"Sesiapa yang tidak
pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... " kata
seorang gadis yang tidak akan Natasha lupakan. Sehingga kini, Natasha tabah
menghadapi segala kepahitan. Hidup keseorang tanpa sesiapaun walaupun seorang
teman. Sungguh hina diri ini. Air matanya mengalir lagi. Ya Allah kuatkan
hatiku.
*****
Wajah Huzaiman merah. Dia
sedang menahan marah terhadap pekerjanya terutamanya bahagian reka bentuk
produk.
“Apa
semua ni?!” Marah Huzaiman. “Tiada kualiti dan tak menarik langsung! Kamu
berdua dengan idea sedemikian akan mendatangkan keuntungan pada syarikat ini?
saya rasa tidak. Tidak profesional.” dia menolak dokumen tersebut.
Azman
dan Natasha hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang Huzaiman mementingkan kualiti
dan idea-idea yang baru dalam menghasilkan produk.
“Azman,
kamu pergi ambil dokumen berkaitan dengan draf jualan kita untuk bulan ni.
Sekarang juga!” suara Huzaiman memberi arahan bagaikan berada di padang kawat.
Kali pertama Natasha melihat Huzaiman mengamuk.
“Baik
bos!” Azman segera keluar dari bilik yang seperti dalam ketahur sahaja. Panas!
“Natasha,
kamu ni pandai buat kerja ke tidak? Kamu jangan ingat dengan ciptaan produk
kamu yang pertama mendapat sambutan, kamu rasa sudah cukup bagus? Sedar diri
sikit! Banyak lagi yang kamu kena baiki. Kamu tengok ni?” Huzaiman menunjukkan
lakaran yang ada itu pada Natasha. Matanya dilakaran tersebut.
“Bentuknya
tidak seimbang, besar sebelah. Kenapa perlu bentukan aksesori seperti ini? kita
kena buat bentuk loket rantai yang baru.” Terang Huzaiman tetapi dia berasa
pelik kerana Natasha tidak menjawab persoalannya. Segera dia mendongak. Gadis
itu sedang merenung komputer riba milik Huzaiman.
Telinga
Huzaiman merah. Marah!
‘Kalau
perempuan mengamuk dengan tiba-tiba mungkin Allah bagi cuti tapi kalau lelaki
yang mengamuk tiba-tiba disebabkan apa ya? Kena kaji ni.’ Hati Natasha sempat
berkata.
“Natasha!”
Tengking Huzaiman. Natasha terkejut. ‘Minah ni memang nak kena. Aku membebel,
dia buat tak tahu aje.’
“Ya
bos!”
“Kamu
dengar tak apa yang saya cakapkan? Jabatan kamu tak buat kerja ke? Mana idea
yang menarik. Mujur ada Love Garden yang masih kekal di pasaran. Jabatan kamu
kena fikir idea yang lebih baik. Saya tak nak idea cincai dan berserabut macam
ni.” Nada Huzaiman masih serius walaupun ‘volume’nya sudah menurun.
‘Sedap
hati kata idea ni cincai. Nak pecah kepala aku fikirkan. Tau tak?!’ Natasha tak
puas hati tetapi dia sabarkan diri. Sabarkan diri itu lebih baik daripada
marah.
“Faham
tak?” soal Huzaiman.
“Faham
bos...” mendatar sahaja suara Natasha sambil menundukkan pandangannya.
“Cuba
bercakap tu pandang saya. Macamlah saya ni hantu.” Kata Huzaiman dengan
selamba.
‘Hantu
gila kuasa. Sesuai juga tu...’ jawab Natasha sekadar dalam hati.
“Saya
tak sanggup nak tengok muka orang gila kuasa ni.” Perlahan sahaja suara Natasha
tetapi Huzaiman dapat menangkap apa yang dikatakan.
“Apa
Natasha? Saya rasa ada orang nak kena cuci tandas ni.” Huzaiman berkata.
“Eh,
siapa bos? Bos ke? Baiknya bos. Bos boleh jadi bos contoh sedunia sebab tak
pernah lagi bos dalam dunia ni cuci tandas syarikat.” Natasha berkata.
‘Habislah aku sebentar lagi. Kena sembelihlah’
“Wafa
Natasha!!” jerit Huzaiman.
Ketika
itu Azman baru sahaja masuk ke bilik, terkejut melihat Huzaiman menjerit
seperti itu.
“Natasha,
saya mahu reka bentuk yang baru. Saya beri tempoh masa hingga esok pagi. Apa
yang saya tahu, reka bentuk tu ada atas meja saya dan saya nak awak berikan
penerangannya pada saya. Faham?” Disebabkan terlalu geram pada Natasha,
Huzaiman memberi arahan tersebut.
“Baiklah
bos. Saya cuba.”
“Bukan
saya cuba tapi saya akan buat!” Huzaiman membetulkan ayat Natasha.
“Baiklah
bos. Saya akan buat.”
“Kamu
boleh keluar. Azman, kamu ke mari. Saya masih ada urusan yang belum selesai dengan
kamu.” Kata Huzaiman apabila ternampak Azman masih terpaku di pintu.
“Baik
bos.” Kata Azman. Natasha terus keluar.
“Apa
aku nak buat ni?” pening kepala Natasha. “Esok kena siap? Aku nak buat loket
bentuk apa pula?” Natasha memegang kepalanya. Amman dan Ammar hanya memerhati
dari jauh.
“Sha
okey? Nak abang Amman hantar ke hospital ke?”
“Hospital?”
Natasha tidak pasti.
“Yalah!
Hospital sakit jiwa. Macam tak boleh diselamatkan lagi aje.” Gurau Amman. Ammar
pula sudah ketawa terbahak-bahak.
“Abang-abang
berdua ni memang nak kena belasah dengan Sha ya?” soal Natasha.
“Sorry.
Abang boleh wish good luck. So, jangan putus asa.” Kata Amman. Ammar membuat
gaya yakin boleh dengan mengenggam tangan.
“Terima
kasih. Sha pergi dulu.”
Natasha
berdiri tegak menghadap pemandangan luar yang penuh dengan bangunan.
“Apa
yang menarik ye?”
“Apa
tu?” Natasha ternampak sesuatu. “Idea yang bagus! Terima kasih Allah. Kau
permudahkan urusanku.” Natasha duduk dan melakar sesuatu.
Huzaiman
sudah bersiap sedia untuk pulang. Dia sengaja menjenguk ke bilik Natasha.
Perempuan itu masih di sana. Huzaiman tersenyum dalam diam.
“Jom
Amman dan Ammar. Nanti ada yang mengamuk kat rumah tu kalau kita pulang lambat
hari ni.” Kata Huzaiman.
“Baik
bos!”
“Sikit
lagi nak siap ni.” Natasha menaip ulasan tentang produk yang diciptanya.
Seseorang
mengetuk pintu bilik Natasha.
“Masuk!”
“Cik
Natasha...”
“Pak
cik J. Kenapa ya?”
“Bos
suruh pakcik belikan kopi panas untuk kamu. Pak cik pergi dulu.” Pak cik J
terus berlalu pergi.
“Eh!”
lambat sedikit respon Natasha. Dia terkejut apabila Huzaiman meminta Pak cik J
buat sedemikian.
Akhirnya
dia tersenyum dan menyambung semula kerjanya.
*****
Huzaiman merentap kasar
tali lehernya. Terasa penat hari ini. Amman dan Ammar sudah ke bilik
masing-masing. Dia pula masih selesa di ruang tamu. Dia bersandar seketika di
sofa. Tenang.
Perlahan-lahan Huzaiman bangun dan ke dapur.
“Mama....”
Huzaiman mencium pipi Datin Ismah.
“Man...
anak mama dah pulang. Tak perasan pula.”
“Mana
papa?”
“Papa
kau tu, sejak bersara ini, merayau aje. Geram juga mama ni.” Datin Ismah berasa
geram.
“Kenapa
mama?”
“Merayau
tak ajak mama.” Lawak Datin Ismah. Huzaiman ketawa geli hati. Pandai juga Datin
Ismah bergurau.
“Malam
ni kita ada tamu. So, jangan lupa mandi.” Tiba-tiba moodnya bertukar gembira.
“Eh,
mama ni! Mestilah mandi. Man mandi dulu.” Huzaiman terus berlalu.
apa ye bentuk yg dibuat oleh sya... kadang2 menyampah gak kat huzaiman ni,.. sakit jiwa agak nye... huhu.. apa2 pun best.. tp klau panjang sikit lg best... :)
ReplyDeletebentuk apa??ada la bentuknya...ria akan masukkan picnya sekali....supaya gambaran ria ni lebih nampak jelas...terima kasih sudi komen...
DeleteBaik jugak Haziman. Suruh Pak Cik J bawakan air kopi utk Natasha. Tp kan Pak Cik J tu sape?
ReplyDeleteentah la..apa yg ria nak selitkan kadang2 si huzaiman ni baik kalau melihat pekerjanya berusaha buat kerja...so, bgnya bahagain reka bentuk produk ni amat penting utk meningkatkan syarikat...so dia ambil tegas perkara ini..
Deletepak cik J tu tukang buat kopi utk Huzaiman..huzaiman ni jenis suka pekerja lelaki yang selalu dengannya...kurang gemar bekerjasama dengan perempuan...kiranya natasha ni org pertama la hahahha
best2
ReplyDeletethank domi...
Deletehahaha..
ReplyDeleteade perasaan juga si gila kuasa tu..
haha.ok..
ade perubahan..
nmpak cool jer...
mestilah ada perasaan...tapi tu sikit aje....jgn mengharap banyaklah kalau dengan huzaiman ni...tak ada harapan betul hahahhaha...nampak cool kan?akak setuju la......terima kasih syir sudi komen...setiap episod ada kamu komen...thank...
Deleterasa nak bunuh je Huzaiman. sy suka Amman dan Ammar
ReplyDeleteBaik jga huzaiman tu..ayah dia jhat ke??pj tu plak sape?suspen nih suspen..
ReplyDelete