“Meh, saya hantar awak ke hospital,” tawar Danish.
Lidya menolak lagi. Dia terus berlalu tetapi Danish tetap tidak berputus asa. Cintanya terhadap Lidya semakin kuat. Sekuat tabahnya, Lidya.
“Saya hantarkan,” suara Danish sedikit mengeras. Geram dia melihat kedegilan Lidya. ‘Sakit-sakit pun mahu degil ke?’ ngomel Danish dalam hati.
“No! Thank. I have to go…” kata Lidya. Hatinya bengkak dengan sikap perempuan-perempuan yang menghuru-harakan paginya.
“Give me chance to help you,” Danish memujuknya. Lidya merenung ke dasar mata Danish. Dia sejak dulu sukar untuk mengharap pertolongan dari lelaki. Selagi dia mampu dan kuat untuk melakukannya, dia akan buat sendiri.
“Did you hear me?” kata Danish sambil melambai-lambai tangannya. Lidya tersedar dari khayalannya.. ‘Apa kena dengan mamat ni? Tiba-tiba sahaja speaking English. Nak jadi Julia nombor dua ke? Aku dahlah fail English kalau tang bercakap. Tulis tu boleh la,’ bisik hatinya.
“No. It’s okey?” Lidya berjalan pantas walaupun hakikatnya tidak pantas mana sebab Danish masih boleh mengejarnya. Lidya mencapai beg tangannya dan bergerak segera ke lif.
Lidya berdiri di depan pintu lif. Sementara menunggu pintu lif terbuka, Danish sudah menghampirinya. Lidya kekal dengan tingkahnya. Hatinya masih geram dengan kejadian tadi. Dia meraba pipinya yang perit. Danish kesian dengan keadaan Lidya.
“TING!!” pintu lif terbuka dan tiada sesiapa di dalam. Mungkin sebab masih waktu bekerja. Lidya cepat-cepat masuk diikuti Danish. ‘Buat apa la si Danish ni ikut aku,’ Lidya menjeling Danish yang tenang sahaja lagaknya.
Sebaik sahaja lif ingin tertutup, Lidya buat muka masam. Dia tidak suka cara Danish berkawan dengannya. Baiklah sangat. Lelaki, biasanya kalau baik sangat dengan perempuan mesti ada udang di sebalik batu.
“Awak tak okay, Lidya. Biar saya bantu awak,” Danish betul-betul tidak berputus asa. Lidya dipandangnya. Dia lemah. Apakah dendam mereka terhadap perempuan kesayangannya? Dia buntu.
Dia mengikut langkah Lidya. Dia mengekori kereta milik Lidya. Lidya segera ke klinik. Lidya dirawat oleh doktor yang dia kenali.
“Terima kasih Aman, rawat dia untuk aku. Pasal bayaran ubatnya, serahkan kepada aku,” kata Danish dalam telefon. Dia masih duduk dalam kereta Ferrari merahnya. Dia memerhati Lidya daripada jauh.
Lidya ingin membayar ubat yang perlu dibelinya tetapi Danish sudah membayarnya. Geram sungguh hati Lidya. Dia tidak suka berhutang dengan sesiapa pun.
Tetapi hari ini Lidya tidak mampu untuk berurusan dengan sesiapa pun. Dia tidak larat. Dia pulang ke rumah. Berehat di sana. Uminya hilang entah ke mana. Dia terus menuju ke biliknya. Selepas menelan ubat tahan sakit, dia terus terlelap.
Umi Kalsom yang baru sahaja pulang dari berjumpa dengan seseorang yang penting tanpa pengetahuan Lidya. Dia masuk ke bilik Lidya apabila melihat Boboy anaknya berada di luar. Dia melihat Lidya sedang berselimut. Hanya menampakkan mukanya sahaja. Pipi Lidya merah.
“Sayang, merahnya pipi,” kata Uminya. Lidya yang tersedar dengan kehadiran umi Kalsom segera bangkit. ‘Alamak! Apa alasan yang nak bagi ni? Nasib baik tak jelas sangat kesan lima jari minah-minah yang tak betul tu,’ Dia cuba tersenyum tapi kelat.
“Alya pakai pemerah pipi,” kelentong Lidya. Muka Lidya memang tidak pandai menipu. Mukanya berkerut lagi.
“Pemerah pipi? Sejak bila pula Alya pandai pakai benda alah ni?” umi Kalsom berasa pelik. Dia bimbang.
“Sejak zaman dahulu kala,” lawak Lidya. Dia tidak mahu uminya terusan bertanya tentang pipinya. Umi kalsom tergelak dengan lawak anaknya. Dia memeluk Lidya. Sayang sungguh dia pada Lidya.
“Sayang tak kerja?” soal uminya lagi.
“Tidak,” Lidya berkata lembut. Uminya bangun dan membiarkan Lidya berehat. Umi Kalsom tahu yang anaknya kena tampar tetapi dia tidak mahu memaksa Lidya untunk memberitahunya. Biarkan Lidya tenang sendiri.
pndeknye... pnjgkn lorh...~~
ReplyDeletexpuas bce....pnjgkan ckit cte..
ReplyDeletesalam.... nape x panjang???
ReplyDeleteidea tak datang lagi la...maaf semua.....
ReplyDeletehaahaa.. jahat betul Lidya.. Adake patut cakap camtu ngan umi dia.. kihkihkih. Slumberyaya^^
ReplyDeletejahat???ish lidya tak nak uminya bimbang ajer hihihi
ReplyDelete