Selepas makan, Danish terus menghantar Damia ke tempat kerjanya semula. Kini tinggal mereka berdua. Lidya masih mendiamkan diri. Bercakap dengan Danish pun tidak.
“Alya, kau sihat tak?” bimbang juga apabila melihat orang tersayangnya bersikap ‘silent’ hari ini.
“Eh, sihat la,”
“Kalau tak sihat, aku bagi kau cuti sahaja,”
“Tak payah! Aku suka datang kerja. Tak bosan sikit,” jelas Lidya.
“Tapi aku tengok muka kau masam sahaja,”
“Tak ada apa-apa,” kata Lidya. ‘Takkan aku nak bagitahu dia yang aku cemburu gila melihat dia bersama dengan perempuan lain. Aku mengharap dia mendampingi aku sahaja. Tapi kenapa wujud perkataan EGO dalam diri ini? Selagi ia wujud, selagi itu hubungan ini tidak akan ke mana,’ hatinya berkata. Lidya memandang wajah Danish yang fokus pada pemanduannya.
Tangannya ingin menyentuh wajah itu. Keinginan itu kuat betul. ‘Apa dah jadi dengan aku ini? Gila apa?’ perasaan Lidya pula tidak stabil.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?” tiba-tiba Danish bertanya membuat Lidya terkejut. ‘Perasan juga mamat ni?.’
“Aku rasa janggut kau dah tumbuh banyak,” Lidya cuba menberi alasan.
“Tumbuh banyak? Bukan macam ni ke dari dulu? Aku sentiasa bercukur tahu tak? Aku simpan sikit sahaja janggut,” jelas Danish sambil mengusap dagunya lembut. Lidya berasa geram melihat janggut itu.
Sejak dulu lagi dia begitu menyukai lelaki yang berjanggut. Lidya masih setia memandang suaminya itu.
“Rambut kau pun orang yang tolong cucikan, ini kan pula bercukur,” perli Lidya. Danish hanya ketawa.
“Melampaulah aku kalau bercukur pun nak orang buatkan kecuali...” kata-kata Danish berhenti.
“Kecuali apa?”
“Kecuali kau yang cukurkan,” laju sahaja Lidya mencubit lengan Danish. Geram.
“Malas aku nak cukur kau. Baik aku cuci baju lagi bagus,”
“Hah! Sebut cuci baju ni. Jangan lupa cuci baju aku sekali. Ambil dalam bilik aku ye?”
“Ini arahan atau gurauan?” sengaja Lidya bertanya begitu.
“Arahan!” tegas kata-kata Danish. Lidya tersenyum. Akhirnya mereka sampai juga ke pejabat mereka. Selepas bersalaman dengan Danish, Lidya segera ke biliknya. Bertimbun kerja yang disediakan oleh Airil untuk Lidya.
“Kita kena beritahu semua pelanggan kita mengenai pakej terbaru kita melalui iklan,” kata Airil.
“Kita sudah ada pakej baru. Apa dia?” ada sedikit terkejut.
“Dalam perbincangan kami sebelum ni. Kita akan buat promosi besar-besaran mengenai pakej baru mengenai ini. Kita sudah wujudkan beberapa tambahan yang menarik dengan harga yang berpatutan,” kata Airil sambil menunjukkan satu dokumen mengenai apa yang dibincangnya.
“Pakej baru? Harga yang berpatutan? Okay juga. Kita perlu pelbagai lagi pakej yang ada seperti ini. Saya tengok statistik mengenai starategi menyediakan dalam bentuk pakej lebih mendapat sambutan,”
“Alhamdulillah Lidya. Buat masa ini meningkat. Tapi kita harus memastikan pelanggan kita tidak lari ke syarikat lain,” jelas Airil dan perbincangan mereka semakin serius.
Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Sengaja Danish keluar awal dari biliknya untuk melihat isterinya bekerja. Segera dia ke bahagian pemasaran. Luar pintu lagi Danish sudah dapat mendengar perbualan antara Lidya dan Airil.
“Kita kena cari model yang sesuai,” kata Airil.
“Model? Serahkan pada Nurul. Okay tak?”
“Boleh juga. Tak kan semua nak suruh Lidya buat. Kan mengamuk bos besar kita tu,” gurau Airil.
“Ehem! Ehem!” Danish berdehem apabila namanya di sebut.
“Panjang umur bos kita ni. Baru sebut, dah datang,” puji Airil.
“Kau puji.. puji macam ni ingat dapat bonus ke akhir tahun?” Danish bertanya. Gurau.
“Kalau ada, apa salahnya. Oklah Lidya. Bos pun dah sampai. Kita sambung berbincang lagi esok,” mereka berdua berkemas.
“Baiklah, terima kasih,” Lidya bangun dan Danish mengekorinya ke bilik.
“Banyak kerja?”
“Banyak juga. Kita beli makan malam siap-siap. Tak larat nak masak,” ajak Lidya.
“OK!”
Mereka pergi membeli makanan dan pulang ke rumah dan berehat.
*****
Semalam Damia sudah memonteng kerjanya iaitu tidak membersihkan bilik ketuanya. Dia takut hendak berjumpa dengan lelaki yang berbadan besar itu. Tetapi hari ini dia gagahi juga untuk ke bilik kerja yang mewah itu.
Damia sengaja pergi mengemas bilik pengarah besar itu di awal pagi. Dia mengharap sangat tidak bertemu dengan majkannya itu. Pintu bilik itu dibukanya perlahan-lahan. Terkejut Damia apabila melihat jejaka KK sedang berbaring atas sofa yang ada dalam biliknya. Tidur.
‘Penat bekerja kot,’ Damia mendekatinya lalu melambai-lambai tangan depan muka dia. ‘Sah tidur mati. Eloklah tu. Senang sikit aku nak mengemas,’
Sedang Damia berkemas-kemas, tiba-tiba dia terasa ada yang memeluk tubuhnya dari belakang.
‘Macam king kong ajer yang peluk aku. King kong? Eh bukan pengarah besar ke?’ Hati Damia berdebar-debar.
Terlalu erat Damia rasakan pelukan dia.
‘Haris ni mengigau ke atau nak ambil kesempatan? Tapi kalau ye pun, jangan sampai aku jadi mangsa. Aku ni kecik aje tapi kau jangan sangka aku kecil-kecil semut. Aku ni kecil-kecil cili berapi atau pun cili… ,’ terdiam Damia dibuatnya apabila Haris mencium pipi gebunya.
“Ajnabi betul la mamat ni!” Damia sudah tidak boleh sabar. ‘Hari tu mulut aku. Kali ni pipi pula! Dia ingat aku ni apa?!’ amuk Damia sekadar dalam hati.
Damia pijak kaki Haris sekuat hati dan tolak dia sampai dia jatuh semula atas sofanya. Haris tersedar tapi malang betul bagi Damia apabila kakinya tersalah mendarat menyebabkan dia jadi tidak seimbang dan rebah atas badan Haris.
“Mama!” jerit Damia. Bulat mata Haris apabila dia tengok gadis itu akan jatuh atasnya.
“Bukk!” bunyinya. Macam buah cempedak jatuh. Buruk kebenar. Damia jatuh atas dadanya yang bidang.
‘Dah la butang baju kemeja dia terbuka sikit. Alamak, seksinya!’ sempat lagi Damia memerhati Haris.
Pada masa yang sama seseorang membuka pintu dari luar dan ia berlaku terlalu drastik.
“Haris, apa you buat dengan tukang cuci ni?” jerit Sarah. Apabila Haris melihat Sarah, dia memeluk Damia lagi erat. Muka jejaka KK sah-sah menunjukkan tanda tidak bersalah. Damia pula terkaku. Tidak tahu mahu lakukan apa.
Pucat mukanya apabila melihat perempuan cantik ini mengamuk. Perempuan itu menghampiri kami lalu menarik Damia jauh daripada Haris.
“Paaaaaap!” bunyi penampar.
‘Siapa yang kena tampar ni? Akulah. Mama, Mia nak nangis dah ni. Sesedap buah epal ajer dia tampar aku. Ingat aku ni senang dibuli? Silap!!’ Damia memegang pipinya yang terasa sakit.
Damia menampar perempuan itu semula sampai terbuka sanggul rambut dia. ‘Eh, kuat sangat ke aku tampar?’ Damia pula rasa gerun. Rambut dia sudah serabai Damia tengok.
‘Aku ikut gaya kak Lidya sahaja. Hukum karma,’ Damia memandang wajah Sarah.
‘Lantak! Dia ingat aku ni lebih pendek dari dia, ingat aku takut. Dia pun tinggi sebab kasut tumit tinggi dia ajer. Kalau tak sama tinggi dengan aku ajer,’ amuk Damia tetapi sekadar dalam hati sahaja. Haris hanya jadi pemerhati sahaja.
“Perempuan!” amuk Sarah.
‘Nampak gayanya dia marah betul-betul. Mana ada main-main,’ sempat lagi Damia buat lawak dalam hatinya. Terus sahaja dia berlari menyorok belakang Haris.
‘Takut aku. Kalau aku buat yang melampau sangat, kang tak pasal-pasal kasut tumit tinggi dia kat muka aku nanti. Kalau ada kasut tumit tinggi aku, tak apa juga. Boleh aku berlawan dengan perempuan ni tapi masalahnya tak ada. Baik aku diam. Mencari tempat pelindungan,’ bisik hatinya.
“Sudah la tu Sarah!” Haris mula bersuara yang dari tadi menjadi pemerhati yang setia. ‘Garang jugak mamat ni. Bila mengamuk sudah macam king kong gak,’ tidak habis-habis Damia mengomel orang lain.
“Kita dah tak ada hubungan apa-apa walaupun kawan sekali pun. Kau faham maksud aku kan? Kau dah curang dengan aku. So, buat cara curang. Jangan datang cari aku lagi. Aku benci tengok kau! Sila berambus dalam hidup aku!” lantang sahaja suara Haris.
‘Macam orang kat padang kawad tu lagaknya,’ mata Damia terkebil-kebil mendengarnya.
“I tak curang dengan you. Lelaki tu sengaja nak kita berpisah. Entah-entah you yang curang dengan I. Perempuan ni ke?” kata Sarah sambil menunjuk jari telunjuknya kepada Damia. Pipi dia merah.
‘Mesti kesan tamparan aku,’ Damia buat muka blur.
Haris memandang Damia. Dia tersenyum. ‘Gila ke pengarah besar aku ni? Muda-muda dah gila. Kesian.’ Lepas itu Haris ketawa lagi. ‘Kuat! Sakit gak telinga aku dengar. Sarah dah buat muka. Buruk kebenar mukannya. Sah gila!’ pendapat Damia.
“Tukang cuci ni? Baik aku bercinta dengan tukang cuci yang tak kan habiskan duit aku dengan pergi shopping macam kau. Kau ni pergi shopping ajer. Boring aku tengok. Baik aku kahwin dengan tukang cuci yang cantik dan lebih mengoda daripada kau. Pakai jer seksi tapi tak ada daya tarikan langsung,” amuk Haris.
‘Eh, Haris ni biar betul! Aku dikatakan cantik? Yang tu aku setujulah tapi yang tak sedap didengar ni ‘mengoda’? Bila masa aku buat kerja yang tak bertauliah tu,’ Damia menggaru-garu kepalanya yang terasa gatal itu.
“Kalau sebab tu you tinggalkan I, I akan ubah diri I, Haris. Please,” rayu sarah. Damia sudah tidak sanggup hendak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat ini. Sudahlah dapat penampar percuma.
“Korang terus gaduh Ok. Sampai esok pun tak mengapa. Saya keluar dulu,” Damia sudah melangkah keluar tetapi tanganya disambar oleh Haris. Dia memeluk Damia dari belakang.
‘Aku ni betul-betul bawah ketiak Haris. Eh,ada bau! Bau ketiak masam! Ucuk! Dah la tak mandi dari semalam mamat ni,’ hati Damia bersuara lagi.
“Sayang jangan keluar lagi. Haris tak puas lagi dengan sayang. Yang sepatutnya keluar perempuan yang bernama Sarah. So, apa lagi yang kau tunggu! Keluar dari bilik aku dan jangan cari aku lagi!” jerit Haris kuat.
‘Haris dah menjiwai watak king kong dalam erti sebenar. Memang layak la. Macam inilah rupanya king kong mengamuk. Kecut perut aku dengar. Dahlah belum sarapan lagi,’ puji Damia dan erti yang tidak benar. Sarah terus keluar dengan muka mencuka.
Pelukan masih melekat dibelakang Damia.
‘Tak nak lepas ke si Haris ni?,’ Hati Damia tidak keruan. Apabila Damia mendongak, pipinya menjadi mangsa si jejaka KK. Haris ketawa kuat sambil melepaskan pelukannya. Dia duduk di sofa sambil silangkan kakinya. Damia berdiri macam patung tetapi yang bernyawa depan Haris.
“Kau, mari sini!” Damia mengikut sahaja. ‘Aku melutut di tepinya. Pipi aku diusap lembut oleh tangan king kong dia yang besar. Aku bagaikan terpukau dengan kelembutannya. Apa sudah jadi dengan aku ni?’ Damia sendiri tidak faham dengan dirinya.
“Kesian pipi ni jadi mangsa,” mata mereka bertentangan. Saat itu indah sangat Damia rasakan tetapi adengan itu tidak sengaja dilihat oleh Danish yang masuk secara tiba-tiba.
‘Abang!’ Damia menjerit dalam hati. Cepat dia berdiri lalu menyorok belakang Danish.
“Danish,” Haris bersuara lembut. Dia serba salah. Dia tidak dapat nak mengawal dirinya apabila bersama Damia. Dia berasa geram bila bersama Damia.
“Mia keluar dulu. Abang ada hal nak bincang dengan Haris,” tegas Danish.
‘Eh, abang ni halau aku pula. Aku pun nak tau juga apa yang dibincangnya tapi bila along buat muka serius dengan pucatnya. Kesian pula,’ bisik hatinya. Damia tidak jadi bersuara dan terus keluar.
Mereka berbincang. Akhirnya persefahaman sudah berjaya dicapai. Nasib baik Danish tidak mengamuk. Syaratnya dia setuju untuk mengambil tender bahan pembinaan daripada daripada syarikat Danish.
‘Huh! Lega rasanya. Perkara kecil ajer tu,’ pandai sahaja si Damia ini. Lagi pun syarikat Danish memang terkenal dengan kualiti bahan pembinaan yang baik. Tambahan pula Danish itu sabahatnya masa belajar di UK dulu.
terbaik!!
ReplyDeleteterima kasih...tunggu bab 21 pula...
ReplyDeletenk lgi!chaiyok!kak ria
ReplyDeletebest ......... nak lagi ye
ReplyDeleteboleh nak lagi...tapi tunggu la dulu hahah
ReplyDeleteterima kasih Apple
asslmualkm kak ria,,
ReplyDeletebila novel suamiku vampire nk kluar??
tak sbr nk bca smpai hbis..
ctenya best !!
waalaikumusalam...
ReplyDeletetak tahu la dik Rina...
akak dah mula study ni....
banyak juga masa habis buat assignment...
tiada masa nak wat sambungan SV..
rasanya bab 21 ni yang terakhir utk masa ni...
tak ada sambungnya...
ohh,,takpe2.. :)
ReplyDeletehihihi
ReplyDelete. Hukum karma..
ReplyDeletehukum karma???hihihi
ReplyDeleteHaha.. Nakal betul laa si Mia nie..
ReplyDelete