Followers

Tuesday, 28 June 2011

8
Komen

Kepada peminat-peminat SUAMIKU VAMPIRE

aSsalamualaikum dan salam sejahtera...
ria minta maaf sangat kepada semuanya sebab buat masa ini 
suamiku vampire akan terhenti seketika
disebabkan hal-hal yang tak dapat
dielakkan.....
maaf sangat-sangat.....
ria akan buat terbaik...

Monday, 27 June 2011

5
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 8 siri 3

“Alya nak ais krim yang selalu Alya order tapi hari ini nak dua,” kata Lidya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Zafri hanya memerhati gelagat Lidya. Perasaan Zafri terbuai melihatnya. Seperti ada irama lagu ‘Nur Kasih’. Baru-baru ini dia pergi lihat Nur kasih di pawagam. Cerita itu memang menarik.

            “Nampaknya encik  Zafri termenung panjang,” tegur Lidya. Ditangannya sudah ada dua ais krim berkon. Lidya menghulurkan pada Zafri. Zafri mengambilnya dengan senyuman.

            “Terima kasih,” ucap Zafri. Mereka berbual seketika dan Lidya minta diri kerana hari sudah lewat petang. Tidak baik berapa di luar rumah. Zafri hanya angguk kepala dan melihat kepergiaan Lidya. Dia tersenyum. Lidya pulang ke rumahnya.

Sementara itu, Umi Kalsom sibuk menyiram pokok-pokoknya di petang sabtu itu. Lidya pula belum pulang lagi. Mungkin sekejap lagi.

            “Pokok, semoga korang cepat membesar yer dan hidup sihat macam aku,” kata umi Kalsom. Dia memang suka akan bunga-bunga tetapi Lidya tidak menyukainya. Dia alah dengan bunga. Nasib baik bunga ini tidak dipersalahkan.

            “Kesian korang, anak aku tak suka korang,” katanya dan menyiram pokok-pokok itu dengan rasa senang hati.

            Tiba-tiba, satu rombongan datang di depan rumahnya. Memang terkejut Umi Kalsom melihat rombongan itu. ‘Rombongan apa ni? Meminang ke? Dioarang ni nak meminang aku ke? Ish mengarut aje kau ni Kalsom,’ bisik hatinya.

            “Assalamualaikum,” salah seorang rombongan tersebut memberi salam.

            “Walaikumusalam. Ada apa-apa yang boleh saya bantu,” kata umi Kalsom dengan ramahnya.

            “Kami datang mahu merisik anak puan. Boleh kita berbincang di dalam?” kata salah seorang lelaki dalam rombongan itu. Terkejut Umi Kalsom mendengarnya tetapi dia menjemput juga tetamu yang datang. Hampir penuh ruang rumahnya.


            “Kedatangan kami sebenarnya ingin merisik dan meminang anak puan…..?” katanya panjang. Cepat sahaja Umi Kalsom menyebut namanya.

            “Umi Kalsom,”

            “Puan Kalsom, saya Salleh, ayah kepada anak saya ini, Lukman,” jelasnya. Dia menunjuk ke arah seorang pemuda yang agak kurus. Pemuda itu lengkap berpakaian baju melayu. Umi Kalsom hanya memerhati sahaja.

            “Anak saya baru sahaja pulang daripada belajar di Mesir. Sekarang dia seorang ustaz,” jelasnya lagi. Entah kenapa hati Umi Kalsom tidak senang dengan kehadiran pemuda itu. Dia tidak sesuai dengan Lidya, anaknya.

            “Puan setuju ke?” soal Salleh apabila Umi Kalsom mendiamkan diri.

            “Saya tidak kenal keluarga encik. Asal usul encik. Seeloknya encik pulang. Saya tolak pinangan ini,” kata tegas Umi Kalsom.

            Kebetulan ketika Lidya baru sahaja pulang dari bertemu dengan Zafri. Dia juga terkejut melihat ramai orang dirumahnya.

            Lukman yang ternampak kelibat Lidya terus jatuh hati dengan kecantikkannya. Perasaan ingin memiliki Lidya begitu kuat.

            “Mak cik, saya sudah jatuh cinta dengan anak mak cik!” kata Lukman dengan tiba-tiba. Hati Umi Kalsom tidak suka dengan tindakan berani anak muda itu. Dia tidak tahu malu.

            ‘Tak tahu malu punya budak. Macani ke nak jadi menantu aku. Awal-awal lagi aku reject!’ kata hatinya. Dia cuba bersabar.

            Lidya masih terkaku dengan apa yang dikatakan oleh pemuda itu.

            “Saya tidak terima pinangan ini. Boleh anda semua segera pulang,” kata tegas Umi Kalsom.

            “Pelik!” Lidya berasa hairan dengan sikap lelaki itu yang merayu bersungguh-sungguh kepada uminya. ‘Kasihan dia,’ bisik hatinya apabila melihat rombongan tersebut berlalu dengan muka yang kecewa dan malu.

            “Umi, kenapa ni?” Lidya bertanya.

            “Tiada apa-apa.. Lidya pergi mandi. Sudah mahu masuk maghrib ni,” arah uminya. Dia tidak pernah melihat wajah uminya seperti itu. Tegang sahaja.

Lidya terdiam dengan kata-kata Umi Kalsom. Uminya telah membuat kepurusan. Dia tidak boleh melawan. Lidya segera ke bilik air. 

Selesai solat, telefon bimbitnya berbunyi.

Friday, 24 June 2011

10
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 8 siri 2

       “Oi, Lidya! Aku tak habis lagi dengan kau. Kau nak ke mana?!” kasar Julia. Lidya hanya gelengkan kepala. ‘Asyik nak kacau hidup aku aje. Tak bosan ke?’ Lidya mengeluh.
            “Oi, Julia!” panggil Lidya seperti memerli Julia. Dia menggunakan gaya memanggil yang sama macam Julia. Julia buat muka geram. ‘Minah ni memang tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Tak serik kot makan penampar aku hari tu? Sudahlah aku baru sahaja habis stress siapkan kerja. Datang pula minah ni,’ Lidya meneka. Sikap dia memang tidak suka gaduh tapi kalau di ajak, memang dia tidak kisah.
            “Apa?!” marah Julia.
            “Aku paling benci orang yang bergaduh pasal seorang lelaki. Tambah-tambah kalau lelaki itu tak suka perempuan itu. Kesian pula pada perempuan tu. Perasan aje lebih,” kata Lidya dengan selamba sahaja. ‘ Berapa banyak perkata ‘tu’ la?’ hatinya berbisik.
“Carilah lelaki yang lebih sukakan kau. Lagi bagus!” tambah Lidya dengan cadangan sekali. Julia menjeling maut. ‘Ingat aku takut dengan jelingan kau?’ kata hati lagi.
            “Tapi aku nak Danish juga. Dia kacak, kaya, romantik dan baik. Dia bukan lelaki suka berpura-pura. Dia lelaki idaman setiap perempuan. Tapi kau! Ada apa dengan kau? Imej tudung labuh kau tu tak kan ke mana tau. Tak kan Danish pandang,” megah sekali Julia berkata.
            “Dia pandang aku la. Kalau tak, tak ada la dia ambil aku jadi setiausahanya,” sengaja Lidya berkata begitu. Untuk panaskan hati Julia yang sedia panas. “Tapi nak buat macam mana kan? Aku ni lagu cute-miut dari kau. Sah-sah la Danish tu suka aku,” tambah Lidya lagi
            “Hey, aku lagi cantik dan seksi daripada kau!” Julia tetap tidak mahu mengalah.
            “Ini yang kau cakap seksi?” kata Lidya sambil mengerakkan tangan kanannya atas bawah. Membulatkan mata menunjukkan pakaian Julia yang memakai baju dan skirt pendek yang ketat lagi pendek. “Aku tengok kain pun macam tak cukup ni kau cakap seksi? Aku rasa nenek jiran sebelah dekat kampung kawan aku lagi seksi dan seksa dari kau,” tambah Lidya lagi sambil ketawa. ‘Aku mana ada nenek, so pinjam nenek kawan la,’ Lidya tersenyum.
Dia puas. Julia ketawa juga. Julia tolak-tolak tubuh Lidya dengan hujung jarinya. “Kau! Kau, tak layak untuk menilai aku. Suka hati aku nak pakai apa pun,” Julia tersenyum.
‘Amboi-amboi minah ni, suka hati kau aje nak tolak-tolak aku. Kau ingat aku tak boleh nak tolak kau?’ bengkak hatinya. “Aku bukan apa, bila aku tengok kau pakai macam ni buat mata aku yang sihat ni automatik sakit. Sakit mata tau! Sebab! Sebab pakaian kau ni menjolok-jolok mata aku ni. Macam ada batang galah pula,” begitu ganas Lidya berkata.
“Kau!! Arghhhh!” Julia menjerit kegeraman. Dia geram dengan kata-kata Lidya yang lancar.http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/203282_100000272848924_856967_q.jpg
“Kau ini kenapa? Tak sihat yer? Asyik menjerit sahaja. Kau sepupu langsuir ke atau pontianak?” Lidya memang tidak boleh tahan. Dia ingin ketawa dengan apa yang dia kata. Julia tidak boleh sabar juga. Dia menarik tudung Lidya. Lidya cuba mengelak sambil menarik semula tudungnya. Teruk juga tudungnya dikerjakan oleh  si Julia ini. Sampai sengget tudungnya.
Mereka berdua bergaduh mulut dan tolak-menolak dekat lima belas minit. “Cukuplah, kita berehat sekejap,” kata Lidya sambil mengeluarkan KITKAT. “Berehat seketika bersama kitkat,” Lidya membuat iklan.  Julia tengok sambil menelan air liurnya. ‘Macam kebulur aje Julia ni?’ kata hatinya tetapi Lidya tetap buat macam biasa sahaja.
“Kau nak?? Beli sendiri okay?” kata Lidya dengan selambanya. Julia betul-betul marah. Dia sudah buat muka ganas.
Lidya menjarakkan badannya dari berada dekat dengan Julia yang semakin menggila. Julia ingin menampar pipi Lidya tetapi dihalang oleh seseorang. ‘Syukur! Selamat pipi aku kali ini. Siapa yang selamatkan aku?’ hatinya bertanya.
“Carl Zafri,” nama itu hadir di mulutnya. Tangan Julia di cengkam kuat dan dicampak kasar oleh Zafri. Julia memegang tangannya yang sakit. Dia tidak mahu mencari masalah. Dia segera meninggalkan mereka berdua.
“You okay, Lidya?” soal Zafri apabila melihat Lidya yang tidak berkelip matanya tengok zafri. ”Lidya oh Lidya!” kata Zafri dengan agak kuat sedikit. Lidya tersedar.
“I tahu la yang I ni kacak dan macho sekali tapi janganlah tengok I macam tu sekali. Malu I,” Zafri mula perasan. ‘Peragai tak berubah langsung. Suka perasan,’ bisik hatinya.
“Terima kasih tolong I tadi,” kata Lidya sambil membetulkan tudungnya yang sengget ini.
“Sama-sama. Kebetulan I lalu di sini. Nampak macam you. Yelah. Imej you berbeza sangat hari ini. I hampir tidak percaya ini you,” katanya lagi.
“Tak percaya? Kenapa?” Lidya bertanya.
“Sebab you nampak cantik sangat bila pakai biasa-biasa macam ini. Still tutup aurat you,” jelas Zafri.
“Kalau tudung labuh?” Lidya mula mempersoalkan.
“Cantik gak cuma macam ini lagi cantik dan menarik. Itu pendapat I sahaja,” katanya.
“Kalau macam itu, I nak pakai tudung labuh sahaja. I rela tak cantik daripada menarik perhatian lelaki,” jelas Lidya.
“Lidya,” sepatah nama di sebut oleh Zafri.
“I tahu tu pendapat you. Lagi pun I terpaksa pakai tudung ni hari ni. Tak kisahlah,” katanya.
“Jom I belanja you makan,” ajak Zafri.
“I tak biasa makan berdua dengan orang. Apa kata I belanja you makan sebab you dah selamatkan I daripada minah tidak sihat mental tu. Opss! Tergumpat pula. Maaf!” kata Lidya. Dia terlebih cakap pula. Sejahat mana orang itu, tidak baik kita bercerita kepada orang lain. Itu pendapat Lidya.
“Okay. You nak belanja I makan apa?” Soal Zafri.
“Ais krim!” ajak Lidya. Dia sudah lama tidak makan Ais krim. Zafri angguk kepala sahaja. Dia tidak kisah.
Mereka menaiki kereta masing-masing dan menuju ke tempat yang ada menjual Ais krim. Zafri mengekori kereta milik Lidya. Mereka tiba di sebuah tempat.
“Masjid?” kata Zafri.
“I belum solat Asar lagi,” kata Lidya.
“Asar?”
“You sudah solat ke?” tanya Lidya. Jam sudah menunjuk pukul 5 petang. Zafri menggelengkan kepalanya.
Zafri memandang Lidya hilang dipandangan matanya. Dia sudah lama tidak solat sejak berada diluar negara. Air matanya mengalir. Insaf. Tidak pernah orang mengajak dia bersolat. Tiada siapa pernah menegurnya bersolat walhal keluarganya sendiri. Dia teringat akan sepupunya. Dia cukup cemburu dengan sepupunya kerana mempunyai keluarga yang baik. Sejak itu dia mendendami sepupu lelakinya itu.
Dia cemburu lelaki itu mempunyai keluarga yang bahagia. Berbeza sungguh dengannya. Ibu bapanya bercerai dan dia hidup bersama ayahnya. Ayah leka dengan duniawi sehingga lupa untuk mendidik anaknya. Kini dia syukur dan sedar. Belum terlambat untuk dia bertaubat. Dia menuju ke tempat mengambil wuduk. Sungguh hatinya tenang melakukannya.
Lama Lidya menunggu Zafri. Zafri berlari ke arah Lidya. Entah kenapa dalam pandangan Lidya, muka Zafri lebih berseri-seri berbanding tadi. Lidya malas mahu mengambil tahu.
“Jom makan Ais krim!” ajak Lidya.
“Kat sini ke?” soal Zafri. Hairan sebab Lidya ajak dia berjalan.
“Yup! Di sini. Ada sorang pak cik selalu jual Ais krim di sini. Hah, itu dia!” Kata Lidya. Dia menunjuk ke arah sebuah lori kecil yang berwarna putih. Di situ memang khas menjual ais krim, air minuman dan wafer. Memang dia suka makan di situ. Tepi masjid ini ada taman permainan pula. Memang ramai yang datang ke situ pada waktu petang-petang seperti ini.
“Pak Mail!” tegur Lidya.
“Assalamualaikum Alya,” teguran Pak Mail mampu membuat wajah Lidya merah. ‘Macam mana dia boleh lupa mahu memberi salam terlebih dahulu? Semangat kot hari ni,’ Lidya meneka sendiri.
“Waalaikumusalam,” jawab Lidya.
“Nak makan apa hari ini?” Pak Mail meminta pesanan.
“Alya nak ais krim yang selalu Alya order tapi hari ini nak dua,” kata Lidya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Zafri hanya memerhati kelagat Lidya. Perasaan Zafri terbuai melihatnya. Seperti ada irama lagu ‘Nur Kasih’. Baru-baru ini dia pergi lihat Nur kasih di pawagam. Cerita itu memang menarik.

Thursday, 23 June 2011

2
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 8 siri 1

Danish melangkah keluar dan berlalu ke meja Lidya. Asyik sungguh Lidya melakukan kerjanya sehingga tidak perasan dengan kehadiran Danish yang memerhatikannya.

Lidya terkejut melihat Danish berdiri di depan biliknya sambil merenung tajam ke arahnya. Lidya terkaku.

“Bos!” tegas suara Lidya. Danish seperti terkejut dengan panggilan itu. Dia bagai di dunianya.

“Bos ada apa-apa yang boleh saya tolong?”

“Tidak ada apa-apa, cuma saya nak ingatkan awak tentang meeting kita di Genting. Awak jangan lupa bagitau umi awak. Isnin dan selasa,” kata Danish. Sebenarnya dia malu ditegur  begitu oleh Lidya.

“Baiklah bos!” kata Lidya dengan semangatnya.

“Oh, sebelum saya lupa. Awak sudah siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam meeting tu nanti?” Danish bertanya. Dia juga bimbang jikalau Lidya tidak dapat melakukannya. Selalunya Vela yang melakukannya dengan baik.

“Dalam proses bos,” ringkas sahaja Lidya menjawabnya.

“Kalau boleh, awak siapkan hari ini juga sebab hari ini sudah hari jumaat. Bimbang awak tidak sempat siapkannya,” Danish melahirkan rasa bimbangnya kepada Lidya.

“Jangan risau bos. Saya akan siapkan sebelum pulang hari ini,” kata Lidya dengan penuh keyakinan. ‘Kalau aku tak dapat siapkan hari ini, terpaksalah datang pejabat hari sabtu. Esok.,’ Lidya tidak pasti. Dia mampu melakukannya. Dia mahu bertanya kepada Vela tetapi dia akan berkahwin hari sabtu iaitu esok. Terpaksa tanya Danish juga. Sebab dia lebih tahu.

Danish meninggalkan Lidya. Susah payah Lidya menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan hari isnin ini tetapi dia tidak dapat siap juga. Terpaksa Lidya datang ke pejabat.

Keesokkan harinya Lidya bangun awal. Dia terbongkok-bongkok mencari sesuatu dalam almarinya. ‘Ke mana pula hilangnya?’ agak pening kepalanya mencari.

“Pelik bin ajaib,” kata Lidya yang agak kuat sehingga Umi Kalsom mendengarnya.

“Apa yang pelik? Apa yang ajaibnya Alya? Pagi-pagi dah mengarut anak umi ni,” tegur uminya.

“Alya cari tudung-tudung labuh, umi. Alya peliklah ke mana hilangnya. Yang ajaibnya, semua tak ada. Hilang!” jelasnya. Kepalanya di garu-garu.

“Umi sudah basah semuanya,” kata uminya dengan selamba sahaja.

“Umi ni, rajin sangatlah basuh Alya punya sekali,” Lidya merenung umi Kalsom.

“Sudah anak umi ni malas sangat, umi basuhlah,” kata umi sambil menjeling anaknya. Lidya membuat muncungnya.

“Bukan malas umi tetapi tidak sempat,” Lidya membela dirinya sambil tersenyum.

“Oh, menjawab cakap umi ye?” Umi Kalsom mencubit lembut pipi anaknya.

“Tidaklah umi. Mana ada menjawab tapi membela diri,” kata Lidya sambil tersenggih. “Tak apa la umi. Alya pakai tudung biasa-biasa sahaja,” kata Lidya. Dia bersiap-siap.

Lidya mengenakan sepasang baju kurung biasa dan tudung hitam biasa. Tidak agak besar. Dia seperti gadis-gadis biasa apabila memakainya.

“Dulu masa Lidya form three, Lidya pakai tudung macam ini la. Rindu umi nak tengok,” luahan hati uminya.

“Betul ke umi? Umi kata, Alya tidak pakai tudung masa zaman sekolah?” cuba bertanya.

“Itu selepas ayah Alya meninggal dunia,” jelas umi Kalsom.

“Yeke?” Lidya tersenyum. Tidak sangka dia tidak memakai tudung masa rejamanya. Selepas salam tangan umi, Lidya segera bergerak ke arah ‘Boboy’ kesayangannya dan menuju ke destinasi hari ini iaitu ke pejabat.

“Akhirnya siap!” Lidya menjerit agak kuat. Gembiranya dia. Nasib baik tak sampai petang sangat. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Sekejap lagi nak masuk asar. Cepat-cepat Lidya mengemas meja kerjanya. Dia menuju ke pintu lif.

‘Penatnya bekerja hari ini. Tak sangka hari sabtu aku terpaksa datang pejabat kerana ada kerja yang tertangguh sikit. Nasib baik pengawal keselamatan tu kenal aku,’ Lidya  mengurut bahunya yang terasa lengguh.

“Ting!” bunyi pintu lif terbuka. Bergegas  Alya keluar dari lif tersebut dan bergerak ke tempat letak keretanya, Boboy.

            Tiba-tiba Julia menegurnya dengan kasar. ‘Eh, hari sabtu pun minah ni datang kerja? Rajinnya ataupun dia sesat?’ puji Lidya ada makna tapi hakikatnya mengutuk. Beristihgfar Lidya dalam hatinya.

            “Oi, Lidya! Aku tak habis lagi dengan kau. Kau nak ke mana?!” kasar Julia. Lidya hanya gelengkan kepala. ‘Asyik nak kacau hidup aku aje. Tak bosan ke?’ Lidya mengeluh.

Wednesday, 22 June 2011

4
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 7 siri 5

“Kau yang kata aku, kingkong!” Haris mula geram. Dia kenal perempuan ini. ‘Alamak, kecil rupanya dunia ini. Oh, dunia!’ Damia sempat bermadah didalam hatinya.
            “Suka hati aku la,” jawapan selamba lagi si Damia. Kepalanya disekeh oleh tangan ‘king kong’ itu.
            “Wei! Sakit la!” Damia menjerit.
            “Padam muka kau,” Haris amat berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Lif sudah bergerak ke tingkat 8. ‘Siap kau kingkong!’ hatinya meronta. Dia merancang sesuatu yang baik punya.
            Apabila sampai tingkat 9, Haris melangkah keluar dari Lif. Dia meluru melintasi Damia. Saat itulah Damia memulakan rancangan nakalnya itu. ‘Nakal aje, tak jahat,’ hatinya berkata lagi.
            Dia sengaja menyelit kaki Haris. Akibat daripada perbuatan itu, Haris jatuh tersadung dan dia tersungkur mencium pintu lif yang sudah pun tertutup.
            “Padam muka! Ciumlah pintu lif tu!” Damia ketawa kuat. Suka benar hati dia. Sampai sahaja di tingkat 11, Damia ingin melangkah keluar tapi di halang oleh Haris. Dia menarik lengan Damia masuk semula dalam lif dan naik ke tingkat atas sekali iaitu tingkat 15. Tingkat tersebut masih belum digunakan. Maksudnya tiada orang di sana.
            Dia menarik lengan Damia keluar dari lif dan menyandarkan dia di dinding. Damia sudah mula mengelabah. ‘Apa yang mamat ni nak buat kat sini? Siap ajak aku sekali,’ Damia sudah seram sejuk sahaja.
            Haris ingin ketawa melihat wajah gelabah gadis itu tetapi dia tahan sahaja. Buat muka serius. ‘Berani kau cari pasal dengan aku!’ gertak hatinya.
            Haris mendepakan tangannya melintasi muka Damia dan melabuhkan tapaknya di dinding tersebut lalu dia menatap wajah Damia. Damia kaget. Dia terkejut.
            Bibirnya dikucup lembut oleh Haris. Dalam kepalanya sudah fikir lelaki ini gila!
            “Ini akibat kau kenakan aku. Daripada aku cium pintu lift tu, baik aku cium kau. Sedap juga!” kata Haris geram. Damia betul-betul nak amuk tapi semua ilmu pertahanan diri yang dia belajar dari buku terus hilang entah ke mana. Dia kaku.
Namun demi keselamatannya, dia gagahkan juga memandang Haris yang masih asyik menatap wajahnya. ‘Muka aku cantik sangat ke? Muka aku memang cantik tapi kau? Kau macam kingkong!’ bisik hatinya.
Tetapi di saat mata mereka saling bertatapan. Tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Sesuatu telah berlaku. Bukan sahaja Damia yang merasakannya malah Haris turut merasakan perkara yang sama. Bulu roma mereka berdua meremang!
“Aku dengar tempat ni keras,”  kata Damia. Haris angguk kepala. Akhirnya, mereka cepat-cepat meninggalkan tingkat 15 itu.
            “Oi!” panggil Damia. Haris berpaling. Apabila tingkat 11 terbuka, dia memanggil Haris. Haris berpaling. “Pang!” Damia menampar pipi milik Haris. “Ini untuk kiss maut kau yang kurang ajar tu!” kata Damia sambil lari keluar daripada lif itu. Haris terpaku melihat gadis itu sehingga hilang di pandangan matanya.
*****
Danish tidak tenang di pembaringannya. Dia terkenangkan Lidya. Bagaimana keadaannya? Pelbagai persoalan yang timbul mengenai Lidya yang dia sendiri tiada jawapan. Dia cuba memejamkan mata.
            Hampir sahaja dia melupakan tarikh perkahwinan sahabatnya, Vela pada hari ahad ini. Mereka buat di dewan khas untuk kawan-kawan bangsa melayu. Semua dijemput.
            Hari ini Danish membawa baju melayu lengkap kerana hari jumaat. Pergi solat jumaat sekali. Yang penting dia sukakan warna merah. Merah darah. Baju melayu merah dipadankan dengan sampin hitam. Memang kacak. Disangkutnya di tempat menyangkut dalam biliknya.
            Pagi tadi dia berjumpa dengan Lidya. Wajah itu sudah ceria semula. Lega hatinya. Bimbang betul dia dengan keadaan Lidya. Dia terus melakukan kerja-kerjanya.
*****
‘Kenapa si Danish ni lama menyepi. Rindu pula. Rindu? Hish apasal rindu pada lelaki? Oh, rindu sebagai sahabat!’ katanya tersenyum. Dia menghirup air kopi yang baru dipesannya. Sedap. Haris menghubungi telefon pejabat Danish sebab dia sudah hubungi telefon bimbit tapi tiada yang jawab.
            “Hai,” tegur Haris.
            “Assalamualaikum,” kata Lidya. Dia yang jawab panggilan itu. ‘Memanglah aku yang jawab, aku kan setiausahanya,’ Lidya tersenyum.
            ‘Sejak bila pula Vela masuk Islam ni, bagi salam,’ hatinya keliru. “Siapa ni? Vela ke?” Hari bertanya. Dia tidak mahu berlaku salah faham.
            “Eh, tidak! Saya Lidya, setiausaha sementara sahaja. Vela cuti kahwin,” jelasnya. Lidya agak terkejut apabila Haris berkata begitu.
            “Oh, macam tu! Takpe. Boleh saya bercakap dengan Danish?” Haris berkata.
            “Sekejap. Saya hubungi encik Danish. Nama Encik?” lembut Lidya berkata.
            “Haris Akmal,” Haris menyebut namanya.
            Lidya menghubungi Danish. “Bos, ada seseorang bernama encik Haris Akmal mahu bercakap,” kata Lidya. “Haris Akmal? Oh, dia! Sambungkan pada saya,” arah Danish. “Baiklah,” kata Lidya.
            “Apa kes si Haris ni telefon aku? Rindu akulah tu,” Danish bercakap bersendirian. Dia tersenyum.
            “Hello,” Haris berkata.
            “Assalamualaikum,” tegur Danish. Terkejut Haris dengan teguran sahabatnya. ‘Sejak bila dia jadi alim macam ni? Dulu tak kisah? Sah, aku memang dah lama aku sesat. Benda mudah pun aku tak lakukan. Insaf. Sekadar salam pun aku tak mampu buat,’ dirinya insaf.
            “Haris!” panggil Danish apabila Haris terdiam lama. Pelik. Haris terkejut. Rupa-rupanya dia sudah lama membisu.
            “Waalaikumusalam,” jawabnya ringkas. “Lama tak jumpa kau,” kata Haris lagi.
            “Aku sibuk sikit dengan kerja,” jelas Danish.
            “Sibuk dengan kerja ke atau dengan setiausaha yang baru? Tentu cun melecun setiausaha kau kan?” Haris mengusik Danish. Danish tersenyum dan dia ketawa gembira.
            “Mestilah. Itu salah satu sebabnya. Aku nak kahwin dengan dia,” terus-terang Danish tanpa berselindung.
            “Cepatnya!” Haris agak terkejut dengan pengakuan Danish.
            “Biasalah kalau hati sudah suka, jangan biar lama-lama. Nanti dikebas orang. Menyesal tak sudah aku nanti,” jelas Danish gembira.
            Haris menamatkan panggilannya.
            “Danish kata apa?” soal Mira kepada Haris. Rupa-rupanya Haris bersama Sarah, kekasihnya dan Lidya Amira. Mira begitu teruja untuk mengetahui perkembangan Danish. Entah kenapa dia begitu menyukai Danish. Semakin Danish menjauhi diri daripadanya, semakin Mira menyukainya dan berusaha memiliki Danish.
            “Kau lupakan sahaja nak memiliki Danish,” kata Haris.
            “Kenapa pula?” Mira kehairanan.
            “Dia nak kahwin sudah,” terus-terang Haris.
            “Dia nak kahwin dengan siapa?” soal Mira. Hatinya berdebar-debar. Kecewa dia apabila mengetahui perkara ini. Dia masih mengharap pada Danish.
            “Ada perempuan ni, mungkin hujung minggun ini dia akan pergi meminang,” katan Haris lagi. Jelas wajah Mira terkejut. ‘Secepat itu?’ sungguh dia rasa sedih. Rasa sedihnya tidak dapat dibendung lagi.
            “Siap perempuan tu?” soal Mira lagi. Dia tidak puas hati kalau tidak tahu siapa perempuan itu.
            “Entah. Aku pun tak tahu tapi setiausaha dia,” kata Haris. Dia Asyik melihat wajah Sarah yang cantik.
            “Setiausaha aje?!” mira terkejut bagaikan tidak percaya. Perempuan biasa sahaja. Mira bangun dari kerusinya.
            “Mira, kau mahu ke mana?”
            “Aku ada hal pula. Kenapa?” soal Mira.
            “Sebenarnya aku tak kisah kau nak pergi mana pun. Aku lagi suka kalau kau tak ada dekat sini. Boleh aku berdua dengan Sarah aku,” jelasnya. ‘Rupa-rupanya aku belum insaf sepenuhnya,’ bisik hatinya. Dia tersenyum.
            “Fine!” kata Mira dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
            “Sarah, you sayang I tak?” tiba-tiba Haris bertanya kepada Sarah.
            “Of course I love you,” katanya dengan penuh keyakinan.
            “Sure?” kata Haris sambil menjeling Sarah.
            “You don’t believe me?” Sarah menyoalnya kembali?
            “I don’t know,” Haris berkata lemah. Semakin hari, dia rasa cintanya terhadap Sarah berkurangan. Dia asyik teringat gadis itu. Peristiwa yang berlaku dalam lif berputar kembali dalam kotak fikirannya. Perempuan itu sungguh kelakar. Tiba-tiba hadir senyuman dibibir Haris Akmal. Sarah berasa pelik dengan perubahan Haris.
            “Please don’t worry, Haris. I love you so much!” Sarah memeluk lengan Haris. Haris membiarkan sahaja. Mereka berbual bersama selepas itu.
*****
Mira memandu pelahan keretanya. Dia menuju ke syarikat milik Danish. Dia teringin berjumpa dengan setiausaha yang dikatakan oleh Haris itu.
            Mira sampai di depan bilik Danish. Di meja setiausaha tiada sesiapa. Segera dia masuk ke bilik Danish. Danish yang menyangkakan Lidya hanya membiarkan. Dia terusan meneliti dokumen-dokumen atas mejanya. Mira menarik nafas lega.
            Dia ingat Danish bersama-sama dengan setiausahanya dalam bilik ini dan buat sesuatu yang tidak baik. Serta-merta membuat hatinya sakit tapi sebaliknya. Lega sangat.
            Mira memerhati raup wajah milik Danish. Wajah itu sentiasa tenang dan bagai menyimpan satu rahsia yang besar. Mata yang cantik. Hidung yang mancung. Rambut yang disikat kemas menampakkan lebih kacak dan macho. Pakaiannya pula simple. Hanya kameja merah dan bertali leher hitam. Kot hitam yang tersangkut kemas di kerusinya.
            Danish memang seorang yang kemas. Tengok sahaja biliknya. Perhiasan yang menarik. Penuh dengan gambar pemandangan.
            Danish yang terasa pelik kerana Lidya diam sahaja. Dia mendonggak kepalanya. Alangkah terkejutnya dia sampai berdiri.
            “Mira!” Danish menyebut namanya. Mira tersenyum.
            “Yup! Saya. You terkejut macam tengok hantu sahaja?” soal Mira.
            “Hantu? Mengarut sahaja you ni. I ingat setiausaha I. I arah dia buat air tadi. Tiba-tiba dahaga,” jelas Danish. Dia tidak tahu kenapa dia perlu cemas. Dia bimbang Lidya menyangka dia bukan-bukan. Lelaki yang tidak baik. Dia sangat cemas.
            “Oh, yeke? Tak salah I datang ke sini?” soalnya lagi. Danish hanya menggelengkan kepala sahaja walaupun hatinya kurang senang dengan gadis ini.
            Mira tersenyum. Lidya yang pergi membuat air kegemaran bosnya, segera masuk ke bilik Danish tanpa mengetuk pintu. Itu permintaan Danish yang membenarkan dia masuk tanpa mengetuk pintu  terlebih dahulu.
            Lidya terkejut apabila melihat Danish ada tetamu. Ketika Lidya masuk ke bilik tersebut Mira membelakangi Lidya. Dia berpaling untuk melihat gadis kesukaan Danish. Alangkah terkejutnya dia. Dia amat mengenali Lidya
            “Lidya Alya,” Mira menyebut nama Lidya. Lidya juga terkejut.
            “Lidya Amira,” juga menyebut nama Mira. Lidya tersenyum. Begitu juga Mira tetapi di dalam hatinya berkata lain. ‘Menyampah aku! Asyik jumpa betina ni sahaja. Kerjanya merampas orang yang aku suka sahaja,’ bisik hatinya. Wajahnya semanis kurma dipamerkan pada Lidya.
            Mereka bersalaman. Danish terkejut juga sebab mereka berdua saling mengenali antara satu sama lain.
            “Bos, kawan saya! Kawan saya masa di universiti dulu,” jelas Lidya pada Danish. Danish hanya tersenyum dan dengan baik hatinya dia membenarkan Lidya dan Mira berbual bersama ‘Rupanya perempuan ni? sejak di univesiti lagi dia sentiasa didepan aku, Danish suka perempuan ni ke?’ hatinya mula tertanya-tanya. Entah kenapa dia terasa tercabar.
“Lidya apa khabar? Sihat?” Mira beramah-mesra walaupun hatinya menyampah. Dia sememangnya tidak menyukai Lidya sejak gadis itu muncul dalam kamus hidupnya. Kawan-kawan Mira dan orang lain, semuanya suka berkawan dengan dia. ‘Ish. Menyampahnya! Ada apa dengan perempuan ni?’ hatinya berbisik. Wajahnya masih tersenyum mesra.
Lidya yang suka bersangka baik tidak menyedari itu semua. Mira teringat yang dia pernah cuba mengenakan Lidya sebab Lidya merampas lelaki yang dia suka tetapi tidak berjaya. Mungkin Lidya bernasib baik ketika itu. ‘Tetapi kali ini kau tidak akan bernasib baik seperti dulu. Aku lebih berkuasa. Kuasa apa? Entahlah! Kuasa Goku? Hahaha lawak,’ Mira ketawa sendirian dalam hatinya.
Mira bangun dan meminta diri. Dia rasa sakit hati kerana Danish seperti tidak kisah Lidya berbual dengan  dia. Nampak sangat yang Danish betul-betul suka pada Lidya. Lidya tersenyum.
‘Kau jangan senyum Lidya, aku benci tengok kau senyum,’ bisik hatinya. Sakit melihat senyuman itu. Dia menahan diri.
“Lidya, boleh awak keluar tak sekejap. Saya ada hal nak bercakap dengan Danish,” pinta Mira. Lidya tersenyum lagi. Dia angguk kepala lalu keluar dari bilik Danish. “You hendak pergi meminang Lidya bila?” persoalan Mira membuat Danish terkejut. ‘Mira tahu pasal ini dari siapa? Mesti Haris. Kau memang tak boleh simpan rahsia la,’ bisik hati Danish.
“Ahad. Ahad minggu depan sebab ahad ni vela, setiausaha I kahwin,” jelas Danish yang teragak-agak dengan pertanyaan Mira dengan tiba-tiba.
“Oh macam itu. Okay. Tidak mengapa. I just tanya sahaja,” Kata Mira dan berlalu keluar. Dia masuk ke dalam perut keretanya. Dia tersenyum puas.
Mira sudah merancang satu rancangan besar untuk mengenakan Lidya. ‘Kau tunggulah Lidya. Kau akan dapat hadiah istimewa daripada aku. Nantikan sahaja,’ bisik hatinya puas. Dia tidak sabar untuk melaksanakan rancangannya.
Mira menghubungi seseorang untuk melaksanakan pelan jahatnya. Dia memandu pulang dengan hati yang gembira. Rancangannya akan berjalan dengan lancarnya.