Followers

Tuesday, 14 June 2011

4
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 6 siri 3

Telefon bimbit Lidya asyik berbunyi. Apabila dijawabnya, tiada sesiapa yang bercakap. Apabila Lidya menghubungi nombor telefon tersebut, dia tidak pula jawab. Akhirnya Lidya pinjam telefon bimbit uminya.
Lidya telefon dan ada orang menjawabnya. Lidya bercakap dengan penuh kesopanan. Manalah tahu orang itu hendak cakap.
“Assalamualaikum? “ ujar Lidya. Suara lembut gila. Lidya tersenggih.
“Waalaikumsalam,” suara lelaki yang menjawabnya. ‘Akhirnya ada gak jawab, ingatkan bisu,’ Lidya sudah berada tahap, tidak boleh tahan dengan gangguan yang di buat oleh nombor telefon misteri ini.
“Siapa di sana?” lelaki itu bertanya pula.
“Hello. Saya Lidya. Awak ada hubungi….” Belum sempat Lidya bercakap apa-apa sudah berbunyi sesuatu yang tak sedap didengari.
“Tut tut tut,” mendatar sahaja bunyinya. Talian panggilan putus. ‘Hantu betul la. Tengok nama hantu juga yang aku seru pula. Tak sempat aku nak terangkan. Dia dah letak. Memang nak terajang gak mamat ni. Tapi siapa? Siapa dia? Sudahlah tau nama aku. Nak angin sahaja aku ni. Buat tak tahu sahaja,’ hatinya geram. Dia berjanji tidak akan melayan panggilan tersebut lagi. Puas hatinya.
“Eee, geramnya!” rungut Lidya sambil bangun dan melangkah ke tepi tingkap lalu mencampakkan telefonnya di atas tilam. Apabila menghayati malam, dia teringat seseorang. Danish. Dia terasa pelik kerana lelaki itu terlalu baik dengannya. Ada udang di sebalik batu ke? Atau ada udang di sebalik mee? Kalau mee sedap juga. Boleh makan. Seram juga apabila teringat mukanya yang pucat itu.
Dia teringat pula peristiwa malam tadi lelaki itu makan dirumahnya bersama adiknya. Wajahnya sungguh berbeza. Makin kacak dan mendebarkan hatinya. Mukanya tidak lagi pucat macam waktu siang dia bekerja. Ish! Ingat vampire ke? Dia selalu gak tengok cerita vampire memang macam itu wataknya. Sukakan leher perempuan untuk menghisap darah. Leher perempuan?
“Aduh! Sakitnya kepala. Kenapa dengan leher?” Lidya terasa kepalanya sakit sangat apabila memikirkan tentang lehernya. Dia meraba lehernya dengan jejari. Umi kata parut ni kesan kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Sakit otaknya memikir peristiwa dalam usianya 17 tahun. Susah betul nak ingat.
*****
Hari ini hari jumaat. Bagus betul syarikat ni, hari sabtu dan ahad cuti. Huhu sejak bila aku suka cuti kerja ini. Dia terus mengelamun dan berkhayal sambil membuat air kesukaan majikannya itu teh. Jangan sampai salah masuk garam sudah. Dia melihat bekas gula itu betul-betul.
            “Yup! Ini gula,” barulah dia masukkan ke dalam cawan tersebut. Dia tersenyum sorang-sorang.
Ada satu peristiwa yang tidak akan dia lupakan apabila dia membuat air kegemaran Danish iaitu teh kosong. Dia tersalah masukkan garam. Muka lelaki itu pelik sangat. Yelah, minum air teh masin. Lidya tersenyum. Dia rasa sangat kelakar kejadian yang tidak di sengajakan itu
“Muhahahahaha” meletus juga gelak yang ditahan oleh Lidya. Duduk sorang-sorang bolehlah gelak macam ni. Kalau depan orang, jangan harap. Bak kata orang tak sopan. Lidya tersenyum lagi sambil mengacau pelahan air tersebut.
“Lidya, awak buat air apa?” kata Danish. Mukanya memang berkerut habis. Dia menolak cawan yang berisi air teh itu ke arah Lidya.
“Kenapa bos? Sedap sangat ke?” Lidya cuba meneka. Dia sudah berbangga kalau bos pujinya sedap. Sudah layak untuk kahwin tapi sebaliknya.
“Kalau sedap, saya belanja Lidya dinner tapi masalahnya tak sedap sangat sangat,” kata Danish dengan menekan perkataan ‘sangat’ telah membuat mata Lidya bulat. Dia mengaru kepalanya. “Cuba rasa sendiri kalau tak percaya,” cadang Danish.
Lidya rasa air teh yang di buat. Tersembur  air tersebut ke muka Danish. Danish terkaku. Nasib baik dia minum air teh itu di sofanya. Kalau tidak, habis basah meja kerjanya. Lidya tersenyum. Dia sudah melakukan kesalahan.
“Maaf. Masin teh ni. Saya buat yang lain,” Lidya bangun dan menuju ke dapur. Manakala Danish menuju ke tandas. Membersihkan wajahnya.
Lidya ketawa lagi apabila teringat muka majikannya. Dia tersenyum. Apa yang membuat dia tidak berkenan mengenai lelaki tersebut. Dia pun tidak tahu.
Tiba-tiba kepalanya ditolak dari belakang menyebabkan kepalanya terhantuk ke rak almari itu. Naik biyol kepala Lidya. Pening. Siapalah makhluk tuhan yang baik sangat perangai ni? Ia berpaling. Rupa-rupanya perempuan yang temuduga sekali dengannya dulu. Namanya Julia.
“Perempuan tak sedar diri! Sedarlah sikit. Dengan imej kau macam ni kau nak pikat Tuan Danish? Tak payahlah! Kau kena fikir beribu-ribu kali. Kau tidak akan berjaya,” kata Julia dengan bangganya.
Lidya menggosokkan dahinya yang dah bengkak tu. Perempuan ni memang nak kena. Dia paling menyampah bergaduh pasal lelaki. Macamlah dalam dunia ni dah tiada lelaki lain yang nak direbutnya. Sakit hatinya. Sikap Lidya yang suka guna hokum karma. Jika dia rasa sakit kena tampar, si penampar tu juga akan rasa sakit macam dia rasa. Dengan selamba sahaja Lidya hantuk kepala Julia ke rak almari dapur. Bukan kuat pun. Pelahan sahaja. Tapi…
“Perempuan gila!” jerit Julia. Sakit bukan main kepalanya. Sudah merah tapi Lidya tidak peduli apa. Julia yang mulakan dulu. Dia berlalu bersama dengan air yang dibuatnya.
Julia tidak akan biarkan Lidya pergi begitu sahaja. Dia ambil mug di tangan Lidya dan menyiram Lidya dengan air tersebut. Habis basah pakaian Lidya. Lidya yang geram dengan sikap Julia. Terus buka peti dan mengambil sebotol air 100plus. Disiramnya mengenai atas rambut Julia yang panjang sampai habis.
“Awak nak buat apa lagi?” soal Lidya. Dia beristighfar. Dia tidak mahu marah. Dia cuba bertenang. Marah adalah sifat syaitan. Dia mampu bersabar.
“Pang!” Julia menampar Lidya tetap ke sasarannya.

4 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi