‘Putera Kodok! Ini bukan kisah dongeng mengenai seorang puteri yang mencium seekor katak dan tiba-tiba katak tersebut menjelma menjadi seorang putera yang kacak. Tidak... tidak... Ini kisah sangat lain dengan kisah itu. Aku telah menghina seseorang dengan menyatakan mukanya hodoh seperti kodok. Kesian kodok. Nama dia jugak aku sebut,’
‘Sebenarnya aku yang buta kot. Semua budak perempuan kat sekolah tu gilakan dia. Itu tandanya dia kacak, macho, berdedikasi, bijak dan aktif. Tapi aku masih panggil dia kodok. Memang penglihatan aku ada masalah. Kesian. Ish ish ish!’ Syamimi menggelengkan kepalanya.
“Nak dijadikan cerita, aku terhina dirinya dan kami bergaduh sahaja sejak hari itu. Ikutilah kisah aku yang tidak seberapa ini huhuhu” kata Syamimi sambil melarikan diri daripada kodok yang besar iaitu Fadzil Fahmi yang ingin mengejarnya. Kisahnya bermula disini.
*****
Syamimi berjalan bersendiri pulang dari sekolah. Itulah rutin hariannya sejak berpindah ke sini. Suatu hari, dia dikacau oleh sebuah kumpulan yang boleh dikatakan budak-budak nakal.
“Berhenti!” kata salah seorang lelaki dalam kumpulan tersebut. Langkah kakinya terhenti. Syamimi tidak takut. Cermin matanya dibetulkan sedikit.
“Kau yang dapat markah lebih tinggi dari ketua kami kan?” kata Azhar. Syamimi hanya tersenyum sambil menggangguk kepalanya. ‘Bukan hendak mengutuk tetapi lelaki yang dikatakan ‘pandai’ itu bukan kacak sangat pun tapi boleh menjadi kegilaan pelajar di sekolah. Pelik,’ hati kecil Syamimi berkata.
Syamimi memandang lelaki yang duduk di atas kayu yang tumbang itu. ‘Ada gaya tapi kenapalah sikap dia hodoh sangat. Muka pun lebih kurang sahaja hodohnya,’ dia menggelengkan kepalanya.
‘Sedapnya aku mengutuk anak orang..tambah2 ciptaan Allah tu,’ mengucap Syamimi dalam hati.
“Ada apa-apa masalah ke kalau saya dapat markah lebih tinggi dari ketua korang?” Syamimi bertanya dengan berani tanpa gementar.
Lelaki yang duduk tadi kini berdiri tegak depannya. ‘Mak ai, tinggi macam galah lelaki ini. Aku bawah ketiak dia sahaja. Jangan takut Widad Syamimi. Kau berani!’ kata-kata semangat untuk dirinya sendiri. Dia mendonggak memandang mata lelaki yang merenung tajam ke arahnya.
“Kau budak baru pindah, sudah pandai tunjuk lagak ye?” kata lelaki yang diberi nama Fadzil Fahmi. Lelaki yang sentiasa mendapat nombor satu dalam pelajaran dan sukan di sekolah. ‘Sudah macam watak Shark dalam cerita ‘KL Gangster’ pula dah mamat ni,’ hatinya berkata.
“Mana ada berlagak cuma saya ditakdirkan lebih pandai daripada awak,” kata Syamimi. Tanpa Syamimi sedar kata-kata itu bagai pisau menikam tepat ke jantung Fadzil.
“Perempuan ni...!” Fadzil berasa geram. Dia genggam kuat kedua tangannya. Kalau tidak, sudah makan penampar perempuan di depannya ini. “Nama kau apa?” soalnya kasar.
“Tengok! Top student ke macam ini? Nama kawan sekelas pun tak tahu. Nak kata saya masih baru tak pula. Sudah hampir sebulan saya di sini,” balas Syamimi dengan berani. Fadzil mukanya merah kerana di malukan.
Dia telah diaibkan didepan kawan-kawannya. Malu sungguh! “Hari ini kau lepas! Jom Blah!” ajak Fadzil dan meninggalkan Syamimi.
“Syukur alhamdullillah! Selamat juga aku,” Syamimi mengelap peluhnya yang mengalir. Dia menelan air liurnya berkali-kali. Perasaan lega mula dirasai dalam hatinya.
Muka Fadzil sebenar kacak tapi dia menidakkan. Pada hal Syamimi menyimpan perasaan suka pada lelaki itu. Dalam diam Syamimi selalu perhatikan Fadzil. Memang tidak dinafikan, Fadzil tetap diminati perempuan. Mungkin disebabkan latar belakang keluarganya yang kaya.
Syamimi selalu nampak Fadzil bermain bola sepak di padang sekolah pada waktu petang. Dia pernah menjadi wakil Selangor untuk kejohanan bola sepak sebagai penyerang. ‘Jangan serang aku sudah!’
Syamimi melangkah pulang. Perasaan berdebarnya beransur hilang. Dia tersenyum semula. Esok adalah hari sukan sekolah. Memang tidak belajar.
Syamimi ditugaskan dibahagian kecemasan. Dia ambil unit uniform bulan sabit merah(PBSM) kerana minat dalam bidang perubatan. Tambahan pula dia memang ingin menjadi seorang doktor suatu hari nanti.
Kejohanan sukan berjalan dengan meriahnya. Tetapi yang membuat Syamimi pelik, ramai pula pesakit. Ramai pelajar yang kaki kejang, urat kejang dan segala yang kejang. Nasib baik otak tidak kejang. Kalau tidak susah Syamimi hendak merawatnya.
Tiba-tiba suasana menjadi riuh-rendah apabila seorang lelaki mengalami kecederaan ketika melakukan acara lompat tinggi sehingga dia terpaksa dibawa ke bilik rawatan kerana ubat-ubatan di khemah tidak mencukupi.
“Kau!” terkejut Fadzil apabila melihat orang yang merawatnya.
“Ya, saya! Ada masalah ke?” kata Syamimi.
“Ada masalah! Masalahnya aku benci kau!” kata kasar Fadzil. Tersentak hati Syamimi.
“Awak hodoh! Macam kodok!” amuk Syamimi. Tahap kesabarannya sudah tiada. Giliran Fadzil pula yang terkejut dengan apa yang dikata oleh Syamimi. Dia mendengus kasar. Tidak pernah sesiapa yang berani berkata dirinya hodoh. Sedangkan hakikatnya dia seorang yang kacak.
Dia gagahi juga badannya untuk bangun tetapi ada tangan yang menolak dia baring semula.
“Duduk diam-diam. Sakit buat cara sakit,” Syamimi kesian tengok wajah Fadzil. Dia sembur satu cecair dilutut Fadzil. Fadzil berasa lega. Dia merenung seraut muka yang lembut. Syamimi asyik membalut lutut Fadzil. Dia tidak perasan renungan Fadzil yang tajam.
“Siap!” kata Syamimi dan terus mendonggak. Tergamam Syamimi melihat renungan tajam itu. Hatinya berdengup kencang. Bagai dia pula yang berlari 100 meter pecut. Nafasnya mula tidak teratur.
“Fad, kau okey?” tiba-tiba Azhar masuk ke dalam bilik rawatan itu. ‘Nasib baik kau datang menyelamatkan aku, Azhar,’ kata Syamimi. Fadzil keluar dibantu oleh Azhar. Syamimi pula berlalu ke padang semula. Mereka berdua anggap tiada apa-apa yang berlaku.
Kini sudah seminggu mereka tidak menegur siapa walaupun belajar dalam kelas yang sama.
“Kodok hodoh!!!!” Syamimi menjerit kuat-kuat di atas bangunan. Kebetulan dia pulang lewat petang itu sebab dia tertinggal buku rujukannya dalam kelas.
“Siapa kodok hodoh? Tapi sebut aje kodok, memang dia hodoh. Apa masalahnya?” soal Fadzil entah dari mana muncul. Dia memang tidak perasan ketika masuk ke kelas ini tadi.
“Awak dah lama dalam kelas ni?”
“Lama juga. Aku suka lepak kat kelas sebab kelas ni paling tinggi,” jelas Fadzil.
“Awaklah kodok hodoh tu!” jerit Syamimi dengan nyaring.
“Syamimi oh Syamimi. Aku rasa kau ni terkena sampuk kodok kot. Ni mesti kes pagi tadi kita bedah perut katak,” pandai Fadzil menjawabnya. Fadzil teringat pagi tadi yang Syamimi menjerit ketakutan apabila melihat kodok itu melompat-lompat. Naik pucat juga mukanya. Dia tersenyum tapi Syamimi berasa geram kerana dia sudah malu dengan peristiwa pagi tadi.
“Awak kodoh hodoh! Saya rasa cam nak bedah perut awak pula.”
“Tapi kodok hodoh ini yang kau suka kan?” kata Fadzil dengan selamba. Dia ketawa terbahak-bahak. Bangga kerana gadis yang begitu dia benci menyukainya. Syamimi terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu membalas kata-kata Fadzil. Idea datang.
“Muka sudahlah hodoh! Perangai pun dua kali hodohnya. orang macam kau ni, tak akan aku suka sampai bila-bila,” kata-kata Syamimi dengan kasarnya telah membuat diri Fadzil rasa terhina. Dia mengerut dahinya. Matanya merah menahan marah.
Fadzil menumbuk meja sekuat hati dengan tangannya dan berlalu pergi.
Syamimi masih terkejut tapi dia tiada niat untuk menghina Fadzil. Sejak hari itu, Syamimi memanggilnya PK.
“PK, cikgu Salmah nak jumpa kat bilik guru,” kata Syamimi dan berlalu pergi. Dia duduk di tempatnya. Salina menegurnya.
“Kenapa kau panggil dia, PK?” soalnya.
“Putera Kaya,” selamba sahaja Syamimi menjawabnya lalu meneruskan pembacaannya. Selepas itu, semua orang memanggilnya PK dan hanya Syamimi sahaja tahu apa makna sebenar disebalik huruf P dan K.
“PK, kita lepak kat tempat biasa nak tak?” ajak Azhar.
“Sorry la. SPM dah nak dekat, apa kata kita study. Study kat rumah aku. OK tak?”
“Rumah kau? Itu yang paling kami suka!”
“Pergi study la bukannya merayau dalam rumah aku,”
“Rumah kau besar la,”
“Rumah besar tu ayah aku punya, bukan aku. Tolong faham konsep itu,” kata Fadzil.
“Okay... Okay... jangan marah bro. Kita pergi study petang ni!huhuhu” Azhar bersorak. Tiba-tiba Syamimi memanggil Fazdil yangsedang berbual dengan kawan-kawan.
“PK!”
“Kau nak apa?”
“Saya nak minta tolong, boleh tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong jangan sombong!” terus sahaja Syamimi berlalu pergi. Fadzil sudah buat muka geram. ‘Syamimi betul-betul tak sayang diri. Saja nak cari nahas dengan aku,’ gertak Fadzil dalam hati.
Petang itu mereka belajar bersama. Itu prinsip Fadzil iaitu ilmu itu penting. Habis sahaja SPM, dia tidak lagi berjumpa dengan Syamimi. Masa berlalu dengan cepat.
*****
Memang masa berlalu dengan cepat. ‘Kini aku sudah menjadi seorang doktor. Syukur alhamdullillah. Tercapai gak impian aku,’
Syamimi keluar dari kliniknya. Masa untuk dia pulang ke rumah.
“Siapa punya kereta blok kereta aku ni? Nak keluar camne ni? Tension betul la,” amuk Syamimi. Hilang semua keayuan dirinya.
“Maaf! Maaf! Beli barang tadi,” tegur seorang lelaki apabila melihat Syamimi bersandar pada keretanya. Tiada senyuman di bibirnya.
‘Tiada maaf bagimu!’ kata Syamimi tetapi dalam hati sahaja.
“Syamimi?” teka lelaki itu setelah memerhati mukanya lama sekali.
“Awak kenal saya?”
“Eh, tak! Salah orang,” terburu-buru lelaki itu masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan Syamimi.
“Pelik betul lelaki ini,” dia terus memandu pulang. Syamimi sudah membeli makan malam tadi. Hari ini dia malas mahu memasak.
Setelah mengemas rumah sekejap, Syamimi terjumpa gambar seorang lelaki yang curi-curi dia ambil.
“PK,” dia tersenyum.
“Mesti dia makin kacak macam dulu,” teka Syamimi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumusalam. Sya, boleh kau jadi doktor peribadi seseorang tak?”
“Siapa namanya?”
“Aku tak tahu tapi dia selalu sahaja luka-luka badan?”
“Kenapa? Dia kena pukul ke?”
“Aku tak tahu la tapi dia suka cederakan diri. Itu sahaja yang aku tahu. Apa keputusan kau?”
“Boleh juga. Boleh tambah pendapatan,” Syamimi sudah tersenyum.
“Bagus!” Lily menamatkan panggilannya.
*****
Kini Syamimi berdiri tegak di hadapan rumah banglo. ‘Besar juga rumah ni? Agak-agaknya ruang tamu rumah ni pun sama luas dengan rumah sewa aku yang sebenar. Ish ish ish!’ Syamimi menggelengkan kepalanya. Dia melangkah masuk.
Seseorang telah lama menanti Syamimi. ‘Kacaknya lelaki ini?’ desis hatinya.
“Cik Syamimi?” soal lelaki tersebut.
“Yup. Syamimi,”
“Saya Faizal. Adik saya ialah pesakit awak,”
“Kenapa dengan adik Encik Faizal yer?”
“Adik saya? Sejak kematian ayah dan ibu kami. Adik selalu mencederakan diri. Saya amat bimbang dengan keadaannya. Hanya dia satu-satu saudara yang saya ada,” jelas Faizal panjang lebar.
Syamimi hanya angguk kepala. Dia kasihan dengan apa yang terjadi. Kemudian, Faizal menunjukkan bilik adiknya. Adik Faizal ketika itu sedang tidur. Seraut wajah ini seperti Syamimi kenal.
Kulitnya agak putih tetapi ada jambang yang lebat membuat kekacakkannya tersembunyi. ‘Ini baru mak ayah yang meninggal kalau isteri tersayang? Gila terus kot,’ pendapat Syamimi.
“Maaf, mahu bertanya. Siapa nama adik encik?” hati Syamimi berdebar menunggu jawapan daripada Faizal.
“Fadzil,”
“Nama panjang...”
“Fadzil Fahmi, kenapa doktor?” Faizal bertanya. Dia berasa pelik.
“Tiada apa-apa,” kini Syamimi sudah tahu siapa sebenar lelaki ini. Kasihan dengan kehidupan dia.
Syamimi pulang ke rumah dahulu disebabkan keadaan diri Fadzil masih baik. Syamimi takut untuk berjumpa dengan Fadzil. Dia berusaha menidakkan perasaan yang mengganggu hati dan fikirannya.
Tiba-tiba Syamimi mendapat panggilan daripada Faizal yang menyatakan keadaan Fadzil semakin parah. Dia tercedera akibat terkena kaca. Syamimi terkejut dan segera ke rumah mereka. Nasib baik tidak jauh dari tempat tinggalnya.
“Doktor, sini!” Faizal melambai tangannya. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan Fadzil. Dia masih dalam sedar.
“PK, apa awak buat ni?!” amuk Syamimi sambil tangannya pantas membuka balutan yang mungkin dibalut oleh Faizal untuk hentikan pendarahan.
“PK?” Fadzil merenung wajah Syamimi. Baru kini dia sedar perempuan itu Syamimi. Dia termenung.
“Syamimi...” perlahan sahaja suara Fadzil menyebut nama itu. Air liurnya ditelan berkali-kali. Matanya dipejam rapat. Selepas Syamimi membalut luka Fadzil, dia terus berehat dan terlena. Syamimi ucap syukur kerana tiada apa-apa yang berlaku pada lelaki itu.
Kini sudah seminggu masa berlalu. ‘Cepat betul. Khabar PK pun aku tak dengar. Baikkah keadaannya?’ terlalu bayak persoalan.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Faizal!” segera Syamimi menjawabnya.
“Alhamdullillah. Adik saya sudah berubah. Tidak tahu sebab apa. Tapi apa-apa pun saya ucap terima kasih pada Doktor.
“Alhamdullillah. Itu berkat usahanya sendiri. Saya hanya ubati luka diluar tapi luka di dalam hanya diri sendiri yang mampu ubati,” Syamimi berfalsafah pula. Talian kami ditamatkan setelah berbual seketika.
Syamimi mengeluh berat. Hari ini tiada pesakit sangat. Dia memandang siling. Kosong. Dia mengambil keputusan menutup klinik awal. Fikirannya terganggu.
“Terima kasih Ria. Maaf saya tak sihat hati ni. Tu yang tutup awal,”
“Tak mengapa Sya. Walaupun awak tu doktor, kesihatan pun kena jaga juga. Saya balik dulu,” Ria pun berlalu pergi.
Selepas menutup dan mengunci segala yang patut, Syamimi berjalan perlahan ke arah keretanya.
Tiba-tiba ada seseorang yang melanggar tubuhnya perlahan.
“Maaf cik! Maaf cik! Saya sengaja...”
Apabila dengar sahaja perkataan sengaja, Syamimi rasa angin satu badan. Terus dia memandang lelaki yang sengaja melanggarnya.
Tergamam Syamimi.
“Hai Syamimi!” lelaki itu tersenyum manis. Manis sungguh senyuman itu. ‘Kalau ada gula pun aku rasa madu lagi manis. Ish apa yang aku mengarut ni,’ hati Syamimi berdebar kencang.
Fadzil menghulurkan tangannya bagi membantu Syamimi bangun. Syamimi tersenyum sahaja dan cuba bangun sendiri. Dia menepuk habuk yang mungkin melekat dipunggungnya.
“Apa khabar?”hampir sahaja Syamimi menjadi gagap. ‘Yelah, PK dah potong segala bulu yang ada kat muka dia. Kalau bulu hidung aku tak sure la dia potong atau tak,’ hatinya terpegun.
“Khabar baik. Jom saya belanja makan!”senyumannya makin manis. ‘Aku rasa mushkil la dengan sikap PK ni. Bukan dia benci pada aku ke?? Bukankah aku sudah menghina dia dengan hebatnya. Bila jumpa aku boleh tersenyum manis pula? PK ni betul-betul dah mereng ke? Aku tak ada ubat untuk penyakit itu,’ bisik hatinya. Syamimi masih kaku depan kliniknya.
“Widad Syamimi!” panggilnya. Syamimi berkerut. Dia tidak mahu melangkah juga. Kakinya bagai kena gam gajah. Melekat dan tidak mampu bergerak.
“PK, awak tak marah saya kan?” Syamimi bertanya dengan teragak-agak.
“Suka sangat awak panggil saya PK..” katanya. Dia masih tidak menjawab pertanyaan Syamimi.
“Suka hati saya la.”
“Jom makan. Saya belanja.” Tawar Fadzil lagi.
“Kalau awak tak nak jawab, tak apa,”kata Syamimi berjalan meninggalkan Fadzil. Cepat-cepat Fadzil menyekat Syamimi. Syamimi mendonggak untuk melihat wajah Fadzil. Dia menaikkan sedikit keningnya. Ada senggihan dibibir Fadzil.
“Ok. Sabarlah sikit. Awak ikut saya pergi makan dulu dan saya akan jawab,” kata Fadzil pula. Syamimi berasa sangat curiga.
“Kenapa kena makan dulu? Tak nak la,” Syamimi meneruskan perjalanannya tetapi lagi sekali dihalang tubuh tinggi itu.
“PK nak apa lagi?”
“Nak Syamimi...” suaranya kedengaran serius.
“Mengarut!” amuk Syamimi. Dia tidak suka bermain dengan perasaan.
“Saya nak masuk meminang awak!” jeritnya dari jauh tapi masih mampu Syamimi mendengarnya.
“Lantaklah!” dia terus balik ke kampung sebab hatinya memang tidak tenang. Terganggu dengan kehadiran Fadzil dengan tiba-tiba.
Sungai yang mengalir mengasyikkan sahaja bunyinya. Syamimi memejam matanya. Dia duduk atas batu yang agak besar yang ada di situ. Jiwa dan raganya berasa sangat tenang. Sungai tersebut masih bersih dan terjaga. Itu yang membuat Syamimi suka melepak di sungai tersebut.
Wahai burung,
Wahai angin,
Wahai alam yang mengasyikkan,
Khabarkan aku berita,
Aku rela menyambutnya
Segala yang Kau duga,
Segala yang Kau uji,
Dengan sabar aku tempuhi
Berdatah tangan kepada-Mu
Pada kau...
Yang Maha Esa.
Air mata Syamimi mengalir. Hatinya terusik. Fikirannya melayan kepada Fadzil. Lelaki itu yang dihinanya. Tidak pernah seumur hidupnya dia menghina orang. Perasaan bersalah begitu mencengkam diri dan perasaannya.
“Muka sudahlah hodoh! Perangai pun dua kali hodohnya. orang macam kau ni, tak akan aku suka sampai bila-bila.”
Kata-kata itu hadir lagi dalam kepala Syamimi. Dia cuba bertenang. Kenapa peristiwa itu kerap betul hadir dalam fikirannya. Dia sendiri tidak faham.
“Kakak!” tiba-tiba adik Syamimi, Widad Syamamah datang dengan basikalnya. Wajahnya pucat.
“Kenapa ni Sya? Kau terserempak dengan hantu ke?” Syamimi menampar mulutnya. Tempat keramat macam ini sebut yang bukan-bukan.
“Bukan! Ada rombongan meminang akak datang rumah tadi.” Terjawab juga persoalannya. Muka Syamimi pula pucat.
“Jom balik!”
Syamimi mengayuh basikalnya sesungguh hati. Hatinya berdebar. ‘Siapa yang datang meminang aku? Aku kenal ke? Adakah mak akan terima? Aku tahu umur aku sudah mahu masuk 29 tahun tetapi aku tak sedia lagi mahu jadi isteri orang. Tak nak mak!!!’ hatinya terjerit.
Semasa mengayuh basikal dengan tahap kelajuan maksimum, tiba-tiba muncul seseorang depan Syamimi. Apa lagi.. macam-macam bunyinya.
“Aduh! Patahlah pinggang aku. Aku tak kahwin lagi ni!” mulut Syamimi membebel. Dia memandang lelaki yang dilanggarnya tadi. Masih terbaring atas jalan.
Syamimi menelan air liurnya. ‘Mati ke?’ cuak juga Syamimi dibuatnya. Dia menghampiri lelaki tersebut.
“PK!” terkejut tenuk dia di situ. ‘Apa lelaki ini buat kat kampung aku? Sesat ke? Eh, bukan ke kampung dia juga sebab dia pernah bersekolah di sini..’
Fadzil memegang dadanya.
“Awak sakit ke Pk?” soal Syamimi. Dia betul-betul bimbang.
“Sya, tolong ambil ubat saya dalam kocek seluar saya. Tolong!” katanya tersekat-sekat. Syamimi tidak membuang masa terus memasukkan tangan dia dalam kocek seluar Fadzil.
Dia terasa pelik. Ada sesuatu yang lembik dan lembut sahaja. Hatinya berdebar-debar. ‘Apa kebenda ni?’ hatinya sudah memikirkan sesuatu yang bukan-bukan.
Syamimi pun mengeluarkan. Alangkah terkejutnya seekor kodok.
“AARRRGGGHHHH!” menjerit Syamimi yang sememangnya tidak gemar dengan spesies tersebut. Syamimi terdengar tawa Fadzil yang tidak ingat dunia ini masih wujud. Wujud penghuni yang akan membelasahnya.
“Aku rasa nak bunuh kau, PK!!!” jerit Syamimi. Dia mengejar Fadzil. Lelaki itu berlari sambil ketawakan dirinya.
“Ada orang tu takut katak ataupun nama yang best sikit, kodok!” ketawanya masih bersisa. Lelaki itu masih lagi berlari. Syamimi memang tidak berpuas hati walaupun tubuhnya yang terasa sakit akibat kemalangan yang tidak dijangka tadi. Dia mengejar lagi.
Tapi semasa dia mengejar Fadzil, tiba-tiba Fadzil berhenti membuatkan Syamimi tidak sempat untuk menekan brek lalu berlagalah tubuhnya dengan tubuh Fadzil.
Rasa sakit usah dikata. Memang sakit ya amat.
Syamimi yang memang sudah terduduk itu menjeling tajam ke arah Fadzil yang sememangnya teguh berdiri depannya. Geram betul dengan sikap lelaki seorang ini. Tidak habis-habis mahu mengenakan dia.
Syamimi cuba bangun. Dua kuasa dua kemalangan yang dihadapinya dalam masa 10 minit ini. Dia terasa kakinya sakit. Mungkin terseliuh.
Tiba-tiba tubuhnya diangkat oleh dua tangan yang sasa. Fadzil....
“Wei, apa awak buat ni? Turunkan saya la. Apa pegang-pegang ni? Tak suka la!” Amuk Syamimi. Sesedap hati sahaja Fadzil menyentuhnya. ‘Mana boleh! Ini untuk suami aku sahajalah,’ jerit Syamimi dalam hati.
“Saya hanya menolong orang dalam kesusahan sahaja,” kata Fadzil sambil meletakkan tubuh Syamimi atas bangku yang sedia ada di situ.
“Mana boleh! Suami saya aje boleh buat saya macam ni!” akhirnya Syamimi melahirkan juga kata-kata itu. Geram dengan tindakan berani Fadzil.
“Suami?” ada senyuman dibibirnya.
“Apa?”
“Meh saya tengok kaki awak... macam nak kena jahit. 10 jahitan cukup kot,” kata Fadzil telah membuat dahi Syamimi berkerut lalu dia melihat kakinya.
Apabila Syamimi mendonggak untuk melihat Fadzil, ada sesuatu ditangan Fadzil.’ Itu cincinkan? Aku tak rabun lagi kan?’ hatinya bermonolog sendiri.
Dia melutut dan menghulurkan cincin tersebut.
“Sudikah awak menjadi permaisuri di hati saya? Menjadi isteri saya?” katanya. Syamimi terdiam. Dia memang tidak menyangka yang Fadzil akan melamar dia.
“Saya...Saya....” tiba-tiba sahaja Syamimi menjadi gagap.
“Sejak bila awak gagap ni?” soal Fadzil. Kerana geram dengan persoalan itu. Syamimi membuat muka. Dia bangun perlahan-lahan dan menuju ke basikalnya yang sudah lama terbaring atas jalan.
“Syamimi! Saya gurau sahaja,” katanya sambil menghalang jalan Syamimi.
“Banyaklah gurau. Awak gurau pada saat perkara paling besar dalam hidup saya. Paling besar keputusan yang perlu saya buat. Awak gurau ye?” ada titisan air yang mengalir di mata Syamimi. Terpana Fadzil.
“Maafkan saya!” katanya. “So, keputusannya saya sudah tahu. Awak sudi terima saya kan?” teka Fadzil. Apabila melihat Syamimi menangis, tentu dia berasa sensitif sebab orang yang dia sayang buat macam tu. Yelah perkara penting.
“Ya!” kata Syamimi yang semakin deras air matanya mengalir. Dia menolak perlahan basikal tersebut.
“Sudahlah. Janganlah menangis. Bakal isteri saya kan seorang yang kuat!” Fadzil cuba bagi kata- kata semangat.
Kini mereka membonceng basikal yang sama. Tenang sahaja hati Syamimi apabila bersama Fadzil.
“Awak tak marah pada saya masa saya hina awak?” Syamimi bertanya lembut. Berangin naik basikal. Rasa seronok pula. Tambah-tambah ada orang tukang kayuh.
“Tak marah sebab masa tu saya memang dah suka pada awak.”
“Kenapa suka saya?”
“Sebab awak takut kodok. Begitu mencuit hati dan perasaan saya.”
“Kodok juga....” lemah Syamimi berkata tapi akhirnya mereka ketawa.
Sampai sahaja di rumah Syamimi, abang Fadzil iaitu Faizal sudah berada bersama beberapa orang yang lain. Rombongan meminang oleh keluarga Fadzil rupanya.
“Apa ni? Pinang dulu, baru melamar ke?” sempat lagi Syamimi berbisik.
“Sebab saya yakin orang itu akan menerimanya,” kata Fadzil. Mereka berdua pun naik ke rumah.
*****
Syamimi berasa sakit kepalanya semakin teruk dengan sikap suaminya. Suka mengenakan dia. Bukan apa pun. Dia hanya meminta Fadzil campak katak itu keluar rumah.
“Abang, janganlah buat sayang macam ni,” Syamimi merayu.
“Buat apanya? Abang cuma nak tengok kodok ni. Tembam betul dia. Dia makan apa ye agaknya?”
“Peduli apa sayang. Dia makan apa pun sayang tak nak ambil tahu. Abang, please!” Syamimi betul-betul geli dengan makhluk ciptaan tuhan yang seekor ini.
“Jom kita tangkap dan bedah. Kita buat eksperimen nak?” ajak Fadzil. Dia masih merenung katak yang ada dalam almari dapur mereka. Diam dan tidak bergerak langsung.
“Abanglah ni. Ternak kodok dalam rumah sendiri,” marah Syamimi.
“Mana ada. Sejak mak ayah abang meninggal dunia, abang sudah tak datang rumah ini. So, kodok ni la yang menjadi penghuni tetap,” jelasnya.
Syamimi membuat muka geli apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Fadzil. Benci!
“Kalau abang tak buang kodok ni, jangan tidur dengan sayang dah!” katanya sambil berlalu ke bilik tidurnya dan mengunci pintu.
Fadzil mengekori isterinya.
“Sayang, bukak pintu ni!” diketuknya beberapa kali. “Sayang!”
“Tak mahu! Selagi kodok tu ada kat dapur,” rajuk Syamimi.
“OK! OK! Esok abang buang. Dah malam ni sayang. Abang mana boleh lena tanpa pelukan sayang,” pujuk Fadzil. Akhirnya Syamimi pun membuka pintu bilik mereka. Mukanya masih masam.
“Sudahlah. Macam kodok tu ajer muka sayang kalau buat muka cam gini,” gurau Fadzil. Ditarik pipi Syamimi lalu dicium pula.
“Abanglah! Sudah tahu sayang ni takut kodok tapi masih nak gurau-gurau. Langsung tak fikir yang sayang dalam ketakutan. Boleh trauma tau!” masih memanjangkan rajuknya.
“Abang dah lama nak tanya sayang, PK tu apa?”
“PK tu putera kodok!” geram Syamimi sebab Fadzil menukar topik.
“Oh, putera kodok ni tak takut pula?”Fadzil menduga Syamimi. Dia memeluk erat tubuh itu sambil berbaring.
“Takut juga!” kata Syamimi sambil menahan kegelian apabila hidung Fadzil mula bermain-main dilehernya.
“Takut yer.....” Fadzil tersenyum makna.
“Tak na...” belum sempat Syamimi menghalang dia sudah tergelam dalam lautan asmara cinta mereka.
“Seseorang yang kita benci sangat, mungkin akan ada terbit perasaan sayang. Jaga-jaga! Jangan membenci orang melampau sangat. Selamat malam!” Fadzil menutup lampu bilik mereka.
P/S : maaf jika ada kekurangan dalam cerpen ini...terima kasih sudi membacanya.
sweet nyer diorang nie...
ReplyDeletesuke3...n_n
terima kasih nur ain sudi baca dan komen sekali hihihi
ReplyDeletehehee.... comel arr... ^^
ReplyDeleteterima kasih rin...
ReplyDeleteSo sweet! Suke sangat2!! <3
ReplyDeleteterima kasih far...sudi baca dan komen sekali..
ReplyDeleteSweeeett~ ,, ROmantiikk~ ,, LIKEEEE!! :D :D
ReplyDeleteterima kasih jinie hihihi
ReplyDeleteEee katak ...
ReplyDeleteTetap best sis pnya cerpen
Syok but knpa katak rsa mcm saya yg pegang katk tu