Bab 2
Khusnul Syakinah melangkah
perlahan ke biliknya. Air mata yang ditahan depan Sofea dan Aqiff itu akhirnya
mengalir. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku padanya. Dia di rogol ke?
Tidak pula dia terasa sakit di mana-mana tubuhnya. Cuma kepalanya sahaja yang
sakit. Tapi sakit di kepala mungkin disebabkan hentakkan yang dibuat oleh
Iqram.
Tapi
kenapa baju aku koyak? Kain aku koyak? Tudung aku… Kenapa tudung aku tanggal?
Siapa lagi yang akan buat semua itu selain lelaki tak guna tu! Kepala Khusnul
Syakinah makin pening. Dia sendiri tidak tahu status dirinya sama ada dia
mangsa rogol.
Buat
laporan polis je... Kau memang kena rogol. Kau kena juga buat laporan polis.
Biar lelaki bangsat tu kena tangkap polis. Barulah hati kau puas!
Ada
suara lain yang hadir memberi cadangan.
Khusnul
Syakinah tersentak.
Kepalanya
bergerak ke kiri dan kanan untuk beberapa kali. Dia tidak akan melaporkan pada
polis. Tentu ibu dan abah akan malu dengan perkara ini. Tidak! Aku tidak akan
buat perkara yang memalukan mereka.
Dia
terus menuju ke bilik air. Membersihkan dirinya yang dirasa kotor. Dia mandi
wajib. Segala jenis mandi. Dengan harapan kotoran itu boleh hilang. Tetapi itu
semua hanya untuk sedapkan hatinya yang gelisah itu. Yang masih tidak boleh
terima kenyataan yang mungkin dia telah di rogol. Hanya air mata sahaja
menemani hati yang luka ini.
Kini,
sudah tiga hari Khusnul Syakinah demam dan tidak ke sekolah. Nasib baik alasan
demam boleh diberi oleh Khusnul Syakinah pada ibu. Ibu sangat marah. Sejak dulu
lagi ibunya tidak sukakannya kerana dia anak madu abah iaitu isteri ke ke dua
abah.
Ibu
tiri Khusnul Syakinah, Puan Siti membuka pintu bilik anak tirinya itu dengan
kasar. Dia benci pada anak itu kerana merampas suaminya. Akhirnya betina itu
mati selepas melahirkan anak lelaki yang diberi nama Khairul. Khairul dan Khusnul
Syakinah merupakan adik kepada anaknya
yang bernama Saidah. Hanya Saidah dan Khairul sahaja dia sayang. Sayang pada
Khairul kerana itu satu-satu anak lelaki Encik Hafiz. Dia terpaksa menerima ini
semua.
“Hoi!
Bangun! Kawan kau datang!” kasarnya.
Sakit
pula hati melihat Khusnul Syakinah tidur dengan lena. Jika tidak disebabkan
anak gadis itu demam, teruk dia dikerjakan. Dahlah kawan yang mana satu yang
datang. Tak pernah pula dia jumpa sebelum ini.
“Siapa ibu?”
Kepala
Khusnul Syakinah pening. Dia masih dihantui dengan peristiwa beberapa lalu. Dia
masih memikirkan perkara itu. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia harus
hidup dihimpit dengan masalah itu.
“Kawan
lelaki. Aku tak kenal pula. Pakai tudung tu. Jangan nak malukan aku pula! Aku
tengok kau pun dah sakit hati. Tak tahulah kalau kau malukan aku! Makin sakit
hati kot!”
Puan
Siti terus keluar dari bilik Khusnul Syakinah. Dia terus berlalu ke dapur untuk
membuat tetamu. Sudah menjadi sikapnya menghormati tetapi yang datang.
“Baiklah
ibu.”
Khusnul
Syakinah bangun perlahan-lahan. Dia bersiap-siap ala kadar. Walaupun wajahnya
sedikit pucat tetapi dia tetap gagahi juga. Dia hanya mengenakan seluar track
dan baju labuh ke lutut. Tidak ketinggalan tudung labuhnya. Dia menuju ke ruang
tamu. Dia menghampiri lelaki yang membelakangi dirinya itu.
“Terima
kasih sudi melawat saya,” ucap Khusnul Syakinah.
Puan
Siti selalu mengajarnya untuk menghormati tetamu yang datang ke rumah. Walaupun
Puan Siti benci padanya tetapi dia tetap sayang pada Pun Siti kerana Puan Siti
yang menjaganya sejak kecil.
Lelaki
tersebut berpaling apabila mendengar suara Khusnul Syakinah. Dia menghadap gadis
yang berwajah pucat. Ada senyuman yang menyembunyikan beribu erti di bibir
lelaki itu.
“Kau!”
Khusnul
Syakinah tidak dapat mengawal rasa terkejutnya dengan kehadiran lelaki itu di
rumahnya. Pantas dia mencekup mulutnya sendiri. Tidak mahu Puan Siti mendengar
suara terkejutnya.
“Kau?
Apa kau-kau ni... Panggil je aku Iqram. Nama aku Iqram Aznan... Ingat sampai
bila-bila.”
Makin
lebar senyuman itu terukir di bibir Iqram melihat wajah gelisah Khusnul
Syakinah. Sejak melihat rambut gadis itu sebelum ini membuatkan dia sukar untuk
melupakan wajah itu. Dia mahu memiliki Khusnul Syakinah. Mahu menjadi miliknya.
Jika tidak cara halus, cara kasar pun tak apa.
“Kau
buat apa datang rumah aku...?”
Takut-takut
Khusnul Syakinah bertanya. Dia tidak pedulikan nama tersebut. Dia mahu tahu
tujuan Iqram datang ke rumahnya. Untuk memberitahu yang memang dia dirogol
ketika itu? Kepalanya makin pening apabila memikirkannya. Hanya renungan tajam
yang dihadiahkan kepada Iqram.
“Iqram
please. Khusnul tak nak abang bagi tahu sesiapa mengenai kita kan?”
Ugut
Iqram.
“Okey…
Okey. Iqram buat apa datang rumah saya?”
Lemah
pertanyaan Khusnul Syakinah. Dia juga tidak sihat. Tidak larat mahu melayan
kerenah Iqram yang melampau ini. Walaupun lemah, renungan matanya masih tajam
menikam kalbu Iqram.
Iqram
pula hanya membalas renungan tajam itu dengan senyuman sinis. Kalau kau renung
makin tajam, makin aku suka. Tidak berkelip matanya melihat wajah perempuan
pucat yang berada di hadapannya. Kasihan pula. Mesti dia tertekan apa yang
terjadi tempoh hari kan? Sampai demam… Demam…
“Kalau
esok sayang tak datang sekolah, abang beritahu hal sebenar pada ibu sayang yang
baik hati tu,” ugut Iqram tiba-tiba. Kedengaran lembut tetapi penuh dengan
keterpaksaan bagi Khusnul Syakinah.
Dia
sudah memulakan agendanya yang sebenar. Sekolah itu rasa sunyi sejak Khusnul
Syakinah tidak datang. Dia tiada mangsa yang comel untuk dibulinya. Hanya
Khusnul Syakinah menjadi pilihannya. Pilihan hatinya. Pilihan untuk dijadikan
isteri. Hanya Khusnul Syakinah.
Khusnul
Syakinah tersentak. Adakah ini ugutan? Kepalanya makin rasa pening. Dunianya
seakan berputar-putar. Bayangan Iqram semakin kabur. Akhirnya dia pengsan.
Iqram
seperti dapat menjangka yang Khusnul Syakinah akan pengsan. Pantas tangannya
menampung tubuh Khusnul Syakinah daripada rebah ke lantai.
“Mak
cik! Mak cik!” jerit Iqram.
Dia
berpura-pura cemas. Segenap wajah yang semakin mencuri perhatiannya itu di
renung dengan penuh minat. Lama,
“Ya
Allah!”
Terkejut
Puan Siti melihat keadaan anaknya yang rebah dalam pangkuan Iqram. Khusnul
Syakinah benar-benar demam ni. Boleh pula aku buat main.
“Nak,
tolong bawa dia masuk ke dalam biliknya,” pinta Puan Siti.
“Baiklah
mak cik!”
Laju
sahaja Iqram bersetuju. Tubuh Khusnul Syakinah yang sederhana kecil begitu
mudah di angkatnya. Dipangku dengan penuh berhati-hati. Kasihan…
Takat
angkat badan berat macam ni, senang je. Dia sudah biasa mengangkat benda berat.
Dia selalu pergi ke gim untuk senaman di hujung minggu. Baginya, sangat mudah
untuk dia mengangkat tubuh Khusnul Syakinah. Diletakkan perlahan-lahan tubuh
Khusnul Syakinah di atas katil. Ini rupanya bilik cik adik ni. Dia sempat
memerhati sekeliling bilik yang baru dijejakinya itu. Ada beberapa gambar artis
lelaki yang ditampalkan di dinding bilik.
“Mak
cik, gambar ni...” Iqram tertanya-tanya.
“Hmm,
dia memang minat artis ni tapi yang peliknya dia minat dalam cerita ini je,” terang
Puan Siti.
Dia
sendiri tidak pasti minat anak tirinya ini. Asalkan tak minta duit sudah. Duit
seratus sebulan untuk belanja persekolahan itu dibelanjakan dengan baik, sudah
cukup baik.
“Cerita
apa ya, Mak cik?”
Iqram
bertanya lagi. Sikap ingin tahu itu begitu kuat. Dia mahu tahu minat buah hati
barunya ini. Dia nak tahu sebab kenapa Khusnul Syakinah suka lelaki ini. Bukan
kacak pun. Aku lagi kacak!
“City
Hunter. Dia suka cara lelaki ni menyelesaikan masalah. Maaflah anak muda,
dia tak sihat ni. Boleh bagi dia rehat dulu,” pinta Puan Siti lagi.
“Tak
apa mak cik. Maaf, saya mengganggu. Saya balik dulu.”
Iqram
bersalaman dengan Puan Siti dan meminta diri. Mungkin dia datang pada waktu
yang tidak tepat. Risau pula dengan keadaan Khusnul Syakinah yang teruk
demamnya. Mesti berpunca daripada aku.
Khusnul
Syakinah tersedar. Sudah malam. Jam dinding menunjukkan angka sembilan malam.
Dia perlu menunaikan solat tetapi dia teringat kata-kata Iqram.
Aku
mesti kuat ke sekolah. Sampai bila aku harus mengelak diri dari berjumpa dengan
lelaki tak berguna tu? Aku kena kuat! Dia terus berlalu ke bilik air.
KHUSNUL SYAKINAH bangun awal pagi. Dia
banyak termenung. Sudah lama dia duduk berteleku di atas sejadah sambil
beristighfar. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia begitu tetapi dia yakin yang
dia rasa sedikit tenang.
“Oi
budak!” Panggil Puan Siti. “Kau nak ke sekolah ke hari ini?” Risau pula. Wajah
itu masih pucat.
“Ya,
ibu.”
“Kau
dah sihat sepenuhnya ke?”
“Alhamdulillah
ibu.”
Khusnul
Syakinah tersenyum. Dia rasa gembira jika Puan Siti ambil berat akan
keadaannya. Rasa disayangi pula. Lagi pun dia tidak mahu Puan Siti terlalu
bimbang dengan keadaannya. Dia harus kuat.
“Kalau
begitu, aku isikan bekal untuk kau.” Puan Siti terus berlalu.
Di
sekolah Khusnul Syakinah lebih banyak mendengar daripada bercakap. Kebiasaannya
dia akan ke sekolah berjalan kaki, tetapi hari ini Sofea sudi menghantarnya ke
sekolah. Aqiff yang memandu.
“Kau
okey?” soal Sofea.
“Aku
okey. Jangan risau ya?”
Khusnul
Syakinah cuba tersenyum. Dia juga tidak mahu Sofea bimbang padanya. Lagi pun
dia cuba melupakan peristiwa hitam baginya. Hidup kena diteruskan juga.
“Baguslah.”
Sofea berasa lega.
Mereka
berdua tiba di sekolah. Aqiff hanya memandang dari jauh mereka berdua pergi. Kenapa
dengan buah hati aku tu? Dia ada masalah ke? Dia bimbang. Selepas meletakkan
kereta di tempat disediakan, dia melangkah masuk ke sekolah. Berada di
tingkatan enam atas membuat dia gembira dengan kehadiran Khusnul Syakinah.
“Hey, kau tengok siapa tu?” Tegur seorang
lelaki.
Aqiff
terkejut. Dia rasa dia kenal lelaki ini. Lelaki ini kelas ke tiga. Biasa tengok
muka tetapi tidak tahu nama. Itu sudah menjadi sikapnya kerana susah mahu
mengingati nama seseorang. Tiba-tiba sahaja tegur aku ni? Sengal ke?
“Biar
aku jawab.”
Tawar
Iqram apabila Aqiff hanya diam. Saki hati Iqram melihat panahan mata Aqiff
ketika memandang Khusnul Syakinah. Kalau bukan aku yang paksa dia datang
sekolah, dia tak kan datang…
“Tak
kan kau tengok adik kau pula kan? Cam tak logik. Mesti kau tengok Khusnul
Syakinah kan?”
Dahi
Aqiff berkerut.
“Kau
jangan rapat dengan Khusnul Syakinah. Dia tu aku punya. Lagi pun dia bekas
aku!”
Iqram
Aznan berkata dengan penuh sinis. Dia tidak suka ada lelaki lain yang memandang
Khusnul Syakinah. Dia rasa sakit hati. Bukan sahaja sakit hati tetapi dia rasa
mahu korek biji mata lelaki itu.
“Bekas
kau?” Aqiff masih tidak faham.
“Kau
ni pergi sekolah atau tidak?” geram Iqram.
Bahasa
mudah aku pun tak faham ke? Kalau aku kata bekas aku, maknanya aku punya la.
Tak faham-faham ke? Akhirnya dia meninggalkan Aqiff sendirian. Makin dilihat
wajah lelaki itu, makin kuat perasaan ingin menumbuk wajah itu. Lebih baik dia
tinggalkan sahaja.
Khusnul
Syakinah sedang menyusun kerusi dan meja di dewan. Tidak lama lagi peperiksaan
SPM akan tiba. Dia perlu membuat persiapan untuk menghadapinya.
“Baguslah
kau datang.”
Iqram
berbisik di telinga Khusnul Syakinah.
Khusnul
Syakinah terperanjat lalu berpaling. Dia berundur sedikit ke belakang. Nafasnya
mula tidak teratur kerana takut sangat.
Iqram
tersenyum lalu terus berlalu. Sofea yang ternampak Iqram terus menghampiri
Khusnul Syakinah.
“Dia
kacau kau ke?”
“Aku
tak tahu Sofea. Dia asyik kacau aku. Semalam dia datang rumah aku. Aku takut
Sofea...” luah Khusnul Syakinah.
“Kau
kena kuat Khusnul. Kalau kau takut, makin dia suka. Kau berani kan? Aku kenal
kau! Kau berani!” Sofea memberi semangat pada Khusnul Syakinah. Pura-pura
menjadi sahabat yang paling baik dalam dunia ini.
“Terima
kasih, Sofea.” Khusnul Syakinah tersenyum. Tanpa mereka berdua sedari, Iqram
memerhati dari jauh.
“Cantiknya
senyuman dia,” puji Iqram.
Waktu
rehat tiba. Apa yang Iqram cari adalah Khusnul Syakinah. Dia tahu di mana
lokasi yang sering menjadi tempat gadis itu berehat. Pusat sumber.
Perlahan
dia memerhati sekeliling. Oh, itu dia kekasih hati! Dia menghampiri Khusnul
Syakinah yang sedang leka membaca sesuatu di satu sudut. Agak tiada orang di
situ kerana mereka berdua tiba awal sangat. Pelajar lain masih rehat di kantin.
“Assalamualaikum,
sayang.” Bisik Iqram di telinga Khusnul Syakinah.
Khusnul
Syakinah terkejut.
“Jangan
berpaling atau bergerak. Kalau tidak, sayang akan tercium abang.” Bahasa yang
digunakan oleh Iqram adalah bahasa yang sering suami dan isteri gunakan. Itu
sebab dia gunakan bahasa begitu. Rasa bahagia sangat.
Khusnul
Syakinah tidak jadi bergerak. Dia kaku. Hatinya berdebar. Jantungnya berdegup
kencang. Peluh mengalir deras. Dia cuba bertenang dengan berzikir di dalam
hati. Moga-moga hatinya tenang.
“Awak
nak apa ni, Iqram?” nada Khusnul Syakinah perlahan. Dia tidak mahu marah-marah.
Bimbang Iqram buat yang bukan-bukan paanya.
“Salam
abang pun tak nak jawab. Macam tak sesuai sayang pakai tudung macam ni.” Tegur
Iqram.
Khusnul
Syakinah mengucap. Dia terlupa mahu menjawab salam Iqram. Berdebar punya fasal.
“Waalaikumusalam
Iqram. Kalau awak datang sini bukan nak baca buku, sila beredar.” Pinta Khusnul
Syakinah dengan lemah lembut.
“Sayang
baca buku apa?” Pantas tangan Iqram merampas buku tersebut. Wajah geram Khusnul
Syakinah di pandang sahaja.
“Buku
‘Misi Cinta Mr Bad Guy’? Buku apa ni? Sayang baca buku-buku macam ni?” soal
Iqram dengan penuh kasih sayang.
“Saya
baca buku macam ni supaya saya tahu nak hadapi lelaki macam awak ni.” Geram
Khusnul Syakinah.
“Maknanya
sayang anggap abang ni Mr.Bad Guy ke?” Iqram tersenyum lebar. Entah mengapa dia
rasa Khusnul Syakinah sangat comel.
“Suka
hati saya la. Bagi balik novel tu…” Khusnul Syakinah sudah berdiri. Dia ingin
mengambil buku tersebut.
“Novel?
Ingatkan orang yang pakai tudung labuh ni tak layan novel.” Kata Iqram lagi.
“Orang
pakai tudung labuh pun manusia biasa juga. Dosa ke baca novel? Asalkan kita tak
lupa agama sendiri. Baca Al-quran.” Khusnul Syakinah menjeling tajam pada
Iqram. Biar dia sentap.
“Tersentap
hati abang mendengar kata-kata sayang.” Memang dia akui yang dia jarang membaca
Al-Quran. Dia bersyukur yang Khusnul Syakinah menegur dan mengingatinya. Ya
Allah, tak salah Kau temukan aku dengan dia, Khusnul Syakinah.
“Bagilah
balik!” Khusnul Syakinah masih berusaha mendapatkan novelnya kembali. Ceritanya
menarik. Nak juga dia tahu penamat ceritanya. Walaupun pelbagai masalah yang
hadir dalam hidupnya, dia kena teruskan hidup ini juga. Untuk melupakan perkara
yang menyakitkan hatinya itu, dia perlu sibukkan diri dengan perkara-perkara
seperti membaca buku.
“Kalau
abang tak nak bagi sayang? Sayang nak buat apa?” duga Iqram.
Khusnul
Syakinah rasa kesabarannya sudah sampai tahapnya. Dia tidak perlu melayan Iqram
lagi. Lantaklah dia pernah rogol aku atau tidak! Aku kena pergi jauh dari mamat
ni.
“Kalau
tak nak bagi… Suka hati awak la!” Khusnul Syakinah sudah berpaling dan mahu
meninggal Iqram yang masih berdiri sambil mengangkat tinggi buku tersebut.
“Hey!
Hey!” Cepat-cepat Iqram memintas Khusnul Syakinah. “Merajuk ke? Comelnya muka
dia. Nah!” Iqram hulurkan buku tersebut pada Khusnul Syakinah.
Khusnul
Syakinah mengambilnya dengan kasar. Geram dan marahnya masih ada untuk lelaki
itu.
“Tak
lama lagi sayang nak periksa, abang doakan sayang berjaya. Jangan terlalu
banyak baca buku macam ni. Tak sesuai.” Nasihat Iqram.
“Suka
hati saya la…” jawab Khusnul Syakinah.
“Lagi
satu…” Iqram tersenyum. “Bila baca buku ni, sila bayangkan Mr.Bad Guy tu ialah
Mr.Iqram Aznan tau. Pasti makin menarik bila sayang baca. Bye…” Dia melambai
tangan pada Khusnul Syakinah.
Khusnul
Syakinah hanya memandang lelaki itu.
Kenapalah
dia jadi begitu gedik sejak peristiwa tempoh hari. Aku ni nak gila memikirkan
betapa hinanya diri aku. Kotornya diri aku. Adakah hanya Iqram yang sudi
menerima aku sebab dia yang menodai aku?
Khusnul
Syakinah terus termenung mengenangkan nasib diri yang malang.
0 kata kau:
Post a Comment
jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi