Followers

Thursday 23 June 2011

2
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 8 siri 1

Danish melangkah keluar dan berlalu ke meja Lidya. Asyik sungguh Lidya melakukan kerjanya sehingga tidak perasan dengan kehadiran Danish yang memerhatikannya.

Lidya terkejut melihat Danish berdiri di depan biliknya sambil merenung tajam ke arahnya. Lidya terkaku.

“Bos!” tegas suara Lidya. Danish seperti terkejut dengan panggilan itu. Dia bagai di dunianya.

“Bos ada apa-apa yang boleh saya tolong?”

“Tidak ada apa-apa, cuma saya nak ingatkan awak tentang meeting kita di Genting. Awak jangan lupa bagitau umi awak. Isnin dan selasa,” kata Danish. Sebenarnya dia malu ditegur  begitu oleh Lidya.

“Baiklah bos!” kata Lidya dengan semangatnya.

“Oh, sebelum saya lupa. Awak sudah siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam meeting tu nanti?” Danish bertanya. Dia juga bimbang jikalau Lidya tidak dapat melakukannya. Selalunya Vela yang melakukannya dengan baik.

“Dalam proses bos,” ringkas sahaja Lidya menjawabnya.

“Kalau boleh, awak siapkan hari ini juga sebab hari ini sudah hari jumaat. Bimbang awak tidak sempat siapkannya,” Danish melahirkan rasa bimbangnya kepada Lidya.

“Jangan risau bos. Saya akan siapkan sebelum pulang hari ini,” kata Lidya dengan penuh keyakinan. ‘Kalau aku tak dapat siapkan hari ini, terpaksalah datang pejabat hari sabtu. Esok.,’ Lidya tidak pasti. Dia mampu melakukannya. Dia mahu bertanya kepada Vela tetapi dia akan berkahwin hari sabtu iaitu esok. Terpaksa tanya Danish juga. Sebab dia lebih tahu.

Danish meninggalkan Lidya. Susah payah Lidya menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan hari isnin ini tetapi dia tidak dapat siap juga. Terpaksa Lidya datang ke pejabat.

Keesokkan harinya Lidya bangun awal. Dia terbongkok-bongkok mencari sesuatu dalam almarinya. ‘Ke mana pula hilangnya?’ agak pening kepalanya mencari.

“Pelik bin ajaib,” kata Lidya yang agak kuat sehingga Umi Kalsom mendengarnya.

“Apa yang pelik? Apa yang ajaibnya Alya? Pagi-pagi dah mengarut anak umi ni,” tegur uminya.

“Alya cari tudung-tudung labuh, umi. Alya peliklah ke mana hilangnya. Yang ajaibnya, semua tak ada. Hilang!” jelasnya. Kepalanya di garu-garu.

“Umi sudah basah semuanya,” kata uminya dengan selamba sahaja.

“Umi ni, rajin sangatlah basuh Alya punya sekali,” Lidya merenung umi Kalsom.

“Sudah anak umi ni malas sangat, umi basuhlah,” kata umi sambil menjeling anaknya. Lidya membuat muncungnya.

“Bukan malas umi tetapi tidak sempat,” Lidya membela dirinya sambil tersenyum.

“Oh, menjawab cakap umi ye?” Umi Kalsom mencubit lembut pipi anaknya.

“Tidaklah umi. Mana ada menjawab tapi membela diri,” kata Lidya sambil tersenggih. “Tak apa la umi. Alya pakai tudung biasa-biasa sahaja,” kata Lidya. Dia bersiap-siap.

Lidya mengenakan sepasang baju kurung biasa dan tudung hitam biasa. Tidak agak besar. Dia seperti gadis-gadis biasa apabila memakainya.

“Dulu masa Lidya form three, Lidya pakai tudung macam ini la. Rindu umi nak tengok,” luahan hati uminya.

“Betul ke umi? Umi kata, Alya tidak pakai tudung masa zaman sekolah?” cuba bertanya.

“Itu selepas ayah Alya meninggal dunia,” jelas umi Kalsom.

“Yeke?” Lidya tersenyum. Tidak sangka dia tidak memakai tudung masa rejamanya. Selepas salam tangan umi, Lidya segera bergerak ke arah ‘Boboy’ kesayangannya dan menuju ke destinasi hari ini iaitu ke pejabat.

“Akhirnya siap!” Lidya menjerit agak kuat. Gembiranya dia. Nasib baik tak sampai petang sangat. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Sekejap lagi nak masuk asar. Cepat-cepat Lidya mengemas meja kerjanya. Dia menuju ke pintu lif.

‘Penatnya bekerja hari ini. Tak sangka hari sabtu aku terpaksa datang pejabat kerana ada kerja yang tertangguh sikit. Nasib baik pengawal keselamatan tu kenal aku,’ Lidya  mengurut bahunya yang terasa lengguh.

“Ting!” bunyi pintu lif terbuka. Bergegas  Alya keluar dari lif tersebut dan bergerak ke tempat letak keretanya, Boboy.

            Tiba-tiba Julia menegurnya dengan kasar. ‘Eh, hari sabtu pun minah ni datang kerja? Rajinnya ataupun dia sesat?’ puji Lidya ada makna tapi hakikatnya mengutuk. Beristihgfar Lidya dalam hatinya.

            “Oi, Lidya! Aku tak habis lagi dengan kau. Kau nak ke mana?!” kasar Julia. Lidya hanya gelengkan kepala. ‘Asyik nak kacau hidup aku aje. Tak bosan ke?’ Lidya mengeluh.

2 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi