Followers

Monday 20 June 2011

6
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 7 siri 4

Damia berasa pelik dengan sikap abangnya semalam yang dulu-dulu. Masa pergi makan di rumah Lidya. ‘Malu-malu kucing atau malu-malu kerbau. Macam tak pernah bercakap dengan perempuan sahaja lagaknya. Bukankah dulu abang aku tu playboy? Memang dah insaf kot,’ Damia menyapu sampah di tangga keselamatan. Tiba-tiba, sekumpulan perempuan menghampirinya. Penyapunya di rampas dan di campak ke tangga. Jatuhlah penyapunya.

            “Kau kenapa? Tak sihat ke?” kata Damia. Geram ketenteraman jiwanya di kacau oleh Ayu, Wani dan Shima.

            “Kami sakit hati. Sakit hati tengok kau!” kata Ayu sambil menolak kepala Damia dengan hujung jarinya. ‘Nama ajer Ayu, tapi sikap, perangai tak seayu nama. Sedap hati dia tolak kepala aku. Ingat kepala aku ni apa? Bayar zakat tau kepala ni,’ geram Damia diperlaku seperti itu. Dia sabarkan hati.

            “Apa yang aku dah buat pada kau sampai kau dapat penyakit hati  yang hampir kronik ni?” kata Damia. Ayu buat muka menyampah.

            “Yang kau tergedik-gedik dengan encik Zuraimi tu apasal?” soalnya.

            “Zuraimi? Itu kawan aku sebelum aku kerja sini. So salah ke aku tergedik-gedik dengan dia?” Damia mengeraskan suaranya pada perkataan tergedik-gedik. Dia betul-betul geram dengan perempuan ini. Hendak sahaja dia mempraktikkan seni pertahankan diriya iaitu silat gayung atau pun silat cekak ke? ‘Hihihi Padahal aku belajar sendiri dalam buku yang aku beli. Semua buku aku beli yang berkaitan dengan pertahankan diri,’ jelas Damia. Dia teringat akan sesuatu.

            ‘Dia mengenali seseorang yang mengajarnya mengenai pertahankan diri jikalau diri anda ditangkap dari belakang. Cara-caranya macam ini. Apabila kita ditangkap daripada belakang, anda pijak sahaja kakinya menggunakan tumit kaki kita. Mesti secara automatik dia akan berasa sakit dan anda berjaya melarikan diri KECUALI tumit kaki anda pula yang berasa sakit. Bila sudah sakit, susah mahu lari. Makanya, anda fikir sendirilah. Iklan apa yang aku buat ni?’ tension Damia.

            “Kawan ke? Apa ke? Aku tak mahu tahu itu semua. Yang penting aku nak kau jauh daripada dia,” jelasnya lagi.

            “Aku memang dah jauh pun dengan dia. Tak berminat langsung. Kalau kau nak buat laki, ambik la. Aku ni dah bertunang,” sengaja Damia menayangkan  cincin pemberian mamanya kepada Ayu the geng. Jelas sekali mereka terkejut. Damia ketawa dalam hati terbahak-bahak.

            “Mia!” Danish yang kebetulan hantar bekal makanan kepadanya menegur.

            “Abang!” gembiranya hati dia. Sudah boleh mula rancangan baru. Damia memang nakal dan suka kenakan orang lain.

            “Sayang buat apa kat sini? Borak-borak ye? Ponteng kerja? Tak baik tahu,” kata Danish. Sememangnya Danish sudah biasa bermanja-manja dengan adiknya seperti itu. Dia sebenarnya tak boleh lama di sini.

            “Mana ada la abang. Meh Mia kenalkan abang pada kawan-kawan Mia,” Damia memperkenalkan seorang demi seorang kepada abangnya. Danish meminta diri apabila telah memberi bekal kepada adiknya. ‘Dah besar panjang pun nak bawa bekal lagi. Kuno betul adik aku ni,” kata hati Danish berlalu pergi. Sempat mengutuk adik sendiri.

            “Kacak tunang kau,” puji Wani.

            “Mestilah!” Damia berbangga diri. Dia gembira sebab mereka bertiga tiada sebab untuk menganggu dia. Damia mengutip penyapunya yang jatuh tadi dan bergerak ke pintu lif. Dia perlu menyapu di tingkat 11.

            “Bye korang!” kata Damia sambil masuk ke dalam lif. Lif mula bergerak ke tingkat empat, tingkat lima dan sampai tingkat enam, lif tersebut terbuka. Kelihatan seorang lelaki yang agak besar badannya. Damia buat tidak tahu.

            “Kau!” lelaki tersebut menegurnya. Damia terkejut.

            “Siapa kau?” selamba Damia bertanya.

            “Kau yang kata aku, kingkong!” Haris mula geram. Dia kenal perempuan ini. ‘Alamak, kecil rupanya dunia ini. Oh, dunia!’ Damia sempat bermadah didalam hatinya.

6 comments:

  1. king kong???huhu suka! cepat sambung...

    ReplyDelete
  2. ala...ble danish n lidya nk kawin...bosan je part skg????

    ReplyDelete
  3. sabar la..mungkin ada sebab penulis buat camni...tapi sy tetap suka citer ni...lidya n danish....penulis...tulis la cepat2...nak bc sambungannya...

    ReplyDelete
  4. lambat lagi episod dia nak kahwin..idea ria dah susun cuma tak taip dalam bentuk penulisan..harap boleh bersabar yer...terima kasih sukankan citer ini...

    ReplyDelete
  5. tapi bayangan ria memang ria bayangkan si haris tu besar sangat badannya....cuma nampak buruk dan sengal apabila samakan dengan kingkong hahahha

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi