Followers

Saturday, 22 August 2015

0
Komen

CALON SUAMI KE DUA bab 3

bonus bab tiga...baca...jangan lupa komen...meh baca...jangan malu2....


Bab 3
Sejak peristiwa yang berlaku antara Khusnul Syakinah dan Iqram, mereka berdua tidak lagi bercakap. Iqram pun tidak lagi mengganggu Khusnul Syakinah kerana peperiksaan SPM sudah menjelang.
Baik tak aku? Hihihi…
Iqram mahu Khusnul Syakinah berjaya dalam peperiksaannya dan suatu hari nanti gadis itu akan bekerja di syarikat yang sama dengannya. Dapatlah dia selalu memperhatikan Khusnul Syakinah kerana gadis itu mula menarik perhatiannya. Dari jauh dia memerhati tingkah laku Khusnul Syakinah yang nampak sopan dan menjaga pergaulannya. Dia suka pula melihat gadis itu begitu. Senyuman terukir di bibir.
Sofea? Buang terus nama perempuan itu dalam hidup aku. Dia terus memandang Khusnul Syakinah dari jauh.
Aku nak tengok kau tiap-tiap hari. Aku nak dengar suara kau selalu. Aku mahu kau hidup bersama aku. Nak harap kau datang dan menyerah pada aku, dalam mimpi je kot. Tak payah nak berangan. Itu mustahil akan berlaku memandangkan nama aku dah blacklist dalam carta hati kau. Aduh! Apa nak jadi dengan aku ni? Dah gila bayang ke? Desis hati Iqram. Makin bercelaru pula.
“Siapa lelaki tu? Bersongkok! Berlagak macam ustaz pula,” soal Iqram sendirian.
Senyumannya terhapus sendiri. Lelaki itu kelihatan mesra dengan Khusnul Syakinah. Sakit hatinya melihat adegan depan matanya. Tak kan la cita rasa Khusnul Syakinah macam tu? Lelaki nampak alim di luaran tu?
“Dia ketawa?”
Hati Iqram Aznan menjadi makin sakit melihat Khusnul Syakinah ketawa bersama lelaki lain. Makin membara. Dia ingin meninggalkan tempat yang membuat jiwanya sesak.
“Kelat je muka kau...”
Belum sempat dia berdiri, muncul pula Daniel. Dia adalah sahabat baik Iqram. Selalu mendengar masalah yang dihadapi olehnya tetapi rahsia tentang apa yang sudah dilakukan terhadap Khusnul Syakinah tidak akan sesekali dia beritahu Daniel mahupun pada sesiapa. Dia hanya diam.
“Kau perhatikan Sofea ke? Bukan ke dia dah tolak cinta kau?” soal Daniel.
Dia tahu sedikit mengenai hubungan cinta yang tidak kesampaian itu. Selalunya Iqram akan bercerita mengenai Sofea tetapi sekarang sudah tiada. Itu yang dia rasa pelik dan memang pelik sangat.
“Aku dah tak kisah pada minah tu lagi, tapi yang aku kisah pada perempuan yang bernama Khusnul Syakinah. Aku dah jatuh cinta padanya.” Mata Iqram masih memandang gadis yang tersenyum lebar itu.
“Biar betik ke kau!” Daniel tergamam. Citarasa luar biasa kawan aku ni.
“Ilham, awak jangan lupa, ajar si Sofea ni,” ujar Khusnul Syakinah.
Senyuman yang mekar di bibirnya dipamerkan. Tanpa sesiapa tahu, itu senyuman kaku. Peristiwa dia bersama Iqram masih mengganggu fikirannya. Dia berpura-pura gembira di hadapan semua orang tetapi hatinya masih tidak dapat menerima hakikat yang berlaku ke atas dirinya.
“Khusnul, saya akan ajar si Sofea ni. Jika bersungguh-sungguh, pasti boleh.” Ilham memandang Sofea lalu memandang Khusnul Syakinah pula.
“Aku tahu aku lemah matematik tambahan, tapi tak perlulah cikgu yang tak bertauliah ni,” tolak Sofea.
Peperiksaan SPM semakin hampir. Dia benar-benar lemah dalam mata pelajaran itu. Mata pelajaran Matematik boleh pula dia  belajar. Dia sendiri pelik.
“Khusnul!” panggil seseorang.
“Abang...”
Sofea terkejut melihat Aqiff berada di sini pada waktu begini. Mungkin ada hal penting kot.
“Khusnul kena ikut abang, ayah Khusnul kemalangan jalan raya. Sekarang di hospital,” cemas Aqiff.
Baru sebentar tadi, cikgu memanggilnya untuk memberitahu hal ini kepada Khusnul Syakinah. Puas dia mencari gadis itu. Rupa-rupanya di sini dia berada. Nasib baik jumpa.
Khusnul Syakinah tersentak.
“Abah...”
Fikirannya bercelaru. Air matanya mengalir serentak dengan sebutan istimewa itu. Satu-satu tempat dia bergantung kini dalam keadaan bahaya. Dia bimbangkan keadaan Encik Hafiz.
“Sabar Khusnul. Jom kita ke hospital,” ajak Sofea. “Ilham, awak tolong beritahu cikgu, saya teman Khusnul.”
“Baiklah!”
Ilham juga bimbang dan bersimpati apa yang menimpa Khusnul Syakinah saat ini. Apa yang boleh dia lakukan hanya berdoa
Khusnul Syakinah masih kaku. Sofea dan Aqiff sudah mula melangkah tetapi dia masih tidak bergerak. Dia tidak mampu untuk melangkah. Kakinya tidak kuat apabila mendengar berita tersebut. Akhirnya dia terduduk atas lantai.
Air mata mengalir tanpa di paksa. Air mata tersebut bagaikan mengerti apa yang melanda hatinya. Kesedihan.
“Khusnul...” panggil Sofea.
Kasihan pula melihat keadaan Khusnul Syakinah. Mesti dia terkejut dengan khabar berita ini. Kalau aku tolong dia, pasti ramai ingat aku sahabat yang baik. Okey juga. Sikapnya yang tidak ikhlas itu muncul lagi.
“Aku tak percaya!”
Khusnul Syakinah bangun dan berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu percaya apa yang didengari sebentar tadi. Baru pagi tadi aku berbual dengan abah sebelum abah ke tempat kerja. Wajah abah ceria. Aku tak nak percaya ini semua. Tidak!!!
“Kenapa dengan buah hati aku tu?” Iqram terkejut melihat gadis pujaan hatinya berlari dengan tiba-tiba. Ada apa-apa yang berlaku ke?
“Jom kita pergi tegur,” ajak Daniel. Mereka berdua pun menghampiri Ilham yang kini tinggal bersendirian.
“Hello, bro kecik!” sapa Daniel.
Eh, kenal pula si Daniel ni! bisik hati Iqram. Dia tidak pernah tahu yang Daniel ada kawan junior macam ni.
“Hello, bro besar!” sambut Ilham.
“Kenapa dengan buah hati kau tu? Lari tiba-tiba je? Ada pertandingan marathon ke?” Daniel membuat lawak tetapi lawaknya itu hanya dibalas oleh Iqram dengan menyiku kuat di perutnya. Aduh!
Ilham tersenyum hambar apabila Khusnul Syakinah dikatakan sebagai buah hatinya. Memang dia suka pada Khusnul Syakinah tetapi cinta bukanlah matlamat hidup gadis itu buat masa ini.
“Mana ada. Aku dengan dia kawan je. Oh, ayah Khusnul masuk hospital! Tapi Khusnul tak percaya dan terus berlari tadi. Mungkin dia tak dapat terima kenyataan ni kot,” teka Ilham.
“Macam tu.” Daniel terus memandang temannya itu.
“Bro besar, aku pergi dulu...” Memandangkan Daniel lebih tua darinya, dia akan panggil begitu.
“Tunggu!”
“Ya, bro!” Ilham merenung Daniel.
“Memang perempuan tu buah hati kau ke?”
Perlahan sahaja Daniel bertanya. Kan tak tanya, merana pula kawan aku ni… So, kena tanya dengan nada serius. Barulah benda ini menjadi perkara serius. Tak gitu.
Ilham tidak menjawab. Dia terus pergi meninggalkan mereka.
“Aku nak pergi cari dia...”
Iqram rasa risau. Memang dari tadi dia rasa risau dengan melihat wajah pucat Khusnul Syakinah dan kini dengan berita ayahnya kemalangan. Mesti dia tak kuat saat ini.
“Kau nak ponteng kelas lagi ke?” soal Daniel. Rajin betul tak ada dalam kelas kawan aku seorang ni.
“Bukan selalu pun. Aku risau kat dia.”
“Hati-hati la!”
“Okey!”
Iqram mencari Khusnul Syakinah. Dia ternampak seseorang di belakang bangunan. Dahinya sedikit berkerut. Entah sebab apa dia terus melangkah hampir di belakang bangunan itu.
“Khusnul Syakinah!” Dia agak terkejut. Dia melihat Khusnul Syakinah sedang dipeluk oleh Aqiff.
Wajah gadis itu sedikit pucat.
Tiba-tiba perasaan cinta yang menggunung menjadi perasaan benci yang melampau. Dia tidak dapat melupakan apa yang dilihatnya. Dia benci pada Khusnul Syakinah yang begitu murah dan senang-senang membenarkan lelaki lain memeluknya. Dia meninggalkan tempat yang membuat hatinya panas.
“Khusnul, kau tak apa-apa?!” soal Sofea.
Dia ke tandas untuk membasahkan tuala lalu dilapkan ke wajah sahabatnya itu. Aqiff membantu dengan memegang tubuh Khusnul Syakinah.
“Kita ke hospital je!”
Aqiff berpendapat perkara ini tidak boleh dilambat-lambatkan. Bimbang Khusnul Syakinah akan menyesal seumur hidup jika tidak dapat berjumpa dengan ayahnya untuk kali terakhir.
“Baiklah!” Sofea memimpin Khusnul Syakinah menuju ke kereta milik Aqiff.
Iqram berada di sekolah dengan perasaan marah. Marah pada Khusnul Syakinah. Kau main-main dengan cinta aku, Khusnul Syakinah. Dia benar-benar marah.
Segala yang dilakukan hari ini serba tidak kena. Dia asyik terbayang tubuh Khusnul Syakinah dipeluk oleh Aqiff. Dia pulang ke rumah.
“Eh, mana mama?” soal Iqram. Dia melihat sunyi sepi sahaja rumahnya. Dia terus masuk ke dalam rumah dan masuk ke biliknya. Segera dia mengambil telefon bimbit lalu menghubungi abangnya, Isman.
“Hello along…”
“Angah…” Di hujung talian bukan suara Isman tetapi suara Puan Shima iaitu mama Iqram.
“Mama, kenapa telefon along ada dengan mama?” soal Iqram dengan hati berdebar. Dia harap apa yang berada dalam fikirannya tidak menjadi kenyataan.
“Along kemalangan. Angah datang hospital naik teksi.” Arah Puan Shima.
“Baiklah, mama…”
Ya Allah, adakah begini perasaaan Khusnul Syakinah apabila mendapat berita mengenai orang yang kita sayang terluka, sakit atau kemalangan. Tidak tenang dibuatnya. Hati lemah. Tak berdaya mahu berdiri.
Dia tidak mahu menunggu lama lagi. Dia terus menuju ke hospital Isman di tempatkan dengan teksi. Itulah pengangkutan yang ada ketika ini.
“Mama!” panggil Iqram.
“Angah! Along… Dia…” Puan Shima tidak mampu bertenang. Bagai mana dia mahu bertenang sedangkan anak lelakinya sedang bertarung nyawa di ICU.
“Sabar mama… Along kuat! Kita doakan Along.” Pujuk Iqram. Dia juga tidak kuat untuk menerima segala kemungkinan yang mungkin akan terjadi. Itulah satu-satunya abang yang dia miliki. Abang yang baik. Abang yang matang dan tidak pernah berkira pun dengannya.
Ya Allah, kau selamatkanlah abang aku. Permudahkan segala-galanya. Amin….
Usai solat, Iqram keluar dari surau. Semasa dia berjalan ke arah tempat ICU, dia ternampak seseorang yang sedang duduk di luar wad. Dia kenal gadis itu.
Khusnul? Kenapa wajah dia sedih. Dia masih pakai baju sekolah? Oh, ayah dia kemalangan? Aku nak pergi tegur dia ke? Tidak! Dia dah menduakan cinta aku tetapi aku… Aku tidak tergamak mahu marah padanya. Muka dia sedih sangat. Tak sanggup nak marah Khusnul.
Dia mahu menghampiri Khusnul Syakinah tetapi seorang lelaki keluar dari wad tersebut. Hati kemarahan Iqram membara semula. Dia tidak jadi mahu bercakap dengan Khusnul Syakinah lagi. Segera dia meninggalkan gadis itu yang sedang bersedih.
“Khusnul, sabarlah. Allah lebih sayangkan ayah awak…” Aqiff nasihat Khusnul Syakinah. Gadis itu nampak lemah sangat.
“Abang Aqiff, saya menyesal! Menyesal lambat tiba di sini.” Air mata Khusnul Syakinah mengalir. Dia memang rasa menyesal. Sepatutnya dia segera ke hospital apabila dia mengetahui berita kemalangan Encik Hafiz tetapi dia layan sangat perasaan sedih. Dia menyesal.
“Sudahlah. Banyakan bersabar.


TAHUN berlalu tahun. Semakin lama, makin meningkat umur seseorang. Begitu juga dengan kehidupan Khusnul Syakinah. Dia hidup bersendirian lagi. Itulah takdir untuk dirinya. Encik Hafiz meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.
Tiap kali teringat akan Encik Hafiz, dia rasa terkilan. Terkilan kerana terlambat untuk berjumpa dengan arwah untuk kali terakhir. Sedangkan semua ahli keluarganya sudah tiba lama di situ. Dia tersedar dari dunia kesedihan.
Orang lain selalu nampak dirinya kuat dan tenang tetapi tiada siapa yang tahu dia sebenarnya insan yang paling rapuh hatinya. Dia sering menyembunyikan tangis dan kesakitannya demi melihat ahli keluarganya yang lain kuat. Di saat dia bersendirian, air matalah menjadi teman yang paling setia. Dia perlu kuat. Puan Siti memerlukan sokongannya.
Dipejamkan mata seketika. Khusnul Syakinah mengumpul sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup di atas dunia sementara ini. Dia yakin dengan setiap ujian yang ALLAH S.W.T. berikan padanya akan di balas dengan kebahagiaan. Jika tidak di dunia, dia mengharap di akhirat nanti.
Khusnul Syakinah meneruskan pekerjaannya. Inilah cara dia mencari rezeki setelah gagal dalam peperiksaan SPM. Dia tidak dapat memberi fokus pada peperiksaan ditambah dengan berita kematian ayahnya dan lelaki yang bernama Iqram Aznan.
Lelaki itu... Ah! Khusnul Syakinah dapat rasakan kebencian terhadap lelaki itu adalah setinggi Gunung Kinabalu, seluas lautan Hindi dan setinggi suhu matahari. Betapa dia benci pada lelaki itu.
“Puan, tumpang tanya.”
Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya. Dia benar-benar tidak perasan dengan kehadiran lelaki itu. Ini mesti kes kuat sangat fikirkan sesuatu sehingga hilang fokus pada sekeliling sendiri. Ketika itu, dia sedang mengelap cermin pejabat. Dia amati lelaki yang berdiri di hadapannya ini. Tinggi macam Lee Min Ho tapi rambut dia tak macam jejaka pujaan hatiku itu. Rambut lelaki ini nampak lebih kemas.
“Puan!” panggil lelaki itu lagi apabila dia tidak memberi tindak balas bagi pertanyaan tersebut.
Khusnul Syakinah tersentak. Dia beristighfar dalam hati kerana merenung lelaki seperti itu. Apa yang dah aku buat ni? Tenang wahai hati.
“Ya, boleh saya bantu?” ramah Khusnul Syakinah.
“Amar Qalish bekerja di sini ke?” soal lelaki yang memakai cermin mata gelap itu. Pandangan mata itu tersembunyi.
“Ya... Itu biliknya.”
Khusnul Syakinah menunjuk ke satu arah pintu yang tertutup rapat itu. Pejabat ini memang tidak sibuk pada belah petang seperti ini. Jadi tidak ramai orang.
“Terima kasih mak cik...”
Khusnul Syakinah hampir tergelak. Muka aku sikit punya muda ni digelar mak cik. Buta agaknya mamat ni. Sabarlah. Dia terus berpaling dan menyambung semula mengelap cermin lut sinar yang ada dalam pejabat itu.
Lelaki itu menuju ke arah yang di katakan olehnya. Belum sempat lelaki itu menghampiri pintu tersebut, ia sudah di buka dari dalam. Dua lelaki terkejut.
“Oi, Iqram Aznan!” Amar terkejut melihat lelaki berjaya ini datang ke pejabatnya. “Kau buat apa datang pejabat aku ni?”
Khusnul Syakinah yang masih berada di situ, tergamam seketika mendengar nama itu di sebut. Perbuatannya yang sedang mengelap itu terhenti. Nama keramat yang ingin dilupai itu menerjah gegendang telinganya. Dia terkaku mendengar nama itu. Nama yang bisa menggetarkan hatinya. Getaran ini bukan kerana perasaan cinta tetapi kebencian yang menggunung.
“Khusnul, awak buatkan air untuk kami,” arah Amar apabila dia ternampak kelibat pekerjanya itu.
Kini, giliran Iqram pula terkejut. Dia yakin wanita yang sedang membelakanginya itu yang dicari selama ini. Dia mencari wanita ini untuk membalas dendam kesumat yang sudah lama berada dalam hatinya.
Sejak peristiwa di belakang bangunan itu, Iqram tidak lagi berjumpa dengan Khusnul Syakinah. Apabila ditanya pada Daniel iaitu pemberi maklumat setia padanya memberitahu bahawa wanita itu sudah berpindah ke tempat lain. Mungkin kerana ayahnya sudah meninggal dunia atau sebab lain. Dia sendiri tidak pasti.
Dia merenung belakang Khusnul Syakinah. Wanita itu masih mengekal peribadi yang sama. Memakai tudung labuh dan berjubah. Padanlah dengan syarikat Amar Qalish yang menyediakan perkhidmatan atau pakej barang-barang perkahwinan yang bertemakan Islamik.  Apabila di soal sebab Amar memilih bidang ini kerana tuntutan Agama.
“Zaman sekarang, nak kahwin pun susah. Jadi aku tak nak membebani pasangan yang baru berkahwin dengan hutang yang banyak. Jadi aku akan bagi pakej yang murah dan berpatutan agar aku dapat membantu mereka yang ingin mendirikan masjid. Lagi pun isteri aku menyokong aku sepenuhnya.”
Untunglah orang ada isteri... Bisik hati Iqram ketika berbual dengan sahabatnya itu.
“Baiklah encik.”
Khusnul Syakinah berkata perlahan tetapi mampu sedarkan Iqram untuk kembali ke dunia nyata. Dia tidak berpaling menghadap mereka berdua. Masih kaku menghadap cermin tingkap.
Iqram memandang lagi belakang Khusnul Syakinah. Membuak-buak dendam cinta untuk wanita itu.
Dengan kekuatan yang masih ada, dia berpaling menghadap majikannya dengan wajah yang ditundukkan.
“Jom Iqram, kita berbual di dalam bilik aku.”
Amar mengajak Iqram apabila melihat sahabatnya itu tiada tanda-tanda mahu bergerak. Malah sedang merenung pekerjanya. Nanti Khusnul ingat ini gangguan seksual. Baik aku cegah cepat-cepat.
“Iqram..” panggil Amar lagi sekali.
“Jom!” Iqram tersedar. Dia sempat menjeling tajam pada Khusnul Syakinah. Jelas sekali wanita itu terkejut dengan jelingannya.
Selepas mereka berdua hilang dalam pandangan Khusnul Syakinah, barulah dia mampu bergerak. Dia menelan liur berkali-kali. Fikirannya kusut. Akhirnya, dia gagahi juga menuju ke pantry untuk membuat air yang dipesan oleh majikannya itu. Tanpa dia sedari, dia termenung sambil mengacau air nescafe.

“Ehem!” 

0 kata kau:

Post a Comment

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi