Followers

Friday, 23 September 2011

13
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 21 siri 1

Danish terasa kepalanya sakit memikirkan hubungan dia dengan Lidya. Semakin dingin dan kemarau. Tiada senyuman lagi untuknya. Apa masalah Lidya sebenarnya? Dia ada melakukan kesalahan ke?
            Tanpa Danish tahu perasan cemburu Lidya melihat Danish bersama Mira membuat tidak mahu bercakap lagi. Sejak malam itu, sikap Lidya berubah
            Sekarang Lidya berkerja, dia menjadi cepat penat. Balik dari kerja, masak ala kadar dan selepas itu lepak dalam bilik. Dia tidak sempat untuk bermesra dengan Lidya.
            “Alya, kau....” belum sempat Danish berkata, Lidya bangun dan merengus kasar. Lidya menuju ke biliknya dan menghempas pintu sekuat hatinya.
            “Alya!” panggil Danish lagi. Kini, dia sudah berada dalam bilik Lidya.
            “Eh, yang kau masuk bilik aku ni kenapa?” tersentak Lidya melihat Danish. Lelaki itu nampak kacak tiba-tiba. Pelik. Dia menutup novel yang baru dibelinya. Sejak berkahwin dengan Danish, dia banyak menghabiskan masa dengan membaca novel. Apabila dia membaca novel berkaitan dengan hubungan suami isteri, dia mengharap Danish bermanja dengannya begitu tetapi itu tidak mungkin sebab ego yang dibina dalam hatinya begitu utuh. Sukar untuk dirobohkan.
            “Esok Syarikat buat hari keluarga. Kau wajib datang bersama aku,” Danish memberitahu. Memandangkan esok adalah hari sabtu.
            “Aku tak ada mood nak pergi. Kau pergi sorang la.”
            “Tak mahu!” tegas suara Danish.
            “Aku malas!”
            “Alasan! Aku tahu esok pagi kau sudah bersiap dengan baju sukan,”
            “Kalau tak siap....” sengaja Lidya menduga Danish.
            “Kalau kau tak siap, nantikan sahaja aku siapkan kau,” ugut Danish
            “Aku tak nak pergi! Aku mengantuk ni. Selamat malam,” ucap Lidya. Dia sudah membuat muka mengantuk dan menarik selimut. Tidak sampai seminit, Lidya sudah terlena. Danish geram dengan sikap Lidya yang main-mainkan amarannya.
            ‘Siap kau kalau tak siap esok!’ itu janji Danish dalam hati.
            Keesokan harinya Danish sudah siap dengan pakaian sukan. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. ‘Tak kan la dia tak bangun lagi?’ Danish segera memanjat tangga dan menuju ke bilik Lidya. Dengan selamba sahaja dia membuka pintu bilik Lidya.
            Lepas solat subuh, Lidya tidur semula. Itulah sikap sebenar Lidya selepas ingatannya kembali. Kelihatan Lidya yang masih lena dalam selimut tebalnya.
            Danish tahu yang Lidya tidak mahu pergi bersamanya. ‘Tapi kalau Alya tidak pergi malulah aku. Yelah datang tanpa isteri. Tak boleh jadi! Kau mesti pergi Alya oi!’ amuk dalam hati sahaja.
            ‘Berbungkus dalam selimut ye,’ idea nakal hadir dalam fikiran Danish. Dia membuka baju t-shirnya dan menyelinap perlahan-lahan masuk ke dalam selimut Lidya. Danish memeluk tubuh Lidya erat. Dia tahu Lidya malu melihat tubuhnya.
            Lidya yang masih lena terasa tubuhnya begitu hangat. Dia terkejut apabila membuka matanya. Danish sedang memeluknya tanpa memakai baju. Mata lelaki itu terpejam.
            “Apa kau buat ni Danish?!” Lidya mengamuk. Dia cuba menjarakkan dirinya tetapi pelukan itu terlalu erat.
            “Lor, sedang peluk kau la. Takkan tak tahu kot aku buat apa,” ada senyuman nakal di bibir Danish.
            “Dah berapa lama kau peluk aku ni?” peluh mula wujud di dahi Lidya. Kehangatan itu membuat dia berpeluh hebat. Lemas.
            “Boleh la dalam setengah jam. Syok betul dapat peluk kau. Seksi pula tu,” sengaja Danish menarik selimut yang menutup tubuh Lidya. Kelihatan Lidya memakai baju tidur semalam. Butang bahagian atas baju tidur Lidya yang terbuka sedikit tampak sungguh seksi di pandangan mata Danish.
            “Apa ni Danish?! Apa kau buat kat bilik aku ni. Aku nak tidur la,” amuk Lidya.
            “Kan pagi ini kita ada hari keluarga syarikat. kau kena teman aku,” jelas Danish. Lidya berkerut dahi.
            “Kan aku dah cakap tak nak pergi.”
            “Okay, tak apalah. Kita tak payah pergi. Jom tidur,” makin erat pelukan Danish. Barulah Lidya faham.
            “Baiklah! Aku pergi!”
            “Macam tu la,” kata Danish sambil mencium pipi kanan Lidya. Dia terus bangun dan berlari ke luar dari bilik tersebut kerana ingin mengelak daripada serangan Lidya. Dia membaling bantal ke arah Danish.
            Hati Lidya makin panas apabila mendengar ketawa Danish dari luar biliknya. Segera Lidya ke bilik air.
*****
Lidya yang lengkap dengan baju muslimah labuh dan seluar sukan berjalan beriringan dengan Danish. Tangan mereka bersatu. Erat.
‘Tahulah nak berlakon tapi tak perlu real sangat,’ amuk Lidya sekadar dalam hati. Tiba-tiba Lidya ternampak seseorang. Zafri! Dia pun ada. Lidya sudah senyum sampai ke telinga. Tetapi tidak bagi Zafri. Melihat Lidya berjalan bersama Danish membuat hatinya panas. Segera dia meninggalkan tempat sukaneka yang membuat hatinya tidak tenang.
            “Kenapa kau tak cakap yang Zafri ada datang sekali? Lidya bertanya. Tanpa dia sedari yang Danish punya cemburu sudah naik sampai ke kepala. Geram juga dengan Lidya yang menyebut nama keramat itu.
            Dia sedar yang Lidya sudah lama tidak menyebut nama itu tapi hati Danish apabila mendengar nama lelaki lain di bibir Lidya membuat dia rasa tercabar. Akhirnya Danish melepaskan genggaman tangannya dan meninggalkan Lidya jalan sendirian.
            Bagi Lidya pula, sikap Danish hanya sesuai dengan satu perkataan sahaja. ‘Pelik.’ Lidya mengejar Danish dan memeluk lengan suaminya itu sambil tersenyum pada orang sekeliling yang melihat mereka.
            Danish terasa bahagia apabila Lidya memeluk lengannya begitu. ‘Nasib baik kau pandai pujuk aku. Ni yang sayang lebih..’
            Ketika mereka baru sampai, Dato’ Akil sudah tamat memberi ucapan dan merasmikan terus hari keluarga tersebut. Dato’ Akil telah menyewa sebuah stadium mini untuk meraikan hari keluarga tersebut. Ramai pekerja mereka sudah memenuhi stadium tersebut. Acara sukaneka berjalan dengan lancar.
            Lidya mencari keliba Zafri tetapi tiada. Dia pun menarik muncung itiknya. Yelahlah asyik kena berkepit dengan Danish. Menyampah!
            “Acara ‘I bawa lari you’ akan berlansung sekejap lagi. Peserta yang berkenaan sila bersedia di tempat yang ditetapkan. Masih terbuka peryertaannya untuk pasangan yang sudah berkahwin,” suara pengacara majlis ini mula menjemput orang ramai menyertai acara tersebut.
            “Jom kita masuk acara ni! Macam best aje?” ajak Danish.
            “Tak mahulah. Malas!” kata Lidya sambil meneguk air mineral ditangannya.
            “Kalau kau tak nak masuk, aku cium kau kat sini,” ugut Danish.
            “Berani ke?” cabar Lidya.
            “Beranilah. Kat rumah aku tak dapat cium kau, lagilah kat sini. Mesti syok dapat cium mulut yang selalu membantah cakap aku,” dinaikkan kening Danish.
            “Ok. Jom!” Lidya mengalah. Tengok gaya Danish memang dia akan buat apa yang dia katakan. ‘Jangan nak cari masalah wahai Lidya Alya.’

13 comments:

  1. ekekee.. waa... cover tu TOP big bang keww??


    ><

    ReplyDelete
  2. akak ! best sngat2 .. sya hrp akak bley truskan krya akak dgn lbih mantop lg ! ;)

    ReplyDelete
  3. insya allah..akak akan teruskan lagi....
    idea ada...nak menaip tu...kadang2
    kena ada ketenangan sikit...
    thnak sebab suka

    ReplyDelete
  4. tunggu la jika ada...ria akan bagitau..
    tapi buat masa ni tak ada kot...hihihi

    ReplyDelete
  5. suka sgt watak bila Danish sakat Lidya
    romantik giler

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. Danish nie mmg ske sgt sakat Lidya..btw, so sweet :3

    ReplyDelete
  7. far hihihi itu yang menghidupkan citter ni...walaupun mereka selalu bergaduh tapi kalau time mereka bermanja..habis la...manja gila nanti...tunggulah diorang dah berbaik nanti hihihi

    ReplyDelete
  8. lor, ria ingat rin nak cakap apa la...boleh boleh...suka ke kover tu??hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi