Followers

Friday, 17 June 2011

4
Komen

PENAKLUK CINTA SETIA(1)

“Yang ku puja sepanjang masa…sungguh indah di Malaysia. Negara yang kaya raya. Ku tidak percaya lagi akan guna matahari yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini…eh naper lirik lagu aku ni macam pelik pulak?” menyanyi pula aku hari ni sambil berjalan dengan riang ria raya. Aku tersenggih. Gembira sungguh aku hari ni.

                Tiba-tiba lengan aku di tarik oleh seseorang ke satu sudut yang agak terlidung. Peluh sudah membasahi dahi aku. Apa? Lelaki? Pantas tangan aku ingin menumbuk wajahnya tetapi pantas juga tangan lelaki itu memegang penumbuk aku dan mengunci terus tangan aku. Aduh! Sakit sangat. Pergelangan tangan aku dicengkam kuat ke dinding. Bukan satu tapi kedua-dua tangan aku. Habis la aku tapi bila aku renung lama-lama lelaki yang berapa depan mata aku ni, macam kenal ajer.

                “Faz!” tergamam aku dibuatnya. Mana tidaknya dengan muka serabut macam orang gila. Tapi pakaian tak ada ciri-ciri macam orang gila pun. Apa yang telah berlaku pada Fazhan ni?

                “Kenapa Faz? Kau ada masalah ke?” soal aku bertalu-talu. Fazhan leraikan gengaman di pergelangan tanganku dan terus memeluk aku. Dalam tidak sedar…rasanya 5 saat aku rasakan syok sangat tapi automatik tangan aku bergerak menumbuk perutnya. Fazhan mana boleh peluk aku begini. Dah la aku dengan lelaki ni rasa lain sikit kalau pegang-pegang, sentuh-sentuh.

                “Faz, apa peluk-peluk ni? Ye pun ada masalah jangan la sampai buat maksiat dengan aku pulak,” marah aku mula menguasai diri. Aku tengok Fazhan masih memegang perutnya. Pedih kot. Berbisa gak tumbukan padu aku ni. Aku tersenggih sorang-sorang.

                “Maaf,” ringkas nak mampus dia cakap tapi aku pelik lagi mushkil. Tak pernah-pernah jejaka yang bernama Fazhan ini menyebut maaf dengan orang lain. Jarang berlaku dalam hidup dia minta maaf. Kena tulis dalam diari ni sebagai kenangan. Aku tersenggih lagi.

                “Aku ada masalah,” sambungnya lagi. Sempat aku berangan lagi.

                “ Kalau betul ada masalah, janganlah heret aku kat tempat yang macam ini. Seram aku. Aku ingat perogol bersiri la tadi,” bentak aku. Aku memang rasa amat tidak berpuas hati dengan tingkah laku mamat sorang ini.

                “Sampai hati kau kata muka aku yang kacak, macho lagi kaya ni  serta menjadi kegilaan ramai gadis dara macam perogol misteri,” merajuk pulak dah mamat ni. Dah muncung macam mulut itik dah aku tengok. Memang nak kena sekeh kepala dah si Fazhan ni.

                “Sudah! Sudah! Jangan buat muka macam nasi basi kat sini. Nak muntah aku tengok,”Bentak aku sambil bergerak ke tampat yang lebih terbuka. Apabila aku berpaling semula aku lihat Fazhan. Aduh, makin panjang pulak aku tengok muncung mamat ni buat.

                “Ceciter, ceciter. Apa kejadah kau jadi macam ini?” kata aku ala-ala macam citer hantu kak limah yang semakin famous dikalangan rakyat Malaysia. Aku tersenggih lagi hihi. Fazhan buat penumbuk pada aku. Ada aku kisah? Fazhan menghampiri aku.

                “Cop! Cop! Sebelum kau bercerita, belanja aku minum dulu, bro,” pinta aku dengan penuh keselambaan yang amat. Ala, Fazhan ni anak orang kaya, lagi pun dia dah bekerja. Lain la aku, baru habis study dalam bidang bahasa tapi aku bercita-cita nak jadi Jurubahasa. Sekarang aku dah belajar banyak bahasa. Berbalik bab kaya tadi, Fazhan tu usahawan muda, mesti berduit punya tapi aku, ayah yang kaya. Aku hakikatnya miskin. Kecewanya aku. Aku jenis malas nak minta duit dengan ayah aku. Selalunya dia bank-in ajer terus ke dalam akaun bank aku. Orang busy la katakan tapi aku bangga dengan ayah aku. Ada la…tang mana aku bangga pasal ayah aku ni.

                “Baiklah tuan puteri. Kau sahaja yang boleh tolong aku,” pinta dia. Entah apa yang telah melanda mamat sorang ni. Aku nak order air yang paling mahal punya. Air apa yer??

                “Ais-Blended coklat special satu ok,” jelas aku.

                “Makan?” soal pelayan Fizza-Hut-Hut itu. Aku berkira-kira nak order fizza gak tapi kecewanya hatiku.

                “Nanti kami order bila nak makan,” jelas Fazhan dan pelayan itu terus berlalu. Aku apa lagi. Buat muncung yang lebih panjang daripada Fazhan tadi. Ingat dia sorang ajer yang boleh buat muncung, aku pun pandailah. Tapi muncung aku tak bertahan lama sebab air yang aku order tadi sudah sampai. Yahoo!! Bersorak aku dalam hati. Selamba aje aku menyedut air kegemaran aku itu dengan penuh kenikmatan tanpa menjemput Fazhan. Lega sangat rasanya.

                Fazhan pula, dengan muka yang tak bersalah dan selamba tenuk, dia minum air yang aku order tadi. Tengok, tak pasal-pasal nama tenuk yang aku sebut. Tergamam aku dibuatnya. Tiba-tiba marah aku menapak dalam jiwa ini.Geram!!

                “Eh, Fazhan! Kalau kau dahaga sangat, order la yang lain. Yang kau cilok air aku tu kenapa? Marah betul aku. Geli aku nak minum air tu. Aku merenung air yang kini di tangan Fazhan. My Water. Meraunglah aku dalam hati.

                “Kita kongsilah. Jimat duit sikit,” jelas Fazhan. Eh, sejak bila pula yang mamat ni pandai berjimat? Kalau awek dia nak apa saja, tak pulak dia fikir jimat. Ini air yang tak sampai RM10 pun nak berkira.

                “Sudah la. Banyak  kau berjimat. Aku nak balik. Malas nak layan kau. Kedekut!” kata aku dan ingin berlalu. Aku berdiri tapi sesedap hati dia jer tarik lengan aku. Apa yang aku terkejut tu, dia berdiri dan bergerak ke tempat aku dan duduk sebelah aku. Rapat pula tu. Macam tahu-tahu je aku nak lari. Aduh mana ada jalan keluar ni. Sebelah kiri aku cermin jernih yang besar dan sebelah kanan king kong besar iaitu Fazhan. Belakang pulak dinding dan depan aku meja yang lebar. Aku sudah terperangkap. Aku mengeluh akhirnya.

4 comments:

  1. ehehe... I like.. I like...
    tp, grammar & spelling kena jaga tau!!!
    <3

    ReplyDelete
  2. thank dida...memang english tak berapa pandai...tapi ria try hihihi thank tegur...

    ReplyDelete
  3. Salam..confirm akak tak penah bc lg citer ni. bestla Ria cerpen ni. kelakar.. i like..hehe..kurangkan gandaan 'g' dlm perkataan k.. lain bunyinya.. rasanya skrg ni dah byk kurang 'g' kan utk citer lain? hehe.
    memang best citer ni..

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. wslm...kak honey...yeke ok??hihi ria cuba hihihi terima kasih

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi