“Ika Hasnol!” ada seseorang yang
memanggil. Siapalah makhluk yang memanggil nama penuh facebook aku ni? Pelik!
Ika
berpaling. Rusyaidi berlari seperti kanak-kanak riang rebina. Ika hanya
memandang dari jauh.
“Ada
apa Aidi? Aku nak cepat ni, nanti aku terlepas nak date dengan cikgu Ria.” Kata
Ika. Dia hanya memandang wajah Rusyaidi
yang termengah-mengah itu.
“Kau
ni ada apa-apa ke dengan cikgu Ria tu?” soal Rusyaidi.
“Kenapa
pula kau tanya? Tu kan cikgu kita.” Balas Ika. Dia tidak menjawab pertanya
Rusyaidi itu.
“Sebenarnya
aku....” belum sempat Rusyaidi berkata, muncul pula seseorang.
“Ika,
kamu disini rupanya.” Cikgu Ria tersenyum manis. Ika mengalihkan pandangan ke
arah cikgunya pula.
“Akak..
Ops! Cikgu, maaf ada hal tadi.” Kata Ika dengan lembutnya. Rusyaidi hanya
memandang kepelikan.
“Tak
apa. Malam ni jadi tak?” soal Ria.
“Jadi
cikgu. Mesti jadi!”
“Baguslah
macam tu. Kita jumpa malam nanti.” Ria terus berlalu.
“Kenapa
dengan malam ni?” soal Rusyaidi. Perasaan ingin tahu begitu membara dalam jiwa.
“Rahsia!”
Ika mula berjalan menuju ke kelas mereka.
“Kau
dengan aku mana boleh ada rahsia.” Kata Rusyaidi dengan tiba-tiba. Ika memandang
Rusyaidi dengan dahi yang berkerut.
“Mean....?”
Ika bertanya. Tanda soal.
“Mean......”
Rusyaidi sendiri tidak dapat berkata apa-apa. Dia terdiam. Sekadar memandang
wajah Ika yang selamba.
“Ika!
Sini!” Fatin memanggil sahabatnya itu yang sedang berjalan bersama Rusyaidi.
Serius lain macam aje mereka berdua ni. Mata Fatin mengecil bagaikan mengesan
sesuatu.
“Ya!”
Ika menghampiri Fatin. Alia pun ada sedang membaca sesuatu.
“Jadi
tak malam ni?” soal Fatin. Alia yang sedang membaca, terus mendongak memandang
Ika. Menanti jawapan dengan sabar.
Ika
buat wajah serius. Bagaikan sesuatu yang berlaku.
“Jadi!!!”
jerit Ika.
Rusyaidi
hanya memandang dari jauh. Cerianya wajah Ika. Apa yang buat dia gembira macam
tu sekali. Jelous ni! Hish! Geramnya! Orang tanya tak nak jawab. Rusyaidi sudah
mengaru kepalanya sehingga rambutnya menjadi serabai.
Ika,
Fatin dan Alia hanya memandang Rusyaidi dari jauh.
“Tak
betul ke si Aidi tu?” soal Alia.
“Entah!”
Fatin mengangkat bahunya.
“Kurang
sihat sikit kot....” teka Ika pula.
Rusyaidi
mengecilkan matanya sebagai tanda dia benar-benar geram.
“Eh,
korang bertiga ni! Tak ada kerja ke? Mengutuk aku aje.” Rusyaidi menghampiri
mereka bertiga.
“Mana
ada kutuk. Mengumpat aje.” Balas Fatin. Mereka bertiga ketawa kecil.
“Tak
guna! Siap kau, Ika!” pandangan Rusyaidi jatuh pada Ika.
“Eh,
apasal aku pula.” Ika terasa pelik.
“Siap
la!”
“Siap
apa?” Alia menyampuk.
“Siap
kerja sekolah kot.” Fatin tolong menjawab. Lagi sekali mereka bertiga ketawa.
Rusyaidi merengus lalu kembali semula ke tempat duduknya.
“Sah!
Dia tak sihat!” kata Ika. Kelas akan bermula sebentar lagi. Mereka mula
bersedia.
*****
Ika mengeluh. Cikgu Ria kata mahu jemput
dia. Lama dia tunggu. Muncung Ika sudah panjang.
“Jangan
nak buat muncung itik. Kejap lagi sampai la kakak kamu tu.” Kata Mama Ika.
“Ala
mama. Kita ni dah semangat nak pergi.” Ika setia menanti depan pintu rumahnya.
Menanti Ria menjemput dia di rumah.
“Sabar
la. Mana tahu jalan sesak ke? Jangan lupa bagi kuih yang mama buat tu?”
“Kuih?
Baiklah mama. Ika bagi. Kan kuih mama ni terbaik dari ladang.”
“Ladang,
ladang juga. Tapi kuih mama ni bukan lembu atau kambing nak datang dari
ladang.” Mama Ika tersenyum.
“Mama
ni. Orang cakap aje.” Makin panjang muncung Ika.
Sebuah
kereta myvi masuk ke perkarangan rumah Ika. Mama Ika dan Ika melihat dari jauh.
“Apa
khabar mak cik?” Ria bersalaman dengan mama Ika.
“Khabar
baik.”
“Ika
maaf akak ada hal. Biasalah nak suruh mangsa keluar rumah memang payah.”
“Tak
apa kak.” Ika tersenyum.
“Tak
apa? Ria, kalau kamu nak tahu, Ika ni dari tadi membebel kenapa kamu datang
lambat.” Jelas mama Ika. Wajah Ika sudah merah.
“Mama...”
Ika sudah malu.
“Betul
ke mak cik?” Ria memandang mama Ika. Mama Ika hanya mengangguk. “Jom Ika. Nanti
lambat pula. Nak jemput Fatin dan Alia pula.” Ajak Ria.
“Jom
Kak!”
“Eh,
tak nak salam mama ke? Kalau jumpa akak dia, dah lupa mama ye?” kata mama Ika.
Ika hanya tersengih.
“Mak
cik, kami pergi dulu.” Kata Ria sambil bersalaman dengan mama Ika.
“Okey.
Elok-elok pandu kereta tu.”
Ria
hanya angguk kepala dari jauh.
“Akak,
akak dah siap semua kan?”
“Dah
siap semuanya.” Ria tersenyum.
*****
Ria mengeluh melihat rumahnya bersepah.
Ini mesti kerja Syanaz. Makin nakal anak aku ni. Tak boleh jadi ni.
“Kak
Fika. Kak Zai, maaf menyusahkan akak.” Ria tersengih.
“Bukan
ke kamu selalu susahkan akak?” kata Fika. Zai hanya termampu tersenyum.
“Ala
akak. Akak, kenalkan ni anak-anak murid Ria. Ini Ika, Fatin dan Alia.” Mereka
bertiga bersalaman dengan Fika dan Zai.
“Pandai
juga anak murid Ria yang lelaki tu masak ye?”
“Eh,
dia tu kebetulan jumpa masa beli barang kat pasaraya tadi. Kan tak jemput,
sedih pula budak tu.” Balas Ria.
“Siapa
kak?” soal Ika.
“Rusyaidi.”
Ria tersenyum.
“What?!”
Ika, Fatin dan Alia terkejut serentak.
“Kenapa?
Tak boleh ke?” Rusyaidi muncul. Ria, Fika dan Zai sudah berlalu ke dapur.
“Kau
pandai masak ke?” Fatin bertanya dengan penuh rasa kemushkilan.
“Hmmmm....”
Alia pula terangguk-angguk sambil tangannya mencapai sesuatu dalam beg. Dia
mengeluarkan sebuah novel lalu membacanya.
“Pandailah.
Ayah aku chef. Chef Ziyad. Lagi pun mama aku berkawan dengan cikgu Ria. Korang
ada hubungan apa-apa ke dengan cikgu Ria? Tak ada kan?” Rusyaidi tersenyum
bangga.
“Banyaklah
kau. Nak kena ada hubungan ke kalau nak datang rumah Cikgu Ria.” Ika memang
tidak berpuas hati dengan kata Rusyaidi. Dia benar-benar suka dengan Ria. Dia
cemburu dengan Rusyaidi. Lelaki itu nampaknya lebih mesra dengan Ria.
Tanpa
mereka berdua sedari, Fatin dan Alia sudah meninggalkan mereka berdua bergaduh.
“Biar
ajelah mereka berdua. Kita pergi makan pun sedap.” Ajak Fatin.
“Kau
kebuluran ke, Fatin?” soal Alia.
“Kebuluran
tu tak ada la tapi lapar.”
“Aku
pun lapar.” Kata Alia sambil melihat perutnya.
“Tak
payahlah kau tengok perut kau tu. Dah sememangnya buncit.” Kata Fatin. Fatin
memang terkenal dengan sikap suka mengusik dan nakal.
“Sedapnya
mulut kata perut aku buncit.” Amuk Alia.
“Mulut
aku memang sedap. Kau nak rasa?”
“Gila
ya? Dah berjangkit dengan Aidi?”
“Eh,
apa pula?!”
“Kamu
berdua ni. Gaduhkan apa? Meh, tolong cikgu.” Ria menegur mereka.
*****
Semua persiapan sudah tersedia. Rusyaidi
dan Ika masih bermasam muka. Nak gaduh aje budak berdua ni. Aku satukan baru
tau. Ria berasa tekanan sebab Zeck tidak pulang lagi. Semua persiapan sudah
tersedia.
“Ria,
diorang dah pulang!” Kata Zai.
“Betul
ke kak Zai?” Ria cepat-cepat rebah atas lantai. Manakala semua yang datang tadi
menyorok.
Zeck
yang baru pulang beli barang terkejut melihat isteri tersayang terbaring atas
lantai.
“Ria!
Kenapa ni sayang?” Zeck memangku tubuh Ria. Dia mahu menghantar Ria ke hospital
dengan kadar segera.
Belum
sempat Zeck meletakkan tubuh Ria dalam kereta.
“Selamat
hari lahir abang!” Ria berbisik dengan nada yang romantik.
Terkaku
Zeck mendengarnya. Dia sudah lupa hari ini adalah hari lahirnya yang ke....
tuttttttttt
“Ria!
Nakalnya!” Zeck masih memangku tubuh isterinya.
“Dahlah.
Turunkan saya.” Arah Ria. Dia malu apabila tetamu yang datang melihat dia
dipangku begitu. Anak-anak muridnya sudah tersengih lebar.
“Tak
nak! Inilah balasan untuk orang yang kenakan abang.” Kata Zeck. “Nak hadiah!”
pinta Zeck.
“Hadiah
kat dalam rumah. Kalau nak ambil sendiri.” Arah Ria. “Ish, malulah orang
tengok!” sedikit keras suara Ria.
“Padam
muka. Siapa suruh kenakan abang.”
“Kak
Zai yang suruh.” Kata Ria dengan selamba.
“Eh,
sedapnya mengata akak. Bila masa akak yang suruh.” Zai memandang Ria. Dia
senyum geram pada Ria. Ria rapatkan kedua tapak tangannya sebagai tanda dia
minta ampun. Zeck ketawa gembira.
Tiba-tiba
mereka bertiga terasa aura yang dingin.
Rusyaidi
dan Ika. Ika duduk dihujung meja sebelah kanan manakala Rusyaidi duduk di meja
hujung sebelah kiri. Mereka saling jeling-menjeling.
Ria
rasa dia perlu buat sesuatu.
“Kak
Ria, ayah tak dapat datang la. Camner nak balik?” manja sekali suara Rusyaidi.
Ika dari jauh hanya menjeling.
“Tak
apa akak hantar.”
“Eh,
siapa izinkan awak keluar rumah hantar budak-budak ni?” Zeck menyampuk. Wajah
Zeck serius lain macam.
“Abang
ni kenapa?” Ria terasa bengang dengan sikap suaminya itu.
“Eh,
abang gurau aje!” suaminya tersengih.
Alia
dan Fatin di hantar pulang oleh Fika dan tinggallah mereka berdua, Ika dan
Rusyaidi.
Zeck
dan Ria menghantar Ika terlebih dahulu. Mereka berdua duduk di tempat duduk
belakang.
Tiba-tiba
Rusyaidi memberi sebatang pen. Pen tersebut dengan bersama-sama sehelai kertas
yang ada tulis sesuatu.
Ika
sekadar mengambilnya. Dia menyimpan dalam beg yang dibawa.
“Terima
kasih kak Ria.” Ucap Ika.
“Eh,
kak Ria aje ke?” Zeck tersenyum.
“Abang
Zeck pun sama. Terima kasih.”
Ika
pun masuk ke dalam rumah. Selesai membersihkan diri. Dia membuka lipatan kertas
yang diberi oleh Rusyaidi.
Siap kau!
- Rusyaidi-
Apa
kes mamat ni? Tiba-tiba siap kau? Sihat ke tak. Aku ingat ada perkara penting.
Pen merah pula tu bagi aku. pelik! Ika sekadar menyimpan sahaja pen merah
tersebut dalam bekas pensilnya.
Ada
sesuatu yang amat kecil tulisannya atas kertas tersebut. Berkerut-kerut dahi
Ika mahu membacanya. Dia ni memang sengaja nak seksa aku.
Satu
persatu Ika menyebut perkataan tersebut.
“Aku....
Suka..... Kau.....” terkebil-kebil mata Ika. Suka aku? Aidi suka aku? Eh, mamat
ni biar betul. Dahlah tahun ni SPM. Main-main pula dia. Ika menidakkan apa yang
dibacanya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur sahaja. Lagi bagus!
*****
Pagi tersebut Ika pergi awal ke sekolah.
Dia yakin yang dia adalah orang pertama yang tiba di kelas tetapi ternyata
silap.
“Awalnya
kau datang Aidi.” Ika menegur Rusyaidi.
“Kau
yang selalu datang lambat...” balas Rusyadi.
“Okey
Fine!” Ika mengalah. Mereka hanya diam sahaja.
“Ika...”
Panggil Rusyaidi. Ika hanya memandang lelaki itu.
“Aku.....”
Rusyaidi menyambungnya lagi...
Apa yang akan berlaku? Apa yang Rusyaidi
nak sebenarnya dengan ratu like kita ni? Kita nantikan sambungannya di masa
akan datang... insya allah. hihihihi
Hhahahah !! So Sweet !! I like It So Much !! Thanx My Lovely Sis Ria Natsumi.. Lov U So Much... Muahhhhh !!!!
ReplyDelete~Fae~
sukanya cik ika kita ni...ketawa macam tu sekali...tak boleh tahan tu, mama ika masuk sekali hahahah...jgn bgtau mama tau...segan akak nanti hihihihi
DeleteAku...Suka...tiba-2 krekkkkk...
ReplyDeletewah hebat tu...ada brekkk pula hahahha maaf...ria tak nak bg blog ria sunyi aje...maaf tau....bersambung pula...
DeleteAlahai....
ReplyDeleteserius macam budak-budak....
Comel....hehehe XD
hihihi dah cite budak2 nak buat camner...pn ria dan en zeck pun dah macam budak2 dah perangainya hahahah
Deletealahai kak ria ... mmg comel la dia .. wah, ika hasnol tau .. bangga cik ika kite tu .. ngehehhe :D
ReplyDeletesiapa yg comel ni??akak ke???akak memang comey hihihihi
Deletekak riaaa..camne nak wat cover...
ReplyDeletecomellah!!
gunalah photoscape dan pic yg cantik hihihihi nanti comel la cam ni
Deletehaha.. br perasan cerpen nih.. mana smbungn dia? wahh.. aidi suka ika.. wuu~
ReplyDelete