Followers

Thursday 12 September 2013

18
Komen

2013 : CERPEN 5 : DAH JODOH KAU DENGAN AKU



Bahagian kecemasan hospital sangat huru-hara. Ada satu kemalangan jalan raya telah berlaku. Sebuah kereta Mercerdes langar pokok dan kemudian kereta itu dilanggar lagi oleh sebuah trak.

"Muhammad Zill Qayyim namanya! Cepat selamatkan dia!" arah doktor Syazwani.

"Doktor, tolong selamatkan ayah saya dulu. Tolong!" dalam luka yang parah Qayyim cuba bercakap. Nada suaranya yang perlahan itu masih mampu Doktor Syazwani dengari.

"Doktor Haziqah mana? Kita kekurangan doktor ni!" suasana makin cemas. Pemandu trak mati di tempat kejadian. Hanya dua mangsa ini yang masih bernyawa.

"Maaf lambat." Doktor Haziqah muncul. "Doktor rawat pesakit ni. Saya rawat pesakit yang cedera teruk itu." arah Doktor Syazwani. Dia menghampiri Dato Qhaliq.

Kepala pesakit itu cedera teruk. Badan pula terlalu banyak kesan luka. Jururawat pantas membersihkan luka-luka.

"Tulang dia patah! Ni bahaya ni! Cepat dapatkan x-traynya!"

"Doktor... Doktor selamat... Selamatkan anak saya... Anak saya doktor." terketar-ketar Dato Qhaliq bersuara.

Tolonglah jangan bagi aku rasa serba salah. Anak suruh selamatkan ayah, ayah pula suruh selamatkan anak. "Anak pak cik, ada doktor lain selamatkan. Jangan risau." Doktor Syazwani cuba tenangkan pesakit.

Selepas mendengar kata itu, barulah Dato Qhaliq dapat bertenang.



******



Aku kat mana ni? Setahu aku, aku pengsan apabila tengok kemalangan dahsyat berlaku depan mata. Nasib baik tudung aku ni masih terletak elok di kepala. Baik aku keluar senyap-senyap dari sini. Aku bukan suka sangat ke hospital. Bau ubat pun dah pening, apatah lagi nak menetap dalam wad ini. Ada aura bau ubat yang buat aku rasa nak muntah. Loya-loya!

Perlahan tombol pintu dipulas. Aku pandang kiri dan kanan. Bagus! Tak ada sesiapa. Aku berjalan pantas menuju ke perkataan KELUAR yang dikelilingi warna hijau. Tak jauh mana pun.

Tiba-tiba tangan aku ditarik oleh seseorang perempuan tua. Alamak! Siapa tarik tangan aku ni? Kalau tengok wajah dia, sah bukan mak aku. Syukur... Nasib baik bukan mak aku. Ini mak orang lain. Tapi sekarang yang menjadi persoalan, mengapakah mak cik tua ini menarik tangan aku. Dia nak bawa aku pergi mana ni?

"Mak cik... Mak cik dah salah tarik tangan anak orang lain ni. Buktinya, saya anak kepada Encik Ali Bakar dan mak saya, Salmah namanya." jujur aku.

"Tolong mak cik nak..."

"Lor, nak minta tolong je." kasihan aku melihat wajah sedihnya itu.

"Nama anak ni?"

"Idayu..." Idayu memperkenalkan diri. Baik jangan bagi nama penuh. Nanti glamour, aku juga yang susah. Nama tak sesuai dengan peribadi hihihi tapi aku syukur.

"Idayu tolong mak cik ye..." Tangan Idayu ditarik masuk ke dalam satu bilik wad. Saat itu hidungnya menahan nafas bimbang ada bau ubat tapi ternyata bilik tersebut dalam mood selamat. Alhamdulillah. Tak ada bau ubat. Lega.

"Iffah, sudah dapat ke?" Dato Qhaliq terasa sesak di dadanya. Kata doktor, tiada harapan. Itu membuatkan Dato Qhaliq membiarkan dirinya tanpa sebarang rawatan. Hanya diberikan beberapa alat untuk buat dia terus bertahan.

Nafas Dato Qhaliq makin tidak teratur. Dadanya senak.

"Iffah dah jumpa. Inilah perempuan tu, abang..."

Dato Qhaliq melihat Idayu. Sungguh ayu wajah Idayu di pandangannya. "Pandai Iffah cari..." dengan suara tersekat-sekat dia memuji isterinya. "Lega hati abang, Iffah . Abang rasa boleh pergi dengan tenang."

"Mak cik, drama apakah ini?" Idayu keliru. Semestinya dia harus keliru dengan apa yang terjadi.

Niat hati aku nak lari dari hospital ni tapi termasuk pula dalam geng yang aku tak kenal ni. Apa cerita?

"Tolong kahwin dengan anak pak cik..." lemah suara Dato Qhaliq.

"Tolong nak..." Datin Nuriffah juga merayu.

"Ya Allah mak cik, pak cik. Ini hospital la, bukannya tempat mencari jodoh. Maafkan saya. Bukan niat saya nak kurang ajar pada orang tua tapi niat saya nak keluar dari hospital ni." Idayu ingin melangkah.

"Tolonglah nak, ini permintaan pak cik sebelum pak cik pergi."

"Pak cik kan masih bernyawa. Ajal maut ni semua di tangan Allah. Mungkin Allah akan panjangkan umur pak cik. Ini sekadar ujian untuk pak cik. Allah masih mahu pak cik hidup. Pak cik masih mampu mencari menantu yang lain." Idayu berkata. Alamak! Aku dah mula membebel. Idayu, kau sedar tak diri. Pak cik tu dah nazak la. Boleh pula membebel.

"Allah!"

Selepas itu, Idayu hanya mendengar satu bunyi yang panjang.

Tuttttttttttttttttttttt.......

Idayu tergamam.

"Abang, jangan tinggalkan Iffah." rayu Datin Nuriffah dengan air mata yang mengalir. Doktor dan juruwat segera masuk apabila Datin Nuriffah menekan satu butang.

Datin Nuriffah dan Idayu kebelakang sedikit.

Idayu tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Perlahan kakinya berundur kebelakang. Makin belakang.

"Cik, tolong mak cik. Anak mak cik masih dalam ICU. Mak cik tak ada sesiapa pun..."rayu Datin Nuriffah lagi.

Langkah Idayu terhenti apabila mak cik tersebut berpaling melihatnya.

"Mak cik, anak mak di ICU tu, masih hidup kan? Jadi mak cik sepatutnya berdoa akan keselamatannya. Doa seorang ibu mudah dimakbulkan." pujuk Idayu.

"Doa? Baiklah. Mak cik berdoa, jika anak mak cik dapat diselamatkan, mak cik akan kahwin anak mak cik dengan kamu, Idayu. Amin..."

Sudah! Aku juga yang kena! Idayu mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Awat mak cik doa macam itu. Hidup saya tak ada kaitan dengan mak cik mahupun anak mak cik. Sepatutnya mak cik doa yang mak cik akan menderma wang kepada anak yatim jika anak mak cik kembali sihat."

"Jangan menolak permintaan ni, nak..." Datin Nuriffah masih berusaha memujuk Idayu.

Idayu hanya diamkan diri. Kasihan wajah Datin Nuriffah.

"Dato Qhaliq meninggal dunia pada jam 3.34 petang." kata doktor Syazwani. "Datin, saya ucap takziah. Rasanya lebih baik Datin menunggu di wad anak Datin. Pasal arwah saya akan uruskan."

"Terima kasih..."ucap Datin Nuriffah. "Mari mak cik bawa Idayu jumpa anak mak cik pula."

"Mak cik tak sedih ke suami mak cik dah tiada?" soal Idayu. Tak ada tanda-tanda macam orang dah mati suami je.

"Mak cik redha. Dia pergi dengan tenang dan mak cik yakin kalau permintaannya dapat ditunaikan pasti hati mak cik lebih tenang."

Idayu tersengih mendengar jawapan itu.

"Idayu, anak mak cik tu dah tua. Puas kami paksa dia supaya cari pasangan hidup, tapi dia tak nak, tunggu siapa pun mak cik tak tahu."

"Tua?"

"Sebab dah semakin tua buat kami terpaksa memaksanya tetapi anak mak cik tetap tak nak."

"Dia tak mampu nak berkahwin kot..." Idayu cuba mengelak dan memberi banyak alasan.

"Tak mampu apanya, kalau nak kahwin empat pun boleh. Mampu nak sara sesiapa. Nak berapa nafkah sebulan, boleh je. Duit tak jadi masalah." Datin Siti cuba mempertahankan anaknya itu.

"Nafkah batin..." kata Idayu perlahan sambil tersengih. Dia sebenarnya nak buat lawak tapi semestinya tak kena masa dan situasi.

"Keturunan mak cik tak ada yang ada masalah batin ni atau pun mandul. Bagi alamat rumah kamu, mak cik nak pergi masuk meminang."

"Eh, mana boleh mak cik..."

Kini mereka sudah sampai di wad yang sudah menempatkan Qayyim di bilik wad sendirian. Doktor nasihat jangan lama-lama dalam bilik tersebut. Bimbang mengganggu pesakit.

Idayu terkejut. Wajah itu cukup sempurna baginya. Wajah yang penuh nur(cahaya). Tenang hatinya melihat wajah itu. Kata tua tadi. Muda je aku tengok. Enrah-entah lebih muda dari aku kot.

"Macam mana, setuju tak nak kahwin dengan anak mak cik." Datin Nuriffah dapat meneka yang Idayu suka pada anaknya. Anak aku kan kacak.

"Maafkan saya mak cik! Tak nak!" Idayu terus berlari keluar dari wad tersebut. Tak sempat Datin Nuriffah untuk menghalang.



*****



Aku ni gila ke apa? Aku tak kenal dia. Aku memang tak kenal dia langsung tapi bila aku tengok muka dia, hati aku berdebar. Aku jatuh suka pada dia. Tiba-tiba hati aku cakap yang setuju nak kahwin dengan lelaki tu. Mana boleh macam tu? Jangan nak jadi perempuan tak tahu malu.

Idayu masih termenung.

"Mas..." panggil Puan Salmah. "Apa yang anak mak menungkan ni?"

"Ada orang nak masuk meminang anak mak ni?" jujur Idayu.

"Siapa? Kalau bukan ustaz, mak tak nak."

"Mana boleh macam tu mak..." entah mengapa Idayu rasa sedih sebab muka lelaki tu tak macam ustaz walaupun ada sedikit janggut di dagunya.

"Dulu mak tak dapat kahiwn dengan ustaz sebab ayah Mas tu nak jadi ahli perniagaan kain. Sebagai pelepas niat mak, mak nak Mas kahwin dengan seorang ustaz..." tegas Puan Salmah.

"Mak, kita ni orang-orang biasa je."

"Mak dah didik Mas sebaik mungkin. Mas kuat agama, pakai tudung labuh..."

"Mana ada labuh mak, cuba tudung yang besar je." Idayu betulkan kata-kata Puan Salmah.

"Dah! Mak tak peduli. Mak nak menantukan ustaz."

Sejak hari itu, Idayu rasa tidak tenang sehinggalah dia membuat solat sunah istikharah. Tiga malam dia mimpikan wajah lelaki itu. Hidupnya tertekan.

"Apa yang perlu aku buat ni?"

"Mas, ada orang masuk meminang pagi tadi. Masa kamu ke kedai."

"Eh, meminang?!" Idayu terkejut.

"Ya, bagus anak dia. Lulusan luar negara. Negara mak suka, Arab. Ambik medik kat situ. Tak kisah la. Orang yang kenal dia memang panggil dia ustaz. Wah, mak suka dia!" Puan Salmah tersenyum sampai ke telinga.

Idayu pula masa mencuka. Dulu dia harapan ada orang masuk meminangnya tetapi kini, bila ada, dia rasa sedih. Sedih sebab hatinya dah terpaut pada orang lain. Walaupun tidak terluah tapi dia yakin dengan mimpinya itu.

Sebulan kemudian, Idayu pergi ke kedai buku untuk membeli novel yang bertemakan Islamik. Tiba-tiba dia terserempak Qayyim.

"Awak...." spontan Idayu menegur. Teruja punya pasal.

"Saya? Awak siapa? Saya kenal ke?"

"Saya..." Idayu kehilangan kata. Tak kan nak cakap yang mak dia pernah nak satukan dia dengan aku. Malulah macam ni.

"Saya belum hilang ingatakan lagi. Saya memang tak ada kenalan yang wajah secantik awak." pujinya.

Ya Allah dia puji aku cantik. Mas Idayu, tolong jangan perasan dan riak. Dia cuba sabarkan hati.

"Tak ada apa-apa..." Idayu mengambil keputusan untuk pergi sahaja. Lagipun lelaki itu tak kenal dia pun. Sah sah la tak kenal. Aku ni macam mengharap pula.

"Ustaz, lama tak nampak. Sihat tak ni?" panggil Nina yang merupakan pemilik kedai tersebut.

"Sihat alhamdulillah. Kemalangan tempoh hari."

Wajah Nina terkejut. Mereka terus berbual tanpa mempedulikan Idayu yang terkaku di situ.

Ustaz? Dia pun ustaz. Ustaz pun pakai baju formal macam tu. Pakai baju kameja bersama kot hitam. Kerja pejabat? Panggil ustaz juga ke ni? Idayu mula berperang dengan perasaannya sendiri. Rasa menyesal tidak bertanya lebih detail tentang Qayyim.

Idayu pulang ke rumah. Dia di kejutkan dengan berita yang bakal mertuanya akan datang hari ini untuk melihatnya.

"Apa melihat aku? Alamak!" Idayu melihat wajahnya di cermin. Cerawat batu! Kenapa kau naik masa ni? Buat kacau je...

"Mak, jerawat batu sebijik naik kat tepi hidung ni..."

"Okey apa, jerawat rindu la tu..." Puan Salmah tersengih.

"Eh, mak ni! Rindu pada siapa pula? Manalah tahu bakal mak mertua tengok dari jauh, dia ingat ni tahi hidung. Malu Mas macam ni."

"Mengarut je!" marah Puan Salmah.

Idayu ketawa kecil.

Idayu di beritahu oleh Puan Salmah yang mereka semua akan tiba di rumah selepas Zohor. Makin berdebar hatinya.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam... Jumpa juga cari rumah saya, Datin Nuriffah...." Gembira Puan Salmah dengan kedatangan tetamu yang istimewa itu.

"Syukurlah jumpa. Nasib baik Qayyim ada."

Idayu yang menyedari, selama ini yang Puan Salmah maksudkan adalah Qayyim. Dia rasa bersyukur sangat. Air matanya mengalir tetapi pantas dilapnya. Mimpinya itu bakal menjadi kenyataan.

"Qayyim jemput masuk, rumah mak cik biasa je."

"Alhamdulillah mak cik, janji rumahnya selesa dan boleh berteduh." Qayyim bersikap rendah diri.

"Qayyim kerja apa sekarang ni?"

"Saya cuma kerja sebagai kerani dulu sebelum dapat kerja tetap sebagai seorang doktor di sebuah hospital." jelasnya.

Kerani? Tak ada kerja lain ke? Bisik hati Idayu yang mencuri dengar perbualan mereka.

"Oh, pagi tadi mak cik nampak Qayyim di kedai buku. Tak sempat nak tegur sebab anak mak cik dah nak balik. Siap pakai kot hitam lagi. Nak ke mana?"

"Oh, saya ada temuduga untuk pekerjaan yang lain."

"Rajin cari kerja." puji Puan Salmah. "Duduk dulu. Nak pergi panggil ayahnya kejap.." Puan Salmah menghilang mencari Encik Ali Bakar.

Selepas makan dan berbual seketika di halaman rumah, ada wakaf di situ yang dibuat oleh ayah Idayu.

Encik Ali Bakar memberi peluang pada Idayu dan Qayyim berbual untuk mencari keserasian mereka.

"Nama aku Muhammad Zill Qayyim..." Qayyim memperkenalkan diri.

"Apa? Zin? Zin atap rumah tu ke?" sindir Idayu. Sengaja dia buat begitu. Nak tengok juga muka marah Qayyim.

Qayyim tersenyum. "Mungkin kau salah mendengar, nama aku Zill." sabar Qayyim.

"Nama kau pula apa?"

"Nama aku Mas Idayu Binti Ali Bakar." kata Idayu. Ambik kau! Nama penuh aku bagi.

"Mas Idayu? Ingatkan ratu gelek tu."

"Dah agak kau akan cakap macam tu. Nama aku ni tak lepas dari gelaran macam tu. Popular kata kan..." Idayu cuba menyedapkan hatinya. Padahal, dia cukup benci di samakan dengan artis tersebut.

"Alhamdullillah. Nama yang indah seindah peribadi pemilik nama itu." puji Qayyim membuatkan Idayu tersentak.

"Alhamdulillah...."

"Dah jodoh kau dengan aku..."

"EH....?"

"Kau jodoh aku. Kali pertama aku jumpa kau, aku tak dapat nak lupakan wajah kau." jelas Qayyim.

Bila masa dia jumpa aku? Pagi tadi ke?Idayu keliru.

"Disebabkan aku terlalu asyik melihat wajah kau semasa memandu, aku terlanggar pokok...." Qayyim teringat peristiwa sebulan lalu yang menyebabkan kematian ayahnya.

"Ayah, kenapa duduk belakang pula?" soal Qayyim.

"Saje. Ayah nak rasa macam mana ada drive. Best juga..."

"Ala, ayah ni, selama ni kan pak Mail yang hantar ayah ke tempat kerja." Qayyim ingatkan Dato Qhaliq.

"Ayah nak anak ayah yang jadi drive ayah. Ayah rasa gembira kalau anak ayah bawa kereta ni."

"Ayah ni..." Qayyim tersenyum. Saat itu dia terpaku melihat wajah seorang perempuan. Apabila dia melihat jalan semula, ada seekor kucing di atas jalan. Untuk mengelak kucing itu, dia telah membeluk ke kanan dan terlanggar pokok. Pada masa yang sama, kucing itu melintas di bahagian lagi satu menyebabkan trak yang laju ingin mengelak kucing tersebut, telah membelok ke arah kereta Qayyim lalu merempuh ganas punggung kereta belakang Qayyim. Tubuh ayahnya teseret sama. Terbelah dua kereta milik Qayyim. Dan Dato Qhaliq meninggal dunia selepas menghantarnya ke hospital.

"Kenapa aku? Mak kau kata, kau susah nak suka perempuan tapi kenapa aku mudah je?"

"Aku jenis yang suka perempuan tudung labuh macam kau..."

"Macam kat Arab tu tak ada perempuan yang pakai macam aku..."

"Ada... Ramai sangat... Tapi hati aku berkenan kat kau."

"Tapi..." hati Idayu tersentak mendengar pengkuan spontan itu.

"Dah jodoh kau dengan aku. Jangan dipertikaikan..." Qayyim merenung wajah Idayu tetapi hanya seketika. Apalah hak dia untuk melihat wajah itu lebih lama. Pantas matanya memandang ke bawah.

"Aku tak pertikaikannya tapi aku mempersoalkan..." Idayu ketawa kecil. Saje mahu membuat lawak.

"Jangan ketawa macam tu..." tegas suara Qayyim.

"Kenapa?" mati ketawa Idayu.

"Sebab kau ketawa nampak comel. Aku rasa nak nikah dengan kau esok juga." Qayyim bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Duduk di ruang tamu.

Hati Qayyim berdebar. Ya Allah, permudahkan urusan kami.... Dia menadah tangan.



******



"Mas Idayu!" panggil Qayyim dari jauh. Mereka di ruang legar Mall.

Idayu berjalan pantas ke arah Qayyim dengan pandangan geram. Sudah berkali-kali dia berpesan pada suaminya, jangan panggil nama penuhnya itu. Malu!

"Abang..."

"Kenapanya?"

"Jangan panggil saya macam tu..."

"Lor, tak apa la. Lagi pun sayangkan berpurdah, mana orang tahu sayang ni Mas Idayu, ratu gelek tu."

"Ish, ada-ada je..."

"Jangan geram-geram, kalau nak geram-geram juga di rumah ye." usik Qayyim.

"Abang!" pantas tangan Idayu mencubit perut suaminya.

"Sakit yang!" manja Qayyim.

"Okey, sorry..." Idayu mengalah.

"Tak apa..." AKhirnya mereka tersenyum bahagia. "Abang dah beli..."

"Beli apa ni?" pelik Idayu.

"Abang dah beli baju tu..."

"Baju apa ni?"

"Baju tu la..."

"Baju la..."

"Ish, geram betul la dengan abang ni. Saya tanya ni..."

"Baju gaun putih tu. Malam ni abang nak sayang pakai untuk abang sorang je." Qayyim pula akan memakai tuxedo. Malam ini mereka akan meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang sudah masuk tahun kedua.

"Okey..." barulah Idayu faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.

"Macam tu la..."

Jodoh, sebut sahaja jodoh, ia masih menjadi tanda tanya. Jodoh semestinya rahsia Allah.



P/s: maaf cerita ni pendek..apa yang nak disampaikan...jodoh ni sesuatu yang tak disangka... Tapi saya percaya kalau kita pendam perasaan cinta kita terhadap seseorang demi Allah, insya allah kita akan dapat sesuatu yang lebih baik. Macam kes Idayu ni.. Dia dah suka pada Qayyim tapi pada masa yang sama dia redha dengan pilihan Puan Salmah walaupun dia suka pada lelaki lain. Mungkin sebab lain dia yakin yang qayyim jodohnya. So, apa-apa yang berlaku kita kena yakin...aduh apa yang saya tulis ni...harap terhibur...terima kasih sudi baca....









18 comments:

  1. Best and sweet :)

    #emahirmah

    ReplyDelete
  2. Best...mcm islamik juga...

    ReplyDelete
  3. Cite yg pendek tp menarik....^_^
    #Schariedah Salus

    ReplyDelete
  4. Nama dia unik zill qayyim hihi suka best citer ni

    ReplyDelete
  5. -alahai sweetnyer citer dia... betoi kita tak taw jodoh kita dengan sapa semuanya dah tertulis. kita ikot jer..
    - menarik jalan cerita ala islamik.
    -cantik nma zill qayyim
    *best citer ni kak... putri suka.. :)

    ReplyDelete
  6. huhuhu... jodoh rahsia allah.. wlaupun sape pon jodoh kte kne redha.. menarik..

    *qis*

    ReplyDelete
  7. Dah Jodoh Kau Dengan Aku...
    Sweet sangat cerpen ni
    Pernikahan yang menurut syarak
    Saya sangat suka...
    Tahniah Ria kerana menghasilkan cerpen yang bagus begini

    ReplyDelete
  8. sweetnya...suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka

    1. Qayyim seorang anak yg baik. utamakan ayah dia walaupun dia cedera parah. setuju je dgn pilihan mak dia. pandai jaga pandangan. jujur. penyabar. even Idayu perli nama dia. senang kata dia memang perfectlah even tiada manusia yg perfect sebenarnya.

    2. Idayu, boleh kata agak pandai melawan cakap. org nazak pun dia boleh lawan lagi ckp dia. hehe..kesian papa Qayyim. apasal mama Qayyim ckp anak dia dh tu? sdgkn masih muda lg? Qayyim muda lg drpd Idayu ke??

    ReplyDelete
  9. Cerawat batu.... He he he. Saya ada jerawat je cerawat tada...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Best sangat .. sya peminat cerpen2 kak Ria .. :) .. buat la cerpen mcm ni bnyk2 lgi ye ?

    ReplyDelete
  12. Keren banget cerpen nya... saya suka... sebab islami pula. Trimakasih banyak .... semoga nanti cerpennya lebih keren lagi... saya suka,..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi