Bab 6
Khair merenung
wajah Iqram yang selamba membuat hubungan dengan Khusnul Syakinah. Bila masa
pula si Khusnul ni berkenalan dengan lelaki yang perasan bagus? Ada hati nak
melamar jantung hati aku.
Apa pandang-pandang? Ingat
aku takut dengan jelingan kau. Dah la nampak macam lembik! Geram Iqram dalam
hati. Pandangan geramnya pada Khair jelas terpamer.
Mereka saling berpandangan
di tempat letak kereta. Tidak bercakap, tidak bertumbuk dan tidak bergerak
juga. Hanya jelingan sahaja yang berbicara.
“Aku rasa kau tak layak
untuk Khusnul.” Akhirnya Khair bersuara. Itu yang sepatutnya. Lelaki ini tiada
hak untuk bersama Khusnul Syakinah.
“Kenapa pula? Aku ada
pekerjaan aku sendiri. Aku boleh sara hidupnya!” Panas pula hati Iqram
mendengar Khair berkata begitu. Eh, yang aku beriya-iya untuk memiliki Khusnul
ni kenapa? Ah! Aku tak peduli. Walaupun aku benci Khusnul tapi aku nak dia jadi
milik aku!
“Ini bukan kes boleh sara
dia atau tak. Khusnul suka lelaki yang sederhana. Dia tak nak lelaki yang dia
suka tu sibuk melebihi sultan!” sinis Khair. Dia sudah lama berkawan dengan
Khusnul Syakinah. Dia tahu cita rasa Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah seorang
yang memilih dalam menjalinkan hubungan persahabatan. Aku dalam insan yang
bertuah dapat berkawan dengan Khusnul Syakinah.
“Apa sultan-sultan ni?!”
marah Iqram. Apa kaitan aku dengan Sultan? Aku hanya insan biasa.
“Yelah. Kalau tak nak
sultan. Aku ubah sikit ayat aku.” Khair memikirkan sesuatu. “Sibuk yang
melebihi PM.” Katanya lagi. “Kau mesti tak tahu PM tu apa. Biar aku bagi tahu.
PM tu perdana menteri. Sekarang dah tahu kan?”
Khair ketawa kecil. Seronok
pula dapat kenakan lelaki yang cuba merampas Khusnul Syakinah daripadanya.
“Sudahlah! Cakap dengan kau
memang tak kan habis.” Iqram ingin berlalu. Agak pedas juga cara Khair bercakap
dengannya.
“Tunggu!” Nada Khair serius.
Iqram berpaling. Apa lagi
kau nak? Nak penumbuk aku? Melihat kau bermesra dengan Khusnul pun aku rasa nak
cekik-cekik kau sampai mati tau!
“Jangan kacau dia lagi!”
jelingan Khair lebih tajam dari tadi. Kalau kehadiran lelaki ini akan menggugat
hubungannya dengan Khusnul Syakinah, dia akan cuba halang.
Kesabaran Iqram hilang. Dia
akan buat Khair terdiam. Hanya melalui kata-kata sahaja. Dia tersenyum sinis.
“Kau tahu tak, perempuan
yang kau suka tu adalah perempuan yang aku paling benci! Aku nak kahwin dengan
dia sebab aku nak seksa dia. Aku tak nak ada lelaki lain dapat dia selain aku.
Aku nak dia terseksa seumur hidup aku sebab pernah menduakan aku!” tegas suara
Iqram.
Terbayang peristiwa Khusnul
Syakinah dipeluk oleh Aqiff. Sakit matanya. Sakit hatinya. Argh!
“Tak guna!” Khair tidak
dapat mengawal marahnya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki di
hadapannya ini.
Bukk!
Satu tumbukan hinggap di
muka Iqram. Dia rebah ke belakang.
“Kau ingat Khusnul tu apa?!
Aku kenal dia! Dia seorang yang baik!” Khair mencengkam kolar baju Iqram dengan
kasar. Geram!
“Aku lebih kenal dia! Dia
ada tanda lahir di dada. Aku tahulah!” Senyum sinis Iqram. Dia meludah keluar
darah yang ada dalam mulutnya. Puas hatinya.
“Cukup!” jerit Khusnul
Syakinah.
Khusnul Syakinah terkejut
mendengar kata-kata Iqram. Apa yang paling ditakuti semalam ini sudah berlaku.
Tubuhnya menggigil melawan segala yang menimpa dirinya. Dia kena kuat!
“Cukup, Iqram!” lemah suara
Khusnul Syakinah. Dia cuba menahan air matanya dari terus mengalir. “Cukup
Iqram! Jangan kau ungkit kisah lalu. Aku... Aku dah maafkan kau! Jadi... Tolong
jangan buat aku benci kau seumur hidup aku,” pinta Khusnul Syakinah.
Iqram terkesima. Dia maafkan
apa yang aku dah buat pada dia? Betul ke ni? Dia masih tidak percaya. Tetapi
untuk apa dia mahukan kemaafan dari Khusnul Syakinah sedangkan dia benci
Khusnul Syakinah menduakannya.
Khair hanya memerhati. Dia
sendiri tidak faham dengan situasi ini. Kisah silam apa ni? Maknanya mereka dah
kenal lebih lama dari aku?
“Kalau kau maafkan aku, kau
kahwin dengan aku?” kata Iqram secara spontan.
Kini giliran Khusnul
Syakinah pula tersentak. Dia tidak akan berkahwin dengan lelaki seperti Iqram.
Dia tidak cintakan lelaki itu. Akhirnya dia terdiam.
Tiba-tiba Iqram ketawa.
Kalau kau dah benci aku seumur hidup, tak kan kau dapat maafkan aku kan?
Perempuan penipu!
“Mulut kata maaf tapi
hati... Kau sama aje dengan perempuan lain!” kata kasar Iqram. Dia menarik
kasar lengan Khusnul Syakinah kerana terlalu geram dengan kata-kata itu. Kuat
dicengkamnya.
Khair yang melihat dari jauh
mula rasa tak sedap hati. Melihat Iqram mencengkam lengan Khusnul Syakinah
membuat dia rasa sakit hati.
“Kau ni dah lebih! Kalau dia
tak nak kahwin dengan kau, dia akan kahwin dengan aku!” Khair sendiri
menawarkan dirinya. Dia menolak tubuh Iqram dengan kuat dengan harapan lelaki
itu melepaskan Khusnul Syakinah.
“Kau jangan mimpi!” marah
Iqram. Tolakkan Khair menyebabkan pegangannya terlepas. Dia ni dah melampau.
Mereka berdua bersambung
pergaduhan mereka. Saling tumbuk menumbuk antara satu sama lain tanpa
mempedulikan Khusnul Syakinah yang memerhati.
Iqram menumbuk pipi kanan
Khair.
Khair rebah ke belakang. Dia
tidak akan mengalah. Dia meluah darah yang mengalir dalam mulutnya. Rasa sakit.
Dia bangun dan menumbuk juga muka Iqram.
Iqram tidak sempat mengelak.
Dia terdorong ke belakang sedikit akibat tumbukan itu. Mungkin di sebabkan
tubuhnya yang lebih besar dari Khair. Jadi pertahanannya agak kuat. Dia pun
sama, tidak akan mengalah.
Khusnul Syakinah yang
memerhati sahaja, mula rasa risau. Dia kasihan dengan lelaki di hadapannya.
Bergaduh kerana dirinya. Dia bukannya kaya. Bukannya tuan puteri yang menjadi
rebutan. Kenapa dia menjadi pilihan mereka berdua? Kenapa?
Kakinya berundur setapak ke
belakang. Lebih baik dia pergi dari sini. Dia berpaling dan ingin melangkah
tetapi dia dapat rasakan ke dua-dua lengan tangannya dipegang kemas oleh
mereka. Sebelah kanan Khair dan sebelah kiri Iqram.
“Khusnul aku yang punya!”
Khair menarik sedikit kuat lengan Khusnul Syakinah agar gadis itu rapat
dengannya.
Iqram tidak mengalah. Dia
menarik juga lengan Khusnul Syakinah. Lagi kuat daripada Khair sehingga gadis
itu tercampak ke dada bidang milik Iqram.
“Dia milik aku. Dan aku
yakin dia akan jadi milik aku!” tegas Iqram.
Dup Dap Dup Dap
Mengapa aku rasa berdebar
saat Iqram melafazkan kata-kata itu? Dia mendongak untuk melihat raut wajah
Iqram.
Kenapa wajah dia nampak
serius? Dia maksudkan ke apa yang dia katakan? Betul ke? Kenapa hati aku cair
dan sukakannya? Tidak! Dia yang memusnahkan hidup aku. Dia yang merosakkan diri
aku.
Tapi Khusnul, dia yang
selamatkan kau dari mat-mat motosikal tu?
Betul ke dia yang selamatkan
aku?
Khusnul Syakinah berperang
dengan perasaannya sendiri. Apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan
masalah ini.
Mereka berdua masih main
tarik-tarik lengan Khusnul Syakinah. Disebabkan terlalu sakit permainan mereka
berdua, dia perlu ambil tindakan segera
“Berhenti!” jerit Khusnul
Syakinah sekuat hati.
Serentak Khair dan Iqram
berhenti lalu melepaskan pegangan mereka.
“Kau orang ingat aku patung
ke? Boneka yang tak bernyawa ke? Manusia yang tak ada perasaan ke? Aku ada
perasaan, Iqram. Khair. Aku ada. Aku ada rasa cinta dan kasih. Tolong jangan
hilangkan rasa cinta dan kasih aku menjadi dendam kesumat yang aku kan ingat
sampai bila-bila.” Air mata Khusnul Syakinah mengalir.
“Kau kena buat keputusan.”
Tegas Iqram.
“Keputusan apa?”
“Keputusan yang kau akan
memilih siapa. Aku atau mamat ni!” kasar Iqram. Dia betul-betul marah pada lelaki di hadapannya.
“Baiklah! Kalau itu yang
akan membuat kau orang berhenti bergaduh, aku akan pilih. Dan aku nak kau orang
terima keputusan aku.” Hati Khusnul Syakinah berdebar dalam membuat pilihan.
Dia tahu yang mereka berdua akan kecewa sebab dua-dua tidak pernah ada dalam
hatinya buat masa ini.
“Aku akan kahwin dengan
Khair! Aku harap kau tak mempertikaikan lagi.” Khusnul Syakinah berkata dengan
perasaan yang sayu. Entah mengapa ada perasaan sedih saat dia melafazkan
kata-kata itu.
“Apa?”
Khair tersenyum.
“Kau akan dapat
pembalasannya! Aku akan pastikan kau dan Khair tidak akan bahagia. Kau hanya
akan bahagia dengan aku je. Dengan aku!”
Iqram jadi makin marah. Dia
rasa tercabar. Akhirnya dia berlalu dari situ.
Khair makin lebar tersenyum.
Dia tidak menyangka yang Khusnul Syakinah akan
bersetuju.
Selepas
Iqram pergi, barulah tubuh longlai Khusnul
Syakinah rebah di lantai. Dia tidak kuat lagi mahu
berdiri.
“Terima
kasih, Khusnul. Kau memilih aku. Aku janji akan menjaga kau bersungguh-sungguh.”
Khair membuat janji setia.
Khusnul Syakinah menangis
mendengar janji tersebut.
“Kenapa ni, Khusnul? Kenapa
kau menangis?” cemas Khair. Adakah dia rasa terharu dengan apa yang berlaku.
“Maafkan
aku, Khair. Aku dah mempermainkan lamaran kau. Aku sengaja cakap begitu kerana
tidak mahu Iqram mengganggu aku. Maafkan aku.”
Makin
deras air mata Khusnul Syakinah
mengalir. Dia tahu yang Khair juga akan rasa kecewa.
Hilang
terus senyuman ceria Khair. Dia harus menerima kenyataan ini. Nasib. Kenyataan
yang Khusnul tidak pernah menyintai aku…
Khair
merenung wajah Khusnul
Syakinah. Memaksa Khusnul? Rasanya tak perlu. Aku akan buat kau jatuh cinta
pada aku, Khusnul.
“Khair, maafkan aku.” Pohon
Khusnul Syakinah. Dia tahu semua ini berlaku terlalu pantas. Tetapi itulah
hakikat sebenarnya. Dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Khair apatah lagi
Iqram.
Iqram? Makin laju air
matanya mengalir. Hatinya sentiasa berdebar saat menyeru nama itu tetapi itu
bukan bermaksud dia sukakan Iqram. Ye ke aku tak suka dia? Ya! Ya! Ya!
Geram Khusnul Syakinah.
Soalan itu sering kali hadir dalam hatinya sehingga dia rasa tidak perlulah dia
jawab banyak kali walaupun hakikat sebenar, hatinya sudah mengetahui
jawapannya.
“Tak apa la, Khusnul. Aku
cuba faham kau tapi aku tetap akan berusaha membuat kau memilih aku. Selagi kau
tidak berkahwin dengan sesiapa, aku akan terus memikat kau sehingga aku tewas
dengan pilihan hati kau.”
Khair memandang Khusnul
Syakinah dengan penuh harapan walaupun dia dapat rasakan peluangnya sangat
tipis.
“Khair…”
“Mari aku hantar kau ke wad
semula.” Khair tidak sampai hati untuk meninggalkan Khusnul Syakinah di situ.
“Tak payah, Khair. Aku dah
boleh balik. Aku dah ambil pun ubat. Kau jangan risau.” Khusnul Syakinah cuba
tersenyum tetapi terasa pahit senyumannya.
“Jom aku hantar kau balik.
Pasti ibu kau dah risau ni. Dah malam macam ni tak balik rumah lagi.” Khair
cuba memujuk walaupun hatinya masih terluka.
“Terima kasih.” Khusnul
Syakinah berdiri.
“Sofea macam mana?” soal
Khair. Mereka berdua berjalan menuju ke tempat Khair letak kereta.
“Sofea? Dia suka Iqram. Dia
nak kahwin dengan Iqram tetapi Iqram pilih aku dan melamar aku. Kerana perkara
itu, Sofea benci aku, Khair. Sofea dendam dengan aku, Khair. Sakitnya hati
aku!” Air mata Khusnul Syakinah menitis kembali. Dia tidak dapat menahan rasa
sedihnya.
“Sudahlah, Khusnul. Sabar.
Ini dugaan untuk kau. Allah ingin menguji kau.” pujuk Khair. Dia juga dalam
ujian Allah. Allah menguji dia dengan penolakan lamarannya. Ah, Khusnul, kau
istimewa bagi aku.
“Berapa kali untuk aku di
uji, Khair? Kematian ayah aku? Kebencian ibuku? Penghinaan Iqram? Tuduhan
Sofea? Apa semua ini? Aku tak kuat Khair. Aku tak kuat!” Khusnul Syakinah
mengelap air mata yang mengalir. Tetapi air mata tersebut masih mahu mengalir.
Memang banyak dugaan dan
ujian yang Khusnul Syakinah perlu hadapi tetapi itu semua ketentuan Allah.
Bisik hati Khair.
“Sabarlah, Khusnul… Kuatkan
hati kau, Khusnul. Ingat Allah selalu ada dengan kau. Kau kuat. Kau sabar.
Pasti Allah bagi ganjaran tak terhingga pada kau.”
Hanya itu sahaja dapat dia
katakan. Sedangkan hatinya juga tidak kuat mana pun. Semangatnya sudah tiada.
“Terima kasih, Khair. Jadi
kawan aku…” Khusnul Syakinah tersenyum.
“Eh, Khusnul! Kau dah salah.
Aku masih mahu menjadi suami kau. Aku akan pastikan kau pilih aku. Aku tahu aku
layak untuk kau.” yakin Khair.
“Ikut suka hati kau la. Aku
tak kisah. Jangan terlalu memaksa aku sudah. Aku tak suka tau.” Mereka ceria
kembali.
“Okey, bos!”
Khair menghantar Khusnul
Syakinah pulang ke rumah.
Sangt best xsaba nk tugu smbng
ReplyDeleteKEJAP LAgi saya sambung...thank sudi komen...
ReplyDelete