Followers

Sunday, 18 September 2011

9
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 19 siri 3

Selepas makan di rumah mertua, Lidya ingin berjumpa dengan uminya. Danish mengizinkan asalkan bersamanya.
            “Tak kisahlah. Janji aku dapat jumpa dengan umi,”
            “Assalamualaikum. Umi! Oh umi!” jerit Lidya apabila sampai diperkarangan rumah Umi Kalsom.
            “Waalaikumussalam. Anak umi. Masuk sayang,” jemput Umi Kalsom.
            Mereka bertiga berbual seketika sebelum pergi bersiap untuk menunaikan fardhu maghrib.
            “Kau tak ada tuala lain ke nak guna?” amuk Lidya.
            “Aku ni kira kali pertama datang sini sebagai suami kau. Aku mana ada tuala,”
            “Kau tak minta kat aku pun,” rendah sedikit suaranya. Tanpa mereka sedar, Umi Kalsom mendengar perbualan mereka itu.
            Usai solat fardu maghrib dan isyak secara berjemaah, mereka makan malam. Lidya sibuk mengemas dapur. Uminya menghampirinya.
            "Umi bukan nak marah tapi cuma nak tegur anak umi ni.”
            “Tegur apa umi? Alya ada buat salah ke?”
            “Apabila bercakap dengan suami, janganlah kasar sangat. Kita sebagai isteri, paling mudah Allah SWT nak bagi pahala. Dapat pahala dan paling mudah dapat dosa. Lidya pilih, mahu dosa atau pahala,” Lidya masih tidak faham teguran apa yang ingin uminya sampaikan.
            “Setiap orang tu mesti mahukan pahala, umi,” Lidya menjawab dan menyambung basuh pinggan tadi.
            “Jadi, bercakap baik-baiklah dengan suami. Jangan derhaka padanya. Tunaikan segala permintaannya selagi Alya mampu. Jangan sekali-sekali tinggalkan dia apabila dia menghadapi kesusahan dan masalah. Anak umi mesti faham,” kata Umi Kalsom. Lidya terpana lalu menggangguk kepala.
            “Baiklah umi,” ucap Lidya.
            Selepas bersalaman dengan Umi Kalsom, mereka pulang ke rumah banglo milik Danish. Lidya masih memikirkan kata-kata uminya. ‘Tapi aku yakin Danish tidak pernah menyimpan rasa sakit hatinya terhadap aku. Aku harap begitu la.’ Sampai sahaja di rumah, mereka terus masuk ke bilik masing-masing kerana kepenatan.
*****
Kini, Danish dan Lidya sudah mula bekerja. Lidya untuk pertama kali bekerja dibahagian pemasaran setelah sebulan bekerja sebagai setiausaha Danish. Dia berasa gembira.
            “Jom. Kita sudah lambat ni?” ajak Danish. Selepas makan roti telur yang dibuat oleh Lidya, dia pergi panaskan enjin kereta.
            “Baiklah. Kejap. Nak kunci pintu rumah,” terburu-buru Lidya mengunci pintu rumahnya lalu berlari ke arah kereta Danish.
            Kereta tersebut dipandu dengan cermat oleh Danish.
            “Ingat, tengah hari ni kita lunch sama. Aku dah ajak Damia. Jangan tak jadi pula ye?”
            “Jadi! Aku bab makan free laju sahaja. Lagi pun sarapan roti sahaja tadi,” kata Lidya. Hubungan mereka bagaikan sahabat walaupun kadang-kadang mereka berselisih faham atau bertengkar.
            “Macam tu la,” puji Danish. Dia memang berasa gembira. Tambah-tambah dapat bergaduh dan mengusik Lidya setiap hari. Apabila Lidya marah, wajahnya sangat berseri-seri dan ceria. Sudah lama Lidya tidak menyebut nama Zafri. Itu salah satu penyebab yang membuat dia rasa senang.
            Danish tersenyum gembira. Selepas Lidya bersalaman dengannya, dia segera ke biliknya.
            “Gembiranya bos!” tegur Vela.
            “You pun gembira sejak berkahwin kan?”
            “Nikmat perkahwinan,” Danish tersenyum mendengarnya lalu masuk ke biliknya.
            Sebenarnya dia memang gembira dapat berkahwin dengan Lidya. Lagi satu masalah. Dia belum memberitahu Damia untuk makan bersama tengah hari ini. Risau juga dia kalau Damia menolaknya. Nanti mengamuk pula Lidya.
            “Mia, makan dengan abang tengah hari ni?”
            “Abang belanja ke?
            “Yup! Abang belanja. Mahu tak?”
            “Boleh! No problem. I love eat!”
            “Badan tak padan dengan kecil tapi makan banyak,”
            “Mengutuk kita nampaknya. Tak jadi makan la,”
            “Ala, abang gurau sahaja. Nanti kak Lidya marah abang,” sengaja Danish berkata macam itu.
            “Baiklah. Untuk abang Mia yang seorang ni. Apa-apa je pun boleh,”
            “Macam itulah,”
            “Baiklah abang, Mia dah nak masuk kerja ni. Nanti jumpa,”
            “OK!”
            Selepas memberi salam, dia segera ke bilik Mesyuarat. Memanglah kena ada mesyuarat. Setelah bercuti selama dua minggu, dia perlu bekerja dan banyak perkara yang perlu dibincang. Buat pertama kalinya dia akan bermesyuarat bersama Lidya.
            Lidya berjumpa dengan Airil.
            “Bertemu kita kembali, Lidya,” tegur ketua pemasaran yang menjadi bosnya dahulu selama tiga hari, Airil.
            “Ya,” lembut sahaja suara Lidya.
            “Kejap lagi ada mesyuarat bersama ketua dan pembantu ketua pengarah tetapi Lidya pergi mendengar sahaja. Saya tidak sempat mahu menerangkan masalah yang timbul. Harap Lidya faham,”
            “Baiklah, Encik Airil,” mereka berdua bergerak ke bilik mesyuarat.

9 comments:

  1. tq sbb update baru. update byk sikit boleh tak.... syok baca

    ReplyDelete
  2. trisha....wlcm...terima kasih sebab syok hihihi

    ReplyDelete
  3. suker sgt baca novel nie..kalau diterbitkan sy akan jd org pertama yg nak beli...

    ReplyDelete
  4. terima kasih liza...
    ria pun suka...
    lepas balik kuliah ni ria
    akan masukkan bab 20 siri 1...
    nantikan sahaja...

    ReplyDelete
  5. alahai...
    naper xleh bc bab n3 nie...
    sedey tol la....
    huk huk huk...

    ReplyDelete
  6. maaf..tulisannya warna putih...kesian nursya...maaf sangat yer??

    ReplyDelete
  7. thanks ria...
    dpt gak bc n3 nie..
    hihihi..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi