“Oi, Lidya! Aku tak habis lagi dengan kau. Kau nak ke mana?!” kasar Julia. Lidya hanya gelengkan kepala. ‘Asyik nak kacau hidup aku aje. Tak bosan ke?’ Lidya mengeluh.
“Oi, Julia!” panggil Lidya seperti memerli Julia. Dia menggunakan gaya memanggil yang sama macam Julia. Julia buat muka geram. ‘Minah ni memang tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Tak serik kot makan penampar aku hari tu? Sudahlah aku baru sahaja habis stress siapkan kerja. Datang pula minah ni,’ Lidya meneka. Sikap dia memang tidak suka gaduh tapi kalau di ajak, memang dia tidak kisah.
“Apa?!” marah Julia.
“Aku paling benci orang yang bergaduh pasal seorang lelaki. Tambah-tambah kalau lelaki itu tak suka perempuan itu. Kesian pula pada perempuan tu. Perasan aje lebih,” kata Lidya dengan selamba sahaja. ‘ Berapa banyak perkata ‘tu’ la?’ hatinya berbisik.
“Carilah lelaki yang lebih sukakan kau. Lagi bagus!” tambah Lidya dengan cadangan sekali. Julia menjeling maut. ‘Ingat aku takut dengan jelingan kau?’ kata hati lagi.
“Tapi aku nak Danish juga. Dia kacak, kaya, romantik dan baik. Dia bukan lelaki suka berpura-pura. Dia lelaki idaman setiap perempuan. Tapi kau! Ada apa dengan kau? Imej tudung labuh kau tu tak kan ke mana tau. Tak kan Danish pandang,” megah sekali Julia berkata.
“Dia pandang aku la. Kalau tak, tak ada la dia ambil aku jadi setiausahanya,” sengaja Lidya berkata begitu. Untuk panaskan hati Julia yang sedia panas. “Tapi nak buat macam mana kan? Aku ni lagu cute-miut dari kau. Sah-sah la Danish tu suka aku,” tambah Lidya lagi
“Hey, aku lagi cantik dan seksi daripada kau!” Julia tetap tidak mahu mengalah.
“Ini yang kau cakap seksi?” kata Lidya sambil mengerakkan tangan kanannya atas bawah. Membulatkan mata menunjukkan pakaian Julia yang memakai baju dan skirt pendek yang ketat lagi pendek. “Aku tengok kain pun macam tak cukup ni kau cakap seksi? Aku rasa nenek jiran sebelah dekat kampung kawan aku lagi seksi dan seksa dari kau,” tambah Lidya lagi sambil ketawa. ‘Aku mana ada nenek, so pinjam nenek kawan la,’ Lidya tersenyum.
Dia puas. Julia ketawa juga. Julia tolak-tolak tubuh Lidya dengan hujung jarinya. “Kau! Kau, tak layak untuk menilai aku. Suka hati aku nak pakai apa pun,” Julia tersenyum.
‘Amboi-amboi minah ni, suka hati kau aje nak tolak-tolak aku. Kau ingat aku tak boleh nak tolak kau?’ bengkak hatinya. “Aku bukan apa, bila aku tengok kau pakai macam ni buat mata aku yang sihat ni automatik sakit. Sakit mata tau! Sebab! Sebab pakaian kau ni menjolok-jolok mata aku ni. Macam ada batang galah pula,” begitu ganas Lidya berkata.
“Kau ini kenapa? Tak sihat yer? Asyik menjerit sahaja. Kau sepupu langsuir ke atau pontianak?” Lidya memang tidak boleh tahan. Dia ingin ketawa dengan apa yang dia kata. Julia tidak boleh sabar juga. Dia menarik tudung Lidya. Lidya cuba mengelak sambil menarik semula tudungnya. Teruk juga tudungnya dikerjakan oleh si Julia ini. Sampai sengget tudungnya.
Mereka berdua bergaduh mulut dan tolak-menolak dekat lima belas minit. “Cukuplah, kita berehat sekejap,” kata Lidya sambil mengeluarkan KITKAT. “Berehat seketika bersama kitkat,” Lidya membuat iklan. Julia tengok sambil menelan air liurnya. ‘Macam kebulur aje Julia ni?’ kata hatinya tetapi Lidya tetap buat macam biasa sahaja.
“Kau nak?? Beli sendiri okay?” kata Lidya dengan selambanya. Julia betul-betul marah. Dia sudah buat muka ganas.
Lidya menjarakkan badannya dari berada dekat dengan Julia yang semakin menggila. Julia ingin menampar pipi Lidya tetapi dihalang oleh seseorang. ‘Syukur! Selamat pipi aku kali ini. Siapa yang selamatkan aku?’ hatinya bertanya.
“Carl Zafri,” nama itu hadir di mulutnya. Tangan Julia di cengkam kuat dan dicampak kasar oleh Zafri. Julia memegang tangannya yang sakit. Dia tidak mahu mencari masalah. Dia segera meninggalkan mereka berdua.
“You okay, Lidya?” soal Zafri apabila melihat Lidya yang tidak berkelip matanya tengok zafri. ”Lidya oh Lidya!” kata Zafri dengan agak kuat sedikit. Lidya tersedar.
“I tahu la yang I ni kacak dan macho sekali tapi janganlah tengok I macam tu sekali. Malu I,” Zafri mula perasan. ‘Peragai tak berubah langsung. Suka perasan,’ bisik hatinya.
“Terima kasih tolong I tadi,” kata Lidya sambil membetulkan tudungnya yang sengget ini.
“Sama-sama. Kebetulan I lalu di sini. Nampak macam you. Yelah. Imej you berbeza sangat hari ini. I hampir tidak percaya ini you,” katanya lagi.
“Tak percaya? Kenapa?” Lidya bertanya.
“Sebab you nampak cantik sangat bila pakai biasa-biasa macam ini. Still tutup aurat you,” jelas Zafri.
“Kalau tudung labuh?” Lidya mula mempersoalkan.
“Cantik gak cuma macam ini lagi cantik dan menarik. Itu pendapat I sahaja,” katanya.
“Kalau macam itu, I nak pakai tudung labuh sahaja. I rela tak cantik daripada menarik perhatian lelaki,” jelas Lidya.
“Lidya,” sepatah nama di sebut oleh Zafri.
“I tahu tu pendapat you. Lagi pun I terpaksa pakai tudung ni hari ni. Tak kisahlah,” katanya.
“Jom I belanja you makan,” ajak Zafri.
“I tak biasa makan berdua dengan orang. Apa kata I belanja you makan sebab you dah selamatkan I daripada minah tidak sihat mental tu. Opss! Tergumpat pula. Maaf!” kata Lidya. Dia terlebih cakap pula. Sejahat mana orang itu, tidak baik kita bercerita kepada orang lain. Itu pendapat Lidya.
“Okay. You nak belanja I makan apa?” Soal Zafri.
“Ais krim!” ajak Lidya. Dia sudah lama tidak makan Ais krim. Zafri angguk kepala sahaja. Dia tidak kisah.
Mereka menaiki kereta masing-masing dan menuju ke tempat yang ada menjual Ais krim. Zafri mengekori kereta milik Lidya. Mereka tiba di sebuah tempat.
“Masjid?” kata Zafri.
“I belum solat Asar lagi,” kata Lidya.
“Asar?”
“You sudah solat ke?” tanya Lidya. Jam sudah menunjuk pukul 5 petang. Zafri menggelengkan kepalanya.
Zafri memandang Lidya hilang dipandangan matanya. Dia sudah lama tidak solat sejak berada diluar negara. Air matanya mengalir. Insaf. Tidak pernah orang mengajak dia bersolat. Tiada siapa pernah menegurnya bersolat walhal keluarganya sendiri. Dia teringat akan sepupunya. Dia cukup cemburu dengan sepupunya kerana mempunyai keluarga yang baik. Sejak itu dia mendendami sepupu lelakinya itu.
Dia cemburu lelaki itu mempunyai keluarga yang bahagia. Berbeza sungguh dengannya. Ibu bapanya bercerai dan dia hidup bersama ayahnya. Ayah leka dengan duniawi sehingga lupa untuk mendidik anaknya. Kini dia syukur dan sedar. Belum terlambat untuk dia bertaubat. Dia menuju ke tempat mengambil wuduk. Sungguh hatinya tenang melakukannya.
Lama Lidya menunggu Zafri. Zafri berlari ke arah Lidya. Entah kenapa dalam pandangan Lidya, muka Zafri lebih berseri-seri berbanding tadi. Lidya malas mahu mengambil tahu.
“Jom makan Ais krim!” ajak Lidya.
“Kat sini ke?” soal Zafri. Hairan sebab Lidya ajak dia berjalan.
“Yup! Di sini. Ada sorang pak cik selalu jual Ais krim di sini. Hah, itu dia!” Kata Lidya. Dia menunjuk ke arah sebuah lori kecil yang berwarna putih. Di situ memang khas menjual ais krim, air minuman dan wafer. Memang dia suka makan di situ. Tepi masjid ini ada taman permainan pula. Memang ramai yang datang ke situ pada waktu petang-petang seperti ini.
“Pak Mail!” tegur Lidya.
“Assalamualaikum Alya,” teguran Pak Mail mampu membuat wajah Lidya merah. ‘Macam mana dia boleh lupa mahu memberi salam terlebih dahulu? Semangat kot hari ni,’ Lidya meneka sendiri.
“Waalaikumusalam,” jawab Lidya.
“Nak makan apa hari ini?” Pak Mail meminta pesanan.
“Alya nak ais krim yang selalu Alya order tapi hari ini nak dua,” kata Lidya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Zafri hanya memerhati kelagat Lidya. Perasaan Zafri terbuai melihatnya. Seperti ada irama lagu ‘Nur Kasih’. Baru-baru ini dia pergi lihat Nur kasih di pawagam. Cerita itu memang menarik.
tak ada watak Danish untuk bab ni..huhuhu..
ReplyDeleteapapun tetap menarik.. :)
mungkin bab 8 kurang sedikit babak danish...tunggu la...siri 3...ria tak taip lagi...
ReplyDeletehehe..x kesah laa..per2 pon..
ReplyDeleteciter ttp bez..n klaka..pon ade..haha..ade2 je si lidya ni..hehe..n_n..-syeer-
huhu..sdh muncul hero ke2...danish dh ade psaing
ReplyDeleteesya
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesuka tgk watak lidya yg mempertahankan diri dia dr dibuli...hahahahahaha
ReplyDeletemenari cite ni <3 <3
best sngt citer ni . .
ReplyDeleteawak mmg talented . .
thank semua...terkejut tengok banyak komen...ria dah siapkan sedikit jln cerita yang seterusnya...mungkin hari ini ria akan masukan...terima kasih semua...sayang korang...
ReplyDeletezafri2.. (geleng pale)
ReplyDeletekenapa rin?
ReplyDelete