Followers

Wednesday, 23 May 2012

14
Komen

Hati Suamiku GK 3

Salam........untuk pengetahuan semua tajuk SUAMIKU GILA KUASA kini bertukar HATI SUAMIKU GK.... HARAP maklum....maaf di atas penukaran ini....



Huzaiman teringat sesuatu. Fikirannya ligat memikirkannya. ‘Siapa gadis tu? Macam pernah tengok sebelum ni? Tapi di mana ya?’ dahinya sudah berkerut.
       Huzaiman menekan interkom.
       “Amman masuk sekejap...” Arah Huzaiman.
       “Ya, boss. Ada apa?” Amman bertanya.
       “Natasah sekolah mana dulu?” soal Huzaiman. Amman tersentak. Dia dalam dilema. Mahu merahsiakan atau memberitahu hal sebenar. Dia teringatkan Dato Ismail.
       “Aku ambil kau berdua ini supaya dapat menjaga anak aku. Aku bagi kau pelajaran, pendidikan, makanan dan tempat tinggal. Kau mesti melindungi dia. Selagi Huzaiman tak berkahwin, korang berdua pun tidak boleh berkahwin. Tugas korang berdua mulai hari ini sentiasa bersama Huzaiman dan tiada rahsia antara korang. Segala perkara perlu dilaporkan pada Huzaiman.”Arahan Dato Ismail.
       Dato Ismail mengambil Amman dan Ammar sebagai anak angkat di rumah anak-anak yatim ketika mereka berusia 12 tahun. Tujuan Dato Ismail begitu jelas ketika dia nampak perangai anaknya yang gila kuasa dan semestinya ada ramai yang akan cemburu dengan kelebihan itu. Maka dia perlu sediakan payung sebelum hujan.
       “Kami akan dapat semua itu jika kami menjaga anak tuan?” Soal Amman. Ketika itu, ibu dan ayahnya sudah meninggal dunia. Mereka berdua baru seminggu berada di rumah anak-anak yatim tersebut.
       “Ya. Korang akan dapat kelebihan dan balasannya korang kena menjaga anak aku walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.” Tegas kata-kata Dato Ismail. Pandangan lelaki itu amat tajam bagaikan Huzaiman yang sekarang.
       Sebelum Dato Ismail memperkenalkan Amman dan Ammar kepada anaknya, Huzaiman, mereka berdua dikehendaki mengambil kelas mempertahankan diri. Pandai dalam masa sebulan. Itu penting bagi Dato Ismail. Dia tahu yang suatu hari nanti, musuh ketatnya akan mencari jalan untuk memusnahkan keluarganya.
       “Abang, betul ke tindakan kita?” Ammar bertanya apabila mereka diberi masa untuk berfikir mengenai tawaran yang diberikan oleh Dato Ismail.
       “Abang tak pasti tapi ini sahaja peluang kita. Kita tak ada siapa-siapa. Matlamat hidup kita pun tak ada.” Amman mengeluh.
       “Tapi kalau kita ikut mereka, kita akan terikat dengan mereka sepanjang hayat.” Ammar memberi pendapatnya.
       “Tak apa daripada kita terus duduk di rumah anak-anak yatim ini tanpa tujuan. Sekurang-kurangnya kita ada masa depan kalau ikut Dato.” Amman cuba menyakinkan adiknya, Ammar walaupun dirinya sendiri kurang pasti.
       “Adik ikut segala keputusan abang.” Kata Ammar. Amman hanya tersenyum.
       “Amman. Kamu berangan?” soal Huzaiman membuat ingatan Amman pada kisah lalu terhapus.
       “Tak ada apa-apa bos. Natasha tu perempuan yang selalu datang lambat ke sekolah dulu.” Jelas Amman. Tiada rahsia dan berterus terang.
       “What? Kenapa tak bagitau saya awal-awal?” tinggi suara Huzaiman.
       ‘Eh, bos aku ni? Pasal ni pun nak marah ke?’ Amman meneka sendiri.
       “Boss tak tanya.” Selamba jawapan Amman.
       “Tak apa. Kamu boleh keluar.” Wajah Huzaiman serius. Pandangan matanya tajam.
       Amman hanya terus keluar.
       Huzaiman tersenyum akhirnya. ‘Esok kita akan berperang Sha!’ Huzaiman sudah merangka idea yang menarik untuk diberikan kepada Natasha.
       “Aissyuuuhhhhh!” Natasha bersin. “Siapa yang sebut-sebut nama aku ni? Aku tahulah nama aku sedap.” Kata Natasha. Dia menyambung kembali kerjanya.
*****
‘Alamak! Aku dah lambat ni. Kena pula hari ni bangun lambat. Mentang-mentang Allah bagi cuti. Terbangun lambat pula.’ Natasha sudah gelisah.
       Langkah Natasha semakin pantas bergerak apabila dia ternampak pintu lif hampir tertutup.
       “Tunggu!” jerit Natasha.
       “Eh!” Huzaiman terkejut. Pantas tangan Amman menekan butang buka. Akhirnya Natasha berjaya masuk ke dalam lif tersebut.
       “Sha, berani awak datang lewat kerja. Cukuplah kat sekolah. Jangan sampai syarikat saya pun awak nak datang lambat.” Sindir Huzaiman.
       ‘Alamak, lelaki gila kuasa ni dah tahu identiti aku. kacau daun betul.’ Hati Natasha mengomel.
       Natasha tersengih.
       “Awak ingat sengih awak tu cantik sangat ke?” soal Huzaiman.
       “Cantik juga. Abang Ammar dan abang Amman suka dengan senyuman Sha kan?” tanya Natasha pula pada si kembar.
       Mereka berdua hanya menelan air liur dan mendiamkan diri. Dia tahu yang Huzaiman tidak suka jika mereka melakukan sesuatu tanpa pengetahuan Huzaiman.
       Huzaiman hanya memandang dua lelaki itu dengan pandangan yang amat tajam.
       “So sweet. You look happy but now, i want to tell you. Kalau awak datang lambat lagi. Saya akan kenakan tindakan tatatertib ke atas awak. Awak akan cuci tandas.” Senyuman Huzaiman semakin tiada keikhlasan.
       Natasha benar-benar geram. Kalau dulu lelaki ini ialah pengawas tetapi kini dia adalah majikannya.
       “Cuci tandas?” Mata Nataasha terkebil-kebil.
       “Bukan ke ada tukang cuci?” soal Natasha pula.
       “Saya bagi tukang cuci cuti. Awak pula yang akan cuci. Esok pagi saya nak awak melaporkan diri tepat pada masanya dibilik saya.” Kata Huzaiman secara tegas.
       “Eh!” hanya itu yang keluar dari mulutnya.
       “Kenapa?” soal Huzaiman apabila dia melihat wajah Natasha begitu pelik.
       “Kalau bos datang lambat macam mana?” Natasha menduga.
       “Amman, Ammar. Mulai esok kita akan datang lebih awal dari Cik Natasha kita ni yer?” buat kali ke dua Huzaiman menyindir Natasha.
       Natasha hanya mampu tersenyum.
       “Baiklah bos.” Amman dan Ammar berkata serentak.
       ‘Matilah aku!’ hati Natasha berbisik. Dia keluar dari lif apabila sudah sampai ke destinasinya.
       Huzaiman hanya melambaikan tangannya dengan senyuman sinis sebelum pintu bilik tertutup.
       “Huzaiman!!!!” jerit Natasha kegeraman.
Malam itu...
‘Kacaknya abang Amman dan abang Ammar.’ Puji Natasha sekadar dalam hati.
“Lambatnya abang berdua ni.” Natasha mula membuat muncung.
“Ala, maaflah. Bukan senang nak lepas dari bos yang boleh dikatakan tak dapat hidup tanpa kami.” Kata Ammar. Amman hanya tersenyum.
Belum sempat lagi mereka berbual lebih panjang di kedai mamak itu, ada seseorang yang menegur.
“Kat sini rupanya kamu berdua.” Huzaiman muncul. Lelaki itu masih berpakaian formal. Tidak seperti Amman dan Ammar yang hanya berbaju t-shirt.
“BOS!” Mereka berdua serentak berdiri lalu menundukkan wajahnya sedikit. Natasha pula masih duduk. Tiada tanda mahu hormat pada majikannya.
Huzaiman mengangkat kening sambil merenung tajam pada Natasha.
“Sekarang bukan waktu kerja, tak perlu kot hormat macam tu sekali.” Selamba kata-kata Natasha. Dia menyilangkan kakinya.
Huzaiman duduk di kerusi depan Natasha. Amman dan Ammar pula berdiri tegak di sebelah Huzaiman.
“Kau saje nak cari gaduh dengan aku kan?” bahasa Huzaiman tiada baiknya. Kasar.
Natasha tersenyum lebar sambil memeluk tubuh.
“Aku nak cari gaduh ke? Nak cari makan ke? Ada kau kisah. Sekarang aku nak date dengan si kembar yang comel ni. Boleh tak kau jangan ganggu.” Berani Natasha.
“Amman dan Ammar akan setia dengan aku.” kata Huzaiman.
“Mereka berdua pun ada kehidupan. Takkan nak berkepit dengan kau aje.” Natasha benar-benar tidak berpuas hati.
Lama mereka berdua bergaduh. Akhirnya Natasha mengalah. Dia mendengus geram.
Natasha membaling beg tangannya.
“Tak guna punya lelaki!”
Tiba-tiba telefon bimbit Natasha berbunyi. Dia mengambil semula beg tangannya yang dicampaknya tadi.
“Hello!” Natasha bersuara.
“Naz, macam mana dengan plan kita? Jadi tak?” satu suara lelaki dihujung talian itu.
“Jadi bos. Saya akan pastikan apa yang kita rancang akan dilaksanakan.”
“Bagus Naz. Esok kita berjumpa di tempat biasa.” Kata lelaki itu.
“Baik bos!”
Talian dimatikan.
Natasha mengeluh. Entah mengapa hatinya separuh merelakan perbuatan itu tetapi separuh lagi sebaliknya.
Natasha benar-benar dilema.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.”
Natasha teringat akan kata-kata ayahnya.
“Apa maksudnya ayah?”
“Maksudnya, kalau tak ada kebahagiaan di situ, jangan harapkan lagi  sehingga kita melupakan kebahagiaan yang lain. Yang lebih berhak kita miliki. Allah itu sudah menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk kita. Tapi sebelum kita dapat yang terbaik, kita akan dapat yang buruk dan yang teruk. Ketika itu kita harus sabar dan terus sabar sehingga yang terbaik datang. Faham tak kata-kata ayah ni?” Iskandar bertanya kepada anaknya.
“Faham ayat.” Jawab Natasha yang ketika itu berusia 15 tahun.
Natasha bagaikan masih terdengar-dengar suara arwah ayahnya menasihatinya. Air matanya mengalir lagi. Betapa dia rindukan belaian seorang ayah. Ayah yang sanggup berkorban untuk anaknya.
Kini ayah sudah tiada. Dia harus tabah menghadapi dugaan ini sendirian. Ya, sendirian tanpa sesiapa yang membantunya.
Tapi......
Dendam tetap dendam. Ia tidak akan terhapus dalam hati ini.

p/s: maaf jika bab ini ada kekurangan...harap teguran dan komen anda dapat ria membaiki penulisan ria...terima kasih...

14 comments:

  1. Replies
    1. MASIH MENjadi tanda soalkan dendam apa?mungkin bab empat akan menjawab persoalan cik komen...hihihi terima kasih sudi komen walaupun dua perkataan...

      Delete
  2. mmg best Ria.. teruskan lgi..
    cepat2 smbng yerk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak eddayu...thank kak sudi komen...akak tak nak tanya apa2 ke kak???hihihiih insya allah akan disambung dalam masa terdekat ini....

      Delete
    2. HEHEHE.. akk akn biarkan Ria menjwp dlm next n3..
      dendam antara keluarga Sha & Huzaiman?? nnti kalo blm terjwp persoalan akk tue, akk akn tanye Ria.. :D

      Delete
    3. dendam tu akak terjawab bab 4 nanti...memang akan terjawab dan siapa yg natasha dendamkan hihihi bagus juga akak ni....menanti sahaja...okey2....harap akak sabar menanti bab seterusnya...

      Delete
  3. sambung lagi ria..:)
    teruskan usaha..

    ReplyDelete
  4. dendam ape ni kak ria??
    cepat lah sambung..
    best lah..
    tapi plez..bgitau lah..dendam ape yg sha simpan?
    dia nmpak baik jer...
    ataupun..musuh yg dimaksudkan oleh ayah huzaiman tu sebenarnye..keluarga sha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh insyirah rupanya...hihih dendam apa??dendam kasim selamat hahahaha hmmm nanti ajer la..nanti kan bab 4...akak dah tulis dengan detail pasal dendamnya...tapi serius...akak tak pandai nak buat citer serius..so jangan ada yang tergelak dalam situasi serius nanti okey...hihihihihi terima kasih menimbulkan begitu banyak persoalan hihihi

      Delete
  5. Dendam????
    Best sampai xtau dah nak cakap apa....hehehe #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dendam??ya...sebuah dendam yang sudah lama natasha menyimpannya...

      Delete
  6. Replies
    1. sabar2..jgn gila lagi..tunggu sambungannya di masa akan datang....sabar-sabar okey??

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi