Followers

Wednesday, 9 May 2012

17
Komen

NOVEL : HATI SUAMIKU GILA KUASA 1



Natasha membetulkan topi birunya. Rambut dia yang agak panjang itu diikat kemas dan dimasukkan sedikit dalam topi sudunya.
       “Naz, kau nak ke mana ni?” soal Azlin. Natasha sudah berada di atas basikal.
       “Nak ke sekolahlah. Nanti pengawas gila kuasa tu tahan aku lagi.”
Natasha sudah bersiap sedia untuk mengayuh basikal.
       “Tak payah pergilah. Meh ponteng dengan aku.”
Ajak Azlin dengan senyuman tidak bersalah.
       “Aku kawan dengan kau sebab aku nak tahu pasal dia, selebihnya aku tak nak campur. Goodbye!”
Natasha mengayuh perlahan basikal miliknya.
       “Wait!”
Azlin mengejar Natasha tetapi gadis itu sudah meninggalkan dia. Azlin mengeluh.
       Alamak! Pintu pagar sudah ditutup. Dahi Natasha berkerut. Dari  jauh Natasha sudah nampak kelibat pengawas yang dikatakan gila kuasa.
       Yalah segala jawatan dalam sekolah dia nak. Tapi yang aku tabik sangat pada dia ialah dia boleh uruskan semuanya dengan baik. So, aku sengih ajelah bila jumpa dia.
       Natasha hanya menghadiahkan senyuman.
       “Hai...”
Ramah Natasha dan selamba dia masuk ke dalam sekolah.
       “So sweet your smile, honey.”
Dalam memuji, Huzaiman menyindir. Makin lebar senyuman Natasha.
       Huzaiman maniskan wajahnya. Amman dan Ammar hanya melihat sahaja mereka berdua.
       Wajah Huzaiman menjadi serius dengan tiba-tiba.
       Sakit perut ke mamat ni? Natasha rasa bimbang.
       “Minah tomboi ni juga yang datang lambat. Kau suka cuci tandas hari-hari ye? Aku tahulah mak kau tukang kebun kat sekolah ni tapi tak perlu la sampai nak bantu mak kau cuci tandas.”
Huzaiman meletup! Kata-katanya amat pedas dan berbisa.
       Natasha terasa sakit di hulu hatinya.
Kejam mamat ni! Ini dah kes menghina orang yang aku sayang.
Natasha tidak boleh bersabar lagi dengan mamat gila kuasa ini.
Menyesal aku puji dia bagus. Tak guna kau! Amuk Natasha.
       “Woi pengawas! Kalau kau nak cakap pasal aku. Cakap aje! I don’t care but now! Kau cakap pasal mak aku! Mak aku!”
Tinggi suara Natasha.
”Yang kau  mengada-ngada nak sebut pasal mak aku tu kenapa? Saja nak cari gaduh.”
Marah Natasha. Dia memang pantang kalau yang melibatkan mak ayah. Sensitif!
       Aku hanya ada mak dan ayah sahaja dalam dunia ini. Hanya mereka berdua aku ada. Hanya mereka! Kau faham tak mamat gila kuasa! Natasha berperang sendiri dengan perasaannya.
       Huzaiman tidak pedulikan semua itu. Wajahnya tetap serius.
       “Kau punya kesalahan hari ni. Datang lewat dan lawan cakap pengawas. Ammar dan Amman, tulis nama dia.” Arah Huzaiman yang sememangnya tidak ingin tahu nama minah tomboi itu. Dia selesa memanggil begitu pada gadis dihadapannya kini.
       “Lagi satu, kesalahan tiada tanda nama pun korang tulis. Aku nak jumpa pengetua sekejap.”
Arah Huzaiman lalu meninggalkan Natasha.
       “Awak sabar aje la dengan dia. Dia memang macam tu.” Kata Amman yang cuba memujuk.
       Setelah tulis nama, mereka berdua pula berlalu pergi.
*****
Huzaiman melihat buku catatan pelajar. Hanya minah ini sahaja datang lewat ke sekolah. Dia memerhati minah tomboi tersebut.
       Rambut yang panjang itu diikat kemas. Agak rendah tapi ganas. Wajahnya menyembunyikan seribu rahsia yang sukar dikorek.
       ‘Sibuklah kau ni Man nak korek rahsia orang. Banyak lagi perkara yang boleh kau lakukan.’
Ada suara yang berkata dalam hati Huzaiman.
       ‘Betul juga!’
Huzaiman hanya mengia sahaja.
“Selalunya kau cuci tandas perempuan kan? Kali ini kau cuci tandas lelaki pula. Aku kau basuh, cuci dan bersih! Itu motonya. Tempoh masa aku bagi hanya setengah jam. Lepas itu kau boleh terus masuk ke kelas.”
Arah Huzaiman.
“Yalah!”
Natasha sudah bersedia dengan peralatan mencuci yang diminta dari emaknya. Sempat lagi emaknya, Shahrin membebel padanya. Tadah telinga sahaja. Natasha suka apabila mendengar suara Shahrin membebel. Dia akan tersenyum sambil memandang wajah Shahrin, emak yang terbaik dalam dunia.
Mak, Natasha sayang mak! Jerit hati kecil Natasha.
“Cuci la! Termenung pula dia. Nanti aku akan pantau kau. Kau cuci, aku nak ke pejabat sekejap dan aku akan datang semula.”
Katanya lagi dan terus berlalu.
Huzaiman menghilang, barulah Natasha mula melakukan kerja-kerjanya.
“Busuknya!”
Natasha sendiri rasa pelik. Mungkin awal pagi sangat, makanya tidak dicuci lagi. Teka Natasha.
Dia melihat keadaan tandas tersebut. Terdapat tiga buah tandas. Tandas yang pertama dan ketiga tiada pintu.
“Ganas betul budak lelaki sekolah ni.”
Natasha mengomel sendiri.
Dia mengemop seperti biasa. Sempat Natasha melihat cermin yang ada. Dia membetul-betulkan rambutnya yang panjang itu.
Sedang asyik dia mengemop, datang sekumpulan lelaki.
“Wah, ada minah dalam tandas lelaki.” Kata Jay.
Lelaki yang berbangsa melayu kacukan itu memang terkenal dengan sikap suka ponteng kelas. Natasha cukup kenal lelaki yang berada di tingkatan lima itu.
“Tepilah! Tak nampak ke aku nak cuci lantai ni.” Marah Natasha.
Jay sengaja menghalang Natasha.
“Comelnya dia marah.” Kata Jay sambil ketawa besar. Kawannya yang berada di kiri dan kanan Jay turut ketawa sama.
“Alex, kunci pintu tu.” Arah Jay.
“Hey, bukak pintu tu. Kau nak buat apa ni?” Natasha sendiri dapat meneka apa yang Jay mahu buat dengannya.
Jay menghampiri Natasha tetapi gadis itu bertindak dengan mengetuk kepala Jay dengan batang mop dan menyiram dua orang kawannya dengan air sabun.
Kemudian, dengan pantas Natasha berlari masuk ke dalam tandas lelaki yang kedua kerana hanya tandas itu yang berpintu. Dia mengunci pintu itu dari dalam. Hatinya berdebar kuat.
Jay memang gila!
“Sayang....” panggil Jay manja. “Sayang nak main sorok-sorok ye? Tak apa, encik abang ni boleh carikan.” Jay berkata dengan nada yang nakal.
Natasha sekadar mendiamkan diri. Matanya sentiasa memandang ke atas kerana ada ruang untuk Jay masuk dari situ. Air liurnya ditelan berkali-kali.
Suasana menjadi sunyi. Natasha rasa pelik.
“Sayang!” Jay muncul di atas pintu tandas lelaki itu. Natasha tersentak.
Jay meloncat masuk ke dalam tandas yang sempit itu. Kedengaran ketawa dua orang kawan Jay dari luar tandas tersebut.
“Jangan takut sayang, sekarang ni cuma ada kita berdua sahaja.” Kata Jay sambil meraih tangan Natasha.
Ke mana lagi harus aku lari? Natasha sudah terperangkap dalam tandas ini.
“Lepaslah bodoh!” geram Natasha. Siapa yang akan selamatkan aku?
Kedua-belah tangan Natasha dicengkam kuat oleh Jay.
Bush! Bush! Ada bunyi tumbukan yang didengari di luar.
“Amman, panggil cikgu disiplin!” arah Huzaiman.
Jay mengeluh.
“Dia ni selalu kacau daun. Baru nak seronok dengan minah tomboi ni.” Jay membebel.
Disebabkan terlalu geram dengan perangai jahat Jay, Natasha mengambil kesempatan ini untuk menendang bahagian bawah milik Jay ketika dia leka.
“Auwh....” perlahan sahaja Jay mengaduh sambil memegang bahagian sensitif itu.
Natasha tersenyum puas. Dia membuka pintu tandas itu.
“Padam muka kau!” kata Natasha.
Huzaiman hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
Sejak hari itu, Natasha berjanji tidak akan datang lewat lagi ke sekolah apatah lagi untuk memonteng kelas. Dia benar-benar mahu belajar bersungguh-sungguh.

17 comments:

  1. Hehehe...gnas2...Natasha kna ganas... :D I like...

    ReplyDelete
  2. knp pndek sngt bru nk syok dh hbs...huhuhuhuh...xsbr2 nk bca agy ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek sangat ke???nanti ria cuba panjangkan lagi... terima kasih sudi komen..

      Delete
  3. Replies
    1. harap sabar menanti....hmmm selagi komen bab 1 tak sampai 15 komen dari orang yg berbeza...ria takkan post bab dua...hihihihi harap bersabar...

      Delete
  4. waa..ganas minah nie.
    sy ni stkat tendang kaki bdk lelaki ad larh.
    tp mse tu bru form 1.
    bru pra matang org kata. hahaha
    pape pom smbung ye sis ria. hikhik

    $_$ shida lyna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia ada sejarah....nanti bab tiga kot baru citer sejarahnya...tak ingat lah... hmmmmm f1? mantap tapi si natasha ni f4 dan huzaiman f5 sama dengan jay..oh akak kena tambah la sikit ni...supaya semua orang tahu...

      Delete
  5. nak baca lagi !! .. citer ni best :)

    ReplyDelete
  6. Best laq kak ria.... Nak lagi.. Byk byk tau...

    (Bibie yanz rozz *o* )

    ReplyDelete
  7. Ganas giler lah Natasya ni...
    Padan muka si Jay tu...#^_^

    ReplyDelete
  8. ok ntasya memang ganas .. huzaiman pon 1, saje cari pasal ... ikut rentak dia je .. next entry pliss... awuwuuwu :D

    ReplyDelete
  9. huzaiman ni...
    gile kuase betul..
    haish...

    ReplyDelete
  10. padan muka jay, kena sepak kat tmpt sensitif. hehe

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi