Hati Natasha tidak tenang. Dia bimbang dia tak dapat lari kali ini atau mengelak diri dari terus bersama dengan Huzaiman.
“Abang!!!” Jerit Natasha.
“Kenapa sayang?” Soal Huzaiman mereka kini di
atas katil. Huzaiman duduk rapat dengan isterinya itu.
“Cicak!” tunjuk Natasha ke arah penjuru dinding.
Ada seekor cicak yang tidak bergerak. Huzaiman memandangnya.
Tiba-tiba datang seekor cicak yang lain
menghampiri cicik yang tidak bergerak itu lalu berhenti. Cicak yang tadi dan
cicak baru sampai itu tidak bergerak lagi.
“Musuh dia kot.” Komen Natasha masih setia
memandang cicak tersebut.
“Yeke?” Huzaiman berkata sambil berbaring dan meletakkan
kepalanya di atas paha Natasha. Natasha tergamam.
Suaminya itu memandang cicak tersebut.
“Abang rasa itu bukan musuh la. Tapi suaminya.”
Teka Huzaiman. Dia memandang wajah Natasha yang sedang berfikir.
‘Eh, dah macam kes aku pula! Aku anggap suami aku
adalah musuh. Musuhku adalah suamiku.’ Natasha termenung lagi.
“Tapi cicak tu macam nak gaduh aje.” Natasha
masih tidak berpuas hati. Cicak dan cicak.
Serentak itu Huzaiman bangun dan kini wajah
Huzaiman benar-benar hampir dengan wajah Natasha.
“Binatang pun pandai berkasih sayang. Apatah lagi
manusia.” Nada suara Huzaiman begitu lembut.
“Tapi....” hati Natasha berdegup kencang
mendengar suara Huzaiman itu.
“Jom tidur. Penat la.” Ajak Huzaiman lalu bangun
dan tutup lampu.
Mata Natasha terkebil-kebil dalam gelap. Tenang
sikit apabila Huzaiman berada jauh darinya.
Huzaiman berbaring semula tetapi Natasha bangun
dan menuju ke bilik air.
“Kenapa Sha?”
“Sakit perut.” Bohong Natasha. Tanpa Natasha
sedari, hatinya bergetar hebat saat mata Huzaiman merenungnya dalam kesamaran
cahaya.
“Kalau sakit sangat, kita pergi klinik okey?”
kata Huzaiman sambil bangun semula.
“Abang tidur dululah. Sha ke tandas.” Natasha
masuk ke dalam bilik air tanpa menunggu jawapan daripada Huzaiman.
Natasha berlegar-legar dalam bilik air. Dia sendiri
tidak pasti mahu melakukan apa. Dia gelisah dan resah.
‘Otak sila berfungsi saat ini. Please...’ desak
fikiran Natasha.
Hampir setengah jam Natasha berada di dalam bilik
air. Dia mengambil keputusan untuk keluar. Mungkin Huzaiman sudah tidur.
“Sha sakit perut lagi?” soal Huzaiman. Natasha
tersentap. Dia memandang Huzaiman yang sedang menghadap komputer ribanya. Lelaki
itu buat kerja? Hatinya bertanya.
“Dah! Dah okey sikit. Tapi rasa tak larat sangat
ni.” Natasha pura-pura lemah. Dia sudah terbaring atas katil.
“Sayang tidur. Abang teman.” Kata Huzaiman sambil
berdiri membawa komputer ribanya ke atas katil.
“Abang buat kerja?” soal Natasha yang
berpura-pura ramah.
“Ya. Abang tak boleh tidur. Risaukan isteri abang
yang sedang sakit perut ni. Daripada maghrib lagi kan?” katanya memandang
seketika Natasha.
“Abang rehatlah.” Natasha seperti memujuk sahaja
tetapi hakikatnya, dia gembira Huzaiman sibuk berkerja. ‘Tiada masa untuk aku
pun tak apa. Aku tak kisah. Rancangan aku dapat diteruskan.’ Bisik hati Natasha.
“Baiklah.” Kelihatan Huzaiman sedang menutup
komputer ribanya membuat Natasha cuak.
‘Eh, betul-betul pula mamat ni nak berehat!’ Risau
Natasha.
Huzaiman menyentuh dahi Natasha.
“Nasib baik tak demam. Tak apa sayang tidur aje
malam ni. Kita buat esok ajelah.” Huzaiman menarik selimut.
‘Buat esok? Buat apa? Buat bodoh ke?’ Natasha
sudah keliru. Akhirnya mereka tertidur juga kerana kepenatan seharian membuat
kerja.
Natasha terasa tidurnya terganggu. Perlahan-lahan
dia membuka matanya walaupun terasa berat.
“Ya Allah!” Natasha terkejut kerana wajah
Huzaiman begitu dekat dengannya. Rasa sesak nafas pula.
“Kenapa sayang?” Huzaiman pun tersedar juga
apabila terdengar suara Natasha yang kuat itu.
“Ya Allah dah pukul enam pagi rupanya. Marilah kita
bersembahyang.” Ajak Natasha yang kini sudah berdiri tepi katil.
“Ish, Sha ni! Ingatkan apa tadi.” Kata Huzaiman. Dia
menguap seketika.
Natasha tersengih.
‘Apasal mamat ni peluk aku? Memang tak sedar
langsung masa bila mamat tu peluk aku. Tak kan aku nak cakap yang aku terkejut
dia peluk aku. Nasib baik idea ada.’ Keluh Natasha sambil berlalu ke bilik air.
Segera dia memberus gigi dan membasuh muka dengan
pembersih Safi. Cukup menyegarkan. Dia terus mengambil wuduk dan setelah
selesai, Huzaiman pula yang mengambil wuduk.
Natasha menanti Huzaiman sahaja dan mereka pun
solat bersama. Selepas bersalaman dengan Huzaiman, lelaki itu pun mengucup
dahinya. Natasha menahan perasaannya.
Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Natasha pun
masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. ‘Patutnya mandi dulu baru solat. Terkujut
punya pasal, solat dulu baru mandi. Ish Ish Ish.’ Kata hati Natasha.
Selepas selesai mandi, Natasha pun keluar.
‘Alamak!’ tersentap hati Natasha apabila melihat
Huzaiman sedang melihat telefon bimbitnya.
“Ini apa, Sha? Apa maksud semua ini?” soal
Huzaiman dengan nada yang serius.
“Abang, dengar ni. Sha akan jelaskan,” kata Natasha.
“Jelaskan sekarang juga!” marah Huzaiman. Entah
mengapa dia terasa mahu marah.
Alaaa ,. Smpy tu je ,. X puas bce ,. Ad0i ,. Wat 0wg suspen lak ny ,. Hi hi
ReplyDeleteHuzaiman tgk apa? Saspen kot! haha
ReplyDeleteerr..kenapa nihh ?
ReplyDeletealamak..dup dap dup dap dah nihh
Kantoi ke apa yang selama ni Natasya rahsiakan???
ReplyDeletesuspen betoii la.. apa yg huzaiman tu nampak ya? ta kantoii kan?
ReplyDeleteapa yg trjadi sbnarnya??????????
ReplyDeletenk thu jgk.............
xsbr nk tunggu entri yg seterusnya.............
cepat2 smbg
ReplyDeletexsbr ni
Ape tu....
ReplyDeletewoo..da kantoi ke?
ReplyDelete