Followers

Sunday, 23 August 2015

0
Komen

CALON SUAMI KE DUA bab 5

DAH kenapa dengan Iqram ni? kejap benci kejap suka.... apa-apa pun kita baca dulu kisah mereka. jom...


Bab 5
Dalam kereta Iqram, dia dan Khusnul Syakinah hanya diam membisu. Suasana yang sunyi itu membuat Khusnul Syakinah rasa tidak selesa.
“Kita nak pergi mana ni?” soal Khusnul Syakinah dengan cemas. Dia tidak pernah melalui jalan ini.
“Pergi rumah aku!”
Iqram sengaja cakap begitu. Entah mengapa dia suka melihat wajah cemas Khusnul Syakinah. Hatinya bagaikan digeletek.
“Aku tak pergi!”
Khusnul Syakinah membantah. Makin gelisah yang dirasai. Kenapa dia perlu jumpa semula lelaki ini? Menyusahkan hidupnya yang sedia  susah.
“Aku nak kenalkan kau pada mama aku. Lepas ni mama akan tutup mulut tentang calon isteri aku.”
Sebenarnya, Puan Shima tidak pernah bertanyakan mengenai calon isterinya. Baginya, anak lelakinya berada di rumah, sudah cukup.
“Aku tak nak kahwin dengan kau!” Sakit hati Khusnul Syakinah mendengar kata-kata. “Hentikan kereta ni sekarang! Kalau tidak! Aku....” Dia sudah bersedia mahu membuka pintu keretanya.
“Kau dah gila ke?!” marah Iqram.
Dia risau kalau Khusnul Syakinah benar-benar membuka pintu kereta dan terjun. Naya aku. Aku ni memang nak balas dendam, tapi aku nak lukai hatinya bukannya tubuh dia. Anggota badannya.
“Ya! Aku dah gila! Aku rela jadi gila dari mengenali kau!” Khusnul Syakinah mula trauma.
“Baiklah!” Iqram memberhentikan kenderaannya. Dia membiarkan Khusnul Syakinah keluar dari keretanya.
Khusnul Syakinah berlari bersungguh-sungguh. Tanpa dia sedari sepanjang jalan raya itu adalah hutan. Hari siang pula semakin penghujung. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Kereta yang dipandu oleh Iqram pun tidak kelihatan lagi. Dia ketakutan. Tiba-tiba sekumpulan motosikal melalui jalan itu.
Khusnul Syakinah anggap kumpulan motosikal itu hanya melalui jalan tersebut tetapi mereka berpatah balik.
Dia cemas. Peluh sudah memercik keluar.
Makin cemas apabila mereka yang terdiri daripada lima orang lelaki memberhentikan motosikal betul-betul tidak jauh dari Khusnul Syakinah. Mereka berlima menongkat motosikal masing-masing.
“Ada perempuan! Cun! Muslimah lagi tu!” salah seorang dari mereka berkata.
“Kalau buat jadi hadiah untuk pelumbaan kita malam ni, best juga!” cadang kawannya yang lain.
Tubuh Khusnul Syakinah makin menggigil. Jadikan hadiah? Ya Allah, selamatkan hamba-Mu yang dalam kesusahan ini. Dia tidak keruan apabila melihat salah seorang daripada mereka merenung tajam ke arahnya. Lidah lelaki itu menjilat bibir sendiri memandangnya seperti makanan.
Seorang dari mereka berlima menghalang langkahnya.
“Cik adik nak ke mana? Biar abang tolong hantarkan.” Lelaki itu menghampirinya. Dia cuba memegang tangan Khusnul Syakinah.
Pantas Khusnul Syakinah menepisnya.
“Garangnya cik adik ni tapi abang suka je. Meow!” Lelaki itu buat bunyi kucing sudah mampu membuatkan Khusnul Syakinah rasa lebih gerun.
Ya Allah, apa mereka nak buat? Dengan tenaga yang ada, Khusnul Syakinah berlari bersungguh-sungguh. Dia mahu menangis ketika ini.
“Zack, dia nak lari! Kejar dia! Kejar!” jerit mereka lagi.
Mereka berlima mengejar Khusnul Syakinah seorang. Kadang-kadang mereka mengacah-acah seperti harimau mahu menerkam mangsanya. Dia benar-benar takut.
Semasa Khusnul Syakinah melarikan diri. Dia tersilap langkah dan rebah di jalan bertar. Lutunya bergeser. Dia tiada kudrat untuk melarikan diri lagi.
Ya Allah! Selagi aku mampu, aku akan bertahankan diri. Aku tidak akan menyerah kalah. Dia meronta apabila empat lelaki berjaya memegangnya. Dipegangnya tangan kanan dan kiri dan begitu juga kaki kiri dan kanan. Dia tidak mampu bergerak lagi.
Lelaki yang bernama Zack menghampirinya. Dia sudah terkunci.
“Lepaskan aku!” jerit Khusnul Syakinah sekuat hati.
“Kejap lagi, kami semua lepaskan kau ye?” serentak lima lelaki ketawa terbahak-bahak. Zack bertindak menjilat luka di lutut Khusnul Syakinah lalu mengigitnya.
“Argghh!” Khusnul Syakinah menjerit sekuat hati. Pedih dan sakit yang dirasai dengan tindakan lelaki itu.
Belum sempat tudungnya di rentap oleh Zack, satu penumbuk singgah di rahang lelaki durjana itu. Lelaki itu memakai kot di tubuh dan sarung penutup mulut jerebu di muka muncul seperti dalam cerita drama korea ‘City Hunter’.
Khusnul Syakinah pengsan selepas itu.
Apabila dia sedar, dia sudah berada di hospital. Aku terlalu fanatik cerita tu sampai bermimpi ada orang selamatkan aku seperti dalam cerita tu. Ah!
“Khusnul!” Sofea muncul.
“Sofea!”
“Khusnul, kau okey? Maafkan aku! Sepatutnya aku datang ambil kau.”
Sofea rasa bersalah. Dai berpura-pura. Dia sudah jemu mahu mengambil perempuan ini. Sejak di sekolah lagi. Buat apa lagi? Benda dah lepas, tak kan kerana budi tu, aku kena berbakti dengan dia seumur hidup. Aku tak nak!
“Siapa beritahu kau aku kat sini?”
Khusnul Syakinah rasa pelik kerana melihat sahabat yang disangka baik itu berada di sisinya. Dia memang anggap Sofea sahabat baiknya. Sentiasa ada di kala dia susah.
“Iqram!”
Sofea menyebut nama keramat bagi Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah tersentak. Barulah dia tersedar dari mimpinya. Dah macam berlaku dalam realiti. Dia melihat Iqram yang berdiri agak jauh dari katilnya. Hanya mereka berdua sahaja dalam bilik ini. Tak mungkin lelaki ini yang selamatkannya. Mereka berdua saling renung antara satu sama lain. Ada perasaan benci, dendam dan cinta dalam hati mereka. Dia melihat wajah Iqram. Dia juga rasa pelik kerana lelaki ini ada di sini pula. Kenapa ye?
Iqram yang perasan akan pandangan Khusnul Syakinah segera membetulkan pakaiannya. Ehem! Ehem! Dia terbatuk kecil.
“Kau jangan salah faham pula. Aku bukan sengaja patah balik semata-mata kerana kau. Aku patah balik sebab kau tertinggal dompet kau dalam kereta. Lepas tu aku tengok kau pengsan di jalan. Jadi aku bawa kau ke hospital,” jelas Iqram.
“Takkan la aku nak buat tak tahu melihat insan lemah macam kau ni. Aku pun masih ada hati perut tau.” Tambah Iqram lagi apabila jelas sekali Khusnul Syakinah tidak percaya dengan kata-katanya.
Iqram memandang Khusnul Syakinah dengan muka tiada perasaan itu. Dia sendiri tidak pasti apa yang dirasai oleh perempuan di hadapannya.
“Aku tak lemah la!” geram Khusnul Syakinah apabila di katakan lemah. Dia rasa dia kuat untuk dirinya. Kuat ke?
“Kalau tak lemah, kau tak jadi macam ni,” sindir Iqram. Dia makin teruja untuk melihat tindak balas Khusnul Syakinah pada semua kata-katanya. Dia rasa tertarik.
Khusnul Syakinah masih tidak percaya. Ada sesuatu mengganggu fikirannya. Lama dia merenung Iqram.
“Khusnul!”
Sofea tiba juga di hospital apabila mendapat panggilan dari Iqram.
“Kawan kau dah sampai, aku balik dulu!”
Iqram mahu segera meninggalkan bilik ini. Dia tidak mahu ingat pada cinta yang tidak menjadi dengan Sofea dulu tetapi dia berterima kasih juga pada Sofea kerana gadis itu, dia lebih berminat pada Khusnul Syakinah. Perempuan itu ada keistimewaannya sendiri.
“Iqram...”
Panggil Sofea. Dia terkejut juga apabila lelaki ini menghubunginya. Dia juga berfikir apa hubungan Khusnul Syakinah dengan bekas kekasihnya ini.
“Ya...”
Langkah Iqram terhenti.
Sofea merenung Iqram. Kali pertama dia berjumpa dengan Iqram setelah berpisah sejak dia SPM dulu. Hatinya berdebar. Dulu lelaki ini begitu sukakannya tetapi sekarang pandang dirinya pun tidak mahu.
“Ada apa?”
Iqram malas mahu melayan Sofea. Dia masukkan tangannya dalam poket seluar. Dia sudah berada di pintu bilik. Merenung Khusnul Syakinah yang sedang tundukkan wajahnya. Sedikit pun tidak memandang Sofea yang sedang bercakap dengannya.
“Kita bercinta semula........” Sofea berkata begitu dengan tiba-tiba.
Khusnul Syakinah pula tergamam.
Iqram pula terkejut. Tiba-tiba je minah ni. Aku tak suka kau! Aku ada misi yang lagi penting daripada kau. Makin galak dia merenung wajah Khusnul Syakinah.
Ketika itu Khusnul Syakinah juga merenung wajah Iqram .
Setuju aje la! Setuju! Doa Khusnul Syakinah dalam hati. Dia berharap lelaki itu bersetuju kerana lepas ini lelaki itu tidak akan mengganggunya lagi.
“Aku tak nak bercinta tapi aku nak kahwin...”
Sofea gembira mendengar kata-kata Iqram.
“Aku setuju je,” Sofea berkata. Dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri. Jika lelaki ini menjadi milik dia. Dia akan puas hati. Dia akan bahagia.
“Tapi bukan dengan kau...” Serius nada Iqram.
“Kalau bukan aku, siapa lagi?”
Sofea mula rasa berdebar. Dia malu dengan Khusnul Syakinah yang mendengar perbualan ini. Dia sudah ditolak oleh Iqram. Mungkin ini perasaan Iqram ketika dia menolak cinta lelaki itu dulu.
“Dengan Khusnul Syakinah!”
Matanya merenung tepat pada gadis yang berada atas katil itu. Jelas sekali Khusnul Syakinah terkejut. Aku peduli apa. Aku nak dia bersama aku.
“Apa?!”
Sofea terkejut. Tiba-tiba perasaan benci pada Khusnul Syakinah menyelubungi hatinya. Dia dirasuk syaitan. Wajah terkejutnya tidak dapat disembunyikan lagi.
“Khusnul!” Tiba-tiba ada seseorang yang membuka pintu dari luar.
Bukk!
Pintu itu terkena pada kepala Iqram kerana dia berdiri dekat di situ. Dia terundur sedikit ke belakang. Seorang lelaki masuk ke dalam dan menghampiri Khusnul Syakinah. Iqram mula rasa tidak sedap hati. Dia rasa kedudukannya kini tergugat.
“Sayang, okey?” soal lelaki itu lagi.
What? Sayang? Dia panggil buah hati aku sayang? Iqram rasa geram. Kalau ikutkan hatinya, mahu ditumbuk wajah lelaki yang bajet lebih kacak daripadanya.
“Khair...”
Khusnul Syakinah terkejut juga dengan kehadiran lelaki itu.
“Khair, ada orang melamar buah hati kau ni...” Sofea sengaja berkata begitu. Dia mahu Khusnul Syakinah musnah.
Begitu mudah perasaan sayang berubah benci dalam persahabatan. Sofea membenci Khusnul Syakinah dalam sekelip mata. Dia tidak dapat menerima kenyataan lelaki menolak cintanya kerana seorang gadis yang hanya bertudung labuh.
Ah! Aku tak boleh terima ini semua. Perasaan benci pada Khusnul Syakinah makin dalam setiap saat.
“Apa?! Siapa lelaki tu?” Khair bertanya.
Dia ingin menyentuh tangan Khusnul Syakinah tetapi gadis itu lebih pantas mengelak pantas mengetuk kepalanya dengan menggunakan tangan kanan seperti biasa.
“Sakitlah!” Khari mengaduh. Dia menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit itu.
“Siapa suruh gatal?” marah Khusnul Syakinah.
“Memang saya macam ni dari dulu.” Khair berkata dengan senyuman manis. “Siapa lelaki ini?” Dia menjeling tajam pada Iqram. Dia tak kenal pula.
Iqram pun melakukan perkara yang sama. Merenung tajam pada lelaki yang tidak dikenalinya.
“Dialah yang melamar Khusnul.” Sofea mula menjadi batu api.
Khusnul Syakinah merenung tajam pada Sofea. Dia tidak faham mengapa sahabat baiknya berkata begitu seperti mahu membuat mereka bergaduh.
“Sofea...”
Tegas sedikit suara Khusnul Syakinah.
Sofea pura-pura tidak mengerti. Dia sikit pun tidak memandang wajah Khusnul Syakinah. Hatinya sakit.
Khair yang berada di tepi katil mula bergerak menghampiri Iqram. Dia mahu berdepan dengan lelaki yang berani melamar perempuan yang dicintainya itu. Dia sudah melamar perempuan itu. Sudah memberitahu Puan Siti mengenai perkara ini.
“Kau!”
Khair menunjukkan jari telunjuknya pada Iqram. Hatinya panas melihat lelaki di depannya. Berani betul dia mengacau perempuan aku. Memang nak kena ni!
“Apa?!” Iqram juga rasa hatinya panas.
“Kau jangan cuba-cuba rapat dengan Khusnul.”
Khair memberi amaran. Dia pun rasa tergugat. Dia cintakan Khusnul Syakinah sepenuh hatinya. Mana mungkin dia begitu mudah membenarkan lelaki lain hadir dalam hidup Khusnul Syakinah.
“Dia dah setuju dengan lamaran aku!” Sengaja Iqram berkata begitu. Dia mahu Khair rasa sakit hati macam rasa sakit hatinya.
“Kau tak payah nak temberang aku! Aku kenal Khusnul lebih dari kau. Aku tahu lelaki yang dia suka macam mana...” Penuh yakin Khair berkata.
“Lelaki macam kau ke? Aku rasa tak mungkin.” Iqram balas semua kata-kata Khair.
“Kau!” geram Khair.
“Kau orang boleh diam tak!”
Khusnul Syakinah tidak boleh sabar lagi. Susah betul kalau ada lelaki macam ni. Nak tenang pun susah.
“Saya nak tidur ni. Kalau kau orang nak gaduh, sila bergaduh di luar.” Dia menarik selimut dan pura-pura tidur.
Mereka berdua keluar dari bilik itu.
“Sofea!” panggil Khusnul Syakinah apabila melihat sahabatnya ingat keluar sekali.
“Kau nak apa?”
“Sofea, kenapa dengan kau ni?” Khusnul Syakinah sendiri tidak faham mengapa Sofea dinginnya. Semalam baru sahaja mereka ketawa gembira.
“Jangan nak berlagak baik dengan aku. Iqram lamar kau depan aku. Aku benci kau! Hati aku sakit!” luah Sofea. Dia menghampiri Khusnul Syakinah lalu mencengkam lengannya.
“Aku akan pastikan hidup kau musnah!”
“Sebab Iqram awak benci saya? Sofea, kita dah lama kawan. Kenapa kau berubah sekelip mata?” Khusnul Syakinah tidak faham apa yang terjadi. Mengapa Sofea membencinya.
“Kalau kau nak Iqram tu. Ambil la! Aku tak nak. Aku nak kita kawan macam dulu, Sofea,” pujuknya lagi.
“Kau jangan nak hina aku! Kau nak bagi bekas kau pada aku? Aku tak nak!” Sofea tersenyum sinis. Dia melepas kasar lengan Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah menahan sakit di lengannya.
“Depan mereka akulah penyelamat kau tapi belakang mereka, aku lah musuh paling dekat dengan kau.”
Puas hati Sofea berkata begitu.
“Sofea, jangan buat aku macam ni. Aku tak ada sesiapa pun kawan baik selain kau. kau seorang sahaja kawan yang aku ada.” Rayu Khusnul Syakinah.
“Biar aku beritahu kau. Aku tak pernah anggap kau kawan aku. Aku hanya berkawan dengan kau untuk kepentingan diri sendiri. Kau jangan perasan sangat nak jadi kawan aku.” Jujur Sofea.
“Tidak Sofea! Aku tahu kau tak macam ni. Aku yakin.” Khusnul Syakinah yakin dengan apa yang dikatakan.
“Kau jangan terlalu yakin.” Sinis Sofea. Dia berpeluk tubuh.
“Sofea, susah senang kita bersama.”
Khusnul Syakinah berusaha memujuk Sofea. Dia akan terus memujuk Sofea selagi dia mampu.
“Diamlah kau!” jerkah Sofea. Dia rasa dia tidak boleh berada di sini. Jiwanya panas. Hatinya sakit. Dia perlu keluar dari bilik wad ini. Tanpa menunggun masa yang lama, dia terus melangkah keluar tanpa mempedulikan lagi Khusnul Syakinah
Khusnul Syakinah tersentak. Begitu sekali sahabatnya membenci padanya. Hanya kerana lelaki? Lelaki! Khusnul Syakinah tidak berpuas hati. Dia tidak suka dengan apa yang terjadi.
“Sofea...” Dia menyeru nama sahabatnya. Air matanya mengalir.

0 kata kau:

Post a Comment

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi