Followers

Wednesday 15 June 2011

6
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 7 siri 1

‘Apa kena dengan minah sorang ni? Aku rasa aku tak buat salah apa-apa dengan dia. Aku dah buat kaji selidih dah. Eh, bila aku buat ye?! Aku baru sahaja jumpa dia tadi. Apa kes Julia ni?’ sakit kepala Lidya.

            “Pang!” Julia menampar pipi gebu milik Lidya tepat ke sasarannya. Dan pantas juga Lidya menampar Julia.

            “Opsss! Tertampar pula. Tak dapat nak kawal tangan ni. Dia bergerak sendiri,” kata Lidya. ‘Aku ni asyik jadi mangsa penampar orang sahaja. Sakit pula tu. Tangan diorang macam tangan besi. Tapi aku tengok lemah lembut sahaja sifatnya,’ bisik hatinya. Dia mengusap lembut pipinya yang sakit.

            Julia memegang pipinya yang terasa perit. Dia memang tidak berpuas hati dengan Lidya. Dia dengki dengan Lidya yang begitu mudah dapat menjadi setiausaha Danish, pujaan perempuan di muka bumi ini.

            “Sebab lelaki ajer ke kau nak tampar aku?” bahasa Lidya sudah tiada sopannya. Hukum karma. Orang kurang ajar, kita pun tak payah la nak tunjuk baik. Itu pasal ada pepatah. Kalau hendak orang hormat pada kita, kita yang terlebih dulu hormat pada orang lain. Tapi Julia ini dah tak ada hormat dah. Ikut suka dia ajer nak serang aku.

            “Kau tak layak dengan Danish,” kata Julia. Dia benar-benar geram dengan Lidya.

            “Danish? Kalau kau nak sangat. Ambil! Aku tak hairan la. Aku kalau nak cari calon suami. Aku cari yang paling tak popular supaya aku tak dapat penampar percuma macam ni,” jelas Lidya. “Atau kau dah gila?” sambung Lidya dengan tiba-tiba. Perkataan ‘gila’ di keraskan oleh Lidya. Ini telah menyebabkan Julia marah.

            “Stupid women! I hate you so much!” kata Julia. ‘Alahai, speaking English pula dengan aku. Ingat aku tak reti  ke? Aku cuba. Aku cuba,’ kata Lidya. Dia sebenarnya lemah dalam bahasa Inglish tapi dia tiada keyakinan hendak bercakap dalam bahasa tersebut.

            “What did you say?” balas Lidya. Kata-kata itu telah membuatkan gunung berapi milik Julia meletus dan meletup. Boom!!!

            “You stupid! Idiot! Go to hell!” menjerit Julia. ‘Ini sudah melampau si Julia. Siap go to hell! Macam dia yang menentukan aku masuk neraka. Allah! Allah yang menetukan segalanya. Kau tiada kelayakkan tu, Julia,’ Lidya sabarkan hatinya.

            “I don’t care! Bahasa melayunya, ada aku kisah!” Lidya tergelak. Siap ‘translet’ lagi. ‘Manalah tahu si Julia ni tak faham. Al-maklumlah. Hati tidak tenang,’ Lidya mampu tersenyum lagi. Tapi tidak bagi Julia. Dia ingin menolak tubuh Lidya jatuh tetapi dia yang tergelincir sendiri dengan kuasa Allah.

            Kedebuk! Bunyi yang biasa kita dengar.

            “Astaghfirullahalazim!” datang seseorang yang tidak dikenalinya dengan tiba-tiba.

6 comments:

  1. lol... tp, kena jaga2 dgn ejaan mcm English bkn Inglish... small error mcm nie la yg x syok nk dibaca nie...

    apapun... saya ucapkan SYABAS kerana dpt m'hasilkn lg 1 episod yg TERBAEEKKKK....

    ReplyDelete
  2. alahai...ria betul2 tak perasan yang ejaan tu..thank atas teguran tu...ria hargai sangat...

    ReplyDelete
  3. novel ni ad jual x?? mcm nk bli je rs.. hihihi

    ReplyDelete
  4. BETUL LAGI LA AWAK...BELUM NAK KUAR LAGI HIHI TUNGGU SAHAJA LA NAMPAK GAYANYA...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi