“Please, kau sorang yang boleh tolong aku sekarang ini,” rayunya. Aduh! Kawan aku sorang ni. Sejak kecil suka sangat paksa orang. Kalau dia nak apa sahaja mesti mama dan papa dia akan tunaikan. Al maklum la, anak tunggal yang manja. Macam mana nak jadi suami yang boleh memimpin isteri. Itu bukan masalah aku. Lantak kau la Fazhan.
“Baiklah Encik Fazhan, aku tolong tapi jangan la duduk rapat sangat dengan aku. Aku ini ada unsur negatif dengan orang berjantina lelaki kecuali ayah dan abang aku. Kang tak pasal-pasal makan penumbuk aku. Lebam sebelah mata kau. Aku ni boleh jadi ganas,” jelas aku dengan panjang lebar. Eh, dahaga pula. Erm, dengan selamba aku minum air tadi. Alamak! Aku lupa air ni…aku buat muka geli.
“Tak kan sampai buat muka camtu minum bekas minuman aku. Aku minum kau punyak relaks jer,” serabut ajer aku tengok muka mamat ni. Dengan selamba lagi dia rampas minuman tu dan minum. Mamat ni memang nak kena. Sabar wahai hatiku.
“Apa masalah kau ni?” dari tadi aku duk tanya masalah Fazhan ni. Tak mahu jawab ke dia?
“Kau kahwin dengan aku,” katanya dengan selamba badak. Maaf la badak, nama kau pulak yang aku seru.
“Gila!” itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku yang comel ini.
“Zura, dia curang dengan aku. Aku tak nak dia jadi isteri aku dah. Biar la dia bahagia dengan pilihan hatinya. Aku dah tak mahu kacau dia dah. Aku rela walaupun kecewa. Tinggal 4 hari lagi perkahwinan aku. Mama minta aku cari pengganti,” itu rupanya masalah sebenar Fazhan. Cop! Cop! mamat ni ajak aku kahwin dengan dia?
“Kenapa aku? Aku anggap kau kawan biasa aku ajer. Tak pernah lebih-lebih pun feeling ni dengan kau. Lagi pun aku tak boleh nak rapat dengan lelaki. Rasa macam nak bagi penumbuk ajer,” jelas aku dengan sejelasnya. Fazhan gelengkan kepalanya. Aduh aku cakap bahasa melayu pun dia tak faham. Nak aku speaking perancis ke? Jerman ker? Baru nak faham?
“Kau tak boleh rapat dengan lelaki? Lagi bagus. Lagi aku nak kahwin dengan kau sebab kau tak kan curang. Kau akan setia pada aku sorang aje,” cakap dia sambil tersenyum. Ke situ pulak dah mamat sorang ni. Aku rasa satu wayar dia dah putus la.
“Meh aku try peluk kau,” sambungnya lagi. Eh, lelaki ini, main try-try pulak. Dia ingat aku ni apa? Aku ni manusia la.
“Kau jangan nak try-try peluk aku, nahas kau nanti,” aku bagi amaran keras pada Fazhan. Sebenarnya aku pun dah naik seram sejuk dah. Tengok citer hantu kak limah pun tak seram macam ni. Dah la tempat terbuka ni. Tapi Fazhan teruskan juga niatnya nak peluk aku. Tangan kanan dia pantas ajer sudah dipinggang aku. Ini mesti kes dah biasa buat kat perempuan lain ini. Dia kan playboy dalam diam. Serentak dia peluk tu, tangan kanan aku dah bertindak nak tumbuk mata dia tapi pantas pulak tangan kiri dia menghalang tumbukanku. Alamak tangan kanan aku dah terperangkap dalam gengaman dia. Ada senggihan daripada mulut Fazhan. Aku jadi geram pulak. Aku gerakkan tangan kiri aku tepat pada perut dia. Aku tumbuk sekuat hatiku.
“Dumm!” bunyi tumbukanku. Tepat sekali. Dia mula menjarakkan diri dengan aku dan duduk tempat asalnya tadi. Dia menahan senak. Pedih hulu hati kot. Padam muka kau. Aku dah bagi amaran tadi. Nak main try-try pulak. Geram betul aku.
“Sakitnya. Sejak bila kau jadi tak boleh rapat dengan lelaki ni? Salah bahasa la kau ni. Fobia dengan lelaki la. Macam mana nak jadi jurubahasa orang ni?” jelas Fazhan. Dalam sakit-sakit pun sempat nak betulkan bahasa aku guna dan mengutuk aku.
“Eh, macam mana kau tahu aku nak jadi jurubahasa?” ini yang aku mushkil. Dia senggih. Asyik senggih ajer mamat ni. Nak kata masalah dia selesai, belum lagi selesai aku rasa la.
“Sedap hati kau tanya aku. Kau la penyebab aku jadi macam ni,” jelas aku. Bengkak jer hati aku ni rasanya.
“Aku ke? Apa yang aku dah buat kat kau?” soalnya kembali.
“Malas aku nak jadi pencerita hari ni,” kata-kata aku dah buat Fazhan ketawa dengan gembiranya. Tak faham la dengan lelaki ni.
“Okey, takpe. Camner? Nak tak kahwin dengan aku?”
“Kalau aku tak nak. Apa kau nak buat?”
“Aku jadi perogol bersiri untuk kau ajer,” jelasnya dengan buat unsur-unsur jahat.
“Eh, tolong la. Aku tak takut,”
“Kalau tak takut, meh kahwin dengan aku,”
“Kau ingat kahwin tu perkara mudah ajer ke? Ni soal hidup mati aku. Apa jaminan aku jadi isteri kau,”
“Jaminannya kau akan bahagia dengan aku,” penuh keyakinan dia jawab.
“Kau cinta aku ke?” aduh aku gi tanya soalan itu buat apa..rosak!
“Cinta? Mesti la aku cintakan isteri aku. Sayang isteri aku. Tak kan aku nak kahwin dengan kau semata-mata nak tutup malu ajer. Mesti aku akan sayang kau. Kau ni sedap jer tanya aku. Kau tu boleh ke cinta aku?” soalnya kembali pada aku. Aduh aku dah terperangkap dengan soalan aku sendiri. Aku hanya senggih.
“Kalau betul kau jadi suami aku. Aku redha ajer tapi memang aku bermasalah dengan lelaki. Kau boleh terima ke? Kang malam pertama kau tak jadi, jangan menyesal,” eh apasal bab ni yang aku sebut. Malu siot.
“Okey, takpe,” jawapan yang ringkas itu buat aku geram. Aku berlalu.
“Kalau mak ayah aku setuju dengan perkahwinan ni, aku on ajer. Kau pulak jangan sesuka hati nak sentuh aku. Dah la, aku nak balik,” jelas aku.
“Terima kasih sayang,” ucap Fazhan. Belum kahwin lagi dah bersayang-sayang. Geli la. Tapi ada sesuatu yang buat hati aku berdebar-debar. Oh hatiku, kenapa kau berdebar kencang hebat seperti ini? Penuh dengan tanda soal yang tiada jawapan.
*****************
Petang itu memang ahli keluarga Fazhan datang merisik. Terkejut beruk aku kat rumah. Dengan belum mandi lagi. Ucuk! Cepat-cepat aku mandi dan berwangi-wangian. Yang aku tak percaya adalah mak ayah aku terima. Abang aku adalah penyokong kuat dalam hal ini. Macam dirancang aje kan? Aku pun pelik. Tapi sekarang bukan sahaja aku terkejut beruk tapi dah up sikit, terkejut kingkong sebab hari ni majlis tunang secara ringkas-ringkas di buat. Siap bawak baju tunang untuk aku lagi. Sesuai pulak baju tu dengan saiz aku yang kecil comel ini.
Bila aku bersiap dan keluar. Semua orang tengok aku lain macam. Aku cantik sangat ker? Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah pakai macam ni, baju ala-ala baju pengantin ni. Pakaian aku lebih kepada kasual, seluar dan t-shirt atau kameja. Sesi untuk menyarungkan cincin tunang. Cantik gila cincin tu. Aku rasa bahagia pula saat salam Datin Farrah iaitu mama Fazhan. Dia kucup pipi aku yang comel ni. Nasib baik perempuan yang cium aku, kalau lelaki aku tak tau la apa yang akan jadi.
*****************
Hari yang ditunggukan telah tiba. Aku terdengar Fazhan menyebut nama aku. Dan akhirnya aku sudah sah menjadi isteri Fazhan. Majlis ni buat kecil-kecilan ajer kat rumah Fazhan. Hanya ahli keluarga terdekat ajer yang dijemput. Sesi Fazhan menyarungkan cincin perkahwinan di jari manis aku sudah tiba. Fazhan duduk di depan aku. Dia menatap wajah aku. Rasa nak pengsan bila tengok panahan matanya. Dah la kacak. Kacak sangat.
Saat dia ingin menyentuh jemari aku, otak aku dah fikir yang bukan-bukan. Adakah aku akan tertumbuk suami aku sendiri. Aku gerun memikirkannya. Makin lama, makin hampir menyentuh aku. Aku cuba menahan perasaan. Tiba-tiba…
“Tunggu!” alamak! Itu macam suara Zura. Habis la aku. Fazhan, kau kena bela dan pertahankan aku. Jangan kau berpaling tadah sudah. Aku dah sah jadi bini kau ni. Amaran ku kepada Fazhan tapi dalam hati jer. Kecewa benar hatiku. Tapi pada masa yang sama kau telah menyelamatkan aku dari kena pegang dengan Fazhan. Syukur. Patut ke aku bersyukur?
Zura merampas cincinper kahwinan kami ditangan Fazhan. Alahai, cincin aku tu. Itu aku punya la Zura.
“Bak sini cincin itu!” marah Fazhan kepada Zura. Marah betul aku tengok Fazhan ni.
“Ini cincin yang sepatutnya you sarungkan pada jari I, bukannya kawan you ni,” jelas Zura dengan manjanya. Meluat aku tengok perempuan ini.
“I sayangkan you. I baru tahu pagi ini you tak jadi kahwin dengan I. Dady I rahsiakan daripada I,” jelas Zura sambil menangis. Patutlah Zura datang dengan pakaian pengantin. Kejam sungguh Fazhan ini. Ye pun bagaitau la tak jadi kahwin. Ish! Ish! Ish!
“You sendiri tahu mengapa I tidak jadi kahwin dengan you,”
“I…” suara Zura macam tidak berkeyakinan untuk menjawab. Sibuk pulak aku ni.
“You buat apa pada hari selasa hari itu? Siapa yang ada di rumah you?” banyaknya Fazhan Tanya soalan. Muka dia dah serabut macam aku jumpa 4hari yang lalu ajer.
“Apa? You dah pulang dari Korea hari selasa itu?” jelas muka Zura nampak terkejut.
“I ingatkan nak bagi you surprise tapi you yang buat surprise untuk I,” kata Fazhan dengan nada yang rendah dan kecewa. Kecewa kebenor wajah suami aku ni tapi tiba-tiba tersenyum dan ketawa pula. Sah! Suami aku dah sewel.
“Tapi I bahagia sekarang. I bahagia dengan isteri yang I nikahi ini,” sungguh aku katakan yang hidung aku ni kembang kempis tau sebab bangga dengar ayat yang keluar daripada mulut Fazhan. Tersenyum lebar aku dalam hati jer.
“Tapi I cintakan U,”
“Tidak! You cintakan I,Zura,” mana pula muncul suara lelaki yang amat garau untuk didengari. Kelihatan seorang lelaki yang agak kacak wajahnya. Macam kacukan dengan Cina. Kacak gak mukanya. Eh! Eh! Buat-buat macam tak kenal pulak aku ini.
“Faz, aku minta maaf pada kau. Aku cintakan Zura sejak kecil lagi. Aku nak berada disisi dia selalu. Aku sayangkan Zura,” luahan hati lelaki itu membuat wajah Zura berubah. Terkejut kot. Sebenarnya aku pun terkejut juga sampai ternganga mulut aku. Zafran yang sememangnya aku kenal sejak kecil lagi. Sepupu Fazhan. Aku memang pendengar yang setia sahaja. Nasib baik hari ni akad nikah sahaja. Kalau kenduri kahwin, habis majlis kahwin aku.
“Jom bincang dalam bilik aku. Malu orang tengok,” cadang Fazhan. Aku pun kena ikut sebab atas permintaan Fazhan sendiri. Kami berempat duduk dan berbincang. Setelah mendapat keputusan dan persetujuan. Zura terus berlari keluar sambil menangis.
“Zaf,kau pergilah kejar Zura. Dia senang dipujuk. Kau jagalah dia baik-baik,” nasihat Fazhan pada sepupu kesayangannya.
“Terima kasih Faz,” kata Zafran dan terus berlari mengejar Zura. Bersungguh betul aku tengok dia berlari.
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Baru aku perasan yang sekarang ni tinggal aku dengan Fazhan. Hati aku berdebar kencang. Fazhan bergerak ingin merapati aku.
“Faz, aku bagi amaran. Jangan rapat dengan aku,” peluh dah mula membasahi muka aku. Takut. Aku mana pernah berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik. Tak ada pengalaman pun. Lain la dia, dia buaya darat tu. Aku nampak senyuman mengoda Fazhan.
“Gila”
“Sampai hati kata suami sendiri gila”
“Aku peduli apa? Suka hati mulut aku nak cakap apa,” jawap aku terketar-ketar. Fazhan senyum lagi. Geram sungguh aku tengok laki aku senyum. Rasa macam nak sekeh-sekeh jer kepala dia. Dia semakin hampir. Aku mula membuka langkah persilatan aku yang aku belajar dulu tapi dia lebih pantas dan mengunci setiap langkah aku. Dia menekan lembut tubuh aku ke dinding. Fazhan sekarang dengan kedudukan di belakang aku. Dia cium kepala aku yang masih bertudung. Hanya tuhan ajer yang tahu perasaan aku ketika itu.
“Sekarang Faz tahu kenapa sayang fobia dengan lelaki,” percakapan Fazhan seakan berbisik di telinga aku. Naik meremang bulu roma aku dibuatnya. Fazhan tahu ke? Aku hanya mendiamkan diri. Kami membisu lagi. Hanya kedengaran bunyi nafas yang turun naik. Lemas aku rasakan.
“Sebabnya…….,” halus sungguh percakapan Fazhan ditelinga aku. Apabila dia bisikan sebabnya aku mula naik angin satu badan. Kisah lama telah dibuka. Aku jadi bersemangat dan pergerakkan aku yang terkunci tadi kini terbuka. Fazhan menjarakkan dirinya dari aku dengan senyuman penuh makna.
“Mana kau tahu itu sebabnya?” amuk betul aku dibuatnya. Fazhan senyum lagi. Bengkak hati aku tengok. Dia tunjukkan sesuatu yang hilang 5 tahun yang lalu iaitu dairi gelapku. Aku memandang dia dengan pandangan mata yang amat marah.
“Tak kan disebabkan itu sayang nak marah. Bertuahnya dapat kahwin dengan Wafa Thahirah Binti Haji Kamarudin. Maksud nama itu kesetiaan yang suci. I like,” sakit telinga aku mendengar pujian itu. Aku memang tak dapat berkata apa-apa sebab dia mengetahui segala-galanya. Dia senyum lagi.
“Faz akan hilangkan fobia pada lelaki itu,” aku mendengarnya terasa pelik.
“Ops, salah! Faz akan hilangkan fobia pada lelaki yang bernama Muhammad Fazhan Fattah Bin Jamaludin sahaja(memuji penakluk). Lelaki lain tak mengapa,” Fazhan merapati aku semula. Aku mula terasa gerun. Tengok daripada dia kunci pergerakkan aku tadi, aku tahu dia lebih tinggi tahap persilatan berbanding dengan aku. Aku berundur setapak dan setapak ke belakang.
“Apa!” hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut aku. Ia berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat mengambarkannya. Fazhan, tolonglah lepaskan aku. Hati aku menjerit sekuatnya. Dia memeluk erat aku. Aku tak faham apa yang Fazhan ingin sampaikan kepada aku.
Adakah fobia aku akan hilang? Aku sendiri pun tidak pasti tapi mesti akan berlaku sesuatu antara aku dan Fazhan, suamiku itu… Nak buat sambungan ke?? Entah…
sambung
ReplyDeletenak sambung macam mana...tiada idea sudah mahu buat....hihihi awak ada cadangan?
ReplyDeleteidea: jawab kesemua soalan yang awak kemukan tu la....... pastu, buat yg Wafa tu da x fobia... dah jadi mcm pompuan lain... then, lama2... diorang ada ank...
ReplyDeletecadangan jer,,,,
mungkin awk leh wat camni....move to the back...5 thn dl...camne wafa leh jd fobia ngan laki....tajuk pon da kene tu...penakluk cinta final...kiranye mcm prologlah...n pastu baru masuk blk zaman skrg...sambung balik ape jd kat episod ni....
ReplyDeletewah..bagus idea awak...sy tak terfikir pun...hihi thank...nanti i cuba buat....thank awak...
ReplyDeleteplizz. .
ReplyDeletesambung arh. .
aduh awak...saya akan cuba sambung kalau ada kesempatan...
ReplyDeletenak sambungan
ReplyDeletehu3. .
ReplyDeleteawak b'bakat arh . .
msti ada idea cr0ss pnyer ..
plizz ! !
finish thiz story
banyak betul permintaan supaya disambungkan cerita ini...tgk la macam mana yer?? ria akan usaha kalau ada kesempatan lagi...
ReplyDeletesambung RIA, jangan tak sambung
ReplyDeleterangka dah bagi
apa lagi......
jangan hampakan peminat....
go girl go......
Baiklah..ria buat bentuk novel....
ReplyDeletetapi mungkin hanya 5 atau 6 bab citer ni dah habis..
ria dah taip bab satu....tinggal sedikit lagi..
doakan ria..
Salam..serius best citer ni.. tp tergantung la Ria. sambungannya please.. klu takde idea, cuba draf cam yg dicadangkan mereka.. akak pun nak tahu nape dia fobia ngan lelaki..
ReplyDeleteWassalam
hihicadangan mula2 nak buat novel...tak jadi la pulak hahhaha terus wat cerpen..tapi pangjang la sikit...hihihi
ReplyDelete