Followers

Saturday, 19 May 2012

9
Komen

HATI SUAMIKU GILA KUASA 2



Kini sudah sepuluh tahun berlalu. Umur pun mahu masuk 27 tahun. Huzaiman menilik wajahnya di cermin.
“Lelaki yang ada kuasa haruslah bergaya.” Kata Huzaiman.
Sejak kecil Huzaiman suka akan sesuatu jawatan dan kuasa. Jika dia berkuasa, dia rasa berkeyakinan dan bergaya. Itulah satu kepuasan yang tidak akan dia dapat walaupun di alam percintaan.
“Percintaan? Aku mana pernah bercinta. Ish! Ish! Ish! Teruknya.” Huzaiman berkata pada dirinya sendiri.
Dia keluar dari biliknya dan terus menuju ke tempat letak kereta. Tinggal di apartment memang rasa sunyi tapi dia suka akan kesunyian itu.
“Bos!” tegur Amman sambil membuka pintu kereta untuk ketuanya itu. Sejak Huzaiman menjadi pengarah besar syarikat ayahnya itu, dia makin gila kuasa. Semua orang mahu diarahnya olehnya.
Pantas Huzaiman masuk ke dalam kereta Mercerdes. Dia membuka telefon bimbit jenama Samsung untuk online. Kebiasaannya dia akan berhubung dengan pelanggan melalui email dan facebook.
“Hari ini saya ada meeting dengan siapa?” soal Huzaiman kepada Ammar.
Amman yang sedang memandu hanya fokus pada pemanduannya sahaja.
“Hari ni bos ada meeting dengan jabatan reka bentuk produk. Mereka akan membentang produk baru bertemakan cinta.” Kata Ammar yang asyik memandang buku catatannya.
“Bagus! Saya dengar ada orang baru dalam jabatan tu?”
“Ya bos.” Jawab Ammar.
“Kamu kenal ke dia?” soal Huzaiman. Entah mengapa dia begitu berminat untuk mengetahui siapakah orangnya.
“Saya tak kenal, bos tapi orang kata lelaki.” Dahi Ammar sudah berkerut. Kenapa aku berpeluh ni? Macam aku sedang dibicarakan dalam mahkamah saja. Pantas tangan Ammar menguatkan penghawa dingin kereta.
Dia mula tersenyum.
“Lepas tu saya ada apa?”
“Lepas tu tuan ada temu janji dengan kawan tuan, Puteri.” Makin kuat peluh yang keluar di dahi Ammar. Tidak ketinggalan Amman juga turut merasa bahang kemarahan yang bakal meletus.
“Puteri?! Kenapa dia buat temu janji? Saya tak nak ada apa-apa dengan dia. Tak suka.” Wajah Huzaiman sudah merah.
“Tapi bos. Dia ada hal penting nak cakap dengan bos.” Kata Ammar.
“Yalah. Apa yang minah gedik tu nak dengan aku?” Bahasa Huzaiman sudah berubah. Dia benar-benar tidak suka dengan kedatangan Puteri ke pejabatnya.
Amman dan Ammar hanya mendiamkan diri sahaja.
Akhirnya mereka sampai juga di pejabat.
Pintu kereta di buka oleh Ammar. Dengan megah Huzaiman berjalan tanpa mempedulikan orang sekeliling. Keyakinan itu perlu. Gaya seorang pengurus juga perlu.
“Bos, maaf saya menegur.” Amman serba salah mahu katakan.
“Apa dia?” dahi Huzaiman sudah berkerut. Ada yang tak kena ke?
“Tali leher bos.”
“Kenapa dengan tali leher saya?” pantas Huzaiman melihat di cermin tingkap keretanya.
“What?” dirinya sendiri rasa pelik. Kenapa aku tak perasan ye?
Pantas tangannya membuka tali leher tersebut dan mengikatnya semula. Wajah Huzaiman benar-benar merah.
“Kenapa kamu tak tegur saya dari dalam kereta tadi.” Huzaiman berbisik.
“Ingatkan itu sytle baru bos.” Jawab Ammar.
Huzaiman rasa mahu dicekik-cekik leher Ammar. Perli ke sindir ni? Huzaiman berasa geram.
Dia pun berjalan seperti biasa. Wajahnya sentiasa serius menunjukkan dia sangat menitikkan segala yang dilakukannya harus berkualiti dan terbaik. Dia tidak mahu pelanggannya kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan. Syarikat reka bentuk sepertinya memerlukan idea yang segar untuk menghasilkan produk yang berkualiti.
Huzaiman terus masuk ke bilik mesyuarat. Semua orang menanti mereka bertiga. Huzaiman duduk dan diapit oleh Ammar dan Amman. Mereka berdua memang pengikut setia kerana sejak kecil, Dato’Ismail yang menyara kehidupan mereka. Sebagai balasan, Dato’ Ismail hanya mahu mereka berdua menjaga dan melindungi Huzaiman.
You can start now.” Huzaiman bersuara. Wajah dan suaranya serius.
“Baik bos.” Kata Azman sambil berdiri. “Tujuan utama mesyuarat pagi ini untuk memperkenalkan produk baru yang dicipta oleh pereka baru kita. Nama produk ini ‘Garden Love’.” Sambung Azman lagi. Dia membuka skrin besar yang ada dihadapan meja mesyuarat.
“Untuk penerangan lanjut, kita menjemput pereka produk ini sendiri, Cik Wafa Natasha.” Jemput Azman. Dia segera.
Seorang perempuan berdiri tegak. Gaya tudungnya yang mengikut gaya sekarang. Kemas sahaja tudung itu dengan bentuk muka yang bujur. Dia memakai baju kurung berwarna putih bercorak bunga berwarna hitam. Tudungnya pula berwarna hitam.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Wafa Natasha akan menjelaskan produk ‘Garden Love’ secara terperinci. Tuan Puan boleh buka fail edaran itu. Muka muka surat lima.” Natasha tersenyum.
Entah mengapa saat ini hati Huzaiman melihat senyuman itu, hatinya berdebar hebat tetapi dia pantas menidakkan perasaan itu.
Selepas sejam setengah mereka bermesyuarat, akhirnya bersurai.
“Tahniah Cik Natasha. Saya suka rekaan produk ini.” puji Huzaiman.
“Terima kasih bos.” Natasha tersenyum.
“Saya pergi dulu.” Huzaiman terus berlalu.
‘Mamat ni still macam dulu. Gila kuasa dan sombong!’ kata Natasha dalam hati. ‘Mamat ni kenal ke aku? Macam tak kenal aje.’
“Sha! Natasha!” panggil Amman.
“Abang Amman! Abang Ammar!” Natasha tersenyum. Dia gembira dapat berjumpa dengan kembar tersebut. Baik dan selalu tersenyum walaupun bos mereka seorang yang serius.
“Jangan jerit macam tu. Malu kami!”
“Sorry. Rindu kat abang-abang senior Sha ni.”
“Rindu pada kami? Rindu kami buli Sha ke?” tanpa pengetahuan Huzaiman. Mereka berdua secara senyap-senyap berkawan baik dengan Natasha dan mereka telah menjadi abang angkat Natasha.
“Rindu juga. Abang, meh Sha belanja makan tengah hari ni.” Ajak Natasha.
“Eh, tak bolehlah Sha sebab bos kita kalau makan mesti ada kami berdua. Kalau tak, dia mengamuk. Habis kami nanti.” Ammar berkata.
“Eh, apa lagi korang berdua tunggu. Meh ikut saya.” Muncul Huzaiman. Belum sempat Natasha mahu berkata apa-apa.
“Baik bos!” serentak mereka berdua berkata. “Kami pergi dulu. Malam kita makan sama.” Amman berjanji sambil melambaikan tangannya.
“Baiklah abang-abangku.” Kata Natasha.
Natasha rasa lebih mesra kerana Amman dan Ammar memang seorang yang baik hati. Tambahan pula dia sebatang kara sekarang ini. kasih sayang seorang  abang amat dia hargai tetapi batas-batas pergaulan harus dia menitikberatkan.
*****
Natasha tertidur dalam bilik kerjanya. Sudah malam rupanya. Sikapnya yang tidak suka bertangguh membuat dia perlu habiskan sesuatu kerja itu dengan segera walaupun terpaksa mengorbankan masa tidurnya.
       Natasha melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah jam sembilan malam. Dia perlu segera pulang ke rumah.
       Natasha pantas mencapai beg tangan lalu mengunci pintu bilik kerjanya. Tiba-tiba bahu Natasha di sentuh lembut. Natasha terkejut. Wajahnya terus pucat.
       “Cik Natasha rupanya.” Pengawal keselamatan rupanya.
       “Maaf pak cik. Banyak kerja nak dibuat. Itu pasal balik lewat.” Kata Natash. Dia cuba bertenang.
       “Jangan amalkan sangat balik lewat. Tambah-tambah Cik Natasha ni perempuan. Cepat balik. Kang pak cik risau pula.” Nasihat pengawal keselamatan itu.
       “Terima kasih pak cik.”
       Tiba sahaja di rumah, Natasha segera duduk di sofa di ruang tamunya.
       Hatinya berdegup kencang, hatinya tidak dapat di kawal lagi. Dia tidak mampu untuk bertenang. Peluh sudah memercik keluar. Natasha termenung. Dia teringat peristiwa hitam semasa dia kecil.
       “Mak, kita nak pergi main kat depan rumah tu kejap.” Natasha meminta izin. Ketika itu dia berusia 12 tahun tetapi badannya yang kecil seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun. Mungkin disebabkan Natasha mewarisi seratus peratus keturunan belah emak yang sememangnya berbadan kecil.
       “Tak boleh! Bahaya. Mak nak masak untuk ayah kamu ni. Kejap lagi ayah kamu nak balik!” Shahrin menghalang anaknya itu. Tambahan pula dia tidak dapat memantau dan menjaga Natasha jika anak kecil itu bermain di luar. Dia harus memasak.
       “Ala sekejap aje mak.” Kata Natasha. Dia mahu juga bermain di luar.
       “Mak kata tak boleh!” Suara Shahrin sudah meninggi. Dia meneruskan memasak tanpa mempedulikan Natasha yang sudah menangis itu.
       Natasha membawa diri ke biliknya. Dia hanya memandang ke luar melalui tingkap yang terbuka luas. Dia memandang ke bawah. Tinggi juga jurang tingkap tersebut dengan tanah. Rumah papan itu adalah rumah pusaka ibu Shahrin. Agak usang sedikit tetapi masih utuh untuk dijadikan tempat berteduh.
Perlahan-lahan dia cuba memanjat tingkat tersebut. Dia keluar dari tingkap rumah itu. Disebabkan keinginan yang terlampau tinggi untuk bermain di luar, anak kecil itu sanggup terjun ke luar tingkap.
       “Aduh!” sakit tubuhnya apabila jatuh seperti itu.
       Perlahan-lahan dia berjalan, dia mencari beberapa biji batu di tepi jalan untuk bermain batu seremban. Itulah permainan yang mampu dia main memandangkan mereka hidup susah.
       Tiba-tiba mulutnya dicekup dari belakang. Natasha cuba meronta tetapi pelukan lelaki itu membuat dia sukar bergerak. Dia tidak nampak wajah lelaki itu kerana ditutupi oleh topeng.
       “Cantik! Kau memang cantik. Tubuh kecil dan berkulit putih. Cukup menggoda!” lelaki itu bagaikan tidak siuman memuji Natasha.
       Natasha berasa sangat takut. Tubuhnya menggigil. Bajunya direntap kuat. Air matanya mengalir.
       ‘Kalau aku dengar cakap mak, mesti tak kan jadi macam ni. Mak!’ Hati Natasha meraung.
       Tiba-tiba lelaki itu ditentang oleh seorang lelaki.
       “Ayah!” Air mata makin deras mengalir. Lelaki yang ditentang itu cuba melawan semula. Kali ini dia mengeluarkan pisau.
       “Ayah!” Natasha begitu bimbangkan ayahnya, Iskandar.
       Pisau itu diacukan kepada Iskandar. Berkali-kali dia cuba menikam tubuh Iskandar tetapi tidak kena. Iskandar pantas mengelak.
       Dengan sekali serangan, lelaki durjana itu rebah. Kini, pisau tersebut di tangan Iskandar. Iskandar melibas pisau tersebut dan terkena paha lelaki itu. Pantas lelaki itu melarikan diri.
       Selepas kejadian itu, Iskandar mengajar Natasha seni mempertahankan diri. Dia pun mengubah peribadi kepada seorang perempuan yang lembut kepada kasar. Kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah, harus dilindungi dari pandangan mata yang jahat.
       Natasha bangun dari terus duduk di sofa itu. Kenangan gelap itu perlu disingkirkan jauh dari ingatannya.
       Dia menatap wajahnya di cermin. Peribadinya berubah. Kembali kepada yang asal. Dia perlu perwatakan seperti ini demi sebuah dendam. Dendam ini tidak akan padam selagi anak keluarga itu tidak merasai apa yang dia turut rasai.
       “Itu pasti!” pandangan mata Natasha menjadi tajam memandang ke cermint tersebut.

9 comments:

  1. kesian kat natasha. mujurlah ayah dia ada kat situ jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur ayah dia ada...tapi disebalik kejadian ada rahsia yang belum terungkai...cewah...misteri gitu...tak tahu la bab ke berapa...entah2 kena tunggu manuskripnya pula hihihi

      Delete
  2. hurmm...best2..tapi pendek sangat laa..
    tak puas baca..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...pendek gak ke bab dua ni??tak apa...ria cuba panjangakan bab 3 ni walaupun dah siap taip hihihi nantikan sahaja...terima kasih sudi komen...sampai dua kali hihihi biar ajelah..kenangan tu komen sampai dua kali hihihihi

      Delete
  3. hurmm...best2..tapi pendek sangat laa..
    tak puas baca..:)

    ReplyDelete
  4. dengan sape dia berdendam?
    serius,, cian kat natasha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah syir...thank pendek again....adesss bab tiga akak kena panjangkan lagi la...akak cuba tambah2 tang mana hihihih okey...cian natasha...akak selitkan sedikit pengajaran..banyak kes kanak2 kena culik macam tu...ingatlah ibu bapa...bertegas dengan anak...tapi bertegas tu bagus...tapi kena juga tgk anak tu...bimbang dia keluar sendiri...hah tak pasal2 ada iklan kat sini hahahah

      Delete
  5. selamat! berdendam?? dendam kepada?? umm.. natasha.. dendam hnya memakan diri..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelahkan...dendam kan selalu memakan diri sendiri...dan memamang makan diri sendiri la...natasha akan lebih rasa sakit dan lemah...kesian natasha....mujur ada huzaiman menyelamatkan dirinya dari terus menyimpan dendam itu tapi bagaimana pula huzaiman blh selamatkan natasha???bab bab akan datang ye?? terima kasih sudi komen...

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi