Followers

Monday 16 September 2013

18
Komen

2013 : CERPEN 7 : SOMBONGNYA KAU!


Cerpen : sombongnya kau

Aku dah lama perhatikan dia. Dia selalu pinjam buku di pusat sumber sekolah. Dari pembacaannya aku tahu yang dia suka baca buku-buku ilmiah. Aku juga tertarik nak baca buku tersebut. Aku akan pastikan sebaik sahaja dia hantar buku tu, aku akan terus pinjam. Inilah kelebihan menjadi pengawas pusat sumber.

Alamak! Dia dah datang. Hampir dua tahun aku memerhati dia. Aku terlalu asyik dengan apa yang dibuatnya.

Aku kena cipta satu perkara yang boleh buat aku bercakap dengan dia tetapi aku tiada idea.

"hah! Okey juga macam tu..."

Aku mula berangan.

"Awak, boleh tak ambilkan buku tu. Tinggi sangat tak sampai." pinta aku lembut.

"Buku ini ke?" Lelaki itu membantunya. Aku apa lagi. Mula mengedik.

"Ya yang itu,"

Lelaki itu hulurkan kepada ku.

"Terima kasih... Saya Safawiyah..." aku memperkenalkan diri.

"Saya Shekh Muhammad Izzarif..."

Aku tersenyum mengenangkan angan tersebut. Baiklah! Aku akan cuba idea ini.

"Awak, boleh tak ambilkan buku tu? Tinggi sangat, tak sampai." pinta aku lembut.

Dia merenung wajah aku. Nak kata serius, tak pula. Nak kata senyum tak juga. Wajahnya memang tak pamerkan apa-apa perasaan. Kosong!

"Awak..." aku panggilnya. Dah bukan macam dalam anggan aku ni. Macam mana ni?

"Ambillah sendiri." kata dia. Aku kegeraman. Macam mana aku boleh suka dia dalam dua tahun ni. Gila!

Aku membebel seorang diri. Aku berjengkek agar lebih tinggi untuk mengambilnya. Tetapi kaki aku terseliuh. Pantas tangan dia memegang lengan aku. Cepat-cepat aku berdiri tegak. Aku tertunduk. Malu.

Dia sengaja berdiri di belakang aku.

"Lain kali, kalau nak ambil buku yang tinggi macam ni, ambil la kerusi dulu. Tak la hampir jatuh macam tadi." bisiknya di telinga ku sambil tangannya mencapai buku yang aku maksudkan tadi.

Dia ambil dan letak di tempat yang lebih rendah dan terus berlalu.

"Saya suka awak!" tiba-tiba aku jerit macam tu. Aku dah tak boleh berfikir dengan baik.

Dia hanya tersenyum lalu ketawa kecil sambil meninggalkan aku sendirian. Menyesal pula aku luahkan perasaan macam tu. Aku takkan mengakui yang aku suka dia lagi! Tak kan!

Sejak tu, aku tak tunjuk muka pada dia. Nasib baik tahun ni SPM. Boleh cau cepat-cepat tanpa di kesan. Aku kecewa dengan respon yang dia bagi tu. Kenapa dia nak ketawa? Apa yang aku katakan ni sesuatu yang lucu ke? Kelakar ke? Aku memang tak boleh terima dengan cara dia.

Kini, aku dah dewasa, tak ada tempat lain yang aku suka. Hanyalah buku. Akhirnya aku jadi pembantu perpustakaan awam. Aku paling suka jaga kaunter. Itulah kegemaran aku sebab boleh jumpa pelbagai jenis ragam manusia.

"Cik, aku nak pinjam buku ni." seorang lelaki menegur aku. Ini kali pertama aku nampak dia. Muka pun dah nampak sombong macam mana ni.

"Aku baru je pindah sini, so aku tak daftar lagi. Macam mana nak daftar?" lelaki itu bertanya. Aku layan je la walaupun kasar. Budi bahasanya letak kat mana pun aku tak tahu.

"Encik boleh isi borang ini dan kami akan masukkan nama encik dalam sistem kami." aku berkata penuh budi bahasa. Inilah cara bercakap yang betul.

"Isi borang? Aku malas nak tulis. Kau taip je dan terus masuk dalam sistem."

"Tapi..."

"Cepatlah!"

"Baiklah..." pantas aku buka sistem masukkan data peminjam."Nama encik?"

"Shekh Muhammad Izzarif Bin Abdulllah." wajah lelaki itu masih serius.

Aku tergamam. Lelaki yang aku pernah suka dulu. Dah muncul. Sedap aje aku kutuk dia tadi. Tapi aku kan dah tak suka dia. Sia-sia perasaan dua tahun aku padanya.

"Cik, kalau kau nak berangan, tak payah kerja."

"Macam ni lah encik, baik encik tulis. Kertas ini akan kami akan simpan. Tulis ye, encik?" aku maniskan muka. Cakap dengan orang macam ni memang susah ye.

"Hish!" marah pula dia.







Mengada-ngada betul perempuan tu. Aku nak minta tolong tuliskan pun payah. Ish! Kenapa aku kena tukar ke sini. Leceh betul. Baru selesa di tempat lama, dah kena pindah tempat baru.

Aku bekerja sebagai pembantu pemasaran di sebuah syarikat ternama. Biasalah, banyak cawangan, jadi aku terpaksa ditukarkan ke sini kerana potensi aku yang begitu cemerlang. Cawangan di sini, agak slow jualannya. Aku di sini untuk membantu memajukan perniagaan. Nasib.

Tempat pertama aku cari, perpustakaan. Aku suka baca sesuatu yang percuma hihihi tapi perempuan tadi mengingatkan aku pada seseorang.

"Saya suka awak!" tiba-tiba perempuan yang berpakain hijau itu berkata. Aku berpaling. Apa yang mampu aku buat hanya senyum tapi aku ketawa pula kemudian tu. Aku bukannya ketawakan akan perasaannya tapi aku rasa dia sangat mencuit hati dan perasaan aku.

Keesokannya aku datang lagi ke pusat sumber pada waktu rehat. Aku ada juga menjeling ke arahnya tetapi dia tidak lagi menyambut aku dengan senyuman yang selalu dia pamerkan. Entah mengapa aku rindu akan senyuman itu.

Kenapa dia berubah hati? Bukankah semalam dia kata suka kan aku? Ni yang buat aku pelik. Sempat aku jeling nama tagnya. Safawiyah? Sedap namanya. Macam islamik namanya. Hampir sama dengan nama aku, Shekh Muhammad Izzarif. Macam sepadan.

Pandangan aku jatuh pada buku yang aku pernah pinjam dulu. Entah mengapa tergerak hati mahu membukanya kembali. Aku perhatikan namaku di kertas peminjam yang diletak didalam buku tersebut. Bawah nama aku ada nama dia.

Aku mencari buku yang aku pernah pinjam dahulu. Aku yakin, semua buku yang pernah aku pinjam pasti ada nama Safawiyah. Aku tersenyum. Makin tertarik hati aku untuk mengenalinya. Tetapi aku jenis yang tak bercakap banyak dengan perempuan. Macam mana ni?

Aku mencuri pandang pada Safawiyah yang dari tadi asyik sekali bercakap dengan seseorang. Kadang-kadang dia akan tersenyum. Comel senyumannya.

Lepas tamat sesi persekolahan, aku akan ke perpustakaan awam. Di situlah tempat aku lepak. Suatu hari, aku ternampak Safawiyah. Dia juga ada datang. Mungkin dia tidak perasan aku. Entah la. Selepas pukul 5petang, barulah aku pulang ke rumah.

"Rif! Mama kena pergi mesyuarat kat KL, jadi elok-elok duduk kat rumah ni." Puan Ema sedang mengemas beg.

"You nak ke KL? Sekarang ke? I ada meeting dengan Dato Qhaliq malam ni di Damansara. Siapa nak tengok-tengokkan anak kita ni?" Encik Zarul berkata. Dia juga sudah lengkap dengan baju formal.

"Dia dah besar. Pandailah dia jaga diri. Jangan risau." Puan Ema menuju ke bilik anak tunggalnya. "Mama dah nak pergi. Ini belanja untuk bulan ni. Kalau tak cukup, bagitau aje mama." Puan Ema letak lima keping not seratus di atas meja.

Aku hanya tersenyum pahit.

"Papa pun dah nak pergi, Rif jaga rumah ye?" tangan Encik Zarul aku salam. Jiwa aku kosong. Itu sebab masa dan kehidupan aku hanya dipenuhi buku-buku yang aku baca.

Encik Zarul dan Puan Ema, sudah lama menghilang. Tinggal aku sendirian.

Aku terus memejamkan mata, ingin melupakan semua kesepian yang aku rasakan. Hanya kesepian.

"Ya Allah!" aku tersedar dari kenangan lalu. Sejak kedua orang tua ku meninggal dunia, aku tiada sesiapa. Mujur aku berpeluang bekerja di sebuah syarikat ternama disebabkan beri muka pada arwah ayah. Potensi pekerjaan aku juga semakin meningkat. Syukur.

Dalam kesunyian hati ini, aku teringat akan perempuan yang aku hanya kenali sebagai Safawiyah. Mungkin dia insan pertama yang aku cintai tanpa sempat aku luahkan perasaan ini. Aku cuba juga mencari namanya dalam rangkaian sosial seperti facebook, dan sebagainya tetapi tidak jumpa. Apabila tanya kawan-kawan yang lama, mereka tidak berhubung pun dengan perempuan yang bernama Safawiyah itu.

"Apa lagi yang mampu aku lakukan... Tapi..." aku teringat akan perempuan yang kerja di perpustakaan awam tadi. Muka dia lebih kurang macam Safawiyah tapi apabila tengok name tagnya tertulis Safai. Lebih kurang juga.

"Saf, ada masalah ke?" seorang mak cik menegur perempuan tu.

"Tak ada apa-apa, kak Fitry" perempuan tu tersenyum.

"Nah! Aku dah tulis. Lain kali buat perkhidmatan yang lebih canggih sikit..." kata aku. Entah mengapa aku nak berlaku sombong pada perempuan yang bernama Safai ni. Dah la pelik namanya.

Aku terus berlalu masa tu. Aduh! Kenapa perempuan ini mengganggu ingatan aku. Sudahlah! Baik aku tidur. Esok dah nak lapor diri kat tempat baru. Tidur. Selamat malam!



******



Kisah cinta mereka bersatu...



Safawiyah meneruskan pekerjaan sehariannya. Kadang-kadang dia akan menyusun buku-buku yang tidak tersusun. Selepas itu mengemaskini data dan sebagainya. Walaupun banyak kerja yang dia perlu lakukan tetapi dia bahagia dengan pekerjaannya sekarang ini.

"Siapa lelaki yang sombong semalam? Dah tak boleh cakap baik-baik dah dengan orang." Geram kak Fitry.

"Siapa ni? Siapa?" muncul pula kak Eira.

"Sabarlah kak, ini pertama kali dia pindah sini. Dia tak biasa lagi kot."

"Cam mana nak sabar? Eira nak tau, lelaki tu sombong gila. Senyum pun tak nak. Apa susah sangat nak senyum. Awet muda lagi bila kita senyum." Kak Fitry mula membebel.

"Kau ni over, Safai yang kena, kau yang lebih-lebih marah." Kak Eira ketawa kecil.

"Aku tolong marah untuk Safai la." Kak Fitry tersenyum.

TIba-tiba Safai dan Kak Fitry tergamam apabila seorang lelaki baru saja melintas kaunter mereka sedang berbual.

"Wei! Korang berdua...."

Datang lagi mamat ni. Memang nak kena. Kata hati Kak Fitry.

Datang lagi pula dia. Mana aku nak sorok muka ni. Aku harap sangat seumur hidup ni memang tak nak jumpa dia. Langsung tak nak. Macam tak logik kalau aku berhenti kerja macam tu sebab cinta pertama aku. Memang tak logik la.

"Hah!" Safawiyah terkejut. "Akak, saya nak ke tandas sekejap." Safawiyah segera ke tandas. Rasa macam nak duduk dalam tandas ni sampai dia balik. Tapi mana boleh macam tu. Sabar. Pura-pura tidak kenal dia. Okey. Jaga kaunter je!

Safawiyah duduk di kaunter. Dia sempat menjeling ke arah Izzarif. Dia bersama perempuan lain. Siapa? Ish! Hati ni cemburu pula. Geramnya! Dahlah mainkan perasaan aku. Boleh pula dia bahagia dengan perempuan lain! Ish!

Habis kertas diconteng oleh Safawiyah kerana terlalu geram. Nasib baik kertas kosong.

"Assalamualaikum.." seorang perempuan menyapa.

Ini perempuan tadi. Sabar Safa... Sabar...

"Waalaikumusalam."

"Boleh saya tanya...."

"Ya..."

"Awak Safawiyah Safai kan? Saya kenal awak! Awak kelas 5 SI kan dulu. Awak pengawas pusat sumber masa tu kan?"

SAfawiyah tergamam. Semuanya dia tahu.

"Salam perkenalan, saya Farhanah. Farhanah gedik!"

"Ya Allah! Kawan baik aku rupanya!" Safawiyah agak terjerit. Tetapi cepat-cepat dia tutup mulutnya sebab ini adalah perpustakaan awam.

"Berani kau kenakan aku macam tu. Mana kau pergi selama ini. Tak dapat hubungi langsung." geram Safawiyah.

"Aku gurau je. Itu pasal, dari jauh aku tengok minah jaga kaunter ni macam kenal. Rupanya kau." ceria wajah Farhanah.

"Mestilah aku. Tukar nombor fon nak? Nanti kita borak-borak lagi. Aku kan tengah kerja ni." Safawiyah berkata begitu kerana ketua kat situ dah main jeling-jeling maut. Mungkin tak senang pekerjanya begitu.

"Okey. Set!"

"Siapa ni?" tiba-tiba muncul Izzarif.

Safawiyah terkaku. Dia tak dapat nak larikan diri.

"Inilah kawan baik aku. Kau tak kenal ke? Inilah Safawiyah Safai yang pengawas pusat sumber tu. Kau kan selalu pergi pusat sumber kan?"

Izzarif tidak dapat menyembuyikan wajah terkejutnya. Inilah perempuan yang aku cari selama ini.

"Kau buat muka terkejut ni kenapa?" Farhanah rasa pelik. Macam-macam la kawan aku ni. Tak pernah jumpa perempuan cun ke?

"Tak ada apa-apa. Tak sangka cik Safawiyah Safai ni masih kekalkan bidang kerjanya sampai sekarang." Izzarif menyindir.

Safawiyah hanya mampu tersenyum. Dirinya sudah tertangkap. Janganlah mamat ni serang aku sudah. Entah-entah dia dah lupa perempuan yang lafazka cinta padanya.

"Safa, aku balik dulu. Laki aku dah tunggu kat luar. Lain kali kita berbual lagi okey." lepas bersalaman dengan Farhanah, Safawiyah ingin berlalu.

"Saya suka awak... Itu yang kau lafazkan pada aku dulu. Tak akan aku lupa." Izzarif membuat muka serius. Geram kerana gadis itu tidak mempedulikannya.

"Maaf, saya banyak kerja nak buat. Kalau encik tak nak pinjam buku, encik boleh balik." kata Safawiyah dengan nada yang geram. Dia berpaling dari melihat wajah Izzarif yang sentiasa membuat hatinya bergetar hebat.

"Aku tak nak pinjam buku. Aku nak pinjam kau." Selamba Izzarif menarik tangan Safawiyah.

"Lepaslah!" marah Safawiyah. "Lepas aku kata! Kak Fitry tolong Safa! Tolong!"

Kak Fitry dan Kak Eira yang mendengar jeritan Safawiyah segera keluar. Tetapi mereka berdua tidak sempat menolong Safawiyah kerana kereta Izzarif sudah meninggalkan perkarangan perpustakaan awam itu.

"Fitry, kita report polis je. Ni kes culik!"

"Kau biar betul Eira. Si Safa tu masih ada mak bapak. Apa kita nak cakap pada diorang? Kes culik ni berlaku kat tempat kita."

"Baiklah! Call polis!"

Mereka berdua masuk ke dalam semula untuk menghubungi polis.

"Kau call kawan kau tadi, cakap kau keluar sekejap. Call sekarang!" arah Izzarif.

"Tak nak! Biar dia call polis. Tangkap kau!" geram Safawiyah.

"Memanglah aku ni layak kena tangkap, tapi yang buat jenayah adalah kau!" Izzarif turut sama geram. Dia cuba memandu dengan tenang. Walaupun tidak laju tetapi apabila emosi terganggu susah juga.

"Jenayah apa yang aku buat. Kau jangan nak main tuduh pula!"

"Jenayahnya, kau dah curi hati aku. Sejak tingkatan lima lagi. Kau penjenayah tegar!"

Safawiyah terdiam.

"Kau cakap suka aku tapi kau pergi tanpa tunggu jawapan aku. Lepas SPM hilang macam tu je." marah Izzarif. Hampir gila dia mencari alamat rumah Safawiyah. Pindah tak nak bagitau.

"Pinjam telefon..."

"Nah!"

Safawiyah menghubungi Kak Eira dan memberitahu yang dia tak balik kerja dah memandangkan sudah pukul 5 petang.

"Kita nak ke mana?" soal Safawiyah. Dia tidak memandang Izzarif.

"Ke rumah aku!"

SAfawiyah terkejut. "Nak buat apa kat rumah kau? Kalau nak berbincang okey fine. Kita bincang cara baik. Aku tak nak pergi ke rumah kau!"

"Kena juga. Nanti kau lari."

Mereka sampai juga di rumah Izzarif.

Pantas Safawiyah membuka pintu dan berlari keluar dari kawasan perumahan Izzarif tetapi lelaki itu lebih pantas menangkap tubuhnya.

"Lepaslah!"

"Kan aku dah cakap yang kau akan lari! Aku faham sangat kau!"

"Lepas!"

Izzarif menarik tangan Safawiyah dan menguncinya dalam bilik stor di dapur.

"Kau gila!" marah SAfawiyah.

"Aku nak kau dengar apa aku nak cakap."

Safawiyah diam seketika.

"Aku dah lama cari kau. Semua kawan-kawan kita, aku dah tanya. Tapi masih tak jumpa kau. Kau cakap suka pada aku, kau ingat aku mudah lupa apa yang kau kata. Hati aku terusik tau! Kau memang menarik perhatian aku. Aku pun suka kau juga. Hati aku yang sunyi ni, kau isikan dengan kata-kata semangat untuk aku. Kau ingat aku tak tahu ke setiap kali lepas baca buku yang aku pinjam, kau akan pinjam kan? Lepas tu kau selitkan penanda buku yang penuh dengan kata-kata semangat."

Safawiyah terduduk. Dia tidak menyangka yang Izzarif akan menyiasat begitu sekali.

Perlahan-lahan Izzarif membuka pintu.

"Aku cintakan kau, Safawiyah."

Makin tergamam Safawiyah dengan kata-kata cinta itu.

"Kau sombong dengan aku dulu. Aku benci kau sekarang ni. Aku nak balik!" Safawiyah masih terkejut dengan pengakuan Izzarif. Dia tak dapat nak berfikir dengan baik.

"Aku cintakan kau! Faham tak?"

"Aku tak faham! Aku nak balik. Nak balik!" Safawiyah tidak dapat menerima kata-kata itu. Masih teringat senyuman dan ketawa sinis Izzarif. Betapa hinanya dia rasa saat itu.

"Baiklah, aku hantar kau balik."

"Tak payah, aku naik teksi je."

"Kau mana ada duit nak bayar tambang."

"Pinjam duit kau dulu." memang malu saat itu tetapi dia perlu segera tinggalkan tempat ni.

"Tak boleh! Aku hantar kau balik!" tegas Izzarif.

Akhirnya Safawiyah mengalah. Sebaik sahaja Safawiyah turun dari kereta, dia berjalan pantas ke rumah,

"Tunggu!"

Langkah Safawiyah terhenti tetapi dia tidak berpaling.

"Aku akan pastikan kau akan cakap benda tu sekali lagi."

"Cakap apa?"

"Cakap yang kau suka aku! Aku akan buat kau cakap macam tu."

Sejak itu, Izzarif datang hampir setiap hari. Dulu selepas kerja, sekarang ni, waktu lunch, pasti ada muka seriusnya di perpustakaan awam.

Ingatkan datang nak pujuk aku tapi datang nak tunjuk muka dia yang serius. Tak akan la aku cakap suka pada kau. Jangan harap! Safawiyah menunjukkan muka protes.

Tiba-tiba seorang perempuan lalu depan kaunter dan menghampiri Izzarif.

"Hanisah, you buat apa kat sini?"

"Oh, you kat sini! I cari you merat tempat, kat sini you melepak!" Hanisah menarik tangan Izzarif. Izzarif pula hanya membiarkan sahaja.

SAfawiyah yang melihat kejadian itu mula panas hati. Kata nak tunggu aku tapi dah ada perempuan lain ni. Tak leh jadi ni tapi aku tak bersedia lagi nak cakap benda tu, biar aje la.

Selepas hari itu, Izzarif tidak lagi datang ke perpustakaan awam. Minggu ini sudah masuk minggu ke dua. Safawiyah mula bimbang. Kemungkinan perasaan Izzarif akan berubah hati ke perempuan lain. Tak boleh macam tu.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk ke rumah Izzarif petang nanti tetapi hujan turun dengan lebat. Baju hujan tak pula bawa.

"Meh tumpang kak Eira..." ajak Kak Eira.

"Tak apa la kak, kejap lagi berhentilah tu. Kasihan motor ni tinggal kat sini."

"Okey, hati-hati tau. Dah senja ni." Kak Eira terus berlalu pergi.

"Izzarif!" terkejut Safawiyah dengan kehadiran lelaki itu di situ.

"Maafkan aku Safa. Aku tahu yang aku sombong sangat dengn kau dulu. Tapi aku malu sebenarnya masa tu. Tambahan pula kau perempuan pertama yang begitu jujur dengan aku."

"Sudahlah..." Safawiyah mengalah dengan perasaannya. Mana mungkin hatinya tidak terusik dengan kehadiran lelaki itu semula dalam hidupnya.

"Maksud kau..."

"Aku suka kau!" Safawiyah melafazkan kata-kata itu serentak dengan kilat yang tiba-tiba muncul. Hal ini membuatkan Izzarif tidak mendengarnya.

"Apa kau kata?"

"Tak ada apa-apa..." Safawiyah tersenyum bahagia.

"Cakap la. Aku tahu kau cakap benda tu. Cakaplah lagi sekali yang kau suka aku. Please..."

"Malas! Kalau betul kau suka aku, masuk meminang. Aku tunggu!" Safawiyah sudah bersedia atas motornya. Dia akan meredah hujan. Lebih lama mereka berdua-duaan, lebih banyak masalah.

"Betul ni!"

Safawiyah angguk kepala dan dia terus meninggalkanIzzarif.







Izzarif membuka siaran radio dalam keretanya. Ada sebuah lagi yang diputarkan.

"Tidak tidak padaku. Untuk melupakan dirimu. Walau sudah lama berlalu. Hatiku tetap setia padamu. Ya Tuhan, Kembalikan dia padaku. Yang sangat mencintainya. Tak bisa padaku. Terus hidup tanpa cintanya."

Lagu itu terus kedengaran. Makin lebar senyuman Izzarif.

"Apa lagi yang perlu ku lakukan Kerna segalanya telah ku coba Untuk memiliki seluruh hatimu, Yang tinggal hanyalah satu kepasrahan... Oh tidak...tidak... Di mana-mana kau berada Tapi dirimu sentiasa bersamaku. Kenangan memori kita Akan selalu sentiasa bersamaku. Ya Tuhan kembalikan dia padaku. Yang sangat mencintainya. Tak bisa padaku terus hidup tanpa cintanya. Di mana-mana kau berada Tapi dirimu sentiasa bersamaku."

Akhirnya dia sampai di sebuah masjid.

"Lambatnya kau sampai. Semua orang sedang tunggu kau tau." Farhanah membebel. Izzarif hanya ada keluarga angkat sahaja iaitu keluarga Farhanah. Keluarga itu cukup mengambil berat tentangnya.

"Jalan jem."

"Ini kan majlis pernikahan kau, boleh pula datang lambat."

"Tak apa, Safawiyah tetap setia menunggu aku." bangga Izzarif berkata. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Pakaian melayu sebar putih begitu sesuai dengannya.

"Sombongnya kau! Nanti si Safawiyah tu lari lagi, baru kau tak sombong."

"Aku yakin dengan cinta ni. Jodoh ni!"

"Bagus la!" Farhanah tersenyum. Semoga korang berbahagia.



P/s: wah, siap juga cerpen ni. Alhamdulillah. Harap terhibur. Cerpen yang santai dan ringkas je. Tak berat mana pun. Sekian terima kasih.





18 comments:

  1. jikalau jodoh berpanjangan, pergilah ke mana pom akan bertemu jua..x kira cepat atau pom lambat..
    kerna ajal, jodoh itu semuanya ditangan Tuhan yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  2. Teruskn berkarya...karya awak best

    ReplyDelete
  3. Wow,ada nama Ema disitu..hehe..kak ria cerpen kali ne mengimbau kngn saya dgn lelaki yang saya suka dulu wktu skola.. hehe,apa pun cerpen kak best ! -emahirmah-

    ReplyDelete
  4. Alamak !!! sweet gile !! Cik Librarian dengan Encik Arrogant ! muahahah ..

    ReplyDelete
  5. best2 jlan cerita dia. puteri suka.. sweet jer.. walaupun dia sombong tp dia tetap ada perasaan.. hehe

    ReplyDelete
  6. Sombongnya kau!
    Cerpen ni memang best la... thumbs up!

    ReplyDelete
  7. I like yours very much..harap awak dapat post cepat2 tak sabar nak baca lagi karya awak..hehehehe..

    Xoxoxo MAISARAAAH

    ReplyDelete
  8. argh!! suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka love love love love love love love love love love love love love love love love love nak si sombong tu boleh tak?? hehe..

    ReplyDelete
  9. jalan cerita yang bagus..teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  10. Weyh! Best3x. Simple but nice. Semua karya kak ria dh bca. Btw, tulislh cerpen bgus lg.

    ReplyDelete
  11. Cerita ni mmg best cuma part akhir nmpk cam pendek dn xteratur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kejar deadline...itu yang nampak pendek dan tidak teratur....maaf....lain kali saya akan usaha lagi...

      Delete
  12. Apepun cerita yg lain2 tu semuanya amat best dn menarik. Suka sya membacanya

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi