ini menjadi maksiat dan dosa. Ini yang abang nak pesan. Jangan terlalu taksub dengan cinta manusia sedangkan kita tidak pernah mahu menjaga cinta kita pada Allah. Ingat angah. Jangan tinggal solat. Jangan nak kacau anak dara orang kalau kita tiada niat mahu menjadikan dia isteri.”
Isman mula membebel.
“Along ni, angah tahu. Terima kasih kongsi pendapat along.”
“Lagi satu, cinta itu tak semestinya di miliki.” Isman bangun dan meninggalkan Iqram sendirian.
“Tidak along! Cinta angah, angah akan pastikan, angah memilikinya.” Iqram membayangkan Khusnul Syakinah menjadi hak miliknya yang sah.
“Suatu hati nanti. Insya-Allah!”


0 kata kau:

Post a Comment

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi