“Alya nak ais krim yang selalu Alya order tapi hari ini nak dua,” kata Lidya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Zafri hanya memerhati gelagat Lidya. Perasaan Zafri terbuai melihatnya. Seperti ada irama lagu ‘Nur Kasih’. Baru-baru ini dia pergi lihat Nur kasih di pawagam. Cerita itu memang menarik.
“Nampaknya encik Zafri termenung panjang,” tegur Lidya. Ditangannya sudah ada dua ais krim berkon. Lidya menghulurkan pada Zafri. Zafri mengambilnya dengan senyuman.
“Terima kasih,” ucap Zafri. Mereka berbual seketika dan Lidya minta diri kerana hari sudah lewat petang. Tidak baik berapa di luar rumah. Zafri hanya angguk kepala dan melihat kepergiaan Lidya. Dia tersenyum. Lidya pulang ke rumahnya.
Sementara itu, Umi Kalsom sibuk menyiram pokok-pokoknya di petang sabtu itu. Lidya pula belum pulang lagi. Mungkin sekejap lagi.
“Pokok, semoga korang cepat membesar yer dan hidup sihat macam aku,” kata umi Kalsom. Dia memang suka akan bunga-bunga tetapi Lidya tidak menyukainya. Dia alah dengan bunga. Nasib baik bunga ini tidak dipersalahkan.
“Kesian korang, anak aku tak suka korang,” katanya dan menyiram pokok-pokok itu dengan rasa senang hati.
Tiba-tiba, satu rombongan datang di depan rumahnya. Memang terkejut Umi Kalsom melihat rombongan itu. ‘Rombongan apa ni? Meminang ke? Dioarang ni nak meminang aku ke? Ish mengarut aje kau ni Kalsom,’ bisik hatinya.
“Assalamualaikum,” salah seorang rombongan tersebut memberi salam.
“Walaikumusalam. Ada apa-apa yang boleh saya bantu,” kata umi Kalsom dengan ramahnya.
“Kami datang mahu merisik anak puan. Boleh kita berbincang di dalam?” kata salah seorang lelaki dalam rombongan itu. Terkejut Umi Kalsom mendengarnya tetapi dia menjemput juga tetamu yang datang. Hampir penuh ruang rumahnya.
“Kedatangan kami sebenarnya ingin merisik dan meminang anak puan…..?” katanya panjang. Cepat sahaja Umi Kalsom menyebut namanya.
“Umi Kalsom,”
“Puan Kalsom, saya Salleh, ayah kepada anak saya ini, Lukman,” jelasnya. Dia menunjuk ke arah seorang pemuda yang agak kurus. Pemuda itu lengkap berpakaian baju melayu. Umi Kalsom hanya memerhati sahaja.
“Anak saya baru sahaja pulang daripada belajar di Mesir. Sekarang dia seorang ustaz,” jelasnya lagi. Entah kenapa hati Umi Kalsom tidak senang dengan kehadiran pemuda itu. Dia tidak sesuai dengan Lidya, anaknya.
“Puan setuju ke?” soal Salleh apabila Umi Kalsom mendiamkan diri.
“Saya tidak kenal keluarga encik. Asal usul encik. Seeloknya encik pulang. Saya tolak pinangan ini,” kata tegas Umi Kalsom.
Kebetulan ketika Lidya baru sahaja pulang dari bertemu dengan Zafri. Dia juga terkejut melihat ramai orang dirumahnya.
Lukman yang ternampak kelibat Lidya terus jatuh hati dengan kecantikkannya. Perasaan ingin memiliki Lidya begitu kuat.
“Mak cik, saya sudah jatuh cinta dengan anak mak cik!” kata Lukman dengan tiba-tiba. Hati Umi Kalsom tidak suka dengan tindakan berani anak muda itu. Dia tidak tahu malu.
‘Tak tahu malu punya budak. Macani ke nak jadi menantu aku. Awal-awal lagi aku reject!’ kata hatinya. Dia cuba bersabar.
Lidya masih terkaku dengan apa yang dikatakan oleh pemuda itu.
“Saya tidak terima pinangan ini. Boleh anda semua segera pulang,” kata tegas Umi Kalsom.
“Pelik!” Lidya berasa hairan dengan sikap lelaki itu yang merayu bersungguh-sungguh kepada uminya. ‘Kasihan dia,’ bisik hatinya apabila melihat rombongan tersebut berlalu dengan muka yang kecewa dan malu.
“Umi, kenapa ni?” Lidya bertanya.
“Tiada apa-apa.. Lidya pergi mandi. Sudah mahu masuk maghrib ni,” arah uminya. Dia tidak pernah melihat wajah uminya seperti itu. Tegang sahaja.
Lidya terdiam dengan kata-kata Umi Kalsom. Uminya telah membuat kepurusan. Dia tidak boleh melawan. Lidya segera ke bilik air.
Selesai solat, telefon bimbitnya berbunyi.
SIRI INI AKAN DIEDIT SEMULA...JIKA ADA KESALAHAN APA-APA...JGN LUPA BAGITAU RIA....MAAF SEMUA...
ReplyDeleteHmmm. Mcm ni lah ria.. Acara merisik tu mcm terlalu terburu2. Pihak lelaki jugak mcm mendesak. X ikut adat. Sepatutnya ckp hendaklah brhemah. Beritahu mcm mana hubungan si lelaki dgn lidya. Adakah teman rapat maupun sebaliknya. Walau pun skunk ne zmn moden, org x guna lgi pantun segala ne tp bgi menyedapkan acara merisik tu hendaklah berperibahasa. Mksudnya ayat yg dguna seperti bersuai kenal..<< sya pernah ikut acara merisik ne tp dua2 sma mau. Yg ne merisik dgn mgejut so sya xbrapa nak pasti. Hrp komen ne boleh menolong ria sedikit la. Hehe. Gud luck to u.
ReplyDeletethank sya tolong komen yang membantu..hihi ria memang nak betulkan semula bab siri 3 ni...macam ada kekurangan dan tak sesuai sahja...thank tau...
ReplyDeletehohoho... mak lidya rockla...
ReplyDeletememang rok pun rin
ReplyDelete