Followers

Thursday 16 June 2011

6
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 7 siri 2

“Astaghfirullahalazim!” datang seseorang yang tidak dikenalinya dengan tiba-tiba. Rupa-rupanya kawan Julia yang menegur. ‘Pandai dia beristighfar. Syukur. Mesti kawan dia baik,’ teka Lidya. Namanya Shima. Lidya rasa lega sikit.

            “Shim, betina ni tolak I sampai jatuh. Sakit tau,” gedik Julia. Dia bangun dan menghampiri Shima. Dia memeluk lengan Shima. Shima membelai rambut Julia yang kusut sedikit. “Kenapa sayang?” kata Shima sambil memeluk Julia.

            ‘Drama apakah ini? Diorang ni sihat dari segi mental ke? Aku rasa diorang ni tak sihat dari segi rohani. Bahaya ni,’ Lidya mengerutkan wajahnya. Shima memandang Lidya dengan pandangan yang tajam. Julia semakin menggedik tahap tertinggi.

‘Apasal gedik lain macam sahaja minah ni? Siap peluk-peluk seperti pasangan suami isteri. Lesbian ke? Astaghfirullahalazim,’ Lidya beristighfar dalam hati. Hati dia yang hampir lega mula bimbang.

Penampilan Shima yang berambut pendek dan lebih kasual membuatkan dia berfikit yang bukan-bukan. Cepat-cepat Lidya beristighfar lagi. Dia ingin berlalu tetapi lengan dia di sambar kasar oleh Shima. ‘Macam lelaki sudah gayanya dia mencengkam lengannya. Kuat sekali. Sakit!’ Lidya betul-betul terseksa.

“Pang!” pipi yang sama menjadi sasaran Shima. Lidya mengadu. Dengan tenaga yang ada. Dia tampar Shima hingga gadis itu jatuh. Kuat sangat bunyi ‘debuk’. Hatinya geram. Seluruh tenaganya habis di situ. Hanya tinggal 20% lagi tenaganya.

‘Ingat ini game tampar-menampar ke? Asyik adengan ini sahaja. Aku dah naik muak sampai rasa nak muntah. Asyik aku yang kena tampar. Hari itu dengan tunang Adam. Sekarang ni dengan dua orang makhluk yang aku sendiri tidak kenal,’ hati Lidya sememangnya sudah bengkak.

“Korang ingat pipi aku ni apa? Bantal?! Sesedap hati ajer bagi penampar,” Lidya betul-betul geram. Lidya ingin lari dari situ. Bahayakan diri sahaja kalau dia lama-lama di situ. Lidya pantas melarikan diri dengan tenaga yang ada.

Mereka berdua mengejar Lidya. Silap Lidya juga kerana berlari ke tempat yang tiada orang. Sebenarnya Lidya masih tidak biasa  lagi dengan tempat-tempat di syarikat tersebut. Dia pun tidak terfikir mahu berlari ke arah bilik Danish. Dia memang tidak terfikir langsung.

Tanpa Lidya sedari dia sudah kembali semula di dapur pejabat. ‘Eh, kat sini semula?!’ disebabkan dia terasa pening sangat. Dia terjatuh dan pada masa yang sama Danish berada di situ. Julia dan Shima yang nampak kelibat Danish terus melarikan diri.

*****

Danish berasa tidak sedap hati. Dia terasa pelik sebab Lidya tidak siap-siap lagi air yang  dimintanya segera dia bangun dan menuju dapur pejabat.

“Astaghfirullahalazim!” terkejut Danish melihat keadaan Lidya. Keadaan Lidya yang basah kerana disiram oleh Julia tanpa Danish tahu. Danish dapat mengagak apa yang berlaku pada Lidya. Mesti peminat-peminatnya yang lakukannya. ‘Perasan gak aku yang diri ini ada peminat,’

“Lidya, awak okey?” soalnya. Bimbang dengan keadaan Lidya. Pipi Lidya betul-betul merah. Kalau dua belah tak mengapa tapi sebelah sahaja. Kejam betul siapa yang  melakukannya. Dia tidak pasti muka pelaku itu. Dia lebih risaukan keadaan Lidya. Lidya cuba bangun tapi dia jatuh semula.

Danish menghulurkan tangannya tetapi Lidya tidak menyambutnya. Dia cuba bangun lagi. Lemah betul badannya. Semua gara-gara seorang lelaki, dia jadi begini. Benci betul dia dengan perempuan seperti itu.

“Bos, saya cuti hari ini,” kata Lidya dengan selamba sahaja dan terus berlalu apabila dia sudah boleh berdiri.

           “Meh, saya hantar awak ke hospital,” tawar Danish

6 comments:

  1. cepat2 la sambung kak...heeheeh~ syok niiiii!!

    ReplyDelete
  2. Trbit la buku novel ni dipsran..msti laris novel nie klo dipasrkan..

    ReplyDelete
  3. SIAPA yg tak nak terbitkan novel tapi ria sedar diri ni masih banyak perlu dibaiki...penulisan ria masih lemah...biar la dulu...ye?

    thank fiqa...fiqa bagi sokongan pun ria dah gembira..

    ReplyDelete
  4. hehehe.. gaduh lagi.. gaduh lagi.. sonok tengok orang gaduh.. hekhekhek

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi