Followers

Monday 13 June 2011

6
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB6 siri 2


Peristiwa dia bersama Adam sudah 3 hari berlalu. Danish pula tidak mesra seperti minggu pertama dia bekerja.‘Entahla. Sejak akhir-akhir ini aku rasa macam aku makin menjadi tidak sopan. Tak pasal-pasal Adam menjadi mangsa. Entah boleh percaya atau tidak. Jangan percaya dengan si Adam. Betul tu!’ Lidya ketawa sendirian. Dia termenung di tepi tingkap sambil melihat ke arah taman permainan. Dia memperhatikan kanak-kanak yang sedang gembira bermain. Bahagia.
‘Bosan juga keluar sorang-sorang. Nak ajak Salina, dia pengantin baru. Malas nak kacau daun pulak. Erm, tak apa la.  Sudah terdesak ini. Tibai ajer la,’ Lantas segera Lidya bersiap-siap dan keluar dari rumah selepas menunaikan solat maghrib. Sampai sahaja Lidya di Tesco, terus memilih barang dapur yang hendak dibeli dengan senarai yang telah disenaraikan oleh uminya. Semasa Lidya memilih barang-barang, dia perasan seseorang. ‘Macam kenal aje lelaki tu? Perempuan tu tidak pula dia kenal. Kalau tak silap aku itu Adam dengan seorang perempuan. Cantik pula orangnya,” Lidya terus menegur mereka berdua.
"Assalamualaikum. Hai Adam. Mesra nampak! Membeli-belah untuk anak bini ke atau dating kat sini?" Lidya bertanya dengan sinisnya. ‘Motif aku saje nak kacau tapi dalam hati dah rasa macam kaca yang jatuh berderai sebab dipermainkan. Nasib baik aku belum terlambat. Aku dah tertipu dengan muka alim si Adam ni. Padahal dia ni penipu besar,’ Lidya tersenyum manis.
"Lidya!!" Adam tersentak di tegur Lidya. ‘Terkejut gila la tu. Muka macam orang mati bini. Pucat,’ Lidya hanya tersenyum sahaja. Itu sahaja yang mampu dia lakukan.
"Abang Adam, siapa perempuan ini?" ujar Farisya yang ingin kepastian.  Dia tersenyum gedik. Menyampah Lidya melihatnya."Kenapa abang Adam diam. Biar Sya yang kenalkan diri. Saya tunang abang Adam," sambung Farisya seraya memperkenalkan dirinya.
"Sya! Stop it!! Kita sudah lama putus.  Kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Saya cuma teman awak beli barang je," tengking Adam tba-tiba. Dia betul-betul terkejut dengan kehadiran Lidya di situ.
"Abang!!" Farisya seperti tidak berpuas hati dengan Adam lalu mendekati Lidya. “Panggg!” Farisya menampar Lidya. “Kau yang rampas Adam dari aku kan? Aku kenal kau! Perempuan tak guna. Kau tak tau ke yang Adam ni tunang aku! Perempuan gatal!” Farisya ingin menampar Lidya lagi. Dia dihalang oleh Adam.
“Ini sudah lebih!” selamba Lidya menampar pipi Farisya yang berada dalam pelukan Adam. “Awak ingat, saya pakai jubah macam ini, saya perempuan yang lemah? Tidak! Kalau awak nak saya bersilat kat sini pun boleh,” sambung Lidya lagi. Hatinya panas. Dia segera meninggalkan mereka berdua. ‘Huh!!’ Rengusnya di dalam hati.
“Kita sudah putuskan pertunangan kita. Ingat tu!” Terngiang-ngiang lagi tengkingan Adam ditelinga Lidya. Kuat sungguh dia mendengar suara Adam.
“Kita tak putus lagi dalam erti sebenar. Abang Adam tak bagitau mak ayah Sya lagi. Tolong abang. Jangan buat Sya macam ni,” rayu Farisya. Dia jatuh terduduk. Adam buat pekak.
‘Dia ingat aku ni apa? Sampah! kalau betul dah putus yang pergi gatal layan perempuan tu siapa suruh. Nanti bila aku cakap macam tu, tau pula nak marah,’ Ngomelnya sendirian. Pantas Lidya meninggalkan mereka.
“Opocot!!” terkejut Lidya. Adam memegang tangan Lidya. ‘Lelaki ini memang tak ada adab dengan perempuan. Lupa Allah agaknya,’ Lidya cuba melepaskan tangannya dari berada dalam gengaman Adam lalu berlari meninggalkan Adam.
“Lidya, dengar sini! Lidya!” Lidya biarkan Adam menjerit dikhalayak ramai di Tesco itu sedangkan Lidya dengan pantas mengangkat kaki menyorokkan dirinya dengan bersembunyi dalam tempat pensalinan pakaian. Motif  Lidya untuk menghilangkan diri
‘Kenapa?! Kenapa! Kalau la aku ada magik. Memang dah lama aku magik si Adam tu jadi cili api. Biar aku tumbuk guna lesung batu. Baru padam muka dia. Ingat aku ni apa? Patung cendana? Ishh!’ Lidya mengungut geram dalam hati. ‘Argggghhhh! Pedulikan!  Memang lelaki semuanya sama perangainya!,’ Lidya memujuk diriku sendiri. Dia teringat seseorang yang juga tinggalkan dia seperti ini. Akhirnya dia menangis dalam bilik itu.
Dia mengelap air matanya sendiri. Dia sudah mengumpul kekuatan dan keyakinan dalam diri. Tiada guna dia menangis kerana lelaki seperti itu. Banyak kali dia dikecewakan oleh lelaki yang sama. Lupakan sahaja.
Apabila dia sudah pasti Adam sudah tidak mencarinya. Dia keluar dari bilik persalinan itu. Dia terkejut dengan kehadiran Danish yang kebetulan ada di depan bilik tersebut. Saat itu mata mereka saling bertatapan. Ada suatu perasaan tenang di sudut hati Lidya. Begitu juga Danish. Akhirnya Danish memulakan bicara.
“Lidya, buat apa dalam tu? Nak kata cuba pakaian, tak ada pula bawa pakaian,” soalnya hairan. Lidya hanya tersenggih.
“Larikan diri daripada seseorang. Adam namanya. Dah ada tunang, masih nak ganggu saya,” jelas Lidya. “Eh, termengumpat pula!” tambah Lidya.
“Oh, yeke?” hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Danish.
“Bos buat apa disini? Tak kan orang kaya macam bos datang ke mari beli barang,” Lidya menundukkan wajahnya. Malu.
“Taklah. Cari adik saya. Sudah hilang,” kata Danish. Lidya tersenyum.
“Abang!” Damia menegur apabila ternampak kelibat Abangnya.
“Mia, mia pergi mana? Lama abang tercari-cari,” soalnya
“Taulah abang tercari-cari tapi jangan sampai tercari kat bahagian pakaian dalam perempuan,” jelas Damia. Danish baru perasan. Dia malu. Terus dia meninggalkan mereka berdua.
“Akak ni…?” Damia cuma bertanya.
“Lidya. Lidya Alya,” Lidya memperkenalkan diri.
“Panggil sahaja, Mia. Hmm, rupanya nama akak yang abang selalu sebut dalam tidur. Hati-hati tau kak, abang kuat menggigau. Bahaya!” jelas Damia sambil mengenakan Danish. Puas hatinya. Siapa suruh datang ambilnya lambat.
Tiba-tiba Damia ajak makan malam bersama. Lidya serba salah ingin menolak.
“Lain kali sahaja, Mia,” kata Lidya.
“Tak mahu. Nak sekarang juga,” paksa Damia. ‘Degil macam abang dia juga budak comel ni,’ bisik hati Lidya. Dia angguk sahaja.
Danish terkejut apabila melihat Damia bersama Lidya. Mereka nampak mesra. Cemburu timbul dalam hatinya.
“Lidya?” soalnya
“Damia ajak makan bersama. Bos tolonglah saya. Saya dah janji nak masak sama-sama malam ni,” jelas Lidya. Itu sebab dia keluar beli barang keperluan sikit. Uminya tengah memasak di rumah. Biasalah, orang baru habis berpantang. Semuanya dia nak makan. Itulah uminya. Berpantang tu maksudnya baru lepas keluar hospital akibat pukulan maut daripada anak sendiri.
“Mia dengar tak akak Lidya kata apa? Sudah jangan paksa dia,” pujuk Danish. Damia tarik muka masam.
“Apa kata Mia pergi makan kat rumah kakak?” cadang Damia. Dia mendapat idea ini saat-saat akhir.
“Boleh! Akak suka orang datang rumah akak. Tetamu ni pembawa rezeki. Manalah tahu tahun ni boleh dapat bonus kerja,” kata Lidya sambil menjeling ke arah Danish.
“Bonus pula yang diharapkan,” jawab Danish.
“Gurau jer. Tapi akak tak beli barang lagi,” jelasnya.
“Akak pergi dengan abang Danish dulu. Mia nak jumpa kawan sekejap. Nanti dah siap beli barang-barang, abang call Mia tau,” tanpa menunggu jawapan daripada abangnya, Damia terus berlalu pergi.
Sebenarnya dia juga terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Damia. ‘Berdua dengan bos? Ini adalah gossip yang terbesar boleh berlaku. Boleh masuk surat khabar,’ bisik hatinya tetapi mereka tetap mesra bagai suami isteri sedang membeli barang-barang keperluan rumah mereka tanpa mereka sedari.
“Lidya suka makan apa?” Danish bertanya.
“Nasi lemak! Yang ada kacang banyak. Sedap tau!” jawap Lidya dengan riangnya.
“Kacang? Kebanyakan peratus perempuan takut makan kacang tinggi sebab akan naik jerawat batu tapi Lidya suka pula,” kata Danish.
“Ala, takat jerawat batu tu apa yang nak ditakutkan. Biasa sahaja tu. Lama-lama hilanglah. Hi Hi Hi,” Lidya ketawa. Takut makan kacang sebab naik jerawat? Singkap betul fikiran. Kacang pun ada khasiatnya. Apa khasiatnya????carilah sendiri hahaha Lidya ketawa dalam hatinya lagi.
Danish hanya gelengkan kepalanya. Dia menghubungi Damia apabila semua sudah selesai. Mereka bertiga bergerak ke rumah Lidya. Lidya sudah menghubungi uminya yang ada tetamu mala mini. Umi Kalsom bukan main gembira. Sudah lama rumahnya tidak didatangi tetamu.
“Mak cik apa khabar?” Damia beramah-mesra.
“Khabar baik. Jemput masuk nak,” ajak Umi Kalsom. Lidya terus berlalu ke dapur sambil membawa barang-barang yang dibelinya tadi.
“Akak, abang nak solat isyak, boleh tak pinjamkan kain pelekat dan sejadah?” kata Damia. Dia sudah bersolat bersama-sama rakannya di surau TESCO tadi.
“Kain pelekat? Kain batik ada la,” Lidya melawak. Damia cuba membayangkan abangnya yang kacak itu memakai kain batik. Lucu.
“Ehem…Ehem…,” Danish berdehem. Dia malu dengan gurauan yang dibuat oleh Lidya. Lidya berlalu ke dalam bilik uminya untuk mengambil kain pelekat arwah ayahnya. Diberinya kain pelekat dan sejadah kepada Danish. Dia menunjukkan arah kiblat. Danish mengambil wuduk tetapi dia terlupa mana arah kiblat. Kerana tidak mahu dikatakan pelupa. Danish  bersikap yakin dengan kiblatnya.
“Allahu…..” tak sempat Danish mengangkat takbir, Lidya yang kebetulan lalu di situ terkejut dan terus menegur Danish.
“Danish, nanti dulu!” katanya agak menjerit. Danish terkejut. Dia berhenti. Sebenarnya ini kali pertama Lidya memanggil namanya.
“Arah kiblat ni kena sengit sikit. Yup! Ini baru betul. Maaf! Mengganggu,” Lidya mengambil telekung dan sejadahnya dan ingin berlalu tetapi dihalang oleh Danish.
“Lidya nak solat isyak juga?” tanya Danish. Lidya angguk kepala sahaja. “Jom solat berjemaah?” ajaknya.
“Okey gak,” Lidya tersenyum. Mereka bersolat berjemaah. Sungguh merdu suara Danish membaca ayat-ayat suci Al-quran. Hatinya tenang mendengar suara itu. Usai solat, Danish melipat sejadah dan terus keluar dari bilik solat itu. Dia duduk diruang tamu. Sementara tu, Damia dan Umi Kalsom tengah kecoh di dapur. Lagaknya seperti berada di kampung. Dia hanya menggelengkan kepala sahaja. Matanya melihat rancangan maharaja lawak. Siaran ulangan.
Lidya datang menghampirinya dengan sepinggan buah-buahan.
“Makan buahan dulu sebelum makan berat-berat,” Danish hanya tersenyum mendengar kata-kata Lidya.
Mereka pun menjamu selera. Danish dan Damia pulang ke rumah.
“Mama! Cantik bakal isteri abang,” kata Damia memuji Lidya.
“Kenapa tak bawa ke rumah? Boleh mama masak-masak,” kata Datin Erni. ‘Eh, mama ni! Ingat pertandingan masak-masak ke?’ Bisik hatinya. Dia segera bergerak ke biliknya. Direnung wajah Lidya yang diambilnya semasa perkahwinanan Erwan. Cantik Lidya memakai baju pilihannya. Minggu depan mama akan masuk meminang Lidya. Dia tidak sabar memiliki Lidya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello, Danish,” kedengaran suara perempuan. Danish mengeluh.
“Hello Mira, apa yang boleh saya bantu?” kata Danish yang agak kemalasan dan mengantuk.
“Hari ahad you free. I want to lunch with you?”
“Sorry Mira. This Sunday is wedding Vela. I must go. So, sorry again,” jawabnya ringkas.
“How about dinner?” Mira mencuba lagi.  Dia tidak puas hati kalau tidak dapat mengajak Danish bersamanya.
“Dinner? Oh, I and family mahu pergi ke rumah kawan. Ada hal penting. Sudah janji. Okeylah, I want to sleep. My eyes so tired. Good night,” Danish menamatkan panggilan tersebut. Entah kenapa dia kurang suka ddengan sikap gadis ini. Sopan memang sopan. Bijak. Pandai karate orang, kaya tapi dia tidak berminat. Mungkin dihatinya sudah tertulis nama Lidya Alya. Bukannya Lidya Amira. Akhirnya dia terlelap juga

6 comments:

  1. wooooshhhh... semakin nk konflik nieyh!!!!

    ReplyDelete
  2. HUHU MACAM TU LA..ITU YG KITA MAHU...KONFLIK....HIHIHI

    ReplyDelete
  3. hoho.... asalkn happy ending sudah laa~~~ :p

    ReplyDelete
  4. ada ajer sad ending...akan datang hahaha

    ReplyDelete
  5. noooo...janganer sad ending.... tak best tau...

    ReplyDelete
  6. hihihih setiap kegembiraan tu ada kesedihannya nantikan sahaja...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi