Followers

Monday 9 September 2013

11
Komen

2013 : CERPEN 4 : APA! KAU CINTA AKU?



Cerpen: Apa! Kau cinta aku?

Pura-pura tidak mendengar apa-apa yang dikatakan oleh rakan sekerjaku. Aku bukannya sombong atau tidak suka bergaul tapi isu yang mereka bincangkan itu membuat kepala aku pening. Mereka selalu membincangkan isu yang sama. Hampir setiap hari benda yang sama.

“Apa? Bos kita tu tengah cari cinta dia ke? Betul ke ni?” Norhasnizah berkata. dia memang tak percaya bos mereka yang kacak itu baru nak cari cinta.

“Terlepas peluang aku! Aku baru je kahwin bulan lepas.” Tirah mengeluh. Tapi hatinya ketawa sendirian. Dah kahwin, nak menggatal pula. Miang! Miang!

“Betul la geng! Aku dengar mama dia yang cakap.” Mizan memandang dua orang sahabatnya itu.

“Kalaulah betul, aku nak mencarilah cinta dia tu.” Norhasnizah berangan seketika. Dia bersanding dengan bos mereka yang baik hati itu.

“Kau tak payah nak berangan!” Aina menyampuk. “Pasti dia jatuh cinta pada aku yang seksi dan hot ni?” dia membuat gaya ala-ala model terhangat.

“Kau? Tak ada harapan. Aku sepatutnya menjadi miliknya.” Nur Syafiqah Alia muncul.

“Bertudung likup macam kau ni, lagi lagi tak ada harapan.”

“Jangan menghina akan peribadiku ini!”

“Gurau je Alia. Jangan marah!” Aina tersengih. “Dosa betul aku ni kata macam tu.” Mengakunya sendiri.

“Tau tak apa!”

“Eh, korang semua ni tak ada benda lain nak dibualkan ke? Cinta! Lelaki! Cinta! Lelaki! Bosan!” Rina mengamuk. Dia terus keluar dari pantry tersebut. Sakit telinga dan buat kepalanya pening.

Mereka semua tergamam dengan suara Rina yang kuat itu.

“Apa kena dengan Rina tu...?”

“Entah!”



Datin Norazlina memerhati anak terunanya itu. Kusut dan serabut. Pertama kali pulang dari kerja tidak menegurnya. Benar-benar buat hati seorang ibu terasa.

“Arieff!” panggil Datin Norazlina tetapi anak lelakinya itu tidak pula menyahut panggilannya. Memang buat hati aku membara ni. Apa yang dah merasuk anak aku sehingga dia menjadi derhaka ni?

“Arieff!” Datin Norazlina mengetuk pintu bilik anaknya tetapi masih tiada sahutan. Akhirnya dia berlalu pergi kerana terlalu sakit hati.

“Hati, kenapa kau sakit?” soal Arieff sendirian. Dia memegang dadanya lalu mencengkam. Hatinya terasa sakit apabila mendengar kata-kata Rina. Hatinya baru sahaja terpaut pada keayuan wajah Rina tetapi apabila mendengar kata-kata kasar Rina membuat hatinya terluka.

Dia teringat semua kenangan yang berlaku antara dirinya dan Rina.

“Rina, kau dah makan ke?”

“Saya dah makan bos...” Rina membawa bekal dari rumah. Dia tidak suka makan di kedai.

“Baru nak belanja makan.” Arieff tersengih.

“Ajak la Aina ke, Alia ke?” Rina berdiri. Waktu makan tengah hari dia suka menghilang di dalam keretanya. Makan di situ.

“Tak apa la.”

Aku masih ingat yang aku ternampak dia berjalan seorang diri. Pandai sungguh dia menjaga diri. Itu yang membuat hatinya terpaut. Wajahnya tidaklah cantik mana tapi benar-benar menarik perhatiannya. Inilah perasaan cinta kot.

"Hish! Serabut kepala otak bila teringat kata-kata Rina di pantry tadi. Macam anti lelaki dan cinta je."

"Arieff, jangan seksa perasaan mama macam ni..." Datin Norazlina datang semula ke depan bilik anak lelakinya. Dia pula yang buat drama air mata. Ibu mana yang tak sedih jika anaknya nak tak nak je layan.

"Mama, kenapa pula Arieff nak seksa mama." Arieff membuka pintu dan pelik melihat mamanya itu menangis.

"Dari tadi mama panggil Arieff tapi Arieff tak sahut pun..."

"Ye ke? Arieff tak perasan pula. Maafkan Arieff ye?" pinta Arieff.

"Mama maafkan jika Arieff bagitau mama apa yang mengganggu fikiran anak mama ni." Datin Norazlina menggunakan kuasa veto sebagai seorang ibu untuk mengorek rahsia anaknya.

"Mama ni..."

"Mama tak kira. Mama nak tahu juga."

"Baiklah..." Arieff menceritakan semua mengenai perasaannya dan Rina.

"Kasihan anak mama. Nak mama bantu tak?"

"Arieff dah putus asa."

"Sebelum kamu putus asa, luahkan dulu perasaan kamu. Dia terima atau tidak, belakang kira. Nanti kalau pendam, lama-lama boleh jadi nanah kekal dalam ni..." Datin Norazlina menunjuk tepat ke dada Arieff.

Arieff tersentak.

******

Arieff beranikan diri mengajak Rina keluar selepas kerja. Selepas solat asar mereka keluar bersama. Rina hanya mahu berbincang di KFC sahaja, terpaksa Arieff akur dengan setiausahanya itu.

Arieff menarik nafas panjang. Dia sendiri tiada kekuatan.

"Bos nak cakap apa ni?" Soal Rina. Muka tiada perasaan itu sering ditayang depan Arieff.

"Sebenarnya aku dah jatuh cinta pada Rina. Betul Rina! Aku cinta kau!" lega perasaan Arieff apabila perkataan itu keluar.

"Apa! Kau cinta aku!" Rina terkejut. Daripada ganti diri saya sudah menjadi aku. Terkejut punya pasal.

Rina berdiri dan terus meninggalkan Arieff sendiri di meja makan KFC.

"Rina..." Arieff hanya mampu melihat wanita itu melangkah pergi.

******

Memang gila! Bos aku dah gila sebab suka aku. Aku ni dah la tak ada tarikan langsung tapi boleh pula dia suka. Ini hanya mimpi. Kalau realiti, perkara ini tak kan terjadi. Lagi pun aku tak nak bercinta. Cukuplah sekali. Aku tak nak! Ia amat menyakitkan hati. Aku tak dapat nak terima mana-mana lelaki. Tak mungkin!

"Sampai sekarang si Rayyan tu cari pasal aku!" Rina teringat kisah percintaannya.

Rina dan Rayyan sudah bercinta selama 10 tahun tetapi Rayyan curang depannya dengan memeluk perempuan lain.

"Kau tak boleh tinggalkan aku! Aku yang bela kau selama ini! Kau kena balas semua tu dengan kahwin dengan aku!"

"Kau gila ke? Kau ingat aku nak kahwin dengan lelaki yang dah curang dengan aku! Tu tak mungkin la! Dalam mimpi kau pun tak kan mungkin berlaku." Rina marah benar dengan Rayyan. Lelaki yang tiada maruah.

"Aku tak peduli!"

"Aku akan bayar semua duit yang aku guna selama ini. Sesen pun aku tak kan biarkan ia menjadi hutang." Rina terus berlalu.

Hati siapa tak terluka melihat kecurangan insan yang kita sayang sepenuhnya. Rupa-rupanya cinta lelaki itu kosong untuknya. Kosong semata-mata.

Ini pula, bos aku luahkan perasaan. Apa aku nak cakap? Nak jumpa kat tempat kerja pun tak sanggup. Nak kata main-main, serius aje aku tengok muka dia masa melafazkannya. Tapi betul ke bohong ni? Stresss!!!

Selepas bersihkan diri, dia duduk di sisi teman serumahnya yang setia menonton drama Akasia "Cinta Jannah".

"Kau tahu tak Ain, banyak-banyak kesakitan, kesakitan apa yang paling besar..." soal Rina pada sahabat baiknya itu.

"Yang paling sakit? Sakit gigi...?" Ain cuba juga meneka.

"Tak! Dalam banyak-banyak kesakitan, kesakitan yang besar adalah mencintai, tetapi dengan cinta yang kekosongan." Rina terus berlalu pergi.

Ain pula kebingungan.

Betul tu, cinta yang kosong. Cinta yang tiada apa-apa. Sekuman tanggangjawab pun tak ada dalam cintanya membuatkan si pencinta akan rasa lebih sakit apabila ditinggalkan nanti. Aduh! Pening! Pening! Pening!

Rina terus termenung sehingga waktu bekerja juga. Dia lebih banyak menyendiri. Jarang bercakap. Orang tanya sepatah, sepatah juga dijawabnya.

"Rina, bos nak jumpa..." Aina berkata.

"Okey..."

Aina rasa pelik dengan kawan sekerjannya. Dia menggunakan bahasa isyarat pada Alia. Alia hanya angkat bahu tanda yang dia sendiri tak tahu mengapa.

"RIna duduk..."

"Ada apa bos...?"

"Kau tak boleh terus dingin dengan kawan-kawan kau macam ni. Kalau disebabkan aku luah perasaan aku pada kau buat kau jadi begini. Okey Fine! Kita lupakan segalanya dan teruskan hubungan bos dan pekerja je. Aku cuba!" jujur Arieff. Dia tidak sanggup melihat kedinginan dalam pejabatnya ini.

"Okey..."

"Betul ni?"

"Ya... Bos ada apa-apa nak cakap lagi?"

"Tak ada..."

Sejak itu, Arieff dengan caranya dan Rina dengan caranya. Tiada apa-apa yang berlaku dalam perhubungan mereka sehinggalah Rayyan muncul semula dalam hidup Rina.

"Rina!"

Rayyan mencari Rina sehingga ke pejabatnya. Kini, semua orang tahu apa yang dihadapi oleh Rina. Malu!

"Rina, kau tak boleh lari dari aku! Kalau aku kata kau milik aku. Orang lain tak ada hak untuk kahwin dengan kau."

"Kau sengaja nak malukan aku kan? Siapa beritahu kau yang aku nak kahwin ni?"

"Gambar ni dah membuktikan segalanya..."

Gambar itu diambil ketika Arieff dan Rina berbual mengenai perasaanya tempoh hari. Siapa pula yang rajin sangat ambik gambar ni?

"Aku tak tahu siapa yang ambik gambar ni tapi aku yakin yang aku dan bos aku tu tak ada hubungan apa-apa!" jelas RIna. "Dan lagi satu, aku tak perlu jelaskan semua ni. Cuba kau tanya perempuan kesayangan kau tu, Yana. Entah-entah..." kata-kata Rina terhenti di situ. Rayyan terus berlalu.

Orang sekelilingnya saling berbisik-bisik. Rina benar-benar rasa malu. Dia berlari keluar dari pejabat itu kerana tidak tahan dengan pandangan sahabatnya itu. Mesti mereka pandangan serong pada aku. Pandang aku ni teruk. Ya Allah, bantu aku! Siapa yang akan selamatkan aku dari keaiban ni? Aku tak sanggup menangung malu seperti ini. Selama ini aku hidup untuk diri aku je, tapi entah mengapa aku rasa orang lain juga penting dalam hidup ini.

"Kahwin dengan aku Rina. Dia tak kan kacau kau lagi..." muncul Arieff.

"Mudahnya kau berkata. Disebabkan gambar-gambar tu aku jadi begini. Aku benci kau tau tak..."

"Rina, aku pun mangsa keadaan. Salah ke aku cinta kau? Salah ke?"

"Kau cinta aku? Cinta kau tu hanya cinta nafsu semata-mata."

"Pandai kau menilai cinta seseorang ya?" Arieff tersenyum pahit apabila cinta yang ikhlas ini dikata nafsu semata-mata. "Aku ucapkan terima kasih atas penilaian kau terhadap cinta aku pada kau. Terima kasih Rina. Terima kasih!" Arieff benar-benar kecewa. Dia terus tinggalkan Rina sendirian.

Rina tersentak. Tak pernah dia berkata kasar begitu pada orang lain. Ya Allah, di saat hati aku terluka, aku dah melukai hati orang lain pula. Ya Allah, aku ni sama saja macam Rayyan kalau begini la. Rina rasa malu pada dirinya.

Sejak itu, Arieff tidak datang ke tempat kerja. Segala urusan kerjanya dilakukan oleh adiknya. Tiada lagi Arieff.

Rina mula rasa bimbang. Entah mengapa hidupnya yang sunyi ni makin rasa sunyi. Sunyi dan gelap. Dulu Arieff selalu mengusiknya tetapi sekarang tak ada siapa pun. Kawan-kawan pun tidak mahu bercakap dengannya. Sakitnya hati ni keseorang.

Betul kata orang, apabila orang itu tiada depan mata kita, barulah kita nak ingat dia. Ish! Tak boleh jadi ni. Aku mesti buat sesuatu.

"Pening! Pening! Pening!" wajah Rina kusut.

"Rina..." panggil seseorang semasa dia membuat air di pantry.

Rina berpaling. Kelihatan Alia, Aina, Norhasnizah, Tirah dan Mizan. Air mata Rina mengalir.

"Rina, kami minta maaf sebab selama ni tak tahu pun kehidupan kau kacau bila sebab Rayyan."

"Korang tahu pasal Rayyan..."

"Mana mungkin kami tak kenal Rayyan. Rayyan tu kawan Aina. Dia memang terkenal dengan sikap playboynya tapi kami tak sangka pasal perempuan baik yang ditinggalkannya adalah kau." Tirah berkata.

"Betul tu Rina. Kami punya la kutuk si Rayyan tu. Memang kami nak tahu sangat siapa perempuan baik tu tapi memang kami terkejut perempuan tu adalah kau." Mizan pula menyambungnya.

"Terima kasih semua...."

"Jadi apa yang kau nak buat ni?" Alia bertanya.

"Aku nak minta bantuan korang boleh tak?" pinta Rina. Dia dapat satu idea. Cinta Arieff padanya benar. Aku tak seharusnya menghina cinta orang lain. Teruknya aku masa tu.

"Tolong apa?"

"Satukan aku dengan Arieff?" terus terang Rina pada semuanya. Dia pun ceritakan perkara sebenar mengenai hinaan yang dikatakan pada Arieff tempoh hari.

"Patutlah dia tak kerja dah kat sini." Aina perasan semua itu.

"Korang marah ke kalau bos pilih aku?" takut-takut Rina bertanya.

"Nak marah apanya... Aku dah ada suami. Aina tu baru jer ada pakwe. Alia pula baru-baru ni ada orang masuk meminang, ustaz muda lagi tu. Si Tirah menanti cinta sejatinya dan si Mizan nak kahwin dah bulan depan." kata Norhasnizah. Dia yang paling tua di situ memang dah lama kahwin.

"Tahniah Mizan. Aku tak tahu pun..." Rina rasa di duduk bawah tempurung. Semua tak tahu.

"Terima kasih. Itu pasal kena ambil tahu hal sekeliling kita. Niat bukan nak jaga tepi kain orang tahu sekadar ambil tahu. Jangan lebih-lebih. Tak gitu prinsip geng kita?" Mizan bersemangat.

"Betul tu!" mereka bersemangat juga.

"Yang korang gosip nak merebut cinta bos kita tempoh hari tu?" Rina bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Lor, hari tu kami gedik je. Ala kau ni, Rina. Kami ni miang-miang macam tu je tapi tetap setia pada cinta yang satu tau." Aina kenyit matanya.

"Bertuahnya hidup..." Rina tersenyum.

"Alhamdulillah!" Alia juga tersenyum.

Semua orang tersenyum bahagia.

"So, apa rancangan kau?" Tirah tidak sabar mahu berlakon.

"Kau ni sabar la sikit." Alia cuba menyabarkan sahabatnya itu.

"Rancangannya ialah..." mereka semua berbisik-bisik. Ada senyuman terukir di bibir Rina. Dia percaya yang Arieff lelaki yang baik dan boleh menjaganya selamanya.

*****

Datin Norazlina tidak tahu mahu buat apa dengan anaknya itu. Sudah sebulan terkurung dalam bilik. Makan jarang sekali. Mandi? Tak tahu la. Tengok sabun dalam bilik mandi tak luak pun. Tak mandi kot.

"Sudahlah tu Arieff. Kalau si Rina tak nak pada anak mama ni, ramai perempuan lain yang nak." Datin Norazlina cuba memujuk.

Arieff hanya memandang Datin Norazlina tanpa apa-apa kata.

"Arieff pergilah mandi. Pekerja Arieff nak melawat Arieff."

"Maksud mama..."

"Mereka dah kat bawah tu. Nak mama suruh mereka naik atas..."

"Bukan itu mama. Maksud mama Rina pun datang sekali?" terbeliak mata Arieff apabila mendengar pekerjanya mahu datang. Bekas pekerja okey...

"Mestilah datang sekali."

"Kenapa mama tak bagitau Arieff. Arieff dah seminggu tak mandi."

"Awat teruk benar ni! Kamu tak solat ke?" marah benar Datin Norazlina.

"Solat mama. Mandinya kejap-kejap. Tak sabun pun." Arieff tersengih.

"Patutlah sabun tu tak luak. Ish anak mama ni. Nanti turun bawah."

"Baiklah!"

Sepuluh minit kemudian, Arieff turun dan menuju ke ruang tamu.

Wajah Rina yang dicarinya dahulu. Rindunya pada gadis itu bagaikan terubat apabila melihat seraup wajah yang mendung itu. Kenapa pula muka dia sedih

"Bos! Rindu dengan bos!" Aina mula mengedik.

"Aina, kau tak berubah ye?"

"Nak berubah apanya? Berubah perempuan jadi lelaki ke bos?"

"Mengarut je kau ni, Aina."

"Bos sihat?" Alia pula bertanya.

"Sihat."

"Bos, sebenarnya tujuan kami datang ni bukan sahaja nak melawat bos tapi ada hal yang lagi penting." Norhasnizah berkata dengan wajah yang sedih.

Aina dan Alia yang sedang tersenyum pun mati senyumannya.

"Kenapa ni?"

"Rina bos..."

"Kenapa dengan Rina...?" soal Arieff dengan pantas. Bimbang pula.

Tetapi Norhasnizah dan yang lain diam membisu.

"Kenapa ni Rina? Bagitaulah aku..."

"Aku..." Rina sendiri tidak dapat nak bercakap.

"Cakaplah!" jerkah Arieff apabila Rina dan semua pekerjanya bagai mahu bermain tarik tali dengannya. Geram betul la.

"Opocot!" melatah Tirah dibuatnya.

"Korang ni!" makin geram pula Arieff dibuatnya.

"Sebenarnya Rina kena paksa kahwin dengan Rayyan."

"What?! Mana boleh macam tu!" Arieff berkata spontan.

"Kenapa tak boleh?" soal Mizan.

"Sebab..." tak terluah isi hati Arieff.

"Sebab apa bos...?" giliran Aina pula memainkan peranan.

"Sebab..."

"Sebab apa!" Alia pula yang jerkah. Slow betol bos aku ni!

"Sabar Alia, kau tu imej tudung labuh, lari pak ustaz kau tu kalau tengok gaya kau menengking ni." pujuk Mizan.

"Aku geram dengan bos ni..."

"Sebab aku cinta kau, Rina. Aku masih sayang dengan kau. Aku tak nak kau kahwin dengan Rayyan. Dia lelaki tak baik. Aku boleh jamin yang kau akan bahagia dengan aku! Aku jamin!" tegas Arieff.

Rina tersenyum. Ini yang dia nak dengar. Akhirnya air matanya mengalir. Dia ingin menguji Arieff. Kalau hati Arieff tidak terusik dengan berita olok-olok mengenai perkahwinannya dengan Rayyan pasti dia rasa menyesal seumur hidup melepaskan lelaki yang baik ini.

"Kenapa Rina nangis ni? Janganlah nangis!" Arieff sudah gelabah.

"Comel la bos kita ni..." Aina memujuk.

"Cuba bos luahkan lagi sekali cinta bos, siap sebut nama penuh. Manalah tahu Rina terima..." Norhasnizah cuba mengakhirkan agenda mereka semua.

"Aku Arieff Muhammad Aliff Bin Yaacob mencintai, Rina Binti Rahman dengan sepenuh hati." luah Arieff sambil merenung tepat ke wajah Rina.

Rina angguk kepala tanda setuju.

"Sah!" kata Tirah.

"Sah!" Aina menyambung.

"Sah!" Mizan pula.

"Korang ni, mereka belum sah lagi nak kahwin la..." Alia pula berkata.

Akhirnya mereka semua ketawa bahagia.

Rupanya cinta itu jika kita hargainya, memang indah. Jika sebelah pihak sahaja menghargainya, mungkin keindahan itu tidak wujud. Dan kini, Arieff dan Rina saling menghargai cinta yang datang.

"Rina, abang kata jangan datang sini!" marah Arieff. Waktu tengah hari sahaja, Rina datang ke pejabatnya.

"Ala, Rina nak jumpa kawan-kawan je." Rina membuat muncung.

"Tapi Rina kan dah mengandung ni. Lapan bulan pula tu. Tak reti-reti duduk rumah dengan mama ke?" bebel Arieff. Dia bimbang akan keselamatan isteri dan anak yang dikandung itu.

"Ala, baru lapan bulan bukan sembilan bulan."

"Itulah Rina, tiap kali abang cakap, ada je nak dijawabnya." marah benar Arieff.

"Gurau je abang. Jangan marah. Nak air tak?" ketika itu mereka di pantry.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam. Datang lagi si Rina ni? Kau ni semangat betul dengan perut yang besar tu." Aina berkata. Tidak dapat dia bayangkan badannya seperti Rina, comel atau tak comel?

"Demi kawan-kawan aku datang. Aku mana ada kawan lain selain korang. Korang special bagi aku tau." Rina tersenyum.

"Eh, abang tak special ke?"

"Special gak."

Akhirnya mereka ketawa gembira. Memang kita tak kan sangka siapa jodoh kita. Dah kenal lama pun tak semestinya itu jodoh kita. Baru kenal dua bulan pun boleh terus kahwin. Itulah rahsia Allah. Marilah kita berdoa semoga kita mendapat jodoh yang baik dan boleh membimbing kita ke jalan yang baik. Amminnn..



P/s : maaf semua, dah lama tak buat cerpen ni rasa macam dah tak pandai nak buat citer pendek. Harap terhibur kali ini. Jangan lupa komen.

11 comments:

  1. *Qaseh Allyea
    - geramnyer dengan rayyan tu. mcm nak tumbuk jer muka dia.. hihihi
    - comel la tengok arif luahkan perasaan dekat rina. boleh cair.. hehe
    - mesti bucuk ariff kan, mndi tak sabun tu selama seminggu.. haha
    - betoi tu kak.. kita tak tahu siapa jodoh kita.. itu rahsia Allah..
    -best cerpen nie... (y) :)

    ReplyDelete
  2. hi, salam kenal semua... ini pertama kali saya baca novel ini. dan saya cukup tertarik untuk membaca yang lain...
    by the way, saya ada blog tentang apa yang saya alami dan beberapa pengalaman orang lain yang saya kutip...
    semoga bermanfaat..
    http://ceritakaranganK93.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. He2...yey cerpen baru..pd permulaan cite ni ayat k..ria x bp cantik la tp bila sampai peleraian okey je(*^▽^*)..apa2 pn ttp best n saya sokong penulisan k.ria dr dulu dn utk masa akn dtg ...ganbare!!

      Delete
  3. nice..feeling dah good cume x brape bgus dri segi penggunaan aytt.. but i still like bce sume cerpen kt sni..dono why...mybe cre kak ria impress feeling tue yg bguss :)

    ReplyDelete
  4. Kak ria bgtau... Cerpen ni disiapkn dlm ms 2jam...xedit pula tu...so dia minta maaf kalau ada kekurangan dlm cerpen kali ni...thank sudi komen katanya....

    PA

    ReplyDelete
  5. Qis...

    Sweet sgt..wlaupun simple tp padat jln cerita nye.. Best taw.. Btul tu sape jodoh kte ,kte pon x taw.. Sape sangka dpan mta kte jodoh nye tp kte xtaw kan..tu lah rahsia allah utk kte..

    ReplyDelete
  6. sweetnya..comel je watak dia ni..suka sgt dgn Arieff...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi