Followers

Thursday 22 August 2013

21
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 7


Bab 7



Izz Izzati berlari masuk ke dalam keretanya. Dulu Tengku Zam Hairil bercakap aku kau dengannya, dia masih rasa boleh sabar tetapi kali ini lelaki itu menengkingnya. Salah ke aku menegurnya? Salah ke?

Dia memandu kereta tersebut tanpa arah tujuan. Matanya merah kerana menangis. Sedih dengan apa yang sikap Tengku.

Dia mengambil keputusan untuk berjalan dalam shopping Mall.

"Zati..." seseorang menegurnya.

"Alyas..." terkejut Izz Izzati dengan kehadiran sahabat lamanya itu. "Alyas..." ada senyuman mekar di bibirnya.

"Hey, betullah kau ni kan? Aku risau salah tegur orang sebab mata kau merah."

"Merah sangat ke?" soal Izz Izzati.

"Ya."

"AKu tak cukup tidur sebab buat kerja penulisan hihihi." Izz Izzati tersenyum pahit.

"Jangan la kuat sangat menulis. Rehat tu perlu juga. So, kau dari mana ni?"

"Aku cuma jalan-jalan. Tak ada idea katakan." Izz Izzati masih berselindung. Perasaan sedihnya harus dilupakan.

Dia bukan jenis yang cepat marah. Cepat sedih tetapi dia cuba untuk menjadi terbaik. Eh, ada kaitan ke? Diri sendiri pun dah pening.

"Zati, kau okey ke?" Alyas berkata begitu apabila Izz Izzati mengelamun.

"Entah la Alyas. Buah hati aku buat hal. Marah betul pada dia sampai aku nak menangis!" geram Izz Izzati.

"Sejak bila kau ada buah hati. Aku tak tahu pun." Alyas agak tersentak. Dia akui yang dia ada menyimpan perasaan cinta pada Izz Izzati tetapi hanya dia yang tidak berani meluahkan perasaan itu.

"Sejak sebulan yang lalu." Izz Izzati berkata. Walaupun dia rasa sakit hati dengan sikap Tengku Zam Hairil tetapi apabila bercerita mengenai lelaki itu pada seseorang membuatkan dirinya teruja.

"Siapa yang suka siapa ni?" Alyas masih tidak berpuas hati.

"Mestilah aku yang suka dia." Izz Izzati tersenyum. Teringat pertemuan pertama kali dia berjumpa dengan Tengku Zam Hairil. Dia memang dah jatuh cinta tetapi masih tidak mahu mengakui rasa cinta itu.

"Wah, tahniah! Nanti kahwin... Jemput aku tau."

"Pasti!"

"Okeylah, aku ada hal. Nanti kita jumpa la." Alyas meminta diri. Luluh hatinya mendengar khabar berita yang wanita kesukaannya akan menjadi milik orang lain.

Izz Izzati hanya melihat Alyas pergi. Senyuman yang terukir dibibir sebentar tadi kini menghilang. Hatinya masih terasa dengan sikap Tengku Zam Hairil.



*****



Tengku Zam Hairil termenung. Dia masih rasa bersalah pada Izz Izzati. Dua minggu lagi kami akan dijodohkan. Dia tidak sepatutnya menengking wanita itu.

Baru hari tu aku terpeluk dia dan dia merajuk tapi kali ini aku menengking dia pula. Ya Allah! Apa yang aku dah buat pada orang yang mengambil berat pada aku.

Tengku Zam Hairil melihat payung Hello Kitty milik Izz Izzati itu. Bagaikan dapat melihat wajah Izz Izzati di situ.

"Ish, tak boleh jadi ni!"

Tengku Zam Hairil mahu menghubungi Izz Izzati. Dia tidak peduli walaupun sekarang sudah jam sebelas malam. Mesti dia tak tidur lagi.

Belum sempat dia menekan nama Izz Izzati...

Tin tong...

Bunyi telefon bimbitnya menandakan satu mesej yang masuk. Segera dia membukanya.

“Zati!” Tengku Zam Hairil terkejut. Sudah tiga hari dia biarkan Izz Izzati tanpa dihubungi. Malu rasanya mahu berjumpa dengan Izz Izzati.



“SABAR itu TAK MUDAH, tapi kerana SABAR segalanya akan DIPERMUDAH.. SABAR itu TAK INDAH, tapi kerana SABAR dirimu nampak INDAH...”



Tersentak hatinya membaca ayat-ayat itu. Memang dia akui itu semua. Aduh! Penulis memang pandai buat ayat puitis macam ni.

Segera Tengku Zam Hairil menghubungi Izz Izzati.

“Awat Tengku call aku!” Izz Izzati gelabah. Dia tiada mood mahu berbual dengan Tengku. Hatinya masih terasa.

1 Misscall

Hanya itu yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Biarlah dulu. Baik aku pergi masak maggie. Lapar la pula! Izz Izzati berlalu ke dapur.

"Masak apa tu?" Zizan datang menyibuk.

"Rasanya abang tahu apa yang adik nak masak kan?" Izz Izzati malas mahu melayan Abangnya itu.

"Kenapa dengan adik abang ni? Angin semacam je." Zizan dapat meneka hati Izz Izzati. "Gaduh dengan buah hati ye?" dia masih menunggu respons daripada adiknya. Tetapi adiknya itu membuat muka tiada perasaaan.

"Biar abang tumbuk muka dia. Berani buat adik abang macam ni." Zizan masih mahu menduga adiknya itu.

"Jangan!" Izz Izzati tersentak. Walaupun dia terasa dengan tengkingan Tengku Zam Hairil tetapi masih ada sayang pada lelaki itu.

"Kenapa jangan?"

"Jangan tumbuk Tengku kalau nak tengok adik abang ni mati..." sengaja Izz Izzati berkata begitu. Entah mengapa mood ceria kembali. Dapat mengusik abangnya memang seronok.

"Ish, adik ni." Zizan tidak suka Izz Izzati berkata begitu. "Adik ni kenapa?" geramnya.

"Saja mahu mengusik abang. Tak kan tak boleh?" Izz Izzati mengacau maggie kari kesukaannya.

"Boleh!" Zizan menarik hidung mancung adiknya itu.

"Abang ni!" geramnya.

Akhirnya mereka ketawa dan makan sama-sama.





Satu jam kemudian...

50 misscall

Banyaknya. Tangan dia tak lenguh ke? Izz Izzati tersenyum. Segera dia menjawab panggilan Tengku Zam Hairil.

“Assala.......” belum sempat Izz Izzati memberi salam dia sudah mendengar suara Tengku Zam Hairil marah-marah.

“Awak ke mana hah! Lama saya call! Awak dalam bilik air ke? Kalau nak pergi bilik air, awak mesej la saya! Tak lah saya call memanjang bagai orang gila!” marah Tengku Zam Hairil.

Kena marah lagi. Nasib kaulah penulis. Izz Izzati mengeluh.

Tengku Zam Hairil tersentak mendengar keluhan itu.

“Maaf!” ucap Tengku Zam Hairil pendek.

Lama mereka diam. Akhirnya Tengku Zam Hairil bersuara.

“Mana awak dapat ayat tu.”

“Copy paste dari FB kawan je.” Perlahan sahaja suara Izz Izzati di pendengaran Tengku Zam Hairil.

“Oh...” Tengku Zam Hairil buntu mahu berbual. Dia benar-benar tidak tahu apa yang seharusnya dia katakan.

"Awak free tak esok? Saya nak ajak awak keluar..." perlahan suara Tengku Zam Hairil.

"Keluar?" hati Izz Izzati berdebar. Dia suka keluar bersama dengan Tengku Zam Hairil. Wajah lelaki itu sentiasa mencuit hatinya. Apabila terkenang yang mereka akan keluar bersama, marah dan merajuknya menghilang.

"Ya, keluar. Lagi pun kita tak beli barang hantaran lagi kan? Apa kata kita beli sama-sama." Suara Tengku Zam Hairil kedengaran romantik di telinga Izz Izzati.

"Baiklah tapi janji satu perkara..."

"Okey. Janji apa ?"

"Janji jangan marah saya dengan tiba-tiba. Saya tak boleh terima." jujur Izz Izzati.

"Baiklah saya cuba janji."

"Cuba?"

"Ya. Saya kenal diri saya. Saya susah nak kawal emosi saya. Kalau boleh saya tak nak janji tapi demi awak, saya cuba juga."

"Okey..." Izz Izzati tersenyum.



P/s : hihihihi harap2 date mereka ni sweet...jgn la ada pengacau lagi hihihihi nantikan bab seterusnya.

21 comments:

  1. -2-
    ish2
    si zam ni kan
    sesuka hati je nk menengking org..
    dah lah cik penulis ni cepat sensetif..
    agak2 lah nk marah pon...

    alyas??? ish sapa pula lah mamat ni..
    muncul xkena time
    janganlah dia menganggu kententeraman awam
    hahahahahahaha

    dush!!!
    kan dh terkena...
    terbaik la ayat
    "SABAR itu TAK MUDAH..... sampai habis.. (mls nk tulis panjang2)
    haahhahhahah

    yes.... akhirnya zam mengakui kesalahan dia..
    tapi kenapa dia kata dia CUBA xmarahkan zati???
    aik pelik2 mcm perkara ni dilanjutkan je...
    huhuhuhuhuhu :(

    ReplyDelete
  2. Panas barannya tengku zam hairil nii hahhaa :-)

    ReplyDelete
  3. (6) Qaseh Allyea
    _ hurm nampaknya zati kena la bnyak sabar dengan tunku yg susah nak kawal emosi.. huhuu
    - Alyas nih mesti kawan zati msa belajar kan.. ksian dekat dia.. nak wat cmna alyas lmbat sangat luahkan perasan tu..
    - ish.. zizan tak habis dngan tumbuk dya tuh.. ahaha..
    *kak knape pos skit sangat.. tak puas nk baca.. huhu :(

    ReplyDelete
  4. Suka dgn zizan klkr hahahaha

    ReplyDelete
  5. eh pendeknya....cepat sambung tau hihihi

    ReplyDelete
  6. 9

    Setiap cerita kak ria ni pasti ada kata2 yg cute, yg unik, yg mencuit hati saya.
    Dis is. “SABAR itu TAK MUDAH, tapi kerana SABAR segalanya akan DIPERMUDAH.. SABAR itu TAK INDAH, tapi kerana SABAR dirimu nampak INDAH...” Yeah! Saya suka kata2 ini.

    Oh wahai Tengku. Awat suka sangat tengking2 org ni. Sian Zati. Tapi caya la Zati, dah kena tengking pun, still tetap teruja bila sebut nama Tengku. Teruja nak cerita pasal si buah hati dengan Alyas.

    Alyas. Best friend Zati kut. Cinta bertepuk sebelah tangan. Siapa cepat dia dapat. Haha..tu la Alyas. Suka, tapi takut nak ungkap kut, last.. zati di ambil org. Muehehe...

    Zizan ni asyik nak tumbuk org jer. Haha.. Tapi kan, abg mana yg tak hangin kalau ade seseorang yg buat adik dia bersedih hati kan kan.. Hehe

    Tengku ngan Zati nak dating? Kompem, pasti akan ada pengacau, kut si Hazril. Haih!cik writer... Jangan la bagi pengacau ek. Buat yg sweet sweet gitu. Hekhek...

    Kak Ria... Merci for d en3. Suka suka... Nak lagi. Hehehhe . AN.

    ReplyDelete
  7. 5-

    tengku, kamu mesti kawal emosi tu.. tak mo marah2.. sabar itu lebih baik.. sesungguhnya org yg sabar disayangi tuhan, :)

    ReplyDelete
  8. (4)

    apalah TZH ni..asyik nak marah je..macam mana lah izz tu taksentap plus merajuk..cuba layan elok2..ini asyik nak marah je..kalau saya jadi izz tu,memang saya buat don't know je..lagi senang..ini nak keluar date lagi hope TZH layan elok2 izz tu..:D

    ReplyDelete
  9. Ye..tak sbr nk tunggu mrk kahwin. Terbaik .

    ReplyDelete
  10. (16)
    alahai kenpae cam pendek jew nir..bru nk puas bace dah abis.
    kesian alyas suka izzati tp x berani nk mgaku,kn dah trlepas..lmbt sgt nk bgtaw..
    padan muka tengku bila izzati majok xnk angkt,amek kau 50 panggilan xjawab..hihii.
    yg kelakar abg zizan nak tumbuk org aje taw.
    sian buaj aty izzati nti..hihi
    majok2 pom smpt ptahan kn tengku..kuikui
    tp panas baran gak tengku ek..cpt emosi btul..

    wahhh... nk kuar date x sabar nak tahu ap trjadi time dieorg pi date.. msti sweet kn..hihihihj
    harap2 xde yg gngu lah nti..hihiji...

    BEST CERITA NIE I LIKE35X..hihihi
    :-*

    ReplyDelete
  11. (--10--)

    sapa x sedih kena tengking ngn bakal suami.. eishh Tengku nie.. cover laa kemarahan tu.. sedih dah si Izz.. nangis dah..hero x berapa nak jadi.. Alyas melepas..rugi xdapat penulis nie.. Tengku cekup dulu Izz kan dah melepas.. xpe t ada laa jodoh Alyas tu..entah2 penulis gak kot tapi penulis yang giler kat kucing.abang protective hampir2 buat come back nak belasah Tengku.. tapi x jadi sebab takut ngn ugutan Izz..seberani Zizan nie ,dia takut kat Izz. ops* bukan takut tapi sayang adik.*
    ambik kau Tengku call 50x ,Izz x angkat... huuuu baru tahu hidup tinggi rendah..hahaha..tapi at last Tengku ada inisiatif pujuk Izz ..daebak laa Tengku..

    ReplyDelete
  12. Eee , panas baran lah tengku tu. tak suka , tak suka , tak suka.... :( izz ni mmg perempuan yg jenis sabar lah , kena Marah bnyk Kali pun , sabar lagi. Still Layan tengku. Prevent abg dia Dari tumbuk tengku. Tengku ni saja ja . Tak romantik langsung. Tak sabar nak tau , date diorg esok. Harap2 sweet sngt. Izz dah bnyk makan hati dgn tengku. Huhuhu. Huwaaaa , izz an dlm ni , baru nmpak , dia takut jugak eh dgn izz.. Even Mesti dia tau , izz gurau je kan time ugut tu.. Best , best. Buat bnyk2 lagi scene sweet tau sis..... Chaiyok!

    Regard, (3)

    ReplyDelete
  13. 15)

    pendek sangat ni kak ria. erk! sayang jugak si zati ni kat zam eh? yelah...siap tak bagi zizan tumbuk zam,.hihi...waaaahhh... nak g date? *mate bersinar sinar* nak join boleh? hihii...zam...cubelah sweet sikit..ni asyik nak marah je..mane ade pompuan tak majok kalau asyik kene sound. *hah! kan aku dah start membebel* hihihi..ish...asal ramai sangat suke zati ni...makin banyak la saingan zam...tanak....! nak zati ngan syam jugak...hihihi

    ReplyDelete
  14. (13)
    bahaya jgk Tengku ni..harap Alyas ni x jadi pengacau..ayat dia cantiklah..
    no comment for this bab..x tahu nak comment apa..pendek sgt..

    ReplyDelete
  15. rasa macam bosan bace novel ni

    ReplyDelete
  16. Kalau bosan baca enovel ni, boleh jemput baca enovel kawan2 penulisan saya yang lain...ada linknya di bawah....jemput... =)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi