Followers

Monday, 12 September 2011

2
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 17

“Kita cerai!” kata Lidya tanpa berfikir. Danish terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa lalu keluar dari bilik tersebut.
            Dia duduk di ruang tamu.
            ‘Tidak mungkin aku melepaskan Lidya yang sudah menjadi nyawaku sejak aku melafazkan janji semasa akad nikah dulu. Kasih dan sayang aku hanya untuk dia seorang,’ akhirnya air mata seorang lelaki mengalir juga.
            “Cerai???” Lidya tidak sangka itu yang dia akan lafazkan. “Janda??” dia tidak bersedia untuk mendapatkan gelaran itu. Tiba-tiba Lidya teringat janji dia pada Danish sebelum ini.
“Walau apa yang terjadi dalam hubungan kita, jangan sesekali Alya tinggalkan abang atau minta cerai dengan abang. Janji sayang?” pinta Danish.
            “Kenapa  abang cakap macam ni?” Lidya terasa pelik. Dia terkejut dengan perkataan cerai.
            “Tiada apa-apa. Sayang janji?”
            “Baiklah. Alya janji. Walaupun marah atau terluka, Alya tidak akan tinggalkan abang. Janji?” Lidya telah berjanji.
            “Adakah aku telah memungkiri janji itu? Tidak. Aku yakin Danish tidak akan ceraikan aku,” Tiba-tiba Lidya berasa takut dan bimbang jika Danish akan setuju dengan permintaannya tadi.
            Selepas mengemas dan berehat seketika, Lidya turun ke bawah. Kelihatan Danish tertidur di situ. Ada sisa-sisa air mata di mata lelaki itu. Tersentuh hatinya.
            ‘Danish... Saya benci kau!’ Lidya segera meninggalkan Danish. Selepas mengambil sebotol air mineral dia bergerak masuk ke biliknya semula.
            “Ini ke imej aku? Bertudung labuh?” dahi Lidya berkerut. Entah kenapa dia tidak selesa untuk memakainya lagi. Pelik.
            “Bukan ke dulu aku tak suka pakai tudung? Pandai betul umi ajar aku yer? Tapi sekarang kalau aku tak pakai tudung, jawabnya kena bunuh dengan umi. Dah besar panjang pun takkan tak nak pakai tudung,” sakit kepalanya.
            “Alahai, baju kurung semuanya. Bosan! Macam mana aku boleh tahan dengan kehidupan seperti ini? Hidup kena ikut peredaran zaman tapi walaupun nak ikut kena jaga aurat. Aku kan dah jadi isteri vampire yang tak guna tu. Isteri gak kan?” hatinya bengkak.
            Lidya melihat sehelai t-shirt muslimah yang labuh ke lutut. Ada ayat yang menarik perhatiannya.

“Buatlah sesuka hatimu di dunia... tetapi ingat, dikau akan dipersoalkan di akhirat sana....
...hayatilah erti KEBEBASAN”

            Dahi Lidya berkerut. ‘Ish, baju ni! Macam perli aku aje. Mentang-mentanglah aku dah mengamuk dan meninggi suara pada suami aku sendiri. Aduh! Memang kena batang hidung sendiri. Nak bebas pun jangan sampai mengamuk dengan suami. Nasib kau la Danish. Siapa suruh kau wujudkan peristiwa tu dalam ingatan aku?’ bengkak hati Lidya.
            Lidya memilih baju muslimah itu untuk dipakai. Segera dia memakai tudung dan turun ke bawah. Dikejut Danish bangun.
            “Bangunlah cik abang..” lembut sahaja suara Lidya. Segera Danish bangun. Dia terkejut dengan kata-kata Lidya.
            “Sayang dah maafkan abang?” soalnya yang masih kemamai.
            “Banyaklah kau maaf. Cepat bersiap, kita nak pergi beli barang dapur. Saya lapar ni,” arah Lidya. Segera Danish mengambil beg pakaiannya dan membawa masuk ke bilik utama. Dia mandi ala kadar sahaja dan siap.
            Danish mengenakan t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan ada tulisan berwarna merah serta berseluar hitam. Lidya membaca tulisan itu dalam hatinya.
            ‘What you want?’ dahi Lidya berkerut. Danish tetap kacak dalam pandangan mata Lidya tetapi tidak akan Lidya mengaku perasaannya.
            “Kenapa?”
            “Ada ke baju tulis macam ni?”
            “Adalah. Kalau buat sendiri...” jelas Danish.
            “Lantak kau la...”
            “Lidya....” Danish ingin berkata sesuatu.
            “Kita bincang lepas balik nanti. Mood saya tengah OK. Nanti tak pasal-pasal saya maki hamun kau pula. Baik diam-diam ajer. Kau cuma perlu keluarkan duit. Saya beli dan kau bayar, faham?” tegas Lidya.
            ‘Tak sangka Lidya ada sikap seperti ini? Tegas gila. Dulu tak nampak pun ciri-ciri ini dalam dirinya,’ sempat Danish mengomel sendirian.
            Danish memandu perlahan dan sampai ke Tesco. Lidya ingin membeli barang-barang keperluan .
“Awak nak beli apa?” Danish bertanya
“Barang keperluan,”
“Contoh?”
“Macam keperluan mandi, keperluan dapur seperti gula, teh, garam, minyak masak dan banyak lagi. Kalau nak saya senaraikan memang banyak,” jelas Lidya. Danish hanya mengangguk kepala.
Dia hanya membisu sepanjang Lidya membeli barang.
Sampai di tempat keperluan mandi.
“Kau pakai shampoo apa?” Lidya bertanya.
“Saya tak pakai shampoo. Pergi cuci rambut empat kali seminggu,” jelas Danish.
“Pemalasnya kau. Rambut pun nak orang cuci. Berjimat cermatlah sikit. Kau pakai shampoo yang sama dengan aku aje, Safi,” Lidya mengambil shampoo yang sejak dulu sudah sebati dengannya.
“Biarlah. Saya pemalas. Kenapa? Awak nak cucikan rambut saya?” Danish mengusik Lidya. Lidya sudah membuat muka. Danish ketawa sendirian. Terhibur dengan wajah yang dipamerkan oleh isterinya.
“Tak ingin saya cuci rambut kau yang busuk tu. Kau pakai sabun apa pula? Tak kan sabun badan pun pergi spa?” perli Lidya.
“Agak-agaklah kalau nak pergi. Saya nak pakai sabun yang sama awak guna,” kata Danish. “Sabun tu wangi, saya suka...” dia berbisik ditelinga Lidya.
“Apa bisik-bisik ni? Gelilah!” marah Lidya padahal dalam hati berdebar-debar. Lidya mengambil dua sabun mandi jenama Enchanteur warna ungu.
Mereka berjalan lagi.
“Nak beli apa lagi? Dah penuh troli ni,” Danish membebel. Sebenarnya dia sudah lapar. Tiada tenaga. Mukanya pun sudah pucat sedikit.
Lidya menatap muka Danish. ‘Kesian laki aku ni. Nasib baik aku ni masih ada sikap kemanusiaan lagi dalam diri. Kalau tak...Lantak kau la,’ desis hati Lidya.
“Cukuplah. Kau pergi bayar sekarang. Saya pergi order makanan dekat sana. Kau nak makan apa?”
“Nasi goreng ayam dan teh ‘o’ ais,” katanya lalu ke kaunter pembayaran. Lidya membuat pesanan. Tetapi tiada tempat kosong.
“Zafri,” Lidya ternampak Zafri makan bersendirian padahal ada tiga lagi tempat kosong.
“Assalamualaikum,” tegur Lidya.
“Waalaikumusalam Lidya. Sorang ke?”
“Eh,kita kan dah kahwin. Mestilah berdua,” kata Lidya. Zafri tersenyum kelat.
“Mana suami?”
“Pergi letak barang kejap. Boleh I duduk sini memandangkan tempat dah penuh?”
“Boleh! Lagi pun I dah nak habis makan,”
“Ala makan sekali,”
“Ok!”
Danish yang mencari kelibat isterinya ternampak dia bersama Zafri. Tiba-tiba hatinya cemburu. ‘Tak ada tempat lain ke nak makan,’ hati Danish betul-betul cemburu.
“Sayang, penat abang cari sayang. Kat sini rupanya,” manja Danish. ‘Eh, apa kena dengan laki aku ni? Sawan ke? Tiba-tiba nak bermanja ni,’ Lidya terasa pelik tapi dia malas mahu melayan.
“Eh, Zafri pun ada sekali? Apa khabar?” kata Danish sambil duduk di sebelah Lidya. Zafri memandang Danish dengan perasaan sakit hati. ‘Taulah Lidya isteri kau, tapi perlu kot tayang depan aku macam ni. Sabar wahai hati. Siap kau!’ Zafri ada pelan untuk mengenakan Danish.
“Khabar baik. Lidya, cantik tak keronsang yang I hadiahkan untuk you tu?” soalnya. Dia tersenyum. Danish memang terkejut. Sengaja mahu sakitkan hatinya.
“Cantik. I letak dekat beg tangan I. Ini...” Lidya  menunjukkan beg tangannya yang sederhana besar itu. Kelihatan sesuai ia di situ.
“Kenapa you letak di situ?”
“Sebab ia sesuai dan selalu I bawa pergi ke mana saja,” jelas Lidya tanpa menyimpan makna apa-apa tetapi bagi Zafri itu jawapannya yang membuat dia bahagia.
Danish geram. Hilang perasaan laparnya yang hampir menjadi ‘Hantu makan’. Zafri meminta diri dan berlalu pergi.
“Kenapa kau tak makan ni? Tadi lapar sangat..” Lidya bertanya apabila makanan Danish tidak disentuh langsung.
“Saya nak awak suap...” sengaja Danish menjawab begitu.
“Suap? No way! Tak mau,”
“Kenapa? Saya tak lalu makan bila tengok muka Zafri tadi. Suap la,”
“Gila. Orang tengok ni. Malulah,”
“Kalau macam tu kita balik rumah dan awak suap kat rumah. Saya betul-betul tak lalu nak makan,”
“Peduli apa kalau kau tak lalu makan. Kalau kau tak mahu makan, kau pergi tunggu saya kat kereta. Saya nak bayar makanan ni,” arah Lidya.
Danish bangun dengan muka yang masam. Dia membawa diri ke tempat kenderaan. Lidya membayarnya.
“Encik, minta bungkus makanan ni, boleh?” pinta Lidya. Dia cuba tersenyum.
Dia bergerak ke tempat Danish parking kereta.
“Lamanya bayar?” tegur Danish. Mukanya masih lemah dan masam. Lidya mengeluh. Dia senyap sahaja.
Apabila sampai di rumah, selepas angkat barang-barang yang di beli tadi, Danish terus terbaring atas sofa di ruang tamu sambil pejamkan mata.
Lidya tidak mempedulikan itu semua. Dia segera ke biliknya untuk menukar baju. Dia memakai t-shirt dan seluar singkat yang sampai lutut.
“Ini baru Lidya rock!!!” itulah sikap Lidya yang sebenar. Tidak pernah berubah.
“Kalau umi tengok aku pakai macam ni. Mesti mengamuk. Tak apa dalam rumah aje. Janji jangan pakai macam ni depan umi,” ada senyuman yang terukir di bibirnya.
Segera Lidya turun dan menuju ke dapur. Sambil menyanyi-nyanyi, Lidya mengemas barang-barang yang dibelinya tadi. Yang perlu letak dalam peti dan barang-barang kering. Jam di dapur jelas menunjukkan pukul 10 malam. Penat rasa diri ini mengemas. Kini yang tinggal atas meja dapur ialah nasi goreng Danish.
Sekeras-keras hatinya masih ada kelembutan. Walaupun dia mengamuk dan marah dengan apa yang dilakukan oleh Danish di masa silamnya, tapi Danish tetap suaminya. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
Dia menjenguk Danish yang lena di ruang tamu itu. Jelas muka suaminya berkerut dan memegang perut.
‘Degil! Kata tak lalu nak makan.. ini aku tengok macam nak mati kebuluran,’ amuk Lidya. Marah betul dia dengan orang degil.
“Danish.....Danish....” di goncang lembut bahu suaminya itu.
“Alya.....” lembut sahaja suara Danish. Serak-serak basah. Dia memang menyukai suara Danish seperti itu. Menggoda.
Lidya mengucap dalam hati.
“Kau laparkan?”
“Aku tak lalu nak makan walaupun perut lapar,” jelas Danish. Dia kembali baring. Tiada mood melayan Lidya.
“Kau makan la sikit. Nanti kau sakit. Saya juga yang susah nak kena jaga,”
“Tak apa. Kalau sakit, saya pergi hospital,” mata Danish terpejam.
“Sudah! Sudah! Jangan banyak cakap, saya suap kau makan,” Lidya sudah bersedia dengan nasi yang dia minta bungkus tadi.
“Kau bungkus nasi tadi?” terbuka semula mata Danish.
“Banyak soal pula,” perlahan-lahan Lidya meramas nasi itu dengan jemarinya. Sekarang kedudukan Lidya di atas sofa dan Danish duduk dilantai.
Disuapnya nasi tersebut dalam mulut Danish. Wajah itu kembali ceria. ‘Gara-gara si Zafri aku tak lalu nak makan. Nasi baik Alya lembut hatinya. Aku sayang kau, Lidya Alya,’ Danish tersenyum.
“Apa senyum-senyum ni? Kau makan cepat sikit. Dah lewat malam. Saya nak tidur ni. Penat kemas dapur tadi,” amuk Lidya.
Danish tergamam. Baru dia perasan cara pemakaian Lidya. Cukup menggodanya. Bayangkan perempuan yang selalu bertutup dan kini pakai macam ini......
“Yang mulut kau ternganga tengok saya tu, apa hal pula,” Lidya baru perasan renungan tajam milik Danish.
“Awak tak pernah pakai macam ni,”
“So, why?”
“You look so sexy,”
“Banyaklah kau seksi,” amuk Lidya. “Nak, kau makanlah sendiri!” Lidya sudah berdiri tegak dan ingin berlalu.
“Lagi mantap la!” puji Danish. Matanya tidak lepas dari memandang Lidya. Lidya rasa mahu sahaja dia terajang Danish.
“Bisinglah kau!” cepat-cepat dia berlalu ke biliknya. Danish mengikuti Lidya.
“Kau nak apa lagi?”
“Saya nak awak!” laju saja Danish menjawabnya.
“Nampak ni?!” Lidya menayang penumbuk kecilnya. Peratus ketakutan Danish tidak menurun pun. Malah dia ketawa terbahak-bahak.
“Sudah! Saya benci tengok kau. Sila keluar!” amuk Lidya lagi.
“Awak tak berbelit lidah ke bahasa kan diri saya tapi cakap kau,”
“Suka hatilah. OK. Mulai saat ni aku kau akan aku guna. Puas hati!”
“Kalau awak guna bahasa aku kau, tak perlu lagi saya berlembut,”
“Ada aku kisah!”
“Aku ambil kisah. Aku nak bincang soal aku dan kau,”
“Tak ada apa lagi yang hendak di bincang,”
“Ada!”
“Aku tak nak dengar,” Lidya sudah menutup telinganya. Danish menghampiri Lidya yang sedang duduk di atas katil, dia mencengkam kedua-dua tangan Lidya dan membawanya ke dada Danish. Lidya meronta.
“Kau kena dengar!” amuk Danish pula. Terasa sakit pergelangan tangan Lidya apabila dicengkam begitu.
“Kau nak cakap apa?” Lidya berkata dengan perasaan geram sambil cuba melepaskan cengkaman itu.
“Aku akui yang aku dah melakukan kesalahan yang besar dalam hidup kau. Kau berhak menghukum aku. Tapi kini aku adalah suami kau. Kau tak boleh lawan takdir. Kau minta aku menceraikan kau.....”
“Alya, ingatlah sampai bila-bila yang aku tidak akan menceraikan kau selagi aku bernyawa. Kau milik aku selamanya!” sakit telinga Lidya mendengar suara Danish yang bersemangat itu.
“So...” Lidya berkata sepatah dengan selambanya tetapi hakikatnya dalam hati ini Allah sahaja tahu bertapa dia berdebar-debar dan perasaannya bercampur aduh.
“Kau sebagai wanita solehah mesti tahu hukum melawan cakap suami, buat suami kecil hati dan sebagainya la...kau tahu hukumnya...?”
“Tahu....”
“Apa dia?”
“Ala, kau sendiri tahu kan?”
“Aku tahu dan aku nak kau yang beritahu aku,”
“Berdosa. Kalau buat suami kecil hati, malaikat akan melaknat perempuan itu mula dari dia derhaka sampai keesokkan harinya,”
“Tahu pun. Kau suka ke nak dapat dosa free setiap hari,” Lidya mengeleng kepalanya.
“So, kau nak aku buat apa? Nak aku tunduk dan sujud pada kau. Nak dengar kata-kata kau aje,”
“Boleh aje,”
“Lepaskan aku!” amuk Lidya apabila mendengar kata-kata Danish. Sakit hatinya.
“Dengar dulu apa aku nak cakap ni. Apa kata kita buat perjanjian?”
“Perjanjian apa pula ni? Tak nak!” Lidya masih meronta-ronta. Danish berasa geram. ‘Nak berbincang pun susah,’ geram Danish.
Danish menolak tubuh Lidya dan tangan Lidya yang berada dalam genggamannya di lekat ke katil.
“Lepas la...” Lidya berkata geram. Dia tidak suka dengan keadaannya sekarang. Lidya ditindih oleh Danish. Nafas mereka berdua sudah tidak teratur.
“Kau nak dengar atau tak?” Danish beri kata dua untuk Lidya.
“Tak nak! Aku tak......” belum sempat suaranya keluar, sudah ada sesuatu yang menyekatnya. Danish mengucup bibirnya. Membulat mata Lidya. Lama.
Danish mengangkat mukanya dari terus rapat dengan muka Lidya. Dia teringin melihat muka degil isterinya.
“Sekarang boleh berbincang?” ada senyuman kemenangan di situ. Lidya terdiam. Hatinya betul-betul sakit dengan tindakkan Danish yang mengejut itu.
“Tak nak! Aku tetap tak nak!” amuk Lidya.
“Kau memang suka kalau aku cium kau ye?” kata-kata Danish membuat darahnya naik semula ke mukanya.Malu.
“Mana ada. Lepaskan aku!” cengkaman Danish masih utuh dipergelangan Lidya.
“Tak nak. Ok Fine! Aku buat lebih dari tu!” Danish juga sudah naik geram. ‘Nak ajak berbincang pun susah. Ambil kau!’ gertak hati Danish.
Danish membenamkan mukanya di leher Lidya. Lidya terasa lain macam bila Danish buat begitu.
“OK! Ok! Aku mengalah,” Akhirnya Lidya berkata begitu dengan suara yang tersekat-sekat. Dia betul-betul rasa seram dengan sentuhan Danish itu. ‘Vampire ni memang menakutkan...’ desis hati Lidya.
“Macam itulah isteriku,” Lagi sekali Danish senyum kemenangan.
“Tapi lepas kan aku dulu. Sakit tau kau pegang-pegang camni?” amuk Lidya.
“Aku ingat kau suka,”
“Banyaklah kau punya suka.”
“Hahaha,” Danish ketawa dan melepaskan cengkamannya. Dia duduk di birai katil.
“Baiklah apa yang kau nak bincang sangat,” Lidya sudah duduk bersila atas katil. Dia meraba-raba pergelangannya yang terasa sakit.
“Tengok apa kau dah buat!” amuk Lidya. ‘Ish, perempuan ni, tak bosan ke asyik mengamuk,’ desis hati Danish pula.
“Apa?”
“Merah dah tangan aku!”
“Dah kau degil sangat...”
“Aku pula...”
“Dah! Aku nak bincang ni.............” perbualan mereka berlarutan sampai pukul 1 pagi. Lidya mendengar dengan teliti walaupun matanya mula mengantuk.
“Kau setuju..” soal Danish.
“Biar aku fikir dulu,”
“Baiklah. Aku pergi dulu. Kalau setuju, bagitau sahaja aku!”
Danish berlalu dan menutup rapat pintu itu.
“Perjaniian yang pelik! Nantilah aku fikir. Tak larat dah. Otak aku boleh sakit kalau lama-lama berfikir,” akhirnya Lidya lelapkan mata.
Danish masuk ke biliknya. Terlalu berat sebenarnya untuk dia melafazkan perjanjian itu tetapi hanya itu yang mampu dia lakukan dengan keadaan hubungan mereka yang tidak berapa baik ini.
Air matanya jatuh juga. Danish bersandar di pintu biliknya. Dia meraup mukanya berkali-kali. Terlalu banyak air mata ini mengalir sejak hubungan mereka jadi begini. Ini baru hari pertama mereka berdua tinggal bersama. Belum lagi kemudian hari.
Hatinya bimbang. Lidya akan menyukai Zafri.
“Aku tidak tidak akan benarkan... Lidya Alya hanya milik Danish Aniq. Itulah yang tertulis. Bukan milik Carl Zafri....” akhirnya Danish juga terlelap di tepi itu dengan keadaan berbaring atas lantai. Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan.
Dia berharap Lidya bersetuju....
P/s: bersambung lagi....maaf kalau ada kekurangan....selamat hari raya kepada umat Islam....maaf zahir dan batin...

2 comments:

  1. cian kat danish...
    mcm pelik lak si alya nie pas dpt ingtn dia blk..
    360 darjah berpusing nie...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi