Followers

Friday 23 August 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 8


Bab 8



Izz Izzati menanti dengan sabar. Tengku Zam Hairil akan menjemputnya di rumah hari ini. Entah mengapa hatinya berdebar hebat. Entah mengapa juga dia mudah memaafkan lelaki yang selalu membuat hatinya sakit. Si Tengku ni guna aura apa ye sampai macam tu sekali aku jadi?

Izz Izzati tersenyum manis.

"Abang nak ikut boleh tak?" Zizan muncuk tiba-tiba dan menyoal soalan begitu.

"Sibuk aje abang ni."

"Eh, selama ni abang yang selalu teman adik tau!"

"Itu masa adik tak ada teman."

"Sampai hati adik. Lepas dapat madunya, sepah dibuang." Zizan buat muncung yang panjang.

Izz Izzati ketawa kecil. Zizan seorang abang yang lawak dan kelakar. Dia bertuah ada abang yang begitu sayang dan ambil berat mengenainya.

"Assalamualaikum..." Tengku Zam Hairil tiba di depan pintu rumah Izz Izzati.

"Waalaikumusalam..." Zizan menjawap salam.

Izz Izzati pula berlalu ke biliknya untuk mengambil telefon dan beg galasnya.

"Tunggu kejap ye Zam. Zati! Cepat la!" panggil Zizan dari depan rumah.

"Kejap!" jerit Izz Izzati dari dalam biliknya

"Tak apa abang Zizan."

"Jagalah adik abang elok-elok." pesan Zizan.

"Baiklah abang."

"Maaf lambat." Izz Izzati sudah lengkap dengan pakaian yang biasa dipakainya. Seluar jeans hitam dan baju tshirt hijau pucuk pisang dipadankan dengan tudung bawal hitam biasa. Tidak ketinggalan beg galasnya kesukaannya.

Tengku Zam Hairil mengenakan T-shirt putik yang bercorak garisan hijau dan berseluar jeans hitam. Mereka nampak sepadan sekali.

"Boleh kita pergi sekarang?" soal Izz Izzati bagaikan tidak sabar.

"Jom!" Tengku Zam Hairil tersenyum. Senyumannya makin lebar melihat Izz Izzati memakai kerongsang pemberiannya.

Izz Izzati lambat bersiap sebentar tadi, hatinya tergerak mahu memakai keronsang tersebut. Itu yang lambat.

"Kita nak ke mana?"

"Pavillion.." kata Tengku Zam Hairil. Dia memulakan pemanduannya

"Ish Tengku! Di situ mahal-mahal barangnya." Izz Izzati berkata. Kalau boleh dia tidak mahu membebankan bakal suaminya dengan membeli barang-barang yang mahal.

"So, nak ke mana? Saya tak kisah."

"Kita ke Jusco je?" cadang Izz Izzati.

"Baiklah awak..." Tengku Zam Hairil hanya ikut.

Beberapa jam kemudian.

"Awak tak suka ke beg tangan ni?" soal Tengku Zam Hairil. Sudah lama mereka berjalan masih tidak beli apa-apa.

Izz Izzati merenung beg tangan yang dipegangnya. Ditiliknya. Jenama Bonia. Berwarna merah. Cantik tapi mahal la. Tengku aku dah la tak bekerja. Nanti nak bayar dengan apa?

"Termenung pula awak ni." Tengku Zam hampir di telinga Izz Izzati. Suaranya seakan berbisik.

"Tengku..." Izz Izzati menjarakkan dirinya. Bukan dia tidak suka tetapi hatinya berdebar hebat. Bila-bila masa sahaja dia boleh pengsan kerana terlalu asyik dengan perasaan indah itu.

"Belilah! Saya bayar..." Tengku Zam Hairil tersenyum.

"Mahal sangat..."

"Awak, saya tahu yang kita ni tak pernah kenal antara satu sama lain tapi saya yakin suatu hari nanti kita akan bercinta. Saya yakin. Mungkin bukan sekarang tapi saya harap awak sudi terima pemberian saya."

"Bukan saya tak nak terima, Tengku."

"Shhhh! Terima aje la." Tengku Zam Hairil melepaskan panahan mata yang lembut.

Izz Izzati tersentak. Dia tidak pernah melihat panahan mata sepertinya. Dia benar-benar leka melihat mata itu.

Lama mereka begitu.

"Ehem..." pekerja di situ berdehem.

Mereka berdua tersedar.

Izz Izzati menarik tangan Tengku Zam Hairil keluar dari kedai tersebut.

"Macam nilah. Saya beli barang saya suka dan Tengku beli barang yang Tengku suka. Nanti kita tukar-tukar aje. Okey tak?" cadang Izz Izzati. Aduh! Tak romantik langsunglah aku cadang idea macam tu. Dia marah pada diri sendiri.

"Okey ke macam tu?"

"SAya okey aje."

"Kalau macam tu..." Tengku Zam Hairil masuk ke sebuah ke sememangnya ada menyediakan segala kelengkapan lelaki. Dia mengambil tali pinggang, dompet, kasut, baju kameja dan tali leher.

Terbeliak mata Izz Izzati dengan tindakan drastik itu.

Tengku Zam Hairil tersenyum. Selepas membayarnya, dia ajak ke kereta sekejap untuk menyimpan semua barang tersebut.

"Sekarang, tinggal barang-barang awak je." Tengku Zam Hairil merenung Izz Izzati.

"Baiklah. Apa kata kita beli jam tangan sepasang." Entah mengapa Izz Izzati rasa idea itu sangat sweet. Dia ingin merasa perasaan indah itu.

"Okey..."

Mereka berdua menuju ke kedai sebuah kedai jam berjenama tetapi belum sempat masuk, Izz Izzati sudah menarik tangan Tengku Zam Hairil keluar.

"Kenapa?"

"Mahal!" Izz Izzati menarik tangan Tengku Zam Hairil ke sebuah kedai yang menjual jam RM10.

"Sayang, ini kan barang hantaran, bukannya jam mainan macam ni." Tengku Zam Hairil mula geram.

Sayang? Dia panggil aku sayang. Aduh! Ini yang lemah ni.

"Baiklah..." tiba-tiba Izz IZzati mengikut arahan Tengku Zam Hairil.

Berjaya juga Tengku ZAm Hairil beli satu set alat mekap, kain telekung, jam tangan, beg tangan, kain ela dan kasut untuk Izz Izzati. Semua yang dipilihnya.

"Terima kasih Tengku..."

"Sama-sama."

"Jom makan di Secret recipi? Dah lama tak makan kek."

"Kenyang ke makan?"

"Beli satu kek je."

"Lepas tu kita kongsi, macam tu ke?" duga Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati rasa malu. Dia menjeling manja ke arah bakal suaminya. Eh, tiba-tiba nak bermanja ni? Biar betul aku ni. Kawal dirimu Izz Izzati.

"Jom!"

Mereka membeli sepotong kek coklat. Selepas itu mereka berpisah untuk menunaikan solat fardu Zohor.

Apabila Tengku Zam Hairil keluar daru surau. Terpana dia melihat Izz Izzati sedang menantinya.

"Maaf lambat. Lama dah ke tunggu saya?"

"Tak la..." Izz Izzati tersenyum. Sebenarnya dia tidak boleh solat. Jadi kesempatan itu dia pergi ke KFC dan membeli makanan.

Mereka masuk ke dalam kereta.

"Kita nak makan di mana ni?" tanya Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati berfikir di mana tempat yang sesuai untuk mereka nikmati makan tengah hari bersama.

"Entahlah Tengku. Tengku nak makan di mana?"

"Kan saya tanya awak. Jadi saya tak kisah."

"Kalau tak kisah, kita makan dalam kereta. Saya dah beli burger KFC untuk Tengku."

"Okey juga tu. Kalau macam tu, kita makan kat tempat yang cantik pemandangannya." Tengku Zam Hairil teruja untuk membawa Izz Izzati ke satu tempat. Dulu selalu bawa Feya datang situ. Kali ini aku akan datang bersama bakal isteri aku pula. Rindu sangat dengan tempat tu.

Selepas hampir sejam memandu kereta, akhirnya mereka tiba di satu tempat. Terdapat sebuah tasik di situ dan ada taman rekreaksi.

"Kat mana tempat ni Tengku?" Izz IZzati bertanya. Rasa ingin tahu itu mencengkam sanubari. Boleh tulis dalam novel ni.

"Rahsia!" Tengku Zam Hairil tersenyum.

"Rahsia? Dengan saya pun nak rahsia?"

"Mestilah rahsia. Jom makan. Saya dah lapar."

"Okey."

Mereka berbual mesra. Ada perasaan indah dalam hati mereka tanpa mereka sedari tetapi ada satu titik hitam yang diberi nama kebencian yang wujud dalam hati mereka. Titik hitam inilah yang menghalang mereka daripada terus bersatu.



******



Hati Izz Izzati ingin meletup. Debaran yang dirasa terasa hebat sekali. Sesekali tangannya menggigil ketakutan. Menjadi isteri bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Apabila sah menjadi seorang isteri, taatnya pada suami sahaja. Berat sungguh tanggungjawab itu.

Tengku Zam Hairil berwajah tenang.

Mana boleh dia tenang macam tu. Aku ni macam cacing kepanasan kat sini. Tak senang duduk menunggu dia melafazkan akad nikah ni. Izz Izzati membebel dalam hatinya.

"Aku terima nikah..." hanya itu sahaja yang aku dengar. Selebihnya aku pejamkan mana. Aku tak sanggup nak dengar. Aku takut. Aku takut sangat. Tiba-tiba ada satu tangan yang mengusap kepalaku. Cukup mendamaikan hati dan perasaan ku.

"Tengku!" Izz Izzati terkejut dengan kehadiran Tengku Zam Hairil di sisinya.

"Zati, apa yang dimenungnya tu. Salam tangan suami..." arah Puan Zalimah. Sejak semalam lagi aku tengok si Zati ni rajin termenung. Macam aku zaman muda dulu. Gementar nak kahwin. Puan Zalimah tersenyum.

Pantas tangan Tengku Zam Hairil disambutnya. Dicium penuh syahdu. Betapa tenangnya hatinya apabila tangan itu menyentuhku.

Masa berlalu dengan pantas. Semua tetamu yang hadir sudah beransur pulang.

"Tengku, jom ikut saya sekejap?" ajak Izz Izzati.

"Jom ke mana? Ke bilik ke?" Tengku Zam Hairil menduga.

"Ya ke bilik." mereka berdua berjalan bersama-sama.

"Ke bilik? Boleh juga." sejurus mereka masuk ke bilik, Tengku Zam Hairil terus memeluk pinggang Izz Izzati.

Izz Izzati rasa bagaikan ada arus elektrik mengalir dalam tubuhnya. Mungkin kejutan elektrik itu seperti dalam rancangan BETUL ATAU BOHONG! Aduh! Ini betul-betul rasa macam kena elektrik.

"Tengku peluk saya ni kenapa?" soal Izz Izzati. Nada yang gementar itu cuba di kawal. Sejak kenal Tengku, penulisan aku pun terhenti. Aduh juga!

"Sebab ingatkan kita..."

"Eh, tak! Saya..." kata Izz Izzati sambil meleraikan pelukkan suaminya. "Saya cuma nak dengar....."



P/s : Alamak bersambung pula ihihihi



16 comments:

  1. dea bak lah kak ria :)... renjatan elektrik hoho

    ReplyDelete
  2. 9.
    Zati.. Zati.. Cumel jek you ni. Haha sweet pulak tu
    Jam tangan nak couple, makan kek pun nak berkongsi.. Hihi

    Part dah kahwin ni? Ahakz, x sabar tgu babak lepas kahwin diorang. Akur ke bercakar? Haha...

    Haih tengku. Masuk bilik, main serobot aje nak peluk Zati. Gelojoh, hahaha...
    "Sebab ingatkan kita... " haha, ni tengku dah otak kuning ni kut. Haha... Caya la kak Ria. Suka suka suka..

    Kak ria. Hehe... Sedikit pembaikan kut, hehe..dr AN.
    "Kalau macam tu..." Tengku Zam Hairil masuk ke sebuah *ke* sememangnya ada menyediakan segala kelengkapan lelaki. Dia mengambil tali pinggang, dompet, kasut, baju kameja dan tali leher.

    Tu mungkin begini kut. Tengku Zam Hairil masuk ke sebuah (kedai yang) sememangnya....

    Hehe.. Maaf, saya ni sesuka hati je menyebok cite org. Hehe.. Papepon tahniah akk. Besttt

    ReplyDelete
  3. *2*
    comelnya watak zizan
    sweet gitu nampak mcm couple pon ada
    hihihihihi

    pandai bt perancangan utk hantaran..
    so disitu nampak kelebihan izz yang tak suka membazir..
    hihihihihih

    wah kawin dah??
    yeah...
    sempat lgi mengelamun tu izz
    ish2..

    p/s : yeah xsabar nk tunggu next bab.. :D

    ReplyDelete
  4. Xlama lg muncul mr.teddy bear tu...xsbr la...

    ReplyDelete
  5. -5-

    yeah!!! dah kahwin..
    entah apa lah zati nak bg tu..haish..

    next3.,

    ReplyDelete
  6. Cepatnya dia kahwin tp xpela..cpt2 sambung

    ReplyDelete
  7. (4)

    izz ni mesti seorang yang berjimat cermat kan..ada ke patut nak beli jam RM10 nak buat hantaran. nasib baik la TZH tu boleh patahkan hasrat izz tu..then , dorang dah kawin..macam mana la pula situasi lepas dorang dah kawin ni.. bergaduh ke berbaik ke..tak sabar nak tau..kak ria, cptlah sambung..:D

    ReplyDelete
  8. Sukanya zati ngan tengku dah kahwin ^_^ terbaik.. Penulisan ria memang terbaik

    ReplyDelete
  9. (16)
    omg... knpe bhnti di situ jew...bru nk syok bce taw... ria suka bt pbace trtunggu cmnie..
    hihihihi... sob sob sob

    pehhh.... sweet lak tgk dieorg kuar bsame,
    yg izzati lak xnk.barang mhal sbb tengku.x brkrja lagi.. last2 trima gak tengku beli..hihihi

    hihihi.. izzati ajak tengku masuk bilik tengku da pikir lain lak..
    terkejut izzati kne peluk cmtu.. adeh.. sweet nye dieorg..
    x sbar nk taw ap trjadi pasnie..
    msti lagi best pasnie..nk2 ttg feya tu x sbar nk taw..
    pastu.kemunculan adk tengku gngu dieorg.. ohhh tidak... nk tgk dieorg jew..hahaha...
    (over betul)
    btw best ..
    I LIKE35X

    ReplyDelete
  10. (6) Qaseh Allyea
    - comeinyer zati nak beli jam couple dngan mkan kek sesama.. hihihi
    - msti zati takot + gementar msa majlis akad nikah kan..;)
    - ala nak tahu kat mana tunku bwak zati... huhuhu
    - kak ria knape ade ayat yg tersangkut.. 'ke' ?
    * tak sabar nak baca sambungan dia... hihihi

    ReplyDelete
  11. (6) Qaseh Allyea
    - comeinyer zati nak beli jam couple dngan mkan kek sesama.. hihihi
    - msti zati takot + gementar msa majlis akad nikah kan..;)
    - ala nak tahu kat mana tunku bwak zati... huhuhu
    - kak ria knape ade ayat yg tersangkut.. 'ke' ?
    * tak sabar nak baca sambungan dia... hihihi

    ReplyDelete
  12. (6) Qaseh Allyea
    - comeinyer zati nak beli jam couple dngan mkan kek sesama.. hihihi
    - msti zati takot + gementar msa majlis akad nikah kan..;)
    - ala nak tahu kat mana tunku bwak zati... huhuhu
    - kak ria knape ade ayat yg tersangkut.. 'ke' ?
    * tak sabar nak baca sambungan dia... hihihi

    ReplyDelete
  13. (--10--)
    lucu laa Zizan nie "lepas dapat madu, sepah dibuang".. apa madu yang Zizan ada?.. hahaha sengal nye abang...
    wahh beli barang hantaran.. bguih amat laa Izz nie.. pandai pilih tempat.. nmpak sangat Izz nie xdew laa giler shoping.. shopping ikut tahap jew.. ambil berat tu kat bakal suami, buat apa beli mahal mahal kan tapi pas nikah xdew duit.. jauh fikir Izz nie. yelaa Tengku dah x kerja.. Nampaknya Tengku nie vice versa dari Izz.. barang2 branded je pilih.. sampai kan dapat membatalkan niat Izz untuk beli Jam couple RM10. Izz nie pun senget laa.. Jam couple RM10.. HAhahah.. sweetnya diorang makan kek a slice ajeww.. then makan kepsi kat tempat yang indah.. berdua lagi tu.. tapi xbaik taw t ada orang ke 3.
    Akhirnya Izz ,Tengku ke jinjang perkahwinan.Alhamdulillah.. masa kemuncak dalam hidup pon Izz nie boleh berangan..sampai kena tegur.. "salam tangan suami ," hihii.. eiii Tengku nie x menyabar ea..Izz ajak masuk bilik terus di peluk..

    apa2 hal sweet laa depa nie..tq kak ria.. maaf lewat comment.. I need a tyme to read and read..before comment.

    ReplyDelete
  14. 15.)
    OMG sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttt gileeerr! jeles k jeles! hahaha.. Tengku membuatkan saye melting.. nak lelaki macam tengku je... pandangan die tajam menusuk kalbu... erk... jeles. wakakakak.. jap jap... asal ada titik hitam yang bernama kebencian kat dalam hati diorang? ni yang konfius ni. zizan tu sempat pulak nak kacau daun eh? hahaha... by the way. 5 stars for this chapter

    ReplyDelete
  15. (13)
    mood : happy n saspen
    zizan lawak lah...bagus betul si zati ni,,pemaaf n x materialistik..nak yg murah je..OMT! romantiknya dia..sweet je bila beli jam tu...siapa Feya??????????????????????????????????????????????????????????????????????????knp plk ada titik hitam???? x faham!!!
    boleh plk dia x sdr masa Tengku dh dpn dia..hahahahahaha...lawak! gementar sgtlh tu...
    boleh plk tengku fikir mcm tu?? takkanlah....
    apa yg dia nak ckp??

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi