Followers

Wednesday, 13 June 2012

14
Komen

HATI SUAMIKU GK 10




Badan Huzaiman betul-betul penat. Baju melayu masih melekat ditubuhnya. Amman dan Ammar menuju ke dapur. Mungkin lapar. Sebelum pergi ke pejabat mereka belum sempat makan lagi.
Dia ternampak kelibat Datin Ismah.
“Mama, mana Sya?” soal Huzaiman sambil melabuhkan punggungnya dia atas sofa. Tetamu yang hadir sudah berkurangan.
“Ada tu layan tetamu. Kamu ni, hari pertama kahwin pun sibuk nak ke pejabat. Macam dah tak boleh tunggu esok.” Bebel Datin Ismah. “Memang anak mama ni gila kuasa,” Datin Ismah mengeluh.
“Dah memang anak mama gila kuasa.” Jawab selamba Huzaiman dengan menggunakan ayat yang sama.
“Sorang gila kuasa, sorang lagi anak mama tu gila berlakon. Baguslah korang berdua ni. Memeningkan kepala mama aje. Mujur adik kamu tu nak kerja dengan kamu, kalau tak. Kerjanya berlakon aje.” Bebel Datin Ismah makin panjang lebar.
Kini, Datin Ismah sudah menghilang entah ke mana. Kelibat Natasha pula yang kelihatan.
“Sayang...” Dari jauh Huzaiman memanggil Natasha.
“Abang....” tersentak dia melihat lelaki itu di situ. ‘Awalnya mamat ni balik. Baru nak berehat sikit.’
“Nak ke mana tu?” Soal Huzaiman. Wajah Natasha ditatap lembut. Entah mengapa sejak melafazkan akad nikah pagi tadi, dia bagaikan sudah berjanji akan melindungi dan menyayangi wanita di hadapannya ini seumur hidupnya.
“Nak mandi dan solat maghrib.” Jawab Natasha. ‘Ya Allah, kenapa dia pandang aku macam ni? Janganlah! Aku bagi penumbuk sulung ni baru tau.’ Tanpa Huzaiman tahu, Natasha baru sahaja lepas berbual dengan PK. PK memberitahu Natasha mengenai rancangan baru untuk menjatuhkan Huzaiman.
“Jom!” Huzaiman sudah berdiri. Dia berjalan menghampiri Natasha dan terus menyambar tangan Natasha.
Huzaiman menarik tangan Natasha dan menuju ke bilik pengantin mereka. Tema hitam putih menjadi pilihan mereka.
“Jom mandi.” Ajak suaminya. Badannya pun terasa melekit.
“Eh! Eh! Sabar dulu. Bukan ke kita ni kahwin paksa?” soal Natasha. Dia menarik kembali tangannya. Debaran di hati mula menapak perlahan-lahan. Dia cuba bertenang.
“Kahwin paksa? Ada yang terpaksa ke sekarang ni?” soal Huzaiman kembali. Dia terasa pelik dengan pertanyaan isterinya. Dia  pun mendekati Natasha yang semakin ke belakang.
“Sayang terpaksa ke?” soal Huzaiman lagi apabila Natasha tidak memberi sebarang respon.
Huzaiman merenung wajah Natasha. Wajah itu cantik sangat!
‘Aku memang kena paksa wahai Huzaiman.’ Kata Natasha sekadar dalam hati. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan sebab dia bersetuju dengan  perkahwinan ini.
Natasha memang sepupu kepada Huzaiman tetapi ibu dan ayahnya ditindas oleh keluarga sendiri. Abang kepada ayahnya ialah ayah Huzaiman, Dato Ismail. Dia setuju dengan perkahwinan ini ialah untuk membalas dendam dan merampas semula apa yang sepatutnya menjadi hak keluarga Natasha.
Keluarga Huzaiman rasa bersalah dengan kematian kedua ibu bapa Natasha menjadi punca perkahwinan ini terjadi. Tambahan pula Natasha hanya sebatang kara. Ibu bapa Natasha meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya setahun yang lain. Baginya, untuk bertindak lebih senang tetapi dia tidak menyangka yang Dato’Ismail mempunyai anak yang gila kuasa dan......
Kata-kata itu terhenti di situ.
Dan..... lelaki yang sememangnya Natahsa benci.
Chup! Ada ciuman singgah di pipi Natasha.
“Abang tau abang kacak sangat tapi janganlah renung macam tu. Tak apa kejap lagi kita layari bahtera bersama-sama.” Gurau Huzaiman.
“Layari bahtera?” Natasha menelan air liurnya. Makin terkejut dirinya. Dia memang tidak terfikir sampai ke situ.
Huzaiman ingin menyentuh pipinya. Pantas Natasha mengelak. Dia memang tidak suka lelaki menyentuhnya. Peristiwa hitam itu mula bertandang di fikirannya. Hati lemah.
“Aduh! Aduh!” tiba-tiba Natasha mengaduh. “Sha nak berak ni. Abang pergi mandi bilik air lain ye?” pantas Natasha mengambil tuala dan menuju kebilik air. Dia sengaja berkata begitu supaya Huzaiman tidak menyukainya.
Lega selamat! Walaupun Natasha berasa lega tetapi seketika. Peristiwa hitam itu sudah menghantuinya sepenuh jiwa Natasha. Dia tidak kuat untuk berdiri lama. Akhirnya, dia terduduk perlahan sambil memeluk tubuh. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Masih setia menemaninya setia masa.
Selepas bersolat, Natasha berasa lebih tenang dan bersemangat. Matlamat utamanya harus dilaksanakan. Dia cuba berbaik dan melayan Huzaiman dengan baik. PK baru sahaja menghantar mesej ke telefon bimbitnya dengan tugasan baru.
‘Membuat huzaiman jatuh cinta pada aku?’ Dahi NAtasha berkerut. ‘Tak ada tugas yang lagi susah dari ini ke?’ marah Natasha. Dia benar-benar rasa payah mahu melaksanakan arahan ini.
‘Ibu! Ayah!’ Apabila nama panggilan itu diseru. Bagaikan ada semangat baru datang ke dalam jiwa Natasha. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk teruskan rancangan itu.
Lama Natasha merenung telefon bimbitnya sehingga dia tidak perasan akan kehadiran Haikal yang masuk ke dalam bilik tersebut. Nasib baik dia sudah lengkap bertudung.
“Jemput makan kak Sha.” Haikal mengajak Natasha. Natasha hanya tersenyum sahaja memandang Haikal. Entah mengapa dia senang dengan adik Huzaiman itu.
“Jangan nak mengada-ngada dengan isteri abang. Adik pergi cari orang lain.” Tiba-tiba muncul Huzaiman di belakang Natasha. Natasha terkejut. Jelas sekali kedengaran nada cemburu.
“Ala abang ni. Dah la gila kuasa. Dengan isteri pun nak gila sekali ke?” kata Haikal selamba. “Lagi pun adik ajak makan aje. Mama dan papa dah tunggu tu.” Tambahnya lagi. Haikal menarik muka masam.
“Kejap lagi abang turun dengan kak Sha.” Kata Huzaiman dan menarik tangan Natasha masuk ke dalam bilik semula. Gara-gara Natasha mandi terlalu lama, dia terpaksa menggunakan bilik lain. Tambahan waktu solat maghrib tadi sudah mahu penghujung.
“Sayang sengaja nak kenakan abang kan?” soal Huzaiman sambil mengunci pintu bilik. Dia menghampiri Natasha yang sedang duduk di birai katil. Natasha benar-benar takut saat ini. Dia cuba bertenang. Selalu dia nasihatkan diri, Huzaiman tidak akan buat dia macam perogol tu. Takkan!
“Sha nak makan ni?” kata Natasha. Dia tidak menjawab persoalan Huzaiman. Natasha mula berdiri. Dia melalui Huzaiman.
“Sebelum Sha makan, Sha nak abang makan Sha dulu ke?” persoalan kedua yang diutarakan oleh Huzaiman membuat Natasha tergamam.
“Jom makan!” sengaja Natasha menarik tangan Huzaiman untuk keluar dari bilik yang Natasah mula rasa rimas. Sentuhan itu spontan. Natasha benar-benar tidak sedar akan perbuatannya. Hatinya berdebar kuat. Pertama kali dia sendiri yang memegang tangan lelaki. Betul ke aku ni?
Tetapi tangan Natasha pula ditarik oleh Huzaiman. Dia tergamam. Huzaiman menarik kuat sehingga dia rapat ke tubuh lelaki itu.
“Jangan nak tipu abang?” Persoalan Huzaiman untuk ketiga kalinya.
“Tipu apa?” Natasha tidak berani memandang mata Huzaiman. Dia hanya memandang lantai sahaja.
“Tipu yang Sha suka abang...”
“Betul la tipu....” Selamba Natasha berkata walaupun pandangan matanya masih dibawah.
What?” mata Huzaiman membulat. Terkejut.
“Eh! Eh, betullah tak tipu.” Natasha membetulkan semula. Dia mendongak memandang Huzaiman dan saat ini lah mata mereka saling bertentangan mata. Bagaikan dunia ini hanya ada mereka berdua tetapi Natasha cepat tersedar. Dia menolak tubuh Huzaiman. Natasha mula melangkah.
Huzaiman tidak berpuas hati. Dia menarik semula tangan wanita itu.
“Ti.................” belum sempat Huzaiman menyebut perkataan tipu lagi sekali. Natasha mencium mulut suaminya.
“Puas hati!” soal Natasha. Huzaiman terdiam. “Jom makan. Lapar la!” sengaja Natasha berkata manja sambil menarik tangan Huzaiman.
Huzaiman pula asyik tersenyum sahaja di meja makan.
“Kejap ye? Nak basuh tangan.” Natasha ke dapur.
Alamak! Kiss aku yang pertama. Dia menggosok-gosok bibirnya. Terasa lain macam sahaja. Dia tidak suka tapi Huzaiman mendesak dia buat begitu. Aneh! Dia tidak lagi dihantui dengan kisah silam itu ketika dia berada rapat dengan Huzaiman. Dia rasa bebas mahu melakukan apa sahaja tanpa halangan. Memang aneh!
“Lamanya sayang basuh tangan.” Huzaiman muncul dari belakangnya.
“Sha ambil air sembahyang sekali.” Natasha membuat lawak. Huzaiman tersenyum.
“Loyar buruk dengan abang ye?” kata Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di pipi kanan milik Natasha.
Dahi Natasha berkerut. ‘Daripada seorang lelaki yang amat serius, boleh jadi seromantik ini? Aku tak caya dan takkan percaya.’ Natasha berasa geram kerana pipinya selalu menjadi mangsa ciuman Huzaiman. Gatal dalam diam mamat ni.
“Jom makan!” Huzaiman menarik tangan Natasha.
Mereka semua makan dengan penuh selera.
Selepas berbual seketika, mama dan papa masuk ke kamar. Begitu juga dengan Haikal. Tinggallah Natasha dan Huzaiman di ruang tamu.
“Jom tidur!” ajak Huzaiman.
“Tak nak! Nak tengok movie ni sampai habis dulu.”
Huzaiman rasa geram.
“Dengan kuasa yang ada pada abang, kuasa seorang suami. Abang mengarahkan isterinya, Natasha masuk tidur sekarang juga!” tegas sekali nada Huzaiman. Tergamam seketika Natasha mendengarnya.
“Sah!” kata Natasha.
“Sah apa?” soal Huzaiman.
“Sah abang ni gila kuasa!”
“Jangan nak banyak cakap. Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha selepas menutup tv.
Tetapi Natasha menarik semula tangannya. Dia tidak suka dipegang.
“Kenapa?” soal Huzaiman.
“Tak biasa orang pegang-pegang macam ni.” Jelas Natasha sebaik sahaja mereka berdua sampai di kamar.
“Kenalah biasa-biasa. Sha kan dah ada suami ni.” Kata Huzaiman. Dia benar-benar mahu bersama Natasha. Matanya tidak lepas memandang isterinya.
Natasha pula, asyik memandang ke tempat lain.
Tiba-Tiba.....
“Abang!!!!” jerit Natasha.

14 comments:

  1. Apalah yg dibuat oleh Huzaiman tu eh? haha

    ReplyDelete
  2. wah.. best2..pnantian yg berbaloi.. xsabo nk tnggu yg sterusnya..,<3 <3

    ReplyDelete
  3. mesti HUzaiman angkat Sha nie...
    ish ish ish.. masih ada misteri lg laaa..
    Sha pernah kene rogol ke??
    anyway mmg best la Ria.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ayu...kan masa kecik natasha pernah mengalami situasi dia hampir dirogol...memang ayah natasha dapat selamatkan sha....tapi trauma tu tetap ada...
      kesian sha...dalam diam trauma...

      Delete
  4. eh.. err.. napa sya jerit ?? haa.. apa huzaiman buat tuu ??

    ReplyDelete
  5. kak ria ni sengaja je kan.buat suspen je.apa la yg huzaiman buat kat sha tu..thumbs up!

    ReplyDelete
  6. kak Ria.. ni mesti Huzaiman yg angkat Sha ni. Hehehe :3

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi