Followers

Wednesday 21 August 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 6


Bab 6



Encik Azlan tersenyum apabila perbincangan perkahwinan anak perempuannya bersama Tengku Zam Hairil berjalan dengan lancar. Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 1 Mei. Hari cuti buruh.

Hanya majlis akad nikah sahaja yang dipersetujui untuk tarikh tersebut. Tarikh majlis persandingan masih dalam perbincangan.

Zizan juga bersetuju.

"Macam mana dengan mama Zam?" Encik Azlan bertanya tentang Puan Faridah. Dia kenal wanita itu.

"Mama? Mama tak tahu perkahwinan ni lagi. Tapi Fakhrol dah tahu." jelas Tengku Zam Hairil.

"Kenapa mama tak tahu lagi?"

"Entahlah ayah, Mama dah buang Zam masa Zam tertampar pipi Fakhrol."

"Sabarlah nak..." pujuk Encik Azlan.

Tengku Zam Hairil terkenang peristiwa yang menguris hatinya.Ia berlaku lima tahun yang lalu.

"Zam, kau sengaja buat aku marah kan?" Fakhrol Hazil mula mencari gaduh dengan abangnya.

"Kau ni apa hal. Dari kau bayi sampai umur dah lanjut macam ni, nak cari gaduh dengan aku je." amuk Tengku Zam Hairil. Mereka bukan lagi budak-budak mahu bergaduh di sebabkan perkara yang kecil.

"Aku tak puas hati dengan kau. Sam asyik berkawan dengan kau je. Dengan aku tak nak pula. Aku ajak keluar dia selalu tolak."

"Suka hati dia la..." Tengku Zam Hairil meneruskan pembacaannya yang sudah terbantut itu. Ketika itu mereka berada di halaman rumah.

Fakhrol Hazil rasa geram. Dia merampas dengan kasar buku yang dibaca oleh Tengku Zam Hairil yang tidak mempedulikan dia.

"Fakhrol!" marah benar Tengku Zam Hairil dengan adiknya dia.

"Apa?" Berani Fakhrol Hazil. Dia membuang buku itu di dalam kolam renang.

Darah Tengku Zam Hairil terus naik ke muka.

Fakhrol Hazil tersenyum puas.

Tengku Zam Hairil tidak mempedulikan adiknya. Dai terus terjun dalam kolam dan mengambil buku yang sudah basah lencun itu. Buku itu amat bermakna baginya.

Dengan panahan mata yang tajam dituju pada adiknya. Dia tidak ingat langsung itu adalah darah dagingnya.

"Entah-entah kau dengan Sam tu gay. Itu pasal dia suka keluar dengan kau je." Fakhrol Hazil ketawa kuat.

Pang!

Tengku Zam Hairil menampar pipi Fakhrol Hazil sekuat hati kerana terlalu geram. Geram mengganggunya. Geram mencampak buku tersebut dan geram dengan tuduhan yang tidak berasas itu.

"Zam!" panggil Puan Faridah dengan kasar. Panas hatinya apabila melihat Tengku Zam Hairil menampar pipi anak kesayangannya.

"Mama..." Tengku Zam Hairil terkejut dengan kehadiran Puan Faridah di situ.

"Kau bukan anak aku! Berambus kau dari rumah aku! Tak guna aku bela kau! Melawan cakap aku je!" marah Puan Faridah. Menirap darahnya.

Fakhrol Hazil hanya tersenyum sinis. Suka benar dapat melihat Tengku Zam Hairil di marahi.

"Mama, jangan halau Zam macam ni. Zam nak pergi mana? Zam tak ada sesiapa pun. Zam hanya ada mama dan adik je." rayu Tengku Zam Hairil.

Puan Faridah terkedu. Kasihan pula melihat anak sulungnya itu.

"Mama, jangan percaya cakap dia mama. Dia kan ada Sam. Zam dan Sam ni gay la mama..." batu api Fakhrol Hazil.

"Kau diam!" Tengku Zam Hairil menarik koler baju Fakhrol Hazil.

"Kau jangan sentuh anak aku!" Puan Faridah tersedar. Dia menolak tubuh Tengku Zam Hairil.

"Mama..." Kecewa Tengku Zam Hairil dengan tindakan Puan Faridah. "Mama, Zam pun anak mama."

"Kau bukan anak aku! Kau bukan anak aku!" kata Puan Faridah sambil berpaling daripada melihat wajah anak sulungnnya.

"Sampai hati mama!" Tengku Zam Hairil menangis. Pertama kali dia menangis dengan kata-kata Puan Faridah. Selama ini dia bertahan sahaja tetapi kali ini terlalu berat dugaannya.

"Zam..." panggil Encik Azlan membuatkan ingatan Tengku Zam Hairil terhapus.

"Ayah..."

"Pasal mama tu, tak apa la. Ayah faham." Encik Azlan memahami sangat dengan sikap Puan Faridah. Dia sendiri pernah nampak wanita itu memarahi Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil tersenyum pahit.

Selepas berbincang sedikit perkara, dia pun pulang ke rumah.

Izz Izzati hanya mampu mengintai dari tingkap rumahnya. Kenapa wajah Tengku sedih? Dia rasa bimbang.

Aku tak la marah padanya sangat tapi tak sangka pula Tengku ada penyakit tak boleh kacau dia tidur. Pelik!

Izz Izzati berpaling. Dia mahu ke biliknya.

"Opocot!" terkejut Izz Izzati apabila terlihat Zizan begitu rapat dengannya. "Abang ni!" geramnya.

"Intai buah hati rupanya."

"Ye lah! Buah hati tersayang." manja Izz Izzati.

"Tadi masa makan, kenapa terbatuk sampai kena pergi dapur." soal Zizan. Dia mahu mengorek rahsia hati adiknya itu.

"Siapalah yang ajar Tengku panggil ayah begitu?"

"Abang yang ajar, kenapa? Ada masalah ke wahai adikku?"

"Abang rupanya! Kenapa ajar macam tu!"

"Kenapa apanya? Kan Tengku awak tu dah nak jadi salah seorang dalam keluarga kita. Mestilah kena panggil begitu." Pandai sungguh Zizan berkata-kata.

"Sudahlah!" Izz Izzati terus berlalu ke biliknya. Dia terbatuk tadi kerana wajah Tengku Zam Hairil sangat comel. Dia tersentak melihat wajah bakal suaminya itu menyebut panggilan ayah. Sampai tersedak dibuatnya.

Tambahan pula, sejak peristiwa tengah hari tadi, dia tak dapat fokus dengan apa yang dilakukannya.

"Lantaklah!"

Izz Izzati melihat kotak pemberian Tengku Zam Hairil sebentar tadi.

"Apa yang Tengku bagi ye? Baru merajuk sekali dah bagi hadiah. Kalau berkali-kali merajuk, mesti banyak hadiah yang aku dapat. Alamak! Demand pula dah" Izz Izzati tersengih dengan sikapnya.

Sejak mengenali Tengku Zam Hairil. Hidupnya benar-benar ceria. Asyik tersenyum. Ada sahaja gelagat Tengku Zam Hairil yang memikat hatinya.

"Keronsang?" lama dia merenung hadiah itu.

"Cantik!"

"Ada note sekali ni..." Izz Izzati membaca nota yang diselit dalam kotak tersebut.

"Keronsang ini saya beli untuk seseorang yang sangat istimewa tetapi orang tu dah tinggalkan saya dan saya mahu berikan kepada awak. Saya harap awak menerimanya dan tidak akan tinggalkan saya seperti mana orang itu meninggalkan saya."

"Wah terbaiklah ayat dia!!!" Izz Izzati terpegun. Dia suka dengan ayat yang ditulis oleh Tengku Zam Hairil. Sweet sangat. Boleh aku masukkan dalam novel aku ni. Pinjam ayat ni ye Tengku!

"Sayanglah nak pakai. Kerosang ni cantik sangat." Izz Izzati tersenyum sehingga dia terlena.



Tengku Zam Hairil masih bersedih. Mengenakan Puan Faridah dan Fakhrol Hazil yang membencinya. Dia bakal berkahwin tetapi dua orang yang bermakna padanya itu tidak datang. Aku yakin yang mereka berdua tidak akan datang. Akhirnya Tengku Zam Hairil juga lena dibuai mimpi.



*****



Lagi dua minggu mereka akan berkahwin. Tidak sabar menanti hari perkahwinan itu. Izz Izzati berjalan sendirian kerana mahu membeli sedikit barang keperluannya.

"Alamak hujan pula dah!" Izz Izzati baru sahaja selamat masuk ke dalam keretanya. Nasib baik tak kena hujan.

Itu Tengku kan? Mesti lupa bawa payung. Tengku mesti bertuah ada bakal isteri macam aku ni.

Tengku sedang berjalan longlai dalam hujan yang lebat. Kebetulan lelaki itu menuju ke taman permainan yang berhampiran di situ.

Izz Izzati keluar dari kereta bersama payung lalu berlari ke arah Tengku Zam Hairil yang berjalan dalam hujan dengan wajah yang serius.

“Tengku!” sapa Izz Izzati sambil teduhkan bakal suaminya dengan payung. Wajahnya ceria. Dia benar-benar rindu pada Tengku Zam Hairil.

“Zati!” Tengku Zam Hairil tersentak. Dia tahu yang matanya merah akibat menangis. Sebab itu dia berjalan dalam hujan supaya tiada sesiapa tahu yang dia menangis.

“Merahnya mata Tengku! Tak cukup tidur ke?” soal Izz Izzati. Sememang sukar untuk mengesan orang menangis dalam hujan.

“Banyak kerja...” Kelentong Tengku Zam Hairil. Dia cuba mengawal nada suaranya. Ada getaran di situ.

"Kerja? Bukankah Tengku dah berhenti kerja."

"Ada la kerjanya." Tengku Zam Hairil cuba menyembunyikan sesuatu

“Tengku sihat tak? Dua minggu lagi kita dah nak kahwin. Tengku masih nak teruskan perkahwinan ni kan?” Izz Izzati tersenyum. Walaupun dia tidak mengenali Tengku. Entah mengapa dia merasakan yang Tengku Zam Hairil seorang lelaki yang baik.

Tengku Zam Hairil hanya diam.

“Tengku buat apa tadi? Eh, bunga! Bunga ni untuk siapa?” teruja pula Izz Izzati mahu mengetahuinya walaupun dia yakin bukan untuknya.

“Boleh diam tak!” tiba-tiba Tengku Zam Hairil menjerkah Izz Izzati dengan kuat.

Izz Izzati terkejut. Bagaikan luruh seluruh tenaga dia. Payung yang dipegangnya terlepas.

Mereka saling bertentangan mata. Air matanya mengalir deras. Dia bukan menangis sebab sedih ditengking. Kalau orang lain yang menengkingnya, dia masih kuat tetapi Tengku Zam Hairil yang menengkingnya membuat dia tersentak.

Lama mereka begitu di bawah hujan yang lebat.

“Maafkan saya, Zati!” tiba-tiba rasa bersalah bersarang dalam hati Tengku Zam Hairil. Bukan salah Zati tetapi kerana masalah yang menimpanya. Masalah kenangan yang lalu membuatkan dia marah dan pada masa yang sama dia rasa sedih.

“Tak apa...” Izz Izzati menyentuh tangan Tengku Zam Hairil supaya memegang payung tersebut. Dia tidak mahu Tengku Zam Hairil basah kuyup lagi. Lantas dia berpaling. Lemah seluruh badannya. Rasanya dia tidak mampu untuk berhadapan dengan Tengku Zam Hairil buat masa ini.

“Zati!” panggil Tengku Zam Hairil apabila wanita itu semakin jauh daripadanya. Payung Hello Kitty ditangannya dilihat. "Zati..." Lagi sekali aku buat bakal isteri aku bersedih. Aku memang tak guna! Tak pandai kawal emosi. Bila Feya mengganggu fikiran aku. Aku mula tak dapat fokus pada sesiapa. Sampai bila aku harus begini.

Aku bakal berkahwin dan tak lama akan ada isteri. Sepatutnya aku fokus padanya. Zati seorang gadis yang baik. Kasihan Zati sebab asyik kena tahan dengan sikap aku. Maafkan saya, Zati... Bisik hatinya.

16 comments:

  1. (6) Qaseh Allyea
    -bab nih mmg mengayat hati sungguh.. mcm nk nangis jer.. huhuuu
    -ksian dekat tunku.. sanggupkah seorang ibu buang anaknya kerana nmanya jer.. tunku sangat tabah dalam menghadapi ibunya..
    -kenapa feya selalu muncul dlam fikiran tunku.. Siapa dia sebenarnya...
    -ksian zati tak pasal-pasal kena tengkin dngan tunku.. mcm nak nangis jer bla baca. tak sanggup dimarah oleh orang yang kita sayang..
    - pape pon Alhamdulillah, tunku diterima dengan baik sekali oleh en azlan sekeluarga.. zizan pon la boleh buat lawak untk mngena tunku..
    - tak sabar nak baca bab seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  2. 9

    This part rasanya agak nak tangkap leleh.

    Sian tengku dihalau camtu ngan mama dia. Dah la tak disayang, kena jerkah dicakap "kau bukan anak aku" pula tu. sob.. Sob..
    Betulke tengku tu bukan anak Faridah? Anak tiri ke? Anak angkat ke?haih... Penuh tanda tanya. Hihi

    Kerongsang? Dlm nota tu ada tulis
    "Keronsang ini saya beli untuk seseorang yang sangat istimewa tetapi orang tu dah tinggalkan saya dan saya mahu berikan kepada awak. Saya harap awak menerimanya dan tidak akan tinggalkan saya seperti mana orang itu meninggalkan saya."

    Seseorang sangat istimewa. Agaknya Feya la kut. Kan tengku pernah cakap. Hanya Feya yang dapat buat dia bahagia. Hmmm... Semakin saspen dengan gadis bernama Feya ini.

    Satu lagi tu. zati nampak Tengku berjalan dalam hujan. Mata merah. Nampak penat. Bawa bunga.
    Darimana tengku sebenarnya? Mata merah tu pasal nangis kut. Penat fikir Feya, fikir kahwin. Bunga tu... Untuk Feya?
    Ke si Feya ni dah tak ada di dunia ini. Den kesimpulannya, tengku dari kubur feya, bunga tu untuk feya. Haih....

    Semakin bnyak tanda soal lam otak AN. Hhaha.... Papepon, dis story mmg best. Caya la kak Ria. Hehe.... Syuka syuka syuka...

    Merci kak Ria,

    ReplyDelete
  3. *2*
    waaaaaa berat sebelah.. berat sebelah
    mana blh mcm tu kesian kat zam...
    yg si fakhrol tu pon xagak2... siap fitnah lgi
    ish2....

    izz... izz... xhabis2 dengan penulisan dia tu..
    xpe2 selamat lah family n bakal suami dia paham..
    mcm mana ek kalau zam xpaham dia???
    wah.....
    hahahahhah
    (sesuka hati je menukar jalan cerita org)
    ampun kak..... ^_^

    feya???
    sam???
    who that!!!!!!
    sebab sam.. zam kena halau dgn mak dia.. dan fakhrol fitnah dia..
    sebab feya.. izz kena marah dgn zam..
    zam pon agak2 lah apa salah izz...
    setiap kali dia fikirkan feya n izz yang jadi mangsa..
    xadil!!!!!!!!!!!!!
    (eh2 asal kita pula yg emo lebih ni???)
    hahhahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  4. (16)
    sedih nye bila seorg ibu sanggup buang ank nye... ksian zam.. jahat btul adik die rase cm nk je tumbuk2 muka die..hihihi
    msti keronsang tu utk feya kan..
    masih trtnye sape feya di aty zam,
    mne feya prgi,
    ap yg trjadi..mkin byk psoalan di fikiran nie..
    untung feya dpt zam yg myayangi nye kn..
    tl kesian izzati jd mangsa zam..
    kne marah lak tu..
    terase qis lak yg mrah td..hihihi...
    luruh aty izzati bika zam tengking camtu..
    klau jd izzati mau majok lame dgn zam..
    hahahaha... ap lg zam jgn lupa pujuk izzati..
    da lah nk kwen lg 2 mggu... zam harus lupa kn feya utk izzati..

    ttg mk zam tu npe die x suka dgn zam ek..dari kecik smpai besar.. zam nie die bt cm ank org ln jew... sbar jew lah kn dgn mk die..huhuhh

    btw ctr nie makin lme mkin best lak.. terbaik lah..

    i like35x.. hihihihi

    ReplyDelete
  5. Nape mama zam xsuke zam...siapa pula sam?feya pun xtau siapa dia, ni muncul sam pula...

    ReplyDelete
  6. Sukenya cite ni.. Tak sbr nk tunggu bab seterusnya.. Terbaik

    ReplyDelete
  7. (--10--)

    sweetnya kata kata Tengku Zam Hairil.. "jangan tinggalkan saya seperti mana orang itu meninggalkan saya". kat situ dah ada point yang Tengku dah sayang kat Izz..
    Izz skodeng ayah n bakal suami berbicara.. sedih lihat tengku di buang keluarga.. pilih kasih sunggu mama Tengku nie.. nasib baik laa bakal keluarga baru ini penuh kasih sayang.. lagi lagi dari Izz.. "Buah hati tersayang " tu..
    kenapa Tengku nie ek..? tyme teringatkan Feya dia jadi macam gila meroyan*..hehee..kasihan Izz..klu kita pon terpanjat taw..kena tengking denagan buah hati tersayang wey.. jgn main main..
    harap harap Tengku pas nie bila dah berumah tangga ngn Izz, dapat kawal emosi dia.. jangan eager teringatkan FEYA..
    Apa satu hari nanti mama Tengku nie berubah dan nak sangat tahu apa sebab musababnya dia terlalu memilih kasih.. something wrong there..

    ReplyDelete
  8. -5-

    benci fakhrol!!! itu comen saya kak ria...hahahahaha(ketawa menyampah)

    ReplyDelete
  9. kesian TZH..kena halau dengan mama dia daripada rumah tu.benda kecil pun diperbesarkan.. apalah mama TZH ni memang pilih kasih.tapi kenapa mama dia kata TZH tu bukan anak dia. timbul rasa nak tau pula. sebab tengok muka TZH panggil ayah pun izz boleh tersedak..macam mana la pula kalau TZH panggil dia yang istimewa pula..mesti lagi teruk kan.. kenapalah TZH ni asyik ingat feya je..rasa macam menyampah pula dengan TZH..sepatutnya dia appreciate izz tu..ini tidak..grr. pujuk lah izz tu elok2 sikit..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 16
      tahun xpe kesian kn dkt tengku hal kecik pon boleh halau.. ap salah tengku smpai mama die bnci sgt dkt die kn.. geram btul taw..

      Delete
  10. Eeeeeiii , tengku Marah izz... Kesian izz. Taknak lah kwn dgn tengku. Panas baran! Hidup asyik dlm kenangan je... Feya tu bukan Nya Ada dgn dia pun.. Tapi sikit2 feya. Izz yg jadi mangsa . Izz punya lah baik siap bagi payung lagi. Huhuhu.. Ops , ter'emosi' Pulak.. Heheheh. Maybe , tengku jadi mcm tu sbb kurang kasih syg kot. Mak dia Berat sebelah lah. Tengku tu Betul ke anak kandung dia ? Macam bukan je.. Tak sabar nak tau masalah sbnr mak tengku ni. Anyway sis , best , best! Buat best2 lagi eh , lps ni. Tak nak yg sedih lagi. Heheheh . Chaiyok , Chaiyok!!!!

    Regard , (3)

    ReplyDelete
  11. (13) akhirnya..dpt jgk komen..on9 dkt sekolah!
    Fakhrol jahat! Kejam! Sukati je ckp Zam gay. entah2 dia yg gay! Puan Faridah pun sama. Jahat! Tu anak kau lah!
    sweetnya Zam...ayat dia, perghh! cantik giler!
    Feya tinggalkan dia ke?? knp dia menangis? bunga tu utk Feya ke? kalau ya pun ingat kat Feya, jgnlh buat Zati mcm tu. cian dia.. kita tahulah awak sedih.
    Zati, jgn sedih sgt tau. Zam x sengaja buat mcm tu.
    knp makin sedih crt ni?? huhuhu..

    ReplyDelete
  12. 15.)
    Asal sedih sangat ni? ehehehe..sorry kak ria lame tak update comment. erggggh! menyampah pulak ngan fakhrol ni. siap buat fitnah tengku ni gay pulak. alahaiiiii...pancung kang! hahaha.. semua die nak rampas dari tengku..selfish!

    Mak die ni memang annoying eh... layan tengku macam anak tiri die.eh tapiiiii...tak mustahil tengku ni anak tiri or anak pungut kan? eh kejamnya fieqa.. hahaha...boleh tak kalau saye backhand mak die? hihihi :V


    sampai sekarang confuse...kenapa tengku sangat touching bile sebut pasal feya? motif? and kenapelaaah nak bagi kerongsang yang pernah bagi kat feya...tader nilai sentimental betul mamat ni... urggghhhh...gigit kang....jangan lah asyik nak marah zati je...dah lah budak tu innocent.. kan kan kan?

    zati comel je mase nak nangis tu...cubelah kalau tengku pujuk die and lari kejar die...sweeeeeetnyeeeeeeeeee........... hihihi... and and die cepat sangat touching dengan tengku sekarang..hihi...suke la tu... and last but not least, pelik asal die tak ambik hati mase tengku cakap kat note yang tu hadiah untuk orang yang die pernah sayang...kalau fieqa...mesti cemburu nak mampus..hihihi.. ayah izz sangat penyayang...luv him..eh? hahahah

    ReplyDelete
  13. Simpati sgt ngn TZH..npe mama dia camtu ek..setianya TZH ni..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi