Hari
ini Natasha bangun lambat. Dia kepenatan menyiapkan reka bentuk yang diminta
oleh Huzaiman.
Natasha
berlari ke bilik kerjanya. Dia sudah lambat untuk melaporkan maklumat yang
dimahukan oleh Huzaiman.
Natasha
terkejut.
“Mana
lakaran tu?” jantung Natasha berdegup kencang. “Mana?” tangan Natasha pantas
mengemas mejanya yang agak bersepah. Pensil-pensil warna ditolak ke tepi.
Kertas-kertas lakaran yang tidak berkaitan dicampak ke lantai.
“Mana?
Semalam aku letak elok aje atas meja ni?” kepala Natasha mula pening. Sakit!
“Mati
aku! kena tadah telinga lagilah.” Natasha mengeluh.
“Entah-entah
ini kerja Huzaiman. Dia dah ambil ke?” Natasha mula berfikir. Tak guna punya Huzaiman. Saje nak
sabotaj aku.
Pintu
biliknya diketuk.
“Masuk!”
arah Natasha.
“Sha,
apa dah jadi ni?” Ammar terkejut melihat bilik Natasha bersepah. “Sha, okey?”
“Okey!”
sepatah sahaja Natasha menjawab. Tubuhnya rasa tidak bermaya.
“Bos,
panggil. Dia nak Sha bentang reka bentuk produk yang dimintanya.” Jelas Ammar.
“Dah
agak dah!” kata Natasha.
Dahi
Ammar berkerut. ‘Adik angkat aku ni sihat ke tak ni? Macam dah tak berapa nak
betul aje.’
Natasha
berasa geram dengan Huzaiman kerana selamba sahaja mengambil lakaran itu tanpa
memberitahunya.
“Hmm,
lakaran yang cantik dan menarik. We can start now.” Kata Huzaiman tanpa rasa
bersalah.
‘Lelaki
gila kuasa memang macam ni ke? Lukai orang sekeliling tanpa dia sedari.’ Kata hati
Natasha.
“Miss
Natasha, you okay?” Huzaiman terasa pelik. Dia pun menekan interkom.
“Amman,
minta pak cik J buatkan kopi untuk kami berdua.” Kata Huzaiman.
Tersentap
hati Natasha. ‘Biar betul lelaki ini? Semalam pun aku tak percaya. Masakan hari
ni lagi aku tak percaya. Tapi dia tak tahu ke yang aku ni tak minum kopi? Kasihan’
Bisik hati Natasha.
“Baiklah
bos.” Balas Amman.
“Okay
Miss Natasha, you can start. I hope this product interesting.” Serius nada
Huzaiman.
Natasha
tersenyum
“Nama
produk ini, Love In The Blue Sky. Setiap perkataan ini mempunyai makna dan
sebab mengapa dinamakan begitu.” Kata-kata Natasha terhenti seketika apabila
Pak Cik J masuk membawa dua cawan kopi.
“Terima
kasih Pakcik.” Ucap Natasha. Pak cik J hanya tersenyum dan terus berlalu.
“Please
continue.” Pinta Huzaiman.
Natasha
memberi penerangan tentang produk tersebut. Huzaiman pula berasa puas dengan
produk kali ini.
“Baiklah.
Saya luluskan produk ini. Sila serahkan pada jabatan pemasaran dan yang
berkaitan dengan kadar segera. Saya tidak mahu ada sebarang masalah. Kamu boleh
pergi.” Huzaiman menyambung semula kerjanya yang tertangguh.
Natasha
terkebil-kebil mendengar arahan itu. ‘Lelaki ini ada perasaan atau tidak? Ucaplah
terima kasih. Sedaplah juga nak dengar.’ Natasha masih berdiri di situ.
“Ada
apa lagi ni? Kamu nak saya ucap terima kasih?” soal Huzaiman.
‘Macam
mana dia tahu isi hati aku?’ sedikit mushkila dalam hati Natasha. Natasha hanya
mengangguk kepala.
“Natasha,
kamu dibayar gaji untuk membuat rekaan ini. Maka, itu memang tugas kamu. Tak perlu
untuk saya ucap terima kasih. Sekarang kamu boleh pergi. Saya banyak kerja mahu
buat.” Tegas sekali suara Huzaiman menerangkan hal sebenar.
Tersentap
hati Natasha. Sombong benar lelaki bernama Huzaiman. Siap kau!
******
Huzaiman masuk ke dalam
bilik kerjanya. Kerja yang berlambak ini harus diselesaikan dengan kadar segara.
Tiba-tiba dia terpandang satu surat atas mejanya. Dibacanya satu persatu
perkataan yang ditulis dalam kertas tersebut.
“Apa
ni?”
Telinga Huzaiman menjadi merah. Kemarahannya cuba ditahannya.
“Ammar, masuk!” Huzaiman menekan interkom untuk memanggil
setiausahanya. Dia menyilangkan kakinya ketika duduk di sofa dalam bilik
kerjanya.
“Baik Bos!” sekelip mata sahaja Ammar sudah berada di depan
Huzaiman.
“Siapa tulis surat ni? Siapa?!” Marah Huzaiman. Tiada apa yang
boleh membuat dia mengamuk selain ini.
‘Aku
tak dapat nak terima kenyataan ini. Aku tak kisah dia nak tulis apa. Lantaklah!
Tapi yang aku kisahnya ialah ‘Suami Gila Kuasa’. Tak dapat dimaafkan lagi. Lagi
satu, bila pula aku bergelar suami ni? Benci!’
“Ammar?” Huzaiman cuba meneka.
“Eh, bukan saya, bos!” Ammar menidakkan. Dia menelan air
liurnya. Takut sungguh dengan tuduhan majikannya itu. Dia cukup kenal dengan
majikannya yang mudah mengamuk.
“Siapa yang letak atas meja saya kalau bukan kamu? Kamu aje
yang boleh masuk bilik saya.” Kata Huzaiman. Dia menjeling ke arah Ammar yang
kini berdiri tegak bagaikan patung yang sedang menundukkan pandangannya.
Ammar
tidak sanggup untuk memandang majikannya yang sedang mengamuk itu.
Tiba-tiba Amman muncul yang sememangnya Ammar memberitahunya
yang Huzaiman ingin berjumpa. Mata Amman terkebil-kebil melihat raup wajah Huzaiman.
‘Dia
tengah marah ke?’ Teka Amman.
“Oh, kamu yang letak atas meja saya ya?” tuduh Huzaiman pada
Amman pula.
“Bukan saya bos!” pantas Amman menjawab. Dia sememangnya tidak
tahu apa-apa terkejut.
“Kalau bukan kamu berdua, siapa?!” makin tinggi suara Huzaiman.
Dia benar-benar marah.
“Saya nak kamu berdua cari siapa yang letak surat ni atas meja
saya.” Arah Huzaiman.
“Yes
Bos!” jawab serentak si kembar menjawabnya.
Amman
dan Ammar segera keluar dari bilik Huzaiman.
“Lagi
satu.” Kata Huzaiman yang kini di luar biliknya. “Kalau dah tahu siapa, bawa
dia jumpa dengan saya.” Arah Huzaiman.
Huzaiman
masuk semula ke dalam biliknya lalu menutup pintu itu dengan kuat.
Ammar dan Amman terkejut dengan bunyi yang kuat itu. Mereka
mengurut perlahan dadanya. Sakit jantung dibuatnya.
“Nasib
badanlah jadi setiausaha bos macam ni.” Kata Ammar.
“Nak
buat camne? Sejak kecil lagi kita kena follow
dia.” Amman pula menjawab.
Amman
dan Ammar merupakan setiausaha Huzaiman dan juga pemandu untuk ke mana sahaja
majikannya mahu pergi. Itulah tugasnya seumur hidup. Mungkin.
“Abang Ammar dan abang Amman, apa yang bos mengamuk di pagi
hari ni?” Natasha muncul dengan tiba-tiba.
“Entah makhluk tuhan mana yang letak surat misteri atas meja
bos.” Kata Amman. Dia menaip sesuatu di komputer.
“Hmmm, pergilah korek, abang Amman. Mana tau surat tu ada
rahsia terbesar bos.” Natasha meneka.
“Banyak la rahsia.” Amman tidak mahu masuk campur.
“Abang, adik nak ke tandas sekejap.” Ammar terus berlalu.
Natasha
menjeling ke arah Amman setelah Ammar menghilang. Lelaki itu masih fokus pada
kerjanya. ‘Aku ni macam menyibuk sahaja di sini.’
Tiba-tiba Huzaiman muncul.
“Oh, you Natasha! I have
something want you explain about Garden Love. Ada pelanggan di Putrajaya
berminat dengan produk ni.” Arah Huzaiman.
“Baik bos.”
“Saya memang baik. Kamu baru tau ke?” kata Huzaiman. Suka
membanggakan diri. “Saya nak ke tandas sekejap. Kamu tunggu kat dalam.” Huzaiman
menghilang.
Natasha masuk ke bilik Huzaiman. Dia ternampak suatu kertas.
Natasha tersenyum.
Saya DIAM bukan bermakna
saya tak boleh LAWAN cakap awak. Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah ,
di caci atau di maki oleh awak. Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH. Tapi
saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan
pada saya. Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK dan AYAH saya supaya
JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain. Dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH
sentiasa ADA bersama saya. Hakikatnya saya juga seperti awak. Punya hati dan
perasaan.”
Yang Benar,
Calon Isteri untuk Suami
Gila Kuasa
Dengan pantas dia melihat komputer riba milik Huzaiman. Belum sempat
dia berbuat apa-apa, seseorang masuk ke bilik itu.
Natasha cuba tersenyum. Dia pura-pura melihat pandangan diluar
melalui cermin tingkap yang jernih itu.
“Senyum-senyum
ni? Teringatkan buah hati?” gurau Huzaiman.
‘Eh,
pandai pula aku bergurau. Bukankah aku ni seorang yang serius? Huzaiman mula
rasa pelik.
Wajahnya kembali serius.
“Saya tak ada buah hati bos tapi bakal suami ada la.” Selamba jawapan
Natasha.
Hati Huzaiman tersentap. Dia berasa kecewa tetapi dia hanya
serius.
“Nanti kenalkan pada saya. Manalah tahu kenal.” Kata Huzaiman.
“Mestilah bos kenal. Abang Amman.” Gurau Natasha.
‘Betul ke aku dengar ni? Minah ni memang nak kena.’ Marah Huzaiman.
“Kamu ni memang nak cuci tandas ya? Sudah! Kamu pergi ambil
fail Garden Love, saya nak buat penambahan sikit. Ini mengikut citarasa
pelanggan kita dari Putrajaya tu.” Arah Huzaiman.
“Baiklah Bos.” Balas Natasha. ‘Tadi tak nak suruh aku ambil. Tengok
dah buang masa nak patah balik pergi bilik aku. saja nak mendera aku ulang
alik.’ Natasha keluar dari bilik tersebut.
Huzaiman hanya tersenyum melihat wajah Natasha yang berkerut
itu. Dia membaca dokumen yang ada atas mejanya.
Krek..
Bunyi pintu dibuka dari luar.
“Cepatnya kamu......” kata-kata Huzaiman terhenti di situ
sebaik sahaja melihat siapa yang masuk ke biliknya. Pada mulanya dia menyangka Natasha
tetapi ternyata silap.
“Puteri........” mendatar sahaja suara Huzaiman. Dia bagaikan
terkejut dengan kehadiran gadis kacukan yang tidak mengenal erti aurat dan
agama.
Puas sudah Huzaiman memberi nasihat tetapi bagaikan mencurah
air di atas daun keladi. Sia-sia sahaja.
kenapa love in the sky blue bukan love in the blue sky?
ReplyDeleteapapon best!!! XDD
hehhehehe terima kasih teguran tu...nanti ria tgk balik....yg mana sesuai..adesss...terima kasih...
DeleteHuzaiman memang Suamiku GK....hahaha
ReplyDeleteSiapa Puteri ni????
itu la pasal awak.....sesuai sangat gelaran itu untuknya....sabar aje la...siapa puteri??nantikan bab seterusnya...dia akan dijelaskan puteri tu siapa...terima kasih sudi tinggalkan komen..
Deletewahhh... mesti note tue Sha yg tulis utk Huzaiman..
ReplyDeletehehehe.. mmg the best la Ria..
;)
dia la kot...dah dia tersenyum2 hahah kak ayu....hmmm kalau semangat memang blh taip elok punya...kalau mood semngat tu tak ada....susah jugak...
Deletehehe,, ini function cri necklace love n burung.. :D
ReplyDeleteyup hihihi macam tu la kot...
Deletemakin lama makin menarik..maaf saya ni sokmo lambat dari org..sorry kak ria..please sambung lagi ke bab seterusnya..terima kasih :)
ReplyDelete* syir *
tak apa la yir...janji kamu ada utk komen di sini....akak faham la...jgn la rasa sedih2....bab seterusnya dah ada...jemput baca yer?
DeletePadan muka Huzaiman! kah3
ReplyDeletepada muka huzaiman....huhuhuhu marah tu....
Deletemisteri tol....nape tiba2 jer huzaiman ad calon isteri tok dy??? pape pom...cantik lakaran Sha...hehhehe
ReplyDelete