Huzaiman menyikat rambutnya sebelum tidur. Entah mengapa dia berasa puas dapat mematahkan semua kata-kata Natasha di kedai mamak tadi.
“Amman
dan Ammar akan setia dengan aku.” kata Huzaiman dengan megahnya.
“Mereka
berdua pun ada kehidupan. Takkan nak berkepit dengan kau aje.” Natasha
benar-benar tidak berpuas hati. Wajah gadis itu sedikit kemerahan. Mungkin marah.
“Biarlah.
Mereka dilahirkan untuk melindungi dan menjaga serta menurut segala perintah
aku.” sombong sekala Huzaiman.
Amman
dan Ammar hanya menundukkan kepala sahaja. ‘Over pula bos aku ni. Padahal selama
aku jadi pembantunya taklah macam ni. Baik ajer bos layan aku.’ Amman berkata
dalam hatinya.
“Tuhan
marah orang yang sombong macam kau.” Natasha cuba memangkah kata-kata Huzaiman.
Lelaki
itu hanya mampu tersenyum.
“Tuhan
lebih tahu isi hati aku macam mana. Sombong atau tidak.” Huzaiman tidak kisah
dikatakan begitu. Dia sudah biasa.
“Ala,
manusia ni rambut sahaja sama hitam tapi hati kita tak tahu kan?” Natasha
memandang Amman dan Ammar tetapi si kembar itu tidak pula memandangnya. Geramnya!
“Betullah.
Macam mana dengan rambut cik Natasha? Warna hitam juga ke?” soal Huzaiman. Memandangkan
Natasha memakai tudung, dia tidak tahulah warna rambut gadis itu.
Kerana
terlalu geram, Natasha bangun ingin meninggalkan meja tersebut.
“Amman,
halang dia dari pergi.” Arah Huzaiman.
“Baik
bos.” Amman menghalang langkah Natasha. Natasha mendongak memandang Amman.
“Abang
Amman....” Geram Natasha.
Amman
hanya mengangkat bahu sahaja. Dia hanya mengikut arahan.
“Duduk.
Makan dulu. Amman dan Ammar. Kamu berdua pun duduk. Kita makan sama-sama.” Ajak
Huzaiman dengan tegasnya.
‘Makan
kat kedai mamak? Biar betul bos aku ni. Tak pernah-pernah seumur hidup ini aku
melihat dia makan kat sini.’ Ammar pun melabuhkan punggungnya. Matanya
terkebil-kebil memandang Huzaiman.
“Ammar,
saya tahu yang saya ni terlalu pelik berpakaian macam ni tapi jangan pandang
saya macam tu.” Kata-kata Huzaiman membuat Ammar mengalihkan pandangannya
kepada Amman yang tersenyum manakala Natasha yang sudah membuat muncung yang
panjang.
‘Ada
orang kena paksa makan. Nasiblah!’ kata Ammar apabila melihat muncung Natasha.
Akhirnya
Huzaiman sekadar minum air 100Plus tin sahaja. Dari situ Amman dan Ammar tahu
yang Huzaiman memang tidak sesuai makan di kedai mamak.
‘Kalau
dah memang tak biasa makan kat kedai macam ni, memang takkan biasa.’ Ammar
mengeluh.
Huzaiman
tersenyum.
“Tengoklah
esok. Si Sha tu datang lambat atau cepat.” Huzaiman tidak sabar menanti esok.
*****
Natasha berpakaian serba
hitam. Dia berasa bersyukur yang dia tidak lewat ke pejabat hari ini. dia dapat
pulang kerja dengan hati yang senang.
Malam ini dia ada perjumpaan dengan seseorang yang penting.
Natasha
berjalan sendirian malam itu, dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum masuk
ke dalam sebuah kereta berwarna hitam. Dia duduk dengan tertibnya.
“Bos...”
tegur Natasha.
“Macam
mana? Naz dah dapatkan data yang kita perlukan tu?” soal lelaki misteri itu.
“Sudah
bos!” Penuh yakin Natasha menjawabnya.
“Mana
data tu?” dahi lelaki tersebut berkerut sedikit.
“Data
tu dalam Pendrive saya bos.....” kata Natasha sambil menundukkan wajahnya.
“So,
mana pendrive tu.....” lelaki itu cuba bersabar.
“Sebenarnya
pendrive tu dah masuk virus, bos. Saya kena beli pendrive baru.” Jujur Natasha.
Wajahnya serius.
Lelaki
itu mengeluh.
“Kau
ni, asyik panggil aku bos aje. Aku kan dah bagitau kau, panggil aje aku PK.”
Kata lelaki itu. Dia tidak jadi marah melihat wajah gadis yang cantik itu.
“PK?
Tak boleh bos. Nanti saya tak dapat nak berfikir.” Gurau Natasha.
“Naz...”
PK memanggil Natasha dengan nada yang geram.
“Baik
PK. Ada apa-apa lagi yang saya perlu lakukan supaya dendam saya terbalas.” Soal
Natasha.
Natasha
memandang lelaki yang digelarnya PK. Lelaki itu banyak membantunya.
Sejak
Iskandar dan Shahrin meninggal dunia akibat kebakaran di rumah mereka, hidup
Natasha sentiasa tidak tenang. Ayah dan emaknya adalah insan paling Natasha
sayangi.
Natasha
membuat kesimpulan sendiri. Kematian ayah dan emaknya adalah kesalahan mereka
sekeluarga.
Shahrin,
emak Natasha merupakan adik bongsu dalam keluarga yang kaya. Datin Ismah iaitu
mama Huzaiman pula ialah kakak kepada Shahrin. Shahrin meninggalkan keluarganya
demi kehidupan bersama Iskandar. Dia tidak kisah hidup susah asalkan dia
bahagia disamping lelaki yang dia cintai.
Semasa
kematian ayah dan emak Natasha, keluarga Huzaiman sikit pun tidak simpati
dengan apa yang berlaku. Ketika itu, seorang gadis sudi menghulurkan bantuan. Dia
tidak akan lupa wajah gadis yang seksi itu. Walaupun seksi tetapi dia seorang
yang baik. Entahlah.
Selepas
beberapa hari, Natasha didatangi oleh seseorang yang mengelarkan dirinya PK. Jika
tidak berjumpa dengan PK, dia tidak akan tahu yang dirinya mempunyai hubungan
darah dengan keluarga Huzaiman. Ya! Dia tidak akan tahu jika PK tidak
memberitahunya.
Sejak
itu, Natasha menyimpan dendam terhadap keluarga kaya itu. Dendam yang tidak
akan padam selagi mereka tidak merasai apa yang telah Natasha lalui.
“Naz!
Naz!” panggil PK. “Berangan tak ajak saya.” Gurau PK.
Natasha
tersenyum. Lelaki dihadapannya hampir sebaya ayahnya tetapi wajah lelaki ini
cukup kacak. Masih nampak muda. Dia senang berkawan rapat dengan PK. Lelaki ini
tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya, malah banyak membantu dirinya.
“Tak
ada apa-apa. Saya pergi dulu. Pasal pendrive tu, saya akan beli secepat
mungkin. Okey bos?” Natasha meminta kepastian.
“Okey!”
PK tersenyum.
Natasha
pun membuka pintu kereta dan berlalu pergi.
“Tuan!”
kata pemandu PK.
“Biarlah
dulu. Perempuan tu tak dapat lagi data yang kita nak tu. Apa-apa pun aku nak
kau selalu perhatikan perempuan tu. Aku tak nak dia lepas.” PK berkata dalam
bentuk arahan.
“Baik
tuan!” balas pemandunya.
PK
tersenyum. Rancangannya berjalan seperti apa yang dirancang dari awal.
*****
Natasha memerhatikan
sekelilingnya. ‘Macam kenal aje’.
“Autie!”
tegur Natasha.
“Eh,
Sha. Dari mana ni? Meh datang rumah Autie.” Ajak Datin Ismah.
“Tak
apa Autie, lain kali. Banyak benda nak buat lagi ni.” Kata Natasha pula.
“Autie
teringin nak memperkenalkan kamu dengan anak autie. Mesti dia gembira yang dia
mempunyai sepupu perempuan yang cantik.” Kata Datin Ismah sambil menarik lembut
pipi Natasha. Geram benar melihat pipi Natasha.
“Lain
kali ye auntie. Saya pergi dulu.” Kata Natasha meminta diri. Dia bersalaman
dengan Datin Ismah sebelu dia berlalu pergi.
isyy333...sape la PK ni,penjahat manusia betul,sian kt Sha n Huzaiman...hihihi tp ok gak...
ReplyDeletePk...ni siapa??hanya bab terakhir aje akan tejawab persoalan itu...awal2 ni PK low profile sikit hihihihihi
Deletewah mmg misteri la Ria..
ReplyDeletePK?? ape plak dendam dia dgn keluarga Huzaiman..
kene pk lebih nie.. kikiki ;)
dendam natasha dah terjawab tapi timbul pula persoalan lain...siapa PK...dia nak apa?apa masalah dia sebenarnya yer??hmmmmmm thank kak selalu komen...
DeleteMcm mnalah reaksi Huzaiman kalau dia dpt tau yg Natasha tu cousin dia.
ReplyDeletemesti terkejut habis punya...sedap aje buli cousin dia sendiri hihihiih
DeleteSo Huzaiman mesti tak tau yang Natasya tu sepupu dia...
ReplyDeletebetul tak sis???
Siapa PK ni sebenarnya???
yup...dia masih tak tahu lagi sebab mama dia rahsiakan dulu...tak tahulah macam mana mereka berjumpa...hmmmm Siapakah PK???ish ish ish
DeleteWaa...ada konflik...
ReplyDeletewaaaa...kak ria..besttt..wlupn dh lmbt sy bce..huhu..
ReplyDelete