Followers

Sunday 15 September 2013

13
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 15



Bab 15
Selepas makan, Tengku Zam Hairil membawa Izz Izzati ke ICT Shah Alam. Melihat cahaya lampu yang pelbagai bentuk.

"Cantik kan?" kata Izz Izzati. Dia suka suasana malam ini. Sedikit berangin tetapi nasib baik tidak hujan.

"Ya. Zati, bila abang awak kahwin? Tak pernah pula encik Azlan beritahu atau jemput saya. Dah lama juga kenal dengan ayah awak tu." Tengku Zam Hairil bertanya.

"Dah lama kahwin... Rasanya empat tahun usia perkahwinan mereka."

"Wah lamanya." tersentak lagi sekali hati Tengku Zam Hairil. Wajah Zizan benar-benar ceria dan gembira. Tak pernah terpamer wajah yang sedih. Rupa-rupanya perkahwinannya tidak seindah seperti orang lain. "Mak ayah tahu ke pasal perkahwinan ni?"

"Mestilah la tahu. Ayah dan mak yang pergi meminang kak Ila. Setahun sahaja dapat bertahan hubungan mereka tetapi sejak campur tangan mak ayah kak Ila dalam perkahwinan mereka, jadi makin teruk."

"Mak ayah kak Ila masuk campur? Apa yang terjadi sampai mak ayah kak Ila masuk campur?" soal Tengku Zam Hairil lagi. Memang dia tidak berpuas hati apa yang berlaku pada abang iparnya tetapi siapalah dia mahu melawan takdir. Dia hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan Zizan.

Izz Izzati duduk di bangku yang ada. Tengku Zam Hairil turut sama melabuhkan punggungnya di bangku itu.

"Kak Ila kata yang abang pukul dia sampai lebam tangan dan macam-macam lagi. Padahal abang tidak pernah pukul dia pun. Saya tahu pasal tu Tengku. Saya yakin. Abang seorang yang sentiasa melindungi wanita. Tak pernah menyakiti mana-mana wanita yang hadir dalam hidupnya." air mata Izz Izzati mengalir.

"Sabarlah Zati. Mak dan ayah tak tolong apa-apa ke?"

"Mak ayah hanya diam. Dia cuma nasihat. Bimbinglah kak Ila tu biarpun mak dan ayah dihina."

Betapa baiknya hati mak dan ayah mertua aku. Sampai begitu sekali.

"Zati jangan nangis. Kita sama-sama doakan untuk abang Zizan." pujuk Tengku Zam Hairil. Banyak kali sudah gadis ini menangis hari ini. Patutlah Puan Zalimah menangis saat mereka meninggalkan rumah tadi. Rupanya Zizan ada masalah dengan isteri dan hanya pulang ke rumah jika diperlukan sahaja.

Izz Izzati tersenyum kembali. "Kalau boleh saya nak jadi isteri yang baik untuk awak Tengku. Saya tak nak jadi macam kak Ila... Boleh awak bantu saya?" pintanya.

"Boleh je. Jaga makan minum dan pakai saya pun dah cukup." Tengku Zam Hairil tersenyum manis.

"Thank Tengku..." mereka pun pulang ke rumah.

Keesokan harinya Izz Izzati bangun lewat. Hal ini kerana dia sudah terbangun pada jam empat pagi kerana rasa tidak selesa. Rupa-rupanya dia datang haid.

Selalunya lambat, ini awal pula. Selepas itu, dia tidur semula.

Tengku Zam Hairil seperti biasa akan bangun awal untuk bersolat dan mengaji. Dia rasa hairan kerana Izz Izzati tidak keluar dari biliknya. Tambahan pula bilik itu gelap.

Aku nak masuk tapi takut dia fikir yang bukan-bukan pula. Tapi kalau tak kejut bangun subuh, tak elok pula macam tu. Kasi redah je la! Bolos sahaja pintu itu!

Tengku Zam Hairil ketawa sendirian. Teringat rancangan tv astro itu. Dia mengetuk pintu bilik tetapi tiada respon. Perlahan dia memulas tombol pintu. Kelihatan Izz Izzati berselimut likup. Mungkin lepas mereka pulang semalam, hujan turun dengan lebat. Jadi suasana yang dingin itu membuat lena menjadi panjang.

Izz Izzati yang sudah tersedar apabila pintu dibuka dari luar itu pura-pura tidur. Selamba je si Tengku ni masuk bilik aku. Tak apa. Kita kenakan dia.

"Zati, bangun la..."

Perlahan Izz Izzati membuka matanya, dia membuat muka serius.

Tengku Zam Hairil tergamam.

"Kenapa kacau aku tidur?" Izz Izzati menggunakan ayat yang sering Tengku Zam Hairil katakan apabila tidurnya terganggu.

"Kacau tidur? Mana ada, saya nak kejut Zati bangun solat subuh je." Tengku Zam Hairil ingin keluar dari bilik itu.

"Kau nak ke mana? Disebabkan kau dah kacau aku tidur, kau kena denda!" berani Izz Izzati.

"Denda?"

Pantas Izz Izzati memeluk Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil terkejut.

Makin lebar senyuman Izz Izzati. Wajah terkejut suaminya itu cukup mencuit hatinya. Pagi-pagi hari dah nakal.

"Peluklah sampai puas..." Tengku Zam Hairil tidak kisah. Dia cuma terkejut awal-awal sahaja. Siapa yang tak suka di peluk kan?

"Ala, Tengku ni. Saya gurau je Tengku." Izz Izzati meleraikan pelukannya. Dia pula yang rasa malu.

"Pergilah solat. Dah lewat ni..."

"Saya cuti la Tengku..."

Tengku Zam Hairil angguk kepala. Dia pula yang rasa malu. Sibuk sangat nak kejut orang bangun subuh kan dah termalu.

Selepas mandi, Izz Izzati membuat sarapan. Nasi goreng sahaja.

"Masak apa tu?"

"Cuba bau..."

"Nasi goreng..."

"Tau pun. Lain kali bau dulu baru tanya." Izz Izzati menghidangkan makanan untuk suaminya.

"Ala, nak bermanja pun tak boleh. Sajer nak tanya soalan yang dah ada jawapan." Tengku Zam Hairil tersenyum manis.

Hah sudah! Aku ni pantang tengok senyuman suami aku ni. Mulalah jadi tak betul. Cukup menggoda hati untuk menjadi gedik.

Izz Izzati duduk di sebelah Tengku Zam Hairil. "Tengah hari ni, Tengku nak makan apa?" manja sekali suaranya.

Tengku Zam Hairil pula terkejut. Manja lain macam tapi dia tak kisah. Aku tengok sikap Zati ni dah macam Feya. Sedikit sebanyak rindu aku padanya hilang.

"Saya nak makan awak!" gurau Tengku Zam Hairil. Dia ketawa kecil.

"What?!" Izz Izzati terkejut. Dia mula menjarakkan diri dari suaminya. Tak jadi nak duduk rapat-rapat. Dia duduk kerusi depan Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil hanya ketawa sahaja. Makin menjadi-jadi ketawanya apabila melihat wajah malu isterinya itu.

"Awak masak aje la. Saya makan semua. Tolak batu, pasir dan sewaktu dengannya yang memang tak boleh makan." masih bersisa ketawa Tengku Zam Hairil.

"Tengku ada elergik tak?"

"Ada, elergik dengan Zati?" Tengku Zam Hairil masih mahu mengusik isterinya.

"Ingatkan elergik dengan seafood. Eh! Dengan saya Tengku elergik?" Izz Izzati baru perasan yang namanya disebut.

"Elegik la. Kalau nampak Zati je, rasa nak peluk-peluk. Selagi tak dapat peluk, badan ni naik gatal-gatal." gurau Tengku Zam Hairil. Entah mengapa dia rasa terhibur dengan mimik muka yang ditunjukkan oleh Izz Izzati.

"Miang!" marah Izz Izzati. "Lebih baik Tengku makan sekarang sebelum, saya yang habiskan semua nasi goreng ni." geramnya.

"Wah, tak sangka Zati ni kuat makan!"

"Ala, Tengku ni. Asyik nak kenakan saya je." Izz Izzati membuat muncul. Dulu kalau di rumah, kalau abang Zizan ada, dialah yang selalu mengusik dan mengacaunya. Tetapi sekarang, suaminya pula mengambil alih. Walaupun tanpa cinta antara mereka, tetapi mereka berusaha untuk mengenali hati budi masing-masing.

"Suka hati saya la."

Selepas makan dan mengemas dapur, Izz Izzati ke ruang tamu. Aku rasa aku patut mengenali suamiku dengan lebih rapat. Izz Izzati menjeling seketika Tengku Zam Hairil yang asyik sekali membaca surat khabar di sisi teddy bearnya. Dia yang sedang menyapu, pura-pura menyapu di tempat Tengku Zam Hairil membaca surat khabar.

“Boleh saya tanya.”

“Tanya la...” pandangan Tengku Zam Hairil masih di surat khabar.

“Hobi Tengku apa?”

“Peluk teddy bear.” Selamba Tengku Zam Hairil berkata. Ada saja idea untuk mengenakan isterinya itu. Dia sedar yang Izz Izzati perhatikannya.

“Lagi...” Izz Izzati cuba tersenyum. Itu dipanggil hobi ke? Mungkin dia ada hobi yang lebih menarik kot.

“Tidur dengan teddy bear.” Jawab lagi Tengku Zam Hairil dengan muka tiada perasaan. Dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Mahu ketawa adalah. Tapi ditahannya.

Izz Izzati pula rasa geram. Teddy bear lagi. Suka benar dengan patung beruang yang tak ada mata tu.

“Teddy bear ni isteri Tengku yang ke dua ke?” perli Izz Izzati. Rasa kau! Geram betul! Asyik dengan teddy bearnya. Kalah budak kecik cam ni. Entah-entah dalam biliknya tu penuh teddy bear. Nanti nak curi-curi masuk la.

“Tak la. Teddy bear tu isteri yang pertama. Awak tu yang nombor dua.” Jawab Tengku Zam Hairil sambil berdiri. Dia mencapai teddy bear lalu dipeluknya. “Jom pergi mandi! Ucuk ni!” manja Tengku Zam Hairil sambil berlari biliknya. Di biliknya sudah ada bilik air. Di bilik Zati sahaja tak ada.

Izz Izzati terkedu. Kalau aku kenakan dia, pasti aku yang terkena semula. Ish, geramnya! Tapi ada perasaan bahagia yang meresap dalam dirinya.

Beberapa minit kemudian...

Aku pasti yang dia dalam bilik air. Aku nak skodeng biliknya sekejap. Aku kan tak ada kerja nak buat. Nak menulis, idea tak timbul.

Perlahan pintu bilik itu dibuka. Wah tak ada langsung teddy bear. Cuma yang tak ada mata tu je yang ada. Aku ingat dia ni pengemar teddy bear. Mungkin seseorang yang istimewa yang bagi ni. Tapi siapa?

"Awak buat apa dalam bilik saya ni?" tiba-tiba Tengku Zam Hairil muncul dari belakang.

Izz Izzati berpaling. Terkejut dia melihat tubuh Tengku Zam Hairil yang terdedah. Dia tidak menyangka yang suaminya yang mempunyai bentuk badan yang mengancam hati dan naluri wanitanya. Ingatkan kurus kering je.

"Saya..."

Tengku Zam Hairil merenung tepat ke dalam mata Izz Izzati.

"Saya...."

"Saya apa?!" sedikit keras suara Tengku Zam Hairil.

"Saya... Saya!" terkejut dibuatnya.

"Assalamualaikum...." ada yang memberi salam dari luar rumah.

"Ada orang datang!" Tengku Zam Hairil gelabah. "Zati, pergi tengok siapa datang tu."

"Baiklah!" jawap Izz Izzati. Huh! Lega aku. Selamat!

"Waalaikumusalam..." jawab Izz Izzati dari dalam. "Abang!!!" Dia memeluk abang kandungnya. Gembira dengan kehadiran abangnya itu.

"Zati..." wajah Zizan sangat sedih.

Apa yang terjadi pada abang? Kak Ila buat hal lagi ke? Izz IZzati terkaku.



P/s: alahai...bersambung lagi....tunggu next episod...jangan lupa komen...terima kasih...



13 comments:

  1. kenapa dgn ila tu??
    xhabis2 nk cerita tentang aib orang...
    tah2 dia pasang lain kot
    sbb tu yg dia tuduh zizan pukul2 dia... =.="

    alah xmenjadi la cara izz buat..
    dia ingat zam nk mengelabah mcm dia kot kalau kena peluk
    hahahhahah
    kesiannya kat izz...
    dia nk kenakan zam alih2 dia balik yang terkena.
    xkan sama sekali zam tunduk dgn izz..
    xpe2 maybe next time zam pasti terkena...

    kejam zam...
    sanggup dia kata izz bini no 2
    hahahahhaha
    apa lah kelebihan bini first dia ek???
    xkan "feya" yg kasi...
    oh xmungkin2!!!!!!!

    zizan........
    why????
    xkan sorang je
    anak2 xbwk sekali ke??
    xtakut ke jap lagi kena serangan meriam????
    ila kan xsuka dgn family izz....
    huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. hihi...cepat la sambungan tu keluar...x sabar ni!

    ReplyDelete
  3. 9
    Ila ni ade skandal lain kut, tu yg dia ckp kat mak bak dia yg zizan pukul dia. Ish,. Geram tul si ila ni. Isteri derhaka. Menantu tak kenang budi. Bersyukurlah dpt mak bpk mertua baik cam orgtua Xizan tu.

    Zati ni kelakar, dia nk kenakan tengku. Ikut kebiasaan tengku bila dimkejut time tdo, alih2 dia plk yg terkens. Hahaha

    Eish, zati tak sentap ke time tengku ckp cik ted tu bini no 1. Aku pulk dah yg sentap mcm nk baham si tengku tu.
    Ni kompem pasti super pasti yg bagi cik ted takda ata tu si Feya.. Hsh, sapala si Feya ni... Huhu,

    Zizan dtg uma Tengku n Zati? Samthing bad happen ke? Huih... BI saya sguh, tlong abaikan. Haha...

    Hope xdo pape yg berlaku kat Abg Zizan.

    ReplyDelete
  4. (4)

    menyempat je izz ni kenakan TZH. Nasib baiklah TZH ni sporting.hehehe.. Sweet je. Bila izz kenakan TZH, TZH kenakan dia balik. macam ni cara nak membina rumah tangga yang harmoni. bukannya asyik nak bergaduh je. sampai hati Ila fitnah Zizan macam tu. Teruk betul. Daripada fitnah baik bunuh je zizan tu. grr.geram dengan Ila tu. Yang dia nak fitnah suami sendiri tu kenapa. kenapa lah dengan zizan kali ni. hope tak ada apa apa yang buruk jadi.. kak ria, nak lagi..:D

    ReplyDelete
  5. (6) Qaseh Allyea
    - geram plak dngan ila ni.. dia ada masalah jiwa kot, tu yg jdi mcm tu.. ksian dekat zizan kena hadapi dengan perangai ila yg enth pape tu.. huhuhu
    - suka tngk si zati, nk ikot perangai tunku yg tak leh org kcau kalau waktu tido, hehee sweet yer.. walaupun si zati tu just berlakon.. hihi
    - tak patot betul la tunku tu.. ada ada plak dia kata si zati tu bini no2.. hehe..
    - tak habis2 feya.. siapa la feya tu? hurmm..
    - ala nak taw nape zizan tiba2 dtang umah zati... msti ad bnda yang tak kena tu..
    * smbung la lagi kak... tak sabar nk baca nie.. hehe

    ReplyDelete
  6. (13)
    sweetnya Tengku...but please jangan terlalu ingat dkt Feya...dr dulu lg sy fikir teddy bear tu dr Feya. entah betul ke tak?
    Tengku vs Zati, pasti Zati yg kalah..haha..x boleh menang..even dia berlakon pun akhirnya kalah jgk..
    hobi dia semua dgn teddy bear. dh lah teddy bear tu isteri no 1 dia..blh plk dia pi ltk Zati no 2..
    Zizan, nape ni? mana anak2? apa dh jadi? apa yg ila dh buat?

    ReplyDelete
  7. (16)
    alahai sweet nye dieorg nie.. Ktawe jew bace taw... Best ctr nye..

    ReplyDelete
  8. (--10--)
    4tahun kawen tapi peel mcm apa entah.. ila ila..suami tu..syurga kau xdew dah kat bawah kaki mak kau tapi kat suami..patuh dan taatlah pada suami.. ini x.. fitnah Zizan.. kata Zizan pukul sampai lebam.. cepatlaa berubah sementara hati Zizan kat kau lagi..
    sweetnya bila Izz ckp "bantu saya menjadi isteri terbaik buat Tengku".. saya y baca dah terharu.. mesti Tengku lagi trharu.. in shaa Allah Izz akan mnjadi isteri terbaik pada Tengku...
    Izz nie dlm diem kenakan Tengku..boleh polak tiru tabiat Tengku yang x ley diganggu..siap DENDA tu.. at last Izz kena balik ngn Tengku.. suami sporting laa katakan.. semua y Izz nk kenakan Tengku dia terkena blik..otak Tengku nie geliga..klah penulis.
    Xlama lagi hobi Tengku peluk Izz laa..xdew dah nk peluk teddy bear..lgi2 klu izz dah pereggy.. (jauh pikiran)*..
    Zizan kasihannya diaaa..

    "Untuk mendapatkan keredaan dalam melayari rumah tangga, setiap pasangan seharusnya saling tolong-menolong antara satu sama lain, tidak kira dalam apa perkara sekalipun." - IzzTengku &IlaZizan

    ReplyDelete
  9. -5-

    wah...... apa jadi seterusnya...
    dap dip dup.. heee

    teddy xde mata sebab bulu tebal sangat ek sampai tertutup mata dia yg comel tu??heee..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi