Followers

Wednesday 14 August 2013

15
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 1



Bab 1


Peluh mula mengalir deras. Denyutan jantung bergerak pantas. Liur di telan berkali-kali. Kenapa aku kena hadapi situasi ini seorang diri? Siapa akan tolong aku ni?!

“Meow... Meow...” seekor kucing ingin bermanja dengan Izz Izzati. Dia sedang duduk atas meja yang ada di ruang tempat letak kereta. Nasib baik kucing itu tidak naik atas meja ni.

“Shhhuhhh!” halau Izz Izzati tetapi kucing itu buat muka comel pula. Kenapa kau tak nak pergi?

“Cik, kenapa ni?” seorang lelaki menyapa Izz Izzati.

“Encik! Tolong saya! Tolong saya halau kucing ni.” pinta Izz Izzati.

“Kucing je ke?” Lelaki itu berpaling. Malas mahu melayan karenah orang macam ni.

Kucing tadi mengeow lagi dan kali ini dia cuba melompat naik ke atas meja tersebut.

“Arrrggghhhh!” jerit Izz Izzati terkejut lalu terlompat ke arah lelaki itu. Elok sahaja dia terlekat di belakang lelaki itu.

“Encik, tolong saya!” mata Izz Izzati sudah berair. Dia benar-benar fobia dengan kucing sejak kecil lagi.

“Yelah! Tapi kau turun dulu.” Arah lelaki itu.

“Tak nak! Takut!”

“Kalau kau tak turun, aku cium kau!” ugutnya.

“Okey!” pantas Izz Izzati turun dari melekat di belakang lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu memegang tangannya. Dia tersentak.

“Jom lari!” Lelaki itu tersengih. Mereka berlari bersama naik ke ruang mall.

Kepenatan mereka berdua berlari. Banyak lemak dah aku ni. Kena kuruskan badan sebelum kahwin ni.

“Terima kasih encik sebab selamatkan saya dari makhluk itu.”

“Sama-sama. Aku Fakhrol Hazril. Nama kau?!” Fakhrol Hazril perkenalkan diri. Comel pula apabila melihat wajah perempuan itu yang agak merah-merah walaupun gelap sedikit wajahnya.

“Panggil Izz aje.”

“Okey, Izz. Aku ada benda nak buat ni. Aku pergi dulu!” lelaki itu terus berlalu.

“Okey!”

Izz Izzati terus menuju ke MPH. Rutin hujung minggu, melawat novel sendiri di pasaran. Saje nak tengok. Ada orang beli atau tak. Eh banyak lagi novel aku ni.

Izz Izzati memerhati novelnya yang bertajuk ‘1000x Cinta’. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki yang mengambil novelnya. Izz Izzati nama penanya. Entah mengapa hatinya tenang melihat wajah lelaki yang asyik membaca sinopsis novelnya. Entah mengapa juga hatinya berdebar hebat.

Rambutnya agak panjang tetapi nampak macho. Kulitnya putih cantik. Tak macam kulit aku ni, hitam manis. Hidungnya mancung. Hah! Tinggi dia macam Lee Minho walaupun mukanya sah-sah jauh beza dengan artis korea itu. Alamak, lama gila aku merenung mamat ni. Gila ke?! Kau akan berkahwin la Izz Izzati! Sedar sikit diri tu! Okey! Aku sedar la ni. Jom blah! Izz Izzati terus berlalu.

"Tapi..." Izz Izzati berpaling semula. Dia sendiri tidak tahu dorongan apa yang menyebabkan kakinya melangkah terus menghampiri lelaki itu.

"Novel ini saya tulis tau. Jadi, jangan tak beli pula ye." Selepas berkata begitu, Izz Izzati terus berlalu pergi. Rasa malu pula apabila memikirkan perbuatannya sebentar tadi. Macam entah apa-apa. Ish tak malu sungguh aku ni. Cara promosi novel sendiri cam salah je. Malunya! Harap tak jumpa dah lelaki tu dalam hidup aku.

Lelaki itu memandang belakang Izz Izzati. Apa kena perempuan ni? Lelaki itu perasan yang Izz Izzati sedang merenungnya sebentar tadi dan kini menegurnya.

"Zam..." Encik Azlan menegur lelaki itu.

"Pak cik..." Tengku Zam Hairil terkejut dengan kehadiran pak cik tua itu.

"Novel ni la yang pak cik cari tadi..." Encik Azlan tersenyum.

"Kenapa dengan novel ni pak cik?" soal Tengku Zam Hairil. Entah kenapa hari ni banyak kejadian pelik yang berkaitan dengan novel yang dipegangnya.

"Inilah novel anak pak cik."

Tengku Zam Hairil terkejut. Riak wajahnya tidak dapat disembunyikan. Jadinya... Perempuan tadi... Akhirnya dia ukirkan senyuman manis.

"Zam beli satu tau. Tanda menyokong anak pak cik ye." pinta Encik Azlan.

"Baiklah Pak cik..."





******



Mug di mejanya diambil lalu dengan rakus meneguknya. Hampir setengah jam dia menghadap komputer ribanya.

Izz Izzati meneruskan taipannya terbantut tadi,



Suami aku suka sangat buat aku rasa bersalah. Dia tak tahu ke aku cintakan dia seorang. Kenapalah kekasih lama aku tu muncul. Aku rasa dunia ni cukup besar tapi aku terserempak juga dengan dia semasa aku dan suami pergi membeli barang dapur. Ish! Serabut la!

Aku rasa aku kena buat sesuatu....



“Buat sesuatu? Nak buat apa ye? Ish bila sampai tengah ni, idea tak ada.” Izz Izzati menghentikan taipannya. Idea hilang tiba-tiba. Ini sudah masuk minggu ke tiga dia tidak dapat menyiapkan manuskrip penulisannya. Entah ke mana idea aku berjalan-jalan ni? Benar-benar memberikan dia tekanan.

Izz Izzati seorang penulis novel cinta sepenuh masa. Tugasnya hanya menaip untuk mencari pendapatan. Dia bersyukur kerana keluarganya tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam dunia penulisan selepas tamat pengajian di universiti.

“Zati, mak dah cari calon suami yang kamu nak tu!” tiba-tiba Puan Zalimah muncul. Wajahnya serius. Mana tak seriusnya, anak perempuannya mahu berkahwin. Itu adalah khabar berita yang baik.

“Siapa mak? Siapa!” Izz Izzati pula yang teruja. Dia sudah menetapkan apabila umurnya 25 tahun, dia perlu mencari teman hidup. Sudah dua tahun dia bercinta dengan dunia penulisan tanpa mempedulikan sesiapa. Kini, dia mahu bercinta dengan lelaki pula yang bergelar suami.

“Kawan ayah kamu la Zati.” Puan Zalimah teringat pertemuan yang tidak disengajakan semasa dia dan Encik Azlan membeli belah sebentar tadi.

“Kawan ayah? Mak nak Zati kahwin dengan kawan ayah?” memang terkejut beruk aku macam ni. Kawan ayah jadi laki aku!

“Salah! Salah!” Puan Zalimah menepuk perlahan mulutnya yang lancar berkata-kata. “Anak kawan ayah kamu. Itu baru betul.” Puan Zalimah hanya tersenyum.

“Mak ni buat Zati terkejut aje. Nasib baik tak arwah kat sini.” Izz Izzati ketawa kecil. Sebenarnya dia rasa berdebar. Al-maklumlah dia bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali. Entahlah mengapa dia mahu menyahut cabaran itu. Pilihan orang tua ni berkat bak kata orang-orang tua. Apalah aku mengarut sorang diri ni?

“Nama dia mak? Nama tu penting. Kalau nama dia tak sedap, saya tak nak la mak. Sebagai seorang penulis, Zati amat menitik beratkan nama terutamanya nama hero.” Izz Izzati mulakan mukadimahnya.

“Ish, kamu ni! Mulalah nak melalut pasal penulisan kamu tu. Zati, mak ni cari suami untuk kamu berdasarkan keturunannya yang baik-baik. Bukan sebab nama.” Jelas Puan Zalimah pula.

“Eh, mak! Kena ambil kira juga. Sebab kalau nama dia Mikail Islam dan nama anak mak, Izz Izzati, pasti nama cucu mak ialah Izzue Islam. Cantik! Cantik!” Izz Izzati sendiri memuji nama yang diciptanya. Dia teringat akan Izzue Islam yang semakin popular.

“Izzue Islam dah kahwin. Kamu jangan nak mengarut nak buat nama artis pula.” Pantas tangan Puan Zalimah mencubit pipi anaknya itu.

“Mana ada mengarut la mak!” Izz Izzati menggosok pipinya yang terasa berbisa sedikit.

“Nama dia mak tak tahu. Zati tanyalah ayah nanti.” Puan Zalimah mahu berlalu pergi dari biliknya itu. Ada dua orang anak macam ada 10 orang anak. Nasib baik abang dia dah kahwin, kalau tak, susah juga nak cari calon yang sesuai. Puan Zalimah mengeluh.

“Ala mak! Nanti dulu. Tak habis lagi soal jawabnya.” Kata Izz Izzati sambil klik ‘save’ dalam komputer ribanya lalu dia menarik lembut lengan Puan Zalimah duduk di birai katil.

“Apa lagi yang kamu nak tanya? Pergilah tanya ayah kamu tu.” Puan Zalimah memang tidak tahu menahu tentang pilihan suaminya itu, Encik Azlan.

“Umur dia mak. Manalah tahu ayah cari umur 40 tahun. Jatuh imej Zati sebagai seorang penulis.”

“Ada kena mengena ke?”

“Ada mak!”

“Peninglah mak layan kamu tu. Apa yang mak tahu, bakal suami Zati ni sangat sepadan dengan Zati. Seorang putih, seorang gelap!” Puan Zalimah ketawa kecil.

“Siapa yang gelap ni mak?” Izz Izzati mula rasa geram.

“Anak mak la yang gelap.”

“Mana ada gelap mak, cuma hitam manis je.” Izz Izzati membetulkan ayat Puan Zalimah itu. “Lagipun keturunan gelap ni kan daripada mak.” Dia tersengih.

“Yelah wahai penulis! Dah! Mak nak pergi masak mee mamak untuk ayah kamu ni.” Puan Zalimah berdiri.

“Ala, suruh aje mamak kat kedai tu masak untuk ayah.”

“Ish kamu ni! Mak kan isteri. Dah jadi tanggungjawab mak masak untuk ayah kamu. Jangan nak buat mak jadi derhaka pula.” Puan Zalimah menepis tangan anaknya itu yang ingin berpaut di lengannya.

“Ala, anak nak bermanja dengan mak, tak kan ayah tak bagi. Kedekutlah ayah ni!”

“Apa? Siapa yang kedekut ni?” Muncul pula Encik Azlan. Dari ruang tamu lagi dia dapat mendengar perbualan isteri dan anak gadisnya itu.

“Ayahlah! Nak pinjam mak kejap pun tak boleh.”

“Mestilah! Mak kamu tu untuk ayah aje. Kamu cari orang lain nak bermanja.” Usik Encik Azlan. Puan Zalimah hanya mampu tersenyum.

“Sampai hati ayah cakap macam tu pada anak sendiri.”

“Bermanjalah dengan suami kamu nanti.” Tiba-tiba nada Encik Azlan serius.

Walaupun serius, bagi Izz Izzati itu biasa sahaja di pendengarannya. Lengan Encik Azlan pula disambar oleh Izz Izzati.

“Ayah, nama dia apa? Bagitaulah! Mana la tau sesuai dengan cerita novel terbaru yang anak ayah nak tulis.”

“Tak habis lagi ke dengan penulisan kamu tu, Zati?” Puan Zalimah pula menyampuk. Rasanya penulis lain tak macam ni kot perangai mereka. Baca penulisan Siti Rosmizah dengan tuan punya penulisan berbeza je. Lain sikit anak aku ni. Penulisannya dan tuan punya penulisan, perangainya sama! Kasihan anak aku ni.

Izz Izzati membuat muncung. Kadang-kadang apa yang berlaku di sekelilingnya mahupun diri sendiri, dia akan tulis. Dia sudah biasa begitu.

“Comelnya muncung dia. Nanti ayah jemput dia datang rumah. Kamu sendiri tanya pada dia apa yang kamu nak tahu.” Kata ketua keluarga. “Jom, Mah!” ajak Encik Azlan sambil menghulurkan tangan kepada Puan Zalimah. Makin lama dia dalam bilik anak gadisnya makin lama merajuknya.

“Jom, bang!” Puan Zalimah menyambut huluran suaminya itu.

Izz Izzati hanya memandang ke dua ibu bapanya sehingga pintu biliknya tertutup rapat. Dia mengeluh.

Betul ke tindakan aku ni? Berkahwin dengan lelaki yang aku sendiri tidak kenal. Ini bukan kes aku kahwin paksa. Aku sendiri yang rela. Aku sendiri yang meminta ibu bapaku mencari calon sebab aku sendiri tak tahu nak cari calon macam mana. Nampaknya aku kena pastikan bakal suami aku juga tidak terasa terpaksa dengan perkahwinan ini nanti. Betul tu!

Izz Izzati tersenyum sendirian.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia merenung skrin telefon Samsung Galaxy Note 2. Dia tidak pernah melihat nombor telefon ini. Akhirnya dia menekan on.

“Assalamualaikum.” Izz Izzati memulakan perbualan.

“Waalaikumusalam. Boleh ngorat cik penulis ni tak?” ada suara seorang lelaki kedengaran di hujung talian.

Macam aku kenal suara ni tapi siapa? Siapa ye? Otak Izz Izzati ligat berfikir. Dia diam seketika.

“Hello! Hello!” lelaki itu mula gelabah apabila Izz Izzati tidak memberi sebarang tindak balas.

“Oh, kau rupanya! Alyas!” terjerit Izz Izzati dibuatnya. Dah lama mamat ni menghilang.

“Ingat pun. Ingatkan dah lupa.”

“Mana boleh lupa mamat yang takut lipas.” Izz Izzati ketawa kecil.

“Sedapnya mengutuk orang. Dia tu takut kucing. Padahal kucing tu makhluk Tuhan yang paling comel kejadiannya.” Mulalah mereka akan bergaduh.

“Bairlah! Kucing tu ada kuku yang tajam. Dia boleh mencakar sesiapa je.” Izz Izzati mempertahankan hujahnya.

“Dia tak cakar orang la. Kucing tu manja.” Jelas Alyas.

“Alyas, kau ni peminat kucing ke?” Izz Izzati tidak berpuas hati. Lelaki itu asyik nak menangkan kucing aje. Ada apa dengan kucing tu?

“Aku suka perempuan yang suka kucing.”

“Baguslah! Aku tak masuk list. Alhamdulillah!”

“Ish kau ni! Ke situ pula. Aku suka juga pada kau.” Alyas berkata. Dalam diam dia suka pada Izz Izzati tetapi siapalah dia untuk digandingkan dengan gadis itu. Gadis itu mempunyai kerjaya dan kelebihannya sendiri tapi aku? Apa yang aku ada? Hanya bengkel kereta yang buruk tu.

“Suka kawan kan? Okeylah, aku nak bersiap ni. Nak keluar sekejap. Nak cari idea. Salam.” Lepas Alyas menjawab salam Izz Izzati, talian di tamatkan.

“Aku akan kahwin tak lama lagi.” Izz Izzati tersengih. Dia terus bersiap-siap mahu ke tempat yang membolehkan idea-idea terbentuk dalam fikirannya.


p/s : Nantikan bab dua pada masa akan datang hihihi semoga terhibur.... tiga watak lelaki terus keluar dalam bab 1....wah hihihihi










15 comments:

  1. (9)
    Komen saya. Hehe...sama macam komen dulu tu. Sungguh! Saya terjatuh suka dengan nama heroin. Izz Izzati. Rngkas, cantik, comel.
    Memang, part yang mak dia ckap. “Kawan ayah kamu la Zati.” Hahah, yg tu mmg kelaka. Ingatkan betul2 nk dikahwinkan dgn 'kawan ayah zati' hehe, ternyata Puan Zalimah salah bagi maklumat. Kahkah...

    Zati akan berkahwin dgn Tengku Zam Hairil, *panjg nama, hihi..
    Tapi, Zati lebih 'kenal' dulu dgn Fakhrol Hazril. Ermmm... Siapa yg akan jadi pangeran di hati Zati ek? Hehe... TZH ngan FH ni sedare ek? Nama seiras aje..hihi

    Alahai.. Bnyak pok pek pula saya kt sini. Hihi... Dah setakat tu je komen saya cik penulis. Papepun... I Like dis story.. Zati si fobia kucing lak tu

    ReplyDelete
  2. (13) firstly, sorry sbb x dpt nak komen panjang sbb pakai tab payah ckit. Hazril??? Oh, my! My hero's name. Harap dia bkn watak jahat. Takut kucing eh? Haha...sama mcm sy jgk. Mikail Islam pun masuk? Izzue Islam pun sama? Kang mak penulis, anak penyanyi + pelakon. Hihi...apa punya komen lah ni? Sokong kata si no9 tu, mmg kelakar part tu. Tkejut juga td, ingatkn betul2 kahwin dgn kwn ayah dia. Alala...sweetnya parents dia. Ni yg best ni! Alyas, hrp awak bdk baik eh. X sabar nak tgu si hero tu muncul. Nama pun bkn main cantik lg, Tengku Zam Hairil. X sabar jgk nak tgu bab mereka kahwin. Sweet je. Cute je hero tu. Anyway, mmg layan habislh crt ni tp...tajuk dia buat kita takut plk. Btw, all d best to kak Ria. Slow2 ckit buat sbb kita bknnya dpt baca tiap minggu. Kalau blh, mmg suruh buat laju2.. Ckp x panjang, ni rasa mcm panjang semcm je. Hehe

    ReplyDelete
  3. (2)
    wah takut kucing rupanya cik penulis ni... hahahahaha..
    btw comelnya watak izz ni...
    mcm mana lah riaksi wajah izz bila mak dia ckp "kawin dgn kwn ayah"????
    si izz pandai berkata2 siap mak dia pon xleh nak menang.. mcm mana la klu dia kawin nnt??? dia still menang or x???
    wah jodoh pilihan keluarga.. mcm mana lah ye???
    terbaik lah cara izz promosi novel dia..
    cara ckp suruh org beli mcm paksa je.. hahahhah
    terbaik la pn. Zalimah kutuk anak dia si izz depan2 + bahagianya keluarga ni... (Y)

    tengku zam hairil dah tahu siapa calon isteri dia...
    izz pula still duk siasat dari parents dia sapa calon suami dia..
    apa tindakan izz selepas ni ye???
    bila izz nk berjumpa dgn calon dia??
    riaksi izz mcm mana bila dapat tau calon suami dia TZH??? (mesti kelakar bila dia teringat kes promosi secara paksaan kat TZH) hahahhahah

    ReplyDelete
  4. (4)

    izz ni kelakarlah..ada ke patut suruh org beli novel dia..tapi sebelum tu usha dulu..lepas dia pergi, ayah izz pun ckp anak dia yang tulis novel tu..mcm dirancang pulak..bagus izz ni accept je calon suami yang ditetapkan keluarga..biasanya mesti membantah punya. izz ni anak yang taat plus manja dgn parents dia..tak sabar nak tau apa reaksi izz bila jumpa dgn tengku zam hairil..mesti terkejut kan..TZH rasanya tak terkejut sgt sebab dia dah tau izz tu bakal isteri dia... kak ria,cptlah smbg..:D

    ReplyDelete
  5. Salam. Wah, ni cerita baru! Intro menarik. tp jalan cerita bab macam tergesa2 pulak. Slow n steady gurl.
    Kalau dilihat reaksi mamat Fakhrol Hazril tu nampak benor dia gatal. Baru 1 kali jumpa dah cakap 'aku cium kau!'. eww...menakutkan. Jgn jadikan dia hero. hehe...

    ps: ni cerita diri sendiri ke?novelis.takut kucing. caught you...heh.larikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaah tapi tang takut kucing tu memang penulis ni sendiri punya perangai hihihihi oh orang gatal memang jumpa perempuan je gatal hihihi jgn risau kak....bukan dia hero dalam citer ni hihihihi

      -RIA NATSUMI-

      Delete
  6. 8)
    Ok...sbagai permulaan sya ucpkn thanks kpd cik pnulis krana tlah m'yiapkn bab ni awal...hehehe
    Izzati ni seorng penulis dn tkut kucing ye~ mcam kenal je~ hihihi ^^
    Fakhrol, I don't like u but not hate sbb awat yg hang gatal sngat ni...baru jumpa dh nk cium ank dara orng...adoii -_-''
    part yg dkt MPH x bleh tahan...asl izzati ni slamba sngat suruh mamat tu beli novel dia~ nasib mamat tu x terkejut...Zati2...ish3~
    ayah zati plak...ala, sweetnya dia dngn mak zati~ zati nk pinjam mak dia pn x bleh...hihihi
    siapakh jejaka yg bakal Izati kahwin?? tua ke?? eii, ni yg x sbar ni~!!! NEXT please~!! hehehe ^__^ v


    ReplyDelete
  7. -5-
    permulaan yang menarik, tertarik kau memang debum!! ahaks~
    kelakar si izz ni..takut kucing ye cik penulis..but i like cat..
    suka anak patung ye..
    lelaki yg suka anak patung ni, sweet dalam diam tau..tapi suka tunjuk macho depan orang..hati terlebih banyak taman bunga yang tengah berkembang..ceh..ahaks~

    teruskan lagi kak..nak sambungannya..

    ReplyDelete
  8. (--10--)
    Izz ingatkan nama lelaki.. rupanya pempuan.. paling x ley tahan Izz Izzati seorang penulis yang telah mengeluarkan novel tetapi sadisnya penakut kek meow.. (samalaa kita, takut kucing) .. xdapat bayangkan kalau laa meow meow tu terjak kat Izz secara x normal komperm demam seminggu.. takut juga ea si penulisnikena cium ngn Hazril.. bestlaa Pak Cik Azlan bawa bakal menantu Tengku Zam Hairil p bookstore..siap suruh cari judul novel dan promote novel anak.. dah laa si Izz nie dengan selamba je cakap "Novel ini saya tuli taw. Jadi, jangan lupa beli". Bapak ngn anak sama je habit..
    1st time baca ingatkan si Hazril nie hero tapi bukan.. nasib baik.. sebab bila baca mcm x sesuai nk jadi hero.. opss sorry* tapi serius suka sesangat ngn nama Bakal menantu Pak Cik Azlan yang handsome ni...
    "Bakal suami, kawan ayah" giler x suspens.. bajet kawan ayah nie umurnya 45++ mana x terkezut Izz dibuatnya.. Izz nie pun belum apa apa dah fikir nama anak.. takut nama hubby x best nanti effect kat anaknya..HAHAHA..

    Good job kak RiaNatsumi.. suka enovel ni. terus membuatkan kami kami nie giler kt blog akak.. updte selalu ea enovel Kebencian Dalam Hati..

    ReplyDelete
  9. (6)
    alahai comel betoi perwatakan zati nie... sbb dia takot kucing dn perangai selamba jer tegor owg tak kenal.... hihihi... msti lpas ni zati terkejut sbb lelaki yg dia tegor tu bakal suami dia..
    - lpas nih tengku kna bersaing dngn alyas dan fakhrol la jwabnyer... huhuhu
    - tak sabar nk bca smbungan dia.. hihihii

    ReplyDelete
  10. ( 16 ) jalan cerita best.. Tapi ada sikit2 salah taip tu kne btul kn lah.. X sgka izz takut kucing cmtu skali ek.. Smpai sggup naik atas org.. Haha.. Kelakar pon ada gak... Hihihi yang kelakar byk mulut gak izz nie ad aje nk di kata kan.. Yang best nye nme yg di gabungkan..adeh jauh tol die pkr ..hahaha... Mk ayah die mmg best romentik lak tu.. Cik penulis yg sweet best2..(qis)

    ReplyDelete
  11. Wahh! Nice. Heroin tu takut Kucing!!!!!!! Yeah! Sama lah dgn saya. So , takde lah bnyk scene pasal Kucing! Ngehngeh. Tapi kan , zam suka teddy, alo... Mesti dia suka Kucing jugak kan...? Habis lah izz lps ni. Parents izz , quiet romantik , so Mesti Takkan Ada family conflict . Better sis buat less family conflict. Except utk zam n his mother lah. Anyway , novel ni best!! Baca 1 bab dah tau. Hope Jln cerita dia tak meleret sngt smpai bosan nk baca. Bnyk novel yg meleret Jln cerita skrg ni. Chaiyok , Chaiyok , sis!!!! You can do it!!! Ops , ter'over' Pulak.. Heheheh

    P/s: sorry ek , dah bab 11 , baru sempat nk komen.. ^_<
    Regard , (3)

    ReplyDelete
  12. 11

    izz takut dengan kucing rupanya.samalah kita.boleh pulak dia promote novel dia macam tu aje. mesti izz terkejut bila dapat tahu lelaki yang dia tegur tu lah bakal suami dia..sweetnya family izz.amboi izz.mentang2 la dia tu penulis, nama suami pun kena sedapp macam dalam novel.pening mak dia nak layan perangai izz ni..semua tentang bakal suami dia nak siasat takut tak sesuai dengan penulis macam dia..adoiii...alamak! banyaknya hero.semua dah keluar awal2 dalam bab 1.ape pun memamng best.jalan cerita yang menarik dan enjoy

    ReplyDelete
  13. Salam..da baca untuk kali ke 2..baru nk komen..cerita yg menarik n gaya bahasa yg sempoi..xjemu dibaca n xmeleret2..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi