Followers

Tuesday, 20 September 2011

8
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 20 siri 1

Apabila waktu lunch tiba, Danish segera menjemput Damia di tempat kerja untuk makan bersama. Kalau ada Damia, sikap dan prihatin Lidya memang padanya. Itu pasal yang dia suka makan bersama Damia. Dia mencari kelibat adiknya itu.
‘Apa yang aku suka kat syarikat ni? Kat atas bangunan ni ada tempat yang best untuk lepak. Kalau makan tengah hari aku lepak situ,’ bisik hati Damia.
            Segera Damia ponteng kerja. ‘Eh, mana ada ponteng, sudah dekat waktu lunch,’ hatinya berkata.
Tiba-tiba Damia ditegur oleh seseorang dari belakang. ‘Lain macam ajer aku rasa. Tak sanggup rasanya nak pandang belakang.’
Suara itu didengari lagi.
            “Jangan pandang belakang!” Damia sudah boleh agak suara siapa itu.
            “Abang! Macam mana boleh masuk syarikat ni?” soal Damia. Damia memang manja sangat dengan Abangnya, Danish Aniq. Muka Danish yang berseri sejak berkahwin dengan Lidya membuat hati Damia gembira. Muka pucatnya sudah menjadi tatapan biasa di mata Damia. Kepala Damia diusap perlahan oleh Danish.
            “Lupa ke ni syarikat kawan abang. Senang sahaja nak masuk. Jom  pergi lunch. Kak Lidya dah tunggu kat kedai. Dia pergi dulu sebab nak beli barang sikit,”
            “Tak apa ke kalau Mia nak kacau daun? Abang kan masih pengantin baru. Baru sangat... Baru dua minggu,” Damia bergurau dengan Danish. Dia tarik pipi adiknya itu bukan main kuat lagi. Danish malu.
“Sakit tau!” marah Damia.
Muka Danish sudah merah. Memang sah dia tengah malu. ‘Apa kena la aku ni, suka buat orang malu. Tak baik tau. Nanti kena pada diri sendiri, padam muka!’ Damia tersenyum.
            “Tak apa kalau Mia kacau daun. Abang lagi suka. Marilah,” ditariknya tangan Damia. Damia ikut sahaja langkah abang kesayangannya itu. Sampai di lobi syarikat, ada yang menegur Damia.
            “Damia Eryna!” Damia dan Danish menghentikan langkah.
            “Eh, Danish!” jelas muka Haris terkejut.
‘Macam nampak hantu ajer tapi dia boleh cover lagi,’ puji Damia  dalam mengutuk.
Mata Haris memandang Danish yang memegang tangan Damia. ‘Haha muka macam ayam berak kapur ajer,’ Damia menahan gelak.
            “Haris,” Danish bersuara. Dia serba salah sebab dia sudah berjanji dengan adiknya akan merahsiakan perhubungan mereka sebagai adik beradik. Sejak zaman sekolah lagi dia merahsiakan perkara itu.
            “Kau kenal perempuan ni?” soal Haris. Dia rasa tidak puas hati. Apabila tengok Danish memegang tangan Damia. Timbul perasaan cemburu. ‘Baru berpisah, sudah jatuh hati pada perempuan lain. Kau memang playboy la, Haris,’ ada suara lain dalam diri Haris. Dia berasa geram.
            “Ini Isteri aku nombor dua,” kata Danish tanpa berdalih. Damia hanya ketawa sahaja dalam hati.
            “Your wife?!” terkejut betul Haris dibuatnya. Hancur hatinya bila mendengar kata-kata Danish.
            “Lidya tahu ke pasal ni?” soalnya lagi.
            “Tak. Okeylah kami nak pergi makan,” lepas Danish habis bercakap. Dia menarik tangan Damia ke tempat letak kereta.
            “Baguslah sangat idea abang tu,”
            “Biasa la. Zaman muda-muda dulu selalu buat macam ni,”
            “Sekarang?” soal Damia sekadar menduga.
            “Sekarang? Abang hanya ada kak Lidya sahaja. Jom. Nanti kak Lidya tunggu lama. Kesian pula,”
            “Sayang sangat la kat bini dia,” ejek Damia.
            “Mesti la sayang,” kata Danish sambil memandu ke destinasinya. Dia terlalu rindu pada Lidya. Mengajak Lidya lunch bersama adalah perkara paling sukar untuk gadis itu bersetuju. Nampak sahaja wajahnya lembut tetapi mempunyai sekeping hatinya keras dan degil.
            Akhirnya mereka berdua sampai di restoran. Lidya melambaikan tangannya. Damia bergerak ke arah Lidya manakala Danish bergerak ke tandas.
            “Akak apa khabar? 5 hari tak jumpa, rindu rasanya,” Damia bermanja.
            “Akak sihat. Alhamdulillah. Akak pun rindu pada Mia. Al-maklumlah, akak tak ada adik-beradik. So, kalau ada Mia, tak la bosan sangat. Ada teman,” jelas Lidya. Damia tersenyum mendengar luahan kakak iparnya itu.
            “Takkan kesunyian akak tu tak terisi dengan kehadiran abang Danish?” Damia bertanya tetapi Lidya terdiam. Kebisuan Lidya membuat Damia tertanya-tanya adakah mereka berdua bergaduh. ‘Baru nikah dua minggu dah gaduh? Ini yang buat aku takut nak kahwin,’ bisik hati Damia.
            “Insya-Allah kehadiran abang Danish akan terisi dalam hati ini,” ada makna yang tersimpan dalam hati Lidya. Memang peristiwa 7 tahun lalu membuat dia mengamuk dan marah pada Danish tetapi perasaan sayang dan cinta tetap ada pada masa yang sama. Fikiran dia bercelaru apabila semua perasaan bercampur-aduk.
            “Kak Lidya OK?” soal Damia apabila melihat Lidya terus sahaja diam selepas melafazkan ayat keramat itu dan seperti memikirkan sesuatu.
            “OK. Kita tunggu abang Danish dan baru makan,” Lidya cuba tersenyum.
            “Baiklah!”
            Mereka berdua berbual. Tiba-tiba Lidya ternampak Danish terlanggar seorang perempuan.
            ‘Mira!’ entah kenapa hatinya cemburu melihat kemesraan Danish dengan perempuan lain.
            “Ops! Sorry!” kata Danish sambil tersenyum.
            “It’s OK,” kata gadis itu.
            “You Mira kan?” Danish bertanya untuk mendapatkan kepastian.
            “Yes. I Mira. Danish. Eh, lama betul I tak jumpa you sejak you kahwin,”
            “Biasalah orang bahagia. Asyik nak berkepit dengan wife,” kata Danish dalam nada bergurau dan ceria. Mira sakit hati mendengarnya. Dia tahu Lidya sedang memandang mereka berdua.
            “Jom, I tengah makan dengan Lidya. Lidya kan kawan you juga,”
            “Eh, tak apalah. Lagi pun I nak cepat. Itu pasal terlanggar you tadi. Sorry..”
            “OK!” Danish berlalu meninggalkan Mira. Mira bertambah sakit hati apabila melihat kedinginan lelaki itu terhadapnya. Cepat-cepat dia berlalu.
            “Sayang nak tahu tak? Tadi abang terlanggar kawan Alya. Namanya Mira. Kenalkan?” Danish mula bercerita tentang apa yang berlaku tadi.
            “Kenal. Mira rupanya,” Lidya acuh tak acuh sahaja. Damia pula sudah merasa kedinginan hubungan mereka. ‘Macam kat kutub utara sahaja. Dingin dan sejuk suasana sekarang ni yang aku rasa.’
 Selepas itu, mereka berdua membisu dan sunyi sahaja. Makan dan makan. Damia sudah naik bosan.
            ‘Apa sudah jadi dengan pasangan ini? 5 hari lepas baru je ternampak aksi ‘panas’ mereka. Takkan panas sekejap je dah turun ‘hujan’. Hujan lebat pula tu. Boleh buat tekanan jiwa dan mental kalau macam ini lama-lama,’desis hati Damia sambil mengeluh. Dia tidak suka suasana begitu.
            Selepas makan, Danish terus menghantar Damia ke tempat kerjanya semula. Kini tinggal mereka berdua. Lidya masih mendiamkan diri. Bercakap dengan Danish pun tidak.

8 comments:

  1. rindu la ngan lidya yg dlu.... Kesian my vampire......rindu la ngan lidya yg dlu.... Kesian my vampire......

    ReplyDelete
  2. tak lama lagi la tu nak jadi lidya yg dulu....hihihi tapi tunggu la hihihi

    ReplyDelete
  3. mestilah jeles...siapa suruh jual mahal sangat...danish tu tang2 suka dia...tak nak juga...ish ish ish

    ReplyDelete
  4. lidya jeles...lidya jgnlh jual mahal sgt!hihi

    ReplyDelete
  5. hihihi siri dua nanti lagi lawak hihihihi tunggu malam ni ria masukkan...lepas habis kelas la hihihi

    ReplyDelete
  6. best..best..
    mmg best cter nie.. x pernah miss bace SV dr versi cerpen ke novel..
    gud jobs Ria.. teruskan lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. thank you ayu...terharu Ria...
    nanti ria masuk siri yg kedua pula hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi