Lidya tersedar apabila azan subuh berkumandang. Dia bangun dan terus mandi wajib lalu menunaikan solat subuh. Hatinya kini tenang. Dia teringat akan perjanjiannya dengan Danish semalam. Kenapa begitu berat hatinya mahu bersetuju dengan perjanjian itu... entahlah.
“Aku nak bincang mengenai perkahwinan kita. Sejujurnya kau mahu aku menceraikan kau kan?” Danish bertanya.
Lidya tidak pasti dia mahu menjawab ya atau tidak. Hati Danish sakit apabila Lidya tidak menjawabnya.
“Biasanya kalau orang diam ni maknanya betullah dan bersetuju. So, aku anggap kau bersetuju. Baiklah aku akan lepaskan kau kalau kau ada orang yang kau suka...kecuali aku...” perlahan sahaja suara Danish.
“Apa maksud kau?”
“Yelah, kalau kau suka aku, tak kan pula aku nak ceraikan kau. Kita still macam ni ajelah,” Lidya terangguk-angguk kepalanya.
“Baiklah,” jawapan Lidya kali ini membuat Danish lemah. Terasa lemah urat-urat sendinya tetapi dia gagahi juga.
“Tapi kau mesti jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri aku.”
“Tanggungjawab seorang isteri banyak,” Kata Lidya.
“Tahu tak apa tapi maksud aku, kau sediakan makan, pakaian dan sewaktu dengannya,”
“Makan pakai jer kan?” Lidya menduga.
“Yelah. Kau tetap tidur kat sini dan aku tidur di sebelah kecuali mama papa dan umi kau datang sini, kau kena tidur kat bilik aku,”
“Macam mana?”
“Aku setuju,”
“Satu lagi aku tak mahu kau keluar dengan mana-mana lelaki pun,”
“Kalau aku tidak keluar dengan mana-mana lelaki macam mana aku nak suka lelaki lain?” Lidya bertanya. ‘Aku minta camtu sebab aku tak nak kau suka mana-mana lelaki kecuali aku,’ desis Danish sekadar dalam hati.
“Suka hati akulah. Lagi pun kau isteri aku. Kau kena jaga maruah aku sebagai suami kau,”
“Aku boleh kerja kan?”
“Boleh tapi kau kena pergi kerja dan balik kerja dengan aku,”
“Kau macam nak kongkong aku ajer?”
“Tak boleh ke?”
“Bosan betul asyik menghadap muka kau aje,” kata-kata Lidya betul-betul membuat hati Danish terasa tetapi berbeza pula hati Lidya. Dia sengaja berkata begitu. Ingin menduga Danish tetapi wajah lelaki itu tetap selamba seperti tiada perasaan sahaja.
“Kau setuju dengan semua perjanjian tidak bertulis ini?”
“Tidak bertulis?”
“Yelah, kalau bertulis itu, dah macam kahwin kontrak pula. Aku tak mahu macam tu. Aku nak perkahwinan ini atas kerelaan masing-masing dan bukan terikat. Walaupun kita ada perjanjian tapi itu tak bermaksud kita akan berpisah selepas ini. Selagi aku tak mampu nak lepaskan kau, kau tetap akan jadi isteri aku....” jelas Danish yang nada suaranya tidak stabil. Kejap tinggi kejap rendah.
“Kahwin Kontrak? Betul gak. Aku dengar kahwin kontrak ni tak elok. Kalau nak diterangkan aku sendiri tidak pasti.”
“So, kau setuju?”
“Aku nak tanya sesuatu.”
“Apa dia?”
“Kau tak kisah aku cakap kasar dengan kau?”
“Tak. Kenapa tanya?”
“Aku pernah terbaca sesuatu.....Wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya, di akhirat kelak wanita tersebut, Allah SWT akan membuatkan mulutnya selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.... azab tu. Betul kau tak simpan dalam hati ni?”
“Adalah sikit...” gurau Danish.
“Kau...”
“Aku gurau sahaja,”
“Nampak ni?” lagi sekali Lidya menayang penumbuknya yang besar bola tennis itu. Danish tergelak.
“Alya, kau jangan asyik fikirkan dosa yang kau buat pada suami kau. Kau patut fikir pahala yang akan kau dapat kalau buat baik dengan suami,” Danish tersenyum lebar.
“Contoh?! Buat baik apa?”
“Aku ada terbaca yang menyatakan jika wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya akan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya...” panjang Danish berkata. Lagaknya sudah seperti ustaz.
Terpana Lidya. Betapa bertuahnya isteri itu jika taat kepada suami.
“Betul ke ni?”
“Betul! Cuba kau bayangkan ikan.... ikan bilis yang kita makan... berjuta-juta kot dalam laut. Tak kan habis dan berkurang. Kalau dia beristighfar untuk kau, banyak pahala yang kau dapat,” nasihat Danish.
“Wah! Motif kau cakap ni nak aku taat pada kau ye?” Lidya menduga.
“Kalau kau taat, kau dapat pahala. Aku tak dapat apa-apa pun,” kata Danish sambil melihat ke tempat lain.
“So, kau setuju tak?”
“Biarlah aku fikirkan dulu.”
Pecah ingatannya mengenai peristiwa semalam apabila telefonnya berbunyi dengan ringtone ‘Bisikan Nurani’ nyayian kumpulan In-Team. Segera dia menjawabnya. ‘Ish tak sangka aku seorang yang sukakan lagu nasyid. Tapi tak kisah la,’ segera dia menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam Salina.”
“Lidya apa khabar? Saya dengar awak masuk hospital. Dah OK ke?”
“Saya Ok,”
“Jom jumpa,”
“Tak marah ke buah hati?”
“Tak tanya lagi hihihi,” ada nada ceria.
“Kalau jadi mesej aje saya.”
Mereka tamatkan panggilan. Lidya bersiap dan keluar dari biliknya. Dia mencari kelibat Danish. Mungkin masih dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Diketuk perlahan pintu bilik Danish. Tetapi tiada jawapan.
Lidya membuka pintu itu.
“Buk!” kedengaran bunyi yang agak perlahan. Tiada bunyi sesiapa yang mengaduh. Lidya melihat Danish mengosok-gosok kepalanya perlahan. Dia bagaikan tidak berdaya.
“Kau sihat tak Danish?” berdebar kencang jantungnya. Memang dia bencikan Danish tetapi lelaki ini masih suaminya dan dia masih terasa senang dengan kehadiran Danish. Membenci Danish? Tidak! Dia cuma ego. Dia ego. Dia tidak akan sesekali mengakui perasaan sayang dan cintanya kepada Danish.
“Aku Ok!” perlahan sahaja suara Danish tetapi perasaan bimbang mula menapak dalam hati Lidya. Dia meraba-raba dahi Danish. Panas!
“Kau demam ni, Danish!” Lidya berkata. Dahinya sudah berkerut.
“Aku tak apa-apa,” dia masih memejamkan matanya.
“Kalau betul kau tak apa-apa, Cuma kau bangun. Aku nak tengok,” naik geram Lidya dibuatnya. ‘Kena uji budak degil ni.’
“Aku boleh bangun sendiri,” Danish cuba bangun sendiri perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Seberat masalah yang perlu dipikulnya. Masalah dia dengan Lidya. Dia jadi tidak seimbang dan rebah. Sengaja Lidya membiarkan Danish rebah.
‘Khas untuk orang degil!’ amuk Lidya dalam hati.
“Kan aku kata yang kau tu tak sihat. Meh aku pimpin kau ke katil,”
“Tak payah!” prihatin Lidya membuat hatinya lagi sukar untuk melepaskan Lidya pergi. Biar dia sendiri yang merana. Lidya tidak akan faham. Lidya akan meninggalkan dia suatu hari nanti. Danish tidak sanggup menghadapinya.
Danish menolak Lidya. Lidya sedikit ke belakang.
“Kau jangan degil boleh tak?” Lidya sudah hilang sabar. Danish terdiam. Dia membiarkan tubuhnya terbaring di situ.
“Kalau kau nak sangat tolong aku. Bawa aku ke bilik air. Aku nak ambil air sembahyang,” arahnya.
“Aku tak kisah. Boleh aje,” kata Lidya. Dia memimpin Danish.
“Berat la kau,” Lidya membebel.
“Nak tolong aku tapi banyak cakap pula,” amuk Danish.
“Yelah Bos!” lemah sahaja suara Lidya. Danish kini di bilik air.
“Ambilkan aku tuala,” arah Danish. Lidya menghulurkan tuala.
“Yang kau tunggu sini kenapa? Nak mandi dengan aku ke?”
“Apa salahnya...” berani Lidya menjawabnya.
“Mehlah sini!” sebenarnya Danish ingin ketawa melihat wajah Lidya. Berani tetapi penakut hakikatnya. Terhibur sedikit hatinya.
Hampir sahaja Danish mencapai tangan Lidya tetapi Lidya pantas mengelak. “Aku gurau aje!” Kata Lidya sambil berlari keluar dari bilik air tersebut.
Lidya tidak pasti kenapa dia menjawab seperti itu. Tetapi ada perasaan bahagia ketika dia bergurau dengan Danish. Bagai kekosongan hatinya terisi. Inikah yang dinamakan cinta?
Danish membuka pintu bilik air. Perlahan sahaja dia berjalan keluar. Masih lemah. Hampir sahaja tubuhnya rebah.
“Jangan sentuh aku! Aku ada air sembahyang ni. Kang terbatal pula,” jerit Danish.
‘Nasib baik brek aku makan, kalau tak, aku dah sentuh dia dah,’ Lidya tersenyum kelat.
“Ok!” dari jauh Lidya melihat Danish sembahyang duduk. Tenang sahaja hatinya. ‘Dulu zaman sekolah, tiada ketenangan tiap kali aku melihat wajahnya.’ Dia betul-betul sudah banyak berubah.
Usai solat subuh. Danish teringat sesuatu.
Allah berfirman (Surah lah-Rum : 21), yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Danish memandang Lidya yang jelas sedang termenung. Memang perempuan itu mampu mententeramkan dirinya. Wajahnya yang lembut itu betul-betul memikat hatinya. ‘Alya, kenapa kita tidak boleh bahagia seperti awal perkahwinan kita? Sungguh aku rindukan gurau sendamu. Aku rindu panggilan manjamu. Alya, sesungguhnya hati ini telah tertulis namamu seorang. Janganlah mendera perasaanku yang hanya untuk dirimu. Ya Allah, Kau kuatkan hatiku ini menghadapi segala dugaan. Amin..’ hatinya berbisik panjang.
Perlahan-lahan Danish berdiri. Terasa kebas kakinya kerana duduk terlalu lama. Lidya memandangnya dengan pandangan yang Danish sendiri tidak dapat tafsirkan.
Danish baringkan tubuhnya atas katil. Matanya terasa berat dan mengantuk. Semalaman dia berfikir apa yang perlu dia lakukan. Dia betul-betul letih.
“Kau ada apa-apa yang nak makan pagi ni?”
“Aku tak lapar...” Danish berkata sambil pejamkan matanya.
“Kau kena makan dan telan ubat. Nanti aku risaukan kau. Aku nak keluar nanti,”
“Keluar nak pergi mana?” terkejut Danish mendengarnya. Terus matanya terbuka. Dia merenung tajam ke arah Lidya. Fikirannya sudah muncul bayangan Zafri.
Belum sempat Lidya berkata, Danish sudah mengamuk.
“Aku demam-demam ni kau nak keluar? Tak payah. Aku tak izinkan. Kau teman aku kat rumah,” marah Danish.
“Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Aku nak keluar juga,” Lidya berkeras. Dia teringin mahu berjumpa dengan sahabatnya itu.
“Kau tahu apa hukumnya keluar rumah tanpa izin suami? Hukumnya berdosa dan di akhirat nanti wanita itu akan diikat dengan kaki dan tangannya,” kata Danish. Lidya terpana.
“Kau ni, sejak semalam lagi berlagak macam ustaz.”
“Suka hati akulah. Aku nak ingatkan kau ajer.”
Belum sempat Lidya membalas kata-kata Danish, telefon bimbitnya berbunyi. Rupanya Salina yang mesej menyatakan dia tidak dapat jumpa sebab suaminya ajak dirinya makan berdua.
‘Alahai, romantik la Erwan. Cemburunya...,’ desis hati Lidya. Dia terasa sakit hati pada Danish. Orang buat baik pun mahu mengamuk.
“Yelah! Aku tak keluar,” jawab Lidya. ‘Padahal temujanji aku bersama Salina sudah dibatalkan. Mesti Danish ingat aku takut sangat dengan dia. Sorry la....tak adanya aku nak takut pada kau. Allah lagi maha berkuasa!’ gertak Lidya yang sekadar di dalam hati. ‘Tapi Danish tu suami kau. Dia menjadi perkara kedua yang penting dan barulah ibu bapa kau...’ dahi Lidya berkerut. ‘Dari mana suara ni datang?’
“Kau marah aku ke?” Danish bimbang Lidya tidak suka dengan cara dia tadi.
“Tak ada apa-apa. Aku masak untuk kau. Jahat-jahat aku pun aku hormat kau sebagai suami aku,” kata Lidya. Dia tersenyum bangga.
“Baguslah. Nanti aku sayang kau sampai mati, baru kau tahu,” balas Danish.
“Apa mati-mati ni?” tiba-tiba Lidya terasa cemas.
“Dah aku sayang kau. Kalau kau dah suka pada lelaki lain, baik aku mati saja,” jelas Danish. Lidya terpana mendengarnya.
“Sudahlah! Kau mulalah mahu mengarut. Aku pergi masak sarapan untuk kau,” Segera Lidya meninggalkan Danish. Nasi goreng ayam semalam masih ada di atas meja ruang tamu. Danish tidak menyentuhnya lagi selepas dia habis menyuapnya semalam. Hanya tiga kali suap sahaja. Patutlah Danish lemah semacam.
Selepas Lidya siap masak, dia membawa makanan tersebut ke bilik Danish.
“Kau masak apa?” mata Danish dibuka perlahan-lahan apabila perasan kehadiran Lidya di sisinya.
“Aku masak bubur ayam sahaja.”
“Bubur? Aku tak lalu makan la,”
“So, what you want to eat?” Lidya berasa geram sehingga dia bercakap dalam bahasa Inggeris. ‘Kita dah masakkan pun, kira bersyukur tahu tak?’ amuk Lidya sekadar dalam hati. Tidak sanggup dia mahu berkasar dengan keadaan Danish yang tidak sihat.
“I want to eat you now!” serius suara Danish.
“What?! Jangan banyak songgeh! Makan bubur ini dan telan ubat. Tolong jangan nak degil!” marah Lidya tanpa belok-belok. Danish terkejut dengan suara Lidya segera makan dan telan ubat.
Selepas itu, Danish tarik selimut dan tidur. Lidya terkejut. ‘Macam tu la baru kita sayang...’ bisik Lidya dan segera keluar daripada bilik tersebut.
Tidur Danish terganggu dengan bunyi telefon bimbitnya yang menjerit supaya dijawab. Teraba-raba Danish mencarinya dengan mata masih terpejam. Kepalanya terasa pening.
“Assalamualaikum,” ada suara seorang perempuan.
“Mama!” terkejut Danish dan terus membuka matanya. Berkali-kali dia menelan air liurnya yang terasa kelat. Sakit kepalanya semakin menjadi-jadi tetapi ditahannya.
“Jawablah salam mama dulu. Kamu ni, Danish.”
“Wa’alaikumussalam. Mama apa khabar?” tersekat-sekat suara Danish.
“Mama sihat. Malam ni mama dan papa nak datang rumah Danish. Rindu pula mama pada menantu mama yang cantik tu. Makan malam kat sana. Boleh rasa masakan menantu mama tu,” jelas kedengaran suara Datin Erni yang ceria.
“Malam ni?”
“Ya. Mama rasa nak makan spagetti. Lidya mesti pandai masak spagetti kan? Mama tak sabar nak datang rumah kamu, Danish.”
Danish tersenyum walaupun senyuman itu Datin Erni tidak nampak.
“Baiklah Mama.” Talian ditamatkan. Dahi Danish sudah berpeluh. Lidya masuk ke bilik Danish untuk melihat keadaan suaminya itu.
“Kau kenapa ni? Termenung nampak?”
“Mama nak datang makan malam di sini,” kata Danish tanpa berselindung. Lidya terkejut.
“Mama nak makan spagetti. Kau pandai masak ke?” soal Danish.
“Tidak!”
“Habislah. Aku nak masak tapi aku ni tak larat.”
“Bahan-bahan pun tak ada. Tak apa, aku minta tolong Zafri sahaja,” cadang Lidya.
“Jangan nak mengada-ngada minta tolong dia. Aku tak suka. Aku boleh pergi beli!” agak serius suara Danish. Dia bangun perlahan dan ingin menunaikan solat zohor terlebih dahulu.
Usai sahaja, dia melipat sejadah.
“Kau nak ikut tak?” soal Danish sambil membuka perlahan bajunya. Mungkin sudah berbau. Dia mengeluarkan baju yang berwarna merah dan ada sedikit line hitam.
Lidya berpaling apabila melihat Danish menanggalkan bajunya. Hatinya berdegup kencang. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah pintu.
“Kau nak ke mana? Jawab dulu apa yang aku tanya....”
Pergerakan Lidya terhenti apabila ditegur begitu oleh Danish. Dia melihat Danish. Lelaki itu masih tidak berbaju.
Sempat Danish berfikiran nakal. Dia menghampiri Lidya dan menghulurkan bajunya. Lidya mengaru-garu kepalanya. Dia tidak faham apa yang Danish mahukan.
“Apa?” soalnya.
“Pakaikan aku baju ni?”
“Kau ingat kau ni kanak-kanak rebina ke?”
“Suka hati ke aku la.”
“Ini arahan atau gurauan?”
“Arahan!” tegas suara Danish.
“Melampau la kau ni. Baju pun nak aku pakaikan. Mengada-ngada,” Lidya membebel.
“Atau kau nak aku suruh kau buat apa? Lebih dari ni ke?” sengaja Danish menduga Lidya. Jelas wajah Lidya sudah kemerahan.
“Maksud kau?”
“Pakaikan aku seluar!” kata Danish. Lidya mengurut dadanya. Dia berasa lega. ‘Ingatkan suruh yang atas katil tu. Lega sungguh!’
“Pakaikan baju, cukuplah,” bebel Lidya.
Segera Lidya memakaikan Danish baju itu. Danish persiskan kanak-kanak yang mengharap kasih sayang dan perhatian ibunya.
“Aku nak ikut. Tunggu aku jap!” kata Lidya lalu berlari ke biliknya untuk memakai tudung selepas selesai memakaikan baju tersebut.
Danish tersenyum. Demamnya bagaikan hilang dengan layanan Lidya seperti itu. Sungguh mendamaikan perasaan ini.
“Alya....”
Danish menunggu Lidya di dalam kereta miliknya. Jam menunjukkan pukul 3.25 petang.
“Kenapa lambat bersiap?”
“Aku solat zohor jap,” jelas Lidya.
Mereka pun bergerak ke kedai runcit berhampiran. Rasanya ada jual bahan-bahan membuat spagetti. Lidya hanya mengikut Danish sahaja. Al-maklumlah dia tidak arif dalam masakan barat ini.
“Cukup ke?” Lidya bertanya seperti orang bodoh.
“Cukup!” kata Danish tetapi badannya tidak seimbang. Pening. Cepat-cepat Lidya memegang lengan Danish.
“Kau pening ni...”
“Tak apa. Aku kuat lagi. Terima kasih!” ucap Danish. Dia pergi membawa barang-barang keperluan tu ke belakang kereta lalu masuk ke dalam kereta.
“Biar aku pandu kereta ni?” Lidya tawarkan diri. Lama Danish merenung isterinya. Kepalanya bertambah sakit. ‘Cakap lembut-lembut tak boleh ke?’ hatinya berbisik.
“Aku hanya bagi seorang sahaja dalam dunia ini yang boleh pandu kereta aku,” kata Danish.
“Siapa?” hati Lidya berebar menanti jawapan yang keluar daripada mulut Danish.
“Isteri aku!” kata Danish sambil bangun dan keluar dari tempat duduk memandu. Lidya terpana.
“Aku ke?”
“Kau la. Kau kan isteri aku. Tak nak keluar ke? Kau nak aku pengsan kat luar ni?” marah Danish sambil membuka pintu kereta. Dia betul-betul sakit kepala.
Segera Lidya keluar dan dia memandu dengan penuh berhati-hati. Kereta kesayangan suami katakan. Akhirnya mereka sampai di rumah juga. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30petang. Danish betul-betul bimbang dengan kehadiran ibu bapanya.
“Kau pergi kemas sikit bilik kita dan bilik kau kunci dari dalam. Jangan risau. Aku ada kunci pendua. Kau pergi sekarang. Biar aku yang masak,” arah Danish. Muka Danish betul-betul pucat. Lidya betul-betul rasa kasihan pada Danish.
Lidya cepat-cepat naik ke biliknya dan mengambil apa yang patut lalu ke bilik Danish. Tiada apa yang patut dikemas kerana Danish memang seorang pengemas.
Tiba-tiba bunyi kuat kedengaran yang datang dari arah dapur. Lidya terkejut.
“Danish!” segera Lidya berlari ke dapur apabila teringat suaminya itu. Terpana Lidya melihat Danish terbaring lemah atas lantai dapur.
“Danish, kau okay tak ni?” Lidya memangku kepala Danish di atas pahanya.
“Aku OK. Aku kena cepat masak ni. Aku tak nak mama pandang rendah pada kau. Walaupun aku yang masakkan bagi pihak kau. Aku tak kisah,” tiba-tiba Lidya rasa terharu. Dia bangun dan mengambil tilam nipis dan bantal. Danish terasa pelik dengan tindakan Lidya.
“Kau buat apa ni?” Danish bertanya.
“Kau baring sahaja kat sini. Aku yang masak,” Lidya sudah mengambil apron memasak.
“Kau mana reti masak?”
“Aku tahu la kau demam. Takkan ni pun tak dapat nak fikir. Aku masak dan kau beri arahan sahaja. Boleh tak big bos?” soal Lidya geram.
“Boleh! Tapi tak perlulah aku terbaring kat dapur ni. Macam dah nazak sahaja lagaknya. Kau tolong. Aku nak duduk kat kerusi tu,” amuk Danish.
‘Memang kau nazak pun. Kalau tak kau tak rebah tadi. Degil!’ Lidya pun mengamuk juga tapi sekadar dalam hati sebab muka Danish memang kasihan sangat.
“Yelah!” dengan tenaga yang ada Danish cuba berdiri dan Lidya memimpinnya ke kerusi. Selepas itu mulalah sesi perbalahan antara Lidya dan Danish.
“Tadi kau suruh masuk setengah tin sahaja tomato puri ni,” amuk Lidya.
“Mana ada! Kau tu yang tak dengar apa yang aku cakap,”
“Yelah aku tak dengar. Dah kau tu cakap macam duduk dalam dewan periksa je. Berbisik-bisik. Mana aku nak dengar,” amuk Lidya sambil mengacau sos spaggeti yang dibuatnya.
“Yeke?” Danish berasa bersalah tapi tidak lama. “Aku kan demam. Mana boleh cakap kuat-kuat,” Danish membela dirinya.
“Kalau mengamuk, boleh pula cakap kuat-kuat,” perli Lidya.
“Jangan banyak cakap. Sudah hampir masak tu, kau masuk la sayur apa yang kau suka,” kata Danish. Dia sebenarnya gembira dapat bersama-sama Lidya. Hari isnin depan mereka berdua akan berkerja semula. Mungkin masa bersama tidak dapat lagi seperti ini.
“Sayur kailan boleh tak?” soal Lidya selamba.
Danish tersenyum manis. Dia bangun perlahan-lahan dan merapati Lidya yang mengeluarkan sayur kailan dari peti ais. Kepala Lidya disekehnya.
“Aduh! Sekeh kepala aku ada tenaga ye?”
“Memang ada untuk orang pelik,”
“Cakap baik-baik sikit!” amuk Lidya.
“Kau ni tak pernah makan spaggeti ke?”
“Pernah tapi yang pizzahut sahaja la,”
“Ada ke dia masukkan sayur kailan?” soal Danish. Lidya menggelengkan kepala. “Pandai pun. So, jangan jadi pandai sangat,” perli Danish.
“Ala, aku suka makan kailan,”
“Alya, ini kan masakan Italian. Kat Italian tu mana ada kailan sayang,” Danish sudah cukup geram.
“So, kita masukkan sayur cendawan butang, boleh tak?”
“Itu semestinya boleh,” Danish mengacau sos spaggeti itu. Baunya sungguh enak. Mudah sahaja hendak memasaknya. Semuanya sudah siap.
“Aku nak pergi mandi dan solat asar sekejap,” kata Lidya apabila dapur sudah siap dibersihkan.
“Kau cakap pada aku macam nak ajak aku sekali pergi mandi je,” selamba Danish berkata.
“Mana ada! Malas layan kau,” Lidya berlalu ke biliknya tetapi pintunya berkunci.
“Kenapa?” Danish bertanya. Kepalanya tidak pening lagi selepas telan ubat tadi.
“Pintu berkunci la. Tadi kau suruh aku kuncikan,” jelas Lidya.
“Maknanya, dia nak kau mandi dengan aku la tu,” nada bergurau Danish.
“Banyak la kau. Sudah aku pinjam bilik air bilik lain sahaja,” Lidya ingin berlalu tetapi tangannya disambar.
“Mandi sahaja di bilik aku. Aku takkan usik kau. Aku janji!” serius suara Danish. ‘Bukankah dia mengusik aku tadi dan kini serius pula. Mamat ni memang susah diramal,’ desis hati Lidya lalu menuju ke bilik air dalam bilik Danish.
dah macam ustaz pula danish...
ReplyDeletemungkin untuk memiliki Lidya secara halus...
pandai gak dia tarik perhatian lidya...
bagus2...sambung lagi la...
sengal aje dorang ni...kak,writer post cpt skit tau! :D
ReplyDeleteustaz ke??hihihih
ReplyDeletehmmm apa yang senggal....?
itu ajer yang idea ada....kebetulan makan spagetti masa tu hihihi tunggu sambungnya nanti...
CITERNI XD DLM VERSI NOVEL KER???? KALO ADA NK BLI SBB BEST LA CITER NI
ReplyDeleteciter nie besss sangat.....=)
ReplyDeleteNur nadiah.....dalam proses.....ria tengah usahakan untuk siapkan jadi novel....mungkin ria akan masukkan separuh sahaja jalanciternya dalam blog ni.... so nantikan sahaja
ReplyDeletefatey....thank...tunggu ajer next episod...