Followers

Friday, 9 September 2011

10
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 15&16

Dalam separuh sedar itu, kereta yang dinaiki oleh Lidya hampir sahaja kemalangan. Ada cahaya terang yang Lidya nampak. Kepala Lidya semakin sakit. Ingatannya yang selama 7 tahun ini bagaikan kembali semula.
Lidya teringat ketika dia melintas jalan dan sebuah kereta telah melanggarnya. Peristiwa itu dia boleh ingat dengan jelas. Kerana terlalu banyak berfikir, Lidya pengsan. Apabila Lidya sedar, dia berada di sebuah pondok buruk.
Tangan dan kaki Lidya diikat kemas. Hatinya berdebar-debar dan  tidak pasti sekarang dia berada di mana. Pintu masuk rumah usang ini dibuka dari luar. Makin kuat debaran di hati Lidya.
            ‘Julia!’ terkejut Lidya. Tidak habis-habis mengganggu Lidya walaupun Danish sudah memilih dia untuk menjadi isterinya.
            “Hello,” Julia sedang berbual dengan seseorang.
            “Ya. Aku sudah tangkap Lidya. Kau sure mahu teruskan apa yang aku rancang?”
            “Kalau macam tu, jangan lupa janji kau pada aku,”
            “Baiklah, aku janji ini rahsia antara kita,”
            “Baiklah. Aku teruskan rancangan ini,” Julia tamatkan perbualan telefon bimbitnya. Dia memandang Lidya.
            “Hai, Lidya! Comelnya kau!” puji Julia ada makna.
            “Aku ada bawa kau hadiah yang istimewa sempena perkahwinan kau dengan Danish. Johny!” katanya. Seorang lelaki Inggeris masuk ke dalam rumah usang itu. Tiba-tiba Julia mengeluarkan sebuah kamera perakam. Kecut hati Lidya apabila memikirkan apa yang bakal terjadi dengan dirinya.
            “Lepaskan aku!” jerit Lidya. Dia betul-betul takut. Hatinya bergetar hebat. “Julia, kau memang dah gila!” jerit Lidya sekuat hatinya. Julia ketawa.
            “Aku benci dan dengki dengan kau. Macam mana kau boleh kahwin dengan Danish? Aku memang tak puas hati. Aku nak buat kau menderita selamanya!” tegas Julia sambil mencengkam kuat pipi muka Lidya. Kemas. Lidya terasa sakit.
            “Semoga kau rasa lebih bahagia,” kata Julia menekankan perkataan ‘lebih’ sambil ketawa dengan gembiranya. Rancangan jahatnya menjadi. Tiada sesiapa dapat menyelamatkan Lidya lagi untuk kali ini.
            “Johny, you can start now!” Julia tersenyum sambil dia mula merakam.
            ‘Gila. Memang gila! Siap ada kamera lagi,’ dalam hati, Lidya berdoa bersungguh-sungguh. Johny baru sahaja membuka bajunya. Peluh Lidya mula memercik keluar.
            “Come here baby,” kata Johny perlahan. Julia meletakkan kamera tersebut di tempatnya dan berlalu keluar dengan ketawa yang kuat. Leher Lidya telah diterokai oleh Johny dan dia mengigit. Lidya terasa sakit. Perasaan takut menapak dalam hatinya. Tudungnya hilang entah ke mana/
Johny memeluk Lidya. Dia menyentuh pipi Lidya. Lidya mohon kekuatan daripada Allah s.w.t supaya melindungi dirinya. Tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berbunyi. Johny menjawabnya sambil membelakangi Lidya. Lidya berusaha melepaskan ikatan ditangannya.
 Dengan izin-Nya, ikatan tersebut terbuka. Lidya mencapai kayu yang berada berdekatannya dengannya. Apabila  Johny berpaling dan ingin meneruskan niatnya yang terbantut tadi, serentak itu Lidya memukul kepala Johny sekuat hatinya lalu pengsan serta tumbang atas tubuhnya. Lidya dihempap oleh Johny. Terasa berat tubuh lelaki mat saleh itu diatas tubuhnya.
Pada masa yang sama, Danish bagaikan orang gila apabila keluar daripada tandas, dia ternampak isterinya yang pengsan di bawa lari oleh seorang lelaki. Dia sempat mencatat nombor plat lelaki tersebut. Hampir dua jam polis menjejaki kereta tersebut dan berjaya dikesan. Danish mengikut bersama polis untuk menyelamatkan isterinya.
Dari jauh kelihatan seorang perempuan menunggu di luar pondok tersebut. ‘Julia!’ Bisik hatinya. Marah mula mengusai dalam diri tapi dia sabarkan dirinya. Isterinya paling penting. Polis menyerbu pondok tersebut. Julia tidak dapat berbuat apa-apa. Danish terus masuk ke pondok tersebut. Terkejut dia melihat seorang lelaki menindih isterinya. Dengan pantas dia menolak lelaki tersebut daripada menindih isterinya.
“Eh, dah pengsan?” soal Danish. Tanpa membuang masa, Danish memeluk isterinya.
“Sayang tak ada apa-apa? Luka ke?” Danish bersuara. Lidya hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia menangis. Dia takut sangat. Pelukan suaminya yang erat buat dia tenang.
“Dah jangan menangis sayang. Nanti tak comel dah,” gurau suaminya. Satu cubitan hinggap di lenggan suaminya. Tapi kepalanya masih sakit dan pening. Dia dibawah sedar. Dia melihat ramai betul orang. Polis.
Apabila Lidya mendonggak melihat wajah suaminya. Alangkah terkejutnya dia lalu Lidya pengsan. Lelaki itu memeluknya erat dan memanggil namanya.
            “Alya!” jerit Danish sekuat hati.
            Lidya tersedar. Dia terasa kepalanya betul-betul sakit. Tiba-tiba fikirannya bagai teringat kembali segala peristiwa yang berlaku 7 tahun lalu. Dia menahan sakit di kepala. Lidya pengsan semula.
            Lidya tersedar semula apabila dia terasa ada tangan yang menggengam tangannya erat. Lidya membuka mata perlahan-lahan. Jelas mukanya terkejut.
            Muka Danish sama dengan muka lelaki yang hampir menyebab dia terbunuh 7 tahun lalu. Dia cukup mengenali lelaki durjana ini.
            “Alya! Sayang dah sedar,” bimbang sungguh Danish. Lega hatinya apabila melihat senyuman Lidya. Diciumnya tangan Lidya.
            Lidya tidak selesa. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari terus dipegang Danish. Danish sudah menangkap perasaan Lidya yang kurang senang dengannya. Ahli keluarga yang lain merapatinya. Mengucap syukur kerana Lidya tidak apa-apa.
            Datin Erni dan Dato Akil yang mengetahui berita yang menimpa Lidya terus pulang daripada bercuti. Mereka mengucap syukur apabila Lidya baik-baik sahaja.
            Keluarga mertuanya begitu baik dengan Lidya. Rasa tidak sanggup untuk melukai hati tua itu. Apabila mereka semua pulang, tinggallah Danish dan Lidya berdua. Tiba-tiba Lidya mengamuk
            “Cukup! Jangan nak sentuh-sentuh saya!” tegas kata-kata Lidya.
            “Kenapa ni Sayang?” tiba-tiba sahaja Lidya berubah watak.
            “Tinggalkan saya Danish vampire,” Lidya berkata dengan lemahnya. Dia tidak menyangka lelaki yang menyebabkan dia hilang ingatan ini adalah suaminya kini. Danish terpana.
            Lidya pejamkan matanya. Rapat. ‘Kini, apa yang aku tak ingat dulu, berputar hebat dalam fikiran. Ayah, kawan-kawan, basikal nama Boboy dan ....lelaki itu, Danish,’ menggigil tubuh badannya menahan diri. Lidya menyabarkan dirinya.
            “Alya, abang..” belum sempat Danish berkata habis, Lidya sudah berkata.
            “Jangan berabang-abang dengan saya. Geli! Kau tahu parut kat leher saya ni kesan dari kemalangan itu. Baru saya sedar,” kata Lidya sambil tangannya meraba parut dileher.
            “Alya, saya tiada niat nak buat awak macam tu,” bahasa panggilan Danish sudah berubah apabila ditegur oleh Lidya.
            “Tiada niat kau kata? Kau cuba nak perkosa saya. Kalau saya tak lari ke tengah jalan, dah lama saya jadi mangsa rakus kau!” hatinya melepaskan segalanya.
            Danish terpana. Dia hanya mendiamkan diri. Itu sahaja yang mampu dia lakukan. Lidya betul-betul marah. Biarlah hati itu sejuk dahulu.
            Lidya cuba melelapkan matanya malam itu.
            ‘Ya, memang aku bahagia di samping dia. Ada perasaan yang wujud untuk dia tetapi segala-galanya berubah kerana ingatan ini. Sakitnya kepala aku. Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini yang dalam kebuntuan. Wajarkah tindakanku terhadap suami seperti ini? Wajarkah?’ hatinya merintih. Akhirnya dia terlena dengan lenangan air mata.
            Tanpa Lidya sedari, masih tersimpan perasaan hormat kepada Danish sebagai suaminya tetapi ingatan ini mengatasi segala-galanya.
Lidya sudah boleh pulang ke rumah. Wajahnya dimaniskan apabila bersama ahli keluarga tetapi apabila bersama Danish dia tidak dapat menahan perasaan marahnya.
            “Saya nak kita pindah rumah. Tak tahan saya nak berlakon lagi,” tiada lagi suara yang lembut dari bibir itu.
            ‘Kenapa disaat aku bahagia disampingnya, perkara ini pula yang terjadi? Adakah ini balasan aku di atas segala dosa yang pernah aku lakukan?’ jelas wajah Danish sedih.
            “Kita tinggal di sini dulu. Kita baru seminggu berkahwin. Apa kata mama nanti?” DANish cuba memujuk isterinya.
            “Tidak! Saya nak pindah. So, pindahlah! Atau kau nak saya bagitau apa yang telah kau buat 7 tahun lalu pada saya?” ugut Lidya. Danish mengeluh lalu meninggalkan Lidya bersendirian.
            Pada malam itu, ketika mereka semua sedang makan malam, Danish menyuarakan mengenai hasrat Lidya yang ingin pindah rumah.
            “Pindah?” Dato Akil agak terkejut.
            “Kamu baru kahwin seminggu. Duduk dulu dengan mama yer?” Datin Erni memujuk.
            “Tak apalah mama. Danish pun nak berdikari dalam rumah tangga,”
            “Kalau sebab itu, papa setuju. Sudahlah mama, mereka pun ada kehidupan mereka sendiri. Jangan kita paksa,”
            “Tapi papa...” Datin Erni cuba membantah.
            “Please mama?” pujuk Danish walaupun hatinya tidak sanggup untuk keluar dari rumah ini.
            Akhirnya Datin Erni bersetuju. Mereka akan berpindah di rumah milik Danish sendiri. Dia memang sudah membeli sebuah rumah apabila dia berkahwin nanti. Seminggu sekali dia akan ke sana.
*****
Pada hujung minggu itu, mereka berdua pindah juga dirumah yang dibeli oleh Danish. Mereka hanya membawa pakaian sahaja sebab semua kelengkapan di rumah itu telah tersedia. Sedikit sebanyak hati Lidya lega tetapi hatinya panas melihat Danish.
            “Lega!” kata Lidya sambil duduk atas sofa yang empuk itu. Apabila keluar dari rumah mertua itu dia terasa bebas. Dia memejam matanya. Terasa segala bebannya terbang. Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang membelai bibirnya. Lidya pantas membuka matanya. Danish!
            “Apa kau buat ni?”
            “Lidya, saya rindukan awak!” kata Danish. Wajah lembut Lidya yang memejam mata sebentar tadi telah membuat dia tidak dapat mengawal diri.
            “Saya peduli apa!” kasar Lidya. Dia bangun dan ingin berlalu ke bilik tetapi dihalang oleh Danish. Tubuhnya dipeluk.
            Bau badan Lidya yang menjadi kesukaannya dihidu lembut. Sungguh! Dia rindu bau itu. Lidya menepis dan berlalu pergi ke tingkat atas.
            “Kau masuk bilik aku buat apa?” soal Lidya. Sengaja dia memilih bilik ke dua. Kalau ibu bapa Danish atau uminya datang boleh terus dia masuk bilik Danish. Dia juga tidak sampai hati melukakan hati mereka bertiga yang terlalu baik.
            “Kita kan suami isteri. So...” belum sempat Danish menghabiskan ayatnya, Lidya telah memotongnya.
            “Kau pembunuh! Saya takkan tidur sebilik dengan kau!” nyaring sahaja suara Lidya. “Saya benci kau!” sambungnya lagi.
            “Lidya, kenapa ni?” dia tidak sangka isterinya akan mengamuk seperti ini. “Saya ada buat salah lagi ke?”
            “Kau tak payah nak berlembut dengan saya. Bila saya ingat peristiwa 7 tahun lalu, saya jadi benci pada kau!” jerit Lidya.
            “Kau menyebabkan saya tak ingat apa-apa. Saya tak ingat sikap saya macam mana. Siapa kawan-kawan saya? Saya tak ingat kenangan dengan ayah... Saya tak ingat, Danish!” suara Lidya mendatar dan rendah. Ada air mata yang mengalir.
            “Saya benci kau, Danish!” jeritnya lemah. Sejak ingatanya pulih, kehidupan dia tidak stabil.
            “Lidya, maafkan saya?” ucap Danish sambil mendekati isterinya yang masih menangis.
            “Jangan sentuh saya! Saya rasa jijik dengan kau!”
            “Lidya, kita baru nak bahagia tapi kenapa jadi macam ini?” Danish juga lemah. Dia tidak tahu untuk buat apa.
            “Bukan salah saya. Kau punca segala-galanya!” serak basah sudah suara Lidya.
            “Lidya, saya memang suka Lidya sejak pertama kali saya lihat Lidya,” pujuk Danish. Itulah hakikatnya.
            “Cukup! Saya tak nak dengar apa-apa!” Lidya sudah menutup kedua-dua telingannya dengan tangan sambil memejamkan mata.
            “Sabar Lidya, kita bawa berbincang,” Danish cuba memujuk lagi.
            “Kita cerai!” kata Lidya tanpa berfikir. Danish terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa lalu keluar dari bilik tersebut.
            Dia duduk di ruang tamu.
            ‘Tidak mungkin aku melepaskan Lidya yang sudah menjadi nyawaku sejak aku melafazkan janji semasa akad nikah dulu. Kasih dan sayang aku hanya untuk dia seorang,’ akhirnya air mata seorang lelaki mengalir juga.
            “Cerai???” Lidya tidak sangka itu yang dia akan lafazkan. “Janda??” dia tidak bersedia untuk mendapatkan gelaran itu. Tiba-tiba Lidya teringat janji dia pada Danish sebelum ini.
“Walau apa yang terjadi dalam hubungan kita, jangan sesekali Alya tinggalkan abang atau minta cerai dengan abang. Janji sayang?” pinta Danish.
            “Kenapa  abang cakap macam ni?” Lidya terasa pelik. Dia terkejut dengan perkataan cerai.
            “Tiada apa-apa. Sayang janji?”
            “Baiklah. Alya janji. Walaupun marah atau terluka, Alya tidak akan tinggalkan abang. Janji?” Lidya telah berjanji.
            “Adakah aku telah memungkiri janji itu? Tidak. Aku yakin Danish tidak akan ceraikan aku,” Tiba-tiba Lidya berasa takut dan bimbang jika Danish akan setuju dengan permintaannya tadi.
            Selepas mengemas dan berehat seketika, Lidya turun ke bawah. Kelihatan Danish tertidur di situ. Ada sisa-sisa air mata di mata lelaki itu. Tersentuh hatinya.
            ‘Danish... Saya benci kau!’ Lidya segera meninggalkan Danish. Selepas mengambil sebotol air mineral dia bergerak masuk ke biliknya semula.
            “Ini ke imej aku? Bertudung labuh?” dahi Lidya berkerut. Entah kenapa dia tidak selesa untuk memakainya lagi. Pelik.
            “Bukan ke dulu aku tak suka pakai tudung? Pandai betul umi ajar aku yer? Tapi sekarang kalau aku tak pakai tudung, jawabnya kena bunuh dengan umi. Dah besar panjang pun takkan tak nak pakai tudung,” sakit kepalanya.
            “Alahai, baju kurung semuanya. Bosan! Macam mana aku boleh tahan dengan kehidupan seperti ini? Hidup kena ikut peredaran zaman tapi walaupun nak ikut kena jaga aurat. Aku kan dah jadi isteri vampire yang tak guna tu. Isteri gak kan?” hatinya bengkak.
            Lidya melihat sehelai t-shirt muslimah yang labuh ke lutut. Ada ayat yang menarik perhatiannya.

“Buatlah sesuka hatimu di dunia... tetapi ingat, dikau akan dipersoalkan di akhirat sana....
...hayatilah erti KEBEBASAN”

            Dahi Lidya berkerut. ‘Ish, baju ni! Macam perli aku aje. Mentang-mentanglah aku dah mengamuk dan meninggi suara pada suami aku sendiri. Aduh! Memang kena batang hidung sendiri. Nak bebas pun jangan sampai mengamuk dengan suami. Nasib kau la Danish. Siapa suruh kau wujudkan peristiwa tu dalam ingatan aku?’ bengkak hati Lidya.
            Lidya memilih baju muslimah itu untuk dipakai. Segera dia memakai tudung dan turun ke bawah. Dikejut Danish bangun.
            “Bangunlah cik abang..” lembut sahaja suara Lidya. Segera Danish bangun. Dia terkejut dengan kata-kata Lidya.
            “Sayang dah maafkan abang?” soalnya yang masih kemamai.
            “Banyaklah kau maaf. Cepat bersiap, kita nak pergi beli barang dapur. Saya lapar ni,” arah Lidya. Segera Danish mengambil beg pakaiannya dan membawa masuk ke bilik utama. Dia mandi ala kadar sahaja dan siap.
            Danish mengenakan t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan ada tulisan berwarna merah serta berseluar hitam. Lidya membaca tulisan itu dalam hatinya.
            ‘What you want?’ dahi Lidya berkerut. Danish tetap kacak dalam pandangan mata Lidya tetapi tidak akan Lidya mengaku perasaannya.
            “Kenapa?”
            “Ada ke baju tulis macam ni?”
            “Adalah. Kalau buat sendiri...” jelas Danish.
            “Lantak kau la...”
            “Lidya....” Danish ingin berkata sesuatu.
            “Kita bincang lepas balik nanti. Mood saya tengah OK. Nanti tak pasal-pasal saya maki hamun kau pula. Baik diam-diam ajer. Kau cuma perlu keluarkan duit. Saya beli dan kau bayar, faham?” tegas Lidya.
            ‘Tak sangka Lidya ada sikap seperti ini? Tegas gila. Dulu tak nampak pun ciri-ciri ini dalam dirinya,’ sempat Danish mengomel sendirian.
            Danish memandu perlahan dan sampai ke Tesco. Lidya ingin membeli barang-barang keperluan .
“Awak nak beli apa?” Danish bertanya
“Barang keperluan,”
“Contoh?”
“Macam keperluan mandi, keperluan dapur seperti gula, teh, garam, minyak masak dan banyak lagi. Kalau nak saya senaraikan memang banyak,” jelas Lidya. Danish hanya mengangguk kepala.
Dia hanya membisu sepanjang Lidya membeli barang.
Sampai di tempat keperluan mandi.
“Kau pakai shampoo apa?” Lidya bertanya.
“Saya tak pakai shampoo. Pergi cuci rambut empat kali seminggu,” jelas Danish.
“Pemalasnya dia. Rambut pun nak orang cuci. Berjimat cermatlah sikit. Kau pakai shampoo yang sama dengan aku aje, Safi,” Lidya mengambil shampoo yang sejak dulu sudah sebati dengannya.
“Biarlah. Saya pemalas. Kenapa? Awak nak cucikan rambut saya?” Danish mengusik Lidya. Lidya sudah membuat muka. Danish ketawa sendirian. Terhibur dengan wajah yang dipamerkan oleh isterinya.
“Tak ingin saya cuci rambut kau yang busuk tu. Kau pakai sabun apa pula? Tak kan sabun badan pun pergi spa?” perli Lidya.
“Agak-agaklah kalau nak pergi. Saya nak pakai sabun yang sama awak guna,” kata Danish. “Sabun tu wangi, saya suka...” dia berbisik ditelinga Lidya.
“Apa bisik-bisik ni? Gelilah!” marah Lidya padahal dalam hati berdebar-debar. Lidya mengambil dua sabun mandi jenama Enchanteur warna ungu.
Mereka berjalan lagi.
“Nak beli apa lagi? Dah penuh troli ni,” Danish membebel. Sebenarnya dia sudah lapar. Tiada tenaga. Mukanya pun sudah pucat sedikit.
Lidya menatap muka Danish. ‘Kesian laki aku ni. Nasib baik aku ni masih ada sikap kemanusiaan lagi dalam diri. Kalau tak...Lantak kau la,’ desis hati Lidya.
“Cukuplah. Kau pergi bayar sekarang. Saya pergi order makanan dekat sana. Awak nak makan apa?”
“Nasi goreng ayam dan teh ‘o’ ais,” katanya lalu ke kaunter pembayaran. Lidya membuat pesanan. Tetapi tiada tempat kosong.
“Zafri,” Lidya ternampak Zafri makan bersendirian padahal ada tiga lagi tempat kosong.
“Assalamualaikum,” tegur Lidya.
“Waalaikumusalam Lidya. Sorang ke?”
“Eh,kita kan dah kahwin. Mestilah berdua,” kata Lidya. Zafri tersenyum kelat.
“Mana suami?”
“Pergi letak barang kejap. Boleh I duduk sini memandangkan tempat dah penuh?”
“Boleh! Lagi pun I dah nak habis makan,”
“Ala makan sekali,”
“Ok!”
Danish yang mencari kelibat isterinya ternampak dia bersama Zafri. Tiba-tiba hatinya cemburu. ‘Tak ada tempat lain ke nak makan,’ hati Danish betul-betul cemburu.
“Sayang, penat abang cari sayang. Kat sini rupanya,” manja Danish. ‘Eh, apa kena dengan laki aku ni? Sawan ke? Tiba-tiba nak bermanja ni,’ Lidya terasa pelik tapi dia malas mahu melayan.
“Eh, Zafri pun ada sekali? Apa khabar?” kata Danish sambil duduk di sebelah Lidya. Zafri memandang Danish dengan perasaan sakit hati. ‘Taulah Lidya isteri kau, tapi perlu ke tayang depan aku macam ni. Sabar wahai hati. Siap kau!’ Zafri ada pelan untuk mengenakan Danish.
“Khabar baik. Lidya, cantik tak keronsang yang I hadiahkan untuk you tu?” soalnya. Dia tersenyum. Danish memang terkejut. Sengaja mahu sakitkan hatinya.
“Cantik. I letak dekat beg tangan I. Ini...” Lidya  menunjukkan beg tangannya yang sederhana besar itu. Kelihatan sesuai ia di situ.
“Kenapa you letak di situ?”
“Sebab ia sesuai dan selalu I bawa pergi ke mana saya,” jelas Lidya tanpa menyimpan makna apa-apa tetapi bagi Zafri itu jawapannya yang membuat dia bahagia.
Danish geram. Hilang perasaan laparnya yang hampir menjadi ‘Hantu makan’. Zafri meminta diri dan berlalu pergi.
“Kenapa kau tak makan ni? Tadi lapar sangat..” Lidya bertanya apabila makanan Danish tidak disentuh langsung.
“Saya nak awak suap...” sengaja Danish menjawab begitu.
“Suap? No way! Tak mau,”
“Kenapa? Saya tak lalu makan bila tengok muka Zafri tadi. Suap la,”
“Gila. Orang tengok ni. Malulah,”
“Kalau macam tu kita balik rumah dan awak suap kat rumah. Saya betul-betul tak lalu nak makan,”
“Peduli apa kalau kau tak lalu makan. Kalau kau tak mahu makan, kau pergi tunggu saya kat kereta. Saya nak bayar makanan ni,” arah Lidya.
Danish bangun dengan muka yang masam. Dia membawa diri ke tempat kenderaan. Lidya membayarnya.
“Encik, minta bungkus makanan ni, boleh?” pinta Lidya. Dia cuba tersenyum.
Dia bergerak ke tempat Danish parking kereta.
“Lamanya bayar?” tegur Danish. Mukanya masih lemah dan masam. Lidya mengeluh. Dia senyap sahaja.
Apabila sampai di rumah, selepas angkat barang-barang yang di beli tadi, Danish terus terbaring atas sofa di ruang tamu sambil pejamkan mata.
Lidya tidak mempedulikan itu semua. Dia segera ke biliknya untuk menukar baju. Dia memakai t-shirt dan seluar singkat yang sampai lutut.
“Ini baru Lidya rock!!!” itulah sikap Lidya yang sebenar. Tidak pernah berubah.
“Kalau umi tengok aku pakai macam ni. Mesti mengamuk. Tak apa dalam rumah aje. Janji jangan pakai macam ni depan umi,” ada senyuman yang terukir di bibirnya.
Segera Lidya turun dan menuju ke dapur. Sambil menyanyi-nyanyi, Lidya mengemas barang-barang yang dibelinya tadi. Yang perlu letak dalam peti dan barang-barang kering. Jam di dapur jelas menunjukkan pukul 10 malam. Penat rasa diri ini mengemas. Kini yang tinggal atas meja dapur ialah nasi goreng Danish.
Sekeras-keras hatinya masih ada kelembutan. Walaupun dia mengamuk dan marah dengan apa yang dilakukan oleh Danish di masa silamnya, tapi Danish tetap suaminya. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
Dia menjenguk Danish yang lena di ruang tamu itu. Jelas muka suaminya berkerut dan memengang perut.
‘Degil! Kata tak lalu nak makan.. ini aku tengok macam nak mati kebuluran,’ amuk Lidya. Marah betul dia dengan orang degil.
“Danish.....Danish....” di goncang lembut bahu suaminya itu.
“Alya.....” lembut sahaja suara Danish. Serak-serak basah. Dia memang menyukai suara Danish seperti itu. Menggoda.
Lidya mengucap dalam hati.
“Kau laparkan?”
“Aku tak lalu nak makan walaupun perut lapar,” jelas Danish. Dia kembali baring. Tiada mood melayan Lidya.
“Kau makan la sikit. Nanti kau sakit. Saya juga yang susah nak kena jaga,”
“Tak apa. Kalau sakit, saya pergi hospital,” mata Danish terpejam.
“Sudah! Sudah! Jangan banyak cakap, saya suap kau makan,” Lidya sudah bersedia dengan nasi yang dia minta bungkus tadi.
“Kau bungkus nasi tadi?” terbuka semula mata Danish.
“Banyak soal pula,” perlahan-lahan Lidya meramas nasi itu dengan jemarinya. Sekarang kedudukan Lidya di atas sofa dan Danish duduk dilantai.
Disuapnya nasi tersebut dalam mulut Danish. Wajah itu kembali ceria. ‘Gara-gara si Zafri aku tak lalu nak makan. Nasi baik Alya lembut hatinya. Aku sayang kau, Lidya Alya,’ Danish tersenyum.
“Apa senyum-senyum ni? Kau makan cepat sikit. Dah lewat malam. Saya nak tidur ni. Penat kemas dapur tadi,” amuk Lidya.
Danish tergamam. Baru dia perasan cara pemakaian Lidya. Cukup menggodanya. Bayangkan perempuan yang selalu bertutup dan kini pakai macam ini......
“Yang mulut kau ternganga tengok saya tu, apa hal pula,” Lidya baru perasan renungan tajam milik Danish.
“Awak tak pernah pakai macam ni,”
“So, why?”
“You look so sexy,”
“Banyaklah kau seksi,” amuk Lidya. “Nak, kau makanlah sendiri!” Lidya sudah berdiri tegak dan ingin berlalu.
“Lagi mantap la!” puji Danish. Matanya tidak lepas dari memandang Lidya. Lidya rasa mahu sahaja dia terajang Danish.
“Bisinglah kau!” cepat-cepat dia berlalu ke biliknya. Danish mengikuti Lidya.
“Kau nak apa lagi?”
“Saya nak awak!” laju saja Danish menjawabnya.
“Nampak ni?!” Lidya menayang penumbuk kecilnya. Peratus ketakutan Danish tidak menurun pun. Malah dia ketawa terbahak-bahak.
“Sudah! Saya benci tengok kau. Sila keluar!” amuk Lidya lagi.
“Awak tak berbelit lidah ke bahasa kan diri saya tapi cakap kau,”
“Suka hatilah. OK. Mulai saat ni aku kau akan aku guna. Puas hati!”
“Kalau awak guna bahasa aku kau, tak perlu lagi saya berlembut,”
“Ada aku kisah!”
“Aku ambil kisah. Aku nak bincang soal aku dan kau,”
“Tak ada apa lagi yang hendak di bincang,”
“Ada!”
“Aku tak nak dengar,” Lidya sudah menutup telinganya. Danish menghampiri Lidya yang sedang duduk di atas katil, dia mencengkam kedua-dua tangan Lidya dan membawanya ke dada Danish. Lidya meronta.
“Kau kena dengar!” amuk Danish pula. Terasa sakit pergelangan tangan Lidya apabila dicengkam begitu.
“Kau nak cakap apa?” Lidya berkata dengan perasaan geram sambil cuba melepaskan cengkaman itu.
“Aku akui yang aku dah melakukan kesalahan yang besar dalam hidup kau. Kau berhak menghukum aku. Tapi kini aku adalah suami kau. Kau tak boleh lawan takdir. Kau minta aku menceraikan kau.....”
“Alya, ingatlah sampai bila-bila yang aku tidak akan menceraikan kau selagi aku bernyawa. Kau milik aku selamanya!” sakit telinga Lidya mendengar suara Danish yang bersemangat itu.
“So...” Lidya berkata sepatah dengan selambanya tetapi hakikatnya dalam hati ini Allah sahaja tahu bertapa dia berdebar-debar dan perasaannya bercampur aduh.
“Kau sebagai wanita solehah mesti tahu hukum melawan cakap suami, buat suami kecil hati dan sebagainya la...kau tahu hukumnya...?”
“Tahu....”
“Apa dia?”
“Ala, kau sendiri tahu kan?”
“Aku tahu dan aku nak kau yang beritahu aku,”
“Berdosa. Kalau buat suami kecil hati, malaikat akan melaknat perempuan itu mula dari blah...bah...(Jangan lupa tulis tau...)”
“Tahu pun. Kau suka ke nak dapat dosa free setiap hari,” Lidya mengeleng kepalanya.
“So, kau nak aku buat apa? Nak kau tunduk dan sujud pada kau. Nak dengar kata-kata kau aje,”
“Boleh aje,”
“Lepaskan aku!” amuk Lidya apabila mendengar kata-kata Danish. Sakit hatinya.
“Dengar dulu apa aku nak cakap ni. Apa kata kita buat perjanjian?”
“Perjanjian apa pula ni? Tak nak!” Lidya masih meronta-ronta. Danish berasa geram. ‘Nak berbincang pun susah,’ geram Danish.
Danish menolak tubuh Lidya dan tangan Lidya yang berada dalam genggamannya di lekat ke katil.
“Lepas la...” Lidya berkata geram. Dia tidak suka dengan keadaannya sekarang. Lidya ditindih oleh Danish. Nafas mereka berdua sudah tidak teratur.
“Kau nak dengar atau tak?” Danish beri kata dua untuk Lidya.
“Tak nak! Aku tak......” belum sempat suaranya keluar, sudah ada sesuatu yang menyekatnya. Danish mengucup bibirnya. Membulat mata Lidya. Lama.
Danish mengangkat mukanya dari terus rapat dengan muka Lidya. Dia teringin melihat muka degil isterinya.
“Sekarang boleh berbincang?” ada senyuman kemenangan di situ. Lidya terdiam. Hatinya betul-betul sakit dengan tindakkan Danish yang mengejut itu.
“Tak nak! Aku tetap tak nak!” amuk Lidya.
“Kau memang suka kalau aku cium kau ye?” kata-kata Danish membuat darahnya naik semula ke mukanya.
“Mana ada. Lepaskan aku!” cengkaman Danish masih utuh dipergelangan Lidya.
“Tak nak. Ok Fine! Aku buat lebih dari tu!” Danish juga sudah naik geram. ‘Nak ajar berbincang pun susah. Ambil kau!’ gertak hati Danish.
Danish membenamkan mukanya di leher Lidya. Lidya terasa lain macam bila Danish buat begitu.
“OK! Ok! Aku mengalah,” Akhirnya Lidya berkata begitu dengan suara yang tersekat-sekat. Dia betul-betul rasa seram dengan sentuhan Danish itu. ‘Vampire ni memang menakutkan...’ desis hati Lidya.
“Macam itulah isteriku,” Lagi sekali Danish senyum kemenangan.
“Tapi lepas kan aku dulu. Sakit tau kau pegang-pegang camni?” amuk Lidya.
“Aku ingat kau suka,”
“Banyaklah kau punya suka.”
“Hahaha,” Danish ketawa dan melepaskan cengkamannya. Dia duduk di birai katil.
“Baiklah apa yang kau nak bincang sangat,” Lidya sudah duduk bersila atas katil. Dia meraba-raba pergelangannya yang terasa sakit.
“Tengok apa kau dah buat!” amuk Lidya. ‘Ish, perempuan ni, tak bosan ke asyik mengamuk,’ desis hati Danish pula.
“Apa?”
“Merah dah tangan aku!”
“Dah kau degil sangat...”
“Aku pula...”
“Dah! Aku nak bincang ni.............” perbualan mereka berlarutan sampai pukul 1 pagi. Lidya mendengar dengan teliti walaupun matanya mula mengantuk.
“Kau setuju..” soal Danish.
“Biar aku fikir dulu,”
“Baiklah. Aku pergi dulu. Kalau setuju, bagitau sahaja aku!”
Danish berlalu dan menutup rapat pintu itu.
“Perjaniian yang pelik! Nantilah aku fikir. Tak larat dah. Otak aku boleh sakit kalau lama-lama berfikir,” akhirnya Lidya lelapkan mata.
Danish masuk ke biliknya. Terlalu berat sebenarnya untuk dia melafazkan perjanjian itu tetapi hanya itu yang mampu dia lakukan dengan keadaan hubungan mereka yang tidak berapa baik ini.
Air matanya jatuh juga. Danish bersandar di pintu biliknya. Dia meraup mukanya berkali-kali. Terlalu banyak air mata ini mengalir sejak hubungan mereka jadi begini. Ini baru hari pertama mereka berdua tinggal bersama. Belum lagi kemudian hari.
Hatinya bimbang. Lidya akan menyukai Zafri.
“Aku tidak tidak akan benarkan... Lidya Alya hanya milik Danish Aniq. Itulah yang tertulis. Bukan milik Carl Zafri....” akhirnya Danish juga terlelap di tepi itu dengan keadaan berbaring atas lantai. Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan.
Dia berharap Lidya bersetuju.

10 comments:

  1. maaf lambat update...
    sila komen...kalau ada kekurangan
    atau apa sahaja...ye?
    terima kasih menyokong sv...

    ReplyDelete
  2. best!nk lgi!tpi...
    sye rse ria kne tukar panggilan danish dgn alya,sbb alya m'bhskn dirinye 'saya,kau' dgn danish...x brape nk sesuai kte panggilanye...

    ReplyDelete
  3. haha...lawaklh,part yg last!kak ria smbg lgi!good luck!:D

    ReplyDelete
  4. menari...teruskan lah mskkan n3 baru..dah lme baru ada n3....nk tggu kat penulisan 2u lambat r...

    ReplyDelete
  5. best2.. cepat sambunk eh...

    ReplyDelete
  6. cepat sambunk taw.... xsbar nak tunggu n3 bru.. lme sgt... nak bce kat p2u lambat sgt..

    ReplyDelete
  7. menarik bab kali
    ria....
    cepat2 siapkan novel sv ni
    tak sabr nak bli

    ReplyDelete
  8. Best citer ni..kelakar dialog nyer.

    ReplyDelete
  9. maaf...ni ria...susah pula nak log in...
    sebenarnya ni bab 16 dan 17...
    aduh apa serabut sangat ria ni...
    hmm...ria tgh usaha masukkan bab 18 ni...susahnya....sabar ajelah

    ReplyDelete
  10. hehe.. ^^. ada sedih sikit mengenangkan nasib Danis lepasni

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi