Huzaiman pura-pura tidak
mempedulikan Puteri. Dia membaca dokumen yang ada di atas mejanya.
“Hey, Huz! Janganlah sombong sangat. Syukurlah kau ada kawan yang
sudi datang melawat kau.” Puteri berkata sambil duduk di sofa yang berada dalam
bilik tersebut.
“Aku rela tak ada kawan.” Kasar kata-kata Huzaiman. Tetapi
bagi Puteri itu hanya sekadar angin lalu dipendengarannya. Dia sudah biasa
dengan sikap Huzaiman yang dingin tapi dia tahu yang Huzaiman seorang lelaki
yang baik.
“Eleh, kau tu ada si kembar. Kalau tak ada mereka. Kau pun
keseorangan.” Selamba juga Puteri berkata. Huzaiman memandang tajam Puteri. Dia
berasa geram dengan kata-kata Puteri.
“Pandanglah puas-puas. Kalau tak puas juga, meh aku cium.”
Kata Puteri dengan nada yang ceria. Dia ketawa kecil.
Huzaiman mengeluh. ‘Main-main pula minah ni.’
Tiba-tiba Puteri bangun dari kerusi tersebut dan menghampiri
Huzaiman. Makin lama makin hampir. Dahi Huzaiman pun semakin berkerut.
“Eh, tolong jangan rapat dengan aku! Aku ni anti, elergik,
sakit jiwa dan fobia bila kau dekat dengan aku. tolonglah jauhi aku.” Kata
Huzaiman sambil berdiri tegak. Lagak seperti mahu melarikan diri.
Puteri tersenyum. Suka benar melihat wajah kalut Huzaiman.
‘Yelah, seorang yang gilakan kuasa boleh sekalut ini. Memang lucu. Nasib baik
aku jatuh cinta dengan orang lain. Kalau dengan kau, sia-sia aje hidup ini.’
bisik hati Puteri.
“Ala, macam ini ke kawan baik?” Puteri bersandar di meja
Huzaiman. Dia membetulkan sedikit pakaiannya yang ketat itu terutamanya di dada
Puteri.
“Baiklah sangat...” Huzaiman memandang ke tempat lain. Tidak
sanggup melihat tingkah laku yang tidak sopan itu. “Hmmm, apa hal kau datang
jumpa aku ni?” soal Huzaiman sambil duduk semula di kerusinya.
“Rindu....” Sepatah sahaja Puteri menjawab. Dia membetulkan
sedikit gelang tangannya berwarna putih. Pemberian seseorang yang istimewa.
Puteri tersenyum.
“Rindu aku ke?” Huzaiman mula tersengih.
Puteri memandang Huzaiman. Lama sekali.
“Tak la. Rindu si kembar yang kacak tu.” Kata Puteri sambil
membelakangi Huzaiman semula. Dia tersenyum. Senyuman itu Huzaiman tidak
nampak.
‘Ish, minah ni!’ Huzaiman rasa tercabar pula. Dia berasa sakit
di hati.
“Aku datang ni cuma nak jemput kau datang ke majlis hari lahir
aku.” Puteri berdiri tegak. Dia duduk di kerusi depan Huzaiman sambil
menyilangkan kakinya. Dia tersenyum lagi.
“Ish, tak malu! Hari lahir sendiri pun nak jemput orang
datang.” Kata Huzaiman.
“Suka hati akulah. Kau ada masalah ke?” Puteri mula bercakap
dengan cara samseng. Hilang sudah semua keayuannya.
Belum sempat Huzaiman berkata, pintu biliknya diketuk dari
luar dan muncul seorang gadis iaitu Natasha.
Natasha terus masuk ke dalam. Dia tidak sedar yang Huzaiman
ada tetamu ketika itu.
“Bos, ini fail yang bos nak saya ambil tu.” Selamba Natasha
berkata.
“Eh, gadis comel ni kerja kat sini rupanya!” kata Puteri.
Natasha tersentap.
“Kak Puteri!” Jerit Natasha. Dia bersalaman dengan Puteri. “Sukanya
dapat jumpa dengan akak yang baik hati ini.” puji Puteri. Tanpa pengetahuan
sesiapa, Puteri pernah membantu Natasha semasa ayah dan emak Natasha meninggal
dunia dulu. Gadis inilah yang banyak membantu dia dan memberi semangat sebelum
dia berjumpa dengan PK.
Bukan mudah untuk dia bangkit semula setelah rebah sekali. Kata-kata
semangat Puteri sentiasa diingatinya.
“Natasha!” panggil Huzaiman.
“Kenapa bos?” pandangan Natasha kini pada Huzaiman.
“Siapa bagi kebenaran kamu masuk ke bilik saya?” soal
Huzaiman. Puteri sudah tersengih. Faham sungguh dengan sikap Huzaiman.
Natasha berasa pelik.
“Tadi, bos juga yang nak jumpa saya sangat. Sampai minta saya
ambil fail Garden Love ni.” Jelas Natasha.
“Memang saya nak jumpa kamu tapi kamu ni tak reti-reti ke yang
saya ni ada tamu. Main masuk sahaja.” Marah Huzaiman.
‘Tu pun nak marah?’ bisik hati Natasha.
“Amman masuk!” Huzaiman menekan interkom.
“Ya, bos. Ada apa?” Amman kini di hadapan Huzaiman. Wajah lelaki
itu serius. ‘Apa pula yang tak kena dengan bos aku hari ni?’ Amman kerisauan.
“Kenapa kamu bagi Natasha masuk ke dalam bilik saya? Kamu tahu
yang saya ada tetamu kan?” soal Huzaiman.
Pandangan mata Huzaiman bagaikan singa yang kelaparan. Itulah yang
digambarkan oleh Amman kini.
“Sha kata, bos nak jumpa dengan dia dengan kadar yang segera.”
Jawab Amman dengan teragak-agak.
“Amman, awak makin kacak yer?” tegur Puteri. Dari tadi dia
memandang Amman. Dia amat menyukai si kembar itu.
Kepala Huzaiman semakin bercelaru. Dengan sikap Puteri yang
gedik ini, Natasha yang tidak menghormati tamunya dan Amman yang masih keliru
itu membuat HUzaiman ingin menjerit sekuat hari.
“Keluar semua!!!” Jeritnya lalu menutup pintu dengan kuat.
Mereka bertiga berasa pelik.
“Sha, tak apa. Jom, akak nak ke bilik kamu pula. Biarkan lelaki
gila kuasa tu. Ingat dia bagus sangat!” kata Puteri.
Amman
tersengih mendengarnya. Faham sangan dengan sikap Puteri terhadap Huzaiman.
“Lagi pun urusan akak dah selesai kat sini. Sekarang akak ada
urusan baru.” Katanya lagi
“Maksud akak?” Natasha bertanya.
“Urusan dengan kamu la, Sha.” Puteri tersenyum sambil memeluk
lengan Natasha. Puteri mula mengedik. Sememang sikapnya begitu tidak kira
dengan lelaki atau perempuan.
Natasha menggaru kepalanya dan mengikut kehendak Puteri.
*****
Huzaiman baru sahaja
pulang dari kerja. Memang penat tapi dia gembira melakukan kerja-kerja di
pejabat. Tiba-tiba Huzaiman teringat akan kedatangan Puteri pada siang tadi.
Wajahnya kembali berkerut.
“Perempuan gedik!” kata Huzaiman dengan geramnya sambil
memejamkan mata.
“Bos!” panggil Amman yang sedang membuka pintu kereta untuk
majikannya itu.
“Hmmm, kamu berdua pergilah berehat.” Arah Huzaiman.
“Terima kasih Bos!” serentak mereka berdua berkata. Huzaimn
tersenyum. Dia terus masuk ke dalam rumah.
“Mek Teh, kenapa rumah ni
sunyi? Mana Haikal?” soal Huzaiman yang berlalu terus ke dapur.
“Haikal tak balik lagi Man.” Meh Teh tertunduk.
“Hah, kamu dah pulang Huzaiman! Papa ada perkara nak bincang
sikit. Mengenai syarikat.” Tegur Dato’ Ismail sebaik sahaja mendengar suara
anaknya dari ruang dapur. Dia mengajak Huzaiman berbincang di ruang tamu. Dato
Ismail melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Apa dia papa?” Huzaiman turut sama duduk lalu merentap kasar
tali lehernya. Dia pejamkan matanya seketika.
“Papa nak Haikal kerja dengan kamu.” Dato’ Ismail membetulkan
cermin matanya. ‘Biasalah, dah tua-tua ni rabun sikit.’
Huzaiman terkejut. Dengan pantas dia mencelikkan semula
matanya.
“Apa papa? Haikal? Mana boleh. Syarikat tu dah dua tahun Man
usahakan. Tak boleh.” Pangkah Huzaiman. Dia mula gelisah. Takhtanya bakal
dirampas oleh Haikal? Tidak! Tidak!
“Man, papa bukan suruh kau jadikan Haikal tu pengurus.
Cukuplah jawatan yang setanding dengan pendidikannya.” Dato’ Ismail tersenyum.
Kenal sangat dengan sikap anaknya. Gila kuasa. ‘Kuasa tu memang milik dia pun
nak berebut lagi dengan adiknya. Susah juga anak lelaki aku yang seorang ini.
ikut perangai siapalah?’
Sejak kecil lagi Huzaiman mempunyai sikap gila kuasa. Semasa
di sekolah menengah, semua aktiviti dan program akan diceburi. Yang pasti dia
akan menjadi nombor satu. Pengerusi, ketua pelajar, ketua pengawas. ‘Kalau
boleh ketua pengawas pusat sumber pun dia nak tibai tapi tak boleh sebab pihak
sekolah tak bagi. Tak pasal-pasal aku yang kena panggil pergi sekolah. Anakku
oh anakku.’ Dato Ismail menggelengkan kepalanya.
“Oh, macam tu? Faham dah. Boleh-boleh.” Huzaiman berdiri. “Man
naik atas ya papa. Nak mandi dan solat.” Katanya meminta izin. Dato’ Ismail
hanya mengangguk.
“Penatnya...”
Lepas mandi dan solat, Huzaiman sengaja menjenguk bilik Amman
adan Huzaiman. Bilik Amman di belah kiri bilik Huzaiman dan bilik Ammar di
belah kanannya.
Huzaiman akan dahulukan abang kembar iaitu Amman.
Perlahan-lahan pintu bilik tersebut dibuka. Mereka berdua
memang tidak dibenarkan mengunci pintu tersebut.
Huzaiman mengintai. ‘Alamak, dia tengah solat. Tak baik kacau.’
Huzaiman menutup kembali pintu milik tersebut.
Dia menuju ke bilik Ammar pula. Lelaki itu sedang membaca.
Huzaiman mengeluh. Dia tidak mahu menganggu mereka berdua.
Akhirnya, Huzaiman mengambil keputusan untuk meronda sahaja
malam ini.
“Motor!!!” jerit Huzaiman dalam hati.
Dia keluar senyap-senyap dengan motor berkuasa tinggi yang
dihadiahkan oleh Dato Ismail.
Dia terus berlalu meredah malam.
Huzaiman berhenti di suatu tempat. ‘Eh, ada orang lain.”
Dahinya berkerut. “Natasha! Minah ni buat apa kat sini?” Huzaiman
tertanya-tanya.
“"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya.” Natasha menulisnya di atas pasir pantai.
Huzaiman menghampiri Natasha.
“Bos!” terkejut Natasha apabila melihat majikannya berada di
situ.
“Kau buat apa kat sini sorang-sorang?” Soal Huzaiman. Bagi
Huzaiman, di pejabat dia perlu profesional tetapi di luar seperti ini, tidak
perlu untuk dia formal sangat.
“Saja ambil angin pantai ni.” Jawab Natasha.
“Kenapa kau tulis ayat ni?”
“Sebenarnya ayat ni untuk bos!” kata Natasha lalu berlari ke
arah motor berkuasa tinggi miliknya. ‘Padahal aku pinjam dengan PK.’
Huzaiman yang mendengarnya terasa marah. ‘Minah ni memang suka
cari pasal dengan aku. esok kau cuci tandas, Natasha. Kalau kau tak cucui tandas
esok, jangan panggil aku lelaki gila kuasa!’ sumpah Huzaiman. Dia tidak sempat
mengekori motor Natasha.
Akhirnya dia berpatah balik.
Huzaiman melihat tulisa yang ditulis kemas oleh Natasha.
“"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya.” Huzaiman tersenyum. “Akal manusia? Akal itu anugerah istimewa
daripada Allah S.W.T. Akal juga yang membezakan manusia dengan haiwan. So, akal
ni pentinglah kejadiannya. Maka, seharusnya digunakan dengan cara yang betul. Macam
aku ni. Gila kuasa. Guna akal tau untuk terus berkuasa.” Huzaiman mula
tersenyum.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar
tulisan pasir itu. Tanpa dia sedari, ada senyuman yang terukir dibibir
Huzaiman. Mungkin senyuman itu untuk Natasha? Mungkin.
waaaaaa............... ada plak bab puteri yg xsnonoh tu ya... hihihi lalalala anyway...truskn usaha...kicap adk sntiasa ada..haha
ReplyDeletehihihihi masih misteri si puteri ni hihihi adek ni..suka makan kicap yer??
DeleteTau pulak Huzaiman yg dia ni gila kuasa.
ReplyDeletehuzaiman memang sedar yang dia macam tu hihihi dia pun suka dirinya yang gila kuasa...segala kuasa dia nak kuasai...tunggu la kahwin...habis dia control si natasha tu...hmmmm
DeletePuteri???Siapa ya???
ReplyDeleteputeri ni kawan sejak kecil huzaiman...cuma huzaiman tak suka gaya gedik puteri...nasib la...
Deletehahahaha..
ReplyDeleteadakah puteri juga bersubahat dgn PK??